Transcript
Page 1: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)

ROHAYU BINTI ABD GHANI CB130045

BAB 3.1 :SOSIOLOGI SEBAGAI ALAT KAWALAN

SOSIALPENSYARAH :DR. MIMI

MOHAFFYZA BT MOHAMAD

Page 2: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)

PERANAN SOSIOLOGI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN TEKNIKAL• Pendidikan sebagai kawalan sosial. Sistem kawalan sosial perlu ada

dalam masyarakat. Sebagai contoh, sistem pentadbiran pendidikan di Brunei ada yang mengawalnya iaitu Kementerian Pendidikan, organisasi tertentu, kuasa politik, ibu bapa dan lain-lain. Termasuk juga pemberian bantuan kewangan, mengagihkan keperluan guru, menjamin status akademik dan lain-lain

• Pendidikan sebagai penyebaran kebudayaan. Di sesebuah sekolah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum yang secara tidak langsung memperkenalkan pakaian, budaya dan bahasa yang tersendiri pada masa-masa yang tertentu

Page 3: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)

• Pendidikan sebagai pemilihan dan susun lapis sosial. Konsep ketidaksamaan sosial walau di mana-mana negara pun sukar diatasi sebab setiap masyarakat ingin mengekalkan statusnya. Sebagai contoh, ibu bapa merasa megah apabila ada anak-anak mereka berjaya masuk ke sekolah yang cemerlang seperti sekolah maktab sains di negara ini dibandingkan sekolah kerajaan yang biasa kerana menganggap sekolah tersebut lebih berkualiti. Dalam hal ini, sosiologi menunjukkan bagaimana susun lapis (strata) masyarakat mempengaruhi sekolah dan bagaimana pula sekolah mempengaruhi strata.

• Pendidikan sebagai alat penapis. Pendidikan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang profesional dan maju mengikut bidang-bidang tertentu yang mereka sukai bergantung kepada kelayakkan pendidikan mereka. Selepas lulus tingkatan 5 atau 6, pelajar dialirkan ke kolej, universiti atau pusat latihan bergantung kelulusan yang diperolehi.

Page 4: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)

• Pendidikan dan mobiliti sosial. Sekarang sekolah sudah banyak dibina di sana-sini, semuanya bertujuan agar masyarakat dapat berubah. Murid-murid yang tinggal di luar bandar pun sudah mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan seperti puak iban, murut dan lain-lain.

• Pendidikan sebagai sumber status. Orang yang mempunyai pendidikan tinggi sudah pasti akan mendapat kerjaya yang memuaskan dengan memiliki pangkat, gaji yang tinggi dan memegang jawatan penting seperti mendapat gelaran datuk, doktor dan sebagainya.

• Pendidikan sebagai institusi penting. Sekolah, kolej atau universiti adalah merupakan institusi penting yang dikenali di seluruh lapisan masyarkat sebagai bertapak kukuh dalam masyarakat

Page 5: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)

SOSIOLOGI SEBAGAI ALAT

KAWALAN SOSIAL

Page 6: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 7: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 8: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 9: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 10: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 11: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 12: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 13: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)
Page 14: Peranan Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan (1)

Top Related