Transcript
Page 1: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
Page 2: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
Page 3: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP

MAKANAN HALAL

NOR SYAIRAH BT ZAINULDIN@ZAINUDDIN

Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 4: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
Page 5: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang Ya Allah

Ampunilah dosa hambu mu ini, tunjukkanlah daku jalan yang lurus, permudahkanlah urusan daku, jauhilah daku dari kemurkaanmu, moga

daku menjadi hambaMu yang bertaqwa.

Ya Rasulullah

Selawat dan salam keatas mu dan ahli keluargamu

Berbahagiakan lah daku sebagai umatmu

Semoga daku beroleh syafaatmu

Buat ayahanda dan bonda tercinta

Zainul Din@Zainuddin B Omar & Hamidah Bt Daud

Setinggi-tinggi penghargaan di atas kasih sayang dan didikan

Pengorbanan kalian tiada bandingan, kata-kata semangat menjadi cahaya hidupku

Setiap detik akan kukenang dunia dan akhirat kekal berpanjangan

Buat abang dan adik-adikku yang disayangi

Dorongan, kerjasama serta keprihatinan kalian mengiringi langkahku

Agar perjuanganku senang diharungi

Pensyarah-pensayarah yang dihormati

Ilmu mu amat berharga, tunjuk ajar mu tiada harganya ,mudah-mudahan dilimpahi rahmatNya

Sahabat-sahabat seperjuanganku

Terima kasih atas persahabatan

Segala bantuan dan tunjuk ajar menjadi bukti ukhwah

Akan tetap segar dalam ingatan

Page 6: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji

dan syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi dengan nikmat dan rezeki kurnaiaanNya yang

telah memberiku semangat serta kekuatan untuk menyempurnakan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih tidak terhingga dan setinggi-tinggi penghargaan buat ustazah

maznah bt ali selaku penyelia projek di atas kesudiaannya meluangkan masa

memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, idea yang bernas sepanjang menyiapkan

penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kuucapkan kepada staf

Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan sama ada yang terlibat secara

langsung atau pun tidak dalam menyediakan data-data yang diperlukan bagi

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih juga buat semua

sahabat yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepadaku. Teristimewa buat

ayahanda dan bonda yang tercinta kerana berkat doa dan restu mereka membuatku

tabah untuk meneruskan perjuangan di diperantauan ini.

Page 7: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

v

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan

terhadap makanan halal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi

Mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan terhadap makanan halal, mengenalpasti tahap

kesedaran mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap makanan halal dan

menganalisa kriteria pemilihan makanan halal mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM.

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang

melibatkan responden Mahasiswa Islam Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kemahiran Hidup seramai 109 orang. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah

menggunakan kaedah yang berbentuk deskriptif. Instrument kajian yang digunakan

adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada

dua bahagian iaitu bahagian A terdiri daripada maklumat demografi responden

manakala bahagian B berkaitan dengan dengan persoalan kajian. Nilai

kebolehpercayaan soal selidik ialah α= 0.863. Data-data yang dikumpul dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

windows version 15.0. Dapatan kajian bagi mengenalpasti persepsi mahasiswa islam

terhadap makanan halal ialah 4.791, manakala bagi menganalisa kriteria yang

dipilih oleh Mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap makanan halal ialah 4.718

manakala bagi tahap kesedaran mahasiswa Islam fakulti pendidikan terhadap

makanan halal ialah 4.718 dan bagi menganalisa kriteria pemilihan makanan halal

Mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan ialah 4.549. Ini menunjukkan bahawa persepsi

mahasiswa Islam terhadap makanan halal berada pada tahap yang positif.

