Download - Pp p1 perniagaan

Transcript
Page 1: Pp  p1 perniagaan

PENGENALAN PEMASARAN1. PENGENALAN PEMASARAN

a. Definisi Pemasaran:

Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi.

Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses social ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.

 

1. b. Konsep Asas Dalam Pemasaran:

Keperluan

Manusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang. Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan keperluan tersebut atau mengurangkannya.

Kehendak

Kehendak manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personality seseorang, dan ini adalah terhasil dari keperluan asasnya.

Permintaan

Bilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk memiliki, kehendak ini dapat ditukarkan kepada permintaan.

Pertukaran

Pertukaran merupakan satu aktiviti dimana satu produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain dengan menepati syarat-syarat berikut:

1. Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan yang berbeza.

ii.  Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran.

iii.Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Page 2: Pp  p1 perniagaan

Urusniaga

Apabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urusniaga telah berlaku.

Evolusi Konsep Pemasaran

Konsep Pengeluaran

Di bawah konsep ini, pengguna dianggap sebagai mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Bertolak dari itu pengurusan menekankan usahanya untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan agihan.  Konsep ini merupakan falsafah tertua yang diperkenalkan oleh pemasar.  Konsep ini bersesuaian apabila permintaan sesuatu keluaran melebihi penawaran yang memberi alas an kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan pengeluaran.  Satu lagi dimana konsep pengeluaran ini sesuai ialah apabila kos pengeluaran tinggi dan keluaran tersebut memerlukan peningkatan produktiviti untuk menurunkan kos.  Konsep pengeluaran tidak begitu sesuai dalam pemasaran moden kerana falsafah ini terlalu menekankan kepada aspek-aspek pengeluaran dan agihan dan bukannya kepada keperluan pengguna.

Konsep Keluaran

Konsep keluaran beranggapan bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi.  Oleh sebab kepentingan utama diberikan kepada penghasilan keluaran bermutu tinggi, penekanan usaha pengurusan mengarah kepada pembetulan dan pembaikan keluaran yang berterusan.  Falsafah ini bukannya bersesuaian dengan setiap segmen pasaran yang ada.  Sebagai contoh,kebanyakan pemilik kereta tidak mencari  kenderaan terbaik di pasaran tetapi memadai dengan kenderaan yang boleh dipercayai.  Konsep keluaran boleh menghasilkan myopia pemasaran kerana terlalu menekankan kepada keluaran dan bukannya penyelesaian masalah yang dicari pengguna.

Konsep Jualan

Teras utama di bawah konsep jualan ialah pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan mempromosinya.  Oleh itu organisasi yang berpegang kepada konsep jualan mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dengan teknik penjualan keras (hard selling).  Sebagai contoh, individu yang menunjukkan kegemaran terhadap sesuatu model kenderaan akan digesa untuk membuat keputusan pada masa itu juga untuk mengelakkan daripada model itu dijual kepada orang lain.  Organisasi akan menggunakan banyak wang untuk mempromosikan keluaran melalui media elektronik, cetak dan lain-lain lagi kerana pengurusan mempercayai bahawa pelaburan ini akan menghasilkan jualan.  Segala kelemahan keluaran disorok bagi menghasilkan jualan dan kepuasan pengguna selepas jualan diabaikan.

Konsep Pemasaran Moden

Falsafah ini menerangkan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan

Page 3: Pp  p1 perniagaan

tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada saingan.  Konsep pemasaran berbeza daripada konsep jualan dari beberapa aspek:

Titik permulaan

Penekanan Kaedah Matlamat

Konsep Jualan Kilang Keluaran kini Jualan dan promosi

Keuntungan melalui jumlah jualan

Konsep pemasaran

Pasaran Keperluan pengguna

Pemasaran bersepadu

Keuntungan melalui kepuasan pengguna

Konsep jualan menekankan kepada keperluan penjual manakala konsep pemasaran menekankan kepada keperluan pembeli.  Penjual yang berpegang kepada falsafah jualan menitikberatkan penukaran kepada wang ringgit.  Konsep pemasaran memberi penekanan kepada kepuasan pengguna melalui keluaran dan faedah-faedah lain yang ditawarkan.  Melalui konsep pemasaran, organisasi menghasilkan keluaran yang dikehendaki oleh pengguna dan dengan itu berjaya menghasilkan keuntungan dengan memuaskan kehendak pengguna.

