SUKAN JOHOR 2017
PERATURAN PERTANDINGAN BERBASIKAL
(LELAKI & WANITA)
1.0 PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di
dalam Peraturan Pertandingan ini, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut peraturan-peraturan UCI (Union Cycling
Internationale).
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
pentafsirannya, maka Peraturan UCI dalam Bahasa lnggeris
yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan Kejohanan Lumba Basikal Sukan Johor
2017 adalah muktamad.
2.0 TARIKH PERTANDINGAN
12 – 16 Disember 2017
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Ujian Masa Perseorangan : Bandar Penawar, Kota Tinggi.
3.2 Cretarium :Tanjung Mas, Bandar Penawar, Kota Tinggi
3.3 Lepas Beramai-ramai :Mula/Tamat – Bandar Penawar, Kota
Tinggi
4.0 PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan Daerah
dan jumlah penyertaan adalah seperti berikut - 6 (enam)
sepasukan bagi lelaki dan 4 (empat) sepasukan bagi wanita
4.2 Kategori pelumba:-
a) Lelaki 20 Tahun dan kebawah
b) Wanita 20 Tahun dan kebawah
5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA
5.1 Bagikategori 20 Tahun dan kebawah (Lelaki dan Wanita),
hanya peserta yang lahir pada tahun 1997 dan selepasnya
sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.
6.0 MESYUARAT / TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
6.1 Mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada
1 hari sebelum pertanding pertama dijalankan.
6.2 Pengurus-pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan
senarai nama peserta bersama dengan acara yang akan
disertai.
6.3 Senarai peserta dan acara yang disahkan semasa
Mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
7.0 ACARA-ACARA / ATURCARA
7.1 Rujuk kepada Aturcara Kejohanan yang dilampirkan.
8.0 PERATURAN
8.1 ACARA 20KM UJIAN MASA PERSEORANGAN (Lelaki & Wanita)
8.1.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 3 (tiga) orang
pelumba terbaik Lelak dan 3 (tiga) pelumba terbaik
Wanita bagi acara tersebut
8.1.2 Waktu perlumbaan dan kedudukan pelumba akan
disediakan sekurang-kurangnya 1 hari (24 jam) sebelum
perlumbaan. Setiap pelumba akan bermula di atas
“Launching Ramp” dan akan dilepaskan setiap 1 minit
giliran yang telah diundi dan pelumba terbaik akan
bermula akhir sekali.
8.1.3 Tarikh dan masa pelepasan pelumba adalah
sepertimana yang tercatit di dalam Aturcara
Kejohanan.
8.1.4 Setiap pelumba akan diiringi oleh marsyal di depan
dan kenderaan pasukan di belakang. Penggunaan
“Loud Hailer” dibenarkan daripada kenderaan
pasukan.
8.1.5 Semua pelumba dikehendaki memakai hard shell
helmet yang bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan.
8.1.6 Pelumba yang mencatatkan masa yang terbaik akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
8.1.7 Hanya “Standard Road Bike” sahaja dibenarkan untuk
acara ini. Walau bagaimanapun penggunaan
“HighProfile Wheel Set dan Aero Bar” dibenarkan untuk
digunakan.
8.1.8 Jarak perlumbaan bagi setiap kategori adalah 20 km.
8.1.9 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sebaik
sahaja acara berakhir.
8.2 ACARA CRITERIUM
8.2.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 6 (enam)
orang pelumba lelaki & 4 (empat) orang pelumba
wanita
8.2.2 Pengadilan akan diadakan secara Kiraan Mata di
mana mata akan dikira pada setiap pusingan sekali
pecutan dengan jumlah mata 5, 3, 2 dan 1.
Pendahulu bagi setiap pusingan (bukan pusingan
Pecutan) akan diberikan 1 mata.
8.2.3 Jarak laluan bagi satu pusingan ialah 1.5 km. Jarak
keseluruhan perlumbaan adalah seperti berikut :
a) Lelaki 20 tahun kebawah - 45.0KM (30 pusingan/10
pecutan)
b) Wanita 20 tahun kebawah - 31.5KM (21 pusingan/7
pecutan)
8.2.4 Tarikh dan masa pelepasan pelumba adalah
sepertimana yang tercatit di dalam Aturcara
Kejohanan.
