Download - Permainan badminton

Transcript
Page 1: Permainan badminton

1.0 SEJARAH BADMINTON

Permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam.Permainan

badminton mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir.Di barat ,badminton muncul

daripada sukan yang dinamakan Battledore and Shuttlecock, di mana dua atau lebih

pemain memukul bola tangkis di udara menggunakan raket kecil. Di India, sukanini

dikenali sebagai 'Poona' semasa abad ke-18. Pada 1860an, pegawai tentera British telah

mengaplikasikan sukan ini versi India semasa kembali ke England, di mana sukan ini

dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan.Pada 1860

juga, seorang penjual anak patung London yang bernama Isaac Spratt telah menerbitkan

sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - A New Game", tetapi malangnya tiada

cetakan dilakukan.Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton House,

Gloucestershire yang dimilikki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk

kepada "The Game of Badminton", dan kemudian nama rasmi sukan ini menjadi

Badminton. Sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India

sehingga tahun 1887.Bath Badminton Club telah mempiawaikan peraturan

mengaplikasikan ini dalam versi Bahasa Inggeris.Undang-undang asas itu telah dicipta

pada tahun 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set

peraturan pertama dan hampir sama dengan peraturan yang sedia ada ketika ini.

Peraturan ini telah dilancarkan secara rasmi iaitu "Dunbar" di 6 Waverly

Grove,Portsmouth,England pada 13 September 1893. Pada 1899, mereka juga mula

menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton

pertama di dunia.Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) , yang kini

dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia dianggotai Kanada, Denmark, England,

Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas.

India menyertai pertubuhan ini pada 1936.Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah

badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.Meskipun

asal-usul sukan terletak di England, Badminton di peringkat antarabangsa mempunyai

rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia termasuk Denmark dari

1

Page 2: Permainan badminton

Eropah.China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang

mempunyai pemain bertaraf dunia.China pula sering menjadi pendominasi

pertandingan peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.

2.0 Peralatan Badminton

2.1 Racket

Raket yang baik adalah raket yang ringan dan berkualiti. Sebuah raket yang berkualiti

mempunyai berat antara 70-95 gram, tidak termasuk pegangan ataupun tali (string).

Ianya terdiri daripada pelbagai bahan yang kebanyakannya daripada serta karbon

komposit. Serat karbon memiliki kekuatan yang sangat baik untuk berat, kaku dan

memberi perpindahan tenaga kinetik yang sangat baik. Sebelum menggunakan

komposit serat daripada karbon, raket diperbuat daripada logam ringan seperti

aluminium. Dahulu raket diperbuat daripada kayu. Raket murah selalunya diperbuat

daripada logam seperti baja tetapi raket kayu sudah tidak lagi dipasarkan kerana

penggunaan bahan kayu memerlukan kos yang banyak. Kini, bahan-nano seperti

Fullerene dan Karbon-Nano ditambah ke raket supaya dapat memberikan daya tahan

yang lebih besar. Reka bentuk raket berbeza mempunyai cirri bermain yang menarik

bagi pemain yang berbeza.

2

Page 3: Permainan badminton

2.2 Bulu Tangkis

Bulu tangkis merupakan projectile tarik tinggi dengan bentuk kerucut terbuka, kon

terbentuk daripada enam belas bulu tindih yang ditanam ke dasar gabus bulat dan

ditutupi dengan kulit nipis atau bahan sintetik yang berwarna putih. Bulu tangkis sintetik

seringkali digunakan oleh pemain rekreasi bagi mengurangkan kos.

2.3 Tiang dan Jaring Gelanggang

2.4 Gelanggang

Gelanggang badminton berbentuk persegi dan dibahagikan kepada dua bahagian oleh

jaring. Gelanggang biasanya ditandai untuk pemain perseorangan dan bergu.

Gelanggang bergu lebih lebar daripada perseorangan namun kedua-duanya sama

panjang. Perkara ini selalu menjadi kekeliruan kepada pemain baru. Gelanggang bergu

mempunyai dimensi panjang-pendek. Gelanggang servis bagi perseorangan dan bergu

boleh dilihat dalam rajah di bawah.

3

Page 4: Permainan badminton

Lebar bagi gelanggan ialah 6.1 meter (20 kaki). Bagi perseorangan, lebar dikurangkan

kepada 5.18 meter (17 kaki). Panjang penuh gelanggang ialah 13.4 meter (44 kaki).

Gelanggang ditandai dengan garis tengan yang membahagi lebar gelanggang dengan

garis servis pendek pada jarak 1.98 meter (6 kaki 6 inci). Bagi bergu, gelanggang juga

ditanda dengan garis servis panjang, 0.76 meter (2 kaki 6 inci) dari batas belakang.

Berikut merupakan rajah dimensi bagi lebar gelanggang.

4

Page 5: Permainan badminton

3.0 Peraturan Permainan BadmintonPeraturan permainan bulutangkis ditetapkan oleh WBF (World Badminton Federation).

Beberapa peraturan tersebut adalah :

3.1 Ukuran Lapangan

a. Garis di dalam lapangan ditandai dengan warna putih, hitam, atau warna lainnya

yang terlihat jelas, dengan tebal garis 3,8 cm (1½ inci). Dalam menandai lapangan, lebar

dari garis tengah lapangan harus dibagi dua, sama antara bidang servis kanan dan kiri.

Ketebalan garis servis pendek dan garis servis panajng (masing-masing 3,8 cm atau (1½

inci) harus berada di dalam ukuran 13” (= 3,96 m) yang dicantumkan sebagai panjang

lapangan servis, dan ketebalan dari semua garis batasnya (masing-masing 3,8 cm atau

1½ inci) harus berada dalam batas ukuran yang telah ditentukan.

b. Jika ruang yang tersedia tidak memungkinkan pemberian tanda batas lapangan

untuk permainan ganda, dapat dibuat tanda-tanda hanya untuk permainan tunggal

seperti tampak pada gambar di halaman 14. Garis batas belakang juga menjadi garis

servis panjang, dan tiang-tiang atau garis batas pada jaring akan ditempatkan pada garis

samping lapangan.

