Download - Piawai Kelayakan Dan Latihan Kaunselor 2012
PIAWAIAN DAN KELAYAKAN LATIHAN KAUNSELOR
LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA
1
BAHAGIAN 1
KERANGKA PIAWAIAN
1.1 Kriteria Umum
Kriteria umum Piawaian Program Latihan Kaunselor meliputi aspek nama Ijazah
yang dianugerahkan, peringkat pengajian, bahasa pengantar, tempoh pengajian,
pecahan kursus, cara mengira nilai kredit, dan syarat kemasukan ke program
pengajian.
I. Nama Ijazah
Nama Ijazah hendaklah menggambarkan bahawa pengajian itu
mengkhusus dalam bidang kaunseling sama ada di peringkat Ijazah
Sarjana Muda atau Sarjana.
Nama-nama panggilan seperti berikut bolehlah dipakai untuk maksud
tersebut;
Contoh nama Ijazah untuk Ijazah Sarjana Muda
Sarjana Muda Kaunseling
Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Sarjana Muda Sastera (Kaunseling)
Sarjana Muda Pendidikan Kepujian (Bimbingan dan Kaunseling)
Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Contoh nama Ijazah untuk Ijazah Sarjana
Sarjana Kaunseling
Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Sarjana Sains (Bimbingan dan Kaunseling)
Sarjana Sastera (Kaunseling)
Sarjana Sains (Kaunseling)
Master Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
2
Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling)
Sarjana Psikologi Kaunseling
II. Peringkat Pengajian Minimum
Peringkat pengajian minimum yang diiktiraf sebagai memenuhi keperluan
piawaian ialah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling
atau Sarjana Muda dalam bidang bukan kaunseling yang diikuti dengan
pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang kaunseling.
III. Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar program pengajian hendaklah dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
IV. Bilangan Jam Kredit
Program pengajian di peringkat Sarjana Muda hendaklah mengandungi
minimum 81 jam kredit komponen kursus-kursus kaunseling yang meliputi
kursus teras, latihan amali atau praktikum, internship dan elektif.
Program pengajian di peringkat Sarjana hendaklah mengandungi
minimum 48 jam kredit kursus-kursus dalam bidang kaunseling. Di
peringkat Sarjana diperlukan minimum 48 jam kredit sahaja, untuk
diselaraskan dengan piawaian antarabangsa. Pada dasarnya program
Sarjana diikuti oleh pelajar yang lebih matang dan lebih berpengalaman
kerana telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda. Kursus Pasca Ijazah
melibatkan proses penganalisisan dan kajian yang lebih padat dan
mendalam.
V. Pecahan Kursus
Pecahan kursus untuk Ijazah Sarjana Muda hendaklah seperti berikut:
3
Komponen Jumlah Jam Kredit
1. Teras 66
2. Latihan Amali Atau Praktikum
3. Internship
3
6
4. Elektif/Projek Penyelidikan 6
Jumlah 81
Pecahan kursus di peringkat Ijazah Sarjana hendaklah seperti berikut:
Komponen Ijazah Sarjana(Jumlah Jam Kredit)
1. Teras 33
2. Latihan Amali Atau Praktikum
3
3. Internship 6
4. Elektif/Projek Penyelidikan
6
Jumlah 48
VI. Kredit dan Beban Pembelajaran Pelajar
Kredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran
atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu.
Beban pembelajaran ialah ukuran kuantitatif semua aktiviti pembelajaran
yang diperlukan untuk mencapai satu set hasil pembelajaran. Aktiviti ini
4
termasuklah kuliah, toturial, seminar, praktikal, pembelajaran kendiri,
pencarian maklumat, kajian, kerja lapangan serta persediaan dan
menduduki peperiksaan. Empat puluh (40) jam pembelajaran nasional
dinilai sebagai satu kredit.
VII. Pengiraan Nilai Jam Kredit
Nilai 1 jam kredit dikira mengikut formula berikut:
Perkara Formula
Kuliah 1 jam kredit = 1 jam seminggu x 14 minggu
Tutorial/Makmal 1 jam kredit = 3 jam seminggu x 14 minggu
Latihan Amali atau Praktikum dan Internship
1 jam kredit = 6 jam seminggu x 14 minggu di tempat latihan
Jumlah kredit minimum komponen kaunseling untuk peringkat Sarjana
Muda dan Sarjana yang perlu diambil seperti berikut:
1.2 Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar adalah terdiri daripada kakitangan yang dilantik oleh universiti
sebagai pensyarah.