Konsep Pemasaran Kemasyarakatan

Di samping memberi kepuasan kepada pengguna sasaran dengan lebih cekap dan berkesan dari saingan, konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.  Pemasar tidak boleh mengambil tindakan sembarangan dalam mencapai objektif organisasinya tetapi perlu mempertimbangkan tentang persekitaran, sumber yang terhad dan masalah kemiskinan dan kelaparan.  Falsafah pemasaran kemasyarakatan ini memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangka masa panjang.  Tidak seperti   konsep pemasaran, konsep ini memerlukan pemasar mengimbangi antara kehendak jangka masa pendek dengan kebajikan pengguna dalam  jangka masa panjang.  Syarikat yang mengeluarkan system airm panas bertenaga suria sebenarnya menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mengurangkan pergantungan kepada bekalan elektrik pusat yang memerlukan pembinaan empangan dan kerosakan pada persekitaran.

c) Fungsi dan Peranan Pemasaran dalam Organisasi.

Mempercepatkan Proses Pertukaran

Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah.  Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.

 

Memantapkan dan Memanjangkan Usia Perniagaan

Page 4: Pp  p1 perniagaan

Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk atau perkhidmatan yang tidak sesuai kepada pasaran sasar.  Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan.  Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangka masa panjang berbanding yang tidak mengamalkannya.

Peluang Perniagaan Dalam Industri Berkaitan.

Disamping kerjaya terus dengan aktiviti pemasaran, terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif.  Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.

d) Konsep Utiliti

Definisi Utiliti

Utiliti ialah kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan.Utiliti terdiri daripada 2 pihak iaitu, pihak pengeluar dan pihak penjual.  Utiliti dari pengeluar menukarkan input (bahan mentah) kepada output (produk) yang diperlukan oleh pelanggan.  Manakala utility daripada pihak penjual, pengedar dan pemasar ialah menentukan tempat, bentuk, masa, dan pemilikan kepada pelanggan.

Utiliti tempat

Produk yang dikehendaki, boleh diperolehi ditempat yang dikehendaki oleh pengguna.  Contohnya  buku rujukan ada di jual di koperasi.

Utiliti bentuk

Pengguna boleh memperoleh produk yang dikehendaki dalam cirri-ciri (bentuk, warna, saiz) yang mereka kehendaki.  Contohnya baju yang berwarna biru dan bersaiz M boleh didapati di pasaran.

Utiliti Masa

Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa ia diperlukan.  Contohnya pengguna yang memerlukan payung kerana secara tiba-tiba hujan turun.  Pengguna amat memerlukan produk tersebut pada masa berkenaan, dimana ianya ada dijual dan mudah didapati..

Utiliti pemilikan.

Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendaki sama ada secara bayaran tunai atau ansuran terhadap sesuatu produk.  Dengan ini pengguna dapat memiliki produk tersebut.

1. 2. PADUAN PEMASARAN (MARKETING MIX-4P’S)

Page 5: Pp  p1 perniagaan

Dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, pengurus pemasaran akan memberikan  penejanan kepada 4 komponen asas.  Empat komponen asas ini dipanggil 4P’s ataupun dipanggil paduan pemasaran.  Ianya merangkumi Produk, Harga, Promosi dan Saluran Pengedaran.

a)  Produk

Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna.  Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambilkira persekitaran yang sentiasa berubah.  Contohnya perubahan teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran ekonomi.  Memenuhi kehendak pengguna selalunya menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada.

