Download - PJM3113 Hoki

Transcript
  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    1/16

    79

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    HOKISEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

    Sejenis permainan yang menyerupai hoki telah mula dimainkan oleh

    orang-orang Parsi, Greek dan Rom sejak 2000 tahun Sebelum Masihi. Menurut

    sesetengah ahli sejarah, permainan ini mula dimainkan semula di England

    pada tahun 1365 tetapi kemudian diharamkan disebabkan berlakunya

    kekecohan yang membawa kepada pertumpahan darah. Ia muncul

    semula dengan pelbagai nama seperti hogket di Peranchis,shinty di Scotland, banty di Wales dan hurley di Ireland. Walau

    bagaimanapun nama hockey yang digunakan di England

    muncul sebagai nama yang paling popular, sehinggalah digunakan

    sampai sekarang ini.

    Permainan hoki berkembang di Eropah pada 1886. Pada 1896, hoki telah

    dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik. Dengan perkembangan itu, Persekutuan

    Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun 1954. Di Malaysia,

    hanya selepas 30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula,

    barulah permainan tersebut mula dimainkan. Pada tahun

    1948 pula, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan.

    Prestasi terbaik Malaysia dalam permainan hoki di

    peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di

    mana Malaysia menduduki tempat

    keempat dalam Kejohanan Hoki Piala

    Dunia. Pada ketika itu, Kuala

    Lumpur menjadi tuan rumah

    kejohanan tersebut.

    BAGAIMANA HOKI DIMAINKAN

    Permainan hoki melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai

    sebelas orang pemain utama dan tujuh orang pemain gantian atau pemain

    simpanan. Masa permainan dijalankan ialah antara 60 70 minit bergantung

    kepada peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainandiberi. Permainan hoki ini diadili oleh dua orang pengadil.

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    2/16

    80

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Permainan bermula di garisan tengah. Pasukan yang memulakan

    permainan mestilah membuat tolakan mula. Pihak lawan tidak boleh merampas

    bola sebelum pemain kedua daripada pasukan yang memulakan permainan

    menerima hantaran bola.

    Para pemain hanya boleh menjaringkan gol dalam kawasan D. Jaringan

    boleh dilakukan secara menolak, menguis, menceduk atau memukul bola.

    Jaringan boleh dilakukan berpunca daripada gerakan serangan, melalui pukulan

    sudut dekat, pukulan sudut jauh atau pukulan penalti. Gol dikira jika bola melintasi

    garisan gol pihak lawan.

    Pukulan sudut jarak dekat :(a) Seorang pemain penyerang akan menolak

    bola kepada rakan-rakannya yang menunggudi luar kawasan D.

    (b) Pemain-pemain penyerang akan cubamenjaringkan gol dengan menggunakanstrategi mereka

    (c) Gambaran permainan semasa sudut penaltijarak jauh

    (a)

    (b)

    (c)

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    3/16

    81

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    KEPERLUAN DAN PERALATAN

    penutup muka(helmet)

    alas badan(body pad)

    kayu hoki

    sarung tangan

    (glove)

    bola hoki

    penghadang kaki (leg pad)

    penendang (kickers)

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    4/16

    82

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    KAWASAN ATAU PADANG PERMAINAN

    Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi bujur yang berukuran 90 meter

    panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkandi atas padang astroturf (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di padang hoki

    iaitu :(a) garisan tepi(b) garisan gol(c) garisan tengah(d) garisan 22.9 m

    (e) garisan D

    Padang Permainan

    Gol Hoki

    Padang hoki berukuran 90 m X 54 m.

    Lima garisan utama membahagikan kawasan-kawasan dalam padang yang seharusnya mempunyaipermukaan yang rata. Kebanyakan permainan hokiperingkat tinggi dimainkan di atas padang rumput tiruan.

    Tiang gol terletak di tengahgarisan gol. Kawasan golbertanda garisan D yang

    berjejari 14.6 m dari tianggol. Garisan tepi dan garisantengah dibahagi dua olehgarisan 22.9 m. benderadipacakkan pada setiaphujung garisan tepi, garisantengah dan garisan 22.9 m.

