PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 677
DEWAN MAJLIS
Jumaat, 19 Jamadilawal 1435 / 21 Mac 2014
YANG DI-PERTUA
DAN AHLI-AHLI MAJLIS
MESYUARAT NEGARA
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila
Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji
Awang Isa bin Pehin Datu Perdana
Manteri Dato Laila Utama Haji Awang
Ibrahim, DK., SPMB., DSNB., PHBS.,
PBLI., PJK., PKL., Yang Di-Pertua, Majlis
Mesyuarat Negara, Negara Brunei
Darussalam.
AHLI-AHLI RASMI KERANA
JAWATAN (PERDANA MENTERI
DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam, Perdana Menteri,
Menteri Pertahanan dan Menteri
Kewangan, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT.,
King Abdul Aziz Ribbon, First Class
(Saudi Arabia), The Order of the
Renaissance (First Degree) (Jordan),
Grand Cross of Crown Order - G.K.K.
(Netherlands), (Medal of Honour (Lao),
DSO (Singapore), Order of Lakandula
With The Rank of Grand Cross
(Philippines), The Order of Prince
Yaroslav the Wise, Second Class
(Ukraine), DSO (Military) (Singapore),
PHBS., Menteri Kanan di Jabatan
Perdana Menteri, Negara Brunei
Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Perdana Wazir Sahibul
Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda
Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, DKMB., DK., PHBS.,
PBLI., PJK., Menteri Hal Ehwal Luar
Negeri dan Perdagangan, Negara
Brunei Darussalam.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 678
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang
Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB.,
DSLJ., SMB., PHBS., PIKB., PKL.,
Menteri Pendidikan, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang
Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja
Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd.
Yusof, PSNB., DPMB., PHBS., PJK.,
PIKB., PKL., Menteri Kesihatan, Negara
Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang
Haji Suyoi bin Haji Osman, PSNB.,
DPMB., PJK., PIKB., PKL., Menteri
Pembangunan, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia
Awang Haji Abdullah bin Begawan
Mudim Dato Paduka Haji Bakar, PSNB.,
DPMB., PKL., Menteri Perhubungan,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Utama Dato Seri Setia Awang Haji
Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka
Haji Bakar, PSNB., SPMB., PJK., PIKB.,
PKL., Menteri Perindustrian dan
Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Laila Setia Dato Seri Setia Awang
Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim,
PSNB., DPMB., PHBS., PIKB., PKL.,
Menteri Kewangan II (Kedua),
Di Jabatan Perdana Menteri, Negara
Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang
Lim Jock Seng, PSNB., SPMB., PHBS.,
PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Luar
Negeri dan Perdagangan II (Kedua),
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu
Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri
Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad
Yasmin bin Haji Umar, PSNB., SPMB.,
PHBS., PKL., Menteri Tenaga (Minister
of Energy), Di Jabatan Perdana
Menteri, Negara Brunei Darussalam.
(Tidak hadir atas urusan rasmi).
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri
Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran
Haji Abd Rahman, PSNB., DSSUB.,
PIKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji
Awang Badaruddin bin Pengarah Dato
Paduka Haji Awang Othman, PSSUB.,
DPMB., PHBS., PBLI., PJK., PKL.,
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia
Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah,
PSNB., DPMB., PJK., PIKB., PKL.,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Negara Brunei Darussalam. (Tidak
hadir atas urusan rasmi).
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 679
AHLI YANG DILANTIK ORANG
YANG BERGELAR:
Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara
Pengiran (Dr.) Haji Mohd. Yusof
bin Pengiran Haji Abdul Rahim, DK.,
SPMB., DSNB., POAS., PHBS., PBLI.,
PJK., PKL. (Tidak hadir).
Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato
Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB.,
PHBS., PBLI., PKL.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Maharaja Kerna Dato Paduka Seri
Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang
Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka
Awang Haji Zainal, DPKT., DSLJ.,
PBLI., PJK., PIKB., PKLP.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-
ORANG YANG TELAH MENCAPAI
KECEMERLANGAN:
Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela
Diraja Dato Paduka Awang Goh King
Chin, DPMB., PHBS., PJK. (Tidak
hadir).
Yang Berhormat Orang Kaya Maha
Bijaya Awang Haji Othman bin Uking,
SNB., SMB., PJK., PKL.
Yang Berhormat Datin Paduka Dayang
Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman,
DPMB., SNB., PJK., PKL.
Yang Berhormat Dato Paduka Awang
Haji Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar,
DPMB., SLJ., PJK., PKL.
Yang Berhormat Haji Awang Ahmad
Morshidi bin Pehin Orang Kaya
Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama
Haji Awang Abdul Rahman, SNB., SMB.
Yang Berhormat Awang Haji Zulkipli
bin Haji Abdul Hamid, PSB., PIKB.
Yang Berhormat Datin Paduka Dayang
Hajah Zasia binti Sirin, DPMB., SSUB.,
PIKB.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI
DAERAH-DAERAH:
Yang Berhormat Awang Haji A. Ahmad
bin Husain, SMB., PSB., PIKB., PKL.,
Penghulu Mukim Berakas ‘A’ Zon 1 -
Daerah Brunei Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Gapor @
Haji Md. Daud bin Karim, PSB., PIKB.,
PKL., Ketua Kampung Belimbing,
Zon 2 - Daerah Brunei Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit
bin Haji Nudin, PIKB., Penghulu Mukim
Gadong ‘A’, Zon 3 - Daerah Brunei
Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Jumat
bin Akim, PJK., PIKB., PKL., Ketua
Kampung Putat, Zon 4 - Daerah Brunei
Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad, SMB., Ketua
Kampung Lumut 1, Zon 1 - Daerah
Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Yusof bin Haji Dulamin, PIKB., PKL.,
Ketua Kampung Mumong, Zon 2 -
Daerah Belait.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 680
Yang Berhormat Orang Kaya Jaya
Putera Dato Paduka Awang Haji
Muhammad Taha bin Abd. Rauf, DPMB.,
PSB., PJK., PIKB., Penghulu Mukim
Keriam, Zon 1 - Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli
bin Haji Lahit, PIKB., PKL., Penghulu
Mukim Telisai, Zon 2 - Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman
bin Haji Ahad, SNB., SMB., Ketua
Kampung Belingos - Semua Kawasan
Daerah Temburong.
HADIR SAMA:
Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya
Pekerma Jaya Dato Paduka Awang
Haji Judin Haji Asar, DPMB., SLJ.,
POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL.,
Jurutulis I (Pertama) kepada Majlis
Mesyuarat Negara, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Mulia Dato Paduka Haji Abd
Salam bin Abd Momin, DPMB., PJK.,
PIKB., Jurutulis II (Kedua) kepada
Majlis Mesyuarat Negara, Negara
Brunei Darussalam.
Yang Mulia Dayang Rose Aminah
binti Haji Ismail, PIKB., Timbalan
Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara,
Negara Brunei Darussalam.
Mesyuarat mula bersidang
pada pukul 9.00 pagi
Yang Mulia Jurutulis II:
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir
Rahim. Mesyuarat Pertama Musim
Permesyuaratan Kesepuluh Majlis
Mesyuarat Negara, Negara Brunei
Darussalam bersidang bagi hari yang
keduabelas, didahului dengan bacaan
Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang
Dimuliakan Pehin Khatib Awang Haji
Emran bin Haji Kunchang. (Imam
Masjid Omar ‘Ali Saifuddien)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan selamat pagi.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke
hardat Allah Subhanahu Wata’ala kerana
dengan rahmat serta keizinan-Nya jua,
kita pada pagi ini dapat bersama-sama
hadir untuk meneruskan lagi Mesyuarat
Pertama dari Musim Permesyuaratan
Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara
bersidang bagi hari yang keduabelas.
Selawat serta salam ke atas junjungan
besar kita Sayidina Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum
kerabat, para sahabat serta pengikut-
pengikut Baginda yang taat lagi setia
hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan
Majlis Mesyuarat Negara masih lagi
membincangkan Rang Undang-Undang
(2014) Perbekalan, 2014/2015
di peringkat Jawatankuasa dan kita
masih membincangkan Tajuk
Kementerian Kesihatan.
Untuk membolehkan Rang Undang-
Undang ini dapat dibincangkan satu
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 681
persatu, Persidangan Majlis Mesyuarat
Negara ini ditangguhkan dahulu dan
kita bersidang semula selaku
Jawatankuasa sepenuhnya. Terima
kasih.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai
Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi:
Bismillahir Rahmanir Rahim, Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Mesyuarat
Jawatankuasa bersidang untuk
meneruskan perbincangan mengenai
Tajuk SM - Kementerian Kesihatan.
Hingga ke hari ini, 10 buah Kementerian
termasuk Jabatan Perdana Menteri
telah diluluskan dan telah dijadikan
sebahagian daripada Jadual.
Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang
telah diadakan sebelah petang
kelmarin, Yang Berhormat Menteri
Kesihatan telah menyampaikan
penjelasan yang terperinci mengenai
dengan Kementerian berkenaan.
Saya telah difahamkan bahawa ada
beberapa Yang Berhormat Menteri-
Menteri yang lain ingin menjawab
soalan-soalan yang belum dijawab. Akan
tetapi oleh kerana masa untuk
perbincangan kita pada pagi ini adalah
terhad, maka saya sarankan supaya
jawapan-jawapan itu biarlah diberikan
pada satu masa nanti atau secara
bertulis.
Saya juga ingin menarik perhatian
supaya apa jua soalan dan pertanyaan
dari Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang
Dilantik seperti yang saya ingatkan
di persidangan atau perbincangan-
perbincangan yang telah lalu biarlah
secara ringkas dan tepat dan masanya
dihadkan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang
kita menyambung semula perbincangan
mengenai Tajuk Kementerian
Kesihatan. Tajuk ini dibuka untuk
dibahas. Ahli-Ahli Yang Berhormat
yang ingin mengemukakan pertanyaan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Maharaja Kerna Dato Paduka Seri
Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang
Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka
Awang Haji Zainal, silakan.
Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka
Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin
Orang Kaya Maharaja Diraja
Dato Paduka Awang Haji Zainal:
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang
Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Kita mengucapkan
tahniah dan syabas kepada Kementerian
Kesihatan dan semua kakitangan
dan warga kementerian berkenaan
atas segala pencapaian dan kemajuan
yang telah dikecapi. Pelaksanaan Sistem
E-Kesihatan (Bru-HIMS) dan pembinaan
bangunan tambahan bagi menempatkan
Wad-Wad Khas Bagi Wanita dan Kanak-
Kanak adalah antara kejayaan yang
telah dicapai oleh kementerian
berkenaan dan merupakan sebahagian
daripada usaha yang berterusan
kementerian mencapai Wawasan
Bersama Ke Arah Warga Sihat.
Pada hemat kaola, sudah tiba juga
masanya, Kementerian Kesihatan dan
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 682
pihak-pihak berkenaan merancang
pembinaan sebuah lagi Hospital
Kerajaan baharu, di tapak yang
bersesuaian bagi menampung
perangkaan pertumbuhan penduduk
pada masa akan datang dan juga
jangkaan peningkatan peratus
penduduk yang berumur 65 tahun
ke atas, di samping mengurangkan
penumpuan ke Hospital (RIPAS) dan
kesesakan lalu lintas di kawasan
Hospital berkenaan yang ada sekarang.
Kita berpendapat, rancangan begini
perlu, memandangkan penumpuan
pesakit dan orang awam di Hospital
utama Negara, telah menambahkan
lagi kesesakan di kawasan Hospital
dan di sekitarnya. Inisiatif-inisiatif
bagi mengurangkan kesesakan seperti
kemudahan shuttle buses
didapati masih belum mampu
untuk mengurangkan kesesakan
di kawasan Hospital Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha dan dengan
penggunaan bangunan baru Wad
Wanita dan Kanak-Kanak nanti dijangka
akan menambahkan lagi kesesakan.
Seperkara lagi yang kaola ingin
sampaikan, ialah terdapat peralatan-
peralatan dan mesin-mesin perubatan
canggih, seperti mesin Magnetic
Resonance Imaging (MRI) dan mesin
Pengimbas (CT scan) di hospital-
hospital selain Hospital Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha. Seperti yang
kaola telah difahamkan, mesin dan
peralatan begini hanya terdapat
di Hospital RIPAS dan penggunaannya
adalah mengikut giliran. Keadaan ini
mungkin sahaja akan mengakibatkan
kemudaratan kepada pesakit yang
memerlukan untuk mendapatkan
pemeriksaan (diagnosis) secepat
mungkin.
Oleh itu kita ingin penjelasan jika
pihak Kementerian Kesihatan ada
merancang untuk mengadakan mesin-
mesin dan peralatan-peralatan tersebut
bersama pengendalinya di hospital-
hospital lain agar pesakit-pesakit yang
memerlukan perkhidmatan tersebut
tidak perlu lagi pergi ke Hospital
RIPAS atau menunggu terlalu lama.
Sekian sahaja, Yang Berhormat
Pengerusi daripada saya.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah
Salbiah binti Haji Sulaiman.
Yang Berhormat Datin Paduka
Dayang Hajah Salbiah binti Haji
Sulaiman: Terima kasih, Yang
Berhormat Pengerusi. Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.
Kaola memohon untuk menimbulkan
2 perkara:
1. Mengenai penambahan bangunan
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha. Kerja-kerja pembinaan
ke atas penambahan bangunan
Hospital Raja Isteri Pengiran
Anak Saleha bagi fasa satu yang
akan menempatkan Wad Baru
Perempuan dan Kanak-kanak akan
hampir selesai. Kalau meneliti
Anggaran Perbelanjaan di bawah
Rancangan Kemajuan Negara
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 683
Ke-10, nampaknya pembinaan
bangunan ini telah melebihi jumlah
yang telah diperuntukkan iaitu
sejumlah $12,834,470.00.
Jadinya, kaola ingin bertanya,
apakah sebab peruntukan bagi
pembinaan Wad Baru Perempuan
dan Kanak-kanak telah melebihi
peruntukan sebanyak lebih daripada
$12 juta tersebut?; dan
2. Mengenai perkhidmatan pemberian
ubat-ubatan di kaunter farmasi
hospital. Keluhan yang sering
didengar berhubung masa yang
lama untuk mengambil ubat
di kaunter-kaunter farmasi
di hospital-hospital Kerajaan, kaola
ingin menghadapkan cadangan
kepada Kementerian Kesihatan
supaya memikirkan atau meneliti
bagi pemberian ubat kepada orang
ramai dijalankan melalui
outsourcing kepada sektor swasta.
Setahu kaola, kaedah ini telah pun
dilaksanakan di beberapa buah
negara, mungkin Kementerian
Kesihatan boleh mengkaji set up
atau sistem yang telah digunakan di
negara-negara berkenaan dan
menilai tentang kesesuaian untuk
dilaksanakan di Negara ini. Pada
pandangan kaola, pemberian ubat
melalui outsourcing juga boleh
mengembangkan industri ini
dan empowering rakyat tempatan
dalam penjualan ubat-ubatan
dan sekali gus meningkatkan
produktiviti dan menjadikan ubat
boleh didapatkan bila-bila masa dan
di banyak tempat setelah menjalani
pemeriksaan oleh doktor-doktor di
hospital Kerajaan.
Terima kasih, Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee
bin Ahmad, silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Mohd. Shafiee bin Ahmad: Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang
Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang kaola hormati
sekalian. Terlebih dahulu, kaola
mengucapkan tahniah dan terima
kasih atas penerangan awal yang
disampaikan semalam oleh Yang
Berhormat Menteri Kesihatan sungguh
terperinci dan secara tidak langsung
ianya mengurangkan persoalan-
persoalan di Dewan yang mulia ini.
Walau bagaimanapun, kaola mempunyai
sedikit kekaburan atas beberapa
penerangan yang disampaikan, dan
kalau tidak menjadi pelanggaran
di Dewan majlis yang mulia ini, kaola
ingin mengajukan beberapa soalan
sahaja seperti berikut:
1. Isu Kejururawatan. Skim
Perkhidmatan Kejururawatan yang
telah pun diluluskan setentunya
amat mengembirakan semua
jururawat terutama yang over
qualified dan masih lagi menjawat
jawatan yang sama sejak sekian
lama. Kaola mohon kepada
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
untuk mengongsikan mengenai
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 684
perkembangan proses peralihan ke
Skim Perkhidmatan Kejururawatan
yang baru ini;
2. Isu kesihatan di kalangan belia.
Kaola juga memohon kepada Yang
Berhormat Menteri Kesihatan
akan dapat mengongsikan isu-isu
kesihatan di kalangan belia
di Negara kita ini dan
perancangan-perancangan yang
dibuat oleh Kementerian Kesihatan
mengenainya;
3. Mengenai National Health dan
Nutritional Status Survey. Beberapa
tahun yang lalu Kementerian
Kesihatan telah melaksanakan
National Health dan Nutritional
Status Survey (Kajian Status
Kesihatan dan Permakanan
Kebangsaan). Kaola memohon Yang
Berhormat Menteri Kesihatan dapat
juga mengongsikan apakah
halangan-halangan yang dihadapi
oleh Kementerian sehingga Kajian
tersebut belum lagi selesai
dilaksanakan setakat ini. Apakah
status kajian tersebut pada masa
ini?; dan
4. Isu kesihatan Warga Emas.
Berdasarkan perangkaan Jabatan
Perancangan dan Kemajuan
Ekonomi, jumlah penduduk Negara
ini yang berumur 55 tahun hingga
80 tahun ke atas semakin
meningkat. Pada tahun 2011
keramaiannya dianggarkan 36,430
orang, kira-kira 3.9%. Pada tahun
2012 pula seramai 39,200 orang
atau 9.8%. Peningkatan ini
disebabkan oleh kualiti kesihatan,
kesejahteraan, kehidupan yang
telah dibina oleh Negara yang
menyebabkan kita boleh berusia
lebih tua daripada yang dijangka.
Pada tahun 2035 nanti, kumpulan
warga usia ini dijangka akan
mencapai seramai 92,000 orang
atau lebih kurang 16.6%.
Berdasarkan statistik Kementerian
Kesihatan pula, jangka hayat
penduduk lelaki pada tahun 2012
adalah 76.3 tahun manakala jangka
hayat wanita/perempuan adalah
79.9 tahun. Kerajaan perlu memberi
perhatian sewajarnya kepada
kelompok penduduk golongan emas
dan lanjut usia ini dari segi
kesihatan. Apakah persediaan
Negara ke arah menyediakan
kemudahan-kemudahan kepada
keperluan penduduk tua (Ageing
Population) atau isu-isu yang
berkaitan dengan penuaan ini
dalam bidang kesihatan menjelang
tahun 2035?
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji
Nudin, silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Tahamit bin Haji Nudin: Terima
kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala
Wabarakatuh. Ada 3 persoalan:
1. Perubatan untuk pesakit-pesakit
luar seperti darah tinggi, kencing
manis dan kolestrol menelan
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 685
belanja sebanyak $54 juta setahun.
Perbelanjaan ini boleh dikurangkan
dengan mengamalkan perubatan
tradisional orang-orang Melayu
ataupun Cina yang telah terbukti
sejak beribu tahun perubatan ini
boleh dipercayai. Perubatan moden
ini, bukan saja membebankan
kewangan Kerajaan, tetapi juga
membebankan pesakit seumur
hidup, kerana ubat-ubatan moden
ini terpaksa dimakan setiap hari
sehingga akhir hayat.
