Download - Penulisan Berita dalam Media Cetak
Penulisan Berita dalam Media Cetak
1
Tempoh hayat sesuatu
keluaran akhbar harian ialah
24 jam sehari. Oleh kerana
itu, wartawan berdepan
dengan dua tugas utama dan
penting iaitu menulis dan
mengedit berita tulisannya.
2
Penulisan berita dalam media cetak merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk:-
1.Laporan berita
2.Rencana dan
3.Ulasan berita
3
1. Laporan Berita
Laporan berita adalah laporan yang
faktual (mempunyai fakta; bukan
rekaan atau dongengan), baharu dan
menarik minat untuk orang
membaca, mendengar dan
menontonnya (Chamil, 2008).
4
Ciri-ciri Laporan Berita
1.Judul berita lazimnya berbentuk ringkas dan
kadang kala tidak memenuhi peraturan tatabahasa
2. Byline. Dalam konteks kewartawanan ‘byline’
bermakna nama wartawan yang menulis berita.
Contoh:
Sabah diserang penceroboh
Oleh: Borhan Abu Samah
5
3. Laporan berita dimulakan
dengan penyataan tempat dan
tarikh berita itu dilaporkan.
Contoh:
6
Utusan Malaysia: KUALA LUMPUR 3 Mei –
Kosmo KOTA BHARU-
The Sun LAHAD DATU, Sabah (March 5, 2013):
Kumpulan NSTP
1. Berita Harian Kuala Lumpur:
2.Harian Metro Tawau:
3. NST KUALA LUMPUR:
4. Penggunaan Ayat
Ayat-ayatnya panjang, selalunya satu perenggan
terdiri daripada satu ayat. Ini kerana pemberita ingin
memuatkan segala maklumat yang relevan dalam
perenggan tersebut.
Contoh: PONTIAN 4 Mac - Sekumpulan penjenayah
bertindak memecahkan dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bangunan Tabung Haji, di
sini sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM456,000 awal pagi ini.
7
5. Sifat memetik
Petikan boleh berbentuk laporan (tidak langsung) dan boleh juga secara langsung.
Contoh (Secara langsung):
"Alhamdulliah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan," katanya melalui laman sosial Twitter milik beliau di sini hari ini.
Contoh (Tidak langsung):
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dimaklumkan bahawa operasi serangan ke atas
penceroboh Sulu di Sabah berjalan seperti yang dirancang.
8