Transcript
Page 1: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

CTU 231 PERAKAUNAN ISLAM

PERAKAUNAN ISLAM – SATU SOROTAN SEJARAH

Page 2: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

ZAMAN AWAL DAN PERKEMBANGAN

Page 3: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Zaman

Purba

• Penemuan simpanan rekod perakaunan terawal yang di percayai wujud pada zaman Assyria, Sumeria dan Mesir Purba sejak 3500 SM

• Papyrus (kertas) dan Cala mus (pen) di gunakan dalam urusan perekodan.• Pada tahun 1340, Rekod catatan bergu di temui di dalam sebuah buku akaun

Messari di bandar Genoa.• Luca Pacioli di gelar sebagai Bapa Perakaunan kerana beliau merupakan orang

pertama yang mendokumentasikan sistem catatan bergu dalam bukunya yang berjudul “Summa de Arithmetica, Geometria, Proportioni et Proportionalita”

Zaman

Jahiliah

• Perakaunan pada zaman jahiliah muncul secara tidak langsung di mana masyarakat jahiliah menjalankan aktiviti jual beli.Namun, aktiviti jual beli yang di jalankan adalah berlandaskan riba.

Page 4: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

ZAMAN RASULLULLAH

Nabi Muhammad telah menceburi bidang perniagaan di usia yang muda. (sirah nabi) Ketika Nabi Muhammad S.A.W memerintah madinah, baginda tidak mencipta mata wang sendiri tetapi menggunakan mata wang dinar kerajaan Bayzantin dan Dirham kerajaan Sasanid Parsi. Pada zaman pemerintahan Abdul Malik Bin Marwan pada 65h, barulah mata wang Negara Islam dicipta.

Abu Musa’ Al-Asya’ari mengeluarkan laporan bahawa kenyataan ini telah direkodkan oleh At-Tirmidzi dalam Jami’-nya Ibnu ‘Asakir dan beberapa ahli hadis yang lain, buat kali pertama Nabi Muhammmad telah mengikuti rombongan dagang ialah ketika berusia sekitar 12 tahun iaitu dari kota Makkah menuju ke Syam yang jaraknya dalam 900KM.

Page 5: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Rasullullah S.A.W telah mengarahkan supaya catatan di buat kepada penerimaan dan perbelanjaan harta zakat dan sedekah.(catatan beregu)

Nabi Muhammad S.A.W juga menggunakan timbangan Mekah dan sukatan Madinah supaya pembayaran zakat lebih jelas menggunakan piawaian dinar dan emas

Dokumen yang di gunakan juga mempunyai objektif dan elemen yang sahih untuk membuktikan bahawa setiap transaksi yang berlaku adalah berlandaskan kebenaran dan memiliki ukuran nilai yang betul

Pada zaman Rasulluallah S.A.W ilmu 'simpankira' dianggap sebagai satu yang amat perlu dan menjadi syarat di dalam pentadbiran zakat, jualbeli dan sebagainya

Page 6: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah Ayat 282 yang bermaksud :

‘Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.

Jual beli kaum arab mempunyai pelbagai cara. Namun, Nabi Muhammad S.A.W hanya membenarkan sesetengah cara jual beli yang lama yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip perniagaan dalam syariat islam. Baginda juga menegah sebarang urusan jual beli yang melanggar tuntutan syarak.seperti Riba, Penipu ,Gharar, Rasuah (*)

Page 7: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

ZAMAN UMAR AL KHATTAB• Penubuhan jabatan khusus yang di panggil “Diwan” (menguruskan hal

ehwal perakaunan) untuk membuat catatan semua harta yang di perolehi dan yang di belanjakan.

• .Penubuhan Diwan yang berkaitan dengan kutipan cukai kharaj (*) dan cukai-cukai lain.

• Semua aktiviti akan di rekod dengan jelas seperti yang di laksanakan dalam pengurusan asset di Baitul Mal. Segala aktiviti kewangan direkod dalam buku catatan harian dengan meletakkan tarikh, haribulan dan tahun.

• Setiap akaun yang di sediakan perlu di audit oleh pegawai yang lebih tinggi (*) dan setiap perubahan wang perlu di beri penjelasan. Ketetapan ukuran juga sangat di titik beratkan untuk mewujudkan keadilan dan keharmonian dalam masyarakat.