Fungsi ubat-ubatan moden ini
bukan untuk menyembuhkan tetapi
mengurangkan daripada sakit
sahaja. Dalam Al-Quran, ada
menyebutkan semua penyakit yang
Allah jadikan di dunia ini ada
penawarnya, sebagai contoh
Surah Qaaf ayat 16 hingga
25, Surah Qaaf ayat 21 hingga 28,
Surah Syod ayat 34 hingga 61,
selalunya penyakit yang ada
kaitan dengan tulang seperti sakit
rheumatism, arthritis, sakit sendi,
tulang patah (fracture), slip disc)
sakit jantung, sakit tulang belakang.
Surah Al-Buruuj, ayat 1 hingga 22
selalunya dibaca untuk penawar
sakit yang berkaitan dengan perut
(gastrik, ulser atau penyakit yang
berkaitan dengan usus besar atau
usus kecil). Surah Al-Israa’, ayat 40
hingga 55 untuk pesakit yang
mengalami sakit jantung, saluran
darah tersumbat (blockage) dan
jantung berlubang. Ayat-ayat dalam
Surah Al-Anfaal untuk sakit
jangkitan kuman, (virus infection),
ayat-ayat ini dari Surah Al-Anfaal
ini sama berfungsi seperti ubat-
ubatan antibiotic;
2. Dalam usaha membangun Negara
dengan generasi pelajar yang
cemerlang, faktor pemakanan juga
perlu diambil perhatian. Dalam hal
ini, apakah rujukan penelitian dan
research yang diambil oleh
Kementerian Kesihatan dalam
menyediakan buku garis panduan
makanan dan kantin sekolah.
Pernahkah dijalankan kajian
berdasarkan pelajar-pelajar di
Negara Brunei Darussalam. Garis
panduan tersebut menekankan
pilihan kuning (nasi, mi dan lain-
lain), hanya boleh setiap hari dari
pukul jam 11 pagi (yang melepasi
waktu rehat). Ramai guru dan
pelajar mengadu lapar kerana
makanan dalam pilihan hijau itu
tidak cukup untuk mengalas perut
mereka, sedangkan masyarakat
Brunei tidak terdidik dengan hanya
makan roti paun dan ubi-ubian; dan
3. Ditubuhkan satu unit yang
boleh memantau restoran-restoran
supaya memastikan restoran-
restoran menghidangkan makanan
yang enak dan baik untuk
kesihatan. Pada masa ini, kita tidak
mengetahui kandungan yang
dihidangkan dalam restoran-
restoran di Brunei ini, yang hanya
kita ketahui hidangan/menu
restoran itu, saja asal rasanya
sedap. Kalau boleh ada restoran
khas yang menghidangkan
makanan sihat seperti ulam-
ulaman, sayur kampung yang tidak
menggunakan bahan kimia.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 686
Sekian, terima kasih, Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji
Md. Daud bin Karim, silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Gapor @ Haji Md. Daud bin Karim:
Terima kasih, Yang Berhormat
Pengerusi Bismillahir Rahmanir Rahim.
Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan
salam sejahtera. Yang Berhormat
Pengerusi, terlebih dahulu kaola
mengucapkan tahniah kepada Yang
Berhormat Menteri Kesihatan bersama
pegawai-pegawai atas usaha-usaha dan
rancangan-rancangan yang telah
dilaksanakan dengan begitu teratur
semata-semata untuk kesejahteraan
rakyat di Negara ini.
Soalan kaola, mengenai sistem
perjanjian di pusat-pusat kesihatan.
Adakah Kementerian Kesihatan
membuat kajian mengenai
keberkesanan sistem perjanjian
terhadap masa menunggu untuk
berjumpa doktor kerana terdapat
kesukaran pesakit-pesakit untuk
mendapatkan slot perjanjian
kerana selalu penuh. Sekian, terima
kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim
silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Jumat bin Akim: Terima kasih, Yang
Berhormat Pengerusi.
Saya merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang
Berhormat Menteri Kesihatan dan
Kementerian Kesihatan kerana
telah berusaha bagi menyediakan
infrastruktur kesihatan di Negara ini.
Ini tidak payah diulas dengan panjang
lebar kerana kita telah menilai
dan melihat sendiri apa yang telah
berlaku dan dibuat oleh Kementerian
berkenaan.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola
ingin menimbulkan perkara yang
dikira remeh-temeh. Walau
bagaimanapun, perkara ini akan
mendatangkan impak yang besar
kepada kesejahteraan masyarakat dan
Negara, kiranya tidak dapat perhatian
yang serius. Yang Berhormat
Pengerusi. Mengenai pengusaha-
pengusaha makanan yang
membekalkan makanan kepada kedai-
kedai runcit, pasar-pasar raya, pasar
borong dan lain-lain lagi, adakah pihak
yang berwajib membuat pemantauan
dan mengenal pasti pengusaha
makanan tersebut?
Yang Berhormat Pengerusi. Pengusaha -
pengusaha ini kebanyakannya orang-
orang asing yang tinggal di Negara
kita ini. Mereka ini menggunakan
tempat tinggal mereka (rumah sewa)
maka di situlah mereka membuka
usaha seperti membuat tauge, tauhu,
keropok, mi kolo dan sebagainya.
1. Soalan kaola, Yang Berhormat
Pengerusi. Adakah perkara ini
diketahui pihak Kementerian
Kesihatan khususnya bahagian
permakanan dengan menilai
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 687
kebersihannya, pemeriksaan
kesihatannya dan kehalalan
makanan tersebut? Adakah
pihak yang berwajib membuat
pemantauan status agama
mereka?; dan
2. Ini memang banyak sudah
dicakapkan atau dibincangkan
mengenai kereta ambulans
(kecemasan). Walaupun dalam sesi
muzakarah yang telah diadakan
dengan Kementerian Kesihatan
dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
telah diberikan taklimat yang
panjang lebar mengenai dengan
masalah tersebut, pada pandangan
kaola Yang Berhormat
Pengerusi, ada jua baiknya
Kementerian Kesihatan merancang
bagi memberikan kemudahan
kereta kecemasan ini dalam masa
tempoh 5 tahun ke hadapan
bagi menyediakan kemudahan-
kemudahan di beberapa klinik yang
belum mempunyai kereta
kecemasan ataupun ambulans
seperti Klinik Sungai Asam, Klinik
Kilanas dan lain-lain klinik.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato
Paduka Awang Haji Muhammad Taha
bin Abd. Rauf, silakan.
Yang Berhormat Orang Kaya Jaya
Putera Dato Paduka Awang Haji
Muhammad Taha bin Abd. Rauf:
Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan
selamat sejahtera. Bismillahir Rahmanir
Rahim. Yang Berhormat Pengerusi,
mengimbas kembali laporan media
cetak dari tahun 2008, Perbelanjaan
Kerajaan dalam menangani Kesihatan
telah meningkat kepada $300 juta
yang banyak digunakan untuk
membeli ubat-ubatan, khususnya
seperti penyakit-penyakit kronik yang
tidak berjangkit, seperti penyakit
kencing manis, jantung, darah tinggi,
penyakit kanser dan seumpamanya.
Di samping itu, pada tahun 2013/2014,
Kerajaan telah memperuntukkan lebih
$366 juta, bukan sahaja menampung
membeli ubat-ubatan, bahkan juga
telah membiayai pesakit-pesakit yang
dihantar untuk dirawat ke negara-
negara luar seperti Malaysia dan
Singapura. Manakala Peruntukan
2014/2015 sebanyak $55 juta.
Yang Berhormat Pengerusi, 30 tahun
kita sudah merdeka, apakah ada
rancangan untuk menghantar mereka
yang berminat untuk menghadiri kursus
ke luar negara bagi mempelajari
proses ubat-ubatan? Kalau sekiranya
ada, kaola mengalu-alukan rancangan
tersebut, kalau tidak, maka dalam
Dewan yang mulia ini, kaola sarankan
supaya mereka itu, berkursus ke luar
negara untuk mempelajari cara-cara
memproses ubat-ubatan, sebagai
contoh Darul Syifa, memproses
ubat-ubatan tradisional. Kemungkinan
bahawa menjelang tahun 2035
Negara kita sudah mempunyai kilang
memproses ubat-ubatan, tambahan
pula pada masa ini, Kementerian
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 688
Kesihatan sudah membina stor untuk
menyimpan ubat-ubatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Awang Haji Sulaiman bin
Haji Ahad, silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Sulaiman bin Haji Ahad: Terima
kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli
Yang Berhormat, ada satu perkara
sahaja, sebelum itu, di Dewan yang
mulia ini izinkan kaola untuk
merakamkan setinggi-tinggi peng-
hargaan dan terima kasih kepada
Kementerian Kesihatan dalam usaha-
usaha yang berterusan untuk
meningkatkan kualiti Hospital Pengiran
Isteri Hajah Mariam di Daerah
Temburong dan memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada pesakit-pesakit
dan orang ramai. Perkara yang kaola
timbulkan di Dewan yang mulia ini,
mengenai longgokan atau timbunan
kereta buruk dan kereta bekas
kemalangan semakin bertambah
di bengkel kenderaan yang dibenarkan.
Di samping itu, timbunan alat ganti
yang sudah diguna pakai yang diimport
dari luar negara. Orang ramai ada
yang kurang selesa dengan perkara
ini, yang selalu berkunjung ke bengkel
berkenaan untuk urusan, mendapati
longgokan atau timbunan kereta
di bengkel yang tersebut dalam
keadaan kawasan semak-samun yang
tidak teratur dan kotor, ada yang
ditakungi air yang boleh mengundang
penyakit seperti demam denggi dan
malaria.
Perkara ini, sudah setentunya menjadi
tempat pembiakan nyamuk dan menjadi
sarang-sarang tikus, ular, kalajengking,
lipan, penyengat dan lain-lain yang
membahayakan.
Kaola ingin bertanya, sejauh manakah
kawalan dan pemantauan daripada
Kementerian Kesihatan, melalui jabatan-
jabatan atau agensi-agensi yang
berkenaan bagi menanganinya seperti
penyemburan asap atau racun nyamuk
serangga dan lain-lain, maksud kaola
sekerap mana ia dibuat? Sekian, Yang
Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi: Silakan,
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Yusof bin Haji Dulamin.