3.2 Tiang

Tinggi kedua tiang adalah 155 cm (5 kaki 1 inci) dari lantai. Tiang harus kuat, agar jaring

tegang dan lurus dan ditempatkan pada garis batas samping lapangan.

3.3 Jaring

Jaring harus dibuat dari tali halus yang dimasak dan dijala dengan jaring 1,6 cm sampai

dengan 2, 0 cm. Jaring harus terentang 76 cm. Ujung atas jaring harus berada 152 cm (5

kaki) dari lantai pada pertengahan lapangan dan 155 cm dari lantai pada tiang-tiangnya.

Jaring harus mempunyai tepi dari pita putih selebar 3,8 cm, serta bagian tengah pita

tersebut didukung oleh kawat atau tali, yang ditarik dan ditegangkan dari ujung-ujung

tiang.

5

Page 6: Permainan badminton

3.4 Kok atau Shuttlecock

Sebuah shuttlecock harus memiliki berat 4,8-5,6 gram dan mempunyai 14-16 helai bulu

yang dilekatkan pada kepala dari gabus yang berdiameter 2,5-2,9 cm. Panjang bulu dari

ujung bawah sampai ujung yang menempel pada dasar gabus kepalanya adalah 6,2 – 6,9

cm. Bulu-bulu ini menyebar menjauhi gabus dan berdiameter 5,5-6,3 cm pada ujung

bawahnya, serta diikat dengan benang atau bahan lain cocok sehingga kuat.

3.5 Pemain

Permainan harus dimainkan oleh masing-masing satu permainan di satu sisi lapangan

(pada permainan tunggal) atau masing-masing dua pemain di satu sisi (pada permainan

ganda). Sisi lapangan tempat tim yang mendapat giliran melakukan servis dinamakan sisi

dalam (inside), sedangkan sisi yang timnya menerima servis dinamakan sisi luar

(outside).

3.6 Pengundian

Sebelum pertandingan dimulai, wasit memanggil kedua tim/pemain yang berlawanan

untuk mengundi pihak yang berhak melakukan servis pertama dan memilih sisi lapangan

bagi timnya untuk memulai permainan.

3.7 Penilaian

Ada beberapa macam penilaian :

a. Jumlah nilai (skor) permainan ganda atau tunggal putra, terdiri atas 15 angka, seperti

yang telah ditentukan sebelumnya. Misalnya, dalam pertandingan dengan nilai 15,

bila kedua belah pihak telah mencapai angka 14 sama. Pihak yang pertama kali

memperoleh angka 14 dapat menambahkan nilai akhir dengan 3 angka (dikenal

dengan sebutan setting game).Jika pertandingan telah ditetapkan (diset), maka nilai

awal yang ditentukan dinamakan “love-all”.Pihak pertama yang mencapai angka 3

dinyatakan sebagai pemenang.

6

Page 7: Permainan badminton

b. Jumlah skor pada pertandingan tunggal putri adalah 11 angka. Jika telah dicapai

angka 10-10 , maka pihak yang lebih dahulu mencapai angka 10 berhak menambah

nilai tambahan akhir dengan 3 angka. Pihak yang pertama mencapai 3 angka

dinyatakan sebagai pemenang.

c. Kedua pihak yang bertanding akan memainkan tiga sel pertandingan untuk

menentukan pemenang. Pemain yang mampu memenangkan lebih dahulu 2 sel

pertandingan (2 games) akan dinyatakan sebagai pemenang. Pemain akan bertukar

sisi lapangan (tempat) pada setiap akhir suatu game. Pada game ketiga, pemain juga

akan berpindah lapangan ketika nilai akhir mencapai :

1) Skor 8 pada pertandingan dengan 15 angka

2) Skor 6 pada pertandingan dengan 11 angka

3) Skor 11 pada sistem reli poin 21 angka

Keterangan : Aturan reli poin adalah 1 game terdiri atas 21 poin. Jika kedua pemain

mencapai poin 20-20, maka terjadilah deuce (yus).Pemenang dapat ditentukan jika telah

muncul selisih 2 poin (misalnya 22-20).Bila selisih masih 1 poin (21-20), pemenang

belum dapat ditentukan.Angka maksimal tiap game adalah 30.Dengan demikian, jika

terjadi poin 29-29, maka pemenangnya adalah pemain yang terlebih dulu mencapai

angka 30.

3.8 Pertandingan Ganda

Beberapa peraturan dalam pertandingan ganda adalah sebagai berikut :

a. Telah ditetapkan pihak mana yang akan melakukan servis pertama pemain di bidang

servis kanan memulai pukulan servis ke arah lawan yang berdiri secara diagonal

dihadapannya.

b. Pukulan servis pertama yang dilakukan pihak berada di sisi dalam lapangan selalu

dilakukan dari bidang servis kanan.

c. Hanya pemain yang menjadi “sasaran” servis saja yang boleh menerima servis. Jika

shuttlecock tersentuh atau dipukul oleh pemain pasangannya, pihak yang berada

disisi dalam mendapat angka.

7

Page 8: Permainan badminton

d. Hanya satu pemain pada pihak yang melakukan servis permulaan atau pertama dari

suatu pertandingan yang dapat melakukan pukulan servis tersebut.

e. Jika seorang pemain melakukan servis yang tidak pada gilirannya atau dari sisi

lapangan yang salah, dan pihak yang melakukan servis yang memenangkan reli

tersebut, maka akan terjadi let kembali yang harus diajukan sebelum pukulan servis

berikut dilakukan.

