Edisi Mei – Ogos 2019
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA, JALAN SULTAN, 46667 PETALING JAYA, SELANGOR.
Persaraan KP MET Malaysia
YBhg. Datuk Alui bin Bahari telah dilantik sebagai Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia yang ke-8 mulai 12 April 2017
menggantikan Mantan Ketua Pengarah, YBhg. Dato’ Che Gayah binti
Ismail yang telah bersara.
YBhg. Datuk Alui bin Bahari merupakan seorang pegawai yang
berpengalaman luas sepanjang perkhidmatan beliau selama hampir 37
tahun di Jabatan Meteorologi Malaysia dan berkelulusan Sarjana Muda
Fizik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan
peringkat Sarjana dalam bidang Sains Atmosfera dari Universiti
Missouri, Amerika Syarikat.
Bagi menghargai jasa YBhg. Datuk Alui bin Bahari yang bersara pada 4
Mei 2019 satu majlis dan perhimpunan bulanan jabatan telah diadakan
bertarikh 30 April 2019 bagi memberi laluan kepada YBhg. Mantan Datuk
KP memberi amanat sebelum persaraan beliau.
RENCANA PENGARANG |2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setiap pertemuan akan disusuli dengan perpisahan. Setiap penjawat awam akan melalui
fasa ini, berkhidmat sehingga tibanya tarikh bersara paksa. Pada 4 Mei, YBhg Datuk Alui
bin Bahari telah bersara dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai meteorologi setelah
berkhidmat untuk tempoh 37 tahun. Pada masa yang sama, YBrs En. Jailan bin Simon,
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah dilantik sebagai Ketua Pengarah MET Malaysia
yang baharu. Sidang Pengarang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat
Bersara kepada Mantan Ketua Pengarah, YBhg Datuk Alui bin Bahari dan YBrs Dr Wan Azli
bin Wan Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) pada 23 Julai 2019.
Syabas serta tahniah kepada YBrs En Jailan bin Simon di atas perlantikan sebagai Ketua
Pengarah, En Muhammad Helmi bin Abdullah di atas perlantikan sebagai Timbalan Ketua
Pengarah (Operasi) dan Dr Mohd Hisham bin Mohd Anip sebagai Pengarah Kanan Pusat
Meteorologi Penerbangan Nasional yang baharu. Semoga gandingan pengurusan atasan
MET Malaysia yang baharu ini akan terus memacu jabatan mencapai kecemerlangan.
Sepanjang tempoh Mei hingga Ogos pelbagai aktiviti/program telah dilaksana sepertimana
yang telah dirancang. Memasuki suku kedua, jabatan telah mengorak langkah dengan
memenuhi KPI dan sasaran yang ditetapkan terutamanya program-pogram di bawah
inisiatif MESTECC. Jabatan telah menyelesaikan baki enam program kesedaran awam iaitu
dua di Miri dan Bintulu, Sarawak dan empat di Kota Belud, Kudat, Sandakan dan Lahad
Datu, Sabah. Program ESTECC Education in school masih diteruskan oleh semua Pejabat
Meteorologi Negeri bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk jabatan. Akhir kata,
marilah kita renungkan bersama kata-kata hikmah berikut bagi manfaat bersama.
“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
Salam Mesra,
Ramlan Ab Rahman
Ketua Pengarang
Saudara, Saudari pembaca budiman…
RENCANA PENGARANG |3
Penasihat Dr. Wan Azli bin Wan Hassan Ketua Pengarang En. Ramlan Ab Rahman Pengarang Eksekutif Dr. Fariza Yunus Pengarang Pn. Lucia Enggong
Pn. Nor Khafiza Manan
Pn. Rosita Galang
Pn. Siti Norbaizura Mat Said
Pn. Marcella James J.
