Transcript
Page 1: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian
Page 2: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian
Page 3: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN BESTARI

TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA AUDIO-VISUAL DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

SITI AMINAH BT AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Kimia).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

ii

Page 5: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

iii

Dimulakan ucapan dengan Bismillahirrahmanirrahim……..

“Kemanisan dalam hidup itu adalah pabila berlaku suatu pengorbanan yang benar-

benar menguji keimanan insan.”

“Maka kejayaan itu adalah bermula dari suatu pengorbanan. Jalan menuju

kebahagiaan itu tidak ditumbuhi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri

dan pahit.”

TERISTIMEWA BUAT IBU DAN AYAH TERSAYANG.

“ Jasamu Ku Kenang Mendidik Anak Ini Menjadi Insan Berguna” “Ku Doakan Agar

Dikau Mendapat Limpah Kurnia Dari-Nya.”

BUAT ADIK BERADIK YANG DIKASIHI.

“ Pengorbanan Dan Dorongan Amat Aku Hargai.”

BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN.

“Kalian Merupakan Insan Yang Diciptakan Untuk Menjadi Sahabat Sejati Dalam

Mengharungi Perjuangan Ini.”

Semoga Semua Di Bawah Lindungan, Pemeliharaan, Dan Keredhaan Allah…Amin!

Page 6: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan

kurnianya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam di tujukan kepada

Rasullulah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn.

Adibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta

bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga

kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar Diraja, Muar,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling, Kedah, Sekolah Menengah

Kebangsaan Tinggi Kluang, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol,

Kluang serta tidak lupa kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama semasa

kajian ini dijalankan.

Sekalung penghargaan kepada mana-mana individu yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

WASSALAM.

Page 7: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi guru Sekolah Bestari dan

Sekolah Bukan Bestari terhadap penggunaan media audio-visual dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Seramai 93 guru diambil sebagai responden dari 2

buah Sekolah Bestari dan dari 2 buah Sekolah Bukan Bestari secara rawak. Data

yang dikumpul menggunakan set soal selidik yang terdiri daripada 2 bahagian.

Bahagian pertama mengkaji faktor demografi responden dan pada bahagian kedua,

48 item dibina bagi menjawab persoalan kajian. Soal selidik telah dirintiskan dan

mendapat nilai kebolehpercayaan (α = 0.95). Data yang diperolehi daripada

responden telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0. Analisis data

dilakukan dengan melibatkan nilai skor min, ujian t-test dan korelasi. Dapatan kajian

ini menunjukkan bahawa persepsi guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari

terhadap kemahiran penggunaan media audio-visual dan tahap pengetahuan pada

tahap yang sederhana masing-masing. Analisis menunjukkan terdapat hubungan

positif yang kuat, signifikan antara kemahiran penggunaan media audio-visual dan

tahap pengetahuan terhadap guru Sekolah Bestari serta Sekolah Bukan Bestari.

Manakala analisis t-test, menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan media audio-

visual dalam pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.

Page 8: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the perception of media audio-

visual usage teaching and learning process among the Smart School teachers and not

Smart School teachers. The study focused on the level of media audio-visual skills

usage and the level of among the knowledge teachers. The respondent in this study

involved 93 respondents among the 2 Smart School teachers and not Smart School

teachers. Respondents were chosen from 2 Smart School and from 2 not Smart

School. The data was collected using the questionnaire that consists 2 parts. The first

part was about the demography factors and the other part was constructed by 48

items that will answer the research questions. The data was analyzed using

“Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) version 10.0, included the

calculation of mean score, t-test and correlation. Findings showed the perception the

usage of media in audio-visual and the level of knowledge among them was in

moderate level. On the other hand, the findings showed that the was a positive strong

significant relationship between the usage of media in audio-visual skills and the

level of knowledge among the Smart School teachers and not Smart School teachers

Smart. Besides, t-test analyses showed that there was not significant difference

towards the level of knowledge and level of media audio-visual skills usage in

teaching and learning across the types of teachers.