    Gol hoki : papan setinggi 0.46 m dipasang dibahagian bawah kawasan tiang gol danjaring dimatikan di sebelah dalam papan ini.

    garis gol

    91.4 m

    54.7 m

    9.1 m

    9.1 m

    1.5 m

    22.9 m

    22.9 m

    22.9 m

    22.9 m

    14.6 m

    7.3 m

    3.6 m

    0.46 m

    1.22 m3.67 m

    2.1 m

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    5/16

    83

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN

    Memukul Bola (Hitting)

    Memukul BolaHantaran dalam permainan hoki boleh dilakukan dengancara memukul bola. Pukulan dibuat tanpa bola bergerak

    (stationary) dan juga selepas menggelecek bola.

    PeganganKayu hoki dipegang dengan tangan kiri di atas secaraberjabat tangan. Kedudukan tangan kanan mestilah rapatdengan tangan kiri.

    Kedudukan Badan dan BolaPosisi badan mesti selesa dan ke depan.

    Menahan Bola (Stopping)

    (a) Pastikan badan terletak di belakang bola dan selari dengan arah bola.

    (b) Kayu hoki hendaklah dalam keadaan menegak dengan kepala kayu rapat denganpermukaan padang untuk mendapat kawasan yang luas bagi menahan bola.

    (c) Perhatikan bola sehingga ia ditahan

    (d) Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dalam keadaan tangan kiri ke depansupaya kayu hoki dapat dicondongkan untuk mengawal bola.

    (e) Sentiasa perhatikan bola sehinggalah ia menyentuh atau terkena kayu hoki

    ( f ) Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain bersediauntuk membuat satu hantaran atau pergerakan.

    (a) (b) (c) (d) (e) (f)

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    6/16

    84

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Menahan Bola Dalam Keadaan Mengilas (Reverse Stop)

    MENOLAK, MENGUIS DAN MENCEDUK

    Menolak (Push)

    (a) Bawa kayu hoki dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola.

    (b) Kaki kanan dalam berkeadaan disilangkan.

    (c) Kayu hoki dikilas untuk menahan bola.

    (d) Pastikan kedudukan kepala di atas seiring dengan kedudukan bola.

    (e) Sentiasalah perhatikan bola sehingga ia ditahan.

    (f) Bersedialah untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    7/16

    85

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    Tolakan Kilas (Reverse Push)

    Menguis (Flicking)

    Digunakan apabila membuathantaran lintang atau ke arahbelakang kepada pemain laindalam kedudukan yang lebihbaik

    Menceduk (Scooping)

    Pergerakan menceduk bolamenggunakan pergelangantangan dan lengan untukmendapatkan satu cedukan yangtinggi dan jauh.

    Bola yang dikuis akan naik.Cara ini sangat bergunasemasa kuisan ke arah gol atausemasa pukulan penalti keranabola dikuis dengan kuat danlaju.

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    8/16

    86

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    MENGGELECEK (DRIBBLING)

    Menggelecek Cara India

    Tangan kiri hendaklah sentiasa menggerakkan kayu ke belakang dan hadapan atasbola.

    Tangan kanannya pula dalam berkeadaan membolehkan kayu hoki diputar bebas dandigabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan gerakan ketukan bagi menukararah gerakan bola.

    Menggelecek Cara Roll atau Sisi

    Kawalan rapat ke atas bola amat

    perlu kerana bola perlu sentiasarapat dan dekat dengan pemain.Cara ini sangat sesuai jikabermain di atas padang astroturf,tetapi sukar dilakukan di ataspadang rumput biasa.

    Pemain-pemain

    mestilah melaksanakangelecek cara India dihadapan badan dengancara menggerakkanbola ke hadapan dan kebelakang, iaitu denganmengiringkan badansecara bersilih gantisambil memainkan boladengan bahagianhadapan dan kilas kayu

    hoki.

    Menggelecek Cara bebas (Loose Dribbling)

    Seperti namanya,

    pergerakan menggelecekcara ini memerlukankawalan bola yang bebasdan ia dibenarkanbergerak di hadapan kayuhoki. Gelecek bebas inimembolehkanpergerakan lebih pantasdan penelitian yang baiktetapi mendedahkanpemain kepada risiko bola kawalannya dirampas pemain lawan. Oleh sebab itu,

    pemain yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak bebas jauh daripada kayuhokinya dan menyebabkan ia terdedah kepada dirampas oleh pemain lawan.

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    9/16

    87

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    MENERIMA HANTARAN BOLA

    Terima Bola dari Depan

    Menerima bola merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasaioleh setiap pemain. Pemain mestilah berupaya memperoleh sertamenjaga dan mengawal bola yang telah dipukul oleh rakan sepasukanatau pihak lawan dari semua arah dengan kelajuan dan ketinggianyang berbeza-beza. Pemain mungkin dalam keadaan bergerak atau

    tidak bergerak semasa menerima hantaran bola ini.