b) Harga

Ianya berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu produk.  Perletakan harga mestilah mengambilkira kesemua kos yang terlibatseperti kos operasi pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran, iklan dan gaji pekerja.  Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih produk saingan.  Harga produk yang tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang besar.  Bagi sesetengah produk, harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang berkualiti tinggi.  Syarikat juga boleh mengenakan harga yang rendah dan ini akan meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan.

c) Promosi

Promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produk dan ia merupakan aspek yang paling menonjol dalam paduan pemasaran.  Alat-alat promosi yang paling pentinga ialah:

Iklan

Iaitu satu bentuk komunikasi bukan personal yang digunakan oleh penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli mengenai sesuatu produk.

Jualan Peribadi/terus

Jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan menerangkan kepada bakal pembeli mengenai produk.  Banyak barangan industri menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan jualan  disamping memberikan perkhidmatan tambahan.  Wakil jualan akan menunjukkan kaedah penggunaan kepada pelanggan terutama untuk alatan/produk yang teknikal dan canggih.

Promosi Jualan

Kaedah ini selalu digunakan untuk produk yang tidak begitu mahal, dimana ia melibatkan satu tarikan kepada bakal pembeli.  Hadiah percuma, kupon dan potongan harga ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk tersebut.

Page 6: Pp  p1 perniagaan

Publisiti/Perhubungan Awam

Melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina imej baik syarikat serta produk keluarannya.

d) Saluran Pemasaran (PENGEDARAN)

Ia berkaitan bagaimana produk diagihkan kepada kumpulan sasaran.  Contohnya seperti penggunaan lori, kapalterbang, kargo atau saluran paip.  Syarikat juga harus mengambilkira kadar inventori dan kos penyimpanannya.

1. 3. AKTIVITI-AKTIVITI PEMASARAN

a)  Aktiviti Umum

Aktiviti-aktiviti umum dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut:

Pembelian

Syarikat turut terlibat dalam aktiviti membeli, iaitu bagi mendapatkan bahan yang diperlukan bagi pengeluaran produk atau perkhidmatan syarikat.

Penjualan

Aktiviti dimana syarikat akan menjual produk mereka kepada pengedar ataupun pembeli akhir.

Kewangan

Untuk tujuan penjualan, pembelian serta aktiviti lain dalam pemasaran ia semestinya akan melibatkan pengurusan kewangan.

Pengangkutan

Diperlukan untuk mengangkut serta menghantar produk ke tempat pengeluaran serta juga kepada pengguna.

b) Aktiviti Khas

Aktiviti-aktiviti khas dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut:

Penyelidikan

Diperlukan untuk mengenalpasti pengguna dan pasaran, corak permintaan serta strategi dalam penentuan paduan pemasaran.

Pergudangan

Melibatkan penyimpanan barangan yang akan digunakan dalam pengeluaran dan juga barangan yang telah siap.

Page 7: Pp  p1 perniagaan

Khidmat Selepas Jualan

Pemasar perlu memastikan pelanggan mendapat khidmat selepas jualan. Contohnya penghantaran dan pemasangan terutamanya produk yang berbentuk teknikal yang memerlukan pemasangan yang teliti.  Contohnya komputer.  Ini adalah untuk menjamin kepuasan pengguna dan jualan berbentuk jangka panjang.

Risiko

Syarikat perlu menyediakan pelan tindakan kerana risiko sentiasa wujud dalam bidang perniagaan.

Keseragaman/Piawaian

Proses serta produk yang dikeluarkan haruslah sentiasa menepati cirri atau piawaian yang ditetapkan oleh syarikat.

1. 4. PERSEKITARAN PEMASARAN

Untuk berjaya syarikat perlu menyesuaikan serta mengadaptasikan paduan pemasaran dengan pola dan perkembangan dalam persekitarannya.  Persekitaran ini boleh berubah secara perlahan atau secara mendadak dan ini akan memberikan kesan terhadap syarikat.  Persekitaran boleh dibahagikan kepada dua; Persekitaran Dalaman dan Persekitaran Luaran.

a) Persekitaran Dalaman.