3.9 Pertandingan Tunggal

Dalam pertandingan tunggal, peraturan 8a dan 8e berlaku pada pertandingan tunggal.

Tambahan peraturan untuk pertandingan tunggal adalah sebagai berikut:

a. Permaianan akan melakukan servis dari atau menerima servis dari bidang servis

kanan hanya bila nilai pelaku servis adalah 0 atau angka genap pertandingan. Servis

dilakukan dan diterima dari bidang servis kiri bila nilai pelaku servis merupakan angka

ganjil

b. Kedua pemain yang bertanding akan mengubah bidang servis tempat masing-masing

pemain itu berdiri setiap kali sebuah angka dibuat.

3.10 Kesalahan

Kesalahan yang dilakukan pemain yang berada pada sisi dalam lapangan akan

menggagalkan servis yang dilakukannya. Jika kesalahan dilakukan oleh pemain yang

berada di sisi luar (sisi lapangan yang menerima servis), maka satu angka diperoleh

pihak yang berada di sisi dalam (sisi lapangan yang melakukan servis).

3.11 Kesalahan terjadi jika

a. Saat melakukan servis, posisi shuttlecock pada saat disentuh raket berada di atas

ketinggian pinggang pemain; atau salah satu bagian dari kepala raket berada pada

posisi lebih tinggi dari salah satu bagian tangan pelaku servis yang memegang raket

ketika shuttlecock disentuh raket.

8

Page 9: Permainan badminton

b. Saat melakukan servis, shuttlecock jatuh ke bidang servis yang salah yakni ke sisi yang

tidak berhadapan diagonal dengan pelaku servis; atau jatuh di muka garis servis

pendek; atau jatuh dibelakang garis servis panjang; atau jatuh di luar garis batas

samping lapangan.

c. Kaki pelaku servis tidak berada dalam bidang servisnya, atau kaki penerima servis

tidak berada dalam bidang servisnya yang terletak bersebarangan diagonal dan

bidang servis pelaku servis, sampai pukulan servis selesai dilakukan.

d. Sebelum atau ketika melakukan servis, salah satu pemain melakukan gerak tipu atau

pura-pura atau secara sengaja mengejutkan lawannya.

e. Pada servis ataupun sedang reli, shuttlecock jatuh di luar garis batas lapangan,

melayang menembus atau di bawah jaring, menyentuh langit-langit, menyentuh

dinding samping, atau menyentuh tubuh atau pakaian pemain.

f. Shuttlecock yang sedang dalam permainan dipukul sebelum menyeberang ke sisi

lapangan pihak yang melakukan pukulan.

g. Waktu shuttlecock dalam permainan, pemain menyentuh jaring atau tiang peyangga

dengan raket, bagian tubuh, atau bajunya.

h. Shuttlecock menempel pada raket saat pukulan dilakukan atau shuttlecock dipukul

dua kali berurutan.

i. Saat dalam permainan, seorang pemain tersentuh shuttlecock ketika ia berada di

dalam atau di luar batas lapangan.

j. Pemain menghalang-halangi lawan.

3.12 Umum

a. Pelaku servis tidak boleh melakukan servis hingga penerima servis dalam keadaan

siap. Penerima servis dianggap siap jika ia melakukan gerakan untuk menerima servis

yang telah dibayangkan.

b. Pelaku dan penerima servis harus berdiri di dalam batas bidang servisnya masing-

masing dan bagian dari kedua kaki pemain ini harus tetap bersentuhan dengan lantai,

dalam posisi diam, hingga shuttlecock disentuh raket.

9

Page 10: Permainan badminton

c. 1) jika saat servis atau reli, shuttlecock menyentuh dan tidak melampui jaring, maka

hal itu dianggap tidak sah.

2) jika saat servis dan reli, shuttlecock tersangkut pada net, maka diajukan let.

3) jika penerima servis dinyatakan salah karena bergerak pada saat servis sedang

dilakukan, atau karena tidak berada dalam batas bidang servis yang seharusnya,

sementara pada saat yang sama pelaku servis juga dinyatakan melakukan

kesalahan, maka diajukan let.

4) Jika diajukan let, permainan yang terjadi servis sejak servis terakhir yang benar,

tidak dihitung. Pemain yang baru saja melakukan servis akan melakukan servis

ulang, kecuali jika peraturan lain telah ditetapkan.

d. Jika pelaku servis pada saat melakukan servis tidak mengenai shuttlecock, maka ia

dianggap melakukan kesalahan (fault); tetapi jika shuttlecock tersentuh raket, servis

telah dianggap telah dilakukan.

e. Jika dalam permainan shuttlecock menyentuh jaring dan tetap tersangkut disana,

atau menyentuh jaring dan jatuh di posisi pemukulnya, atau menyentuh lantai diluar

lapangan; dan pemain lawan menyentuh jaring atau shuttlecock dengan raket dan

tubuhnya, maka tidak ada pinalti, sebab shuttlecock dianggap dalam permainan.

f. Jika pemain memukul shuttlecock dengan arah ke bawah , ketika berada dekat jaring

dengan harapan bahwa shuttlecock akan terpukul kembali olehnya, hal ini dianggap

menghalangi lawan. Maka wasit wajib menyatakan kesalahan (fault) atau let, jika hal

tersebut terjadi tanpa pemain mengajukannya. Jika pemain mengajukan hal tersebut,

maka wasit harus memberikan keputusan.

3.13 Kontinuitas Permainan

Permainan harus berkelanjutan dari servis yang pertama hingga akhir pertandingan,

ketika tim menang diputuskan, kecuali:

a. Pada internasional Badminton Championship dan Ladies Internasional Badminton

Championship harus diizinkan suatu waktu istirahat (tidak lebih dari 5 menit) yakni

antara pertandingan kedua dan ketiga.