Yang Berhormat Awang Haji
Mohd. Yusof bin Haji Dulamin:
Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi, kalau kita mendengar pada
awal-awal tadi kebanyakannya
rakan-rakan sejawat menimbulkan
mengenai kesihatan. Tetapi, kaola
mengambil kesempatan untuk
menimbulkan mengenai keselesaan.
Pada awal tahun 2014 yang lalu, Negara
kita telah mengalami kajadian banjir
di seluruh Negara. Kejadian tersebut,
tidak terkecuali di Pekan Kuala Belait,
termasuk di kawasan Rumah
Sakit Suri Seri Begawan, Kuala Belait.
Saya percaya, Yang Berhormat
Menteri Kesihatan telah pun melihat
sendiri tentang peristiwa tersebut.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 689
Perkara yang sedemikian, sudah
setentunya merosakkan serba sedikit
peralatan di rumah sakit tersebut.
Kaola ingin mengetahui, apakah
langkah-langkah yang telah diambil
dan akan diambil bagi mengatasi
masalah tersebut supaya tidak berlaku
lagi pada masa-masa yang akan
datang? Sekian terima kasih, Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji
Lahit, silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Ramli bin Haji Lahit: Terima kasih,
Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan
salam sejahtera. Yang Berhormat,
Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tahniah kepada Kementerian Kesihatan
kerana melaksanakan Sistem Bru-HIMS
yang membolehkan para doktor melihat
dan memberi rawatan yang bersesuaian
kepada pesakit. Tapi, di samping
kecanggihan ini, tidak dapat dinafikan
suatu yang baru itu berlaku masalah.
Misalnya, giliran berjumpa doktor dan
pengambilan ubat yang agak lambat,
jika dibandingkan dengan cara
sebelumnya.
Soalan kaola, adakah boleh tugas
mengakses rekod pesakit melalui
komputer diberikan khusus kepada
jururawat pembantu doktor kerana
tugasnya setakat ini hanya menulis
catatan dan sebagai penterjemah
kepada doktor?
Kebaikannya, apabila Jururawat
mengakses rekod pesakit, maka
doktor dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada pesakit daripada
menumpukan perhatian kepada monitor
komputer.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli
Yang Berhormat, system call and collect
adalah satu pendekatan yang baik untuk
mencepatkan pengambilan ubat bagi
pesakit-pesakit yang berulang-ulang
mengambil ubat. Tapi ini merupakan
satu hala sahaja iaitu si pesakit
membuat panggilan apabila hendak
mengambil ubat. Adalah dicadangkan
supaya System Call And Collect juga
untuk menyeimbangkan supaya
menyenangkan pihak Warga Emas
dalam membuat pengambilan ubat
seperti mana yang dijalankan pada
perjanjian dengan doktor, (pesanan
ringkas) juga dilakukan oleh Bahagian
Farmasi kepada pesakit-pesakitnya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Penggunaan
bahan-bahan kimia dalam kehidupan
Negara kita tidak dapat dielakkan.
Misalnya, penggunaan kimia organik,
penggunaan produk pembakaran oleh
select aromatic hydro carbon,
pencemaran sisa racun perosak dan
buangan bahan-bahan dari pusat-pusat
kesihatan dan hospital. Pembuangan
toksik yang mencemarkan air dan
udara yang menyebabkan kita terdedah
kepada bahayanya yang boleh
menimbulkan risiko kepada kesihatan
dan kesan terhadap alam sekitar.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 690
Soalan kaola, bagaimanakah
pelaksanaan pihak berkenaan
menangani masalah ini, dan sudahkah
ada tapak khusus untuk pelupusan
bahan buangan toksik ini? Sekian saja,
Yang Berhormat Pengerusi. Terima
kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat, saya sekarang
mempersilakan Yang Berhormat
Menteri Kesihatan untuk mengulas
atau menjawab apa jua yang
dapat dijawab. Saya percaya Yang
Berhormat Menteri Kesihatan akan
dapat memberikan penjelasan dengan
tepat dan ringkas. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri
Kesihatan: Terima kasih, Yang
Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang
Berhormat Pengerusi dan Ahli-
Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu,
kaola ingin mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih di atas soalan-
soalan dan cadangan-cadangan yang
telah ditimbulkan oleh Ahli Yang
Berhormat dan juga mengucapkan
terima kasih atas penghargaan yang
diberikan kepada Kementerian
Kesihatan, termasuklah pegawai-
pegawai dan kakitangan yang telah
cuba untuk memberikan perkhidmatan
sebaik mungkin kepada rakyat dan
penduduk di Negara ini.
Berhubung persoalan daripada Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja
Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji
Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja
Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal,
iaitu ada rancangan untuk membuat
atau membina satu hospital lagi selain
hospital utama yang ada pada masa ini
iaitu Hospital Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha.
Sepertimana yang telah saya nyatakan
kelmarin dalam mukadimah awal,
bahawa pihak Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telahpun
melantik 2 konsultan untuk
menyediakan pelan induk bagi
penambahbaikan dan menaik taraf
Hospital Raja Isteri Pengiran
Anak Saleha dan satu pelan induk
infrastruktur dan sistem kesihatan
Negara Brunei Darussalam.
Berdasarkan kepada kajian-kajian
dan dapatan-dapatan ini, barulah kita
dapat merancang sama ada sesuai
cost effective untuk mewujudkan
satu hospital lagi. Kita hendaklah
berdasarkan kepada kajian-kajian
yang munasabah dan dapat diterima
pakai, bukan sahaja untuk mengambil
kira kepadatan atau bertambahnya
penduduk di Negara ini dan juga
jumlah pesakit-pesakit tetapi banyak
aspek yang patut diambil kira dari segi
tenaga manusia, tempat yang
bersesuaian dan cost effective. Perkara
ini, masih lagi kita tunggu, finding
atau outcome daripada pelan induk
kedua-dua yang saya maksudkan
tadi, insya-Allah kita haruslah bersabar
dalam perkara ini.
Berhubung dengan mesin canggih
MRI, CT Scan dan seumpamanya.
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha adalah salah satu hospital
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 691
yang tertiary. Mana-mana hospital
ataupun pusat-pusat kesihatan yang
menghendaki rujukan kepada pesakit-
pesakit yang memerlukan rawatan
selanjutnya akan dirujuk kepada
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha, sama ada menghendaki
pemeriksaan dengan menggunakan
CT Scan, MRI dan juga mungkin untuk
diadakan satu pembedahan.
Ini jika diperlukan bagi pemeriksaan
termasuk evidence daripada
pakar-pakar yang berkemahiran dalam
sesuatu perkara itu. Tidaklah perlu
sekiranya diadakan lagi satu MRI
di Hospital Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
di Tutong. Tetapi, yang mustahak
di sini, ialah pakarnya dalam
menganalisis sistem tersebut. Adakah
bersesuaian atau tidak dan begitu juga
kepada pembedahan-pembedahan,
ia memerlukan satu team work
yang mempunyai kepakaran khusus
dalam bidang masing-masing. Misalnya
dalam anaesthetic, dalam pakar-pakar
urology dan seumpamanya. Di sini kita
menghendaki satu teamwork bukan
sahaja pakar dalam satu bidang tetapi
juga dikhususkan kepada jururawat
yang mempunyai kepakaran. Kita
setakat ini, menumpukannya di Hospital
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Insya-
Allah, kalau sekiranya kita mempunyai
tenaga kepakaran yang mencukupi, kita
boleh membekalkan equipment yang
boleh diguna pakai.
Dalam waktu yang sama, ada juga
sebahagian daripada hospital, kita
berikan CT Scan dan berbagai-bagai
equipment. Kita memikirkan jika banyak
pesakit di sana, doktor dari Hospital
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
(RIPAS) akan melawat sama ada dalam
seminggu sekali atau dua kali seminggu,
bagi hal-hal rujukan yang penyakitnya
tidak begitu kronik. Di sana, ada juga
disediakan doktor untuk melawat dan
memeriksa dan mengadakan minor
operation seperti Hospital Suri Seri
Begawan, Kuala Belait dan Hospital
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.
Soalan yang diajukan dari Yang
Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah
Salbiah binti Haji Sulaiman, berhubung
dengan peruntukan bagi Blok Women
and Children. Saya ingin betulkan,
mengikut skim value pada awalnya
diberikan peruntukan $60 juta, tetapi
memandangkan kepada keperluan-
keperluan yang mendadak, terutama
sekali untuk membeli equipment dan
juga bilik-bilik khusus seperti bilik
isolation, negative pressure, bilik-bilik
pembedahan, labour room untuk
perempuan yang bersalin, bilik-bilik ICU
seperti PICU, SICU, Medical Care Unit
dan seumpamanya, telah dikaji bahawa
keperluan-keperluan ini sangat
dikehendaki sebagai satu hospital yang
mempunyai kelengkapan dan mengikut
spesifikasi ataupun piawaian
antarabangsa. Hospital ini adalah satu
hospital yang akan memberikan rawatan
khusus kepada pesakit-pesakit
perempuan dan kanak-kanak.
Jadinya, ingin membetulkan tadi, bukan
sebenarnya $12 juta tetapi $60 juta dan
setelah direview pada masa ini,
perbelanjaan tersebut adalah kurang
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 692
lebih dalam $63 juta. Ini adalah
sebagai maklumat bersama.
Mengenai pemberian ubat, pemberian
ubat secara outsourcing, seperti yang
dicadangkan oleh Yang Berhormat
Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah
binti Haji Sulaiman, kita mestilah
mengambil kira bahawa adakah kita
mempunyai farmasi yang berdaftar.
Kita mahu, kalau dioutsource seperti
negara- negara Europe atau United
Kingdom, mereka mempunyai banyak
orang berkelulusan dalam bidang
farmasi bukan sahaja berkelulusan
tetapi berdaftar; boleh mengamalkan
untuk memberi ubat, sedangkan kita
pada masa ini, di Negara Brunei
Darussalam mempunyai kekurangan
orang yang berkelulusan dan mereka
yang boleh mengamalkan untuk
memberikan ubat.