5
Peringkat Nilai Kredit Minimum
Ijazah Sarjana Muda 81
Ijazah Sarjana 48
Piawaian tenaga pengajar dilihat dalam dua aspek iaitu nisbah tenaga pengajar
dengan pelajar, dan taraf kelulusan dan pengalaman tenaga pengajar.
i. Nisbah bilangan tenaga pengajar yang berkelulusan dalam bidang
kaunseling dengan bilangan pelajar hendaklah pada kadar 1:15.
Nisbah ini adalah nisbah yang dianggap sesuai untuk keefisienan
dan keberkesanan pengajaran, penyeliaan internship, latihan amali
atau praktikum dan projek penyelidikan.
ii. Taraf kelulusan minimum tenaga pengajar
Tenaga pengajar yang mengajar kursus kaunseling mestilah
berdaftar dengan lembaga kaunselor dan mempunyai kelayakan
berikut:
a. Berkelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Sarjana yang
diiktiraf dalam bidang kaunseling.
b. Pengalaman dalam bidang pendidikan kaunseling diutamakan.
c. Mempunyai pengalaman dalam penyelidikan kaunseling.
1.3 Kursus Pengajian (Mata Pelajaran)
Piawaian minimum kursus pengajian yang ditawarkan meliputi bidang-bidang
berikut :
I. Bidang Kursus Pengajian
Bidang kursus pengajian di tahap Sarjana Muda hendaklah mengandungi
komponen berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:
6
Komponen Jumlah Jam Kredit
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 12
Perhubungan Menolong 15
Kepelbagaian Sosial dan Budaya 6
Kerja Kelompok 6
Perkembangan Kerjaya 6
Pengujian dan Pengukuran Psikologi 6
Penyelidikan dan Penilaian Program 12
Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan Psikologi
3
Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling 3
Internship 6
Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan dengan Bidang Kaunselingatau Projek Penyelidikan
6
Jumlah 81
7
Bidang kursus pengajian di tahap Sarjana hendaklah mengandungi
komponen berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:
Komponen Jumlah Jam Kredit
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 3
Perhubungan Menolong 6
Kepelbagaian Sosial dan Budaya 3
Kerja Kelompok 3
Perkembangan Kerjaya 6
Pengujian dan Pengukuran Psikologi 6
Penyelidikan dan Penilaian Program 3
Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan Psikologi
3
Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling 3
Internship 6
Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan dengan Bidang Kaunselingatau Projek Penyelidikan
6
Jumlah 48
8
II. Penggubalan Kursus
Berikut adalah panduan penggubalan kursus:
a. Penggubalan kursus hendaklah berdasarkan garis panduan
Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor terkini oleh Lembaga
Kaunselor.
b. Pihak yang terlibat dalam penggubalan kursus hendaklah terdiri
daripada tenaga pengajar yang berkepakaran dan
berpengalaman.
c. Perlu ada prosedur penilaian atau semakan berkala mengenai
keberkesanan dan perlaksanaan kurikulum.
III. Kelayakan Tenaga Pengajar Bagi Setiap Kursus Pengajian
Kelayakan minimum tenaga pengajar untuk kursus kaunseling adalah
seperti dalam perkara 2.2. Kelayakan minimum tenaga pengajar untuk
kursus bukan kaunseling pula ialah Ijazah Sarjana dalam bidang yang
diajar.
IV. Cara Pengajaran:
Kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan. Walau
bagaimanapun, kursus-kursus berikut hendaklah diajar bersemuka secara
keseluruhan: Makmal Kaunseling, Teknik Kaunseling, Kaunseling Individu,
Kaunseling Kelompok, Kaunseling Keluarga, Pengujian dan Pengukuran,
Latihan Amali atau Praktikum, Internship, dan Projek Penyelidikan (Jam
kontak bersemuka merujuk kepada perkara 1.1(vi)).
V. Kandungan Kursus Pengajian
Kandungan kursus pengajian hendaklah menepati perkara seperti dalam
Bahagian 2 Kurikulum Latihan Kaunselor.