10

Page 11: Permainan badminton

b. Di daerah yang kondisi cuacanya menyebabkan waktu istirahat dibutuhkan (maksimal

5 menit), yakni antara pertandingan kedua dan ketiga, baik untuk tunggal, ganda atau

keduanya.

c. Karena keadaan yang tak terhindarkan oleh pemain, wasit dapat menunda permainan

hingga waktu yang menurut pertimbangannya dibutuhkan.

4.0 CARA MEMEGANG RAKET

Badminton menggunakan banyak pergerakan pergelangan tangan. Cara

memegang raket akan menentukan kualiti pukulan seseorang. Salah satu teknik asar

badminton yang sangat penting untuk dikuasai seorang pelatih badminton adalah cara

memegang raket. Penguasaan cara dan teknik pegangan raket yang betul merupakan

satu modal penting bagi bermain badminton dengan baik.

Oleh sebab itu, apabila teknik pegangan raket salah dari awal, payah bagi

seorang pemain meningkatkan kualiti permainan. Pegangan raket yang betul adalah

asas untuk mengembang dan meningkatkan semua jenis pukulan dalam permainan

badminton. Cara memegang raket yang benar ialah dengan menggunakan jari-jari

tangan dengan baik, rileks dan bertenaga apabila memukul bulu tangkis. Elakkan

memegang raket menggunakan telapak tangan.

5.0 PUKULAN

11

Page 12: Permainan badminton

5.1 Servis

Dalam peraturan permainan badminton, servis merupakan modal awal untuk

memenangi pertandingan. Erti kata lain, seorang pemain tidak boleh mendapatkan

angka apabila dia tidak boleh melakukan servis dengan baik.

Namun demikian, banyak pelatih dan pemain tidak dapatt memberikan perhatian

khusus dalam melatih dan menguasai teknik asas ini. Oleh sebab itu, perkara ini menjadi

kekeliruan besar. Kita mengetahu bahawa mata dama permainan badminton tidak akan

diperolehi sekiranya pemain tidak mahir dalam melakukan servis dengan betul.

Dalam permainan badminton terdapat tiga jenis servis iaitu servis rendah

(pendek), flik dan servis tinggi. Biasanya servis ini degabungkan ke dalam jenis atau

bentuk servis forehand dan backhand. Kepelbagaian jenis perlaksanaan ini sesuai

dengan situasi permainan di lapangan.

5.1.2 Servis Rendah

1. Berdiri sisi sebelah kaki di hadapan

2. Ayun raket ke belakang

3. Siku bengkok hampir ke badan

4. Tangan kiri pegang bulu tangkis

5. Lepaskan bulu tangkis

6. Ayun raket pantas ke hadapan

7. Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri

8. Pandang ke sasaran

5.1.3 Servis Flik

1. Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri

2. Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan

5.1.4 Servis Tinggi

1. Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

12

Page 13: Permainan badminton

2. Ayun raket tinggi ke belakang

3. Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka

4. Lepaskan bulu tangkis

5. Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan

6. Pandang bulu tangkis

5.2 Lob

5.2.1 Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.

5.2.2 Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh

ke belakang gelanggang.

5.3 Smash

5.3.1 Merupakan pukulan atas (overhead) yang diarahkan ke bawah dan

dilakukan dengan sepenuh tenaga. Pukulan ini boleh diklasifikasikan

sebagai pukulan menyerang. Tujuan utama ialah untuk mematikan lawan.

Pukulan smash adalah bentuk pukulan keras yang sering digunakan dalam

permainan badminton. Ciri-ciri pukulan ini ialah keras, laju pergerakkan bulu

tangkis menuju ke lantai gelanggang sehingga pukulan ini memerlukan aspek

kekuatan otot bahu, lengan dan kelenturan pergelangan tangan serta koordinasi

gerak tubuh yang harmoni.

5.3.2 Dalam latihan, pukulan smash dapat dilakukan dalam diam/berdiri atau sambil

melompat (King Smash). Oleh sebab itu, pukulan smash dapat berbentuk;

Pukulan Smash Penuh, Pukulan Smash Potong, Pukulan Smash Backhand,

Pukulan Smash Melingkar Atas Kepala.

5.3.3 Teknik pukulan smash dilakukan secara berperingkat setiap pemain harus

menguasainya dengan sempurna. Manfaat sangat besar untuk meningkatkan

kualiti permainan.

5.3.4 Perkara yang perlu diperhatikan:-

13

Page 14: Permainan badminton

-Biasakan bergerak dengan pantas untuk mengambil posisi pukulan yang tepat.

Perhatikan pegangan raket

-Kelenturan tubuh, lutut dibengkokkan dan menumpukan sepenuh perhatian

kepada bulu tangkis.

-Apabila bulu tangkis di atas kepala, angkat raket dengan cara meluruskan

lengan untuk menjangkau bulu tangkis setinggi yang mungkin dan gunakan teaga

pergelangan tangan sewaktu memukul bulu tangkis.

-Akhiri gerakan itu dengan menghayunkan raket yang sempurna ke hadapan

badan.

5.4 Dropshot (Pukulan Potong)

5.4.1 Merupakan pukulan yang sama seperti smash. Perbezaan pada posisi raket

dengan bulu tangkis. Bulu tangkis dipukul dengan dorongan dan sentuhan halus.

Dropshot yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh berdekatan dengan net dan

tidak melepasi garis ganda.

5.4.2 Ciri-ciri Dropshot ialah, bulu tangkis sentiasa jatuh dekat jaring di kawasan

gelanggang lawan. Oleh sebab itu, pemain perlu melakukan pukulan yang

sempurna dengan pelbagai posisi badan dari sudut-sudut gelanggang permainan.

