PERANAN BAHASA SENDIRI DALAM PEMBANGUNAN
SAINS SEPANJANG ZAMAN
Shaharir bin Mohamad Zain
Profesor Matematik Fizik UKM
Merangkap Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Kata-kata terkenal seperti "bahasa jiwa bangsa" memang selama ini hanya dikaitkan dengan
kebudayaan, dan jati diri bangsa, bagi negara terdiri daripada pelbagai kaum seperti Malaysia,
dikait hebat juga dengan perpaduan pelbagai kaum dalam sesebuah negara-bangsa tersebut.
Tetapi “jiwa bangsa" itu tidak begitu dikaitkan dengan proses berfikir, daya berkarya, apatah lagi
pembangunan sains. Malah teori Fishman (1968, 1973) tentang peranan berbeza antara
bahasa peribumi dan bahasa maju semasa memang nampaknya semakin menjadi kepercayaan
kebanyakan pemimpin negara membangun/ketiga yang sentiasa diingatkan atau teringat-ingat
yang mereka menghadapi sejagatisme/globalisme yang difahami atau difahamkan sebagai
tiadanya tempat bagi cara hidup lain lagi selain daripada cara hidup "negara yang maju" itu. Tun
Mahathir Muhamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, misalnya amat percaya kepada tesis di
atas dan menyogok kata-kata songsang "Maju bangsa majulah bahasa" kepada rakyat
Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas, dan nampaknya, mendapat sambutan hebat
daripada orang-orang Melayu UMNO, dan terpancar menerusi pilihan raya baru-baru ini. Tetapi
pendapat daripada orang awam tidak semestinya benar. Dalam makalah ini ditunjukkan
tiadanya bangsa yang maju terlebih daripada bahasanya.
Mengikut Fishman, sesuatu bahasa peribumi negara yang sedang membangun hanya
sesuai memenuhi fungsi nasionalis tetapi bukan fungsi nasionis. Fungsi nasionalis bermakna
bahasa itu hanya cukup untuk memenuhi keperluan ideologis atau keperluan kebangsaan, dan
boleh ditambah lagi demi ''keperluan politik" sahaja, manakala fungsi nasionis menonjolkan sifat
pragmatis bahasa itu, seperti berkemampuan menjadi wahana memajukan dan membangunkan
negara. Fishman berhujah bahawa dalam sebuah negara yang baru membangun sentiasa
diperlukan dua bahasa, yang masing-masingnya mempunyai fungsinya yang tersendiri, iaitu
bahasa peribumi dan bahasa maju semasa. Bahasa peribumi biasanya dijadikan bahasa
kebangsaan, dan hanya memainkan peranan penting sahaja. Bahasa yang demikian dibina
dengan tujuan dalam matlamat kebangsaan, seperti menjadi lambang jati diri negara dan
sebagai alat perpaduan negara. Sebaliknya, bahasa yang diperlukan untuk memenuhi tugas
pragmatis, seperti dalam pengendalian bidang ekonomi, perindustrian, dan bidang sains (atau
lebih luas lagi, yang penulis ini ringkaskan sebagai SAKTI, iaitu sains, kesihatan, kejuruteraan
dan teknologi) ialah bahasa yang telah dianggap sebagai bahasa moden, bahasa maju semasa
atau bahasa bertaraf antarabangsa semasa, bahasa sains semasa, seperti bahasa Inggeris
kini. Pandangan Fishman ini adalah perpanjangan dan pengartikulasian pandangan ahli bahasa
'asobiah’ Anglo-Saxon yang terkenal, Whorf dan Sapir tahun 1940-an dan 1950-an dahulu yang
banyak memperkatakan hubungan bahasa dengan pemikiran berasaskan bahasa dan
pemikiran orang primitif vis-a-vis bahasa dan orang AngloSaxon dengan sengaja melupakan
bahawa bahasa-bahasa yang maju sekarang ini sebenarnya juga bahasa primitif sekurang-
kurangnya sebelum kurun ke-14 dahulu.
Menurut Hashim (1994), sarjana Eropah abad ke-19 yang terawal membicarakan
hubungan bahasa dengan pemikiran ialah Herder dan Humboldt (sarjana Jerman akhir abad
ke-19 dan separuh pertama abad ke-19) yang menegaskan percakapan sesuatu bangsa itu
adalah setara dengan rohani bangsa itu; perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan
fahaman dan tafsiran tentang dunia kehidupan mereka. Sekurang-kurangnya sejak itu ramai
yang berpendirian bahawa bahasa itu mewakili pandangan alam seseorang dan oleh itu sarjana
yang berlainan bahasa ibunda atau bahasa pendidikan berpanjangan yang berkemungkinan
menerbitkan idea yang berbeza. Tetapi sebenarnya mereka yang berpendirian begini pun,
maksud penerbitan idea yang berhubung dengan sains jarang ditonjolkan oleh kebanyakan
orang itu, kerana citra sains begitu hebat dengan arca-arca palsunya tentang keneutralannya,
keobjektifannya atau ketiadaannya nilai dan pengaruh apa-apa dan sesiapa pun. Kepalsuan
citra ini dibicarakan berasingan dalam makalah ini. Tambahan pula ada ramai juga yang
berpendirian yang lebih merendahkan peranan bahasa sebagai penjana idea asli itu, iaitu
pendirian bahawa bahasa hanya sebagai alat komunikasi, pengungkapan dan maklumat
sahaja. Mereka inilah juga yang percaya manusia itulah pembentuk dan tuan bahasa; walaupun
Heidegger (ahli falsafah besar Jerman pertengahan abad ke-20 yang berkarya dalam
bahasanya sendiri) berhujah sebaliknya, iaitu bahasa itu pembentuk dan tuan manusia.
Hakikatnya, pandangan kedua-dua pihak ini menjadikan bahasa dan sains itu saling sokong-
menyokong, iaitu berlakunya simbiosis antara bahasa dengan sains sepanjang zaman. Ini
dibicarakan lagi dalam seksyen yang berasingan dalam makalah ini yang dikaitkan dengan
falsafah sains semasa.
Ada kecenderungan seseorang untuk berpendapat bahawa seseorang yang petah
bercakap mampu menjana idea sehingga timbul teori hubungan percakapan dengan penulisan.
Dalam matematik, isu yang hampir sama berlaku, iaitu persoalan hubungan antara simbol
dengan matematik. Hipotesisnya, pemahaman sesuatu konsep matematik memerlukan
kefasihan dalam penghayatan simbol-simbol yang berhubung dengan konsep itu, dan
penghayatan simbol-simbol ini memang ada hubungan dengan penghayatan sesuatu bahasa
asal ilmu itu, jika ilmu itu belum terperibumi (terpahat kuat dalam sanubari menerusi
kebudayaan tersendiri) bagi sesuatu bangsa. Bagi mereka yang mengetahui sejarah
perkembangan matematik atau yang mempelajari matematik yang lebih tinggi (peringkat
sarjana umpamanya) dan tidak pula taasub dengan sesuatu bahasa atau buku rujukan,
tentunya ingin membuktikan hipotesis sebaliknya. Derrida adalah sarjana yang paling terkenal
(seorang sarjana Perancis yang berkarya dalam bahasanya sendiri) dalam mengartikulasikan
teori yang menghuraikan antara lainnya, ketiadaan hubungan antara penulisan dengan
percakapan. Namun mereka yang taasub dengan sesuatu bahasa semasa yang lebih maju
daripada bahasa sendiri kerana bahasa itu banyak mendukung ilmu semasa, contohnya, bagi
Malaysia bahasa Inggeris, tentunya menerima segala simbol matematik dalam bahasa Inggeris
itu sebagai yang tidak boleh dielak lagi, dan tetap tidak menerima teori Derrida ini dan oleh itu
tetap berpendirian mahu anak bangsanya petah dengan simbol dalam bahasa Inggeris itu dan
berbahasa Inggeris sahaja (umpamanya belajar ilmu sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris itu sahaja). Ini perlu dilakukan kononnya "demi memudahkan pembelajaran dan
kemajuan bangsanya". Mereka ini jugalah (Tun Mahathir dan pengikut-pengikutnya, bagi
Malaysia) yang menyogok kepada masyarakat umum bahawa kononnya bahasa asal ilmu sains
dan matematik itu ialah bahasa Inggeris dan oleh itu lebih wajar dan mudahlah ilmu-ilmu ini
diajar dalam bahasa asalnya itu. Betapa tidak benarnya pendirian ini dibicarakan berasingan
dalam makalah ini.
Sejagatisme atau globalisme menjadi satu daripada dalih penyisihan bahasa dan lebih
am lagi kebudayaan sendiri bagi kebanyakan pemimpin negara Ketiga, termasuk pemimpin
Malaysia bermula dengan Tun Mahathir, walaupun pemimpin yang sama sering mengingatkan
pendengarnya tentang keburukan -isme ini. Betapa silapnya "kita" dengan fahaman
sejagatisme ini juga dibincangkan dalam bahagian akhir makalah ini.
Dalam makalah ini ditunjukkan secara teori, secara tidak langsung, dan secara langsung
betapa bahasa sendiri yang banyak memberi sumbangan kepada kemajuan sains sesuatu
bangsa sepanjang zaman sejarah tamadun bangsa yang berjaya pada masa dahulu, kini dan
akan datang.