    Terima Bola Dari Udara (Aerial Ball)

    Terima Bola dari Kiri atau Kanan

    Sama ada menerima bola dari kiriatau kanan, pemain perlumembetulkan posisi diri masing-masing terlebih dahulu denganpantas supaya bola mudah

    dihantar atau diterima sertamemudahkan pergerakanmengawalnya.

    Mengawal bola di udara denganmenggunakan kayu hoki adalahkemahiran yang agak baru. Ia

    diperkenalkan disebabkan olehperubahan peraturan di mana parapemain tidak dibenarkanmenggunakan tangan (melainkanpenjaga gol). Perkara ini bermaksudbahawa bagi mengawal pergerakanbola di udara (hantaran ataulambungan tinggi) dan pergerakanbola di bawah paras bahu, hendaklahdilakukan dengan menggunakankawalan kayu hoki.

    Apabila bola jatuh ke atas tanah, kayu hoki hendaklah diletakkan atas bola bagimengelakkan bola melantun, terutamanya jika permainan diadakan di atas padangrumput tiruan.

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    10/16

    88

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    REBUTAN (TACKLING)

    Rebutan Hadapan (Forehand Tackling)

    Rebutan Lonjak (Jab or Poke Tackle)

    Teknik ini digunakan oleh pemain di bahagian pertahanan yang statik dalam keadaansatu lawan satu di mana penyerang perlu menggelecek bagi melepasi pihak lawan.

    Cara rebutan bola ini bergantung kepadakeadaan yang berlaku secara mengejut dimana seorang pemain melonjak ke hadapanbola dengan menggunakan tangan kiri.

    Rebutan bola cara ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri.

    Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh tangan kiri danmenurut peraturan, teknik ini dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihaklawan. Oleh sebab itu, teknik ini jika boleh perlu dielakkan.

    Kemahiran pergerakan ini adalahuntuk memerangkap bola denganmenggunakan reverse sticksupaya penyerang menjadi terlajakdan bola dapat dikawal olehpemain pertahanan.

    Rebutan Kilas (Reverse Tackling)

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    11/16

    89

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    KAWALAN GOL (GOALKEEPING)

    Aksi penjaga gol dalam mengawal pintu gol

    Pergerakan secara turutan kawalan gol secara single padding

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    12/16

    90

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    PENGADIL PERMAINAN (UMPIRES)

    Isyarat Pengadil (Umpires Sign)

    Isyarat Masa(Time Left)

    Halangan(Obstruction)

    Bola tidak mati di sudutpenalti

    (Ball not stopped atpenalty corner)

    Strok Penalti(Penalty Stroke)

    Buli(Bully)

    Pukulan Sudut(Corner hit)

    Jaringan Gol(Goal Scored)

    Permainan Bahaya(Dangerous Play)

    Masa Mula(Time Start)

    Pukulan 16(16-Yards hit)

    Pukulan/Tolakan KeDalam

    (Hit in from the sideline)

    Pukulan bebas ganjak10 m ke depan(Free hit 10 m

    progress)

    Masa Berhenti(Time Stopped)

    Sudut Penalti(Penalty Corner)

    Pukulan Bebas(Free Hit)

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    13/16

    91

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    CADANGAN LATIHAN

    1 Hantaran Tolak (i)

    2 Hantaran Tolak (ii)

    Pemain di garisan A berhampiran dengan 8 biji bola. Pemain menolak bola pertama kearah pintu X. Jarak pintu ialah satu ela. Tolakan diulangi sebanyak 6 kali. Rekod berapakali bola melintasi pintu.

    Pemain berdiri di sebelah kiri penanda (kon), tiga ela dari garisan bola. Apabila arahandiberi, pemain membawa bola yang pertama, bergerak melepasi kon dan terusmenolak bola ke atas gate A. Gerakan ini diulangi dengan bola ditolak melalui gateB dan seterusnya sehingga kesemua bola ditolak. Masa untuk melakukan ujian iniialah 45 saat. Tolakan yang dibuat selepas 45 saat tidak diambilkira. 2 poin diberi untuksetiap bola melintasi gate.

    Ujian diulangi sekali.