1.4 Kemudahan Fizikal
Institusi yang menawarkan latihan dalam bidang kaunseling perlulah mempunyai
kemudahan fizikal seperti berikut :
9
i. Bilik pengajaran
ii. Makmal individu dan kelompok yang mempunyai kemudahan
rakaman dan bilik pemerhatian.
iii. Peralatan elektronik yang diperlukan untuk membuat rakaman.
iv. Kemudahan rujukan dan sistem maklumat yang meliputi koleksi
buku, jurnal, bahan elektronik, kemudahan mengakses maklumat
dan sebagainya dalam bidang kaunseling, psikologi dan psikoterapi.
v. Senarai tempat latihan praktikum/internship
1.5 Sistem Pengurusan Program Kaunseling
Pengurusan program kaunseling hendaklah dikendalikan secara sistematik dan
berkualiti yang meliputi perkara berikut:
i. Pentadbiran dan penyimpanan rekod
ii. Pengawalan dan penggunaan bahan pengajaran
iii. Pengurusan penjadualan pengajaran seperti kuliah, makmal,
praktikum dan sebagainya
iv. Pihak yang bertanggungjawab terhadap penilaian dan penambah-
baikan kurikulum
v. Personelia pelajar
vi. Program perkembangan profesional staf akademik
10
vii. Sistem penilaian progam termasuk sistem penilai dalaman dan
penilai luaran
1.6 Sumbangan Institusi Latihan Terhadap Perkembangan Ilmu
Kaunseling
Institusi juga dinilai dari segi sumbangannya kepada bidang kaunseling seperti
penyelidikan, perkhidmatan kaunseling, penganjuran konvensyen, seminar,
bengkel, dan sebagainya.
11
BAHAGIAN 2
KURIKULUM LATIHAN KAUNSELOR
Bahagian ini mengandungi bidang yang perlu dalam kurikulum latihan kaunselor.
2.1 Identiti Profesional
Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi kefahaman tentang semua aspek
kefungsian profesional termasuk sejarah, peranan, struktur organisasi, etika,
perundangan, pensijilan, perlesenan, kepiawaian dan pengakreditasian.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i. Sejarah dan falsafah profesion kaunseling
ii. Peranan, fungsi dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan
kemanusiaan yang lain.
iii. Kemahiran asas menggunakan ICT dalam perkhidmatan kaunseling.
iv. Kepentingan dan fungsi lembaga kaunselor di bawah Akta Kaunselor
1998 (Akta 580). Peranan dan kepentingan organisasi profesional
berkaitan amalan kaunseling.
v. Pengiktirafan profesional termasuk pensijilan, pendaftaran dan
perlesenan, amalan pengakreditasian, kepiawaian dan kesan polisi
awam ke atas isu ini. Penekanan diberikan terhadap peranan
Lembaga Kaunselor.
vi. Proses polisi awam dan swasta seperti peranan kaunselor
profesional dalam menjaga kewibawaan profesion.
12
vii. Proses membantu klien dan pengamal yang menghadapi halangan
institusi dan sosial daripada memperolehi perkhidmatan, kejayaan,
dan kemajuan.
viii. Piawaian etika kaunselor dan hal yang berkaitan, dan aplikasi
pertimbangan etika dan perundangan dalam profesion kaunseling.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Etika dan Perundangan Kaunseling
b. Amalan Profesionalisme Kaunseling
c. Falsafah dan Etika Kaunseling
d. Isu Etika dan Profesionalisme Kaunseling
e. Isu Etika dan Perundangan Kaunseling
2.2 Kepelbagaian Sosial dan Budaya
Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang kepelbagaian
konteks sosial dan budaya seperti aspek perhubungan, isu dan tren dalam
masyarakat majmuk dan berbilang budaya.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i. Tren pelbagai budaya dan masyarakat majmuk seperti ciri dan
kepekaan sesuatu kumpulan dan antara kumpulan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
ii. Sikap, kepercayaan, kefahaman dan pengalaman seperti aktiviti
pembelajaran melalui pengalaman khusus berkaitan faktor budaya,
etnik, keturunan, umur, gender, orientasi seksual, ciri mental dan
fizikal, pendidikan, nilai keluarga, nilai agama dan kepercayaan,
status sosio-ekonomi dan keunikan individu, pasangan, keluarga,
dan komuniti.
