Download - Penyampaian Ceramah

Transcript
Page 1: Penyampaian Ceramah

PENYAMPAIAN CERAMAH

Disediakan oleh :Siti Khairus Yahya

Farahanahidayu RahibinNoor Shahira Mohd Rozi

Page 2: Penyampaian Ceramah

DEFINISI CERAMAH

•Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran

atau idea-idea melalui perucapan yang disampaikan secara dua hala.

•Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang

yang pakar dalam bidang tersebut.

Page 3: Penyampaian Ceramah

• Menurut Siti Hajar Abd.Aziz, ceramah ialah proses komunikasi sehala atau dua hala dan khalayak berperanan sebagai pendengar.

• Ceramah bermaksud sebagai satu komunikasi interpersonal yang disampaikan secara lisan tentang sesuatu perkara seperti ceramah tentang agama, politik, ekonomi dan sebagainya yang disampaikan oleh individu yang berkelayakan tentang bidang yang mereka ceburi.

Page 4: Penyampaian Ceramah

FORMAT CERAMAH

Pendahuluan

Isi Penutup

Page 5: Penyampaian Ceramah

FORMAT CERAMAH

Pendahuluan

•salam dan ucap selamat. Contoh: selamat pagi dan salam bagi yang beragama Islam.

•penghormatan protokol. Contoh: Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri), Yang Berhormat (wakil rakyat, senator)

• menyatakan sepintas lalu apa yang akan kita perkatakan dengan panjang lebar dalam ceramah kelak.

Isi

•Idea utama: isi-isi utama yang akan disampaikan dengan panjang lebar.

•Susunan isi: idea-idea utama perlu disusun dengan baik agar memudahkan pendengar.

•Sokongan data: menyediakan contoh-contoh yang berkaitan.

Penutup

• membuat kesimpulan keseluruhan isi.

•kenyataan untuk diingati: mengulang semula petikan-petikan yang menarik.

•penyudah bicara: merupakan noktah dalam penyampaian. Contoh: 'Sekian,terima kasih'.

Page 6: Penyampaian Ceramah

CIRI-CIRI PENYAMPAIAN CERAMAH YANG BAIK

Berpengetahuan Berkemahiran berucap Berkeyakinan Berkeperibadian dan berperawakan baik

Page 7: Penyampaian Ceramah

PRINSIP ASAS PENYAMPAIAN CERAMAH

Prinsip Asas Penyampaian Ceramah

Pengumpulan

PenyusunanPenguasaan

Gaya bahasa

Penyampaian

Page 8: Penyampaian Ceramah

• Seseorang penceramah yang berkesan hendaklah mahir mengumpul maklumat

• Maklumat yang membentuk isi ceramah diperoleh melalui pembacaan ,berdiskusi dan sebagainya.

Pengumpulan

• Maklumat yang telah dikumpulkan hendaklah disusun supaya mudah diikuti oleh audiens.

• Paling asas, sesuatu ucapan itu hendaklah jelas dari segi pengenalan, isi dan penutupnya.

Penyusunan

• Penceramah hendaklah sedaya upaya menguasai isi ceramahnya.

• Penguasaan bukan bermaksud menghafal tetapi benar-benar memahami apa yang bakal disampaikan.

Penguasaan

• Istilah-istilah yang sukar untuk difahami seharusnya dielakkan agar pendengar dapat memahami isi ceramah dengan lebih jelas.

• Sekiranya penceramah menggunakan istilah-istilah tersebut, dia haruslah mentakrifkannya dengan jelas.

Gaya Bahasa

• Gaya penyampaian penceramah juga merupakan perkara yang amat mustahak.

• Penyampaian termasuklah pengawalan suara, penggayaan bahasa badan khususnya mimik muka dan gerakan tangan, dan penampilan diri.

Penyampaian

Page 9: Penyampaian Ceramah

STRATEGI PENYAMPAIAN CERAMAH YANG BAIK

Menangani kegugupan.

Menganalisis audiens, majlis dan

diri sendiri.

Mengumpul idea dan maklumat.

Mengatur bahan ceramah.

Merancang pengenalan ceramah.

Page 10: Penyampaian Ceramah

ALAT BANTU YANG DIGUNAKAN DALAM PENYAMPAIAN CERAMAH

Mikrofon• digunakan untuk memperkuatkan suara apabila

berceramah terutama apabila menghadapi audiens yang ramai

Mikrofon stand• membolehkan mikrofon diletakkan secara statik agar

penceramah dapat menggayakan bahasa badan.

Pembesar suara• lazimnya digunakan bersama mikrofon bagi

membesarkan volume suara.

Postrum• merupakan tempat untuk meletakkan nota-nota dan

segelas air (sekiranya disediakan)

Komputer riba• digunakan untuk membantu penceramah bagi

memperjelaskan isi ceramah kepada audiens.

Projektor• digunakan bersama komputer riba bagi menayangkan

apa yang terkandung dalam persembahan slaid.

Overhead projektor (OHP)

• sudah jarang digunakan pada masa kini. Walaubagaimanapun, alat ini masih boleh membantu para penceramah menerangkan isi ceramah dengan lebih jelas.

Risalah• lazimnya diedar apabila ketiadaan alat bantu visual.

Risalah yang diedarkan mestilah berkaitan dengan topik ceramah yang disampaikan.

Page 11: Penyampaian Ceramah

Contoh Teks Ceramah


Top Related