Transcript
Page 1: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN

AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGAN AIR

DALAM BADAN SESEORANG ATLIT.

LAM SUI HENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO)DENGAN AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGANAIR DALAM BADAN SESEORANG ATLIT.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya LAM SUI HENG(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan diPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:P. O. BOX 488, PN. HALIJAH BTE IBRAHIM96107 SARIKEI, Nama PenyeliaSARAWAK.

Tarikh: 18 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ...............................................

Nama Penyelia : Pn. Halijah bte Ibrahim

Tarikh : 19 April 2006

Page 4: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN

AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGAN AIR

DALAM BADAN SESEORANG ATLIT.

LAM SUI HENG

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................

Nama Penulis : Lam Sui Heng

Tarikh : 18 April 2006

Page 6: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

iii

Untuk ayah dan ibu yang disayangiSegala jasa dan pengorbanan selama ini tidak pernah dilupakan

Terima kasih ayah dan ibu

Page 7: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

iv

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera, penulis bersyukur kerana dapat menyempurnakan Projek

Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pertama kali, penulis

ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Pn. Halijah bte Ibrahim

atas bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis

ini.

Kerjasama daripada semua subjek yang terlibat dalam penyelidikan ini

amatlah dihargai. Sekalung perhargaan dan ribuan terima kasih ingin diucapkan.

Penghargaan juga ditunjukkan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Diharap agar penyelidikan yang disiapkan ini dapat memberi manfaat kepada pihak

berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

v

ABSTRAK

Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia

sel dan tisu dalam badan manusia. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk membuat

perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap

kandungan air dalam badan seseorang atlit. Seramai 6 orang lelaki dan 6 orang

perempuan yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun telah dipilih di

kalangan pelajar Universiti Teknolgi Malaysia,Skudai, Johor untuk dijadikan subjek

dalam kajian ini. Alat “bodynamics-body composition analyzer” digunakan untuk

mengukur kandungan air dalam badan subjek. Subjek diberikan air masak atau air

Reverse Osimosis (RO) secara rawak dalam 2 sesi ujian. Setiap subjek tidak

mengetahui jenis air yang diberikan ketika ujian dijalankan. Penganalisaan data

mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan t = 4.782, p< 0.001 di antara

air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap kandungan air dalam badan

seseorang atlit.

Page 9: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

vi

ABSTRACT

Water is one of the medium used to perform all the biochemical cell and

tissue reaction in human body. The purpose of conducting this research was to make

a comparison among Reverse Osmosis (RO) water with boiled water towards an

athlete body. Six boys and six girls around twenty three to twenty five years old were

selected among University Teknologi Malaysia students in Skudai, Johore to be the

sample of this research. Equipment called biodynamic-body composition analyzer

was used to measure the water content in the samples body. The samples were given

boiled water or Reverse Osmosis (RO) water randomly in two test session. Each

sample did not know what type of water was given to them when the test was carried

out. The data analyzer realized that there was a significant difference at t = 4.782,

p<0.001 among the Reverse Osmosis (RO) water with boiled water towards the

water content in an athlete.

Page 10: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SIMBOL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Penyelidikan 7

1.5 Hipotesis Penyelidikan 7

1.6 Kepentingan Penyelidikan 8

1.7 Limitasi Kajian 9

1.8 Definisi Konsep 9

1.9 Penutup 10

Page 11: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian Berkiatan 12

2.3 Penutup 17

BAB III METODOLOGI 18

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 19

3.3 Persampelan 20

3.4 Tempat Penyelidikan 20

3.5 Instrumen Kajian 21

3.6 Prosedur Kajian 22

3.7 Prosedur Ujian 24

3.8 Analisis Data 25

3.9 Penutup 26

BAB IV ANALISIS DATA 27

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisis Deskritif 28

4.3 Analisis Inferensi 32

4.4 Penutup 34

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 35

5.1 Pengenalan 35

5.2 Perbincangan 36

5.3 Kesimpulan 37

5.4 Cadangan 38

5.5 Penutup 39

Page 12: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

ix

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 40

LAMPIRAN 43

Lampiran A – E 43-47

Page 13: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur ujian 24

4.1 Min ujian pertama 29

4.2 Min ujian kedua 29

4.3 Min air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak

(Lelaki) 30

4.4 Min air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak

(Perempuan) 31

4.5 Keputusan ujian T di antara air Reverse Osmosis (RO)

dengan air masak 32

Page 14: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

xi

SENARAI SIMBOL

RO - Air Reverse Osmosis

p - Nilai signifikan

± - Sisihan piawai

kg - Kilogram

cm - Sentimeter

Page 15: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Keputusan Ujian pertama dan ujian kedua 43

B Borang skor ujian 44

C Surat perjanjian 45

D Rekod kesihatan diri 46

E Gambar-gambar 47

Page 16: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Air ialah bahan perantara bagi mengangkut nutrien, gas dan bahan kumuhan

serta untuk semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia. Air adalah

penting untuk mengekalkan isipadu darah yang secukupnya dengan berperanan di dalam

ke sistem kardiovaskular bagi meneruskan aktiviti. Penyejatan air dari kulit dan

penghembusan keluar air ke udara dari paru-paru adalah penting untuk pengawalaturan

suhu badan manusia. selain daripada itu, air juga bertindak sebagai pelincir dalam proses

pencernaan dan penyerapan.