1. Peranan Bahasa dalam Pembudayaan Ilmu
Tidak syak lagi satu daripada syarat perlu bagi sesuatu bangsa mencapai tahap
pencapaian yang tinggi dalam sains ialah menjadikan sains sebahagian daripada
budayanya, iaitu bangsa itu telah mengalami pembudayaan ilmu yang hebat dalam
kalangan masyarakat bangsa itu. Mengikut para bestari dan santeri adanya ilmu pada
seseorang ialah "sampainya makna pada diri" dan "sampainya diri pada makna" (Lihat
buku AI-Attas 1989/1995). Yang lebih relevan dengan pelajar ialah seseorang pelajar itu
memahami ilmu yang dipelajarinya sehingga "sampainya diri pada makna" itu kerana
itulah tahap pembudayaan ilmu; dan tahap ini boleh diistilahkan juga sebagai tahap
'jelera-nya dan berpalut-nya' ilmu pada seseorang. (Jelira dan palut ini dua perkataan
Kelantan yang membawa makna lebih dalam daripada mesra, tekal, teradun, terkamir dan
sebagainya itu). Yang lainnya hanya tahap "tidak faham", "tidak tahu", "tidak kenal" atau
"tahap lulus periksa sahaja, walaupun mungkin dengan cemerlang sekalipun". Adalah
tidak masuk akal sama sekali seseorang pelajar yang belajar dalam bahasa asingnya
boleh mencapai tahap 'jelira dan palut" atau "sampainya diri pada makna" itu. Hanya
menerusi bahasanya sendiri sahaja berkemungkinan besar tahap ini boleh tercapai.
Tahap berilmu ini perlu sebelum seseorang itu mampu berkarya atau memberi
sumbangan sendiri pula kepada ilmu kinian yang dimilikinya itu.
2. Sejarah pembangunan sains bangsa merata dunia tidak terpisah dengan sejarah
pembangunan bahasa dan begitu juga sebaliknya
Setiap negara di Eropah sebelum mencapai taraf maju yang kita kenali kini, pernah
mengalami beberapa kali perubahan dasar bahasa dalam pemindahan ilmu dan
pendidikan dalam usaha mengejar kemajuan sainsnya kerana pada masa itu bahasa-
bahasa Eropah kecuali bahasa Latin memang dianggap bahasa bertaraf rendah, bahasa
petani dan sebagainya. Ini sengaja dilupai oleh Fishman, Whorf dan Sapir dan sarjana lain
seumpamanya. Mula-mulanya, mereka memang tertarik dengan bahasa Arab kerana
bahasa Arab ialah bahasa ilmu dan lambang kemajuan sekurang-kurangnya dalam abad
ke-9M hingga ke-14M itu. Tentunya, hujah-hujah yang sama kedengaran sekarang ada
pada masa itu seperti mustahilnya penterjemahan semua ilmu ke dalam bahasa sendiri
(kerana kelemahan bahasa sendiri, lambatnya dan menanggung bermacam-macam
kosnya yang merugikan), dan demi komunikasi antarabangsa. Umpamanya, Jerman
pernah cenderung kepada menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan dalam
pendidikan anak bangsanya pada zaman Raja Frederick II, sebelum negara tersebut
mendukung bahasa asing yang lebih dekat dengan jiwanya, iaitu Latin dan Perancis,
hingga pada abad ke-18M. (Lihat Ayoob Jadwat 1984). Ternyata Jerman hanya melonjak
kemajuannya apabila bangsa itu mendengar hujah-hujah cendekiawannya yang dipelopori
oleh Leibniz (Jerman di Perancis yang berkarya dalam bahasa Perancis), agar
menggunakan bahasa sendiri, bahasa Jerman. Sesungguhnya, setiap negara di Eropah
sebelum mencapai taraf maju, juga melalui zaman kesilapan dalam pembangunan
ilmunya, iaitu tidak menggunakan bahasanya sendiri berkurun-kurun lamanya pada masa
Tamadun Islam, Tamadun Kristian, dan sehingga kurun ke-18. Mulanya mereka
menyedari keadaan ini lalu memilih bahasa yang paling dekat dengan agamanya, iaitu
Latin sehingga muncul Zaman Pe-Latin-an ilmu di Eropah dengan penubuhan pusat-pusat
penterjemahannya yang besar di ltalia, di Sepanyol, di Turki, dan di Sisilia. Mereka
berjaya sehingga mula berkarya sendiri dalam bahasa Latin hingga ke abad ke-17. Tetapi
kemudian Perancis membangunkan ilmu umatnya menerusi bahasanya sendiri dan begitu
berjaya sehingga hampir seluruh Eropah menjadi bahasa Perancis sebagai bahasa
pembangunan ilmunya sebelum masingmasing menukar kepada bahasa mereka sendiri
mulai abad ke-19.
2.2. Inggeris paling lambat menyedari perlunya mereka maju bersama bahasanya, kerana
pemimpinnya terpesona dengan kemajuan negara lain dalam bahasa lain, iaitu Latin,
Greek/Yunani dan Perancis. lni dapat menjelaskan separanya kenapa Inggeris
sebenarnya ketinggalan dalam SAKTI berbanding dengan negara-negara lain di Eropah
terutamanya Perancis dan Jerman sehingga mereka sebenarnya menterjemah ilmu
daripada dua bahasa ini sekurang-kurangnya hingga pertengahan abad ke20. Hal ini
dibicarakan lebih lanjut lagi kemudian. Orang yang terdedah kepada budaya Inggeris
sahaja yang merasai semua ilmu daripada bahasa Inggeris semata-mata kerana kita
terjajah olehnya dan kejayaan Inggeris memeribumikan (menginggeriskan) ilmu daripada
kebudayaan lain (terutamanya Perancis dan Jerman itu) dengan bebatoya dalam masa
kira-kira seabad mulai awal abad ke-19 kalau dikira sekolah dan universitinya mula ada
menawarkan mata pelajaran sains (Lihat Barnard 1968, "A History of English Education")
dan pada pertengahan abad ke19 Latin dan Greek Yunani masih menjadi bahasa wajib
di universitinya yang dianggapnya sama seperti pemimpin kita sekarang meletakkan
status bahasa Inggeris.
2.3. Kini puluhan bahasa di Eropah itu menjadi bahasa ilmu termasuk bahasa yang negara-
bangsanya berpenduduk kurang daripada 20 juta sekalipun. Jelaslah perjuangan
memajukan bangsa-bangsa di Eropah bukan menerusi kata-kata nikmat atau diktum
"maju bangsa majulah bahasa" tetapi maju bersama bahasanya masing-masing sehingga
bahasa masing-masing menjadi jiwa ilmu dan jiwa bangsa itu.
2.4. Pendeknya, negara-negara maju di Eropah kini memang pernah melahirkan pemimpinnya
(sebelum abad ke-14M) yang percaya kemajuannya hanya boleh tercapai menerusi
bahasa ilmu semasa sebelum mereka bertekad memperibumikan ilmu semasa dan
seterusnya berkarya menerusi bahasa sendiri, lalu bahasanya menjiwai ilmunya.
2.5. Jepun seharusnya dilihat sebagai contoh terdekat dalam kejayaan bahasa sendiri dalam
pembangunan sains kerana sebelum 1860 Jepun begitu terpesona dengan kemajuan
bangsa lain seperti Cina (penjajahnya yang dirasakan hebat dalam segala-galanya), Rusia
(dalam ketenteraan), Jerman (dalam sains dan kejuruteraan), Perancis (dalam undang-
undang dan falsafah) dan Inggeris (dalam ilmu-ilmu kemanusiaan yang lain). Lantas
Jepun melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa-bahasa ini untuk
beberapa ketika dalam sejarah tamadunnya. (Lihat Abdullah 1996).
2.6. Tamadun Islam muncul ketika kemajuan berada dalam bahasabahasa lain seperti Yunani,
Latin Rom, Parsi, dan India dan China tetapi menerusi ajaran Islam mereka terus
berkuantum memilih bahasa sendiri iaitu Arab sebagai bahasa pembangunan ilmu dan
ternyata begitu pantas berjaya. Selain daripada sejarah pembangunan sains dalam
Tamadun Islam itu sendiri menjadi bukti benarnya hukum pembangunan ilmu dalam
bahasa sendiri, hukum pembangunan atau pemajuan ini sebenarnya juga terkandung
dalam al-Quran seperti dalam Surah Ibrahim, Ayat 4, dan Surah Ali 'Imran, Ayat 164 yang
bermaksud "Allah tidak mengutuskan seorang rasul pun melainkan daripada kalangan
bangsanya sendiri agar mereka mudah memahami pengajaran ilmu (al-Kitab dan
hikmah)". Oleh itu dasar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di sekolah dan
di pasca sekolah adalah satu-satunya dasar dan wawasan negara Malaysia yang wajar
dipertahankan dan diteruskan jika benar-benar kita mahu menjadi bangsa yang maju yang
boleh bersaing dengan negara-negara yang sedia maju kini. Jika tidak paling-paling
baiknya bangsa kita banyak menjadi karikatur daripada karikatur komprador atau kreol
sahaja.
2.7. Pendeknya, belum ada negara-bangsa yang maju sainsnya dengan bahasa asing,
walaupun sepanjang masa memang ada individu bangsa A yang menjadi ahli sains
terkenal dalam bahasa asingnya B kerana pendidikannya sejak kecil lagi dalam bahasa
asing tersebut. Tetapi ilmuwan ini biasanya cenderung menjadi bak Si Tanggang itu
sahaja.
2.8. Eropah dan negara-negara maju lain telah menunjukkan melesetnya pandangan bahawa
penyebaran ilmu yang sedia ada mudah dilakukan dalam bahasa asal ilmu berkenaan.
