Download - Pentaksiran Tingkah Laku
Chapter 10 : Penaksiran tingkahlaku
Objektif : penaksiran adalah sangat penting bagi murid-murid yang mempunyai
masalah ketidakupayaan, masalah tingkahlaku dan masalah emosi. Tingkahlaku dan
emosi biasanya dilakukan oleh guru psikologi sekolah. Tingkahlaku kanak-kanak
memberi kesan terhadap proses p&p. Contohnya kanak-kanak dengan masalah
kurang tumpuan mempunyai keupayaan untuk melakukan kira-kira dalam matematik
atau belajar tentang sosial tetapi mendapat gred yang rendah kerana dia tidak boleh
menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna. Tingkahlaku yang tidak sesuai
di sekolah adalah disebabkan oleh :
masalah kurang tumpuan
gangguan emosi
faktor persekitaran di rumah
masalah dengan guru di kelas
tekanan
anxiety
Apabila tingkahlaku menjadi faktor masalah murid di sekolah, pelbagai instrumen
boleh dilakukan untuk membuat penaksiran. Ini adalah kerana terdapat pelbagai
sebab kanak-kanak menunjukkan reaksi yang tidak diperlukan di sekolah. Ini
menyebabkan susah untuk membuat penaksiran tingkahlaku.
Bab ini memfokuskan tentang penaksiran tingkahlaku. Apabila pemerhatian dibuat,
item yang perlu diberi perhatian adalah :
berapa kerap tingkahlaku dibuat .
maklumat yang boleh dikaitkan dengan jenis perkhidmatan yang diperlukan
oleh murid.
Maklumat tentang strategi yang boleh dilakukan.
Pemahaman di mana kanak-kanak biasanya mempunyai fungsi dalam
sesuatu kawasan. Kemudian ini boleh dibandingkan dengan tingkahlaku
kanak-kanak apabila strategi / intervensi dijalankan. Perkembangan kanak-
kanak tersebut diperhatikan dari awal pemerhatian dijalankan sehingga akhir
untuk mengenalpasti samada pemerhatian tersebut berjaya atau tidak.
Temubual
Selain pemerhatian, temubual sangat penting dalam penaksiran tingkahlaku.
Temubual adalah kaedah untuk mengumpulkan maklumat, dijalankan secara face to
face (berhadapan) dan direkodkan. Melalui temubual, pelbagai soalan ditanya.
Terdapat 2 jenis temubual iaitu :
1) temubual berstruktur (pertanyaan secara terkawal)
2) temubual tak berstruktur (pertanyaan adalah xditentukan dan xterkawal)
Pemahaman tingkahlaku pelajar semasa penaksiran
Terdapat banyak tingkahlaku yang diperlihatkan semasa penaksiran terhadap
kanak-kanak kurang upaya. Ia adalah penting untuk penaksir berhati-hati tentang
keistimewaan pelajar semasa penaksiran. Keistimewaan kanak-kanak dapat
diperhatikan samada simptom atau masalah. Contohnya murid-murid yang lambat
menjawab persoalan mungkin akan memperlihatkan simptom-simptom kesusahan
proses penerimaan maklumat atau simptom-simptom kendiri yang rendah.
Walaubagaimanapun, perasaan ragu-ragu memberi masalah semasa penaksiran
kerana sangat melambatkan tingkahlaku kanak-kanak dan menghadkan
persembahan kanak-kanak tersebut. Penaksiran mesti menitikberatkan
keistimewaan kanak-kanak tersebut. Selain itu juga, tingkahlaku yang berterusan
perlu direkodkan di dalam rekod akhir, mengubahsuai keadaan, masa tindakbalas,
respon semulajadi, bahasa lisan, penggunaan bahan semasa penaksiran, dapat
disesuaikan dengan sikap kanak-kanak.
Penyesuaian keadaan
Penyesuaian kanak-kanak kepada situasi baru contohnya kebiasaan
perjumpaan dengan penaksir, ujian IQ, ujian motor adalah sangat bagus. Tempoh
penyesuaian kanak-kanak adalah tidak sementara terhadap reaksi kanak-kanak
tetapi tempoh kepada keadaan adalah suaian. Kebanyakan kanak-kanak
kebiasaannya bimbang dan berdebat tetapi tenang dengan pemeriksa.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mana mempunyai tahap yang tidak selesa
semasa sesi tersebut akan mempunyai banyak masalah yang serius.
