Download - Portfolio Geografi
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana
telah mengurniakan saya kesihatan dan pentunjuk untuk menyiapkan tugasan
kajian Sejarah ini dengan sempurna dan jayanya.
Oleh itu saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pihak berikut iaitu
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat, Tuan Haji Muhammed Yusof
b.Yacoob kerana
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di luar kawasan
sekolah. Saya juga tidak melupakan jasa guru Geografi saya iaitu Encik Tan Boo
Khing yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar kepada
saya dalam menyiapkan tugasan kursus KGT ini.
Saya amat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana memberikan
sokongan dan dorongan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akedemik
serta orang yang membantu dari segi kewangan yang murni,membuatkan saya
terpanggil dalam tugasan ini dengan sempurna.
Akhir sekali saya berterima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu 3 Dedikasi
kerana telah memberikan kerjasama dalam pengumpulan maklumat dan penduduk
tempatan yang memberikan maklum balas semasa menjalankan kajian ini.
:
Bil. Kandungan Halaman
1.Penghargaan……………………………………………………………………(1) 2.Pendahuluan……………………………………………………………………..( )
3.Objektif kajian…………………………………………………………………...( )
4.Kawasan kajian………………………………………………………………….( )
5.Kaedah kajian……………….…………………………………………………...( )
6.Hasil kajian…………….………………………………………………………...( )
7.Rumusan…………………………………………………………………………( )
8.Rujukan…………………………………………………………………………..( )
9.Lampiran…………………………………………………………………………( )
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATANPMR 2009
GEOGRAFI23/2
BENTUK MUKA BUMI DAN PONTESINYA
NAMA: MOHD HANIF FAEZ B MOHD YUSOFF
TINGKATAN: 3 DEDIKASI
NO.KAD PENGENALAN: 940928-01-5403
NO.ANGKA GILIRAN:
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: SEK.MEN.KEB.JELAWAT 16370 BACHOK. KELANTAN
NAMA GURU PENILAI: ENCIK TAN BOON KHING
TANDATANGAN:
TARIKH:
GRED
Saya Mohd Hanif Faez b yusoff merupakan pelajar tingkatan 3 Dedikasi di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat telah diberikan tugasan kajian geografi
tempatan (KGT) ini perlu dilaksanakan untuk memenuhi sukatan pelajaran
geografi. Kerja khusus ini diwajibkan ke atas semua pelajar tingkatan tiga bagi
memenuhi kehendak lembaga peperiksaan Malaysia bagi pelajar yang mengambil
peperiksaan penilaian menengah rendah(PMR). Saya telah memilih tajuk Bentuk
Muka Bumi dan Pontesinya .
Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja kursus ini
iaitu dalam 6 minggu.Dalam tempoh 6 minggu ini saya gunakan untuk
mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan. Saya telah memilih kampung
Jelawat merupakan sebuah perkampungan yang terletak berdekatan dengan pekan
saya.
Kajian ini telah dijalankan di kawasan yang terletak jauh dari pekan Bachok di
Kelantan iaitu Kampung Jelawat secara umumnya daerah Bachok terletak di timur
semenanjung menghadap ke laut China selatan dan jaraknya dari ibu negeri Kota
Bharu ialah 27 km. Kedudukan Pekan Bachok berdasarkan latitude dan longlitud
ialah 6’U 102 T.
Luas kawasan kajian ialah sekitar 5 km persegi. Kawasan kajian meliputi
Kampung Jelawat dan Kampung-kampung di kawasan sekitarnya.
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data .Antaranya ialah:
Kaedah Pemerhatian
Memerhatikan ciri-ciri budaya dan ciri-ciri fizikal secara kesuluruhan kawasan
kajian seperti bentuk muka,kemudahan asas,kegiatan ekonomi dan lain-lain.
Kaedah rujukan
Membuat rujukan daripada buku teks serta buku-buku yang diperakukan oleh
Kementerian Pendidikan. Rujukan juga dibuat di perpustakaan sekolah.
Kaedah soal selidikMenemuramah seramai beberapa orang respondan yang terdiri daripada penduduk kampung di sekitar kawasan kajian.
Kaedah temu bualMenemu bual beberapa orang respondan untuk mengumpul maklumat tentang
kegiatan ekonomi.