En. Rosmadinor Mohamad
En. Mohd Ridzuan Adam
Pn. Wan Fariza Mustafah
Pn. Dayang Norazila Awang Bima
Pn. Siti Badderiah Hamim
Pegawai Perhubungan Awam
Pn. Malini a/p Kunjappan
Reka Bentuk
En. Ab. Rahman Buang
Pn. Lillian Nasharitah Boney Abdullah
Juru Foto
En. Rosli Abu Bakar
Urus Setia
Pn. Marina Ismail
Pn. Sytee Syafarina Jaafar
SIDANG PENGARANG
AKTIVITI JABATAN |4
PELANTIKAN KP MET MALAYSIA
YBrs. Encik Jailan bin Simon dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi
Malaysia yang ke-9 berkuat kuasa pada 4 Mei 2019 bagi menggantikan mantan Ketua
Pengarah, YBhg. Datuk Alui bin Bahari yang telah bersara.
YBrs. Encik Jailan bin Simon merupakan seorang pegawai yang berpengalaman luas dan
telah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Fizik
(Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan peringkat Sarjana dari
Universiti of Missouri, USA dalam bidang MSc. in Soil and Atmospheric Science.
AKTIVITI JABATAN |5
PELANTIKAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
Encik Muhammad Helmi bin Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi) yang baharu berkuat kuasa pada 8 Julai 2019 bagi menggantikan YBrs. Encik
Jailan bin Simon yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi
Malaysia. Jawatan yang disandang beliau sebelum ini adalah sebagai Pengarah Kanan
Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional.
Encik Muhammad Helmi bin Abdullah merupakan seorang pegawai yang berpengalaman
dan telah berkhidmat hampir 31 Tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Matematik
dari Universiti Malaya.
AKTIVITI JABATAN |6
PELANTIKAN PENGARAH KANAN PUSAT METEOROLOGI PENERBANGAN NASIONAL
YBrs. Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Pusat
Meteorologi Penerbangan Nasional yang baharu berkuat kuasa pada 8 Julai 2019 bagi
menggantikan Encik Muhammad Helmi bin Abdullah yang telah dilantik sebagai
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).
YBrs. Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip telah berkhidmat di Jabatan Meteorologi Malaysia
selama 25 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Matematik dari Universiti Malaya.
Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah
dalam bidang Sains Atmosfera dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat.
AKTIVITI JABATAN |7
LAWATAN KERJA SUBK (PERUBAHAN IKLIM) MESTECC
Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) (Perubahan Iklim), Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) YBrs. Encik Jaya Singam Rajoo
telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada
12 Jun 2019. Lawatan turut disertai Encik Ahmad Farid Bin Mohammed, Timbalan
Setiausaha Bahagian, Sektor Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Bahagian Dasar dan
Perubahan Iklim) dan Puan Siti Nooraznie Binti Abdul Rahim, Ketua Penolong
Setiausaha, Bahagian Alam Sekitar & Perubahan iklim.
Lawatan kerja ini diadakan untuk
mengetahui peranan dan fungsi MET
Malaysia dengan lebih dekat serta
perkembangan status projek dan urus
selia jabatan. Ia susulan daripada
penempatan METMalaysia di bawah
Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
selepas penstrukturan semula MESTECC.
AKTIVITI JABATAN |8
MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH METMALAYSIA
DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Pada 1 Julai 2019, Majlis Amanat Ketua Pengarah MET Malaysia yang baharu, YBrs. En.