Elemen persekitaran semasa ujian dijalankan perlu dipertimbangkan sebaik
mungkin kepada kanak-kanak yang diuji. Kebisingan cahaya yang lemah kehadiran
sikap antagonis samada pemeriksa boleh menasihat pelajar semasa ujian ini adalah
tanggungjawab penaksir untuk menghadkan perubahan dan mempertimbangkan
keperluan istimewa setiap pelajar.
Pemeriksa juga perlu berhati-hati dengan setiap tanda-tanda kebosanan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mana akan mempengaruhi keputusan yang
diterima seperti pergerakan kaki, kontak mata yang sedikit dengan pemeriksa, petik
jari atau ketuk pensel. Yang mana tingkahlaku yang bertentangan perlu dicatatkan
menyanyi atau membuat bising semasa ujian dijalankan, simpan jaket dan tutup
separuh dari muka dengan topi, dan sebagainya. Jika tahap kebosanan adalah
tinggi , pemeriksa perlu mencatat di dalam laporan kesan-kesan seperti faktor
persembahan dan menjangkakan keputusan mungkin tahap keupayaan adalah
minima.
Masa tindakbalas
Kelajuan kanak-kanak menjawab boleh ditunjukkan dalam pelbagai benda.
Kanak-kanak yang cepat memberi jawapan yang tidak betul tanpa berfikir mungkin
salah seorang yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi yang mana akan
mengganggu keupayaan mereka untuk fokus sebelum memberi tindakbalas. Selain
itu, kanak-kanak yang lambat mungkin adalah kanak-kanak yang takut untuk
bertindakbalas dan gunakan teknik-teknik untuk elakkan daripada bertindak balas.
Respon semulajadi
Tindakbalas kanak-kanak semasa penaksiran adalah sangat sukar.
Contohnya kanak-kanak dengan tingkah laku yang suka mengulang-ulang
pertanyaan mempunyai masalah penerangan ’atau’ kanak-kanak yang sering
bertanya soalan berulang-ulang ingin mengalami masalah dalam memproses
maklumat dan memerlukan banyak masa untuk memahami pertanyaan yang
ditanya.
Jika kanak-kanak mudah berputus asa terhadap tindakbalas yang diberikan.
Contonya. ”saya bodoh”,..”saya tak pernah betul”. Kanak-kanak ini ingin mempunyai
tahap keyakinan diri yang rendah atau mengalami masalah dalam pembelajaran.
Bahasa lisan
Bahasa lisan kanak-kanak dengan pemeriksa semasa penaksiran boleh
diberitahu. Kebanyakan kanak-kanak dengan tahap kegelisahan yang tinggi
mungkin mencuba untuk melepaskan kemarahan melalui bahasa lisan. Sudah tentu,
tekanan boleh mengganggu keupayaan kanak-kanak untuk berfikir dengan betul dan
untuk fokus terhadap tugasan dan bahasa lisan juga boleh mengganggu proses
pendengaran.
Penggunaan organisasi semasa ujian
Kanak-kanak yang boleh dan senang menyesuaikan dendangan keadaan
dengan menggunakan cuba daya mungkin mempunyai organisasi yang cemerlang,
keupayaan untuk fokus dan tahap tekanan dan kegelisahan yang rendah.
Walaubagaimanapun kebanyakan kanak-kanak dengan masalah emosi mungkin
menyiapkan tugasan yang pendek sahaja sebab mereka melihat ianya sebagai satu
cabaran yang boleh mengorganisasikan mereka untuk mempersembahkan sebaik
mungkin secara relatif pada masa yang pendek. Masalah mereka yang biasa dalam
organisasi dan berterusan akan terjadi apabila mereka mempersembahkan melebihi
masa yang diberikan. Selain itu juga, sebahagian kanak-kanak menjadi tertekan
disebabkan oleh masa yang terhad. Orgaisasi dan persembahan kanak-kanak bila
menyiapkan tugasan tanpa had masa menjadi faktor yang mempengaruhi cara
mereka belajar.
Kanak-kanak dengan organisasi biasa yang kelam kabut akan tahu apa yang
mereka buat, tetapi keseluruhan penghasilan kerja mereka bergantung kepada
perhitungan input tenaga dengan tahap produksi yang rendah. Kanak-kanak dengan
masalah hiperaktif mungkin mempunyai masalah dengan organisasi.
Walaubagaimanapun terdapat faktor lain yang menyebabkan masalah
ketidakupayaan ini berlaku.