Insya-Allah, kalau sekiranya sudah
banyak ahli farmasi kitani, barulah kitani
dapat mengadjust sesuai untuk
dioutsource seperti mana juga
digunapakai di negara-negara luar
seperti di Europe, United Kingdom,
Germany dan seumpamanya. Yang
mustahak sekali, kita haruslah
mempastikan pemberian pesakit ubat ini
selamat. Selain itu, ianya hendaklah
mengetahui mengenai ubat-ubat yang
sesuai diberikan kepada pesakit, bukan
sahaja doktor memberikan ubat tetapi
ahli farmasi ini perlu membuat cross
check lagi, bagi memastikan adakah
sesuai ubat ini. Jadinya, yang mustahak
kita ambil kira bukan sahaja ubat tetapi
yang dipastikan ubat itu selamat dan
sesuai untuk diberikan kepada pesakit.
Soalan seterusnya yang diajukan oleh
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad, iaitu berhubung
dengan Skim Kejururawatan.
Memanglah kitani seperti yang saya
sarankan kelmarin, kita bersyukur
kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telahpun memperkenankan
Skim Kejururawatan yang baru.
Memang langkah-langkah telah diambil
untuk memperkenalkan skim baru ini
untuk dinikmati oleh jururawat. Satu
jawatankuasa telahpun ditubuhkan dan
diselaraskan skim lama ini kepada skim
yang baru.
Perkara-perkara ini telah pun diteliti ada
banyak kekosongan jawatan yang boleh
diselaraskan dengan skim baru. Dari itu,
Kementerian Kesihatan dan juga atas
kebenaran Kementerian Kewangan telah
juga mentrade off beberapa jawatan
yang boleh diisikan insya-Allah
mengikut kelayakan-kelayakan. Pada
masa ini, jawatan baru yang telah
dibenarkan ialah 123 jawatan secara
trade off. Juga dengan meniadakan
162 jawatan. Ini adalah untuk
memberikan peluang kepada yang
berkelayakan dan boleh memenuhi
syarat-syarat Skim Kejururawatan yang
baru. Pada masa ini, ianya sedang
dalam proses ditemuduga dan
menunggu kebenaran ataupun dalam
proses pertimbangan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam.
Ada juga, 7 jenis jawatan yang
mempunyai 267 kekosongan yang telah
pun dikenalpasti dan insya-Allah ianya
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 693
akan diiklankan tidak berapa lama lagi.
Ianya dalam proses pengiklanan dan
akan mengikut prosedur dan
persetujuan yang telah ditetapkan. Ada
lagi beberapa jawatan, iaitu bagi
peralihan ke skim baru ini, dengan
menubuhkan satu jawatankuasa
yang akan memprosesnya mengikut
prosedur-prosedur yang tertentu.
Dalam pada itu, kita juga mengenal
pasti bahawa terdapat jururawat-
jururawat dan bidan-bidan yang telah
berkhidmat sekian lama. Mereka ini
adalah tidak sesuai dengan skim baru
ini. Maka dalam proses tersebut, kita
akan menggunakan skim lama bagi
mereka ini yang tidak berkelayakan.
Mereka dari dulu, kurang berkelayakan
dari segi akademiknya. Maka kita
menyesuaikan dan memberi peluang
pada mereka itu untuk kenaikan
pangkat tertakluk kepada kekosongan
mengikut skim lama yang ada pada
masa ini. Sehinggalah mereka nanti
sama ada bersesuaian untuk
diselaraskan dengan skim baru ataupun
skim lama sehinggalah mereka bersara.
Satu lagi ialah berhubungkait dengan
Warga Emas. Warga Emas memanglah,
seperti saya sarankan banyak
bertambah jumlahnya dari masa ke
semasa. Saya ingin mengongsikan
bahawa peningkatan penduduk di
Negara ini yang berumur 60 tahun ke
atas pada tahun 2000 jumlahnya 13,900
iaitu 4.3%. Manakala, pada tahun 2010
meningkat kepada 22,200 iaitu 5.4%.
Seperti yang dinyatakan oleh Yang
Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee
bin Ahmad tadi, bahawa jangka hayat
bagi lelaki adalah meningkat kepada
76.5% pada 2012 begitu juga, wanita
lebih panjang umur daripada lelaki iaitu
78.8% pada tahun 2012 .
Walaupun begitu, kita ingin bersama-
sama mengongsikan cabaran utama
di kalangan warga emas yang kita
sifatkan sebagai vulnerable ialah
antaranya penyakit-penyakit kronik
yang tidak berjangkit termasuklah
masalah penglihatan, kurang
pendengaran dan demtentia. Ini tidak
dapat kita hindarkan, ageing process.
Walau bagaimanapun, mengikut
perangkaan di Kementerian Kesihatan,
punca kematian yang tertinggi bagi
warga emas di Negara ini ialah kanser,
penyakit jantung, diabetes dan penyakit
cardiovascular. Pada tahun 2011 sahaja,
sejumlah 712 Warga Emas yang
berumur 60 tahun ke atas yang
meninggal dunia didapati 22.1%
disebabkan penyakit kanser, 15%
disebabkan penyakit jantung dan 12.4%
disebabkan penyakit diabetes.
Menyedari akan hakikat ini, maka
penjagaan kesihatan pada Warga Emas
dengan jumlah tersebut, Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
melalui Kementerian Kesihatan terus
berusaha untuk meningkatkan dan
memperkembangluaskan perkhidmatan
penjagaan kesihatan di Negara kita ini
untuk meliputi perkhidmatan, khususnya
bagi kepakaran dalam geriantrics
bermula di peringkat penjagaan asasi
dan sehinggalah di peringkat secondary
dan tertiary. Risiko menghidap penyakit-
penyakit tidak berjangkit yang
sebenarnya ialah behaviorial factors.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 694
Insya-Allah, kalau kita sentiasa
mengamalkan cara hidup sihat, seperti
pengambilan makanan sihat yang
seimbang, mengambil makanan kurang
gula, kurang garam serta
membanyakkan makan buah-buahan
dan sayur-sayuran, tidak merokok dan
melakukan kegiatan fizikal yang
konsisten sekurang-kurangnya 150 minit
dalam seminggu atau mengikut
kemampuan kita. Kalau kita sudah
meningkat umur, perkara inilah satu
daripada ciri yang penting untuk
memastikan kita berkeadaan sihat
walafiat, insya-Allah.
Dalam pada itu, dalam usaha kita
untuk memberikan perkhidmatan
kepada warga emas ini, Kementerian
Kesihatan telah juga memperkenalkan
pemeriksaan kesihatan khususnya
kepada mereka yang berumur 40 tahun
ke atas yang bermula di Pusat Kesihatan
Sungai Liang yang dilancarkan pada
tahun 2013. Insya-Allah Program
Kesihatan (Health Screening) ini akan
dilaratkan di semua Pusat-Pusat
Kesihatan di Negara ini. Dalam pada itu
juga, ingin saya maklumkan di sini
Kementerian Kesihatan dengan
kerjasama Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan, insya-Allah akan
mengadakan program bagi warga emas
selama 12 minggu yang bertempat
di Pusat Kegiatan Warga Emas, Skim
Perumahan Negara Lambak Kanan,
Mukim Berakas. Pelbagai aktiviti
telahpun dirancangkan termasuklah
program senam aerobik.
Taklimat akan disampaikan oleh pakar-
pakar dalam pelbagai bidang iaitu pakar
geriatrik, pergigian, pemakanan,
farmasi, fisioterapi dan sebagainya.
Inilah usaha kita untuk memberikan
kesedaran dan penerapan betapa
pentingnya penjagaan dan pengamalan
hidup sihat kepada warga emas. Dalam
pada itu, kita juga menyediakan
kepakaran perubatan khusus bagi warga
emas itu, iaitu perubatan geriantrics.
Pada masa ini, kita mempunyai seorang
pakar dalam geriantrics. Insya-Allah, 2
orang lagi akan tamat dalam kepakaran
ini, iaitu pada tahun ini seorang, insya-
Allah ada seorang lagi pada tahun 2015.
Perkhidmatan perubatan geriantrics.
merangkumi bukan sahaja rawatan
fizikal tetapi jua memerlukan kaedah
multi disciplinary dalam berbagai bidang
kepakaran termasuk juga doktor,
penjagaan kesihatan asasi, jururawat,
alat profesional dan juga seumpamanya.
Seperti yang saya jelaskan
kelmarin, bahawa Kementerian
Kesihatan insya-Allah, akan memberikan
perkhidmatan iaitu, Home Based
Nursing yang ada pada masa ini untuk
diluaskan lagi bagi memberikan
perkhidmatan kepada warga emas
secara peringkat-peringkat pada masa
akan datang dengan memberikan
rawatan di rumah-rumah tetapi
tertakluk kepada penilaian dan
sokongan doktor yang berkenaan.
Itulah antara perkara yang dalam
kesiapsiagaan untuk kitani menjaga
dan mengukuhkan perkhidmatan
kesihatan kepada warga emas dan
amalan-amalan yang terbaik. Inisiatif ini
terdapat juga di negara-negara seperti
negara Jepun, Korea dan Singapura.
Insya-Allah kita akan mengadakan
lawatan di sana untuk mengetahui
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 695
bagaimana cara yang lebih berkesan
lagi untuk memberikan perkhidmatan
kepada warga emas ini. Yang mustahak
sekali ialah juga hendaklah kita
bekerjasama bukan saja Kementerian
Kesihatan tetapi dengan semua
stakeholders, pihak swasta, masyarakat
dan ahli keluarga warga emas. Kita
sama-sama menjaga kesihatan mereka
supaya mereka akan sentiasa
berkeadaan sihat dan wal’afiat.