Page 9: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 11

1.6 Hipotesis Kajian 11

1.7 Kerangka Konsep 13

1.8 Kepentingan Konsep 14

1.9 Skop Kajian 16

2.0 Definisi Operasional Pembolehubah Kajian 16

Page 10: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

viii

2.1 Penutup 18

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 19

2.2 Objektif Sekolah Bestari 21

2.3 Pelaksanaan Sekolah Bestari 22

2.4 Kepentingan Media Audio-Visual 24

Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran

2.5 Penggunaan Bahan Audio Dalam Proses 26

Pengajaran Dan Pembelajaran

2.6 Penggunaan Televisyen Dalam Proses 27

Pengajaran Dan Pembelajaran

2.7 Penggunaan Berbantukan Komputer 28

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

2.8 Penggunaan Multimedia Dalam Proses 30

Pengajaran Dan Pembelajaran

2.9 Penutup 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.4 Pemilihan Sampel Dan Reka Bentuk 34

Persampelan

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 45

3.8 Proses Penganalisaan Data 45

Page 11: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

ix

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis data 49

4.2.1 Demografi Responden 49

4.2.2 Sekolah 50

4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian II 50

4.3.1 Persepsi Guru Sekolah Bestari Dan 51

Sekolah Bukan Bestari Terhadap

Kemahiran Penggunaan Media

Audio-Visual Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran.

4.3.2 Persepsi Tahap Pengetahuan Guru 53

Sekolah Bestari Dan Sekolah Bukan

Bestari Terhadap Penggunaan

Media Audio-Visual Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

4.3.3 Hubungan Antara Kemahiran 54

Penggunaan Media Audio-Visual

Dan Tahap Pengetahuan Terhadap

Guru Sekolah Bestari Serta Sekolah

Bukan Bestari.

4.3.4 Perbezaan Kemahiran Penggunaan 56

Dan Tahap Pengetahuan Terhadap Media

Audio-Visual Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran Merentas Jenis Guru.

4.4 Penutup 57

Page 12: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

x

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 59

5.2.1 Persepsi Guru Sekolah Bestari 60

Dan Sekolah Bukan Bestari

Terhadap Kemahiran Media

Audio-Visual Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran.

5.2.2 Persepsi Tahap Pengetahuan 62

Guru Sekolah Bestari Dan Sekolah

Bukan Bestari Terhadap penggunaan

Media Audio-Visual Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

5.2.3 Hubungan Antara Kemahiran 65

Penggunaan Media Audio-Visual

Dan Tahap Pengetahuan Terhadap

Guru Sekolah Bestari Serta

Sekolah Bukan Bestari.

5.2.4 Perbezaan Kemahiran Penggunaan 67

Dan Tahap Pengetahuan Terhadap

Media Audio-Visual Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

Merentas Jenis Guru.

5.3 Cadangan 70

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.5 Rumusan 71

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN 80

Page 13: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Matlamat Sekolah Bestari 24

3.1 Jenis Konstruk Dan Bilangan Item Dalam 38

Soal Selidik.

3.2 Pekali Kebolehpercayaan Alpha Bagi 39

Konstruk Media Audio-Visual.

3.3 Perubahan 5 Point Skala Likert Kepada 47

Skala 3 Peringkat.

3.4 Kekuatan Korelasi. 48

4.1 Taburan Kemahiran Penggunaan Media 53

Audio-Visual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

4.2 Taburan Tahap Pengetahuan Guru Terhadap 54

Penggunaan Media Audio-Visual.

4.3 Hubungan Antara Kemahiran Penggunaan 55

Media Audio-Visual Dan Tahap Pengetahuan

Bagi Guru Sekolah Bestari.

4.4 Hubungan Antara Kemahiran Penggunaan 56

Media Audio-Visual Dan Tahap

Pengetahuan Bagi Guru Sekolah Bukan Bestari.

4.5 Perbezaan Kemahiran Penggunaan Media 57

Audio-Visual Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Merentas Jenis Guru.

4.6 Perbezaan Tahap Pengetahuan Media 57

Audio-Visual Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Merentas Jenis Guru.