• Sistem pembahagian zakat juga di rekod untuk memastikan segala urusan keluar masuk wang di kawal dengan lebih sistematik dan adil serta telus.

Page 8: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

ZAMAN KERAJAAN UMAIYYAH DAN ABBASIYAH

Zaman Ummaiyah dan Abasiah di mana pada zaman ini islam berada di puncak ketemadunan disebabkan oleh islam menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan, perluasan kuasa, kaedah percukaian , perdagangan antarabangsa dan pengurusan baitulmal. Terdapat banyak kitab-kitab yang menulis mengenai riba, percukaian, kewangan dan lain-lain.

• Al -Qalqaysandi telah memperkenalkan istilah simpan kira didalam baitulmal seperti: (mantapkan lagi)

a) Al- Wasil : Butir penerangan terperinci b) Al- Hasil : Pendapatan c) Al- Muhdir : Aliran wang masuk d) Al- Mukhrij : Aliran wang keluar

Page 9: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

• Beberapa peraturan telah diperkenalkan untuk memastikan aktiviti perakaunan berjalan dengan lancar. Antaranya adalah :

i) Semua penyata kewangan mestilah dibuat secara bertulis dengan angka yang ringkas dan jelas. ii) Setiap penyata perakaunan mestilah dilampirkan dengan dokumen yang sah iii) Semua harta hendaklah disimpan ditempat yang ditempat yang ditetapkan bagi tujuan keselamatan. iv Orang yang menguruskan semua kerja perakaunan mestilah seorang yang jujur dan amanah. v) Semua penyata perakaunan mestilah disahkan oleh pihak yang bertauliah

Page 10: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah

Kerajaan Abbasiyyah terdiri daripada orang Arab. Masyarakat yang menbangunkan Negeri Ilkhan adalah orang Monggol manakala kerajaan Uthmaniyyah oleh orang Turki. Walaupun pengasas negeri Ilkhan adalah bukan Islam, dan orang Monggol namun penjawat awam yang terlibat dalm penguruskan pentadbiran awam ialah orang Arab, Parsi dan orang Islam Turki.

Pendapat mengatakan bahawa orang Arab yang mengambil bahagian dalam mewujudkan negeri baru ini membawa struktur fiskal dan sistem perakaunan yang telah dibangunkan melalui zaman ketika Iran bersama-sama kaedah mereka dan struktur pentadbiran awam. Sistem perakaunan ini ialah kaedah Merdiban.

Ianya dapat disimpulkan bahawa kaedah perakaunan Merdiban diguna pakai di banyak negara di timur tengah, tetapi hanya di Kerajaan Abbasiyyah, Bani Ilkhan dan Kerajaan Turki Uthmaniyyah penggunaan kaedah ini dapat diillustrasikan melalui dokumen.

Page 11: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Defte

r-i T

ahvil

at:

Defte

r-i T

evcih

at:

Leja

r Har

ian

(Dai

ly Le

dger

):

Lejar ini dikenali sebagai Defter-ul Yevmiye oleh Abbasiyyah dan Ruznamce oleh Bani Ilkhan. Dalam bahasa Arab, yevmiye bermakna hari, manakala dalam bahasa Parsi ruz. Defter ialah bahasa Arab untuk lejar manakala dalam bahasa Parsi perkataan yang sama adalah namçe. Kerajaan Abbasiyyah menggunakan lejar untuk merekod perbelanjaan harian manakala Bani Ilkhan menggunakannya sama dengan ruzmançe.

Ini adalah lejar yang digunakan ketika zaman Abbasiyyah untuk merrekod perbelanjaan mengikut jenis. Ianya juga digunakan oleh Bani Ilkhan untuk tujuan yang sama. Name ersubut secara literal bermaksud “Lejar Orientasi”

Lejar ini digunakan oleh Abbasiyyah untuk merekod hasil pendapatan daripada wilayah takluk. Dalam Bani Ilkhan, lejar ini digunakan bukan sahaja untuk merekod hasil pendapatan malah untuk merekod duit yang dihantar ke wilayah takluk atau spesifik individu. Nama lejar ni secara literal bermaksud “Lejar Transformasi atau Lejar Pertukaran”.

Page 12: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Abbasiyyah mengelakkan lejar ini Hatme kerana dalam bahasa Arab Hatme bermaksud tamat. Bani Ilkhan menggelarkan lejar ini Defter-i Cami-ul-Hesap. (Lejar dimana akaun disatukan).