Jailan Bin Simon telah diadakan di Auditorium jabatan berikutan pelantikan beliau
sebagai Ketua Pengarah pada 4 Mei 2019. Antara pengisian majlis ini ialah pengenalan
versi terkini produk Numerical Weather Prediction-Geographical Intergrated System
(NWP-GIS) dan aktiviti-aktiviti Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Teknikal serta
sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
AKTIVITI JABATAN |9
PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO BENCANA GEMPA BUMI, TSUNAMI DAN CUACA EKSTREM
Pada Jun hingga Ogos, Jabatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menganjurkan sebanyak enam lagi Program Kesedaran Awam Mengenai Risiko
Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem. Program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan mengenai risiko bencana akibat gempa bumi, tsunami dan cuaca
ekstrem kepada komuniti sekolah, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai
perkhidmatan dan peranan MET Malaysia kepada pelajar, guru-guru, warga kerja
sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah sesi taklimat mengenai Bencana
Cuaca Ekstrem di Malaysia & Amaran Cuaca dan Bencana Gempa Bumi dan Tsunami &
Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia oleh MET Malaysia, sesi taklimat
mengenai Isu dan Cabaran Pengurusan Bencana di Malaysia oleh Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA), pameran berkaitan perkhidmatan Jabatan, pertandingan
penyampai cuaca dan pertandingan teka silang kata
1 25 Jun 2019
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri, Miri, Sarawak. Bilangan peserta
seramai 253 orang.
AKTIVITI JABATAN |10
2 27 Jun 2019
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Bintulu, Bintulu, Sarawak. Bilangan
peserta seramai 319 orang.
3 16 Julai 2019
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Usukan, Kota Belud, Sabah. Bilangan
peserta seramai 291 orang.
AKTIVITI JABATAN |11
4 18 Julai 2019
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah. Bilangan
peserta seramai 276 orang.
5 20 Ogos 2019
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinusa, Sandakan, Sabah. Bilangan peserta
seramai 296 orang.
AKTIVITI JABATAN |12
WMO-GAW BREWER OZONE SPECTROPHOMETER TRAINING
Pada 17 hingga 21 Jun
2019, Encik Mohd Khairi bin
Deraman dan Encik Mohd
Isa bin HJ Nasikin dari
Bahagian Sains Atmosfera
dan Pembenihan Awan
(BSAPA) telah menghadiri
Kursus WMO-GAW Brewer
Ozone Spectrophotometer
Training School di Huelva, Sepanyol. Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan
praktikal termasuk asas pengendalian alat Brewer dan pemprosesan data kepada
operator/pengendali dalam rangkaian stesen pemantauan Brewer Spectrophotometer
di rantau Asia Pasifik.
6 22 Ogos 2019
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan, Lahad Datu, Sabah. Bilangan
peserta seramai 322 orang.
AKTIVITI JABATAN |13
INTERNATIONAL TRAINING COURSE ON MODERN
WEATHER FORECAST TECHNOLOGIES
Kursus International Training Course on Modern Weather Forecast Technologies di
Nanjing, China telah dihadiri Encik Syed Mohd Faiz Bin Syed Mahusin dari Bahagian
Penyelidikan dan Pembangunan Teknikal (BPPT) pada 24 Jun hingga 5 Julai 2019.
Program ini merupakan anjuran WMO Regional Training Centre (RTC), Nanjing dengan
kerjasama Nanjing University of Information Science and Technology (NUIST) dan ditaja
oleh China Meteorological Administration (CMA). Kursus ini bertujuan meningkatkan
pengetahuan mengenai kaedah ramalan cuaca terkini serta meningkatkan kemahiran
analisis melalui pendekatan data ramalan model berangka (NWP).
AKTIVITI JABATAN |14
BENGKEL CITY SCALE MODELLING IN THE TROPICS
Bengkel City Scale Modelling in the Tropics telah diadakan pada 3 hingga 4 Julai 2019
bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya. Bengkel ini adalah sebahagian dari projek
Disaster Resilient Cities: Forecasting Local Level Climate Extremes and Physical
Hazards for Kuala Lumpur yang dibiayai di bawah Newton-Ungku Omar Fund (NUOF).
Projek ini merupakan projek perintis yang bertujuan membangunkan senario pelbagai
bencana seperti banjir, banjir kilat, tanah runtuh, lubang benam, angin kencang, haba
bandar dan pencemaran udara pada skala terperinci bagi bandaraya Kuala Lumpur.