Lagipun jikalaulah pandangan ini hendak dilaksanakan maka seseorang terpaksa belajar
sains dalam pelbagai bahasa kerana sains yang sedia ada kini adalah ciptaan pelbagai
bangsa dalam bahasa mereka masing-masing sahaja. Tetapi yang lebih penting lagi
andaian bahawa bahasa asal ilmu ialah bahasa dunia kini yang popular, iaitu Inggeris,
adalah andaian yang palsu yang datang dari jiwa-jiwa hamba yang tersekap mindanya
dan yang jahil sejarah sains dan matematik. Bahasa asal ilmu sains dan matematik
sekolah ialah bahasa Yunani, Arab, Latin dan Perancis. lnggeris pun belajar sains dan
matematik dalam bahasa Arab, Latin dan Perancis hingga pertengahan abad ke-18 (Sains
di sekolah hanya dimulai 1870 seperti yang dirakamkan oleh Benard 1968 itu). Saind dan
matematik pada peringkat universiti sedikit sahaja asalnya dalam bahasa lnggeris. Ambil
sahaja asas-asas penting dan asasi fizik universiti: fizik klasik asalnya hampir semuanya
dalam bahasa Latin, Perancis atau Jerman. Satu daripada unsur fizik klasik yang besar
ialah fizik Newton, sempena nama ahli sains agung Inggeris, itu pun asalnya dalam
bahasa Latin. Unsur fizik klasik yang asalnya dalam bahasa Inggeris hanyalah fizik
elektromagnet klasik kerana jaguhnya Maxwell memang lnggeris yang berkarya dalam
bahasa lnggeris kerana sudah abad ke-19. Fizik moden yang terdiri daripada teori
kenisbian, dan teori kuantum semuanya berasal daripada bahasa Perancis atau Jerman.
Tokoh yang diagungkan abad ke-20, Einstein, berkarya besar hanya dalam bahasa
Jerman. Teori-teori besar dalam matematik seperti teori set, teori fungsi, analisis, analisis
fungsian, teori pengoperasi, topologi, homotopi, dan topologi, semuanya bukan ciptaan
binaan karya dalam bahasa Inggeris tetapi Perancis, Jerman, Rusia, Belanda dan Poland.
Sesungguhnya ilmu sains dan matematik dunia sehingga peringkat universiti yang perlu
dikuasai oleh para bakal dan ahli-ahli sains dan matematik kini semuanya ilmu yang
bahasa asalnya sedikit sahaja dalam bahasa Inggeris.
3. Daya pengayaan tidak terpisah dengan bahasa ibunda pengayaan.
Hasil-hasil penyelidikan tentang daya pengayaan, oleh Thompson, Vygotsky, Ravetz dan
de Bono semuanya sejak tahun 1950an dahulu (sekadar menyebut beberapa orang
sarjana separuh kedua abad ke-20 yang banyak memberi sumbangan besar dalam
bidang pengayaan ilmu, dan dua daripadanya berkarya dalam bahasa sendiri sahaja),
menegaskan bahawa sarjana atau pereka cipta daripada berkebudayaan A mampu
mencetus karya yang berbeza dan bitara berbanding dengan sarjana atau pereka cipta
yang berkebudayaan B. Edward de Bono malah berani pula mengatakan dalam bukunya
"I am Right, You are Wrong" (1991), bahasa Inggeris bukan bahasa yang unggul untuk
berkarya. Beliau tentunya menyatakan fakta yang termanifestasi dalam keadaan ilmu
abad ini, yang menyaksikan karyakarya asli sains daripada bangsa yang bahasa
ibundanya atau yang melalui sistem pendidikan bukan dalam bahasa Inggeris sahaja.
Teori daya pengaryaan yang diutarakan oleh de Bono dan mendapat sokongan daripada
matematik (menerusi matematik sistem dinamik) ialah betapanya sesuatu idea itu terbit
daripada pertembungan pelbagai input ke dalam Minda seseorang sehingga mewujudkan
swaorganisasi yang menghasiIkan dwicabangan yang tidak terduga. Jelas teori ini mampu
menerangkan sebab seseorang yang memupuk budayanya sendiri lebih mampu
menerbitkan idea tersendiri menerusi pertembungan budaya itu dengan budaya lain lagi
(sains dari luar) yang dipelajarinya dan cuba diserap ke dalam kebudayaannya atau
"menyampaikan makna pada diri" itu.
3.2. Pendeknya, teori daya pengayaan menegaskan bahawa sesuatu umat yang cuba
menjadikan cara hidupnya menerusi pendidikan yang terserkap dengan bahasa dan
pemikiran umat lain yang mempesonakan pemimpinnya itu, tidak mungkin menjadi umat
yang lebih berdaya karya daripada umat yang mempesonakannya itu. Tidak hairanlah
Ismail alFaruqi (1982) merujuk mereka ini hanya sebagai karikatur daripada karikatur
sahaja, dan sarjana yang lain lagi menamakannya sebagai komparador, atau sebagai
kreol sahaja.
3.3. Kelainan penghayatan bahasa dan sekali gus kebudayaan itulah yang mampu melahirkan
kelainan persoalan, karya, idea, prinsip dan sebagainya. Kita perlu ramai sarjana,
cendekiawan yang menghayati bahasa dan budayanya secara bersahaja ini, dan hanya
pendidikan ilmu dalam bahasa bangsa itu sendiri sahaja yang mampu merealisasikan
perkara ini. Contoh dari Malaysia yang dihuraikan lagi di bawah ini pun membuktikan
keadaan ini.
3.4. Beberapa orang pelajar sarjana dan Dr. Fal. dalam bidang sains komputer di UKM
memperoleh kemajuan bertaraf dunia dalam alkhwarizmi yang berhubung dengan
leksikografi muncul semata-mata kerana penyelianya dipengaruhi oleh nahu bahasa
Melayu yang lain daripada lain itu dan ingin mewarnai dan menjiwai ilmu menerusi bahasa
Melayu. Pelajar penulis kertas kerja ini pula berjaya mencetuskan konsep optimum yang
baru yang berbeza daripada optimum dalam matematik dunia selama ini, dan pelajarnya
yang lain mendapat model matematik pengurusan kewangan yang baru sejak beberapa
tahun ini memberi satu lagi bukti yang nyata betapanya kepercayaan yang kuat kepada
sesuatu sistem nilai daripada cara hidup yang berbeza mampu memberi ilmu yang baru
yang boleh bersaing dengan ilmu semasa.
4. Tidak neutralnya sains: Bukan aspek penggunaannya, penerapan atau aplikasinya
sahaja.
Tidak neutralnya, atau sarat nilainya, ilmu bukan sains tabii (seperti sejarah, sosiologi,
ekonomi dan pengurusan) mungkin mudah diterima umum, walaupun itu pun tidak begitu
dizahirkan atau diamalkan dalam sistem pendidikan kita. Lain sekali persepsi umum dan
para pemimpin kita terhadap bidang sains atau lebih rendah lagi "Sains dan Matematik"
sekolah itu. Penyedaran terhadap kebergantungan kosmologi (kebudayaan atau nilai)
sesuatu bangsa dalam sains baru berjaya dilakukan dengan bergayanya dan lebih
berdaya sains hujahnya oleh sarjana Barat dan Muslim mulai 1960-an sahaja.
Penyumbang terkenalnya ialah Thomas Kuhn dengan istilah paradigma, Popper, Lakatos
dan Feyerabend (tiga orang ahli falsafah sains Barat yang terkenal pada abad ini, dan
semuanya tidak berpendidikan dalam aliran Inggeris) yang meruntuhkan falsafah sains
tradisi yang berkisar pada keneutralan sains, dan Seyyed Hossein Nasr, Ismail al-Faruqi
dan Muhammad Naquib al-Attas (tiga orang ahli falsafah sains Islam, dua yang terawal itu
tidak terdidik dalam aliran Inggeris, dan yang ketiga itu berpendidikan awal sekolah agama
rakyat aliran Melayu).
4.2. Mereka ini secara tidak langsungnya memberi bukti tentang tidak neutralnya pemilihan
atau pengecaman persoalan, matlamat penyelesaian sesuatu persoalan, pembinaan
model kepada persoalan itu, penilaian kepada model itu, dan akhirnya cara pelaksanaan
atau amalan ilmu yang diperoleh itu.
4.3. Seperti kajian ahli-ahli sosiologi ilmu pengetahuan yang diwakili oleh Ravetz (bukan
berpendidikan dalam aliran Inggeris) tahun 1970-an lagi itu, bahasa sesuatu kaum itu
memang berperanan positif bagi memajukan kaum tersebut bukan sebaliknya. Bahasa
seseorang itu, jika digunakan sebagai bahasa pengantarnya, bukan sahaja memudahkan
lagi dia menguasai ilmu yang sedia ada, tetapi memberi fahaman baru kepadanya,
menghayatinya, dan mencetuskan inovasi atau idea baru sama sekali terhadap iImu itu
lalu menjiwai ilmu itu dengan kebudayaannya dan akhirnya antara bangsalah
kebudayaan itu menerusi ilmu itu. Kuhn (dalam buku agungnya, "Struktur Revolusi Sains"
1962/1992) banyak memberi contoh berlakunya perkara sebegini dalam fizik dan kimia
yang menggemparkan dunia ilmuwan dan kecendekiawanan sejak 1962 itu. Sumbangan
sarjana sains komputer UKM dan pelajarnya dalam alkhwarismi baru leksikografi serta
sumbangan penulis dan pelajar penulis ini dalam konsep optimum dan model
pengurusan kewangan yang baru yang telah disebut di atas memberi contoh di halaman
rumah sendiri akan ketidak-neutralan "sains dan matematik" itu. lahirlah dan angkuhlah,
jika seseorang berkata "belajar sains dalam bahasa atau dari bangsa apa- apa pun sama
sahaja. Yang pentingnya kita dapat menguasainya", kononnya "tiada pilihan lagi
melainkan belajar menerusi bahasa pengantar Inggeris" dan kononnya "dengan tidak
melupakan bahasa kita, bahasa kebangsaan kita". Ini setinggi-tingginya pemikiran
lamunan sahaja atau mimpi pada siang hari sahaja.