Page 8: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

vi

ABSTRACT

This research was carried out to identify the perception of Students Faculty of

Education on Halal Food. The objective of this research is to identify the

perceptions of Muslim students Faculty of Education about halal food, to analyze

the criteria chosen by the students Faculty of Education about halal food and halal

food selection by the students Faculty of Education. This descriptive research was

distributed to 109 Muslim students Bachelor of Technology and Education Living

Skill from Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia as respondent. The

research instruments were a set of questionnaire including 35 items consisted of two

parts which is part A for basic information about the respondent and part B to

answer the research question. From the analysis data, it shows the reliability for this

questionnaire is α = 0.863. All of the collected data were analysis by using

Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 15.0. The

finding of identify the perception of Muslim students about halal food is 4.791,

while for the objective of analysis the awareness about halal food by Muslim

students Faculty of Education is 4.718 and for the objective of identifying the

criteria of selecting Muslim students Faculty of Education about halal food is

4.549. This shows that the overall perception of Muslim students about halal food

is in positive level.

Page 9: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

Page 10: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

viii

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Makanan 8

1.8.3 Halal 8

1.9 Kesimpulan

9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Pengertian Makanan Halal 11

2.2.1 Makanan Halal 11

2.2.2 Makanan Haram 14

2.3 Prinsip Makanan Halal 15

2.3.1 Prinsip Pertama 15

2.3.2 Prinsip Kedua 15

2.4 Kesedaran Terhadap Pengambilan Makanan Halal 16

2.5 Garis Panduan Dalam Pemilihan Makanan Halal 18

2.5.1 Tujuan 20

2.5.2 Sumber Bahan Makanan 21

2.5.2.1 Tumbuh-Tumbuhan 24

2.5.2.2 Bahan Semulajadi 25

2.5.2.3 Bahan Kimia 25

2.5.2.4 Bahan Penambah Makanan 25

2.6 Penyembelihan 25

2.7 Hukum Syariah Dan Bahan Tambah (Food Aditive)

Dalam Makanan 26

2.7.1 Mono Dan Digliserida 28

2.7.2 Gelatin 28

2.7.3 Gliserin 29

2.7.4 Lesitin 29

2.7.5 Alkohol 30

2.7.6 Renet 30

2.7. 7 Lelemak (Shortening) 30

2.8 Kajian Lepas 31

2.9 Kesimpulan 33

Page 11: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Populasi Dan Sampel 36

3.4 Tempat Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 40

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Analisis Data 41

3.9 Kesimpulan

43

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 44

4.2 Analisis Setiap Soal Selidik Bahagian A (Maklumat

Asas Responden) 45

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 46

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 47

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Status

Perkahwinan 48

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang

Pendidikan 48

4.3 Analisis Soal Selidik Bahagian B 49

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 49

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 56

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 63

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 71

4.5 Kesimpulan

72

Page 12: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 73

5.2 Perbincangan Kajian 73

5.2.1 Maklumat Asas Responden 74

5.2.2 Apakah Persepsi Mahasiswa Islam Fakulti

Pendidikan UTM Terhadap Makanan Halal 75

5.2.3 Sejauhmanakah Tahap Kesedaran Mahasiswa

Islam Fakulti Pendidikan UTM Terhadap

Makanan Halal

77

5.2.4 Apakah Kriteria Pemilihan Makanan Halal

Mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM 78

5.3 Rumusan 80

5.4 Cadangan Kajian 81

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.6 Kesimpulan

82

BIBLIOGRAFI

83

LAMPIRAN

Page 13: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.3 Jumlah sampel mengikut tahun 38