AKTIVITI JABATAN |15
BENGKEL ADVANCED SATELLITE DATA ASIMILATION ON MMD-WRF MODEL
Bengkel Advanced Satellite Data
Asimilation on MMD-WRF Model telah
diadakan di BPPT pada 8 hingga 12 Julai
2019. Bengkel ini yang dibiayai di
bawah dana Skim Latihan HCD STI,
MESTECC yang dikendalikan oleh Dr.
John Snook, pakar dalam bidang model
ramalan cuaca numerikal yang mempunyai pengalaman luas dalam asimilasi data serta
pernah berkhidmat di National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA),
Amerika Syarikat. Seramai 15 orang pegawai MET Malaysia telah menyertai bengkel ini
yang bertujuan untuk menambahbaik kaedah asimilasi data dengan menggunakan
kaedah yang terkini serta memanfaatkan produk-produk satelit yang diterima oleh
jabatan untuk diterapkan ke dalam model ramalan cuaca numerikal.
CERAMAH METEOROLOGICAL-OCEANOGRAPHIC (METOC)
Kerjasama erat antara MET Malaysia dengan
pihak Pusat Hidrografi Nasional (PHN),
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah
bermula sejak 2002 dalam bidang
meteorologi marin. Pada 20 Ogos 2019, Encik
Nursalleh K Chang@Nursalleh Bin Kasim,
Pegawai BPPT telah menyampaikan ceramah
mengenai teori-teori asas ombak dan model numerikal ramalan ombak, model trajektori
tumpahan minyak serta model trajektori objek hanyut di Pangkalan TLDM, Lumut.
Ceramah ini dihadiri seramai 50 orang pegawai-pegawai pemerintah kapal-kapal TLDM
dan pegawai-pegawai operasi yang merupakan pengguna akhir produk-produk METOC.
AKTIVITI JABATAN |16
3RD SUBSEASONAL TO SEASONAL SOUTHEAST ASIA CAPABILITY BUILDING WORKSHOP (S2S-SEA III)
Pada 22 hingga 26 Julai 2019, Bengkel 3rd Subseasonal To Seasonal Southeast Asia
Capability Building Workshop (S2S-SEA III) telah berlangsung di Hotel Furama City
Centre, Singapura. Bengkel ini telah disertai oleh Encik Rafizam Bin Ramli dari BPPT.
Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman peserta melaksanakan ramalan
cuaca jangka panjang bermusim dengan menggunakan beberapa kaedah seperti PyCPT,
penggunaan S2S MEPS Database (ECMWF S2S model) serta memahirkan peserta
menggunakan IRI Data Library untuk menggunakan data pencerapan bagi proses
verifikasi model.
AKTIVITI JABATAN |17
EANET INDIVIDUAL TRAINING PROGRAM IN SUMMER 2019
Pada 1 hingga 19 Julai 2019 yang lalu, Puan
Zamuna binti Zainal dari BSAPA telah
berpeluang untuk mengikuti kursus EANET
Individual Training Program in Summer 2019 di
Jepun. Kursus ini merupakan kursus tahunan
yang dianjurkan oleh Acid Deposition
Monitoring Network In East Asia (EANET).
Kursus ini yang diadakan di Asia Center for Air
Pollution Research (ACAP) Niigata Prefecture
bertujuan melatih para penyelidik yang
terlibat dalam aktiviti pemantauan
pemendapan berasid di negara masing-masing.
KURSUS PEMANTAPAN SAINS DAN
PENGOPERASIAN PEMBENIHAN AWAN
Pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2019,
seramai 24 peserta telah
menghadiri Kursus Pemantapan
Sains dan Pengoperasian
Pembenihan Awan yang diadakan
di Bangunan Latihan. Tiga
pegawai dari BSAPA iaitu En.
Mohan Kumar A/L Sammathuria,
Puan Wan Fariza binti Mustafah dan En. Mohd Khairi bin Deraman telah menyampaikan
syarahan semasa kursus ini. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan,
pemantapan pengetahuan para peserta mengenai keadaan atmosfera dan proses
pembentukan awan serta pengendalian pengoperasian pembenihan awan.