Penerimaan
Keupayaan pelajar untuk terima tugas dari satu tugasan ke tugasan yang lain
tanpa kesukaran adalah faktor yang penting dalam mengenalpasti gaya belajar dan
ingin menjadi satu dorongan kepada mereka dalam menyiapkan tugas. Keupayaan
pelajar tanpa menggunakan banyak tenaga membolehkan mereka mencari banyak
sumber untuk tugasan yang lain. Belajar yang tetap dan tidak terima sepenuhya
penggunaan tenaga yang sepenuhnya untuk siapkan tugas, memungkinkan peluang
kejayaan di dalam tugas yang baru.
Keupayaan untuk menahan minat mungkin salah satu keputusan yang terus
dalam tenaga yang bersesuaian. Kanak-kanak yang hilang minat cepat mejadi tidak
matang, berasa terlalu sedih, gembira atau terperanjat atau asyik memikir dan
membuat sesuatu. Kebanyakan aksi-aksi ini boleh menjadi normal pada permulaan
umur.
Sikap (Attitude)
Sikap yang ditunjukkan dalam situasi ujian menggambarkan sikapnya di dalam bilik
darjah. Pelajar yang tidak boleh bekerjasama berkemungkinan mereka memerlukan
kawalan dalam pelbagai situasi. Kawalan menjadi sebahagian daripada pelajar ialah
mencapai sesuatu jangkaan, jadi pelajar dapat menghadapi ataupun boleh
melakukan perhitungan dengan situasi walaupun peringkat tenaga seseorang
kemungkinan rendah oleh konflik dan tekanan. Pelajar yang berada dalam tekanan
tidak boleh mengadaptasi dengan baik dan mudah kecundang dalam situasi baru.
Dengan kata lain, pelajar yang mencuba sedaya upaya untuk cemerlang
disebabkan beberapa faktor seperti keibubapaan dan kepuasan individu. Secara
umumnya, pelajar jenis ini akan menghadapi sesuatu situasi dengan mudah.
Penilaian perkembangan emosi dan sosial
Penilaian perkembangan emosi dan sosial bukan sesuatu ujian yang senang.
Pelajar melibatkan diri dalam pelbagai situasi dengan pelbagai orang. Ia bukan
seperti menilai matematik dan kemahiran membaca yang boleh dinilai berdasarkan
nombor. Penilaian terhadap tingkah laku pelajar melibatkan :
Tahap kepercayaan tingkah laku individu yang membuatkan perbezaan di
dalam hidup seseorang.
Sikap toleransi pelajar untuk mencapai kekecewaan.
Tahap akitiviti umum.
Bagaimana pelajar memberi gambaran pada diri sendiri.
Bagaimana tindakbalas emosi pelajar.
Berapa banyak pengalaman pelajar menghadapi konflik.
Ujian psikologi
Ujian psikologi kebiasaannya diuruskan oleh kaunselor sekolah. Jenis ujian psikologi
yang biasa digunakan ialah ujian projektif ; untuk mencungkil perasaan pelajar
tentang perasaan mengenai kehidupan melalui emosi dan ujian stimuli. Tiga jenis
ujian projektif di sekolah yang biasa digunakan ialah ’ projective drawing test ’,
’apprerception test ’ dan ’ sentence completion test’.
Goodenough – Harris Drawing Test
Pengarang : Florence L. Goodenough dan Bale B.Harris (1963)
Penerbit : The Psychological Corporation
Penerangan ujian : system formal dalam menguruskan skor gambarajah manusia
untuk memperlihatkan pelajar dalam kematangan intelektual sebagaimana masalah
emosi.
Masa : 15-20 minit
Umur / tahap : 3-15 tahun tetapi sesuai bagi umur 3-10 tahun.
Maklumat subujian :
Kekuatan GHDT
Kebolehpercayaan adalah tinggi.
Ujian manual menyediakan penerangan yang jelas untuk sistem
pemarkahan.
Ia merupakan ujian yang popular kerana senang dilaksanakan.
Kelemahan GHDT
Kerana kesubjektifan ujian yang melibatkan lukisan, terdapat isu yang
meragui kesahihan ujian.
Tidak pernah guna ujian sebagai satu penunjuk keseluruhan kepada
keseluruhan kepada kebolehan pelajar.
Draw A – Screening Procedure For Emotional
Pengarang : Jack A.Naglieri, Timothyl J.Mcneish dan Achilles N.Bardos (1991)
Penerbit : The Phsychological Corporation
Penerangan ujian : system formal untuk menguruskan dan skor lukisan gambarajah
manusia juga mencerminkan masalah emosi pelajar.