Persekitaran Dalaman adalah elemen kawalan dari dalam syarikat serta kakitangannya.  Terdapat 5 pengaruh utama persekitaran dalaman bagi sesebuah syarikat perniagaan.

Pemilik Perniagaan

Dasar, polisi dan halatuju syarikat akan ditentukan oleh pemilik syarikat.  Pemasar akan menyediakan pelan pemasaran sebagaimana yang dikehendaki syarikat.

Pelabor

Para pelabor mempunyai kepentingan terus terhadap prestasi dan pencapaian syarikat.  Oleh itu dasar perjalanan syarikat banyak ditentukan oleh para pelabor terlebih dahulu dan pemasar akan menentukan pelan pemasaran mengikut dasar yang ditentukan.

Pekerja

Pekerja terlibat secara terus dalam operasi atau perkhidmatan syarikat.  Pekerja akan diberi gaji dan lain-lain faedah sampingan seperti cuti tahunan, kemudahan perubatan, bonus, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya.  Pekerja pada asasnya memerlukan perhatian dan dihargai oleh syarikat.

Pengguna

Page 8: Pp  p1 perniagaan

Pelanggan merupakan pengguna kepada produk atau perkhidmatan syarikat.  Kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada sejauh mana syarikat berjaya memenuhi kehendak pelanggan.

Pembekal

Pembekal terdiri dari firma dan individu yang menyediakan sumber bagi membolehkan syarikat membuat produk atau perkhidmatan kepada sasaran pasaran.  Sebarang perubahan yang mendadak akan mempengaruhi pengagihan sumber.  Contohnya perubahan harga disebabkan sumber yang terhad, kelewatan, mogok atau peristiwa luar jangkaan pasti akan menjejaskan operasi syarikat.

b) Persekitaran Luaran

Persekitaran luaran adalah elemen di luar kawalan syarikat yang akan memberikan kesan terhadap aktiviti pemasaran.  Ada 5 faktor utama:

Persekitaran Politik dan Undang-Undang

Contohnya peraturan dan kawalan terhadap penggunaan sesuatu barangan akan memberikan kesan terhadap arah dan halatuju perniagaan bagi barangan serta industri tersebut.  Akta dan perundangan yang berkuatkuasa bertujuan untuk melindungi pengguna dan pelanggan daripada amalan perniagaan yang tidak adil.  Ia juga adalah untuk memastikan aktiviti perniagaan disempurnakan dengan sebaik mungkin  Dari semasa kesemasa perundangan sentiasa diperbaharui dan ini akan memberikan kesan terhadap aktiviti syarikat.  Pemasar harus mengambilkira perubahan yang berlaku supaya aktiviti yang bersangkutan dengannya dapat dilaksanakan dengan baik.

Persekitaran Sosial dan Budaya

Budaya ialah satu set corak gelagat dan tingkah laku yang membezakan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.  Budaya meliputi cara berfikir, percakapan dan perbuatan yang dimanifestasikan dalam tradisi, bahasa, kebendaan dan system sikap yang dikongsi bersama.  Tren, gaya dan kaedah pemikiran sesuatu masyarakat serta tindakan mereka mempunyai kesan yang besar terhadap pengurusan dan pemasaran.  Contohnya, trend wanita bekerja, penjagaan kecantikan dan kesihatan dsb.  Kesedaran terhadap cara pemikiran, gaya hidup, nilai serta budaya  sesuatu masyarakat  akan memberikan cabaran kepada pemasar agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Persekitaran Teknologi

Perubahan teknologi sentiasa berlaku dari semasa ke semasa.  Perubahan ini akan memberi kesan langsung kepada syarikat.  Perubahan teknologi yang terlalu cepat akan menyebabkan syarikat ketinggalan berbanding dengan pesaing.  Perubahan teknologi akan menggalakkan pembentukan produk serta perkhidmatan yang baru.

