Transcript
Page 1: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA DAN STRATEGI KE ARAH

PENCAPAIAN MATLAMATNYA

ZZZT 1043HUBUNGAN

ETNIK

Page 2: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

AHLI KUMPULAN

AHMAD RIDZAUDDIN SULAIMAN A 116337

MUHAMAD AZRY B KHOIRY A118426M.HARISUDDIN ARIFIN A 118633 SYAHIDA JAAFAR A 121967FAIRUZ ADHA BT MOHAMMAD

ROSLIN A 122225CHEONG JIUN LEI A 122364LIEW SIAW SIANG A 123165

ZZZT 1043HUBUNGAN

ETNIK

Page 3: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

RUKUN NEGARA

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan

Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan Dan Kesusilaan

Page 4: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

Pengenalan

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua negara. Tanpa perpaduan pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan licin, mudah terdedah kepada berbagai-bagai ancaman dari dalam dan luar negara

Sebagai sebuah negara berbilang kaum/etnik, Malaysia sering terdedah kepada ancaman perbalahan kaum/etnik. Jika perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk berbilang kaum/etnik di negara ini tidak dipupuk, ia mungkin akan mencetuskan semula rusuhan kaum/etnik seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatupadukan menerusi perkongsian identiti dan nilai serta perasaan kebangsaan.

Page 5: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

Bagi merangka strategi perpaduan nasional pada ketika itu Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak timbalan PM pada masa itu telah menyeru rakyat malaysia yg berbilang kaum supaya bersedia utk hidup bersaudara , jika mahu kekuatan masyrakat majmuk supaya subur dan selamat.

SEJARAH RUKUN NEGARA

SEJARAH RUKUN NEGARA

Page 6: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

Sejarah penubuhan rukun negara Majlis Perundingan negara kemudiannya

ditubuhkan sebagai usaha untuk menguatkan perpaduan dan menyediakan asas yang kukuh serta kekal bagi mencapai kerjasama antara kaum identiti masyarakat Malaysia.

Maka lahirlah Rukun Negara merupakan satu ideologi negara tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Page 7: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

KR

ON

OLO

GI P

EN

UB

UH

AN

R

UKU

N

NEG

AR

A

Page 8: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

KR

ON

OLO

GI P

EN

UB

UH

AN

R

UKU

N

NEG

AR

A

Page 9: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Page 10: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat

Idea penggubalan Rukun Negara ini timbul selepas peristiwa hitam iaitu rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Umum mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawahbumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza. Jadi dengan adanya Rukun Negara setidak-tidaknya dapat dijadikan pegangan dan prinsip yang perlu dipegang oleh setiap rakyat Malaysia.

Page 11: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Memelihara cara hidup demokratik

• Menurut kamus dewan, demokratik bermaksud menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa. Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Dengan adanya Rukun Negara, cara hidup demokratik yang dipraktikkan di Malaysia dapat terus dipelihara. Secara tidak langsung tidak akan wujud perbalahan dalam kalangan rakyat dengan kerajaan sendiri. Dalam erti kata lain keamanan dapat dicapai.

Page 12: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama

• Berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dapat dilihat bahawa ianya bersifat syumul atau menyeluruh. Prinsip-prinsip Rukun Negara yang digubal meliputi aspek agama di mana prinsip pertamanya; Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip kedua pula; Kesetiaan kepada Raja dan Negara menonjolkan nilai mentaati raja dan sayang akan negara. Prinsip ketiga; Keluhuran Perlembagaan menyeru rakyat supaya mematuhi undang-undang tertinggi dalam negara. Prinsip keempat; Kedaulatan undang-undang menjamin keadilan dimana setiap rakyat terikat dengan undang-undang tanpa mengira kaum, agama atau status. Prinsip kelima; Kesopanan dan Kesusilaan menonjolkan nilai dan akhlak mulia yang perlu ada dalam diri rakyat Malaysia. Berdasarkan kelima-lima prinsip ini, terbukti bahawa penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang adil.

Page 13: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak

• Umum mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Jadi pelbagai tradisi, kebudayaan dan perayaan diamalkan di Malaysia. Jadi dengan adanya Rukun Negara, dapat membuka minda rakyat Malaysia untuk menerima berbagai-bagai corak tradisi kebudayaan dan perayaan yang diamalkan oelh semua kaum yang ada di Malaysia.

Page 14: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden

• Zaman berubah mengikut peredaran masa. Dengan adanya Rukun Negara dapat menjadi pegangan dan prinsip hidup rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran dan era grobalisasi.

Page 15: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Page 16: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Di Malaysia kini, di dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi namun di dalam perlembagaan juga menetapkan agama-agama lain bebas diamalkan oleh rakyat bukan Islam. Fenomena ini membolehkan setiap individu itu berpegang kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran agama tersebut.

Page 17: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

Kesetiaan kepada Raja dan negara• Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berlembagaan. Justeru itu

negara ini mempunyai ketua negara iaitu Yang Dipertuan Agong dan ketua negeri iaitu Raja atau Yang Dipertua Negeri masing-masing. Prinsip ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri masing-masing.