Masa : 15 minit
Umur / tahap : 6-17 tahun
Maklumat subujian : tidak ada subtest
Kekuatan DAP – SPED
Ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
Ujian ini psikometrikal
Borang rekod jelas dan efisyen
Kelemahan DAP – SPED
Ujian ini subjektif dan kesahihan ujian ini diragui
Ujian ini tidak pernah digunakan dalam proses membuat keputusan
Children’s Apperception Test (CAT)
Pengarang : Leopold Bellack dan Sonya Sorel Bellack (1974)
Penerbit : C.P.S Incorporated
Penerangan ujian : ujian ini digunakan sebagai satu teknik penceritaan untuk
personaliti. Ia menggunakan gambar haiwan dalam pelbagai situasi kerana ia
mengandaikan bahawa pelajar akan lebih selesa mengekspresikan perasaan
mereka.
Time : untimed (tidak ada masa)
Peringkat : 5 – 10 tahun
Kekuatan Cat :
Ujian ini sebagai penunjuk yang bagus / berkesan dalam keperluan psikologi
Ujian ini senang dilaksanakan
Ujian yang terkenal dalam system sekolah sebahagian daripada bateri
psikologi.
Kelemahan CAT :
Ada isu berkaitan kesahihan dan kebolehpercayaan
Keputusan ujian ini sangat subjektif
Pelajar nonverbal susah untuk membuat ujian ini.
Thematic Apperception Test (TAT)
Pengarang : Henry A.Murray (1943)
Penerbit : Harvard University Press
Penerangan ujian : ujian ini terdiri daripada 20 gambar bersiri di mana individu
melaksanakan ’story telling’ umur / peringkat : 14 tahun ke atas.
Kekuatan TAT :
Ujian ini penunjuk yang baik dalam keperluan psikologi
Senang diuruskan / dilaksanakan
Popular dalam sistem sekolah
Kelemahan TAT :
Isu berkaitan kesahihan dan kebolehpercayaan
Ujian ini tidak boleh dilakukan bersendirian
Tidak sesuai untuk pelajar nonverbal
Pollite sentence completion test (PSTC)
Pengarang : Alan pollite (1971)
Penerbit : psychologist and educators incorporated
Penerangan ujian : ujian ini mengandungi 35 item dan ujian pengukuran personaliti
dalam bentuk subjektif.
Masa : 15 minit
Umur/peringkat : gred 1-12
Kekuatan PSCT :
Ujian ini senang diuruskan
Ujian ini berguna untuk interpretasikan personality
Ujian ini mengambil masa yang singkat
Kekuatan PSCT :
Oleh kerana ujian ini subjektif, kesahihan dan kebolehpercayaan diragui.
Conners Parent and teacher rating scales (PRS/TRS)
Pengarang : C.Keith Coners (1997)
Penerbit : Multi – Health System Incorporated
Penerangan ujian : menggunakan kertas, pensel dan computer sebagai instrument
untuk menilai masalah tingkahlaku.
Masa : untimed
Umur/gred : 3-17 tahun
Maklumat subujian : 4 jenis
Conner’s teacher rating scale (TRS) – (3 – 17 tahun)
Conner’s teacher rating (4 – 12 tahun)
Conner’s parent rating scale (PRS) – (6 – 14 tahun)
Conner’s parent rating scale (3 – 17 tahun)
Dibahagikan kepada beberapa skala :
Mengawal masalah
Hiperatif
Hilang tumpuan / pasif
Kebimbangan dan pasif
Social
Masalah tumpuan / mimpi
Kebimbangan dan main
Masalah kawalan
Hiperaktif dan tidak matang
Masalah pembelajaran
Psikomotor
Tidak boleh mengorganisasi
Kebimbangan
Impulsive hiperaktif
Kekuatan (PRS / TRS)
Instrument digunakan secara professional lebih 20 tahun
Material yang digunakan dalam ADHD memenuhi kriteria ujian diagnostik
dalam DSM-IV
Kelemahan (PRS / TRS)
Ujian ini tidak dikemaskinikan
Contoh standart ujian ini tidak diterangkan dengan baik.
Attention deficit disorder evaluation scale – revised (ADDES)
Pengarang : Stephen B.Mc Carney (1989)
Penerbit : Hawthorne educational services
Penerangan ujian : terdapat 2 versi ujian ini ; home version, dilengkapi oleh ibu bapa
mengandungi 46 item melibatkan tingkahlaku di rumah school version yang
mengandungi 60 items.