AKTIVITI JABATAN |18
LAWATAN KERJA DARI JABATAN KIMIA
Pada 26 Julai 2019, seramai 18 pegawai daripada Jabatan Kimia Malaysia telah
mengadakan lawatan ke jabatan bertujuan untuk meninjau operasi Bahagian Sains
Atmosfera & Pembenihan Awan (BSAPA).
Pelawat dibawa melawat stesen Global Atmosphere Watch (GAW) Petaling Jaya dan
makmal persampelan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai proses persampelan
dan pemantauan komposisi atmosfera khususnya permonitoran mendapan kering.
Lawatan ini memperkukuhkan kerjasama yang erat diantara kedua-dua jabatan yang
telah terjalin selama lebih dua dekad dalam aktiviti permonitoran dan penganalisaan
kimia mendapan berasid.
AKTIVITI JABATAN |19
PROGRAM KESEDARAN PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pada 14 Jun 2019, seramai 50 orang pegawai telah menghadiri program ini yang telah
diadakan di Auditorium, Jabatan Meteorologi Malaysia.
Sebanyak empat sesi taklimat telah diadakan seperti:
a) Taklimat kesedaran perancangan jabatan menghadapi bencana
b) Taklimat pencegahan kebakaran oleh pihak Bomba dan Penyelamat Petaling
Jaya
c) Taklimat dan latihan pertolongan cemas oleh En. Sim Jui Chey (PBSM)
d) Taklimat dan latihan pengurusan tekanan (stress) oleh Puan Azura Binti Ismail
(AKRAB).
AKTIVITI JABATAN |20
SRIKANDI ZUMBA PUSPANITA MET MALAYSIA 2019
Pada 3 Mei 2019, Auditorium MET
Malaysia telah digegarkan dengan
alunan muzik pelbagai irama
seperti samba, dangdut dan
Bollywood “Srikandi Zumba
PUSPANITA MET Malaysia 2019”.
Aktiviti ini dianjurkan oleh Biro
Sukan PUSPANITA MET Malaysia
bagi mempromosikan gaya hidup
sihat melalui senaman yang lebih
dikenali sebagai zumba. Jurulatih
jemputan, Puan Ainon telah
berusia lebih 60 tahun masih lagi aktif melakukan aktiviti fizikal telah meningkatkan
semangat para peserta untuk bersenam. Beliau turut berkongsi tips dan panduan cara
pemakanan sihat kepada semua peserta.
AKTIVITI KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN METEOROLOGI MALAYSIA (KKSMM)
Pada 28 Mei 2019 bersamaan 23 Ramadan
1440H, sempena bulan Ramadan, KKSMM
turut mengadakan program berbuka
puasa. Seramai 50 kakitangan berserta ahli
keluarga telah menyertai program ini.
AKTIVITI JABATAN |21
Semasa Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri Jabatan pada 1 Julai
2019, KKSMM turut menyumbang
60 batang lemang dan 200
ketupat.
Pertandingan Jaguh Dapur KKSMM
2019 yang melibatkan peserta
lelaki sahaja telah diadakan pada
23 Ogos 2019. Seramai empat
kumpulan telah menyertai
pertandingan ini julung-julung kali
diadakan.
Aktiviti Mendaki Gunung Sarut,
Setiu, Terengganu yang telah
dijalankan pada 20 hingga 21 Julai
2019 dan seramai 20 orang telah
turut serta dalam aktiviti ini.