• Di samping itu, prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan. Pegangan yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat yang :• Menghormati harta awam• Menghormati simbol-simbol kedaulatan negara• Mematuhi undang-undang• Produktif• Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti-aktiviti sosial,

ekonomi dan politik yang diceburinya• Sanggup menyumbang masa dan tenaganya untuk pembangunan

masyarakat dan negara• Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman

oleh kuasa luar• Bersifat altruistik

• Selain itu, prinsip ini juga mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan prejudis dan perkauman

Kesetiaan kepada Raja dan negara

Page 18: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

Keluhuran Perlembagaan

• Negara kita mempunyai perlembagaan dan perlembagaan ini adalah undang-undang yang tertinggi di dalam negara. Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Negara. Ini kerana perlembagaanlah yang berfungsi memberi perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat. Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia adalah :

• 1. Konsep Raja Berperlembagaan• 2. Kedudukan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi terjamin• 3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang• 4. Agama Islam sebagai agama rasmi di samping kebebasan beragama diamalkan• 5. Hak asasi rakyat terjamin• 6. Hak kerakyatan dan sistem pemerintahan

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Page 19: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

Kedaulatan Undang-undang

•Undang-undang di dalam negara penting bagi mempastikan setiap individu di dalam negara itu terjamin kebebasan asasi mereka. Selain itu, setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakluk ke atasnya. Undang-undang di dalam negara adalah berasaskan beberapa sumber dan jenis. Oleh iti, undang-undang tersebut perlu dipatuhi untuk mempastikan kedaulatannya sentiasa terpelihara. Jika kedaulatan undang-undang dipertahankan, masyarakat dapat terus membangun dan anggotanya dapat hidup dalam aman dan harmoni

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Page 20: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

Kesopanan dan Kesusilaan• Prinsip kesopanan dan kesusilaan yang digemblengkan ke dalam Rukun Negara

membabitkan proses pembentukan ummah yang mulia, berdisiplin, berhemah, bersopan santun, berbudi bahasa dan mempunyai jati diri yang berwibawa. Pada keseluruhannya, sifat, sikap, amalan dan tindakan yang bersopan santun dan bertatasusila akan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang terbilang.

• Dalam konteks hubungan manusia, kesopanan dan kesusilaan akan menimbulkan kemesraan, keakraban, dan keharmonian. Apabila hubungan sesame bangsa Malaysia jadi lebih mesra, akrab dan harmoni, kesefahaman antara mereka juga akan jadi lebih ikhlas, tulen dan abadi. Pastinya cirri-ciri kemesraan, keakraban dan keharmonian juga, akhirnya akan menjadikam Malaysia lebih aman, makmur dan sejahtera. Kesopanan dan kesusilaan juga akan menjadikan bangsa Malaysia sebagai masyarakat penyanyang yang prihatin terhadap nasib manusia senegara dan umat sejagat. Sifat-sifat berkenaan akan menjadikan institusi keluarga lebih bahagia, institusi masyarakat lebih terbela dan institusi kerajaan lebih terpelihara.

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Page 21: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Page 22: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara /

Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada

tahun 1971•Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 23 Februari 1971 iaitu selepas pembubaran Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ). Majlis Penasihat Perpaduan Negara bertanggungjawab dalam memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di Malaysia. Selaras dengan objektif penggubalan Rukun Negara yang ingin memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Page 23: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARAMemasukkan unsur-unsur

rukun negara ke dalam program agensi-agensi

kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

•Selain itu, unsur-unsur Rukun Negara ini boleh dimasukkan dalam program-program yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan atau bukan kerajaan (NGO). Badan-badan ini mempunyai pengaruh yang tersendiri. Peranan perlu dimainkan oleh semua pihak bagi memastikan objektif Rukun Negara tercapai. Sebagai contoh, Kursus Biro Tatanegara mensasarkan golongan belia manakala Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula mensasarkan golongan remaja. Kedua-dua program ini merupakan medium terbaik yang boleh dijadikan contoh dalam usaha merealisasikan objektif Rukun Negara. Kedua-dua program ini menggunakan modul yang mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Rukun Negara.

Page 24: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam kurikulum sekolah dan

institusi pengajian tinggi•Rukun Negara merupakan salah satu hasil penyatuan pemikiran cendikiawan dan pemimpin negara yang ingin melihat rakyat di negara ini peka kepada perlunya pembangunan bangsa yang mempunyai identiti sendiri. Kesedaran terhadap pentingnya Rukun Negara adalah amat penting. Dengan memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi, para pelajar boleh sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam Rukun Negara hingga dewasa kelak. Masyarakat yang bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman dapat dilahirkan. Langkah ini juga dapat menjamin perpaduan di kalangan para pelajar yang merupakan pewaris masyarakat pada masa akan datang.