Page 14: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep 13

4.1 Perbezaan Guru Mengikut Jantina. 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah. 51

Page 15: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

xiii

SENARAI SIMBOL

MSC - Koridor Raya Multimedia

ICT - Tekonologi Maklumat Dan Komunikasi

IT - Teknologi Maklumat

ETEMS - Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dan Sains

KPM - Kementerian Pengajian Malaysia

ISD - Instructional System Design

R & D - Penyelidikan Dan Pembangunan

CTR - Computer Technology Research

% - Peratus

CPU - Unit Pemperosesan Pusat

LCD - Liquid Crystal Display

IRC - Internet Relay Chat

P - Nilai Kebarangkalian

OHP - Overhead Projector

PTPM - Pusat Teknologi Pendidikan Dan Media

WWW - World Wide Web

LAN - Local Area Network

WAN - Wide Area Network

PBSM - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

K-WORKERS- Pekerja Yang Berpengetahuan

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

KUITTO - Kolej Universiti Tun Hussein Onn

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 16: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

xiv

TS - Tidak Setuju

TP - Tak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STM - Sangat Tidak Mahir

TM - Tidak Mahir

AM - Agak Mahir

M - Mahir

SM - Sangat Mahir

Page 17: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang soal selidik

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPD)

C Surat Kebenaran Menjalankan

Kajian Dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)

D Surat Sokongan Menjalankan Kajian Dari Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (UTM)

Page 18: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan Sekolah Bestari dalam alaf baru telah menjadi arah aliran

dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi

pendidikan di Malaysia. Adalah diperakukan bahawa Sekolah Bestari ini merupakan

sekolah yang satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan

berpengetahuan, dan dijangkakan akan cukup mampu bersaing apabila menghadapi

cabaran-cabaran wawasan negara.

Untuk menentukan kejayaan pencapaian matlamat Sekolah Bestari. Guru

bestari adalah dikehendaki melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan

komputer dan alat teknologi terkini serta pedagogi baru untuk menghadapi cabaran-

cabaran di Sekolah Bestari. Sememangnya, guru bestari bukan sahaja melaksanakan

tugas mengajar dan memberi ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan mendidik

pelajar mengikut matlamat Wawasan 2020, yakni melahirkan teknokrat-teknokrat

yang bertaraf dunia serta bermoral, di samping membentuk generasi cemerlang, yang

mempunyai daya kreativiti dan daya saing, dan seterusnya menjadikan Malaysia

sebuah pusat kecermelangan pendidikan bertaraf dunia.

Menurut Eric Ashby (1967), bidang ilmu pendidikan telah mengalami empat

revolusi iaitu revolusi yang pertama berlaku apabila masyarakat mula menyedari

bahawa orang dewasa mempunyai peranan yang berbeza-beza di dalam

Page 19: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

2

masyarakatnya dan beban mendidik anak-anak berpindah dari ibu bapa kepada guru-

guru atau dari rumah ke sekolah.

Revolusi yang kedua boleh juga dianggap sebagai zaman kelahiran media dan

seterusnya media berkembang mencapai ke taraf yang wujud sekarang ini. Sebelum

ini, pengajaran dilakukan secara lisan. Pada waktu itu orang tidak cenderung

menerima penggunaan tulisan di dalam bilik darjah. Kemunculan media bermula

sejak tahun 3,000 sebelum masihi pada zaman penyalinan (scribal age); iaitu ia

bermula dari seni-lukis dan seni-tulis (Kramer, 1965).

Revolusi ketiga tiba apabila terdapat mesin cetak dan baharulah media secara

tulisan dapat berkembang ke taraf sebaran am. Bermula dari negeri Cina, percetakan

lahir apabila penciptaan kertas pada tahun 105 masihi dan seterusnya percetakan

secara besar-besaran yang hanya dipergiatkan pada zaman dinasti Tang dalam tahun

618 hingga 906 masihi (Carter & Goodrich,1955). Manakala di barat, tokoh

reformasi Martin Luther (1483-1546) menggalakkan penganutnya mendalami ilmu

Kitab Injil, menyebabkan banyak penterjemahan dilakukan sebagai unsur sebaran am

(Chappell, 1972).

Manakala, pada pandangan Ashby, revolusi yang keempat lahir dan

berkembang dengan adanya pengetahuan elektronik, terutamanya sekali yang

melibatkan radio, televisyen, pita perakam dan komputer.