Lejar untuk pendapatan

dan perbelanjaan

tahunan

Page 13: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH

Kerajaan Uthmaniyyah (1299 – 1922) sentiasa berkembang ke arah barat semasa zaman pembukaan. Semasa zaman pembukaan ini, kerajaan Uthmaniyyah membayar cukai kepada kerajaan Bani Ilkhan dan ketika itu juga mereka mengkaji dan meguasai kaedah Merdiban

Kaedah Merdiban ini digunakan sebagai kaedah perakaunan negara di Timur Tengah. Oleh itu, pendapat mengatakan organisasi, institusi dan sistem perakaunan kerajaan Uthmaniyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Bani Ilkhan.

Penemuan dalam sumber Parsi menunjukkan kerajaan Uthmaniyaah mempunyai salinan manual perakaunan yang ditulis pada kurun ke-14 oleh catatan kerajaan Bani Ilkhan. Manual ini diagungkan sebagai bukti bahawa sistem perakaunan kerajaan Uthmaniyyah telah wujud sejak berzaman lagi dalam perakaunan kerajaan di timur tengah sebelum kerajaan Bani Ilkhan ke kerajaan Seljuk dan ‘Abbasiyyah.

Page 14: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

ZAMAN KEJATUHAN/KEMEROSOTAN

Page 15: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH

Selepas Tanzimat (pengorganisasian semula Turki) pergerakan ke arah barat berlaku dengan pesat berlaku. Kementerian Kewangan ditubuhkan dengan nama Umur-i Maliye pada 1838. Dengan ini Basdeftardalik, yang telah berkhidmat bagi isu kewangan bagi berkurun lamanya disingkirkan. Kerajaan Uthmaniyyah juga cenderung mengaplikasikan double-entry system ke atas sistem perakaunan dalam lingkungan konteks pembaratan yang telah memudahkan penambahbaikan kaedah baru ini.

Dalam separuh abad ke-19, buku kursus perakaunan berkaitan double-entry system mula dialih bahasa dalam bahasa Turki dan sekolah menawarkan kursus perakaunan terlah diwujudkan. Buku yang telah dialih bahasa tersebut kebanyakannya daripada Perancis

Ketika zaman ini juga, selapas satu demi satu sekolah pengurusan kontemporari diwujudkan. Salah satu sekolah kontemporari yang diwujudkan ini ialah di Istanbul pada 1857. Mekteb-i Mülkiye akhirnya menjadi Fakulti Sains Politik Universiti Ankara

Page 16: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

FAKTOR KEMEROSOTAN PERAKAUNAN ISLAM (ABAD

KE13-19)Berlaku pada zaman keagungan dan kegemilangan di mana umat islam di

limpahi dengan pelbagai kekayaan dan pada masa yang sama mereka menjadi

alpa dan terus terleka dengan hasil kekayaan yang di milikinya

sehinggakan barat Berjaya menguasai dan menakluki hasil tersebut.

Lantaran dendam yang masih terbuku oleh pihak barat berikutan kekalahan mereka dalam perang salib, mereka

bangkit dan Berjaya menakluki hampir seluruh negara.penjajahan ini berlaku

pada abad ke-15M.

Berlakunya perang saudara antara umat sesama islam kerana perpecahan negara islam kepada beberapa wilayah

kecil telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat islam.

Banyak masa terbuang dengan pergaduhan tersebut ternyata

membuka ruang kepada kuasa barat untuk menguasai negara islam

Negara islam banyak bergantung kepada orang-orang kafir walaupun mereka memiliki kekayaan sumber alam namun mereka tidak mampu

untuk mengekploitasikannya dengan baik. Kebergantungan system ekonomi yang berpihak kepada kuasa barat telah

mengakibatkan banyak negara islam miskin dan tidak dapat di bantu

Page 17: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Islam jatuh di sebabkan kebangkitan Eropah. Islam terus jatuh kerana seramai 1258 Hulagu telah melancarkan serangan ke atas kerajaan

islam di Andalus

Pusat sumber Baitul Hikmah di sepanyol di hapuskan. Bahan rujukan penting banyak

yang telah di musnahkan. Hal ini membawa kepada kemusnahan khazanah ilmu islam.