4.4. Para pemimpin Malaysia umpamanya memang sering "sedap mulut" bercakap tentang
perlunya Malaysia maju dalam acuan sendiri (terutamanya selepas "Wawasan 2020")
tetapi dengan langkah 2003 mengInggeris pendidikan sains dan matematik sekolah dan
seterusnya nanti mulai 2005 ini dalam bidang-bidang yang sama dan berkaitannya di
Institut Pengajian Tinggi Awam, maka 'acuan' itu tentunya mereka bermaksud segi etika
dan budaya kerja sahaja, dan kononnya ini boleh berlaku. Tetapi etika dan budaya kerja
sendiri tidak akan mampu diterapkan atau diserap sebaik mungkin dalam amalan ilmu
yang asalnya dibina dalam acuan asing dan diamalkan dalam acuan (termasuk bahasa)
asing pula. Sesuatu karya baru sukar dilahirkan atau terlahir menerusi kaedah ini kerana
terikat dengan cara asing itu dan oleh itu lamalah kita mengekorinya, jika tidak selama-
Iamanya pun.
5. Kejayaan dalam pemerataan sains dalam kalangan sesuatu bangsa dan
peningkatan prestasi ilmu bagi bangsa tersebut menerusi bahasanya sendiri.
Satu daripada syarat perlu bagi kemajuan sesuatu bangsa ialah tersebar meluasnya ilmu
semasa kepada seluruh bangsa tersebut. Sepanjang zaman, perkara ini tercapai
menerusi pendidikan dalam bahasa sendiri sahaja. Sejarah kemajuan pendidikan bangsa
di Malaysia tidak terkecuali daripada hukum pembangunan ilmu ini. Pendidikan dalam
aliran Melayu telah meningkatkan tahap capaian rakyat Malaysia kepada peluang berilmu
dengan hebatnya. Kejayaan lebih daripada 5 ribu pelajar Melayu setahun (dan bukan
Melayu berganda lagi) dalam aliran Melayu memperoleh ijazah dalam aliran pelbagai
bahasa di seberang laut, terutamanya dalam bahasa yang kerajaan begitu prihatin dan
sangsi kebolehan anak Melayu, iaitu bahasa Inggeris, menyangkal tohmahan yang
kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu semakin melemahkan Melayu (atau rakyat
Malaysia amnya), tidak berdaya saing dan sebagainya itu.
5.2. Pencapaian anak-anak Melayu berbanding dengan bukan Melayu pada semua peringkat
sebenarnya jauh meningkat berbanding dengan zaman pendidikan bukan dalam aliran
Melayu dahulu, walaupun jurangnya masih luas. (Sehingga beberapa tahun yang lepas,
penulis menganggarkan setiap peperiksaan penting di sekolah di Malaysia (UPSR, PMR
dan SPM), pelajar yang mendapat 8A SPM umpamanya sekitar 1 orang pelajar Melayu
dengan 9 orang pelajar bukan Melayu; manakala pencapaian di peringkat Sarjana Muda
Kepujian Kelas I di IPT tempatan dalam sains sekitar pula ialah 1 orang pelajar Melayu
dengan 19 orang pelajar bukan Melayu). Sudah ramai anak Melayu yang berjaya
mendapat tempat di universiti-universiti terkemuka di dunia, iaitu di Amerika Syarikat,
United Kingdom, Jepun, dan Eropah, dan mereka yang beroleh ijazah kelas pertama di
sana jauh lebih ramai daripada yang di IPT tempatan. Jika pencapaian ini dicampurkan
dengan yang di dalam negara, maka jurang pencapaian Melayu dengan Cina tidaklah
seburuk yang digambarkan itu, malah mungkin sekali sama dengan jurang di peringkat
SPM itu sahaja (yang perlu diakui masih luas jurangnya). Malah sejak pelajar Melayu
tidak dihantar ke seberang laut secara besarbesaran mulai 1998 dahulu, pencapaian
kelas pertama pelajar Melayu di universiti tempatan melonjak naik sejak dua tahun yang
lepas ekoran ramai pelajar cemerlang Melayu terpaksa belajar di dalam negara ini.
Bilangannya hampir mencecah ratusan pelajar Melayu mendapat ijazah kelas pertama
setiap tahun dalam hidang SAKTl, sedangkan sebelum ini hanya sekitar 10-15 orang
sahaja. Yang jelasnya, data ini dengan jelas menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang
mengatakan kononnya pendidikan dalam aliran Melayu menjadikan Melayu semakin
lemah kerana mereka kononnya semakin tidak menghiraukan bahasa Inggeris, bahasa
yang dianggapnya menjadi kunci kepada kecemerlangan pendidikan di mana-mana
peringkat jua. Sebenarnya mereka ini lupa atau tidak sedar betapanya tahap pencapaian
Melayu dalam sains dan matematik pada zaman pendidikan dalam aliran lnggeris
(sebelum 1960-an peringkat sekolah dan sebelum 1970-an di peringkat universiti)
dahulu. Kajian bebas dari luar negara baru-baru ini pun menunjukkan bahawa UKM
(yang masih menjalankan semua kursusnya dalam bahasa Melayu mulai penubuhannya
1970 hingga 2004 ini apabila universiti tersebut juga dipaksa menukar aliran bahasanya
kepada Inggeris mulai tabun 2004 ini) adaIah universiti di Malaysia yang terbaik dalam
pendidikan kejuruteraan. Ini menunjukkan dakwaan Melayu tidak bagus-bagus dalam
pendidikan SAKTI walaupun diajar dalam bahasanya sendiri tidak tepat sama sekali.
Ramai ahli SAKTl Malaysia (termasuk Melayu) yang menang anugerah reka cipta
tahunan di Geneva setiap tahun itu terdiri daripada mereka yang terdidik dalam aliran
Melayu. Begitu juga ramainya pelajar Malaysia (termasuk Melayu juga) yang mendapat
anugerah pelajar terbaik atau penulis tesis terbaik dalam sains, hampir semuanya pelajar
aliran Melayu. Jelaslah, data emosi yang mereka pakai bagi menidakkan kejayaan
Melayu dalam pendidikan sains dan matematik menerusi bahasa mereka sendiri. Buat
selama lebih daripada 20 tahun (1957-1982) universiti di Malaysia bergaya dengan
kononnya bertaraf dunia kerana berbahasa lnggeris, dunia tidak pernah mendengar atau
menyaksikan berita seperti ini.