Faktor pegangan raket, gerak kaki yang pantas, posisi badan dan proses

perpindahan berat badan yang harmoni ketika memukul merupakan faktor

menentukan hasil pukulan ini.

5.4.3 Persiapan awal dan gerak memukul tidak berbeza seperti smash. Dalam

melaksanakan Dropshot, bulu tangkis hendaklah dihantar pada sudut-sudut

gelanggang lawan sedekat yang mungkin dengan net. Variasi gerak tipu badan

dan raket sebelum memukul bulu tangkis menyebab lawan terlambat bertindak

balas dan beraksi secara mendadak.

5.4.4 Perkara yang perlu diambil kira:

-Menggunakan forehand. Pegang raket dengan posisi di sisi bahu.

14

Page 15: Permainan badminton

-Posisi badan vertical dengan arah net, posisi kaki kanan berada dibelakang kaki

kiri. Semasa memukul bulu tangkis, perpindahan beban badan dari kaki kanan ke

kaki kiri.

-Posisi badan boleh berupaya berada di belakang bulu tangkis.

-Ketika memukul bulu tangkis, tangan mesti lurus, menjangkau bulu tangkis dan

dorong dengan sentuhan halus.

-Untuk ke arah forehand lawan, pukul bahagiian lengkungan bulu tangkis sebelah

kanan dan lengkung kiri bulu tangkis untuk tujuan backhand.

-Pososi akhir raket mengikut arah bulu tangkis. Biasakan diri dengan bergerak

pantas dalam mengambil posisi pukul yang tepat di belakang bulu tangkis.

-Perhatikan gerak langkah dan keseimbangan badan pada masa dan setelah

memukul bulu tangkis tangkis.

-Bulu tangkis mesti dipukul dengan meluruskan lengan dan hanya menggunakan

daya yang kecil. Dropshot mengandungi aspek kehalusan gerak dan gerak tipu.

5.5 Netting

5.5.1 Netting merupakan pukulan yang dilakukan dekat net, diarahkan sedekat

mungkin dengan net, dipukul dengan sentuhan nipis dekat dengan net.

5.5.2 Ciri-ciri teknik asas ini ialah bulu tangkis sentiasa jatuh berdekatan dengan net di

kawasan gelanggang lawan. Koordinasi gerak kaki, lengan, keseimbangan tubuh

badan, posisi raket dan masa bulu tangkis datang dan daya kepekaan adalah

faktor-faktor penting yang mempengaruhi hasil daripada pukulan ini.

5.5.3 Pegang raket dengan jari-jemari tangan, pergelangan tangan dalam keadaan

tenang, posisi kepala raket sejajar dengan lantai ketika memukul bulu tangkis

mesti diperhatikan semasa proses netting berlaku. Di samping itu, posisi kaki

mestilah kukuh di lantai dengan lutut yang dibengkokkan, tiada gerakan

tambahan yang mempengaruhi keseimbangan tubuh.

5.5.4 Perkara yang perlu diambil kira:

15

Page 16: Permainan badminton

-Pegangan raket forehand untuk forehand net dan backhand untuk backhand di

sisi net.

-Siku dibengkokkan sedikit

-Ketika memukul, kaki kanan berada di depan dan bulu tangkis dipukul pada

posisi setinggi mungkin.

-Sebelum memukul bulu tangkis, buat tarikan kecil pada pergelangan tangan.

Pukul bulu tangkis pada bahagian lengkung kanan dan kiri sehingga pada

bahagian bawah bulu tangkis. Di akhir pukulan, kepala raket hendaklah

menghadap atau sejajar dengan lelangit.

5.5.5 Ansur Maju

-Berdiri kira-kira dua langkah dari jaring sambil memegang raket.

-Jurulatih melemparkan bulu tangkis berturut-turut ke arah net dan pemain

harus berusaha memukul bulu tangkis tersebut.

-Lakukan latihan ini di sisi kanan dan kiri bersilih-ganti.

-Tingkatkan faktor intensiti dan masalah latihan dengan bergerak.

-Arah dan sasarkan pukulan dalam bentuk lurus, silang atau dengan cara

menghantar bulu tangkis ke arah yang berbeza.

5.6 Return Smash

Return smash merupakan pukulan menggunakan pola pertahanan. Return smash

boleh menjadi serangan balik kepada lawan.

5.6.1 Jenis-jenis Return Smash:-

Short Return – pengembalian bulu tangkis jatuh berdekatan dengan net.

Kebanyakkan dilakukan dalam permainan perseorangan. Bertujuan untuk

memaksa lawan berlari jauh.

Drive Return (mendatar) – kebanyakkannya dilakukan pada permainan bergu.

Bertujuan untuk memberi kesempatan kepada lawan melakukan serangan balik.

Long Return – pengembalian bulu tangkis ke arah belakang. Pukulan ini biasanya

16

Page 17: Permainan badminton

hanya boleh dilakukan oleh pemain yang sudah mahir dan mempunyai

pergelangan tangan yang kuat.

5.6.1.1 Perkara yang perlu diperhatikan :-

-Posisi bersedia.

-Bagi Return dari forehand, apabila bulu tangkis dekat biasanya dilakukan

dengan satu langkah kaki kanan. Apabila bulu tangkis jauh, lakukan dengan

membuka langkah kecil dari kaki kiri.

-Manakala bagi Return Backhand, apabila bulu tangkis dekat, lakukan dengan

menggunakan langkah kecil dari kaki kiri. Tetapi, apabila bulu tangkis jauh,

lakukan dengan langkah kecil dari kaki kanan.

5.7 Backhand Overhead

Pukulan ini boleh dikategorikan sebagai pukulan yang sukar. Hal ini kerana,

biomekanik teknik pukulan ini memerlukan koordinasi anggota badan yang

sempurna dan mempunyai penguasaan grip dan masa yang tepat sewaktu

memukul bulu tangkis. Sekiranya pemain tidak mempunyai ciri-ciri seperti di

atas, pemain yang mempunyai tenagan besar sekalipun tidak akan boleh

menghasilkan pukulan yang baik.