13
iii. Teori kaunseling pelbagai budaya, pembangunan identiti dan
keadilan sosial.
iv. Strategi perhubungan individu, pasangan, keluarga, kumpulan dan
komuniti dalam masyarakat majmuk.
v. Peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, advokasi dan
resolusi konflik, kesedaran swadiri dalam konteks budaya. Juga,
peranan kaunselor dalam menangani sifat prejudis, proses
penindasan serta diskriminasi yang disengaja dan tidak disengajakan
serta tingkah laku lain yang didukungi oleh budaya yang merugikan
perkembangan semangat, fikiran atau jasmani manusia.
vi. Pertimbangan etika dan perundangan.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Kaunseling Pelbagai Budaya
b. Kaunseling Silang Budaya
c. Psikologi Sosial
d. Individu dan Masyarakat
e. Antropologi dan Sosiologi Budaya
f. Budaya dan Masyarakat
2.3 Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang pertumbuhan
dan perkembangan manusia.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i. Teori pertumbuhan dan perkembangan individu dan keluarga yang
merentasi kehidupan sepanjang hayat.
14
ii. Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti.
iii. Tingkah laku manusia merangkumi kefahaman tentang
perkembangan krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam
sekeliling dan situasi yang mempengaruhi tingkahlaku normal dan
bilazim.
iv. Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang
hayat.
v. Pertimbangan etika dan perundangan.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
b. Teori Personaliti
c. Psikologi Bilazim
d. Teori Pembelajaran
e. Perkembangan Peringkat Dewasa
f. Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
2.4 Kerjaya dan Cara Gaya Kehidupan
Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman perkembangan kerjaya dan faktor
yang berkaitan dengan kehidupan.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i. Teori perkembangan kerjaya dan model membuat keputusan
kerjaya.
ii. Kerjaya dan kerja sampingan, sumber maklumat pasaran buruh,
media visual dan cetak tentang kerjaya, sistem maklumat kerjaya
berasaskan komputer, dan media elektronik lain.
15
iii. Program perancangan kemajuan kerjaya dan pendidikan,
perkembangan, pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan,
penempatan, susulan, dan penilaian kerjaya.
iv. Perhubungan di antara kerja, keluarga dan cara gaya kehidupan,
peranan kehidupan yang lain termasuk faktor kepelbagaian gender
berkaitan dengan perkembangan kerjaya.
v. Perancangan kerjaya dan pendidikan, penempatan, susulan dan
penilaian.
vi. Teknik dan alat penaksiran yang berkaitan dalam membuat
perancangan dan keputusan kerjaya.
vii. Strategi, aplikasi dan perkembangan kerjaya berasaskan teknologi
termasuk sistem maklumat dan bimbingan kerjaya berkomputer dan
cara melayari laman web yang berkaitan dengan kerjaya.
viii. Proses, teknik dan sumber kaunseling kerjaya, termasuk yang boleh
diaplikasikan kepada populasi yang khusus.
ix. Pertimbangan etika dan perundangan.
Contoh Tajuk Kursus :
a. Kaunseling Kerjaya
b. Teori Perkembangan Kerjaya
c. Kerjaya dan Cara Gaya Kehidupan
d. Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel
e. Perkembangan Kerjaya
f. Maklumat dan Perkembangan Kerjaya
16
2.5 Kemahiran Perhubungan Menolong
Kursus dalam bidang ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran
dalam perhubungan menolong dan perundingan dalam proses kaunseling.
Kursus ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan kesedaran kendiri bagi
mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien yang efektif serta memelihara
sempadan profesional.
Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi sekurang-kurangnya :
i. Ciri dan tingkahlaku kaunselor yang mempengaruhi proses
kaunseling dan perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras,
tingkahlaku lisan dan bukan lisan, ciri, orientasi teori dan kemahiran
kaunselor.
ii. Kemahiran temubual dan kaunseling supaya pelajar dapat
mewujudkan perhubungan terapeutik untuk membina matlamat
kaunseling yang sesuai, mengkonseptualisasi kes, merangka strategi
tindakan, menilai hasil kaunseling dan menamatkan perhubungan
kaunseling dengan berkesan.
iii. Teori kaunseling yang membantu pelajar menggunakan model yang
tekal untuk memahami masalah klien dan memilih tindakan
kaunseling yang sesuai. Pengalaman yang diperolehi pelajar
hendaklah meliputi sejarah perkembangan teori kaunseling, dan
penerokaan teori afektif, kognitif dan tingkahlaku. Pelajar wajar
diberikan peluang untuk menerapkan teori tersebut dalam kajian kes
di samping didedahkan kepada model kaunseling mutakhir
berdasarkan penyelidikan dan amalan terkini serta digalakkan
membina model kaunseling sendiri.
17
iv. Perspektif sistem untuk membantu pelajar memahami sistem
keluarga dan teori sistem yang lain serta model utama intervensi
keluarga dan intervensi yang berkaitan. Pelajar juga hendaklah
didedahkan kepada rasional memilih teori keluarga dan teori sistem
lain sebagai modaliti yang sesuai untuk penaksiran dan kaunseling
keluarga.
v. Penyediaan kerangka umum untuk memahami dan mengamalkan
perundingan dalam kaunseling. Pelajar dikehendaki meneliti sejarah
perkembangan perundingan, penerokaan peringkat dan model utama
perundingan dan menerapkan teori dalm pembentangan kes. Pelajar
digalakkan membina model perundingannya sendiri.
vi. Pengintegrasian strategi teknologi serta penggunaannya dalam
proses kaunseling dan perundingan.
vii. Pertimbangan etika dan perundangan.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Kaunseling Individu,
b. Kemahiran Menolong
c. Proses Kaunseling
d. Perundingan dalam Kaunseling
e. Kaunseling Keluarga
f. Teknik Kaunseling
g. Teori Kaunseling dan Psikoterapi
2.6 Kerja Kelompok
Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang tujuan, perkembangan dan
dinamika kelompok, teori, kaedah dan kemahiran kaunseling kelompok serta
pendekatan kelompok yang lain.
18
Bidang ini meliputi komponen berikut:
i. Prinsip dinamika kelompok, termasuk tahap proses kelompok, teori
tahap perkembangan, peranan dan tingkahlaku ahli kelompok dan
faktor terapeutik dalam kelompok.
ii. Cara gaya dan pendekatan kepemimpinan kelompok termasuk
pelbagai jenis pemimpin kelompok dan gaya kepemimpinan.
iii. Teori kaunseling kelompok merangkumi aspek persamaan dan
aspek yang membezakan antara teori itu serta penyelidikan dan
bahan bacaan yang berkaitan.
iv. Kaedah kaunseling kelompok termasuk orientasi dan tingkahlaku
pemimpin, kriteria dan kaedah saringan, pemilihan ahli serta cara
menilai keberkesanan kelompok.
v. Pendekatan yang digunakan untuk jenis kelompok yang lain
termasuk kelompok petugas, kelompok terfokus, kelompok
sokongan, kelompok pencegahan, kelompok psiko-pendidikan dan
kelompok terapi.
vi. Piawai latihan pemimpin kelompok.
vii. Pertimbangan etika dan perundangan.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Kaunseling Kelompok
b. Prosedur Kelompok
c. Teori dan Teknik Kelompok
d. Dinamika dan Proses Kelompok
e. Kelompok dan Komunikasi Kelompok
19
2.7 Pengujian dan Pengukuran Psikologi
Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang pendekatan individu dan
kelompok dalam penaksiran dan penilaian.
Bidang ini perlu meliputi komponen berikut:
i. Perspektif sejarah berkaitan sifat dan makna penaksiran.
ii. Konsep asas berkaitan piawaian dan bukan piawaian alat ukuran dan
teknik penaksiran lain termasuk penaksiran rujukan–norma dan
rujukan–kriteria, penaksiran persekitaran, penaksiran prestasi,
kaedah inventori dan ujian individu dan kelompok, pemerhatian
tingkahlaku dan kaedah yang diurus dan dibantu komputer.
iii. Konsep statistik termasuk skala pengukuran, pengukuran
kecederungan memusat, penanda variabiliti, bentuk dan jenis
taburan dan korelasi.