Jika dalam bidang komunikasi, media lebih mantap sebagai pengantara di

antara pengantar dan penerima, dalam bidang pendidikan pula, media lebih kukuh

sebagai alat pengantara di antara guru (pengantar) dan murid (penerima). Alat ini

kemudiannya dikenali sebagai alat pandang-dengar oleh para pengguna kerana alat-

alat itu berfungsi untuk dipandang dan didengar dan sebahagian besar dari semua

pembelajaran berpunca dari pancaindera pandang dan dengar. Ini dapat dilihat pada

model komunikasi Shannon dan Weaver (1947), yang menekankan aspek-aspek

teknikal dalam penghantaran mesej dari punca ke penerima bukan aspek-aspek

komunikasi antara manusia. Dalam pengajaran, guru sebagai punca maklumat akan

memilih sesuatu topik pengajaran. Topik pengajaran ialah mesej yang akan

disampaikan melalui pemancar. Kemudian, pemancar menerima mesej ini dan

Page 20: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

3

bertukar menjadi isyarat. Isyarat ini akan diterima oleh mata atau telinga penerima

dan bertukar semula menjadi mesej dan akhirnya sampai ke destinasi, iaitu minda

pelajar.

Secara umumnya, media audio-visual ini dapat dikelaskan kepada dua iaitu

perkakasan dan perisian. Contoh-contoh perkakasan ialah Overhead Projector

(OHP), projector slaid, perakam video, televisyen, projektor legap. Sementara

perisian terdiri pelbagai item yang sering digunakan bersama dengan perkakasan

seperti transparensi, slaid, pita audio, dan program komputer (Percival dan Ellington,

1983).

“Dalam pengajaran audio-visual yang bermakna, syaratnya guru harus

merancang pengajaran berasaskan alat ini dari pelbagai sudut yang mana untuk

menyampaikan idea-idea dan pengalaman melalui deria melihat dan mendengar.

Pengajaran audio-visual menekankan kepada pendekatan nilai konkrit atau

pengalaman tidak lisan dalam proses pembelajaran. Pengajaran audio-visual

haruslah tidak dilupakan sebagai salah satu kaedah dalam pengajaran. Media

audio-visual hanya bermakna apabila alat ini digunakan sebagai salah satu media

yang perlu dalam proses pembelajaran.”

(Mc Clusky, 1949).

“Media audio-visual tidak harus dikelaskan kepada pengalaman yang

berasaskan kepada “melihat’’ atau “mendengar”. Tetapi media ini haruslah

berasaskan kepada teknologi moden dalam penghasilan yang bermakna, iaitu

pengalaman konkrit kepada pelajar-pelajar.”

(Dale, Finn, dan Hoban, 1949).

Berdasarkan kepada petikan di atas didapati bahawa bagi sebarang media

yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk

membantunya menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, supaya mudah difahami

atau diikuti pelajar. Selain daripada itu, secara tidak langsung guru telah

mempersembahkan bahan-bahan tersebut kepada pelajar. Tetapi adakah media

pengajaran ini membantu sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

atau hanya sekadar dipertontonkan dan diperlihatkan sahaja bagi menghasilkan

Page 21: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

4

tingkah laku yang tertentu yang mana mesti mengaitkan kepada tingkah laku pelajar

dengan kaedah yang tertentu. ( Skinner, 1968 )

Perkara utama yang harus ditekankan dalam pengajaran berbantukan audio-

visual adalah peneguhan terhadap tindak balas pelajar secara kerap dan cepat,

pembelajaran individu dikawal, memastikan pengajaran guru secara logik serta

dikawal secara berurutan, dan tindak balas daripada pelajar. (Hawkridge, 1976). Apa

yang penting, sebarang bahan bantu mengajar yang dipilih hendaklah selaras dengan

hasil pembelajaran berdasarkan kepada objektif pengajaran yang ingin dicapai oleh

guru.

Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran mencakupi lima

domain. Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi

pengajaran. Lima domain yang dimaksudkan adalah:

1. Rekabentuk.

2. Pengembangan / Pembinaan.

3. Penggunaan.

4. Pengurusan.

5. Penilaian.

Mereka mendefinisikan teknologi pengajaran sebagai teori dan amalan

rekabentuk, pengembangan / pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian

terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori mengandungi konsep,

konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka

pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan

masalah pengajaran dan pembelajaran.

Domain yang pertama dalam teknologi pengajaran adalah domain

rekabentuk. Dalam rekabentuk terdapat empat bidang utama iaitu rekabentuk sistem

pengajaran, rekabentuk strategi, rekabentuk mesej dan ciri-ciri pelajar. Beberapa

kajian tentang aplikasi rekabentuk pengajaran telah dijalankan untuk menguji kesan

atau impaknya terhadap pembelajaran. Ismail (1994) dan Chan (1996) mendapati

reka bentuk pengajaran dapat membantu atau meningkatkan pencapaian pelajar.