Membuka ruang kepada barat untuk menguasai khazanah ilmu islam dan umat

islam menjadikan barat pengikutnya

Barat meluaskan kuasa mereka ke negara islam dengan tujuan untuk mengaut

keuntungan daripada 13 ekonomi negara jajahan di samping menyebarkan agama

kristian.

Barat juga turut menakluki empayar

Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Kamal

Ataturk.

Page 18: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

ZAMAN KEBANGKITAN

Page 19: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

Pada 1970-an kebangkitan aktiviti ekonomi memberi impak pada isu perakaunan. Dalam ketiadaan panduan penguatkuasaan, bank Islam telah membangunkan polisi perakaunan tersendiri. Kenyataan kewangan bank Islam menggambarkan pengiktirafan hasil pendapatan yang berbeza dan perbezaan

pengkelasan dan pededahan. Semakin industri berkembang, implikasi mematuhi Syaria’ dalam perakaunan dan audit dalam institusi kewangan Islam menerima perhatian yang besar. Pembangunan konsep rangka kerja dilihat sebagai langkah penting untuk membimbing dalam membuat keputusan.

Bank Islam yang menawarkan transaksi yang mematuhi Syaria’ telah membangunkan polisi dan amalan dalam perakaunan. Mereka juga memerlukan panduan untuk

menentukan sama ada transaksi mereka mengikut prinsip Syaria’ atau tidak. Bank yang menggunakan penasihat keagamaan (perunding Syaria’ individu atau lembaga penyelia

Syaria’ – Sharia Supervisory Board – SSB)

AAOIFO (The Accounting and Auditing Organzation for Islamic Financial Institution) memainkan peranan besar dalam pembangunan IAS (Internationa Accounting Standard).

AAOIFI telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan piawaian untuk IFI (International Financial Institutes), melalui sokongan ahli institusi. Keahlian termasuk bank pusat, institusi

kewangan Islam, dan peserta lain daripada Perbankan Islam Antarabangsa dan industri kewangan sedunia.

Page 20: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

4 Objektif AAOIFI adalah:

- Pembangunan piawaian berkaitan perakaunan dan audit dan melahirkan pemikiran berkaitan

institusi kewangan Islam

- Menerbitkan polisi perakaunan dan audit yang berkaitan dengan isntitusi kewangan Islam

AAOIFI juga membangunkan, mentafsir piawaian perakaunan dan audit untuk institusi kewangan Islam

AAOIFI mempunyai hak untuk meneliti dan mengubahsuai piawaian perakaunan dan audit mengikut keperluan institusi kewangan Islam

Page 21: Perakaunan Islam – Satu Sorotan Sejarah

SUMBANGAN PEMBANGUNAN PERAKAUNAN ISLAM

Pembangunan universiti di negara Islam, terutamanya universiti yang berdedikasi untuk meluaskan kemajuan sains Islam dan aplikasi di dunia moden. Salah

sebuah contoh universiti adalah International Islamic University Malaysia (IIUM), di mana sekumpulan sarjana perakaunan memberi sumbangan kepada literasi

perakaunan Islam baru-baru ini. Ramai pengkaji Islam yang telah memberi sumbangan dalam perakaunan Islam telah belajar di negara seperti United

Kingdom dan Australia, dan literasi telah dipengaruhi oleh idea perakaunan yang berbeza.

Kelahiran karya-karya baru dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam samaada melalui usaha individu

atau kumpulan. Pada peringkat awal, bidang perakaunan tidak begitu popular kerana ia dianggap

sebahagian daripada disiplin ilmu ekonomi.

Tetapi selaras dengan perkembangan ekonomi maka disiplin perakaunan semakin hari semakin terpisah dari bidang ekonomi. Ini disebabkan skop ekonomi terlalu luas.

Perkembangan dunia perakaunan mendapat impak yang besar hasil penulisan dalam bidang ekonimi yang ditulis oleh Muhamad Baqir al- sadr pada tahun 1964 yang berjudul 'isti sodona'.

Muncullah institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (Takaful) , pajak gadai Islam dan sebagainya. Kelahiran istilah ini adalah disebabkan kemunculan model bank Islam pertama di

dunia iaitu di Mit Ghamr, Mesir pada tahun 1963. Kejayaan model tersebut membawa inspirasi kepada pemimpin Islam diseluruh dunia untuk melaksanakannya di negara mereka.


Top Related