Persekitaran Ekonomi

Keadaan ekonomi akan menentukan trend permintaan dan perbelanjaan pengguna, peniaga dan kerajaan.  Ini akan mempengaruhi setiap pelan pemasaran.  Antara factor yang perlu

Page 9: Pp  p1 perniagaan

diberi pemerhatian oleh pemasar ialah kadar inflasi, kegawatan dan kadar faedah.  Pada kebiasaannya, perbelanjaan pengguna akan meningkat bilamana mereka merasa yakin terhadap jangkaan situasi ekonomi yang baik pada masa hadapan dan akan menurun bilamana kadar pengangguran meningkat dan jangkaan ekonomi mengalami kegawatan.  Dengan penubuhan gagasan kerjasama ekonomi serantau seperti NAFTA, AFTA dan EC, pemasar harus memikirkan apakah kesan kemasukan produk dari negara lain ke dalam pasaran tempatanserta juga sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara lain untuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan.  Kewujudan GATT memberi pengaruh terhadap corak perdagangan antara negara di dunia.  Ini sudah pastinya memberi cabaran hebat kepada syarikat dalam mengambil kira persekitaran ekonomi dalaman dan luaran yang tidak menentu untuk melaksanakan pelan pemasaran mereka.

Persekitaran Persaingan

Pemasar harus meyakinkan pembeli untuk membeli produk keluaran mereka daripada yang ditawarkan oleh syarikat lain.  Persaingan antara pengeluar semakin bertambah bilamana pengguna terdedah kepada berbagai saluran maklumat.  Pengeluar juga harus mengambilkira perkembangan yang berlaku di luar negara kerana ianya turut memberikan saingan terhadap barangan syarikat.

1. 5. KEPENTINGAN DAN FUNGI PEMASARAN

a) Kepentingan kepada Individu

Pemenuhan Utiliti

Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.  Aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri.

Kehidupan yang lebih baik

Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa.

Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran

Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat.  Pengguna mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih yang terbaik.  Ini menjadikan sesuatu produk dan perkhidmatan kompetitif dari segi mutu dan harga.  Apabila wujud persaingan organisasi perniagaan akan berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang sebaik mungkin dengan harga yang paling optimum supaya pengguna terus memilih produk yang dikeluarkan.

Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan

Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat.  Peluang pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Page 10: Pp  p1 perniagaan

b) Kepentingan kepada Organisasi

Mempercepatkan Proses Pertukaran

Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan dengan wang atau sebarang faedah.  Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.

Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan

Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang tidak sesuai kepada sasaran sasar.  Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan.  Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangkamasa panjang.

Peluang perniagaan dalam industri berkaitan

Kerjaya berkaitan terus dengan aktiviti pemasaran.  Terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti industri papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif.  Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.

Page 11: Pp  p1 perniagaan
Page 12: Pp  p1 perniagaan
Page 13: Pp  p1 perniagaan
Page 14: Pp  p1 perniagaan
Page 15: Pp  p1 perniagaan
Page 16: Pp  p1 perniagaan
Page 17: Pp  p1 perniagaan
Page 18: Pp  p1 perniagaan
Page 19: Pp  p1 perniagaan
Page 20: Pp  p1 perniagaan
Page 21: Pp  p1 perniagaan
Page 22: Pp  p1 perniagaan
Page 23: Pp  p1 perniagaan
Page 24: Pp  p1 perniagaan
Page 25: Pp  p1 perniagaan
Page 26: Pp  p1 perniagaan
Page 27: Pp  p1 perniagaan
Page 28: Pp  p1 perniagaan
Page 29: Pp  p1 perniagaan
Page 30: Pp  p1 perniagaan
Page 31: Pp  p1 perniagaan
Page 32: Pp  p1 perniagaan

Top Related