Page 22: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

5

Tanpa penggunaan rekabentuk maka pengajaran dalam bilik darjah yang tidak teratur

akan menyebabkan objektif pengajaran sukar dicapai oleh guru.

Reka bentuk mesej pula melibatkan perancangan untuk memanipulasikan

bentuk fizikal mesej (Grabowski, 1991). Ia bermaksud apakah cara dan format yang

paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Menurut Fleming dan

Levie (1993), pula menghadkan definisi mesej kepada pola-pola simbol yang akan

mempengaruhi perilaku kognitif, afektif, dan psikomotor. Maka bentuk mesej

bergantung kepada jenis medium yang digunakan dan tugasan pembelajaran yang

akan dicapai. Kajian yang dijalankan oleh Jeyanti (1997), menunjukkan bahawa

atribut media seperti visual statik dalam teks terancang dan transparensi overhed

dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran.

Perkembangan teknologi pendidikan bukan hanya menyelinap ke sekolah-

sekolah malah memainkan peranan yang sama pentingnya di Institusi Pengajian

Tinggi. Ini bertepatan dengan tujuan pusat teknologi pengajaran didirikan ialah untuk

merancang program media pendidikan untuk menyokong kurikulum, pengajaran, dan

penyelidikan. Sebagai contoh, Pusat Teknologi Pendidikan dan Media (PTPM)

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan pinjaman

perkakasan media untuk kakitangan akademik, bantuan teknikal untuk penggunaan

dan penyelenggaraan perkakasan, perkhidmatan penasihatan dan rundingan untuk

penggunaan media di seluruh kampus, perancangan dan pembelian perkakasan media

untuk kakitangan akademik.

PTPM juga menyokong aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik

dan kakitangan akademik universiti seperti memberi perkhidmatan penggambaran

video di dalam dan di luar kampus, menerbitkan slaid multimedia dan bahan

komputer.

Maklumat yang disampaikan dalam pembelajaran media, membolehkan guru

lebih berpeluang menitikberatkan pembelajaran secara individu, memahami

keperluan pelajar, membantu mereka untuk menetapkan dan melaksanakan matlamat

dan merangsang mereka untuk menggunakan maklumat berfaedah daripada media

pendidikan. Walaupun demikian, semua maklumat yang diterima oleh pelajar,

Page 23: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

6

mereka hanya mempelajarinya apabila guru bertindak balas secara aktif dalam setiap

pengajaran guru. Tindak balas yang dihasilkan oleh pelajar sebenarnya adalah

matlamat dalam sesuatu proses pendidikan. Dalam pengajaran, tindak balas daripada

pelajar akan menjadi lebih terangsang apabila pelbagai media digunakan.

Tambahan lagi, untuk menjana idea mereka secara lisan dan dalam menulis

laporan, pelajar mempelajari untuk merancang dan menghasilkan persembahan slaid,

mengambil gambar-gambar, membina grafik, merancang dan menghasilkan program

televisyen dan bermain permainan pendidikan. Berbeza dengan kebanyakkan media

massa , penggunaan media boleh berfungsi sebagai komunikasi dua hala.

Komunikasi sejagat wujud seperti audio, dan komputer dapat dihantar antara stesen

dunia dengan kedudukan satelit-satelit yang terapung-apung di atas lautan dunia.

Sekarang, pelajar berupaya untuk belajar tanpa bantuan guru dengan kecanggihan

teknologi tersebut.

Pengajaran berkonsepkan media audio-visual ini akan mengubah pendekatan,

strategi dan kaedah, dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kadang

kala guru menyesuaikan kaedah penemuan di dalam pengajaran mereka kerana

pendekatan ini dikatakan dapat membantu pelajar meningkatkan kemampuan untuk

bertanya soalan, untuk menganalisis maklumat dan mencari langkah penyelesaian

masalah. Contohnya, Sobrante Park School di Oakland, California, pelajar dibawa

ke perpustakaan oleh penyelidik untuk menyiasat dan mempelajari peralatan dan

bahan-bahan yang baru. Di dalam perpustakaan tersebut, pelajar tidak terbatas untuk

mempelajari semua jenis media tersebut dan sentiasa menggalakkan mereka untuk

meminjam bahan-bahan tersebut seperti juga meminjam buku.