AKTIVITI JABATAN |22
Aktiviti sukan yang ditangguhkan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal disambung
semula dengan beberapa acara sukan berikut:
AKTIVITI JABATAN |25
AKTIVITI SURAU KAJICUACA
Pada 30 April 2019, pihak
Surau telah mengadakan
Majlis Tahlil Perdana dan
Bacaan Yassin sempena
menyambut Ramadhan Al-
Mubarak di Auditorium
dengan kehadiran lebih
kurang 100 orang. Program
Tadarus juga telah dibuat
sepanjang Ramadan melibatkan kaum muslimat di Bilik Cosy Corner dan dikelolakan
oleh Ustazah Saniah binti Hashim. Pada 16 Mei 2019, pihak Surau juga telah
bekerjasama dengan PUSPANITA Jabatan untuk mengadakan Solat Tasbih khas untuk
kaum muslimat yang diimamkan oleh Ustazah Saniah binti Hashim. Pada tahun ini
kutipan sebanyak RM 2, 367 telah diperolehi dan telah diagihkan kepada 9 orang anak-
anak yatim kakitangan. Pada 13 Mei 2019, pihak Surau dengan kerjasama Kelab
Kebajikan Sukan Meteorologi (KKSM) serta PUSPANITA telah mengadakan Program
Agihan Bubur Lambuk kepada kakitangan ibu pejabat dengan bubur lambuk yang telah
dimasak sendiri di perkarangan jabatan.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |26
PEJABAT METEOROLOGI PAHANG
Lawatan Basic Air Traffic Control Officer (BATCO) Pada 26 Jun 2019, seramai 11 orang pegawai Basic Air Traffic Control Officer (BATCO)
siri 38/2019 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Meteorologi Pahang
(PM Pahang).
Audit Information Security Management System (ISMS)
PM Pahang telah menerima kedatangan dua orang pegawai daripada Ibu Pejabat iaitu
Puan Rosita Galang dan Puan Lizafadzleena Zaimah Bt. Ahmad Zabidi sempena Audit
ISMS pada 27 - 28 Jun 2019. Semasa lawatan ini, satu sesi perkongsian DKICT versi 3.4
juga telah dilaksanakan pada 26 Jun 2019.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |27
Jamuan Hari Raya Aidilfitri
PM Pahang telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri sempena sambutan Hari Raya
Aidilfitri pada 28 Jun 2019.
Gotong-Royong Pada 20 Jun 2019, kakitangan PM Pahang telah mengadakan gotong-royong di Pejabat
dan Kuarters.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |29
PEJABAT METEOROLOGI SELANGOR
Lawatan DWI International School
Pada 8 Mei 2019,
seramai 33 orang
pelajar bersama lima
orang guru pengiring
dari DWI International
School, Shah Alam telah
mengadakan lawatan
sambil belajar ke
Pejabat Meteorologi
Selangor (PM Selangor).
Lawatan Airport Fire and Rescue Service (AFRS)
Pada 8 Mei 2019, seramai
15 orang staf dari Airport
Fire And Rescue Service
(AFRS), Lapangan Terbang
Subang telah mengadakan
lawatan ke PM Selangor
untuk mengetahui fungsi
dan operasi pejabat serta
peralatan yang digunakan.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |30
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
PM Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 20 Jun 2019
bersamaan 16 Syawal 1440H.
Lawatan Pelajar Little Caliph
Pada 12 Julai 2019, seramai 19 orang pelajar serta tiga orang guru pengiring dari Little
Caliph, The Strand Kota Damansara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PM
Selangor.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |31
Pameran dan Ceramah SMK Sungai Ramal
Pada 17 Julai 2019, PM Selangor telah mengadakan program ESTECC di SMK Sungai
Ramal, Kajang.
Pameran SMK Puchong Permai
Pada 24 Julai 2019, PM Selangor telah mengadakan program ESTECC sempena Kurikulum
di SMK Puchong Permai.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |32
PEJABAT METEOROLOGI KEDAH
Hari STEM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar melibatkan 500 orang pelajar.
Karnival Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) Peringkat Negeri Kedah di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara melibatkan 1,000 orang pelajar.
Program Hari Raya Aidil Fitri PM Kedah yang melibatkan kakitangan PM Kedah dan keluarga, Kolej Tentera Udara Alor Setar, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Malaysia Airport Berhad dan pelanggan.
Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa (HKA) di Komuniti Face Kampung Tengah, Kuala Kedah melibatkan 300 orang yang terdiri daripada komuniti orang tempatan dan para pelajar dari SK Kuala Kedah, SK Seri Pantai dan SMK Seri Pantai
7 Jun 2019 1
12-13 Jun 2019 2
29 Jun 2019 3
30 Jun 2019 4
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |33
PEJABAT METEOROLOGI SABAH
Sesi Dialog bersama Pengarah Pejabat meteorologi Sabah pada 20 Jun 2019
Kalibrasi HVAS pada 3 Julai 2019
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |34
Kursus asas pengoperasian HVAS, APS dan Brewer pada 18 Julai 2019
Lawatan SMK Kinarut pada 08 Ogos 2019
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |35
PEJABAT METEOROLOGI NEGERI SEMBILAN
Karnival Pendidikan, Kerjaya & Keusahawanan
Pada 17 Julai 2019, Pejabat
Meteorologi Negeri Sembilan (PM
Negeri Sembilan) telah terlibat
dalam aktiviti pameran sempena
Karnival Pendidikan, Kerjaya dan
Keusahawanan bertempat di
Sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Besar Burhanuddin, Seri
Menanti, Negeri Sembilan. Seramai
100 orang pelajar dan guru telah
menghadiri program tersebut.
Kembara Jalur Gemilang
Pada 21 Ogos 2019, seramai empat kakitangan PM Negeri Sembilan telah menyertai
Kembara Jalur Gemilang. Pasukan ini telah mendapat tempat ke-4 dalam kategori
kereta hiasan jalur gemilang.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |36
Karnival MATHSCOMP 2019
Pada 27 hingga 28 Julai 2019,
PM Negeri Sembilan telah
menyertai karnival ini di Dewan
Wawasan Politeknik Port
Dickson, Negeri Sembilan.
Program Hari Bertemu Pelanggan
Pada 25 Julai 2019, Seksyen
Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan
telah mengadakan Hari
Bertemu Pelanggan bertempat
di PM Negeri Sembilan.
Sesi Gotong Royong
Kakitangan PM Negeri Sembilan
telah mengadakan aktiviti
gotong royong pada 15 Julai
2019. Iini melibatkan kerja-
kerja pembersihan di kawasan
pejabat dan kuarters.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |37
PEJABAT METEOROLOGI KELANTAN
Program ESTECC Education in School
Program Mobile Science Centre & ESTECC Education In School telah diadakan pada 2
Mei 2019 di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Tasek Pauh, Selising, Kelantan.
Seramai 200 orang pelajar dan guru telah menghadiri program tersebut yang telah
dikendalikan oleh 5 orang kakitangan dari Pejabat Meteorologi Kelantan (PM Kelantan).
Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri Kelantan
PM Kelantan telah menyertai program Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri
Kelantan pada 15 hingga 19 Ogos 2019 bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis
Perbandaran Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |38
Seramai 13 orang kakitangan dari PM
Kelantan dan dua (2) orang
kakitangan dari Pejabat Meteorologi
Terengganu terlibat bagi
menjayakan program tersebut.
Jumlah pengunjung yang
dianggarkan telah hadir di tapak
pameran PM Kelantan ialah seramai
1,000 orang dan kebanyakannya
menunjukkan minat terhadap alat-
alat dan penerangan yang telah diberikan oleh pegawai yang bertugas.
Majlis Penyerahan Sijil Pemerhati Cuaca
Pada 26 Ogos 2019, PM Kelantan bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Negeri Kelantan dan Terengganu telah mengadakan satu majlis penyerahan sijil kepada
pemerhati cuaca bagi Stesen Meteorologi Auksiliari Pos Orang Asli di Pejabat JAKOA RPS
Kuala Betis Gua Musang, Kelantan. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi
penghargaan kepada pemerhati cuaca dan menjalin hubungan atau kerjasama yang
lebih erat dengan pihak JAKOA. Taklimat ringkas berkenaan pencerapan meteorologi
juga telah diberikan kepada 45 peserta yang terlibat.