Air merupakan komponen yang paling banyak di dalam badan manusia, iaitu 50

peratus daripada berat badan orang dewasa dan 70 peratus bagi bayi yang baru

dilahirkan. Dalam keadaan normal, sebanyak 3 liter air akan hilang daripada tubuh

badan seseorang dalam satu hari. Oleh itu, kita sering dinasihatkan supaya meminum air

yang banyak, iaitu lebih kurang 3 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari. Ini

bertujuan adalah untuk menggantikan air yang telah dikumuhkan. Pada masa yang sama,

kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium

yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Dengan itu, air boleh

dikatakan sebagai satu sumber bekalan yang paling penting dalam tubuh badan kita.

Page 17: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

2

Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral dari badan adalah

lebih banyak. Seseorang ahli sukan akan kehilangan kandungan air yang lebih banyak

ketika beraktiviti jika dibandingkan dengan seseorang pelajar yang membuat ulangkaji

di rumah. Kehilangan air dalam badan perlu diganti dengan segera bagi mengelakkan

berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air). Adalah dijangkakan individu dewasa

boleh hidup sehingga 10 hari tanpa air manakala kanak-kanak hanya setakat 5 hari.

Sebaliknya, seseorang itu boleh hidup selama beberapa minggu tanpa makanan.

Keadaan kekurangan air yang berterusan juga boleh mengundang bahaya yang

tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke

organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan

tidak mencukupi. Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian

dalam masa beberapa minit. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam

galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan

menarik balik air ke dalam sel. Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air,

menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila

membabitkan sel-sel otak. Dengan itu, pengambilan air yang mencukupi bagi

menggantikan kehilangan air dalam badan kita adalah amat penting bagi mengelakkan

berlaku dehidrasi.

Pada individu sihat, pengambilan air dikawal oleh kehausan. Pusat kawalan

kehausan terletak di hipotalamus, berdekatan degan pusat yang mengatur hormon

antidiuretis (ADH). Rasa haus bertugas sebagai memberi isyarat supaya kita minum air.

Pengambilan air bermaksud air yang kita minum dan air yang terdapat dalam makanan

yang dimakan. Selain itu, air juga boleh diperolehi daripada pengoksidaan karbohidrat,

protein dan lemak. Kandungan air di dalam badan sentiasa dalam keadaan agak malar.

Jumlah air yang diambil setiap hari adalah lebih kurang sama dengan jumlah air yang

hilang.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak

mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-

Page 18: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

3

kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis. Justeru

inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil

mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti

segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air

berlebihan boleh menyebabkan kematian. Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk

mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga

menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca

juga semakin rendah.

Bagi seorang atlit pula, biasanya mereka akan melakukan aktiviti yang lebih

banyak dan berterusan. Maka, pengambilan air yang mencukupi adalah amat penting

untuk menggantikan air yang hilang melalui badan bagi meneruskan aktiviti mereka.

Jika seorang atlit mengalami kehilangan air, pastinya akan mempengaruhi prestasi dan

pencapaian seseorang atlit. Dengan itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting

bagi seorang atlit.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan air dalam badan

kita adalah amat penting. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak akan mengambil

air yang mencukupi dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini

bukan perkara yang digemari. Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka

menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman

berkarbonat yang diambil sepanjang hari. Justeru, ramai beranggapan pengambilan air

masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.

Pelbagai jenis air minuman telah diberikan oleh jurulatih kepada atlit mereka

seperti air mineral, air masak, air kaborhidrat, air alkali dan sebagainya. Setiap jenis air

Page 19: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

4

minuman ini telah memberikan kesan yang berbeza kepada atlit. Sebagai seorang atlit,

mereka haruslah mengambil air minuman yang sesuai bagi meningkatkan prestasi dan

pencapaian mereka dalam bidang sukan yang mereka ceburi (Lamb dan Murray, 1997).