Page 25: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Menyebatikan prinsip-prinsip rukun negara ke

dalam peraturan pertubuhan dan dan ikrar

rasmi•Selain itu, prinsip-prinsip Rukun Negara boleh diterapkan dalam peraturan pertubuhan atau organisasi serta ikrar rasmi. Setiap ahli akan lebih peka dan ingat akan peraturan dan ikrara organisasi masing-masing. Jadi sekiranya Rukun Negara diselitkan dalam ikrar mereka secara tidak langsung mereka mengingati dan mampu menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.

Page 26: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974

•Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara juga telah ditubuhkan pada tahun 1974. Penubuhan panel in bertujuan untuk memantapkan lagi semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Panel Penasihat Perpaduan Negara dibentuk dan dianggotai oleh ahli-ahli yang tahu akan kandungan Perlembagaan dan Rukunegara. Kita semua sedar juga bahawa Perlembagaan dan Rukunegara memang tidak sunyi daripada kecacatan. Semuanya adalah ciptaan manusia biasa. Tetapi jika diambilkira prestasi negara dalam bidang keamanan dan pembangunan, prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara tidaklah begitu cacat. Strategi ekonomi dan politik adalah tanggungjawab mereka yang berperanan dalam bidang-bidang ini. Tetapi strategi politik dan ekonomi yang tepat sekalipun tidak akan menjayakan perjuangan kita jika sekiranya negara kita dilanda oleh rusuhan kaum kerana tidak ada perpaduan.Justeru itu Panel Penasihat Perpaduan Negara ini mempunyai peranan yang amat penting dalam usaha mencapai visi 2020.Negara dan Kerajaan menaruh harapan yang tinggi terhadap Panel ini dan juga kepada agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyumbang kepada pencapaian wawasan negara kita ini.

Page 27: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Penubuhan pelan integriti

nasional•Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara. PIN juga dibimbing oleh gagasan cabaran Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Konsep dan objektif PIN ialah satu pelan induk yang bertujuan menetapkan hala tuju dan bimbingan kepada semua sektor supaya mereka dapat bekerjasama dan berkoordinasi dalam suatu usaha bersama membina masyarakat yang bermoral, beretika dan berintegriti tinggi. PIN merupakan suatu pelan yang komprehensif yang digerakkan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, sektor dan wilayah. Sinergi bersama secara kolektif ini menjadikan PIN suatu pelan tindakan yang mempunyai kekuatan mengubah nilai dan amalan masyarakat serta mereformasi institusi-institusinya ke arah membudayakan integriti. Objektif umum PIN juga adalah untuk menyumbang kepada usaha pencapaian Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.”

Page 28: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Menyelitkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada

barangan pengguna•Salah satu cara yang mungkin agak tidak relevan ialah dengan menyelitkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada barangan pengguna. Sebenarnya idea ini sangat menarik dan kreatif dan memberikan peratusan keberkesanan yang agak tinggi. Sebagai contoh, suatu ketika dulu kita dapat lihat prinsip-prinsip Rukun Negara ini di bahagian belakang buku latihan sekolah. Dan kesannya para pelajar ingat dan setidak-tidaknya pelajar tahu dan sedar akan kewujudan Rukun Negara. Kini, mungkin ramai yang tidak sedar prinsip-prinsip Rukun Negara juga ada tercatat pada kotak susu bantuan kerajaan kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan pedalaman.

Page 29: Prinsip-prinsip Rukun Negara Dan Strategi Ke Arah ian

RUMUSAN

Semangat Rukun Negara dan penghayatannya amat penting dan perlu diteruskan kerana ianya sangat relevan dalam menghadapi cabaran pada masa kini dan pada masa akan datang. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha menerapkan penghayatan terhadap Rukun Negara dalam kalangan rakyat dan dalam usaha merealisasikan matlamat penubuhan Rukun Negara. Dengan berpandukan Rukun Negara, negara Malaysia akan terus berpotensi menjadi sebuah negara yang maju dan terus membangun. Rakyat Malaysia juga akan menjadi rakyat Malaysia yang bersatu-padu, kukuh dan berwibawa dalam menghadapi apa jua cabaran pada masa akan datang. Bagi generasi muda pula, kupasan prinsip Rukun Negara juga dapat menerapkan dan mengekalkan semangat patriotisme dalam diri remaja dan belia khususnya. 

Seluruh latar belakang, rasional, hujah mengenai Rukun Negara membuktikan bahawa Rukun Negara memang penting kepada proses pembentukan negara saterusnya bangsa Malaysia, mengukuhkan ketahanan nasional, memakmurkan negara dan sama pentingnya dalam usaha membanteras segala gejala negatif yang memburukkan rakyat, menodai agama dan meruntuhkan kemerdekaan tanah air.

Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau untuk diikrar. Ia mesti dihayati, diamal dan diterapkan ke dalam kehidupan harian setiap bangsa Malaysia. Dengan cara sedemikian, negara Malaysia akan cemerlang dan bangsa Malaysia pastinya dapat mempertahankan negara ini daripada sebarang ancaman, termasuk neoimperialisme.


Top Related