-
UNTUK PENDIDIK
HarimauRakan Haiwan:
1. Harimau terancam oleh pemburuan haram dan kehilangan habitatnya. Purata 3,000 ekor harimau masih ada di alam liar.
2. Harimau boleh berenang dengan baik. Mereka sedia memasuki air ketika memburu mangsa.
4. Dahulu, harimau terdapat di hutan-hutan di Singapura. Harimau liar terakhir ditembak pada tahun 1930an di kampung Chua Chu Kang.
3. Harimau memburu pada malam hari, menggunakan deria penglihatan yang tajam. Harimau dapat lihat enam kali lebih baik daripada kita.
5. Harimau putih amat jarang dilihat, dan belum dijumpai di alam liar sejak sekian lama.
1/5
Mari belajar tentang harimau:
-
2/5
Tapak kaki mereka yang lembut membenarkan mereka memburu mangsa tanpa disedari. Mereka boleh melompat
dan menerkam mangsa dari jarak 10 meter.
UNTUK DIGUNAKAN BERSAMA KANAK-KANAK
Mengapa HarimauPemburu Yang Hebat?
Tapak kaki yang lembut
untuk menyelinap
mangsa secara senyap
Gigi yang kuat dan
tajam untuk menggigit mangsa
Kulit berjalur untuk bersembunyi di sebalik rumput
yang tinggi
Pendengaran yang peka
Penglihatan yang tajam
Deria bau yang baik
untuk mengesan mangsa
Kuku tajam untuk menangkap
mangsa
-
3/5
Lihat-Fikir-Musykil
Gunakan rutin *‘Lihat-Fikir-Musykil’ mulakan perbualan bersama murid anda dan galakkan mereka
kemukakan soalan mereka sendiri.*Diterap daripada Project Zero, Harvard Graduate School of Education
• Namakan semua warna yang anda lihat di dalam gambar ini.
• Namakan anggota badan harimau.
• Saya lihat…
• Apa yang mungkin dilakukan oleh harimau ini seterusnya?
• Apa yang sedang harimau ini mencapai?
• Saya fikir…
• Saya musykil bagaimana harimau memburu?
• Saya musykil mengapa…
• Saya musykil apa yang…
Lihat: Fikir: Musykil:
-
4/5
Aktiviti 1: Permainan Perkataan
Cari bahan-bahan kitar semula seperti butang, penutup botol, kertas atau bahan alam semula jadi seperti daun kering, dan ranting. Gunakan bahan-bahan ini untuk mereka huruf.
Gunakan bahan-bahan yang telah dikumpul untuk mengeja H-A-R-I-M-A-U.
Aktiviti kumpulan atau individu Bahan kitar semula
Cabaran Bonus: Reka senarai perkataan anda sendiri yang berkaitan dengan harimau seperti – putih, berjalur, mengaum, dan eja menggunakan bahan-bahan yang dikutip.
Langkah
1.Langkah
2.
-
Aktiviti kumpulanatau individu
5/5
Aktiviti 2: Kisah Harimau
Lihat gambar harimau dan perhatikan mukanya.
Gunakan bahan kitar semula untuk reka topeng harimau.
Reka cerita tentang harimau dan lakonkan cerita anda menggunakan topeng harimau itu.
Bahan kitar semula, gunting, tali, pelekat,pensel, kertas
Langkah
1.Langkah
2.Langkah
3.