1.2 Latar Belakang Masalah

Projek rintis Sekolah Bestari membabitkan 90 sekolah tiga aras teknologi

iaitu sembilan sekolah Aras A, dua sekolah Aras B+ dan 79 sekolah Aras B telah

dilaksanakan. Pelaksanaan Sekolah Bestari ini masih menimbulkan beberapa

masalah yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Sekolah yang berhasrat

Page 24: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

7

melaksanakan Sekolah Bestari haruslah ada kelengkapan komputer kerana komputer

merupakan penjana utama dalam perlaksanaanya. Namun demikian, sekolah

pedalaman sukar untuk melaksanakan Sekolah Bestari kerana sukar dihubungi

dengan jalan darat dan mengambil masa yang lama untuk bekalan elektrik sampai ke

kawasan itu. Oleh itu, kemudahan komputer tidak dapat dibekalkan.

Hanya empat hingga tujuh buah komputer dibekalkan untuk sebuah kelas.

Keadaan ini menyebabkan pelajar berkongsi menggunakan komputer. Ini seterusnya

menimbulkan persaingan penggunaan dikalangan pelajar. Pelajar yang berani dan

berkebolehan akan menguasai penggunaannya berbanding dengan pelajar yang

lemah dan tidak berani bersaing.Ini wujud kerana kemudahan komputer masih tidak

mencukupi untuk sesebuah sekolah.

Sekolah Bestari dilancarkan secara berperingkat. KPM menggalakkan semua

sekolah menjadi Sekolah Bestari tetapi perlu mencari sumber kewangan sendiri. Oleh

itu, banyak perkara perlu dibuat seperti menyediakan kemudahan awam dan perlu

membeli peralatan yang canggih. Ini menyebabkan tidak semua sekolah mampu

menjadi Sekolah Bestari.

Gagasan Sekolah Bestari diambil dari Amerika Syarikat. Kebimbangan

tentang kemungkinan perancangan hanya terapan daripada sejarah luar negeri yang

tidak bersesuaian dengan keadaan negara kita. Penyesuaian perlu dibuat sebagai

penyesuaian dengan realiti setempat.

Guru–guru sains sering dianggap sebagai tidak tahu menggunakan berbagai-

berbagai jenis media pengajaran (audio-visual) dalam pengajaran dan pembelajaran

di sekolah. Hal ini berlaku mungkin disebabkan guru-guru tersebut langsung tidak

tahu tentang media pengajaran.

Kekangan yang timbul dalam menggunakan teknologi pengajaran ini kerana

kekangan dari diri sendiri, rakan seperjuangan, pihak pentadbiran atau pelajar serta

persekitaran. Ini adalah mungkin masa yang agak panjang dalam mengendalikan

media pengajaran tersebut, contohnya terdapat lima langkah dalam menggunakan

media sebagai alat bantuan dalam pengajaran seperti persiapan guru itu sendiri

Page 25: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

8

adalah perlu dalam mengendalikan media audio-visual tersebut. Selain itu keadaan

persekitaran dan bilik darjah harus dititikberatkan supaya media tersebut dapat

berfungsi iaitu dapat didengar dan dilihat dengan baik. Seterusnya menggunakan

media tersebut seperti imej dan kekuatan bunyi adalah jelas ,dapat difahami serta

menarik perhatian pelajar. Langkah yang terakhir ialah tindakan susulan yang

diambil oleh guru seperti mengemukakan soalan dan berbincang bersama-sama

pelajar serta membuat penilaian terhadap pelajar (Brown, Lewis dan Harcleroad,

1973).

Dengan wujudnya ledakan maklumat yang semakin rancak kini, terdapat

segelintir para guru tidak menyedari bahawa sedikit sebanyak perubahan tersebut

telah menimbulkan impak yang amat dahsyat dalam sistem pendidikan negara.

Contohnya teknologi pengajaran ini telah membentuk empat pola pengajaran iaitu

hubungan antara guru dengan pelajar, guru dengan bahan pandang dengar, guru

dengan sistem pengajaran dan media dan media pengajaran sahaja (tiada peranan

guru).