3.5 Skala lima mata dan skor 40

3.8 Kriteria penilaian skor 41

3.8.1 Perubahan skala lima mata kepada skala lima mata 42

3.8.2 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42

4.1 Taburan bilangan responden mengikut jantina 45

4.2 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut

umur

46

4.3 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut

tahun pengajian

47

4.4 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut

status perkahwinan

48

4.5 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut

latar belakang pendidikan

48

4.6 Taburan skor bagi item 1 49

4.7 Taburan skor bagi item 2 50

4.8 Taburan skor bagi item 3 50

4.9 Taburan skor bagi item 4 51

4.10 Taburan skor bagi item 5 51

4.11 Taburan skor bagi item 6 52

4.12 Taburan skor bagi item 7 52

4.13 Taburan skor bagi item 8 53

4.14 Taburan skor bagi item 9 53

4.15 Taburan skor bagi item 10 54

4.16 Analisa Keseluruhan Bagi Item 1 Hingga 10 55

Page 14: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

xii

4.17 Taburan skor bagi item 11 57

4.18 Taburan skor bagi item 12 57

4.19 Taburan skor bagi item 13 58

4.20 Taburan skor bagi item 14 58

4.21 Taburan skor bagi item 15 59

4.22 Taburan skor bagi item 16 59

4.23 Taburan skor bagi item 17 59

4.24 Taburan skor bagi item 18 60

4.25 Taburan skor bagi item 19 60

4.26 Taburan skor bagi item 20 61

4.27 Analisa Keseluruhan Bagi Item 11 Hingga 20 61

4.28 Taburan skor bagi item 21 64

4.29 Taburan skor bagi item 22 64

4.30 Taburan skor bagi item 23 65

4.31 Taburan skor bagi item 24 65

4.32 Taburan skor bagi item 25 66

4.33 Taburan skor bagi item 26 66

4.34 Taburan skor bagi item 27 67

4.35 Taburan skor bagi item 28 67

4.36 Taburan skor bagi item 29 68

4.37 Taburan skor bagi item 30 68

4.38 Analisa Keseluruhan Bagi Item 21 Hingga 30 69

4.4.1 Purata peratusan dan purata min bagi setiap

persoalan kajian

71

Page 15: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

xiii

SENARAI SINGKATAN

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MSG Mononatrium Glutamat

Ra Radiallahu Anhu

S Setuju

SAW Sallalallahu Alaihi Wasallam

SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPH)

SPSS Statistical Package For Social Science

SS Sangat Setuju

SWT Subhanu Wa Taala

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

Soal selidik

Page 17: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam adalah agama yang syumul dimana ia meliputi keseluruhan aspek

kehidupan seharian manusia. Aspek-aspek tersebut termasuklah aqidah, ibadah,

muamalat, munakahat dan sebagainya. Semua ini mempunyai kaitan yang sangat

rapat dengan Islam itu sendiri kerana setiap perkara tersebut mempunyai kaitan

dengan seseorang muslim. Oleh hal yang demikian untuk melaksanakan perkara

tersebut seseorang muslim mestilah menjaga perkara dharuriyat dengan berlandaskan

al-Quran dan sunnah. Terdapat lima perkara dharuriyat iaitu agama, nyawa, akal,

maruah atau keturunan dan harta. Kelima-lima perkara tersebut mempunyai peranan

yang tersendiri dan merupakan aspek penting untuk terus beribadah kepada Allah

SWT.

Menurut Selamat Hashim (2010) tiada sesuatu yang lebih berharga bagi

manusia selain daripada nyawanya kerana dengan adanya nyawa manusia boleh terus

hidup. Oleh yang demikian hukum syarak memberikan keutamaan yang besar dalam

penjagaan nyawa. Dalam hubungan penjagaan nyawa, terdapat hukum syarak yang

mewajibkan manusia melakukan beberapa perkara penting seperti makan makanan

berkhasiat, minum, memakai pakaian dan memiliki tempat tinggal yang mampu

memberi keselesaan dan menjaga dan melindungi nyawanya daripada perkara-

perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan.

Page 18: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

2

Salah satu daripada perkara penting dalam penjagaan nyawa ialah makan

makanan halal dan berkhasiat. Makan dan minum adalah merupakan salah satu

ibadah yang penting dalam Islam. Oleh itu amat penting memakan makanan yang

halal lagi berkhasiat kerana ia akan memberi kesan terhadap ibadah yang dilakukan

dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, memakan makanan yang halal lagi

berkhasiat juga telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firmannya di dalam surah

Al-Maidah ayat 4:

Maksudnya:

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan)

Yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah:

"Dihalalkan bagi kamu (memakan) Yang lazat-lazat serta baik, dan

(buruan Yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu Yang telah

kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang

pemburu. kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu)

sebagaimana Yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu

makanlah dari apa Yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama

Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah

kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan Yang diharamkan

Allah); Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya"

(Surah Al- Maidah 5: 4)

Berdasarkan ayat di atas dapatlah disimpulkan bahawa makanan halal

merupakan perkara yang dituntut di dalam Islam. Hal ini juga kerana setiap perkara

yang dilakukan oleh manusia akan dihitung oleh Allah SWT di hari akhirat. Oleh itu

sebagai umat Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT maka wajiblah menjaga dan

memastikan sesuatu makanan yang dimakan itu halal dimakan.

