Download - Plantation Practice
SENARAI KANDUNGAN
PENGENALAN
KAWALAN RUMPAI
MEMBAJA
MENCANTAS PELEPAH
MENUAI
MENGANGKUT BTS KE KILANG
KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT
MENYELENGGARA JALAN PERTANIAN
PENGENALAN
Ladang sawit merupakan satu kawasan yang ditanam dengan sawit dengan kapasiti yang
besar dengan tujuan memperolehi keuntungan dengan penjualan hasil sawit. Terdapat
beberapa aktiviti dalam pengurusan ladang sawit yang perlu dilaksanakan bagi
memastikan kejayaan dalam menguruskanladang sawit.
Setiap aktiviti yang dilaksaknakan perlu dipastikan mengikuti amalan pertanian baik
( good agriculture practice ). Ini bagi memenuhi tuntutan Pengeluaran Minyak Sawit
Lestari ( sustainable Palm Oil Production ) dan Keselamatan ( OSHA Standards.
MERUMPUT
Membasmi semua jenis rumpai perampas di ladang dan mengekalkan rumput lembut
dan berfaedah sahaja. Ini dapat menggalakan tumbesaran pokok dengan
mengurangkan persaingan dari segi nutrien, cahaya, kelembapan dan memudahkan
operasi pengurusan ladang.
Kaedah pengawalan rumpai.
Terdapat beberapa jenis kaedah yang biasa digunakan iaitu secara manual, kimia,
mekanikal dan biologi.
I. Kawalan secara manual.
Dilakukan dengan cara mencabut, menggunakan parang,sabit atau cangkul.
Kaedah ini jarang dilakukan kini.
II. Kawalan secara kimia
Dilakukan dengan menggunakan racun herba yang berdaftar.
III. Kawalan secara mekanikal
Dilakukan menggunakan mesin seperti rotorslasher.
IV. Kawalan secara biologi
Dilakukan dengan memelihara haiwan ternakan di kawasan ladang untuk
meragut rumput seperti lembu.
Kawalan secara kimia
Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti pam CKS,CDA,Mist
blower. Pengiraan / kalibrasi perlu dilakukan berdasarkan jenis alat meracun dan racun
yang digunakan bagi memastikan kadar racun yang digunakan adalah betul dan tidak
membazir. Contoh perkiraan seperti di bawah :
Semburan dengan pam CKS menggunakan metsulfuron methyl ( meracun blanket )
Diberi maklumat berikut
a) Kadar air per/blanket hektar ialah 450 liter / hektar.
b) Isi kandungan CKS penuh ialah 18 liter
c) Kadar racun per hektar ialah 150 g/hektar ( berdasarkan label produk)
Kadar racun per pam
Kapasiti pam x kadar racun / kadar air per/blanket
= 18 liter x 150 g/ hektar / 450 liter
= 6 g/pam.
Spesifikasi kawalan rumpai di ladang sawit.
a) Anak kayu meluas = racun blanket metsulfuron methyl + surfactant
Anak kayu tompok = racun selektif metsulfuron methyl + surfactant
b) Kawal lalang = racun guna glyphosate
c) Anak sawit liar = racun guna paraquat
d) Bulatan = metsulfuron methyl + glyphosate
e) Lorong tuai = metsulfuron methyl + glyphosate
MEMBAJA
Membekalkan nutrien kepada pokok secara berjadual pada kadar yang disyorkan
untuk meningkatkan kesuburan tanah dan tumbesaran pokok serta pengeluaran hasil
yang optimum.
Kaedah membaja.
1) Pembajaan manual
a) Baja ditabur secara sebar rata di dalam bulatan pokok
b) Kadar baja yang betul untuk setiap pokok
c) Bulatan bersih semasa membaja
2) Pembajaan Subsoil
a) Sebanyak empat lubang perlu digali setiap pokok
b) Jarak dan kedudukan lubang diubah mengikut syor setiap tahun.
c) Lubang mesti dikambus semula dan dipadatkan selepas baja ditanam.
3) Pembajaan spreader
a) Kalibrasi alat perlu dilakukan sebelum aktiviti pembajaan dijalankan
b) Lorong mekanisasi perlu dibersihkan.
Sebelum dan semasa pembajaan
o Bulatan perlu dipastikan bersih dari rumpai
o Cuaca sesuia,tidak panas berpanjangan atau terlampau banyak hujan
o Kawalan ketat semasa kerja membaja, satu penyelia dan satu mandor.
o Tandakan tempat terakhir siap membaja.
o Beg kosong dikutip,sama banyak, susun dan simpan distor.
MENCANTAS PELEPAH