Perkara yang ditimbulkan seterusnya,
oleh Yang Berhormat Awang Haji
Tahamit bin Haji Nudin, iaitu berkenaan
dengan adakah ada restoran sihat dan
seumpamanya. Berhubung dengan ubat
tradisional, kata Yang Berhormat Awang
Haji Tahamit bin Haji Nudin tadi, ada
ubat tradisional boleh merawat
penyakit. Yang sebenarnya, perkara-
perkara begini, bukan kita tidak percaya
dengan ubat tradisional tetapi yang
mustahak sekali hendaklah juga
diperiksa di hospital-hospital bagi
memastikan apa penyakit yang
sebenarnya kerana kita mempunyai alat
perkakas, seperti MRI, CT Scan.
Adakah ia mempunyai penyakit-penyakit
jantung, mata dan penyakit
seumpamanya. Jadi ada jenis-jenis
rawatan yang boleh dirawat dan dibaiki
menggunakan dengan kaedah-kaedah
saintifik berdasarkan kepada evidence
based. Jangan nanti kita terpedaya. Ini
ada kes benar. Ia berubat kampung,
lama-kelamaan sudah kronik baru
datang ke Bahagian Accident and
Emergency (A & E) didapati penyakit ini
adalah kronik, jadi adalah menjadi satu
kesukaran untuk doktor memberikan
rawatan yang sebaik-baiknya kalau
sudah terlampau kronik.
Yang saya sarankan tadi ialah, kita cuba
untuk memberikan pencegahan dan
pengawalan lebih baik daripada
rawatan. Itulah konsep Kerajaan bagi
mencegah lebih awal, kerana mencegah
itu adalah lebih cost offective dan lebih
baik mengesan awal daripada ia
terlampau kronik. Kalau ia kronik adalah
sukar untuk kita memberikan rawatan-
rawatan tertentu. Dalam kesempatan
ini, adalah baiknya juga kita
menggunakan perkhidmatan di hospital
yang ada pada masa ini bagi
memastikan ianya lebih baik awal
dikesan dan dapat diperbaiki ataupun
dapat dirawat dengan sebaik-baiknya
terutama sekali kalau penyakit jantung
tidak dapat diubat terpaksa jua, sama
ada ia dioperasi atau open heart
surgery.
Apa yang saya maksudkan disini kalau
sekiranya kita percaya akan makan ubat
itu diteruskan tetapi dalam waktu yang
sama adalah perlu kita minta advise
berdasarkan penyiasatan dan rawatan-
rawatan daripada pakar yang tertentu
bagi memastikan ianya jangan sampai
kita menyesal kemudian hari. Itulah
barangkali satu perkara yang harus kita
ambil ingatan dalam perkara ini.
Satu lagi yang ditimbulkan,
ialah berhubung dengan adanya
permakanan-permakanan di sekolah-
sekolah dan seumpamanya. Dalam
hal ehwal penyediaan makanan
ini, telah pun dirundingkan dengan
kerjasama di antara pihak Kementerian
Kesihatan iaitu Bahagian Permakanan
dengan Kementerian Pendidikan
bagi memastikan kanak-kanak
ini akan disediakan barang–barang
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 696
yang berkeadaan sihat dan bukannya
sewenang-wenangnya untuk
membiasakan kanak-kanak itu
memakan makanan yang sihat dan
seimbang. Apa yang mustahak di sini
mungkin barangkali, kanak-kanak yang
kelaparan ini tidak breakfast sebelum
sekolah. Apa yang mustahak, kita akan
terus bekerjasama dengan Kementerian
Pendidikan perihal pemantauan
permakanan yang sesuai dan seimbang
bagi memastikan kanak-kanak itu sihat
dan juga mengamalkan cara hidup
sihat.
Berhubung dengan pemantauan
permakanan di restoran, kita ada satu
unit khas dalam perkara permakanan ini
iaitu Bahagian Kawalan Kualiti dan
Pengawalan Keselamatan Makanan.
Ia berperanan untuk memastikan
makanan tempatan yang diimport
ke Negara ini adalah selamat dan
berkualiti untuk pengguna. Dari masa ke
semasa, memanglah pegawai-pegawai
daripada Bahagian Kualiti Pengawalan
Keselamatan Makanan ini membuat
lawatan di restoran-restoran dan
kedai-kedai makan bagi memastikan
penyediaan makanan itu selamat
dimakan oleh orang awam.
Ini termaktub dalam undang-undang
iaitu di bawah Akta Kesihatan Awam
dan Peraturan-Peraturan Kesihatan
Awam. Sebelum restoran tersebut
dibuka, ianya akan diperiksa. Begitu
juga tukang-tukang masak dan
penyelia-penyelia yang membuat
makanan itu diperiksa kesihatan
mereka, adakah mereka ini fit atau
tidak layak menjadi tukang masak dan
seumpamanya.
Untuk makluman bersama, bahawa
daripada hasil-hasil lawatan dan aduan-
aduan orang ramai, terdapat juga
beberapa restoran telah ditutup kerana
didapati kualiti dan keselamatan
makanannya tercemar. Misalnya
pada tahun 2013 saja, pihak Bahagian
Pengawalan Makanan ini menerima
79 aduan di Negara ini dan beberapa
premis restoran telahpun ditutup kerana
didapati keadaannya tidak memuaskan
dan boleh memudaratkan kesihatan
awam. Jadinya itu salah satu daripada
tugas Bahagian Pengawalan Makanan
ini, bagi memastikan permakanan yang
disediakan adalah selamat dimakan
oleh orang awam. Memang ada satu
unit telah dibentuk dalam Kementerian
Kesihatan.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat, saya berpendapat jawapan-
jawapan Yang Berhormat itu sungguh
tepat dan terperinci. Mengenai soalan-
soalan atau cadangan-cadangan lain itu,
biarlah dijawab secara bertulis
pada kemudian hari. Ahli-Ahli Yang
Berhormat, Tajuk SM - Kementerian
Kesihatan ini diundi. Siapa bersetuju,
sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan
bersetuju)
Terima kasih. Maka Tajuk SM -
Kementerian Kesihatan diluluskan.
Yang Mulia Jurutulis II: Tajuk SM -
Kementerian Kesihatan dijadikan
sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat, perbincangan
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 697
mesyuarat Jawatankuasa ini
ditangguhkan selama 15 minit.
(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)
(Mesyuarat Jawatankuasa
bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi:
Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Alhamdulillah kita
telah dapat menyelesaikan Tajuk
Kementerian Kesihatan tadi. Sekarang,
kita akan meneruskan perbincangan
mengenai Rang Undang-Undang (2014)
Perbekalan 2014/2015 dan akan
membincangkan Tajuk seterusnya. Oleh
kerana hari ini hari Jumaat, maka
Persidangan hari ini akan berakhir pada
pukul 11.00 pagi nanti.
Yang Mulia Jurutulis II: Tajuk
seterusnya, Tajuk SN01A - Jabatan
Kementerian Perhubungan hingga Tajuk
SN08A - Jabatan Kaji Cuaca.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat, Kementerian
Perhubungan dan jabatan-jabatan di
bawahnya dibuka untuk dibahas.
Sebelum itu, saya difahamkan Yang
Berhormat Menteri Perhubungan ingin
membuat penyataan ringkas berkenaan
Kementerian berkenaan. Silakan Yang
Berhormat.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Bismillahir Rahmanir
Rahim. Yang Berhormat Pengerusi,
Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Kaola mengucapkan
terima kasih atas peluang yang
diberikan ini. Mula-mula sekali, kaola
bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu
Wata’ala atas peruntukan yang telah
dibentangkan. Kaola dengan hormat dan
takzim menjunjung kasih Kehadapan
Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam atas limpah
perkenan Baginda, ke atas peruntukan
ini dan berterima kasih kepada
Kementerian Kewangan kerana
menyediakan peruntukan berjumlah
$83,919,920.00 bagi Kementerian
Perhubungan, yang insya-Allah
akan membolehkan Kementerian
Perhubungan menjayakan kerja-kerja
pelaksanaan projek-projek strategik
Kementerian Perhubungan.
Seterusnya, kaola ingin mengongsikan
beberapa projek dan inisiatif
mengikut strategi atau core strategies
Kementerian Perhubungan yang
menjurus kepada pencapaian visi
iaitu “Ke Arah Masyarakat Pintar Dengan
Perhubungan Cemerlang dan Negara
Yang Berdaya Saing 2017”.
Strategi-strategi teras ini, adalah bagi
menjunjung titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam dalam Majlis
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Negara
kali ini dan menyokong tema
belanjawan pada tahun ini.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 698
Teras No. 1 - Pengkoporatan dan
Penswastaan. Kementerian sedang
meneliti dan menjalankan 4 inisiatif ke
arah penswastaan dan pengkoporatan,
iaitu:
1.1 Penswastaan Perkhidmatan Jabatan
Pelabuhan-Pelabuhan;
1.2 Penubuhan Autoriti Maritim dan
Pelabuhan Negara Brunei
Darussalam (AMPBD);
1.3 Pengkoporatan Pos; dan
1.4 Mengkomersialkan pengurusan
Lapangan Terbang Antarabangsa
Brunei (LTAB)
Kementerian ini menyedari keempat-
empat inisiatif ini lebih sesuai
dilaksanakan oleh sektor swasta, supaya
ia akan dapat membukakan lebih
banyak peluang perniagaan dan
pekerjaan dalam sektor pengangkutan
di Negara Brunei Darussalam, di
samping menjana suasana yang lebih
berkembang dan vibrant.
Teras No. 2 - Memudah Cara dan
Menggalakkan Penyertaan Sektor
Swasta. Beberapa inisiatif di bawah
teras ini ialah:
2.1 Pengeluaran lesen 4th Generation
Long Term Evaluation (4G LTE)
kepada Syarikat DST
Communication Sdn. Bhd. dan
mana-mana syarikat yang difikirkan
sesuai untuk mendapatkannya;
2.2 Perkhidmatan Penerbangan
serantau berdaftar di Negara Brunei
Darussalam;
2.3 Skim Grant AITI. Skim ini telah
memberikan sebanyak $1.8 juta
dalam bentuk bantuan kewangan
kepada 14 buah syarikat tempatan
untuk mengembangmajukan
produk, meningkatkan kepakaran
serta menggalakkan perkembangan
local content. Skim ini diharap
mendorong usaha ke arah
kesejahteraan pekerja-pekerja
sektor swasta dan seterusnya
membukakan peluang pekerjaan
yang lebih luas;
2.4 Pengkomersialan atau meng-
komersialkan fungsi pemeriksaan
kenderaan. Ini merupakan peralihan
dari Kerajaan kepada sektor swasta.