Kampung Jelawat merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang sebahagian
besarnya digunakan untuk kegiatan ekonomi khasnya penanaman padi kerana
tanih aluvium terdapat di kampung ini . Selain daripada kegiatan pertanian, guna
tadah di kampung ini adalah untuk perternakan sama ada menternak ayam,lembu
dan ikan air tawar. Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar yang diusahakan seperti
ikan patin,ikan tilapia dan banyak lagi. Di kampung ini juga terdapat tanih beris
yang sesuai untuk tanaman tembakau yang dijalankan secara meluas.
Kampung ini juga terdapat beberapa buah kilang seperti kilang membuat roti,
kilang memproses padi dan untuk perkhidmatan. Dalam aspek perkhidmatan guna
tanahnya adalah untuk pembinaan sekolah seperti sekolah menengah dan sekolah
rendah Jelawat,Tadika Kemas,masjid,surau serta taman permainan.
JADUAL:JENIS KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN
Sektor BilanganPerkerja
Peratus
Pertanian 10 33.33
Perikanan 5 16.67
Perindustrian 7 23.33
Perkhidmatan 8 26.67
Graf Bar:Jenis Kegiatan ekonomi di kawasan kajian
Muka bumi yang rendah dan rata menjadi satu kelebihan untuk kegiatan
ekonomi sekitar Kampung Jelawat. Daerah Bachok merupakan sebuah kawasan
pertanian bagi tanaman padi,tembakau dan kelapa.Terdapat juga tanaman seperti
jagung di kawasan berhampiran Sungai Jelawat.
Daerah Bachok juga merupakan sebuah kawasan petempatan yang agak
sederhana padat iaitu melebihi 200 orang bagi setiap kilometer persegi. Keadaan ini
berlaku kerana tanah rendah dan rata penting untuk pertanian dan memudahkan
sistem pengangkutan dibina iaitu kemudahan jalan raya ini adalah bantuan
daripada agensi kerajaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh
Raya Malaysia (LLM).
Kawasan ini juga sesuai untuk pembinaan kilang-kilang memproses padi dan
sebagainya juga sesuai untuk pembinaan rumah atau bangunan kecil.
Faktor tanih pula adalah tanih berpasir,tanih beris dan aluvium yang sesuai
untuk tanaman padi serta untuk tanaman kontang seperti kelapa,gajus,buah-
buahan dan sayur-sayuran. Saliran yang baik juga menjadi faktor penyumbang.Ini
adalah kerana terdapat anak-anak yang mewarisi perkerjaan dari tanah milik
keluarga.
Dasar kerajaan juga menjadi faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
kampung ini. Melalui agensi-agensi berwajib,kerajaan menyalurkan bantuan
kepada para petani seperti racun,baja dan khidmat nasihat tentang pertanian
terdapat juga system kredit di mana para petani mendapat barang-barang
pertanian secara berhutang dan akan dibayar apabila mendapat hasil kelak.
Terdapat banyak sektor-sektor kegiatan ekonomi seperti sektor
perkidmatan,perniagaan, pertanian dan pengangkutan.Oleh sebab terdapat banyak
faktor yang menyumbang kepada kegiatan pertanian maka secara tidak langsung
akan membangunkan sesuatu kawasan, Kampung Jelawat juga tidak
terkecuali.Melalui hasil pertanian yang dikeluarkan oleh penduduk kampung maka
ada segelintir penduduk kampung yang mampu membuka kilang besar untuk
memproses hasil pertanian sebelum dipasarkan di kilang-kilang kampung
berkenaan.Selain dapat memasarkan hasil pertanian kepada kilang tersebut secara
tidak langsung ia akan menyediakan peluang perkerjaan kepada masyarakat
setempat.
Peningkatan taraf hidup masyarakat setempat juga bertambah baik.Ini dapat dilihat melalui penduduk Kampung yang mampu untuk membeli makanan yang lebih berzat dan berkhasiat. Mereka juga mampu menghantar anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tempatan mahupun luar Negara. Kini, hampir semua penduduk kampung ini dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti elektrik,air,pengangkutan dan perhubungan. Ramai antara mereka juga boleh memiliki kereta,computer dan rumah kediaman yang tersendiri.