5.7.1 Perkara yang perlu diambil kira:-

-Lakukan posisi slap dengan posisi raket di tangan.

-Pusingkan badan dengan melangkah menggunakan kaki kanan ke belakang kiri.

Lutut dan siku kanan dibengkokkan sedikit.

-Menghayun raket ke hadapan dengan pinggang dan siku yang lurus. Akhiri

gerakan dengan lecutan pergelangan tangan.

-Cara latihan :-

Mulakan latihan pergerakan tanpa menggunakan bulu tangkis.

17

Page 18: Permainan badminton

5.8 Drive

5.8.1 Merupakan pukulan cepat dan mendatar dengan banyak yang digunakan dalam

permainan bergu. Bertujuan untuk menghalang lawan menyerang atau memaksa

lawan mengangkat bulu tangkis dan berada dalam posisi bertahan. Pukulan ini

memerlukan kemahiran grip, reflek yang pantas dan mempunyai kekuatan

pergelangan tangan.

-Asas yang perlu diketahui :-

1. Memegang raket dengan satu grip

2. Memerlukan kekuatan bahu

3. Gunakan lecutan pergelangan ketika bulu tangkis dipukul

Cara latihan :-

-Menggunakan raket berat atau botol berisikan pasir untuk melatih pergelangan

tangan

-Melatih tindak balas pukulan Drive kiri/kanan ke tembok

6.0 TAKTIK GERAKAN (STROKES)

6.1 Apabila seorang pemain sudah menguasai cara memegang raket, footwork dan

teknik asas dengan baik maka pemain sudah boleh melakukan variasi pukulan.

Dengan erti kata lain, setiap posisi yang baik dapat melakukan beberapa pukulan

yang baik. Sebagai contoh, pukulan overhead, selain menggunakan lob ubah

pegangan raket dengan melakukan posisi underhand. Pukulan netting juga boleh

melakukan flik.

6.2 Penguasaan pukulan asas dan variasi akan menampakkan keberkesanannya ketika

permainan sedang berjalan.

6.3 Forehand dan Backhand

Badminton mempunyai pelbagai jenis strokes asas. Pemain memerlukan tahap

kemahiran tinggi untuk melakukan secara berkesan. Semua stroke boleh

18

Page 19: Permainan badminton

dimainkan menggunakan Forehand atau Backhand. Sisi seorang Forehand adalah

sisi yang sama dengan tangan mereka bermain, bagi pemain tangan kanan, sisi

Forehand adalah sisi kanan dan sisi Backhand adalah sisi kiri mereka. Stroke

Forehand yang dipukul dengan bahagian depan tangan terbuka. Stroke Backhand

ialah memukul dengan bahagian belakang tangan terbuka.

Pemain sering bermain stroke tertentu pada sisi Forehand dengan memukul

Backhand dan sebaliknya. Di bahagian hadapan gelanggang dan pertengahan

gelanggang, pukulan yang biasa dimainkan ialah Forehand ataupun Backhand. Di

gelanggang sebenar, pemain akan berusaha untuk bermain Forehand stroke

sebanyak yang mungkin. Pemain akan memilih untuk bermain Overhead

Forehand daripada melakukan Overhead Backhand.

Overhead Backhand mempunyai dua kelemahan utama. Pertama, pemain perlu

kembali ke lawam mereka, menyekat pandangan mereka dari gelanggang.

Kedua, Overhead Backhand tidak dapat memukul dengan baik seperti Forehand.

Backhand merupakan gerakan yang paling sukar bagi seorang pelatih kerana

teknik tepat diperlukan untuk mengumpuk kuasa yang cukup untuk bulu tangkis

dipukul panjang dalam gelanggang.

19

Page 20: Permainan badminton

Aktiviti Waktu KuliahMinggu Pertama (14-09-2013)

1. Sesi Perkenalan

- Kelas bermula pada jam 10.30 pagi.

- Pengenalan diri oleh jurulatih.

- Ahli-ahli badminton kumpulan B dipanggil satu mengikuti satu ke depan untuk

memperkenalkan diri.

2. Perlantikan AJK

- Jurulatih memperkenalkan jenis-jenis jawatankuasa

- Ahli-ahli diarahkan supaya mencalonkan diri ataupun kawan yang sesuai untuk

memegang jawatan tersebut.

3. Peraturan kelas

- Peraturan kelas dijelaskan oleh jurulatih.

- Tidak lewat, bersahsiah baik, mengikut etika pakaian dan berdisplin.

- Kehadiran dan cara-cara memberi surat bagi ketidakhadiran kelas.

- Ahli mewajibkan memakai pakaian yang diberi oleh Pusat Kokurikulum berwarna

hitam.

4. Penerangan tentang badminton

- Sejarah badminton, peralatan badminton, undang-undang badminton, dan ciri-ciri

bulu tangkis.

- Bulu tangkis terdapat 16 bulu di atasnya dan diperbuat daripada bulu angsa.

- Jurulatih mengajar tentang cara memegang raket badminton yang tepat. Hal ini

penting kerana ia akan menjejaskan pukulan yang dibuat.

- Jurulatih juga memberikan penerangan tentang kriteria seorang pemain badminton.

- Jurulatih pun mengajar ahli tentang backhand dan forehand untuk memukul balik

bulu tangkis.

5. KalendarKuliah

- Semester ini mempunyai 8 kuliahsahaja.

20

Page 21: Permainan badminton

MINGGU KEDUA ( 21 SEPTEMBER 2013 )

1. Memanaskanbadan ( Warm Up)

- Pembuatan aktiviti memanaskan badan dari kepala sampai ke kaki supaya dapat

mengelakkan kecederaan semasa bermain badminton.