Page 19: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Allah SWT telah memberikan petunjuk dan panduan kepada hambanya

tentang memakan makanan yang halal lagi baik. Hal ini dikuatkan lagi dengan sabda

Nabi SAW yang berbunyi:

إن : قال رسول هللا صىل هللا عليه وسمل, ع̊ن أيب هريرة رىض هللا عنه قال

هللا تعاىل طيب يقبل إال طيبا وإن هللا أمر املؤمنني مبا أمر به املرسلني فقال

يأهيا اذلين : وقال تعاىل , يأهيا الرسل لكوا من الطيبات وامعلو صاحلا: تعاىل

مث ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغرب . آمنوا لكوا من الطيبات ما رزقنامك

اي رب اي رب ومطعمه حرام ومرشبه وملبسه حرام : ميد يديه إىل السامء

.وغذى ابحلرام فأىن يس تجاب هلMaksudnya:

Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan, katanya Rasulullah

SAW bersabda: sesungguhnya Allah itu baik dia tidak menerima

melainkan yang baik. Sesungguhnya memerintah orang mukmin

dengan apa yang diperintahkannya kepada semua rasul dengan

firmannya (seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud): wahai

sekalian rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan

amal soleh. Firmannya lagi: wahai sekalian orang yang beriman

makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu.

Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya

kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua

tangannya ke langit (berdoa) wahai tuhanku! Padahal makanannya

haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya)

disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimana akan diperkenankan

doanya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas maka jelaslah kepada kita bahawa setiap orang

mukmin yang beriman kepada Allah SWT mestilah memakan makanan yang halal

kerana ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam menunaikan ibadah. Allah

SWT tidak akan memakbulkan doa orang yang memakan makanan yang tidak halal

khususnya. Oleh itu kita mestilah memastikan makanan yang kita makan adalah halal

dari semua aspek.

Page 20: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

4

Menurut Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006) pasaran hari

ini telah dibanjiri dan terdedah kepada pelbagai makanan dan barangan pengguna

yang sesetengahnya boleh memudharatkan kesihatan, sementara yang lain pula

haram dimakan menurut ajaran Islam. Kajian juga mendapati bahawa banyak

makanan yang diproses yang terdapat di pasaran kini mengandungi gula dan garam

yang berlebihan, disamping mengandungi pelbagai jenis bahan penambah (food

aditive) yang tidak dapat dipastikan statusnya sama ada halal atau haram.

Selain itu, hampir 70 peratus daripada hasil pemeriksaan Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah

Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadhan diragui status halalnya.

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam

masakan untuk penyediaan bufet Ramadan. Penolong Pengarah Cawangan

Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan

itu hasil pemeriksaan dan penyiasatan yang dilakukan oleh 20 orang penguatkuasa

pasukan jabatan itu.

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0818&pg=dn_02.htm&pub=Utusa

n_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010, 4 November 2010, 3:54pm)

Antara lain yang dilaporkan ialah sos mengandungi alkohol dan arak

digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar

penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berikutan operasi khas ke

beberapa hotel di sekitar Lembah Klang. Menurutnya, hasil pemeriksaan itu

menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan

termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.

(http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=7131522, 4 Oktober

2010, 3:54pm).

Antara lain ialah menurut Panduan Persatuan Pengguna Islam (2006)

“pernah berlaku di Negara ini dimana daging kerbau dijual sebagai daging lembu.

Masalah ini tidak begitu serius kerana kerbau halal dimakan. Bagaimanapun, jika

Page 21: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5

daging kerbau boleh dijual sebagai daging lembu, bolehkah kita memastikan daging

yang haram tidak dijual sebagai daging halal?”