iv. Kebolehpercayaan: Teori keralatan pengukuran, model
kebolehpercayaan dan penggunaan maklumat kebolehpercayaan.
v. Kesahan: Bahan bukti kesahan, jenis kesahan dan hubungan antara
kebolehpercayaan dan kesahan.
vi. Penaksiran tentang umur, gender, orientasi seksual, kaum, bahasa,
ketidakupayaan, budaya, spiritualiti, dan faktor lain berkaitan
penaksiran dan penilaian individu, kelompok dan populasi tertentu.
vii. Strategi untuk memilih, mengendali, dan menginterpretasi alat
penaksiran dan penilaian serta teknik dalam kaunseling.
Penggunaan bahan penaksiran mesti ditumpukan kepada bahan
ujian atau inventori yang piawaian dan telah diterima pakai secara
20
sejagat mengikut piawaian akademik dan diterbitkan di dalam jurnal
berwasit yang diiktiraf dalam bidang berkaitan.
viii. Kefahaman mengenai prinsip umum dan kaedah membuat
pengkonsepsian kes, penaksiran, dan/atau membuat diagnosis
status mental dan emosi.
ix. Pertimbangan etika dan perundangan.
Nota: Pengendalian, pentadbiran, penginterpretasian ujian dan inventori
hendaklah dikendalikan oleh individu yang terlatih dalam
penggunaan ujian dan inventori tersebut.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Ujian dan Pengukuran dalam Kaunseling
b. Analisis Individu dan Kelompok dalam Kaunseling
c. Penaksiran dalam Kaunseling
d. Penaksiran dalam Kesihatan Mental
e. Ujian dan Pengukuran Psikologi
2.8 Penyelidikan, Projek Kajian atau Penilaian Program
Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang kaedah penyelidikan,
analisis statistik, keperluan dan penilaian program. Pelajar didedahkan kepada
kepentingan, peluang dan masalah penyelidikan dalam profesion kaunseling.
Pelajar dikehendaki menjalankan penyelidikan/projek kajian/penilaian program
dalam bidang kaunseling.
Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:
i. Kepentingan penyelidikan dalam memajukan profesion kaunseling.
21
ii. Kaedah penyelidikan seperti kuantitatif, kualitatif, reka bentuk kajian
kes, penyelidikan tindakan dan penyelidikan menguji keberkesanan.
iii. Penggunaan teknologi dan kaedah statistik dalam menjalankan
penyelidikan dan penilaian program serta kemahiran asas analisis
perisian statistik.
iv. Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan, penilaian program dan
penggunaan dapatan kajian untuk pengubahsuaian program.
v. Penggunaan penyelidikan untuk menunjukkan amalan berdasarkan
bukti.
vi. Pertimbangan etika dan perundangan.
Contoh Tajuk Kursus:
a. Penyelidikan dalam Kaunseling
b. Statistik dalam Kaunseling
c. Projek Penyelidikan/Kajian dalam Bidang Kaunseling
d. Kaedah Penyelidikan Kaunseling
e. Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Kaunseling
22
BAHAGIAN 3
PIAWAIAN LATIHAN AMALI ATAU PRAKTIKUM
Bahagian Ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti
dipenuhi bagi mencapai piawaian praktikum.
3.1 Latihan Amali atau Praktikum
Latihan Amali atau Praktikum bermakna pengalaman klinikal yang diselia dengan
tujuan untuk membolehkan pelajar membina dan mengembangkan kemahiran
asas kaunseling dan mengintegrasikan pengetahuan profesional semasa
pengajian. Pengalaman klinikal ini merangkumi pengalaman mengendalikan
kaunseling dan juga aktiviti berkaitan dengan kaunseling. Latihan Amali atau
Praktikum biasanya dijalankan di dalam kampus dan hendaklah disempurnakan
sebelum internship.
3.2 Pelajar Latihan Amali atau Praktikum
Pelajar yang hendak mendaftar kursus latihan amali/praktikum hendaklah
sekurang-kurangnya telah lulus kursus-kursus berikut :
Teori Kaunseling
Teknik Kaunseling
Kerja Kelompok
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
Perkembangan Kerjaya
3.3 Penyelia Latihan Amali atau Praktikum
Penyelia Praktikum ialah seseorang yang telah dilantik oleh insitusi sebagai
penyelia yang sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang
kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar dan mempunyai
Sijil Perakuan Amalan. Penyelia boleh dibantu oleh kaunselor berdaftar yang
mempunyai Sijil Perakuan Amalan dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang kaunseling.