Air alkali mengandungi sejumlah besar OH atau hidroksil. Ia adalah oksigen

terlarut. Ramai di antara kita yang keliru di antara oksigen termampat dengan oksigen

terlarut. Oksigen termampat adalah gas oksigen yang terkandung di dalam air.

Sementara oksigen terlarut ialah suatu bentuk OH yang bertukar dan secara lemah

terikat dengan suatu mineral alkali. Apabila OH dibawa ke dalam tahap sel, ia akan

bertukar kepada oksigen bebas dan dibekalkan terus kepada sel. Oksigen termampat di

dalam air biasa tidak praktikal kepada manusia mahupun ikan. Sel-sel dalam badan

manusia tidak boleh menyerap oksigen secara langsung daripada air melalui perut atau

intestin (Lamb dan Murray, 1997).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa hanya elektrolit natrium yang harus

ditambah ke dalam minuman yang diambil oleh seseorang semasa melakukan aktiviti

sukan. Natrium akan merangsangkan pengambilan air dan glukosa dalam usus kecil dan

akan membantu mengekalkan isipadu cecair ektrasel dalam badan. Kebanyakan

minuman ringan bergas mengandungi jumlah natrium yang amat sedikit (1-2 mmol.L1)

sedangkan minuman sukan biasanya mengandungi natrium sebanyak 10-25 mmol.L-1

(Lamb dan Murray, 1997).

Walaupun kandungan natrium yang tinggi mungkin merangsang penyerapan air,

tetapi ia cenderung menjadikan citarasa minuman tersebut tidak begitu sedap. Adalah

penting bahawa minuman yang diminum semasa atau selepas melakukan aktiviti sukan

perlu mengandungi citarasa yang sedap untuk merangsang pengambilan minuman. Oleh

itu, kebanyakan minuman sukan yang dihasilkan pada umumnya diformulasi untuk

mempastikan keseimbangan di antara dua matlamat iaitu keberkesanan dan cita rasa

(Saltin dan Costill, 1988).

Apabila jangka masa aktiviti sukan melebihi 3 hingga 4 jam, pengambilan

minuman bernatrium adalah amat sesuai bagi menjauhi daripada risiko hiponatraemia.

Page 20: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

5

Natrium juga diperlukan dalam rehidrasi selepas melakukan aktiviti sukan, ini amat

penting khususnya apabila senaman itu perlu diulang dalam tempoh masa beberapa jam

(Saltin dan Costill, 1988).

Jika minuman yang diambil hanya mengandungi sedikit atau tiada natrium,

osmolaliti plasma akan menurun, penghasilan air kencing akan dirangsang dan

kebanyakan air yang diminum tidak dapat diserap dan disimpan dalam badan. Apabila

terdapat tempoh rehat yang lebih panjang antara satu sesi senaman dengan sesi senaman

yang lain, ia mungkin boleh menggantikan balik natrium dan elektrolit lain melalui

pemakanan tanpa makanan tambahan (Frizell, Lang, Lowance dan Lathan, 1986).

Terdapat satu penyelidikan yang sistematik mengenai perhubungan antara

kehilangan natrium di seluruh badan melalui peluh dan keberkesanan pemulihan

keseimbangan cecair dengan minuman yang mempunyai pelbagai kepekatan natrium.

Menurut Shirreffs dan Maughan (1998), pengambilan jumlah air yang mencukupi,

kemungkinan tidak dapat mengatasi dehidrasi seseorang. Minuman yang mengandungi

kepekatan natrium yang sama dengan peluh yang dikeluarkan adalah sesuai diambil oleh

seseorang atlit yang mengalami dehidrasi.

Kesimpulannya, pelbagai jenis air minuman telah dicadangkan oleh penyelidik

adalah sesuai diambil oleh atlit bagi meningkatkan prestasi mereka. Setiap penyelidik

telah memberikan pendapat-pendapat mereka masing-masing melalui kajian yang

dijalankan. Dengan itu, kajian yang berkaitan dengan pengambilan air minuman bagi

seseorang atlit haruslah diperkembangkan lagi.

Page 21: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

6

1.3 Pernyataan Masalah

Air Reverse Osmosis (RO) merupakan satu jenis air minuman yang

mengandungi kandungan oksigen yang lebih tinggi dan molekul yang lebih kecil jika

dibandingkan dengan air masak (Matrix Valley Holding, 2002).

Air yang mengandungi oksigen yang lebih banyak adalah penting untuk manusia.

Ini adalah kerana kandungan oksigen di dalam air yang diserap melalui sistem

pencernaan akan memberikan oksigen yang lebih kepada badan untuk meningkatkan

metabolisme dalam badan kita. Dengan air yang beroksigen, tahap penyerapan vitamin,

mineral dan nutrisi lainnya dalam badan akan menjadi lebih baik. Oksigen dalam air

juga dapat membantu kita meningkatkan fungsi otak sehingga boleh berfikir secara

terbuka dan waspada (Matrix Valley Holding, 2002).

