Download - Penyertaan Awam Terkini (1)
-
1
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN PANCARAGAM NEGERI JOHOR 2013
A. PERATURAN UMUM
1. Pertandingan akan dijalankan dalam dua (2) kategori:
i. Kategori Sekolah Rendah
ii. Kategori Awam
2. Kesemua ahli pancaragam untuk kategori Sekolah Rendah termasuk drum major /majorette dan konduktor mestilah pelajar yang berdaftar di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
3. Juga kesemua ahli pancaragam untuk kategori Awam mestilah pelajar, kakitangan
serta ahli yang berdaftar secara sah didalam sesebuah kumpulan.
4. Semua bahan dalam bentuk serbuk, air, minyak dan letupan adalah dilarang
penggunaannya semasa pertandingan. Juga tidak dibenarkan melakukan aksi-aksi yang merbahaya.
5. Keluasan tapak persembahan kumpulan adalah 40 meter lebar dan 25 meter
panjang.
B. PENYERTAAN
1. Penyertaan dalam pertandingan adalah terbuka kepada semua pasukan pancaragam sekolah-sekolah dan IPTA/S di Negeri Johor dan pasukan pancaragam agensi-agensi kerajaan di Negeri Johor atau Badan Bukan Kerajaan di Negeri Johor.
2. Penyertaan adalah mengikut kategori Sekolah Rendah dan kategori Awam.
3. Penyertaan untuk kategori Sekolah Rendah dan kategori Awam adalah terbuka
kepada pasukan pancaragam secara berkumpulan yang terdiri daripada minimum 25 orang dan maksimum 60 orang ahli yang membuat persembahan semasa pertandingan termasuk drum major/majorette dan konduktor.
4. Sebuah sekolah atau persatuan serta kumpulan boleh menghantar CUMA SATU penyertaan sahaja.
C. PAKAIAN & SERAGAM
1. Pakaian khas atau seragam kumpulan untuk semua ahli pancaragam, drum
major/majorette dan konduktor hendaklah bersesuaian dan sopan. Pakaian ini, tidak mendedahkan mana-mana bahagian yang ditakrifkan sebagai sexy.
2. Tidak dibenarkan menggunakan imej-imej berkaitan mana-mana unsur politik serta
bercorak keagamaan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang ramai serta juri/pengadil.
-
2
D. ATURAN PERSEMBAHAN
1. Giliran persembahan akan dibuat melalui undian.
2. Arahan keluar dan masuk ke dalam tapak persembahan adalah mengikut yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola / Teknikal.
E. REPORTOIR DAN PERSEMBAHAN
1. Persembahan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian adalah mengikut kreativiti
masing-masing. 2. Setiap pasukan dikehendaki mempersembahkan pilihan lagu seperti berikut:-
i. Lagu Wajib : Lagu Wajib Irama Malaysia (sekurang-kurangnya 1 lagu / medly)
ii. Lagu Pilihan : Lagu Bebas
3. Lagu-lagu yang dipersembahkan hendaklah yang tidak tersenarai sebagai lagu-lagu yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia.
4. Persembahan yang mengandungi elemen-elemen tempatan seperti lagu, rentak dan
penggunaan alat muzik tempatan adalah digalakkan.
5. Semua tajuk lagu mestilah dimaklumkan/diberitahu (melalui borang penyertaan) kepada penganjur terlebih dahulu sebelum persembahan untuk pertandingan dimulakan.
F. JANGKA MASA PERSEMBAHAN
1. Setiap pasukan diberikan masa tidak melebihi 15 minit merangkumi perkara-perkara
berikut: i. Masuk ii. Penyediaan (set-up) iii. Persembahan iv. Berkemas (take down) v. Keluar
2. Masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan pancaragam adalah seperti
berikut:
Kategori Sekolah Rendah Minima : 04 minit Maksima : 06 minit
Kategori Awam Minima : 06 minit
Maksima : 08 minit
3. Pemberian markah adalah berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti di atas.
4. Penghakiman akan diberhentikan pada detik 06 minit (kategori Sekolah Rendah) dan
setik 08 minit (kategori Awam).
5. Jangka masa persembahan diambil kira bermula daripada selepas tabik hormat drum major/konduktor dan berakhir juga dengan tabik hormat drum major/konduktor (sebagai tanda persembahan berakhir).
-
3
6. Persembahan pasukan-pasukan adalah mengikut giliran yang ditetapkan dalam satu
aliran yang berterusan.
7. Cara setiap pasukan masuk ke ruang persembahan adalah seperti berikut:
i. Semasa pengumuman dibuat dan pasukan yang baru membuat persembahan mula beredar keluar, pasukan yang akan membuat persembahan mula bergerak masuk daripada tempat persediaan yang ditetapkan.
ii. Hanya bunyi ringan/lembut dram (drum) dibenarkan mengiringi pasukan yang
masuk untuk membuat persembahan.
iii. Jumlah masa yang ditetapkan kepada setiap pasukan bermula sebaik sahaja mana-mana ahli pasukan mula melepasi tanda masuk (entry point) yang ditentukan.
iv. Semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk persembahan termasuk penanda dan prop ( jika ada ) mesti dibawa bersama semasa pasukan mula masuk ke tapak persembahan.
8. Cara setiap pasukan keluar daripada tapak persembahan adalah seperti berikut:
i. Sebaik tamat persembahan, pasukan bergerak keluar daripada tapak
persembahan melalui laluan keluar (exit point) yang telah ditetapkan.
ii. Hanya bunyi ringan/lembut dram (drum) dibenarkan mengiringi pasukan keluar daripada tapak persembahan.
iii. Pasukan perlu mengemas semua peralatan untuk keluar sebaik pengacara
memberi ucapan terima kasih kepada pasukan yang baru membuat persembahan.
iv. Jumlah masa berakhir sebaik sahaja mana-mana ahli pasukan mula melepasi tanda keluar yang ditentukan.
v. Semua peralatan dan bahan persembahan mesti dibawa keluar daripada ruang persembahan.