5.3. Hipotesis yang nampaknya semakin ditonjolkan, di Malaysia umpamanya, bahawa jurang
pencapaian sains dalam kalangan peribumi dengan yang bukan peribumi dapat
disempitkan apabila bahasa pengantar ilmu sains dan matematik dijadikan daIam bahasa
asing negara-bangsa berkenaan itu (contohnya bahasa lnggeris di Malaysia) adalah
suatu yang di luar khayalan dan kefahaman orang-orang yang tidak terpesona dengan
bahasa Inggeris. Walaupun prestasi pelajar di negara-negara maju dan negara-negara
yang menggunakan bahasanya sendiri dalam pendidikan anak bangsanya sudah
membuktikan kebaikan bahasa sendiri masing-masing seperti yang terbukti dalam
Olimpiad Antarabangsa (lihat perkara 6 dalam makalah ini), namun masih ramai yang
berdegil mahu membuktikan sebaliknya, atas desakan atau kehendak tuan pengkritik
pengkaji masing-masing itu. Memang adalah suara-suara yang menonjolkan kajian di
beberapa buah negara kononnya membuktikan pelajar belajar sains dan matematik
bukan menerusi bahasa ibundanya berpencapaian akademik yang lebih baik daripada
pelajar sebaliknya. Malah hampir semua kajian berhubung dengan hal ini (lihat
umpamanya internet 1 dan 2, Cocking dan Mastre (1988), Marsb et al. (2000) dalam
Harvard Educational Rev.) yang dilakukan di luar negara memang menunjukkan
sebaliknya. Sebenarnya sekurang-kurangnya sejak 1960-an lagi kajian menunjukkan
korelasi positif antara perkembangan sains sesebuah Negara-bangsa dengan
penggunaan bahasa sendiri negara berkenaan seperti kajian Ferguson (1962), Halliday
(1979) dan Davies (1991). Tidak ada sebab seseorang tidak mahu mempercayai kajian
ini semata-mata adanya satu dua hasil penyelidikan di Kanada umpamanya yang
menunjukkan pelajar berbahasa ibunda Perancis tidak menghadapi masalah belajar
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, malah kononnya ada tanda-tanda mereka
ini lebih baik prestasinya berbanding dengan pelajar ekabahasa. Lebih-Iebih lagi jika kita
menyedari dan menginsafi betapanya setiap negara maju sekarang (apatah lagi dahulu)
memangnya maju bersama bahasanya sendiri, setelah mereka mencuba dengan bahasa
asing dan gagal (Lihat perkara 2 di atas). Kajian di negara-negara lain termasuk di
Hongkong, Nigeria, Amerika Syarikat dan Belanda menunjukkan sebaliknya! (Lihat
internet I & 2, Cocking & Mestre 1988, dan Marsh et al. 2000). Walau apapun
kajiankajian ini melucukan sahaja kerana jikalaulah benar-benar terbukti kukuhnya hal
ini, maka orang Inggeris akan berlumba-Iumba jika kerajaannya tidak menukar dasar
pendidikannya) menghantar anaknya ke sekolah aliran Perancis dan sebaliknya, dan
orang jepun pula berlumbalumba menghantar anaknya belajar di aliran Korea dan
sebaliknya. Kajian-kajian ini jika berguna pun hanya menunjukkan seseorang pelajar
berbahasa ibunda B yang ingin diajar sains dalam bahasa asingnya A perlulah
menguasai bahasa A terlebih dahulu. Tetapi inikan suatu yang remeh dan memenuhi
deria atau indera biasa sahaja. Kajian yang dibuat di Singapura beberapa tabun dahulu
pun (internet 2) membuktikan bahawa dasar pelajar berbahasa ibunda China yang
dipaksa belajar dalam aliran Inggeris itu tidak berjaya seperti yang diharap-harapkan oleh
kerajaannya. Malah pelajar sekolah China di Malaysia masih mengatasi prestasi pelajar
China Singapura itu sehingga setiap tahun kerajaan Singapura menawarkan berbagai-
bagai insentif kepada pelajar China Malaysia lulusan sains sekolah menengah aliran
Melayu supaya menyambung pelajarannya di Singapura. Ekoran daripada itu jugalah
Singapura menghidupkan kembali beberapa buah sekolah aliran China dahulu yang telah
ditukar kepada aliran Inggeris puluhan tahun kembali kepada aliran China, kerana
katanya adalah salah mengandaikan kebanyakan rakyat Singapura boleh cemerlang
menerusi bahasa Inggeris sahaja. Isu seseorang mudah menguasai sebarang bahasa
pada masa kanak-kanak berbanding dengan masa yang lebih tua usianya memang tidak
perlu dibuat penyelidikan lagi. Tetapi bahasa amat berbeza dengan isu belajar ilmu
dalam sesuatu bahasa lain. Fakta bahawa pelajar dalam aliran bahasa sendiri sekurang-
kurangnya sehingga tamat sekolah Rendah seperti yang berlaku pada China Malaysia
amnya, memang mengatasi pelajar dalam aliran bahasa asing nampaknya sudah
menjadi hukum empirik menerusi data-data ini dan data-data daripada pertandingan demi
pertandingan yang disebut sebelum ini. Di Malaysia, pemimpinpemimpin Melayu UMNO
nampaknya percaya kepada "teori" bahawa orang Melayu lebih beroleh prestasi yang
lebih tinggi jika mereka belajar ilmu dalam bahasa Inggeris dan Kementerian Pendidikan
telah pun mengumumkan hasil kajiannya yang kononnya menyokong kepercayaannya itu
baru-baru ini. Penulis pernah mencabar keesahan kajian ini dan telah "dihukum" sebagai
anti-kerajaan atau mencemar nama baik universiti. Tetapi para pemimpin Cina Malaysia
nampaknya sentiasa tidak mempercayai teori ini dan mahu mengekalkan pendidikan
anak bangsanya dalam bahasanya sendiri sekurang-kurangnya pada peringkat sekolah.
Keanehan sikap pemimpin Melayu ini berlaku sekurang-kurangnya pada Zaman Abdullah
Munsyi lagi (awal abad ke19) seperti yang dirakamkannya dalam buku "Hikayat
Pelayaran"-nya yang terkenal itu, cuma reda suaranya antara 1970–1980-an sahaja.
5.4. Bukti kejayaan pendidikan sains dalam bahasa sendiri bagi negaranegara yang maju
telah menjadi sejarah lama yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai "kaedah lama"
yang tidak perlu atau patut diulangi lagi kerana "Dulu Lain Sekarang Lain". Bagaimana
dengan contoh zaman moden ini? Di sini penulis memaparkan bukti ini menerusi
pendidikan di Malaysia kerana ramai pihak di Malaysia mendakwa bahawa kononnya
pendidikan dalam bahasa Melayu rendah mutunya, ketinggalan zaman, merugikan
Melayu tidak mampu bersaing. memecahbelahkan rakyat dan sebagainya itu.
Sebahagiannya telah disebut dalam isu pemerataan ilmu perkara 5 di atas. Di sini
diperturunkan beberapa bukti lain lagi bagi menyangkal tohmahan ini dan sekali gus
menunjukkan kejayaan pendidikan sains dalam bahasa sendiri.
5.4.1. Dalam dunia akademik di Malaysia, selain daripada kelahiran sulung ijazah
Sarjana Muda Sains aliran Melayu pada 1974, penganugerahan ijazah Sarjana
Sains pertama dalam aliran Melayu ialah pada 1980 dan D. Fal. sains pada 1985
(kedua-duanya di UKM). Malah dalam bidang teknologi maklumat (TM), bidang
yang selalu disebut sebagai bidang yang menjadi penghalang besar kepada
kesesuaian bahasa Melayu menjadi perantaraannya, ijazah pertama
dianugerahkan pada 1979 lagi dan Sarjana ditawarkan di UTM sejak 1983 lagi.
Di UKM sahaja, sehingga 1994 seramai 247 orang beroleh ijazah Sarjana
(pelbagai bidang S & T) dan 25 orang D. Fal. (pelbagai bidang S & T), tetapi
sejak 1995 hingga kini bilangan ini berganda-ganda lagi sehingga pada konvo
2001 umpamanya UKM melahirkan 230 orang Sarjana S & T dan 30 orang D.
Fal. Dalam bidang TM sahaja pada konvo 2001, UKM melahirkan 68 orang
Sarjana dan 8 orang D. Fal. Dalam bidang perubatan sejak 10 tahun yang lepas
lagi kira 150 orang setahun UKM melahirkan Sarjana kepakaran perubatan yang
banyak juga tesisnya dalam bahasa Melayu. Dianggarkan kini sudah ribuan
berijazah Sarjana dan hampir ribu orang berijazah D. Fal. (setara dengannya)
dalam bidang SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi) dalam aliran
Melayu. Hasil-hasil penyelidikan mereka ini bertaraf antarabangsa kerana sudah
pun dibentangkan (dalam bahasa Inggeris/Melayu) di forum-forum antarabangsa
(seminar dan penerbitan). Tidak syak lagi ada tesis-tesis atau makalah dalam
bahasa Melayu itu yang dirujuk oleh para sarjana antarabangsa, sebagaimana
adanya sarjana kita yang merujuk tesis atau makalah dalam bahasa Inggeris dan
bukan Inggeris. (Data-data dalam para ini dan juga di bawah ini adalah
tambahan kepada data-data yang dipaparkan oleh Shaharir 1996)
5.4.2. Kakitangan akademik bidang SAKTI universiti-universiti di Malaysia sekurang-
kurangnya sejak 1994 lagi peratusan pemegang ijazah pertamanya dalam aliran
bahasa Melayu dari UKM sahaja pun cukup ramai, iaitu melebihi 30% (UKM 44%
bidang S & T dan 29% bidang kesihatan, UPM 24%, UTM kira-kira 46%). Kini
dianggarkan lebih daripada 50% kakitangan akademik universiti-universiti kita
terdiri daripada mereka yang sekurang-kurangnya berijazah pertamanya dalam
aliran Melayu. Mereka semuanya sudah membuktikan kehebatan pendidikan
dalam aliran bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. Sekali gus data ini
menyangkal dakwaan pihak pro-dasar penginggerisan Sains dan Matematik
kononnya ahli sains dan teknologi kita adalah majoritinya mereka yang beraliran
lnggeris. Jika ini bukan bertaraf dunia, siswazah bagaimana lagi yang
dibayangkan oleh pihak-pihak berkenaan itu?.
5.4.3. Kejayaan pendidikan aliran Melayu juga dapat dilihat dari segi kejayaan kita
mengimbangi komposisi kaum dalam pelbagai sektor selain daripada sektor
akademik, sekali gus menunjukkan kejayaan penyebaran ilmu menerusi bahasa
sendiri. Ilmu lebih berharga daripada harta dan kuasa, demikian intipati sebuah
hadis. Maka pengagihan ilmu kepada rakyat dengan era adil adalah penting dan
kita hanya membuktikan hukum yang telah terbukti sepanjang zaman, iaitu
pendidikan dalam bahasa sendiri sahaja yang mampu melakukannya. Dalam
tahun 1999, arkitek Melayu 29% (tahun 1970 hanya 4%), doktor gigi Melayu 35%
(tahun 1970 hanya 3%), doktor haiwan 43% (tahun 1970 hanya 4%), doktor
perubatan lain 37% (tahun 1970 hanya 4%), juruukur 45% (tahun 1970 tiada
datanya tetapi dipercayai tidak banyak jauhnya daripada 4% itu) dan jurutera
27% (tahun 1970 hanya 7%). Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskan SAKTI
kini kira-kira 50% orang Melayu (tahun 1970 dahulu datanya tiada, tetapi
tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu). Dalam dunia akademik dan
penyelidikan SAKTI, peratusan Melayu dikira sudah tidak seimbang lagi, iaitu
melebihi 80% kecuali kesihatan sekitar 50%, geologi sekitar 60% dan farmasi
70%. Sebenarnya semua pekerja berijazah di sektor awam dan swasta yang kini
berumur lebih daripada 40 tahun adalah mereka yang berpendidikan aliran
Melayu sekurang-kurangnya sehingga peringkat SPM dan separuh daripadanya
sehingga peringkat ijazahnya.