23
3.4 Tempat Latihan Amali atau Praktikum
Tempat latihan amali atau praktikum hendaklah mempunyai kemudahan dan
peralatan yang sesuai bagi tujuan memberi latihan klinikal serta mempunyai
prosedur tetap bagi menjamin kerahsiaan dan melindungi hak-hak klien mengikut
undang-undang. Tempat itu juga harus menyediakan peluang seluas-luasnya
untuk pelatih membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional seperti
penyimpanan rekod, penyeliaan, perkhidmatan maklumat dan menghadiri
mesyuarat staf. Tempat itu juga hendaklah mempunyai:
i. Prasarana untuk melaksanakan kaunseling individu dan kelompok
yang menjamin kerahsiaan.
ii.Ruang yang mencukupi untuk penggunaan peralatan pandang dengar.
iii. Staf sokongan seperti pembantu teknik bagi penjagaan dan
pengendalian alat pandang dengar.
3.5 Tempoh Latihan Amali atau Praktikum
Tempoh minimum latihan amali atau praktikum adalah 252 jam yang bernilai 3
jam kredit di mana 96 jam daripadanya diperuntukkan untuk perhubungan
bersemuka dengan klien (kaunseling individu, kelompok, keluarga atau
perkahwinan).
3.6 Prosedur Pentadbiran dan Penyeliaan Latihan Amali atau Praktikum
I. Syarat dan Peraturan Latihan Amali atau Praktikum
i. Pelajar perlu mendaftar dalam kursus latihan amali atau praktikum.
ii. Pelajar perlu mendapat pengalaman mengendalikan proses
kaunseling dari tahap awal sehingga tahap sesi penutup.
24
iii. Pelajar perlu diselia sepenuhnya.
iv. Pelajar perlu menjalankan latihan amali atau praktikum di tempat
yang memenuhi syarat dalam perkara 3.4.
v. Pengendalian, pentadbiran dan penyeliaan perlu memenuhi syarat
dan peraturan yang ditetapkan dalam piawaian dan kelayakan latihan
kaunselor.
II. Aspek Penilaian Pengendalian Kaunseling
Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:
i. Penerapan teori
ii. Penggunaan kemahiran dan teknik kaunseling
iii. Konseptualisasi masalah
iv. Perancangan dan strategi rawatan
v. Kepatuhan kepada etika
vi. Refleksi
III. Aspek Pengurusan Rekod
Pengurusan rekod merangkumi perkara berikut:
i. Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku log
ii. Laporan perancangan rawatan
iii. Laporan sesi kaunseling
iv. Rekod penggunaan dan pentadbiran ujian
v. Dokumen lain yang berkaitan
25
Bahagian 4
Piawaian Internship
Bahagian ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti
diberi pertimbangan bagi mencapai piawaian internship.
4.1 Internship
Internship ialah pengalaman klinikal pasca praktikum yang diselia dengan tujuan
untuk membolehkan pelajar menghalusi, meningkat dan memantapkan
pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran kaunseling di tempat latihan
profesional. Latihan internship hendaklah dilaksanakan di premis di mana
perkhidmatan kaunseling profesional dijalankan.
4.2 Pelajar Internship
Pelajar internship ialah pelatih yang telah menyempurnakan kesemua kursus
dan praktikum yang ditetapkan dalam program ijazahnya. Pelajar hendaklah
mendaftar dalam kursus internship.
4.3 Penyelia Internship
Penyelia internship terbahagi kepada dua kategori:
i. Penyelia Akademik
ii. Penyelia Lapangan
Penyelia akademik hendaklah seorang yang telah dilantik oleh institusi sebagai
penyelia dan sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang
kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai
Sijil Perakuan Amalan.
Penyelia lapangan pula hendaklah seorang yang telah dilantik bersama oleh
institusi dan organisasi di mana pelajar tersebut menjalankan internship.
26
Penyelia lapangan juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor
berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan.