Selain itu juga, menurut Panduan Persatuan Pengguna Islam (2006) juga

ada menyatakan tentang penyembelihan secara mekanikal. Pada awal tahun 2003,

media telah mendedahkan berita mengenai ayam yang disembelih secara mekanikal.

Mengikut berita tersebut, ayam yang disembelih menggunakan pisau mekanikal

dimasukkan terus ke dalam air panas sebelum ayam tersebut betul-betul belum mati

dan darahnya tidak mengalir keluar sepenuhnya sebelum diproses. Memandangkan

JAKIM telah meluluskan penyembelihan secara mekanikal dibawah keadaan

tertentu, ia perlu diperiksa dan memastikan peraturan itu sentiasa dipatuhi.

Seterusnya Panduan Persatuan Pengguna Islam (2006) juga ada memuatkan

tentang syarikat katering yang menipu pihak pengguna terutamanya pengguna Islam

khususnya yang berada di Lembah Kelang serta kawasan sekitarnya. Syarikat

katering ini telah mengambil kesempatan menghalalkan perniagaan dan operasinya

disebalik logo palsu JAKIM yang diperolehi dengan membelinya daripada agen-

agen sindiket tertentu dengan hanya RM2500.00. Selain itu, syarikat katering ini

juga turut bertindak melampui batas kerana menggunakan sejenis wain atau arak

yang diimport dari China sebagai perisa utama dalam menu masakan untuk

memerap daging ayam. Tujuan syarikat katering ini berbuat sedemikan adalah bagi

menambahkan keenakan serta bau wangi hidangan masakan daging dan ayam.

Oleh sebab itu, masyarakat Islam haruslah berhati-hati dan berwaspada

terhadap makanan yang diambil. Hal ini kerana mencari yang halal itu fardhu bagi

umat Islam di samping untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Mencari yang halal

juga menjadi kewajipan kepada umat Islam khususnya untuk memastikan setiap

makanan yang dimakan adalah halal mengikut kehendak syarak.

Page 22: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

6

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dilakukan kerana pada akhir-akhir ini banyak akhbar melaporkan

tentang keraguan status halal terhadap makanan terutamanya dalam bidang

perhotelan dan restoran. Pengusaha-pengusaha bidang tersebut menggunakan helah

untuk menipu masyarakat Islam khususnya dan hanya mementingkan keuntungan

semata-mata tanpa mengira hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh syarak. Oleh

yang demikian maka adalah bersesuaian untuk penyelidik membuat kajian secara

lebih mendalam lagi pada zaman yang semakin berkembang pesat ini. Makanan

halal adalah sangat penting kerana ia akan memberi kesan terhadap ibadah mahupun

terhadap kesihatan seseorang individu tersebut dalam kehidupan seharian

masyarakat Islam khususnya haruslah memahami dan peka betapa pentingnya

memakan makanan yang halal.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan sewajarnya, dibimbangi ia akan

meninggalkan kesan yang buruk dan negatif. Disamping itu juga, melalui kajian ini

juga mahasiswa Fakulti Pendidikan khususnya dapat mengenalpasti jenis-jenis

makanan yang halal yang terdapat di pasaran. Justeru itu, masalah ini telah

mendorong penyelidik untuk membuat kajian tentang persepsi mahasiswa Fakulti

Pendidikan, UTM terhadap makanan halal.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk:

1) Mengenalpasti persepsi mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM terhadap

makanan halal.

2) Mengenalpasti tahap kesedaran mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM

terhadap makanan halal.

3) Menganalisa kriteria pemilihan makanan halal mahasiswa Islam Fakulti

Pendidikan UTM.

Page 23: PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada ... x BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

7

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk melihat beberapa persoalan yang timbul hasil daripada

objektif kajian tersebut:

i. Apakah persepsi mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM terhadap

makanan halal.

ii. Sejauhmanakah tahap kesedaran mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan

UTM terhadap makanan halal.

iii. Apakah kriteria yang dipilih oleh mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan

UTM terhadap makanan halal


Top Related