Transcript
  • 1

    2

    3

    4

    5

    6

    POLISI YURAN SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-ITQON

    Pembayaran yuran secara tunai tidak diterima melainkan untuk menyelesaikan yuran tertunggak

    Resit rasmi perlu diterima oleh setiap pembayar sebagai bukti pembayaran.

    Yuran Pendaftaran bagi sesi baru, perlu dibayar pada atau sebelum hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibu bapa gagal membuat bayaran, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas.

    Yuran lama tertunggak – Notis peringatan pada bulan November akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang berhutang bahawa murid berkenaan tidak dibenarkan masuk sekolah untuk sesi baru dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    Yuran Bulanan perlu dibayar pada setiap 30hari bulan.

    Tunggakan yuran adalah seperti berikut:

    a. Peringatan melalui SMS – jika sebulan tertunggak

    b. Jika 2 bulan tertunggak, peringatan untuk membuat bayaran melalui SMS dalam tempoh 7 hari. Jika tiada bayaran yang dibuat, notis tahan murid melalui Surat dan SMS dihantar dengan memberi tempoh 7 hari sebelum penahanan sebenar dibuat. Selain daripada penahanan murid, kes hutang tertunggak boleh diserahkan kepada peguam.

    c. Jika ibu bapa ingin memberhentikan pembelajaran anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan seperti Sijil Berhenti Sekolah, Testimonial dan dokumen yang berkaitan tidak akan diberi.

    Bagi kes penahanan murid (rujuk b) dan permohonan berhenti (rujuk c), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh segala hutang yang ada.

  • 7

    8

    9

    10

    POLISI YURAN SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-ITQON

    Pembatalan pendaftaran atau kemasukan atau urusan keluar sekolah setelah sesi persekolahanbermula:

    a. Yuran Pendaftaran dan Pembayaran Keperluan (Jika ada) tidak akan dikembalikanb. Yuran selain daripada (a) akan dikembalikan mengikut hari

    Permohonan perlu dihantar kepada Bendahari sekolah untuk mendapatkan baki yuran (jika ada) yang telah dibayar. Pembayaran semula baki tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja.

    Murid yang masuk atau keluar di mana-mana hari di pertengahan kedua bulan perlu membayar setengah daripada Yuran Bulanan yang sepatutnya dibayar pada bulan tersebut.

    Yuran Bulanan perlu dibayar setahun penuh. Sekiranya murid berhenti setelah mengambil peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan utama (PT3, SPM, STAM), baki yuran perlu dijelaskan.

    Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan – jika ibu bapa masih berminat untuk meneruskan persekolahan samada di tahun yang sama atau tahun yang berlainan, Yuran Bulanan perlu terus dibayar. Jika ibu bapa tidak berminat untuk meneruskan persekolahan, mereka perlu berhenti dan mendaftar semula jika berkeinginan untuk masuk balik ke sekolah selepas itu. Penerimaan untuk mendaftar bergantung kepada kekosongan tempat belajar.


Top Related