    3 Menguis

    Satu penghalang (3 kaki tinggi) diletak jarak 4 ela dari garisan A. Pemain menguis bolake arah dan ke atas penghalang. Ulangi sebanyak 5 kali. Rekod jarak kuis yangterbaik. (Jarak antara garisan A ke tempat bola jatuh).

    A X1

    10 ela

    2 kaki

    A

    5 ela B 5 ela

    2 kaki

    C

    10 ela

    3 ela

    A

    4 ela

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    14/16

    92

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    4 Ketepatan Menguis

    5 Menggelecek

    Pemain berdiri di belakang garisan berhampiran dengan enam biji bola, bola dikuis kearah sasaran berbentuk segiempat sama seperti di rajah. Gerakan diulangi sehinggakesemua bola dikuis. Poin diberi untuk setiap bola dikuis mengikut ketepatan bolamendarat seperti di rajah.

    Dari tempat permulaan, pemain berlari dengan bola melalui gates seperti bentukzig-zag. Pemain dan bola mesti melalui setiap gate. Catat masa diambil untuk satupusingan.

    Ujian diulangi sekali.

    6 Menggelecek dan Mengawal Bola

    Dua garisan A dan B, 25 ela jarak. 5 kon diletak 5 ela jarak antara satu sama lain. Konpertama berjarak 5 ela dari garisan A dan kon yang kelima terletak di atas garisan B.

    Pemain bermula di A, menggelecek bola mengikut garisan seperti dalam Rajah,sampai ke B dan pusing balik ke A. Rekodkan masa.

    (Pemain boleh menggunakan sebarang cara untuk menggelecek bola)

    X 14 ela

    0

    1

    2

    3

    2 ela

    3 ela

    4 ela

    5 ela 4 ela 3 ela 5 ela 4 ela 4 ela

    X

    1 ela

    A

    25 ela

    B

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    15/16

    93

    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

    PENGAWALAN PINTU GOL (GOALKEEPING)

    i

    Penjaga gol mengambilposisinya di gol:i. Jurulatih X meleretkan bola

    di atas padang ke arah gol.Penjaga gol dikehendakimenendang bola. Prosedurdiulangi.

    ii. Jurulatih X menguis/balingbola ke arah penjaga golpada paras lutut. Penjaga

    gol dikehendaki menendangbola (volley). Prosedurdiulangi.

    iii. Jurulatih X menguis/baling bola ke arah penjaga gol pada paras bahunya. Penjagagol dikehendaki menahan bola dengan tangan dan seterusnya menendang bola itudengan kaki.

    Penilaian dibuat menggunakanskala 10 poin (1-10 maksimum)berdasarkanketangkasan,kederasan

    memukul lepas, teknikmenendang bola dan koordinasi.

    Penjaga gol mengambil posisi digol. Pemain/jurulatih X memukulbola ke arah gol. Penjaga goldikehendaki menahan bola danmembuat pukul lepas dengankayu. Ulangi prosedur denganpemain Y memukul bola danseterusnya sehingga kesemua 6bola selesai dipukul.

    Jurulatih menilai menggunakan skala 10 poin (1-10 maksimum) berdasarkan liputansudut, teknik menahan bola dan teknik memukul lepas.

    Latih tubi intensif bagipenjaga gol; bola dipukul

    secara bergilir-gilir

    A

    X

    Y

    Z

    A

    X

    ii

    iii

  • 7/27/2019 PJM3113 Hoki

    16/16

    94

    FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    CONTOH BORANG UJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN

    1 Borang Ujian Semasa/Tahunan

    2 Borang Ujian Kemahiran

    Nama: Pusat/Sekolah:

    No.Ujian Kemahiran Skor

    Maksimum

    Tarikh

    No.1 2 3 4 5 6 7 8

    Catatan

    1 MENJARING GOL (PUKULAN)

    2 MENGUIS (JARAK)

    3 HANTARAN TOLAK

    4 MENGUIS (KETEPIAN)

    5 MENGGELECEK

    6 MENOLAK KILAS

    12

    18

    12

    18

    (masa)

    12

    Nama:

    Umur: tahun bulan

    Sekolah/Pusat:

    Tarikh:

    Bil. KEMAHIRANPemerhatianJarak/Masa

    PoinJarak/Masa

    Poin

    1 Menggelecek roll

    2 Menggelecek & Mengawal bola

    3 Memukul

    4 Menolak

    5 Menguis

    6 Hantaran Tolak

    7 Ujian Penjaga Gol

    7,1 Liputan sudut, menahan bola danpukul lepas

    7.2 Tendangan bola


Top Related