Cara yang paling efektif untuk mendapatkan oksigen adalah dengan bernafas

melalui paru-paru. Bagaimanapun, oksigen juga dapat diserap melalui membran di usus

bersamaan dengan ion-ion, air, dan nutrisi-nutrisi lain yang berhubung langsung menuju

ke aliran darah. Sudah menjadi fakta umum jika kita memakan makanan kaya oksigen

seperti sayuran dan buah segar, juga jika meminum air yang beroksigen, meningkatkan

kadar oksigen dalam badan kita.

Beberapa penelitian termasuk yang dilakukan oleh Alonso (1992) yang

melibatkan atlit-atlit, menunjukkan bahawa dengan meminum air beroksigen akan

meningkatkan kadar oksigen di dalam badan dan terus meningkatkan prestasi

pencapaian seorang atlit serta memendekkan masa yang diambil untuk pulih dari

keletihan.

Sehubungan dengan itu, satu kajian mengenai perbandingan di antara air

Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam

badan seseorang atlit telah dibuat. Tujuan adalah adalah untuk membandingkan samaada

air Reverse Osmosis (RO) atau air masak yang diambil dapat dikekalkan lebih baik di

dalam tubuh badan seseorang atlit.

Page 22: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

7

1.4 Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Membandingkan pengaruh di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak

terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit.

1.5 Hipotesis Penyelidikan

Berpandukan kepada penyataan masalah dan objektif penyelidikan ini, maka

hipotesis kajian adalah:

H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara air Reverse Osmosis

(RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan

seseorang atlit

Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan di antara air Reverse Osmosis (RO)

dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan

seseorang atlit.

Page 23: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

8

1.6 Kepentingan Penyelidikan

Penyelidikan ini merupakan satu kajian berbentuk eksperimental. Ia adalah

bertujuan untuk melihat perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air

masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit.

Penyelidikan ini juga diharap dapat membantu para jurulatih berfikir secara

kreatif, inovatif dan berdaya bersaingan dengan dunia luar dalam bidang permakanan

sukan. Dengan jenis minuman yang sesuai, berharap dapat membantu seseorang atlit

meningkatkan prestasi mereka supaya mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi

lagi.

Walaupun ramai yang meragu bahawa samaada minuman air Reverse Osmosis

(RO) itu dapat membantu atlit-atlit sukan meningkat prestasi dan pencapaian mereka.

Sebenarnya, air Reverse Osmosis (RO) ini merupakan satu jenis minuman yang

mengandungi oksigen yang lebih dan molekul yang lebih kecil jika dibandingkan

dengan air masak (Matrix Valley Holding, 2002). Dengan molekul-molekul air yang

lebih kecil, sel-sel dalam badan kita adalah lebih senang melakukan proses penyerapan

terhadap kandungan air yang kita diminum. Kandungan oksigen yang terlarut air pula

akan membekalkan lebih banyak tenaga kepada badan seseorang atlit.

Page 24: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

9

1.7 Limitasi Kajian

Pemakanan subjek yang diambilkan sebelum ujian haruslah dikawal oleh

pengkaji. Faktor ini sering mempengaruhi hasil kajian yang diperolehi. Ini adalah kerana,

makanan yang kita makan boleh dijadikan sebagai sumber kandungan air dalam tubuh

badan kita. Dengan itu, saya bercadang bahawa penyelidik haruslah memastikan subjek

tidak mengambil sebarang makanan dalam masa 3 jam sebelum ujian dijalankan.

1.8 Definisi Konsep

1.8.1 Air Reverve Osmosis (RO)

Satu jenis air minuman yang mengandungi oksigen yang lebih banyak

dan molekul air yang lebih kecil jika dibandingkan dengan air masak

(Matrix Valley Holding, 2002).

1.8.2 Air Masak

Air paip yang dididih sehingga suhu 100 C̊ dan disejukkan.

1.8.3 Treadmil

Mesin yang boleh diguna oleh atlit-atlit untuk menjalani latihan larian

mengikuti kemampuan masing-masing.

1.8.4 Biodynamics-Body Composition Analyzer

Mesin yang digunakan untuk menguji kandungan air dalam badan.

Page 25: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia

10

1.9 Penutup

Sepanjang Bab I telah membincangkan tentang latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif penyelidikan, hipotesis penyelidikan, kepentingan

penyelidikan, limitasi kajian dan definisi konsep. Kesemua topik perbincangan tersebut

adalah menjurus kepada memperkenalkan kajian ini sebelum kajian diteruskan ke

bahagian yang lain.


Top Related