Walaupun fungsi ini insya-Allah,
dijalankan oleh pihak swasta,
kehendak standard dan keperluan
adalah seperti yang ditetapkan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat.
Teras No. 3 - Pembangunan
Infrastruktur (Infrastructure
Development). Beberapa inisiatif
di bawah teras ini ialah:
3.1 Pembangunan Infrastruktur
di Lapangan Terbang Antarabangsa
Brunei mempunyai dua rangkaian;
a. Projek “Modernisation of (LTAB)
Brunei International Airport” ini
dijalankan oleh Lembaga
Kemajuan Ekonomi Brunei
Darussalam (BEBD). Projek ini
kita lihat sekarang dan dijangka
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 699
siap pada penghujung tahun
2014 ini, insya-Allah. Apabila
siap, ia berupaya menampung
sehingga 3 juta penumpang
setahun.
b. Projek Membaik Pulih dan
Menaik Taraf Landasan
Lapangan Terbang Antarabangsa
(Airfield Pavement Rehabilitation
Works at Brunei International
Airport). Ia akan dapat
menampung dan memastikan
keselamatan pesawat-pesawat
komersial yang baru dan bersaiz
besar.
3.2 Projek Port Berth Extension. Projek
ini akan memanjangkan Dermaga
Kontena Muara daripada 800 meter
yang ada sehingga 1 kilometer.
Hasil projek pembesaran ini,
Dermaga Kontena Muara akan
dapat menampung dua buah
kontena sekali gus. Konsultan telah
dilantik dan kontrak telah
ditandatangani pada 12 Mac 2014
yang lepas.
3.3 Fibre-to-the-home (FTTH) -
Pelaksanaan fibre-to-the-home
(FTTH) menggunakan talian fibre
optic untuk memberikan
perkhidmatan internet jalur lebar
sedang giat dijalankan oleh
Telekom Brunei Berhad (TelBru) ke
beberapa kawasan di Negara Brunei
Darussalam. Sasaran bagi tahun
2014 ialah untuk mencapai 80%
premis perumahan dibekalkan
dengan infrastruktur FTTH secara
berfasa.
3.4 Pembinaan Menara Telekomunikasi-
Bagi menangani isu “mobile
spillover” limpahan liputan
pemancaran perkhidmatan dari
negara jiran dan menampung
beberapa blank areas, Kementerian
Perhubungan melalui AITI
memberikan perhatian serius
kepada pembinaan menara seperti
berikut:
i. Sebanyak 235 (DST sebanyak
151 dan B-Mobile sebanyak 84)
menara telah siap di seluruh
Negara; dan
ii. Sebanyak 29 lagi menara akan
dibina.
Kementerian ini juga sedang
melaksanakan 2 projek yang
melibatkan pelan-pelan induk
seperti berikut:
3.5 Projek Pelan Induk Pengangkutan
Darat (Land Transport Master Plan)
- Projek ini dikendalikan oleh pihak
CSPS mulai Julai 2012 dan telah
pun hampir selesai. Perkembangan
dalam sektor pengangkutan darat,
dijangka akan menjana 64 ribu
peluang pekerjaan berkaitan
dengan projek pengangkutan darat,
menjelang tahun 2035. Ini kira-kira
17% daripada jumlah keseluruhan
peluang pekerjaan yang
dianggarkan berjumlah 380,000
pada tahun 2035.
3.6 Pelaksanaan projek-projek ke arah
Pelan Induk Maritim (Maritime
Master Plan). Pelan Maritim ini
diharap akan menjana lebih kurang
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 700
2 ribu peluang pekerjaan menjelang
tahun 2020.
Teras No. 4 - Peningkatan Operasi, di
bawah ini terdapat 2 perkara penting
iaitu:
4.1 Meningkatkan Kapasiti Jabatan Kaji
Cuaca. Inisiatif ini dihasratkan
untuk membawa impak yang lebih
berkesan kepada orang ramai
terutamanya dalam sektor
pertanian, perikanan, pelaut-pelaut,
industri-industri pembangunan dan
pelancongan.
4.2 Perkhidmatan “on-line” Sistem
Pengangkutan Darat (SPD) -
Pendaftaran “on-line” bagi
permohonan/pembaharuan lesen
memandu dan lesen kenderaan,
telah bermula pada bulan Mei 2013.
Alhamdulillah, sehingga Februari
tahun ini, hampir 700 permohonan
secara “on-line” telah diterima.
Dalam kesempatan ini, kaola
mengucapkan terima kasih dan syabas
kepada semua pengguna yang telah pun
menggunakan perkhidmatan on-line ini.
Insya-Allah, beberapa perkhidmatan
value added sedang dilaksanakan
antaranya, perkhidmatan penghantaran
melalui pos, “Mobile App” SIKAP dan
perkhidmatan sistem Online Tendering.
Teras No. 5 - Pembangunan Sumber
Manusia. Beberapa projek ini ialah:
5.1 Penubuhan Akademi Maritim Brunei
(BMA). Perkara ini sudah pun
disentuh dengan panjang lebar
lebih awal dalam Majlis
Permesyuaratan ini.
5.2 Kurikulum Sekolah Memandu dan
Motosikal - Beberapa peningkatan
dan penaiktarafan sedang
diusahakan seperti:
a) Mengemaskinikan Kurikulum
Memandu melalui latihan
Defensive Driving sejak tahun
2013;
b) Menambah jumlah jam
pembelajaran memandu bagi
bakal-bakal pemandu; dan
c) Menguatkan Peraturan dan Akta
Pengeluaran Lesen Motosikal
dengan memperkenalkan 3 kelas
lesen (mengikut kuasa enjin)
mulai 1 November 2013 lepas.
5.3 Projek ICT Rural Outreach Program
(iROP) - Projek ini, dilaksanakan
sebagai projek rintis sejak tahun
2011. Projek ini, antara lain
menumpukan kepada penubuhan
sebuah Pusat Komuniti ICT yang
akan beroperasi di Pusat Komersial,
Kompleks Bangunan Bumiputera
Bangar mulai penghujung bulan
Mac 2014. Seramai 50 peserta akan
diberikan latihan asas ICT,
menjurus kepada kemahiran dan
keusahawanan entrepreneurship).
Seterusnya, projek ini adalah
sesuatu yang boleh dikembangkan
dan dimajukan lagi dengan
kerjasama pihak Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri untuk lebih
memudah cara aktiviti ekonomi
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 701
masyarakat tempatan di luar
bandar.
5.4 National ICT Manpower Master Plan
for Brunei Darussalam - Pelan induk
ini akan menghasilkan rangka kerja
bagi kompetensi ICT (National ICT
Competency Framework) iaitu
roadmap perancangan kerjaya.
kemahiran dan kompetensi dalam
bidang ICT. Projek ini akan
dilaksanakan oleh AITI mulai bulan
April 2014.
Seterusnya, Kementerian
Perhubungan juga melihat keperluan
untuk menyediakan National
Competency Framework yang
menyeluruh bagi sektor
pengangkutan. Dengan National
Competency Framework ini,
pembangunan sumber manusia dan
peluang pekerjaan dalam sektor
pengangkutan akan dapat dirangka
dengan lebih terarah dan berpusat
(centralised).
Teras No. 6 - Safety Security dan
Clean Environment (HSE). Beberapa
projek dalam teras ini ialah:
6.1 Usaha dan inisiatif keselamatan
jalan raya - Pelbagai inisiatif
diteruskan, antara lain merangkumi
aktiviti-aktiviti keagamaan, kempen
kesedaran dan usaha kerjasama
dengan pihak swasta, akademia dan
NGOs bagi menangani isu
keselamatan jalan raya di Negara
ini.
6.2 Pelancaran nama baru Sistem
Demerit dan penguatkuasaan
sepenuhnya. Sistem Demerit kini
dikenali sebagai Sistem
Keselamatan Amalan Pemandu
(SiKAP) dan mulai berkuatkuasa
pada 1 Oktober 2013 lepas.
Insya-Allah, segala pembaikan
dalam segi pemanduan ini, kaola
harap adalah bukan berpunca dari
SiKAP ini semata-mata, tetapi terbit
daripada hasrat semua pengguna
untuk menjadi pemandu yang lebih
bertanggungjawab, berhemah dan
kompeten.
Mengambil kesempatan ini, Yang
Berhormat Pengerusi, kaola
mengucapkan syabas dan terima
kasih kepada semua pihak yang
terlibat, khususnya kepada
pengguna-pengguna jalan raya atas
sokongan yang telah diberikan.
6.3 Sistem Pengawasan Navigasi
Komunikasi/Pengurusan Trafik
Udara (CNS/ATM) - Dengan isu
yang berlaku di negara jiran kita,
projek ini mempunyai prominse
yang tinggi sedikit dan akan
meningkatkan keupayaan Lapangan
Terbang Antarabangsa Brunei
(LTAB) dalam pengurusan lalu
lintas udara bagi memastikan
keselamatan penerbangan awam.
6.4 Penubuhan Majlis Penasihat ke atas
isu-isu yang berhubung kait dengan
perisian (Content Advisory Council -
CAC) - Kementerian ini sangat
menekankan supaya orang ramai
menggunakan media social seperti
Facebook dan WhatsApp, Instagram
dan Google+ dan sebagainya
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 702
secara positif dan lebih
bertanggungjawab. Dalam hal ini,
satu Majlis Penasihat Perisian
(Content Advisory Council – CAC)
telah ditubuhkan dengan
dipengerusikan bersama oleh
Kementerian Perhubungan dan
Jabatan Perdana Menteri dan
dianggotai oleh berbagai pihak yang
berkepentingan.