G. ALAT MUZIK
1. Penggunaan alat muzik pancaragam adalah bebas mengikut kreativiti setiap
pasukan bertanding.
2. Penggunaan alat muzik yang menggunakan kuasa elektrik adalah tidak dibenarkan.
3. Jawatankuasa penganjur tidak bertanggungjawab untuk menyediakan sebarang alat muzik dan hendaklah dibawa sendiri oleh pasukan bertanding.
-
4
H. PEMARKAHAN
Pemarkahan berdasarkan kepada:
a) HARMONI : 25 markah
b) KUALITI TON : 25 markah
c) KREATIVITI PERSEMBAHAN : 20 markah
d) DINAMIK : 10 markah
e) IMBANGAN (BALANCE) : 10 markah
f) ATTACK / RELEASE : 10 markah
I. PENALTI
1. Persembahan yang melebihi daripada had masa maksima yang diperuntukkan akan dikenakan penalti 0.1 mata untuk setiap 3 saat masa yang melebihi had.
2. Persembahan melebihi sempadan tapak persembahan yang ditetapkan akan dikenakan penalti 0.1 mata untuk setiap kesalahan yang dilakukan.
3. Lain-lain pelanggaran syarat dan peraturan pertandingan akan dikenakan penalti 2.5 mata untuk setiap kesalahan.
J. HADIAH / ANUGERAH
1. Kategori Sekolah Rendah
Johan - RM 3,000.00 serta piala dan sijil Naib Johan - RM 2,000.00 serta piala dan sijil Ketiga - RM 1,000.00 serta piala dan sijil Saguhati - RM 300.00 mengikut penyertaan serta sijil
2. Kategori Awam
Johan - RM 5,000.00 serta piala dan sijil Naib Johan - RM 4,000.00 serta piala dan sijil Ketiga - RM 3,000.00 serta piala dan sijil Saguhati - RM 500.00 mengikut penyertaan serta sijil
3. Anugerah disampaikan dalam bentuk sijil;
Anugerah Emas - markah 80 ke atas Anugerah Perak - markah 65 ke atas Anugerah Gangsa - markah 50 ke atas
-
5
L. PARA JURI
1. Para Juri adalah daripada Penggiat Muzik yang profesional yang dipilih oleh
Jawatankuasa Penganjur.
2. Keputusan para juri adalah MUKTAMAD. TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA: 11 MAC 2013 Disediakan oleh: URUS SETIA PERTANDINGAN PANCARAGAM NEGERI JOHOR 2013 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor.
-
6
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN PANCARAGAM NEGERI JOHOR KATEGORI AWAM (Sekolah Menengah, IPTA/S, Agensi Kerajaan & Badan Bukan Kerajaan)
Nama Pasukan / Sekolah
Alamat Pasukan / Sekolah / Majikan
No. Telefon No. Faks
Nama Ketua Jabatan/Majikan
Nama Dram Major / Konduktor & No. Telefon Bimbit
Nama Pengurus Pasukan & No. Telefon Bimbit
1 2 3
Nama Ahli & No. Kad Pengenalan (bagi pelajar IPTA/S, sila nyatakan nombor KAD PELAJAR)
Sila lampirkan bersama cap sekolah pada lampiran.
Biodata Pasukan
Sila lampirkan bersama cap sekolah pada lampiran.
Tajuk Lagu
Lagu Wajib: Lagu Pilihan:
Diskripsi Persembahan
Sila lampirkan bersama cap sekolah pada lampiran.
Tandatangan Beserta Cap; Ketua Jabatan/Majikan
Tarikh Tutup Penyertaan 11/03/2013. Faks: 07-223 9413 (u/p:Cik Nekmah Bt Borhan 019-9000892)
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, JOHOR Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO No.26, Jalan Susur 5, Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin, 80200 Johor Bahru, Johor Tel: 07-224 8270 / Faks: 07-223 9413
-
7
BIL. NAMA AHLI NOMBOR KAD PENGENALAN
Pengesahan Ketua Jabatan/Majikan Cap Pasukan/Sekolah/Majikan
___________________________ ______________________ (salinan borang boleh dibuat oleh pihak tuan/puan sekiranya ruang tidak mencukupi)
LAMPIRAN NAMA AHLI DAN KAD PENGENALAN KATEGORI AWAM (Sekolah Menengah, IPTA/S, Agensi Kerajaan & Badan Bukan Kerajaan)
-
8
Pengesahan Ketua Jabatan/Majikan Cap Pasukan/Sekolah/Majikan
___________________________ ______________________ (salinan borang boleh dibuat oleh pihak tuan/puan sekiranya ruang tidak mencukupi)
BIODATA PASUKAN
Nama Pasukan / Sekolah:
LAMPIRAN BIODATA PASUKAN KATEGORI AWAM (Sekolah Menengah, IPTA/S, Agensi Kerajaan & Badan Bukan Kerajaan)
-
9
DISKRIPSI PERSEMBAHAN
Nama Pasukan / Sekolah:
Pengesahan Ketua Jabatan/Majikan Cap Pasukan/Sekolah/Majikan
___________________________ ______________________ (salinan borang boleh dibuat oleh pihak tuan/puan sekiranya ruang tidak mencukupi)
LAMPIRAN DISKRIPSI PERSEMBAHAN KATEGORI AWAM (Sekolah Menengah, IPTA/S, Agensi Kerajaan & Badan Bukan Kerajaan)