8.2.5 Dua (2) “Repair Pit” akan disediakan. Apabila berlaku
kerosakan (valid mishap), pelumba diminta berkayuh
ke “Repair Pit” yang disediakan untuk mendapatkan
bantuan dari pasukan masing-masing dan seterusnya
menunggu sehingga kumpulannya (group) tiba. 1
(satu)“neutral lap” akan diberikan kepada pelumba
yang mengalami kerosakan.
8.2.6 Penentuan kemenangan adalah seperti berikut
berdasarkan Peraturan UCI, Perkara 2.7.023 :
a) Pemenang adalah pelumba yang menghabiskan
bilangan pusingan yang paling banyak;
(the winner shall be the rider who covered the
greatest number of laps);
b) Dalam kesbilangan pusingan seri, jumlah mata
yang dimenangi akan menjadi penentu;
(in the case of a tie on laps, the number of points
won shall decide);
c) Dalam kes pusingan dan jumlah mata seri,
bilangan kemenangan semasa pusingan pecutan
akan menjadi penentu;
(in the case of a tie on laps and points, the number
of wins during the intermediate sprints shall
decide);
d) Sekiranya masih lagi seri, kedudukan pelumba
semasa pecutan terakhir akan menjadi penentu.
(if the riders are still tied, the place during the final
sprint shall decide).
8.2.7 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sebaik
sahaja acara berakhir.
8.3 ACARA LEPAS BERAMAI-RAMAI LELAKI & WANITA
8.3.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 6 (enam)
orang pelumba lelaki & 4 (empat) orang pelumba
wanita
8.3.2 Jarak perlumbaan adalah seperti berikut :
a) Lelaki 20 tahun kebawah - 120.0KM
b) Wanita 20 tahun kebawah - 80.0KM
8.3.3 Tarikh dan masa pelepasan pelumba adalah
sepertimana yang tercatit di dalam Aturcara
Kejohanan.
8.3.4 Pelumba-pelumba akan diberikan 'feeding' selepas 30
km dan 10 km sebelum tamat perlumbaan. “Feeding”
akan diberikan melalui kenderaan pasukan.
8.3.5 Keputusan pertandingan akan dihakimi mengikut
susunan pelumba yang melintasi garisan penamat.
Bagi acara Lepas Beramai-ramai Berpasukan 3
pelumba terbaik setiap pasukan yang sampai di
garisan penamat dengan catatan masa
terbaik/terpantas akan dikira sebagai pemenang.
Sekiranya masa yang dicatat adalah sama, maka
keputusan pertandingan akan mengikut susunan 3
pelumba yang melintasi garisan penamat
8.3.6 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sebaik
sahaja acara berakhir.
8.4 ACARA 200M SPRINT (LELAKI & WANITA)
8.4.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 2 (dua) orang
pelumba terbaik lelaki dan 2 (dua) orang pelumba
terbaik wanita.
8.4.2 Basikal yang digunakan mestilah basikal “Trek”.
Sekiranya tiada basikal trek “Standard Road Bike” akan
digunakan.
8.4.3 Laluan yang digunakan mestilah rata dan berjarak 1KM
serta ditutup sepenuhnya dari sebarang kenderaan.
8.4.4 Loceng akan dibunyikan pada jarak 500 meter dan
pelumba akan mula membuat pecutan pada jarak
200 meter sebelum tamat. Masa setiap pelumba
diambil pada jarak pecutan 200 meter.
8.4.5 Pada pusingan kelayakan, pelumba akan dilepaskan
seorang demi seorang. Pelumba kedua akan
dilepaskan sebaik sahaja pelumba pertama
mencecah ke garisan penamat dan begitulah
seterusnya. Masa setiap pelumba dicatat bagi
menentukan susunan pelumba untuk pusingan
pertama.
8.4.6 Susunan pertandingan adalah seperti berikut :
Pusingan kelayakan, Pusingan Pertama
“Repercharges”, 1/8 Akhir, Suku Akhir, Separuh Akhir
dan Akhir.
8.4.7 Bermula dari peringkat Suku Akhir, 2 saringan akan
dijalankan bagi setiap pasangan pelumba dan
saringan ketiga sebagai penentu sekiranya diperlukan.
8.4.8 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sebaik
sahaja acara berakhir.