2. AktivitiPembelajaran Badminton

- Jurulatih mengajar kita tentang memegang raket badminton dengan betul. Hal ini

kerana cara memegang raket badminton akan menjejaskan prestasi permainan.

- Seseorang pemain badminton perlu menguasai 6 langkah di dalam badminton

court, iaitu depan kiri dan kanan, sisi kiri dan kanan, belakang kiri dan kanan.

- Langkah mesti dibuat dengan betul kerana setiap pukulan shuttlecock dari pesaing

boleh menyebabkan kita memukal balik dengan tepat dan cepat.

- Jurulatih memastikan setiap ahli sudah dapat menguasai 6 langkah tersebut

sebagai asas untuk bermain badminton.

- Ahli-ahli bermain badminton dengan menggunakan 6 langkah tersebut secara

kumpulan.

- Jurulatih mengajar cara tentang mengutip bulu tangkis dengan raket badminton.

21

Page 22: Permainan badminton

MINGGU KETIGA ( 28 SEPTEMBER 2013 )

1. Pengumuman

- Pengumuman tentang aktiviti integrasi yang akan berlangsung pada 5 Oktober 2013

akan ditunda.

-Tarikh yang ditetapkan akan diumumkan lagi.

2. Sesi memanaskan badan

-Seperti yang diberitahui oleh jurulatih, beliau telah memilih seorang ahli dari

kalangan kita untuk membuat aktiviti warm up. Aktiviti ini sangat penting supaya

peluang kecederaan dapat dikurangkan.

3. Pembelajaran badminton bermula

-Jurulatih mengajar kita tentang langkah gerakan.

-Beliau memberitahu kita langkah yang tepat boleh membantu kita menguasai

gelanggang dan memudahkan kita semasa bermain badminton.

-Mula-mulanya, jurulatih meletakkan empat bulu tangkis di empat posisi court, iaitu

depan kiri dan kanan, belakang kiri dan kanan.

22

Page 23: Permainan badminton

-Kemudian, setiap ahli perlu menggunakan langkah yang tepat untuk mengutip bulu

tangkis tersebut setiap sisi dan kumpul di tengah court. Selepas itu, mengagihkan

bulu tangkis yang terkumput itu letak balik posisi yang sebelumnya.

-Aktiviti ini sangat meletihkan kerana ia menguji kepantasan dan keordinasi setiap

aksi yang dilakukan.

-Selepas itu, kita diberi peluang untuk bermain badminton dengan berdasarkan

aktiviti sebelumnya.

MINGGU KEEMPAT ( 5 OKTOBER 2013 )

1. Sesi memanaskan badan-Sebelum memulakan pelajaran, jurulatih telah memilih satu ahli untuk mendemontrasikan aktiviti warm up.-Sesi memanaskan badan hari ini ditambahkan aksi macam lompatan and langkah cepat untuk menambahbaikkan koordinasi badan kita.

2. Pengumumam tentang Aktiviti Integrasi-Jurulatih memberitahu kita bahawa beliau masih belum dapat sebarang pengumuman daripada Pusat Kokurikulum. -Beliau menyuruh kita sentiasa melayari learning zone untuk mendapatkan maklumat

3. Pembelajaran Badminton Bermula-Jurulatih ingin 6 posisi tersebut secara smooth(melembutkan).-Jadi, jurulatih telah memilih dua orang untuk demo.-Jurulatih mengatakan bahawa sesiapa yang telah meluluskan boleh bermula bermain badminton.Tetapi, perlu diingatkan bahawa masih perlu menggunakan 6 langkah tersebut semasa bermain badminton.-Selepas itu, jurulatih mengumpulkan kita semua ahli dan mengajar kita teknik memulakan bola (servis).

23

Page 24: Permainan badminton

-Servis dibahagikan kepada dua jenis :servis pendek dan servis panjang.-Servis pendek perlu melalui garisan putih pertama pesaing.

MINGGU KELIMA ( 12 OKTOBER 2013 )

24

Page 25: Permainan badminton

1. Aktivti memanaskan badan-Seperi biasa, membuat aktiviti warm up.-Juralatih memberi arahan untuk membariskan dalam 2 kumpulan.

2. Latihan-Kita mengikut barisan untuk mebuat latihan, seorang telah memberi lima bulu tangkis untuk membuat mulakan servis pertama dengan forehand servis pendek.-Kemudian, jurulatih menyuruh kita membuat mula dengan forehand servis panjang.-Kita berlatih dalam pair seperti permainan double. Forehand servis seperti yang dirujukkan dalam rajah dibawah.

MINGGU KEENAM ( 19 OKTOBER 2013 )

25

Page 26: Permainan badminton

1. Membuat lakaran Jenis service

-Aktiviti pada hari ini dimula dengan melakarkan jenis-jenis service, iaitu service

pendek dan service panjang. Semua ahli perlu melakarkan kedua-dua service ini

berdasarkan atas kefahaman diri sendiri. Jurulatih memberi setiap orang satu keping

kertas putih dan dilipat kepada empat bahagian. Satu bahagian melakar service dan

satu bahagian menulis kesilapan kedua-dua service berikut. Kemudian, jurulatih akan

membuat service yang menggunakan backhand iaitu service drive dan service flick.

-Service drive adalah lebih pantas berbanding service pendek manakala service flick

sama seperti service panjang tetapi menggunakan backhand, tinggi daripada tinjauan

pihak lawan, dan tidak tinggi. Selepas membuat contoh, jurulatih meminta semua

ahli melakarkan kedua-dua service tersebut dan apa yang perlu diguna dalam service

tersebut dalam bahagian kertas putih itu. Kira-kira setengah jam, semua ahli diminta

menghantar kertas putih tersebut kepada jurulatih.