BERITA KAKITANGAN |39
PERSARAAN KAKITANGAN MEI – OGOS 2019
IBRAHIM BIN KITAM Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Pahang Tarikh Persaraan: 01 Mei 2019 Tempoh Perkhidmatan: 39 Tahun
ANPURAJ A/L DHANARAJ Pembantu Operasi Gred C14 Bahagian Penyelidikan d Pembangunan Teknikal Tarikh Persaraan: 09 Jun 2019 Tempoh Perkhidmatan: 44 Tahun
DATUK ALUI BIN BAHARI Pegawai Meteorologi Gred Utama B Pejabat Ketua Pengarah Tarikh Persaraan: 04 Mei 2019 Tempoh Perkhidmatan: 37 Tahun
ROSSENAH BINTI ATIN Pembantu Tadbir (P/O) Gred C26 Pejabat Meteorologi Sabah Tarikh Persaraan: 01 Julai 2019 Tempoh Perkhidmatan: 39 Tahun
CHIN LEE HUA Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Bahagian Komunikasi Meteorologi Tarikh Persaraan: 20 Mei 2019 Tempoh Perkhidmatan: 39 Tahun
AHMAD BIN RAMLI Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Kedah Tarikh Persaraan: 03 Mei 2019 Tempoh Perkhidmatan: 30 Tahun
MOHD HANIFF BIN ABD HAMID Penolong Pegawai Meteorologi Gred C32 Bahagian Latihan Teknikal Tarikh Persaraan: 15 Jun 2019 Tempoh Perkhidmatan: 39 Tahun
ABDUL HALIM BIN ALI Pembantu Awam Gred H14 Pejabat Meteorologi ahang Tarikh Persaraan: 21 Mei 2019 Tempoh Perkhidmatan: 30 Tahun
RUNDENG ANAK SOBEK Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Sarawak Tarikh Persaraan: 07 Jun 2019 Tempoh Perkhidmatan: 37 Tahun
ABDUL RAHIM BIN OTHMAN Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Kelantan Tarikh Persaraan: 01 Julai 2019 Tempoh Perkhidmatan: 37 Tahun
TSAI MUI LIAN Pembantu Tadbir (P/O) Gred C19 Pejabat Meteorologi Sarawak Tarikh bersara: 04 Julai 2019 Tempoh perkhidmatan: 39 Tahun
MD SOIB BIN MAT ISA Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Sabah Tarikh bersara: 09 Julai 2019 Tempoh perkhidmatan: 38 Tahun
DEVADAS A/L RAMACHANDRAN Penolong Pegawai Meteorologi Gred C38 Bahagian Latihan Teknikal Tarikh bersara: 06 Julai 2019 Tempoh perkhidmatan: 41 Tahun
DR WAN AZLI BIN WAN HASSAN Pegawai Meteorologi Gred Utama C Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Tarikh bersara: 23 Julai 2019 Tempoh perkhidmatan: 36 Tahun
BERITA KAKITANGAN |40
PERSARAAN KAKITANGAN MEI – OGOS 2019
JAMIL BIN SAAD Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Pulau Pinang Tarikh Persaraan: 30 Julai 2019 Tempoh Perkhidmatan: 40 Tahun
IBRAHIM HAMDI BIN JAAFAR Penolong Pegawai Meteorologi Gred C32 Pejabat Meteorologi Perak Tarikh Persaraan: 17 Ogos 2019 Tempoh Perkhidmatan: 41 Tahun
OMAR BIN HARON Penolong Pegawai Meteorologi Gred C32 Bahagian Instrumentasi Meteorologi Tarikh Persaraan: 04 Ogos 2019 Tempoh Perkhidmatan: 39 Tahun