8.5 ACARA 1KM (LELAKI) & 500 M (WANITA)
8.5.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 2 (dua) orang
pelumba terbaik lelaki dan 2 (dua) orang pelumba
terbaik wanita.
8.5.2 Basikal yang digunakan mestilah basikal “Trek”.
Sekiranya tiada basikal trek “Standard Road Bike” akan
digunakan.
8.5.3 Laluan yang digunakan mestilah di atas jalan yang
rata dan ditutup sepenuhnya dari sebarang
kenderaan.
8.5.4 Susunan pelumba akan disediakan mengikut undi
sehari menjelang kejohanan.
8.5.5 Pelumba akan dilepaskan seorang demi seorang.
Pelumba kedua akan dilepaskan sebaik sahaja
pelumba pertama mencecah ke garisan penamat
dan begitulah seterusnya. Pelumba yang mencatatkan
masa terbaik akan diisytiharkan sebagai pemenang.
8.5.6 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sebaik
sahaja acara berakhir.
8.6 ACARA CROSS COUNTRY OLYIMPIC FORMAT - MTB LELAKI
8.6.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 4 (empat)
orang pelumba lelaki dan 2 (dua) orang pelumba
wanita.
8.6.2 Masa yang dibenarkan untuk acara lelki dan wanita
ialah minima 1 jam 30 minit dan maksima 1 jam 45
minit.
8.6.3 Trek “Cross Country Olyimpic Format” hendaklah di
antara 4KM - 6KM bagi setiap pusingan.
8.6.4 Pelumba akan diberi peluang meninjau laluan terlebih
dahulu sebelum menyertai kejohanan tersebut dan
latihan tidak dibenarkan semasa kejohanan dijalankan.
8.6.5 “laluan kejohanan hendaklah disediakan 48 jam
sebelum latihan rasmi dijalankan. Pelumba wajib
memakai no basikal serta helmet semasa menjalani
latihan rasmi.
8.6.6 Pelumba adalah dikehendaki memasang Nombor
Pelumba di badan dan Nombor Plate pada basikal
dan tidak dibenarkan melipat atau merosakkannya.
8.6.7 “Pelumba dikehendaki bersedia di Call-up Boxes” 20
minit sebelum perlumbaan dimulakan untuk tujuan
pemeriksaan no basikal dan helmet.
8.6.8 Pelumba akan dipanggil ke garisan permulaan
mengikut susunan Ranking UCI dan 6 pelumba akan
disusun pada setiap grid permulaan.
8.6.9 Seseorang pelumba tidak dibenarkan mendapat
bantuan teknikal sepanjang laluan perlumbaan
daripada mana-mana pihak kecuali dari pelumba
sepasukan sahaja.
8.6.10 “Pelumba dibenarkan mendapat bantuan di 2 Zon
Sajian & Teknikal (Feeding & Technical Zones) yang
disediakan oleh pihak penganjur. Hamya pegawai
pasukan yang memakai kad akreditasi Sajian &
Teknikal dibenarkan masuk ke Zon Sajian & Teknikal.
8.6.11 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sebaik
sahaja acara berakhir.
9.0 TOPI KELEDAR (HELMET)
9.1 Semua pelumba diwajibkan memakai topi keledar (hard shell
helmet) semasa latihan dan pertandingan.
10.0 PAKAIAN, NOMBOR PELUMBA DAN NOMBOR BASIKAL
10.1 Semua peserta adalah dikehendaki memakai jersi
daerahmasing-masingsemasakejohanan.
10.2 Semua pelumba akan dibekalkan dengan dua (2) keping
nombor pelumba dan satu (1) keping nombor basikal.
Nombor pelumba dan nombor basikal mestilah dalam
keadaan yang asal dan sempurna, tidak boleh dipotong
atau dilipat. Sebarang pengubahsuaian nombor-nombor
tersebut adalah dilarang sama sekali.