5.4.4. Ada pihak yang dengan jahil dan sombongnya menyatakan bahawa walaupun
pendidikan aliran Melayu melahirkan ramai Profesor Melayu dalam pelbagai
bidang yang diakuinya tidak pernah kedengaran begitu pada zaman pendidikan
Malaysia dalam aliran lnggeris dahulu, tetapi pihak ini menuduh melulu kononnya
profesor ini jaguh kampung sahaja. Data di 5.41 dan 5.4.2 di atas dan ulasan di
bawah ini sepatutnya menempelak mereka ini.
5.4.5. Satu kejayaan besar pendidikan sains aliran Melayu pada peringkat
antarabangsa ialah kejayaan Malaysia selama ini dapat melahirkan para ahli
sains yang berfikir secara nasional walaupun bekerja untuk tujuan antarabangsa
sehingga mereka ini begitu terpanggil untuk mengantarabangsakan bahasa
Melayu menerusi penciptaan istilah baru dalam bidangnya masing-masing.
Dalam bidang zoologi umpamanya, kini sudah lebih daripada 300 istilah haiwan
dalam bentuk L Y dengan L bahasa Latin dan Y bahasa Melayu daripada warna
seperti hijau, jalur, tompok, dan sebagainya (contohnya, Arthrotus Jzijau), kata
sifat seperti ajaib, cantik, lawa, indah dan sebagainya, dan daripada nama
tempat di 23 Malaysia seperti pahangi (daripada Pahang), dan nama orang
Melayu seperti ismaili (daripada Ismail). lni semua berlaku hanya dalam masa
kurang daripada 15 tahun universiti kita semua dalam aliran Melayu. Sebaliknya
untuk selama 30 tahun universiti kita dalam aliran Inggeris sebelumnya prestasi
sebegini nol tarafnya. Perincian lanjutnya dapat dilihat dalam Mohammad Salleh
(2002).
6. Pencapaian pelajar sains dan matematik (S & M) aliran dalam bahasa sendiri
meletakkan pelajar bangsa/Negara berkenaan berada pada senarai 10
bangsa/negara teratas kecuali satu-dua negara sahaja yang mungkin mengajar S &
M dalam bahasa asing.
Kita sering diwar-warkan bahawa pencapaian pelajar kita dalam sains dan matematik
akan lebih baik lagi jika pengajaran subjek-subjek itu dilakukan dalam bahasa Inggeris
atas berbagai-bagai alasan yang palsu atau tidak berasaskan data empirik seluruh dunia.
Pandangan ini menyanggah hasil kajian yang lebih boleh dipercayai atau keadaan yang
lebih diyakini lagi sejak puluhan tahun dahulu lagi, iaitu berdasarkan kedudukan
pencapaian ujian sains dan matematik ke atas pelajar-pelajar sekolah daripada 32 buah
negara pilihan setiap lima tahun (kali ketiga dilakukan 1999), dan olimpiad antarabangsa
fizik, kimia, matematik dan teknologi maklumat (TM) setiap tahun. (Kini sudah berusia
hampir lebih seabad, kecuali TM).
6.2. Soalan dalam ujian-ujian antarabangsa yang tersebut di atas memang dibuat dalam
berbagai-bagai bahasa mengikut permintaan negara berkenaan, iaitu negara-negara
maju pastinya dengan bahasa mereka sendiri, dan begitu juga dengan hampir semua
negara yang sistem pendidikannya dalam bahasa kebangsaannya sendiri. Keputusan
setiap kali ujian ini ialah pelajar sekolah dan negara maju berbangsa berbahasa Inggeris
sekalipun (Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan sebagainya) mendapat
kedudukan yang rendah-rendah sahaja (ke bawah daripada ke-10 hingga ke-20-an pun)
dan pelajar dari negara yang sains dan teknologi tidak diajar dalam bahasa asing
mendapat kedudukan corot sahaja. Malaysia pertama kali dipilih masuk dalam ujian ini
dalam ujian 1999 dan ternyata dapat mengatasi semua negara yang dipilih di ASEAN ini
kecuali Singapura, malah mengatasi beberapa buah negara maju bangsa Inggeris/Anglo-
Saxon. Pelajar Malaysia itu belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, Mandarin
atau Tamil.
6.3. Keputusan Olimpiad Antarabangsa dalam matematik, fizik, kimia, biologi dan teknologi
maklumat menunjukkan daripada 10 negara teratas itu sekurang-kurangnya 8
daripadanya negara ya ng pendidikan sains dan matematiknya adalah dalam bahasanya
sendiri. Umpamanya, dalam matematik (M), IM02003 tiada sebuah negara pun daripada
10 negara teratas yang pesertanya belajar matematik dalam bahasa asing. Manakala
IM02002 dan M02001 hanya sebuah negara sahaja berada dalam kumpulan 10 atas
yang matematiknya mungkin diajar dalam bahasa asing negaranya (iaitu India, itu pun
masing-masingnya di tempat yang ke-9 dan ke-6 (selepas Kazakhstan dan
Korea=Bulgaria). Bagi IM02002 dan IM02001 hanya sebuah negara sahaja berada dalam
kumpulan 10 atas yang matematiknya mungkin diajar dalam bahasa asing negaranya
(iaitu India, itu pun masing-masingnya di tempat yang ke-9 dan ke-6 (selepas Kazakhstan
dan Korea=Bulgaria). Negara-negara yang berada dalam 10 atas dalam pertandingan
matematik selama 10 tabun ini (mengikut abjadnya) Am. Sya., Australia, Belarus,
Bulgaria, China, Hungary, India, Iran, Israel, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Jerman,
Kirgyz, Lithuania, Romania, Rusia, Taiwan, Turki, Ukraine, U.Kingdom, Yugoslavia, dan
Vietnam.
Dalam Biologi (M), IB02003 yang menariknya Thailand mendapa tempat pertama dan dalam
10 negara teratas hanya Singapura sahaja; (mendapat nombor 5 yang sama dengan Korea
Selatan) yang pastinya belajar ilmu berkenaan (Biologi) dalam bahasa asingnya (Inggeris), dan
sebuah lagi (India mendapat nombor 6) mungkin juga dalam bahasa asing. Dalam IBO 2002,
terdapat hanya sebuah negara yang pelajarnya diajar sains dan matematik dalam bahasa
asingnya, iaitu Argentina yang mendapat nombor 8 tetapi berkongsi kedudukan ini dengan 4
buah negara lain yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri. Dalam IBO2001
pula hanya dua buah negara, iaitu India (itu pun nombor 8, selepas Thailand, Taiwan, Belarus,
Iran, Korea, China, dan Krygystan) dan Singapura (itupun nombor 9) yang berada dalam
senarai 10 atas dan calonnya belajar Matematik sekolah dalam bahasa asing (lnggeris).
Negara-negara yang berada pada 10 tempat teratas dalam masa 10 tabun yang lepas ialah
Am. Sya., Argentina, Australia, Belanda, Belarus, Bulgaria, China, Czekoslovakia, Estonia,
Finland, India, Indonesia, Iran, Ireland, Jerman, Kirgyz, Korea Selatan, Latvia, Mexico, Poland,
Romania, Rusia, Singapore, Taiwan, Thailand, Turki, Ukraine, U.Kingdom, Uzbekistan, dan
Vietnam.
Dalam Fizik, IPh2003 tiada sebuah negara pun daripada 10 negara teratas yang belajar fizik
dalam bahasa asingnya, kecuali mungkin India yang mendapat nombor 4. Dalam IPhO2001
mungkin hanya sebuah negara, iaitu India (itu pun nombor 4, selepas Rusia, Iran dan Belarus)
yang berada dalam senarai 10 atas dan calonnya mungkin belajar fizik dalam bahasa Inggeris.
Dalam bidang Fizik ini, negara-negara yang berada di kedudukan 10 teratas dalam masa 10
tahun yang lepas ialah Am. Sya., Australia, Belanda, Belarus, Bulgaria, China, Czekoslovakia,
Hungary, India, Indonesia, Iran, Italia, Jepun, Jerman, Korea Selatan, Poland, Romania, Rusia,
Slovakia, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turki, Ukraine, U. Kingdom, Yugoslavia, dan Vietnam.
Dalam Kimia, ICO2002, terdapat 2 buah negara, iaitu India (itu pun nombor 5 tetapi sama
dengan Czek dan Turki), dan Singapura (nombor 6 yang sama dengan Thailand). Senarai
Negara yang berada di kedudukan 10 teratas dalam tempoh 10 tahun yang lepas ialah Am.
Sya., Argentina, Australia, Austria, Belarus, Bulgaria, China, Croatia, Czekoslovakia, Estonia,
Hungary, India, iran, Jerman, Kanada, Korea Selatan, Norway, Poland, Rusia, Singapura,
Slovakia, Taiwan, Thailand, Turki, Ukraine, dan Vietnam.
