Transcript
Page 1: Peraturan pertandingan 7 sebelah

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

SEMPENA PEMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

UNDANG - UNDANG PERMAINAN Sekurang-kurang lima belas (15) minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap pasukan

hendaklah mengemukakan nama didalam borang yang akan disediakan oleh Urusetia.

Seramai dua (2) orang pemain boleh diganti dalam masa sesuatu perlawanan yang didaftarkan. Mana-mana pemain yang menjadi pemain simpanan tidak boleh mengambil bahagian dalam

penentuan tendangan dari tanda penalti.

Masa permainan ialah 7 minit bagi setiap separuh masa.

Semua pasukan hendaklah berada di padang permainan 15 minit sebelum sepak mula.

PENYERTAAN DAN HADIAH-HADIAH Penyertaan bagi satu pasukan sebanyak RM100.00 (RM:Satu Ratus Sahaja)

Johan Wang Tunai : RM3000.00 + Medal

Naib Johan Wang Tunai : RM2000.00 + Medal

Ketiga & Keempat : RM1000.00 + RM1000.00

BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI Sekurang-kurangnya 5 orang pemain dari salah satu pasukan yang turun ke padang apabila

Pengadil hendak memulakan permainan, maka pasukan yang mempunyai 5 orang pemain atau

lebih hendaklah diberi kemenangan percuma.

KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN PEMAIN, PEGAWAI DAN PENONTON. Semua pasukan yang mengambil bahagian hendaklah bertanggungjawab di atas :-

Kelakuan baik para pegawai, pemain dan penonton ( Penyokong yang dikenalpasti ).

Mengambil segala langkah mencegah untuk menentukan tidak berlakunya kejadian yang tidak

diingini.

Sekiranya Penganjur mendapati mana-mana pasukan cuai menjalankan tanggungjawab ini, maka

Penganjur berhak mengambil tindakan tatatertib yang sesuai antaranya termasuk :-

1. Teguran yang keras. 2. Denda

TINDAKAN TATATERTIB Mana-mana pemain yang menerima 2 kad kuning - amaran bertulis, dalam masa pertandingan ini

dengan sendirinya ia digantung satu perlawanan berikutnya. Jika diterima pula kad Merah (Buang Padang) maka dia tidak layak bermain dalam pertandingan ini seterusnya.

Semua keputusan Penganjur dan Pengadil adalah muktamad.

Tindakan tatatertib akan diambil kepada pemain-pemain yang tidak memakai Shin Guard atau

tidak memakai jersi dengan kemas apabila dilaporkan oleh Pengadil.

BANTAHAN Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada

Urusetia Penganjur dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan dengan disertakan wang amanah sebanyak RM200.00

Jika didapati sabit, wang amanah akan dikembalikan dan sekiranya tidak disabitkan maka wang

amanah itu dijadikan milik Penganjur.

Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh Pengadil di padang permainan.

HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN Semua perkara yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dan semua tafsiran peraturan ini

hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan yang mana keputusannya adalah muktamad, kecuali diputuskan selainnya oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Dungun.

No. Tel. Urusetia:

013-9224080 – Shafie Mat 019-9346499 – Wan Zul 019-9847475 - Ramlee

Page 2: Peraturan pertandingan 7 sebelah

KEJONANAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH TERBUKA DAERAH

DUNGUN 2008

SEMPENA PEMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN,

23000 DUNGUN, TERENGGANU.

PENDAFTARAN PEMAIN

1. NAMA PASUKAN : 2. NAMA PENGURUS : 3. NAMA JURULATIH : Saya bagi pihak Kelab di atas memohon supaya penama di bawah didaftarkan sebagai pemain. Bertarikh : Tandatangan Pengurus

BIL. NAMA PEMAIN NO. K/P NO. BAJU

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Tarikh : Tandatangan Pengurus No. Tel. Urusetia:

013-9224080 – Shafie Mat 019-9346499 – Wan Zul 019-9847475 - Ramlee

Page 3: Peraturan pertandingan 7 sebelah

KEJOHANAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

TERBUKA DAERAH DUNGUN 2008

SEMPENA PERMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN,

23000 DUNGUN, TERENGGANU.

BORANG PENYERTAAN 1. NAMA PASUKAN : 2. NAMA PENGURUS : 3. ALAMAT SURAT MENYURAT : 4. NO. TEL : Rumah Pejabat H/Set Kami bersetuju untuk menyertai kejohanan tersebut dan akan mematuhi segala syarat dan peraturan pertandingan yang telah di tetapkan. Bersama-sama ini saya sertakan yuran penyertaan pertandingan sebanyak RM100.00 (RM: Satu Ratus Sahaja).

CATATAN:

BORANG PENYERTAAN BERSERTA DENGAN BAYARAN WANG TUNAI /

WANG POS (ATAS NAMA PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH DUNGUN)

SAHAJA YANG DITERIMA SEBAGAI PENYERTAAN. UNDIAN AKAN DIBUAT OLEH JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN

JADUAL AKAN DIUMUMKAN MELALUI TELEFON DAN EDARAN.

Bertarikh : Tandatangan Pengurus

No. Tel. Urusetia: 013-9224080 – Shafie Mat 019-9346499 – Wan Zul 019-9847475 - Ramlee

Page 4: Peraturan pertandingan 7 sebelah

Top Related