2. Pembelajaran Badminton-Selepas membuat lakaran itu, jurulatih meminta semua ahli membahagi kumpulan

untuk menjalani service drive dan flick. Kemudian, kita akan membuat pertandingan

sesama kumpulan. Jurulatih akan memerhati setiap service yang dibuat oleh ahli

sama ada betul atau kurang tepat.

3. Semakan folio

26

Page 27: Permainan badminton

-Selepas latihan, setiap ahli beratur dan memberi folio kepada jurulatih untuk

membuat semakan. Jurulatih akan memberi pandangan dan menambahbaik folio

tersebut. Kemudian, ahli yang siap disemak boleh bersurai.

MINGGU KETUJUH ( 26 OKTOBER 2013 )

1. Perkara berkaitan dengan ketidakhadiran- Biasa latihan berlangsung tepat pada jam 10.30 pagi. Jurulatih bertanya

semua ahli yang tidak hadir. Saya terdapat dua hari tidak dapat hadir kerana

saya sakit dan saya balik ke kampung. Jadi, jurulatih meminta daripada saya

tentang surat sakit. Selain itu, jika ada ahli yang tidak hadir sebanyak dua kali

tanpa sebab akan dibar/ditarik keluar.

2. Perkara tentang Hari Integrasi dan Kuliah Luar Kampus- Kemudian, jurulatihmemberitahu kita tentang hari integrasi akan

berlangsung pada 16 November 2013, pukul 8.30 pagi di Dewan MAS. Tetapi

semua ahli dikehendaki sampai di destinasi pada jam 8 pagi. Selepas aktiviti

ini, kumpulan kita juga akan menjalankan aktiviti KLK iaitu pertandingan

badminton antara ahli-ahli.

3. Pembelajaran Badminton bermula

- Hari ini merupakan pembelajaran terakhir bagi semester ini. Jurulatih telah

mengajar kita tentang pukulan lob iaitu ke belakang supaya tidak dismash

balik oleh pihak lawan. Kita juga mempelajari pukulan drop iaitu di depan

jaring supaya diclear oleh pihak lawan dan mudah melakukan pukulan smash.

Jurulatih memberitahu bahawa smash boleh dilakukan apabila bola di half

27

Page 28: Permainan badminton

court. Kaki kiri di depan dan smash dari depan ke belakang. Selepas itu,

seorang ahli dipilih oleh jurulatih untuk membuat contoh dan seterusnya kita

semua orang membuat latihan.

a) Pukulan Drop

b) Pukulan Log

c) Pukulan Clear

28

Page 29: Permainan badminton

d) Pukulan Smash

Maklumat tambahan : Tokoh-tokoh Sukan Badminton Malaysia

29

Page 30: Permainan badminton

Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak . Beliau ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Datuk Misbun Sidek

30

Page 31: Permainan badminton

Datuk Mohmed Misbun bin Datuk Haji Mohd Sidek, DMSM , berlahir pada 17 Februari 1960 di Kancung Darat, Banting, Selangor. Beliau seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya.Beliau dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.

Pencapaian:

Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987 Juara Terbuka Jerman 1981, 1983 Naib juara Piala Dunia 1982 Juara Terbuka Sweden 1982, 1983 Juara Terbuka Kanada 1983 Naib juara Seluruh England 1986 Naib juara Terbuka Malaysia 1986 Juara Terbuka Singapura 1987 Juara Terbuka Taiwan 1987 Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki)

Rashid Sidek

31

Page 32: Permainan badminton

Abdul Rashid Mohamed Sidek , berlahir 8 Julai 1968 di KancungDarat, Banting, Selangor. Beliau merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-an. Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu di kalangan lima Adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan. Abang beliau Razif Sidek dan Jalani Sidekmerangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992. Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.

Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.

Pencapaian:

Juara Sukan Komanwel 1990, 1994 Juara Terbuka Malaysia 1990, 1991, 1992 Juara Kejohanan Badminton Asia 1991, 1992 Juara Piala Asia 1996 Juara Pusingan Akhir Grand Prix Dunia 1992 Juara Piala Thomas 1992 (berpasukan lelaki) Naib juara Terbuka Malaysia 1994 Juara Terbuka Brunei 1995 Juara Terbuka Jerman 1996 Naib juara Seluruh England 1996 Naib juara Terbuka Taiwan 1996

Razif Sidek

32

Page 33: Permainan badminton

Mohamed Razif Mohamad Sidek ,berlahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia.

Beliau merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.

Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Nasional pada 1992. Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992. Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.

Semasa perjalanan kariernya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.

Pencapaian:

Juara Seluruh England 1982 Juara Terbuka Kanada 1983, 1984, 1991 Naib juara Terbuka Thailand 1984 Juara Terbuka Malaysia 1985, 1987 Juara Grand Prix Dunia 1986, 1988, 1989, 1991 Juara Terbuka Jepun 1986 Juara Terbuka Taiwan 1986, 1989, 1991 Naib juara Seluruh England 1986, 1988 Naib juara Terbuka Malaysia 1991 Juara Terbuka Indonesia 1988, 1990

33

Page 34: Permainan badminton

Juara Terbuka China 1989 Juara Terbuka Hong Kong 1989 Naib juara Piala Thomas 1988, 1990 (berpasukan lelaki) Juara Sukan Asia 1989, 1991 (berpasukan lelaki) Juara Sukan Komanwel 1990 Juara Terbuka Jerman 1990 Juara Piala Dunia 1989, 1990, 1991 Juara Terbuka A.S 1991 Juara Kejohanan Badminton Asia 1990, 1991, 1992 Juara Piala Thomas 1992 (berpasukan lelaki) Sukan Olimpik 1992 (pingat gangsa) Juara Sukan Komanwel 1982 Sukan Komanwel 1982 (pingat gangsa)

34


Top Related