Sehingga kini, guru masih lagi mengambil jalan yang mudah dengan hanya

menggunakan ‘chalk and talk’ atau syarahan semata-mata dan yang lebih

menyedihkan, mereka menggunakan kaedah bacaan-hafal-periksa (buku teks). Ini

merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali

guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran dengan sedikit atau

tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah.

Teknologi pengajaran ini telah mempengaruhi sistem atau pendekatan proses

pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional

(bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya

pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran

individu dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem

belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaring (internet)

seperti WWW, LAN, dan WAN.

Teknologi pengajaran juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan

disusun. Sebagai contoh, kurikulum literasi komputer mempunyai strategi pengajaran

Page 26: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

9

yang berlainan dengan pengajaran konvensional. Selain itu adalah penggunaan

simulasi komputer bagi mengatasi kesukaran pelajar untuk memahami konsep dalam

sains. Kita sedia maklum bahawa pelajar sering menghadapi masalah dalam

memahami konsep-konsep abstrak dalam mata pelajaran sains. Ini adalah penting

bagi memastikan konsep yang diterima pelajar adalah bertepatan dengan konsep

sains. Menurut Driver (1981), idea yang tidak selari dengan konsep sains ini

dikenali sebagai kerangka alternatif dan ia berbeza dengan konsep sebenar,

sebagaimana yang difahami oleh ahli atau pakar sains (Akerson, et.al, 2000).

Keadaan ini bertambah meruncing apabila pelajar dikehendaki menerima

secara bulat-bulat fakta dan konsep sains yang disampaikan melalui proses

penghafalan (Gredler, 1997). Dweck (1986) dan West & Pines (1983), dalam kajian

mereka menunjukkan aspek motivasi memainkan peranan yang penting dalam

memupuk perubahan konsep pada pelajar. Dalam konteks penyelidikan ini,

perubahan pengkonsepan dimotivasikan melalui simulasi komputer.

Tambah menyedihkan lagi apabila Laporan Kementerian Pendidikan juga

menggambarkan bahawa amalan penggunaan media teknologi pendidikan di

peringkat sekolah telah diketepikan kerana guru-guru begitu ghairah menghabiskan

sukatan pelajaran disebabkan tekanan peperiksaan menurut Asiah, (1990). Ataupun

kerana bekalan teknologi pendidikan tidak mencukupi. Tetapi menurut Asiah (1990),

lagi, walaupun kebanyakkan sekolah memiliki peralatan teknologi pendidikan,

namun tidak ramai guru menggunakan dan memanfaatkannya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Jelaslah bahawa, teknologi pengajaran (audio-visual) ini ialah gabungan

harmoni dan sistematik daripada perkakasan, perisian, dan seni mengguna dan

mengendalikan dalam pengajaran. Gabungan ketiga-tiga itulah yang akan

menghasilkan pengajaran yang berkesan dan penuh bermakna. “Teknologi

pengajaran merangkumi penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam memenuhi

keperluan pendidikan. Ia meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan media

dan kaedahnya dan pengawasan persekitaran setakat mana ia dapat menimbulkan

pembelajaran” ubahsuai daripada (Dertek Unwin, 1976).

Page 27: PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN … fileAdibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian

10

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru Sekolah Bestari dan

Sekolah Bukan Bestari terhadap kemahiran penggunaan media audio-visual dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di 4 buah sekolah iaitu di Negeri Johor, dan

Kedah. Kajian juga dilakukan dengan mengenal pasti tahap pengetahuan guru

Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari terhadap penggunaan media audio-

visual. Penyelidik mengkaji hubungan antara kemahiran penggunaan media audio-

visual dan tahap pengetahuan terhadap guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan

Bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, perbezaan

kemahiran penggunaan dan tahap pengetahuan terhadap media audio-visual dalam

proses pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin di lihat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah persepsi guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari terhadap

kemahiran penggunaan media audio-visual dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Apakah persepsi tahap pengetahuan guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan

Bestari terhadap penggunaan media audio- visual dalam pengajaran dan

pembelajaran.

iii. Adakah terdapat perhubungan antara persepsi tahap pengetahuan dan kemahiran

penggunaan media audio-visual dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru

Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari.

iv. Adakah terdapat perbezaan kemahiran penggunaan media audio- visual dalam

pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.

v. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan media audio- visual dalam

pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.


Top Related