10.3 Nombor pelumba mestilah diletakkan/dipinkan dalam
keadaan sempurna; 1 keping di bahagian belakang
pelumbadan 1 keping di bahagian rusuk kiri pelumba seperti
gambarajah berikut :
NOMBOR
PELUMBA
11.0 HADIAH-HADIAH
11.1 Pingat-pingat kemenangan bagi setiap kategori akan
disediakan seperti berikut :
KATEGORI LELAKI EMAS PERAK GANGSA
Ujian Masa Perseorangan 1 1 1
Criterium 1 1 1
Lepas Beramai-ramai Individu 1 1 1
200M Sprint 1 1 1
1KM 1 1 1
Cross Country Olyimpic (XCO) - MTB 1 1 1
JUMLAH 6 6 6
KATEGORI WANITA EMAS PERAK GANGSA
Ujian Masa Perseorangan 1 1 1
Criterium 1 1 1
Lepas beramai-ramai Individu 1 1 1
200M Sprint 1 1 1
500M 1 1 1
JUMLAH 5 5 5
11.2 Semua atlet diwajibkan memakai jersi / seluar racing atau
track suit ataukasut track (tanpa kacamata / “sun-glass”
sertatopi) semasa menerima hadiah.
11.3 Pemenang-pemenang yang gagal menghadirkan diri
semasa majlis penyampaian hadiah akan dikenakan denda
sebanyak RM 100.00 seorang. Denda ini perlu dijelaskan oleh
Pengurus Pasukan yang berkenaan.
12.0 RAYUAN/BANTAHAN
12.1 Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat
bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan
cop Majlis Sukan Daerah dan disertakan dengan wang
pertaruhan sebanyak RM1000.00 tunai.
12.2 Wang pertaruhan akan lupus jika bantahan yang dikemukakan
didapati tidak wajar.
12.3 Sekiranya aduan bantahan atau rayuan itu munasabah dan
diterima oleh Juri Teknikal atau Juri Rayuan Tertinggi, hanya 50%
wang pertaruhan itu akan dikembalikan dan satu keputusan
bersesuaian akan dibuat berhubung dengan aduan, bantahan
atau rayuan itu.
12.4 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Juri Teknikal
Sukan/Pegawai Pertandingan dalam masa satu (1) Jam selepas
pertandingan itu tamat / di umumkan.
12.5 Setiap Aduan, bantahan, rayuan atau perkara lain kepada Juri
Rayuan Tertinggi mesti dibuat dalam tempoh tidak lebih 2 jam
selepas keputusan Juri Teknikal diterima oleh Kontinjen
berkenaan.
3.0 LAIN-LAIN
13.1 Pihak penganjur tidak akan menyediakan “neutral service” di
sepanjang kejohanan ini berlangsung. Jadi setiap pasukan
diminta menyediakan alat ganti basikal untuk pasukan
masing-masing.
13.2 Sebarang pindaan akan diputuskan di dalam Mesyuarat
Pengurus Pasukan.
Disediakan oleh :-
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
SUKAN JOHOR 2017 ASJ……………………
1. BORANG PENYERTAAN KESELURUHAN
DAERAH / PASUKAN
TELEFON
NAMA PENGURUS
NAMA JURULATIH
BIL NAMA PESERTA LELAKI NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
BIL NAMA PESERTA WANITA NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
COP & T/TANGAN MAJLIS SUKAN DAERAH :
2. PENDAFTARAN ACARA
ACARA UJIAN MASA PERSEORANGAN
BIL NAMA PESERTA LELAKI NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
BIL NAMA PESERTA WANITA NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
ACARA CRITERIUM
BIL NAMA PESERTA LELAKI NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
BIL NAMA PESERTA WANITA NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
4.
ACARA LEPAS BERAMAI-RAMAI / BERPASUKAN
BIL NAMA PESERTA LELAKI NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
BIL NAMA PESERTA WANITA NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
4.
ACARA 200M SPRINT
BIL NAMA PESERTA LELAKI NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
BIL NAMA PESERTA WANITA NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
ACARA 1 KILOMETER
BIL NAMA PESERTA LELAKI NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
ACARA 5OO METER
BIL NAMA PESERTA WANITA NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
ACARA CROSS COUNTRY OLYIMPIC (XCO) - MTB
BIL NAMA PESERTA LELAKI NO IC UCI CODE ACARA/KATEGORI
1.
2.
3.
4.
PIHAK PENGANJUR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG
KECEDERAAN, KEMALANGAN, KEMATIAN ATAU KEROSAKAN SERTA KEHILANGAN HARTA
BENDA SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS KEJOHANAN INI BERLANGSUNG.
____________________________ Tarikh :
TandatanganPengurusPasukan
COP & T/TANGAN MAJLIS SUKAN DAERAH :
_________________________________