4.4 Tempat Internship
Internship hendaklah dijalankan di organisasi, institusi atau klinik yang
menyediakan khidmat kaunseling profesional seperti pusat perkhidmatan
kaunseling di institusi pengajian tinggi, hospital, sekolah, pusat komuniti, pusat
pemulihan, penjara, jabatan kebajikan masyarakat, pusat diagnostik, jabatan
sumber manusia, jabatan agama, badan korporat dan institusi/organisasi lain.
Tempat itu juga harus dapat menyediakan peluang seluas-luasnya untuk pelatih
membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional berkaitan dengan tugas
sebagai kaunselor.
4.5 Tempoh Internship
Tempoh minimum internship adalah 504 jam yang bernilai 6 kredit, di mana
tempoh minimum 192 jam hendaklah merupakan perhubungan dengan klien
secara bersemuka (kaunseling individu, kelompok, keluarga atau perkahwinan)
dan selebihnya untuk aktiviti yang berkaitan dengan tugas-tugas kaunselor
profesional.
4.6 Prosedur Pentadbiran dan Penyeliaan Internship
I. Syarat dan Peraturan Internship
i. Pelajar perlu mendaftar untuk internship
ii. Pelajar telah menyempurnakan semua kerja kursus dan praktikum
iii. Pelajar diselia sepenuhnya oleh penyelia.
iv. Pelajar perlu menjalankan internship di tempat yang memenuhi
syarat dalam perkara 4.4.
v. Pengendalian, pentadbiran dan penyeliaan perlu memenuhi syarat
dan peraturan yang ditetapkan dalam piawaian dan kelayakan
latihan kaunselor.
27
II. Penyeliaan Internship
i. Penyeliaan individu dijalankan secara bersemuka atas nisbah 5
pelatih kepada 1 orang penyelia.
ii. Penyeliaan berkelompok hendaklah berbentuk seminar atas
nisbah 10 pelatih kepada satu penyelia.
iii. Pelatih hendaklah diberi peluang menilai penyelia mereka.
iv. Pelatih internship digalakkan mempunyai perlindungan insurans.
III. Aspek Penilaian Internship
Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:
i. Penerapan teori
ii. Penggunaan kemahiran dan teknik kaunseling
iii. Konseptualisasi masalah
iv. Perancangan dan strategi rawatan
v. Kepatuhan kepada etika
vi. Refleksi
IV. Aspek Pengurusan Rekod
Pengurusan rekod merangkumi perkara berikut:
i. Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku log
ii. Laporan perancangan rawatan
iii. Laporan sesi kaunseling
iv. Rekod penggunaan dan pentadbiran ujian
v. Dokumen lain yang berkaitan
V. Aktiviti Berkaitan dengan Kaunseling
i. Rujukan
ii. Konsultasi
28
iii. Aktiviti bimbingan
iv. Pengujian, pengukuran dan penaksiran
v. Aktiviti perkembangan diri
vi. Pendidikan psikologi
RUJUKAN
29
Bork, M.T., Hackney, H., Hudson P., Miranti, J., Watss, G.A., And Epp. L. (1999).Spirituality, Religion, And Cacrep Curriculum Standards. Journal Of Counselling And Development, 77, 251-257.
Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs(1987). Accreditation Procedures Manual For Counseling And Related
Educational Programs. Alexandria, Va: Author.
Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs(2001). Accreditation Procedures Manual For Counseling And Related
Educational Programs: The 2001 Standards. Alexandria, Va: Author.
Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs(2009). Accreditation Procedures Manual For Counseling And RelateEducational
Programs: The 2009 CACREP Standards. Alexandria, Va: Author.
Hosie, T.W. (1995). Counselling Specialities: A Case Of Basic Preparation Rather Than Advanced Specialization. Journal Of Counselling And Development, 74,177-180.
Kerajaan Malaysia (1988). Undang-Undang Malaysia: Akta Kaunselor 1998 (Akta580). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Lembaga Akreditasi Negara (2002). Garis Panduan Kriteria Dan Standard Kursus Pengajian Ipts. Kuala Lumpur: Pengarang.
Sweeney T.J (1995). Accreditation Credentialing Professionalization: The Role Of Specialities. Journal Of Counselling And Development, 74, 117-125.
30