Mengambil kesempatan ini, kaola
mengucapkan terima kasih atas
keprihatinan dan perhatian Ahli-Ahli
Yang Berhormat dalam
permesyuaratan lepas dalam
mendukung usaha Kementerian
Perhubungan ke arah penggunaan
ICT yang lebih berhemah.
Sebagai penutup, Yang Berhormat
Pengerusi, kaola mengambil
kesempatan ini mengucapkan
penghargaan kepada rakan-rakan Ahli
Yang Berhormat dan orang ramai
kerana menggunakan perkhidmatan-
perkhidmatan online, memandu dengan
berhemah dan penggunaan ICT yang
penuh berhemah dan bersopan, bukan
dengan maksud membangkit perasaan
benci atau menghasut.
Insya-Allah, Kementerian Perhubungan
dengan pimpinan bijaksana Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam, dan
kerjasama dan feedback dari semua
orang ramai dan industri akan
menjalankan tugas dan tanggungjawab
dengan penuh titih dan prihatin. Sekian,
Yang Berhormat Pengerusi, terima
kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih, Yang Berhormat Menteri
Perhubungan. Sekarang, Tajuk
Kementerian Perhubungan dan jabatan-
jabatan di bawahnya, dibuka untuk
dibahas. Ahli-Ahli Yang Berhormat,
yang ingin bercakap, sila angkat tangan.
Silakan, Yang Berhormat Datin Paduka
Dayang Hajah Salbiah binti Haji
Sulaiman.
Yang Berhormat Datin Paduka
Dayang Hajah Salbiah binti Haji
Sulaiman: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Terima kasih, Yang Berhormat
Pengerusi.
Terlebih dahulu, kaola mengucapkan
terima kasih atas mukadimah yang telah
disampaikan tadi oleh Yang Berhormat
Menteri Perhubungan. Kaola ada
3 perkara yang hendak ditimbulkan:
1) Berhubung dengan keupayaan dan
kapasiti Jabatan Penerbangan Awam.
Di kesempatan ini, kaola ingin
mengambil iktibar daripada tragedi
kehilangan pesawat Malaysian
Airlines MH370 dan seterusnya
meneliti keupayaan dan kapasiti yang
terdapat di Lapangan Terbang
Antarabangsa.
Berhubung dengan perkara ini, kaola
ingin menimbulkan beberapa soalan.
Berhubung dengan kapasiti Jabatan
Penerbangan Awam, khusus
keupayaan kawalan lalu lintas udara.
i. Kaola ingin bertanya, adakah jumlah
pegawai dan kakitangan di Bahagian
Perkhidmatan Lalu Lintas Udara
terutama pegawai-pegawai
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 703
menguasai lalu lintas udara (air
traffic controllers) telah mencukupi
dan adakah semua jawatan yang ada
pada masa ini telah semua diisikan
termasuk juga jawatan Pegawai
Mencari dan Menyelamat?
ii. Memandangkan Pegawai Menguasai
Lalu Lintas Udara (Air Traffic
Controllers) memegang tugas yang
penting, kaola ingin bertanya, adakah
isu-isu seperti perkembangan kerjaya
(career development) dan Skim
Perkhidmatan Pakar Khas bagi Air
Traffic Controllers telah dijalankan
penelitian seperti yang telah
dijalankan kepada skim-skim
perkhidmatan yang lain yang telah
dijelaskan oleh Yang Berhormat
Menteri Kewangan II (Kedua),
Jabatan Perdana Menteri semasa
menjawab soalan-soalan di bawah
Jabatan Perdana Menteri?
iii. Bagaimanakah Kementerian
Perhubungan sentiasa memastikan
bahawa Perkhidmatan Kawalan
Lalu Lintas Udara, infrastrukturnya,
kemahiran kakitangannya, peralatan
dan lain-lainnya, telah mengikuti
International Civil Aviation
Organization Bench Marking?
iv. Bagaimanakah keupayaan peralatan
radar yang digunakan di Lapangan
Terbang Antarabangsa Brunei pada
masa ini dan adakah kerja-kerja
maintenance oleh pakar-pakar
sentiasa dijalankan sepenuhnya ke
atas radar tersebut?
Perkara kedua, ialah mengenai Early
Warning System. Alhamdulillah,
Kementerian Perhubungan telah
mengambil tindak balas yang positif ke
atas cabaran yang dihadapi oleh Negara
dalam menangani keadaan cuaca hujan
lebat yang dialami setiap tahun dengan
menaikkan taraf Bahagian Perkhidmatan
Kaji Cuaca kepada sebuah jabatan iaitu
Jabatan Kaji Cuaca.
Di sini, kaola ingin mencadangkan
supaya Jabatan Kaji Cuaca menubuhkan
Early Warning System (Sistem Amaran
Awal) kepada orang ramai dengan
menggunakan social media yang
terdapat dalam smartphone yang
merupakan alat yang paling popular
digunakan pada ketika ini.
Perkara yang terakhir, ialah mengenai
Transport Master Plan. Semasa
sesi dialog bersama Kementerian
Perhubungan, kami telah dimaklumkan,
bahawa final report mengenai Transport
Master Plan yang dibuat oleh CSPS
bersama sebuah konsultan asing akan
dikeluarkan pada awal tahun ini.
Kaola ingin mencadangkan supaya
Kementerian Perhubungan akan
mengongsikan timeline pelaksanaan
Transport Master Plan tersebut. Terima
kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Silakan,
Yang Berhormat Awang Haji Mohd Yusof
bin Haji Dulamin.
Yang Berhormat Awang Haji
Mohd. Yusof bin Haji Dulamin:
Terima kasih, Yang Berhormat
Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola ingin menyentuh mengenai
penggunaan peralatan TVRO yang
sedang hangat dipercakapkan oleh
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 704
masyarakat kitani, yang sedang dimiliki
oleh penduduk Negara Brunei
Darussalam.
Baru-baru ini, Kerajaan telah mengambil
langkah untuk mengawal penggunaan
peralatan tersebut dengan mengenakan
lesen sebanyak $360 setahun, yang
telah bermula berkuat kuasa pada awal
bulan Mac 2014 dan difahamkan dalam
jangka masa 5 tahun akan datang
penggunaan peralatan tersebut akan
dihapuskan.
Dalam langkah awal juga Bahagian
AITI, Kementerian Perhubungan telah
menemui rakyat di keempat-empat
daerah bagi mendapatkan maklum balas
dan pandangan-pandangan mengenai
perkara tersebut. Kaola ingin
mengetahui apakah respons daripada
orang ramai di Negara ini terhadap
perkara tersebut dan apakah keputusan
untuk mengenakan bayaran lesen
sebanyak $360 setahun itu satu
ketetapan yang tidak dapat diubah,
sama ada untuk diturunkan harganya
kepada satu jumlah yang minimum
sebanyak $25 setahun, seperti mana
juga jumlah harga kepada lesen-lesen
peralatan komunikasi yang lain yang
ada pada masa ini. Sekiranya jumlah
tersebut tidak dapat lagi diganggu gugat
dan masih dengan harga yang
ditetapkan sebanyak $360 setahun,
kaola mencadangkan supaya jumlah
tersebut dapat dipertimbangkan untuk
dibagi 12 bulan dengan mengenakan
bayaran sebanyak $30 sebulan dan
perlu dibayar pada tiap-tiap bulan
seperti juga yang dikenakan kepada
pengguna peralatan Astro yang ada
di Brunei pada masa ini. Perkara ini
dipohonkan, adalah memandangkan
jumlah sebanyak $360 setahun itu
adalah merupakan satu bebanan yang
agat berat kepada pemilik-pemilik TVRO
yang tidak kurang pemiliknya terdiri
daripada penduduk-penduduk yang
berpendapatan rendah dan sederhana
kemampuannya.
Mengenai perhubungan telefon
di kawasan pedalaman, walaupun ianya
dilihat keramaian penggunaanya
berkurangan, namun keperluannya
adalah sangat-sangat diperlukan
sebagai alat penghubung yang cepat
kepada penduduk pedalaman. Oleh
itu, diharap pihak Kementerian
dapat mengambil inisiatif untuk
memelihara dari masa ke masa bagi
memenuhi kehendak penduduk-
penduduk pedalaman terutama sekali
dalam masa-masa kecemasan.
Menyentuh mengenai perhentian bas
yang pernah kitani bincangkan bersama
dalam muzakarah di Kementerian yang
lalu. Saya penuh berharap supaya ianya
dapat dilihat dengan begitu teliti
tentang keperluannya, kerana apa yang
dapat kita nampak pada ketika ini ianya
sangat-sangat diperlukan.
Mengenai perhentian bas di Pekan Kuala
Belait yang masih ditempatkan
di tempat yang lama dan dalam jangka
masa yang akan datang, saya percaya
ianya masih boleh dipakai untuk
memenuhi kehendak masa kini. Setelah
melihat jumlah bas yang ada pada
masa ini dan keperluannya, ianya perlu
diupgrade saja untuk menyesuaikan
keselesaan penumpang apabila waktu
hujan dan panas.
PAGI HARI JUMAAT, 19 JAMADILAWAL 1435 / 21 MAC 2014 705
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih, Yang Berhormat, cukuptah
dulu nanti boleh disambung. Ahli-Ahli
Yang Berhormat, mesyuarat atau
perbincangan Jawatankuasa ini
ditangguhkan dulu dan kita bersidang
semula di peringkat Majlis Mesyuarat
Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa
ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang
semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara
bersidang semula. Ahli-Ahli Yang
Berhormat, Persidangan Majlis
Mesyuarat Negara ini ditangguhkan dan
insya-Allah kita akan bersidang semula
pada esok hari iaitu hari Sabtu,
20 Jamadilawal 1435 Hijrah bersamaan
22 Mac 2014 Masihi, pukul 9.30 pagi.
Terima kasih.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)