Dalam Teknologi Maklumat atau informatik, IOI2003 hanya sebuah negara sahaja dalam 10
negara teratas yang pelajarnya belajar dalam bahasa asing (iaitu Argentina yang mendapat
nombor 9 tetapi itu pun bukannya dalam bahasa Inggeris dan besar kemungkinan calonnya
bukan peribumi Argentina). Dalam IOI200 I, hanya sebuah negara yang berada dalam senarai
10 buah negara atas dan calonnya belajar dalam bahasa asing negaranya, iaitu Afrika Selatan
(nombor 6, selepas Rumania, China, Belanda dan Rusia, tetapi ternyata calon dari Afrika
selatan itu berketurunan Anglo-Saxon). Senarai Negara yang mendapat kedudukan 10 tempat
atas dalam tempoh 10 tahun yang lepas ialah Afrika Selatan, Am. Sya., Argentina, Austria,
Belarus, Bulgaria, China, Croatia, Czekoslovakia, Denmark, Estonia, Finland, Hangary,
Hesgovinia, Hong Kong, Indonesia, Iran, Ireland, Israel, Jerman, Kanada, Korea Seiatan,
Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Taiwan,
Thailand, Ukraine, Yugoslavia, dan Vietnam. Fakta hasil pertandingan olimpiad ini boleh
didapati di internet dengan menaip "lntemational X Olympiad" dengan X itu digantikan dengan
subjek berkenaan. Fakta-fakta ini sepatutnya menyedarkan kesalahan anggapan para
pendukung dasar bahasa-bahasa dalam pembangunan sains bangsanya.
7. Majoriti pemenang Hadiah Nobel sains adalah mereka yang berpendidikan dalam
bahasa sendiri.
Pemenang Hadiah Nobel terdiri daripada pelbagai individu yang berpendidikan sains
dalam bahasanya sendiri, malah ada yang langsung tidak tahu berbahasa asing semasa
berijazah pertama di negaranya sebelum berhijrah ke AS umpamanya. Umpamanya,
sejak Hadiah Novel diadakan 1900 hingga 2003 seramai 138 ahli fizik dunia menerima
hadiah ini dan hanya 59 orang daripadanya secara rasminya dikatakan dari Amerika
Syarikat (A.S) dan United Kingdom (UK). Memanglah yang teramainya dari AS, iaitu 40
orang tetapi itu pun bukan semuanya bahasa ibundanya lnggeris malah ada yang
belajar sains dan matematik dalam bahasanya sendiri setengahnya hingga ke peringkat
D.Fal. Pemenang yang kedua teramainya ialah dari Jerman, iaitu 24 orang diikuti oleh
UK 20 orang (termasuk seorang dari Pakistan dan seorang dari Hungari), Russia 9
orang, Perancis 8 orang, Belanda 7 orang, Italia 5 orang, Sweden, Switzerland dan
Jepun masing-masingnya 4 orang, China dan Denmark masing-masingnya 3 orang,
Austria, India (Prof. Raman satusatunya pemenang Hadiah Nobel 1922 belajar sains
dan matematik dalam bahasa Tamil hingga peringkat yang setara dengan STP), dan
Ireland, masing-masingnya 1 orang. Pemilihan pemenang Hadiah Novel memang
terkenal memihak kepada AS dan Yahudi, tetapi kerana kehebatan sarjana bukan
Yahudi dan bukan dari AS itu agak luar biasa maka mereka tidak dapat diabaikan begitu
sahaja sehingga munculnya statistik pemenang Hadiah itu seperti di atas itu
7.2. Yang memajukan sains di AS itu bukannya semuanya individu yang berpendidikan sains
dalam bahasa Inggeris tetapi banyak individu yang berpendidikan sains dan matematik
dalam bahasa-bahasa bukan Inggeris di Eropah, China dan Jepun (dengan
penghijrahan beramai-ramai sarjana dari Eropah selepas Perang Dunia II, sarjana Blok
timur selepas runtuhnya tembok Berlin dan sarjana-sarjana dari negara-negara ketiga),
sekurang-kurangnya hingga pada peringkat sekolah. Selain itu segala teknologi
terutamanya yang bukan ketenteraan masa kini seperti kereta, mesin, alat komunikasi,
dan lain-lain hampir semuanya bukan rekaan bangsa yang berpendidikan sains dalam
bahasa Inggeris. Sarjana-sarjana yang disebut dalam makalah ini pun jumlah besarnya
tidak berpendidikan dalam aliran bahasa asingnya (Inggeris umpamanya). Memanglah
tiada rasionalnya orang yang mengatakan "kita tiada pilihan untuk maju dalam sains dan
matematik melainkan menerusi bahasa Inggeris?". IImu Sains dan Matematik sekolah
itu lebih hampir semuanya bukan asalnya dalam bahasa Inggeris (lihat perinciannya di
bawah). Hanya atas kejumudan fikiran dan miopia seseorang sahajalah yang sanggup
mengatakan umpamanya pendidikan sains dan matematik sekolah dalam bahasa
Inggeris andaian yang paling baik kerana kononnya itulah bahasa asal iImu-ilmu itu.
8. Individu terkaya di Dunia dan Negara yang semakin menuju ke taraf "negara maju"
atau lebih berjaya dalam pelaksanaan dasar ekonomi dan sosial ialah negara yang
berpendidikan sains dan matematik dalam bahasanya sendiri.
Lihat sahaja Negara Ketiga yang telah pun memilih bahasa asingnya (Inggeris, atau
bahasa-bahasa penjajahnya yang tersendiri seperti Perancis, Portugis, Sepanyol dan
sebagainya, sejak negara-negara ini merdeka lagi, sebahagian besarnya di sekitar
tahun 1950-60-an mendapat kemerdekaan juga, tetapi hanya beberapa buah
daripadanya memilih bahasa sendiri sebagai bahasa pendidikan sainsnya, umpamanya
bagi Malaysia sehingga 2003. Abdullah Hassan (1996) telah menonjolkan, laporan Bank
Dunia 1993 tentang perkembangan ekonomi Asia-Pasifik yang menunjukkan Filipina
(negara yang tidak menjadikan bahasa sendiri dalam pendidikan sains dan matematik
bangsanya) berada ditahap yang paling lembab kadar pertumbuhan pengeluaran per
kapit bangsanya, dan pertumbuhan ekonomi negara-negara di Asia-Pasifik yang
berbahasa sendiri dalam pendidikan sains dan matematik anak bangsanya adalah
paling tinggi kadarnya. Abdullah Hassan juga, menonjolkan laporan majalah Fortunes
Ogos 1995 yang menyatakan 50 ( buah korporat multinasional, 149 daripadanya milik
bangsa Jepun, 289 daripadanya memang tidak menggunakan bahasa sendiri dalam
pengurusan induknya tetapi bukannya bahasa Inggeris. Abdul Rahman (2003)
menonjolkan prestasi ekonomi NIB Generasi Pertama (Negara lndustri Baru yang terdiri
daripada Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura) yang pernah mendapat
jolokan "Harimau Berkepala Naga" dan NIB Generasi Kedua (Malaysia, Thailand dan
Indonesia tetapi tidak pula mendapat jolokan apa-apa seperti "Harimau Berkepala
Garuda" umpamanya) berbanding dengan negara-negara lain dalam tempoh 1965-1990
iaitu purata 6% setahun bagi NIB, 2.4% bagi negara Asia Timur lain dan OECD, 1.9%
Asia Selatan, 1.8% bagi Negara-negara Timur Tengah dan Mediterranean, Amerika
Latin dan Kepulauan Caribbean, 0.3% bagi negara-negara Afrika Sub-Sahara. Tidak
hairanlah juga ekonomi NIB tumbuh 2 kali ganda lebih pesat daripada ekonomi
kelompok Negara lain di rantau yang sama kecuali China; 3 kali ganda Iebih pesat
daripada ekonomi Amerika Latin dan Asia Selatan, dan 25 kali ganda lebih pesat
daripada ekonomi Afrika Sub-Sahara. Sejak beberapa tahun ini pula negara Cina Besar
itu pula menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang mengagumkan dunia iaitu antara 8-
10% setahun yang mungkin layak digelar NIB Generasi Ketiga yang barangkali patut
mendapat timangan Naga sahaja. Ini semua berupa indeks kemajuan yang ada
hubungan dengan bahasa pengantar pendidikan sains dan matematik. Segi pengagihan
pendapatan, pengurangan kadar kemiskinan, dan peningkatan jangka hayat Abdul
Rahman (2003) juga menonjolkan data-data yang dipetik daripada laporan Bank Dunia
1993 seperti berikut:
8.2. Lihatlah juga kajian Amritya Sen seorang pemenang Hadiah Novel ekonomi 1997 yang
memberi analisis dalam bukunya "Development as Freedom" (Pembangunan sebagai
Kebebasan) 1999, betapanya dasar ekonomi yang sama diamalkan di India dan di
China pada tabun 1980 dahulu tetapi China lebih berjaya daripada India. Beliau
berpendapat hal ini berlaku kerana sistem pendidikan elitis di India (bahasa pengantar
Inggeris, sekurang-kurangnya pendidikan pasca-sekolahnya) tidak memungkinkan ramai
penduduk India mencapai tahap pendidikan yang sepatutnya bagi menjayakan program
pembaharuan itu dan sebaliknya berlaku di negeri China. Beliau juga memberi data-data
yang meyakinkan betapanya pelbagai lahap jenis kebebasan yang dijadikan sebagai
kayu ukur pembangunan itu bergantung kepada sistem pendidikan yang merata, dan
kemerataan pendidikan ini jelas diwarnai oleh bahasa pengantarnya.
9. Hubungan pembangunan sains sesebuah negara-bangsa dengan industri
perbukuan dalam bahasa sendiri.