Dalam usaha kita membangunkan satu-satu kawasan,kita tidak akan terlepas
daripada implikasinya. Dalam usaha menambahkan baik kegiatan ekonomi
terdapat beberapa kesannya seperti kepupusan sumber.Kawasan hutan telah
dibuka untuk rancangan tanah besar-besaran bagi kegiatan pertanian ini kerana
banyak kawasan hutan telah dibersihkan untuk kegiatan pembinaaan jalan dan
pengangkutan dan sebagainya. Kesan daripada rumah hijau menyebabkan
pencemaran udara serius berlaku apabila asap kilang dan kenderaan bermotor
yang mengandungi karbon dioksida dibebaskan ke udara.
Pembinaan kilang padi memang tidak dinafikan memberi pulangan lebih baik
untuk masyarakat dan Negara. Selain itu ia juga turut menyumbang kepada
pencemaraan udara, air dan bunyi. Debu dan asap yang dikeluarkan oleh kilang
tersebut akan dibebaskan ke udara dan akan menyebabkan erea tinggal di kawasan
berhampiran mengalami masalah kesihatan seperti batuk,lelah dan sesak nafas.
Selain itu bunyi bising juga menggangu masyarakat setempat.Terdapat juga sisa-
sisa ternakan dari kandang haiwan dan bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai
yang berhampiran ini akan mencemarkan sumber air yang menjadi kegunaan –
kegunaan harian masyarakat kampung untuk kegunaan domestic seperti
mandi,memasak,membasuh pakaian dan sebagainya.
Bagi mengimbangkan pembangunan dan masalah, maka masyarakat dan pihak-
pihak yang terlibat perlu mengambil langkah yang berkesan contohnya pihak
kilang perlu menapis terlebih dahulu asap dan debu yang akan dibebaskan ke
udara dengan menggunakan cerobong asap demi kebaikan bersama. Pihak kilang
juga perlu menyediakan tempat-tempat khas untuk membuang sisa-sisa kilang
mereka. Bau yang kurang menyenangkan juga perlu diatasi.
Pesawah dan pihak yang berwajib perlulah memikirkan jalan yang baik dalam
usaha memusnahkan perosak padi dan tanaman mereka. Penguatkuasaan undang-
undang perlu diperketatkan terhadap tuan punya kilang-kilang yang
menimbulkan masalah.Selain tindakan denda akan dikenakan kepada mereka
melanggar peraturan kempen kesedaran alam sekitar perlu ditanam dalam diri
masyarakat setempat melalui gotong-royong seperti ceramah,pameran,kem
kesedaran alam,bengkel alam sekitar,lawatan penyebaran maklummat alam sekitar
serta melalui media cetak dan media elektronik yang melibatkan agensi kerajaan
seperti Jabatan Alam Sekitar(JAS).
Kajian ini telah menjelaskan jenis bentuk muka bumi dan ciri-ciri yang terdapat
di kawasan kajian. Bentuk muka bumi sememangnya berkait rapat dengan aspek
kehidupan terutamanya kegiatan pertanian,pelancongan dan pembangunan.
Masalah yang dihadapi boleh diatasi dengan pelbagai langkah-langkah yang boleh
diambil oleh penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan.
Kita seharusnya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana alam semula jadi
yang terdapat di Negara kita boleh dimanfaatkan untuk membantu kehidupan
seharian.
Rujukan
Referent PMR Geografi ting 1,2 dan 3
Terbitan buku:Pearson Longman
Dikarang oleh:Sabaruddin Abdul Rahman
Perpustakaan
Buku-buku yang berkaitan dengan Geografi tempatan
Sukses PMR Geografi
Terbitan bukuFajar Bakti Sdn Bhd
Dikarang olehKhaw Ah Seng
Buku Teks Geografi tingkatan 2
Terbitan bukuPercetakan Rina Sdn Bhd
Dikarang olehAbdul Aziz Abdul Rahman
Lim Jin ChoonRatnam Karuppiah Servai
Buku teks Geografi tingkatan.3
Terbitan BukuPTS Publication &Distribution Sdn. Bnd
Dikarang olehKhaw Ah Seng
Habibah Haji LatehTan Koh Lim