Tahap perindustrian buku dalam bahasa sendiri memang patut dijadikan indeks negara
maju. Ini sebagai tambahan kepada indeks yang berdasarkan pada bilangan ilmuwan
selaksa penduduk, bilangan makalah ilmiah per tahun, bilangan reka cipta yang dipaten
per tahun, peratusan pelajar sekolah yang memasuki IPT dalam jurusan SAKTl (sains
kesihatan, kejuruteraan dan teknologi) dan peratusan peruntukan negara daripada KDK
yang dikhaskan untuk Penyelidikan dan Pembangunan SAKTI. Dalam sebuah tinjauan
yang dibuat tentang penerbitan buku ilmiah dalam bahasa Arab seluruh negara
berbahasa ibunda Arab (Timu Tengah dan Afrika Utara) mendapati penerbitan buku
dalam bahasa Arab dalam masa setahun hanya puratanya sama dengan sehari
penerbitan di Sepanyol sahaja. Tidak hairanlah ilmu di negara-negara di Timur tengah
dan Afrika Utara ini jauh ketinggalan berbanding dengan ilmu di Sepanyol (malah
Sepanyol menjadi satu daripada bahasa sains yang besar di dunia dengan
pengagumnya (sebagaimana kita mengagumi Inggeris) hampir seluruh negara di
Amerika Selatan (yang hampir semuanya berpendidikan SAKTl dalam aliran bahasa
Sepanyol dan mundur-mundur belaka, malah lebih mundur daripada Malaysia).
Industri perbukuan dalam bahasa Melayu di Malaysia, pencapaiannya
memanglah tidak memuaskan, iaitu sehingga 1995 hanya ada 1073 buah buku SAKTI
peringkat universiti, iaitu kira-kira 80 buah setahun sahaja (Lihat Shaharir 2002).
Keadaan ini sering menjadi satu daripada dalih pihak-pihak yang cita lnggeris untuk
meninggalkan dasar pendidikan aliran Melayu. Negara-negara maju di Eropah tidak
dijadikan teladan dan seterusnya mengkaji bagaimana industri perbukuan dalam bahasa
mereka dan apakah langkah-langkah yang belum diambil. Yang jelasnya, dasar industri
perbukuan dalam bahasa Melayu Malaysia amat lemah dan perlu diperbaiki segera
tetapi memerlukan iltizam dan kudrat politik yang kental. Yang jelasnya juga, pendidikan
SAKTl dalam bahasa lnggeris sepenuhnya nanti (tahun 2005) tidak akan memperbaiki
industri 32 perbukuan Malaysia, malah akan memerosotkan lagi kerana Malaysia akan
menjadi lebih rakus dan selesa menyanjung karya dari luar negara sahaja (khususnya
karya dalam bahasa Inggeris), menjadi pengguna setia tanpa soal sahaja. Inilah yang
terbuktinya pada zaman Universiti Malaya dikatakan berada pada "zaman gemilang"-
nya dalam bahasa Inggeris dahulu! Khazanah ilmu ciptaan para sarjana sains Malaysia
dalam tempoh 30 tahun universiti tersebut bergaya dalam bahasa Inggerisnya tidak
menghasilkan rakaman ilmunya dalam bahasa Inggeris sekalipun kerana mereka sudah
berpuas hati dan mengagumi ilmu dalam bahasa Inggeris dengan penuh inferior sahaja.
Ada pandangan rambang yang menyatakan pembangunan sains sesebuah
negara tidak mungkin melalui penterjemahan kerana bidang sains kini dikatakan
berkembang dengan pantasnya (setiap hari ada penemuan baru, dan ratusan
penerbitan makalah dan buku baru yang semuanya. dalam bahasa Inggeris). Maklumat
apa pun menerusi teknologi maklumat (TM) yang begitu banyak dan pantas hampir
semuanya dalam bahasa asing (Inggeris terutamanya).
Pandangan ini tidak berasaskan sejarah pembangunan sains negaranegara
maju semasa. Negara maju sekarang bukan sahaja melalui zaman penterjemahannya
masing-masing tetapi juga masih pun membuat terjemahan kerana ilmu dalam bahasa-
bahasa lain daripada bahasanya sendiri sentiasa maju dengan hebatnya. IImu dalam
bahasa Inggeris itu bukan asalnya dalam bahasa itu kerana sekurang-kurangnya
sehingga awal abad ke-20 ilmu sainsnya adalah hasil terjemahan sarjananya daripada
terutamanya bahasa Arab, Latin, Perancis dan Jerman, walaupun banyak juga daripada
bahasa Belanda, Italia, Rusia dan Jepun. Tidak syak 33 lagi satu daripada sebabnya
sains di Alam Melayu ini lembah ialah kerana Tamadun Melayu sejak Tamadun Funan,
Campa, Srivijaya dan Melaka hingga kini belum melalui zaman penterjemahan ilmu
sebagaimana tamadun-tamadun besar lain seperti zaman terjemahan yang bebat di
Eropah yang berpusat terjemahan Toledo pada Zaman Pertengahan Eropah dan Bait al-
Hikmat pada Zaman Tamadun Islam. Malaysia baru sahaja menubuhkan Institut
Terjemahan Negara pada tahun 1996, tetapi belum pun sempat menjalankan misinya,
Malaysia menukar dasar bahasa pembangunan sainsnya kepada bahasa Inggeris!
Indonesia, sebagai warisan Tamadun Melayu, juga tiada institut terjemahannya.
Terjemahan memang dilakukan secara pilihan sahaja, dan ini yang perlu dilakukan.
Pelajar kita dalam aliran Melayu selama ini pun memang boleh membaca karya dalam
bahasa Inggeris, jadi tidak timbul mereka ketinggalan maklumat dan sebagainya.
Pandangan yang sering kedengaran bahawa ilmu kini berubah begitu pantas sehingga
tidak mungkin dikejar menerusi terjemahan adalah pandangan yang pincang. Sains
yang diajar di sekolah dan universiti peringkat ijazah pertama tidak mengalami
perubahan pantas sebagaimana yang digambarkan oleh orang dalam bidang TM
(teknologi Maklumat) di pasaran itu. Sains berubah mengikut skala puluhan tahun. Sains
yang diajar di sekolah sekarang masih lagi sains ciptaan kurun ke-17 dan ke-18.
10. Sejagatisme dan pendidikan sains dan matematik
Bagi kebanyakan "kita", sejagatisme ialah suatu fenomenon baru akibat teknologi
maklumat (TM) dan berkuasanya Barat Amerika Syarikat dan sekutunya, sehingga
kononnya memaksa kita berubah kepada sikap dokongan kita kepada bahasa Inggeris
dalam segala aspeknya, walaupun jika kita terpaksa meninggalkan kebudayaan kita
sendiri. Gambaran yang disogok kepada rakyat jelata kita bahawa seluruh dunia
berubah begini. Sebenarnya, tidak! Runtuhan Tembok Besar Berlin dan komunisme
hanya memberi peluang negara-negara yang dahulunya di bawah kongkongan Rusia,
kini merdeka dan menonjolkan kebudayaannya tersendiri. Kekalahan teruk Arab dalam
ketenteraan (yang menakutkan umat Islam itu) tidak pula menjadikan Arab semakin
keinggerisan, malah salah satu daripada sebab orang Malaysia makin kurang berminat
belajar perubatan di Mesir ialah kerana penekanan kepada bahasa Arab dan Islam
dalam kursus itu semakin meningkat. Bahasa rasmi Kesatuan Eropah yang kini
berjumlah 20 orang ahlinya itu ialah bahasa masing-masing negara anggota itu,
walaupun dijangka kemungkinan besarnya nanti dapat dikurangkan kepada separuh
daripadanya sahaja. Di United Kingdom, bahasa Wales dan Skotland (berasaskan
bahasa peribumi daerah itu, iaitu Seltik) semakin dihidupkan dan digemburkan dalam
kehidupan hariannya dan sistem pendidikannya, sekurang-kurangnya pada peringkat
tadika dan sekolah. Bahasa sains dunia tidak berubah ke arah bahasa lnggeris sahaja
sehingga terjemahan buku dan makalah daripada bahasabahasa sains lain kepada
bahasa Inggeris sentiasa dilakukan dengan rancaknya dengan pertolongan teknologi
maklumat. Bahasa rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu kekal seperti pada asal
penubuhannya dahulu malah dijangka akan bertambah dan masa ke masa atas
desakan negara berkenaan. Negaranegara maju yang dahulunya begitu taasub dengan
bahasanya sahaja, terutamanya Amerika Syarikat dan United Kingdom semakin
menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa besar lain seperti Arab, China,
malah Melayu dan India, bagi tujuan ekonomi dan politiknya. Dasar pendidikan di
negara-negara ini pun semakin membenarkan pendidikan menerusi kebudayaan
masing-masing sekurang-kurangnya pada peringkat tadika dan sekolah rendah.
Singapura, bukan sahaja semakin mengakomodasikan pendidikan sekolah dalam
bahasa Cina (atas alasan yang diburaikan dalam makalah ini sebelum ini) tetapi juga
menawarkan kursus Sarjana Sains Pengurusan dalam bahasa Cina atas alasan
sejagatisme. Syarikat Microsoft giat menterjemah segala produk hebatnya dalam
pelbagai bahasa di dunia atas alasan sejagatisme. Pendeknya reaksi kita kepada
sejagatisme dan kemajuan teknologi maklumat begitu berlainan daripada reaksi banyak
negara lain yang semakin menuju ke arah multibudaya dan menonjol budaya sendiri.
Kita nampaknya semakin merendah atau mematikan budaya sendiri dan menuju ke arah
eka-budaya, budaya Inggeris.