Masa : 15 minit
Umur / gred : 4-18 tahun
Kekuatan ADDES
Scor efisyen
Contoh normal yang terbesar dalam kedudukan skala ADD
Kelemahan ADDES
Memerlukan kajian yang mendalam untuk mengesahkan kesahihan dan
kebolehpercayaan.
Penilaian tingkahlaku adaptive
- melibatkan sikap keterbukaan individu dan tanggungjawab sosial dalam
budaya umur
- apabila menilai tingkahlaku adaptif, pemeriksa mestilah fokus kepada perkara
berikut :
kemahiran komunikasi
penggunaan komuniti
kendiri
kesihatan oleh keselamatan
akademik fungsional
tanggungjawab pada diri
kehidupan di rumah
kemahiran sosial
masa lapang
kemahiran kerja
- penting dalam mengklasifikasikan pelajar terencat
- instrumen penilaian diagnostik ialah maklumat diperolehi daripada orang
ketiga yang rapat dengan pelajar.
AAMR adaptive behavior scale – residental and community – 2
(ABS – RC : 2)
Pengarang : Kazuo Nihira, Henry Leland and Nadine Lambert (1993)
Penerbit : PRO – ED
Penerangan ujian : mengukur kawasan domain yang didapati sebagai satu kit dalam
pengurusan dan pengskoran.
Masa : 15 – 30 minit
Umur / gred : 18 – 80 tahun
Kekuatan ABS – RC : 2
mengambil kira banyak factor
kebolehpercayaan yang tinggi
Kelemahan ABS – RC : 2
ujian ini susah dinilai
kajian dijamin
AAMR adaptive behavior scale – residental and community – 2
(ABS – RC : 2)
Pengarang : Kazuo Nihira, Henry Leland and Nadine Lambert (1993)
Penerbit : PRO – ED
Penerangan ujian : terdapat 16 subskor. Ini termasuklah manual pemeriksa, booklets
pemeriksa, sistem skor komputer, profil dan pembentukan rumusan.
Masa : 15 – 30 minit
Umur / gred : 3 – 18 tahun
Subujian : skala dibahagikan kepada 2 bahagian.
Bahagian 1 : fokuskan kepada keterbukaan individu, kemahiran dalam bahagian 1
dibahagikan kepada 9 tingkahlaku utama :
fungsional keterbukaan
perkembangan fizikal
aktiviti ekonomi
perkembangan bahasa
sosial
masa dan nombor
aktiviti vokasional
kendiri
tanggungjawab
bahagian 2 : mengandungi adaptasi sosial
tingkahlaku sosial
kepastian
kepercayaan
tingkahlaku kendiri
perhubungan sosial
tingkahlaku mengganggu interpersonal
tingkahlaku hyperactive dan stereotype
kekuatan ABS – S : 2
skala yang standard
skala psikometer baik
kelemahan ABS – S : 2
kajian kesahihan terutama dalam kesahihan konstruk
The adaptive behavior evaluation scale – revised (ABES - K)
Pengarang : Stephen B.Mc Carney (1995)
Penerbit : hawthorne educational services
Penerangan ujian : the ABES – R mengandungi 105 item
Masa : 20 – 25 minit
Umur / gred : grade k – 12
Subujian : 10 kemahiran adartik
kemahiran komunikasi
penjagaan kendiri
kehidupan di rumah
kemahiran sosial
komuniti
arah kendiri
kesihatan dan keselamatan
akademik fungsional
maise
kemahiran kerja
Kekuatan ABES - R
ukuran yang baik dalam tingkahlaku adaptif untuk mengelaskan pelajar dalam
ketidakupayaan intelektual.
Kelemahan ABES – R
material interpretasi hanya digunakan untuk pelajar kerencatan mental
Vineland adaptive behavior scale (VABS)
Pengarang : sara s.sparrow, david A.Balla dan domenie v. Chicahetti (1984)
Penerbit : american guidance service
Penerangan ujian : menguji kompetensi sosial di kalangan cacat anggota dan bukan
cacat anggota. Ada 3 versi ; edisi temuramah – borang survey , edisi temuramah –
borang, edisi bilik darjah.
Time : 20 – 60 minit
Umur : 18 – 11
Subujian :
komunikasi reseptif, ekspresif dan komunikasi penulisan
kemahiran kehidupan harian yang domestik
sosial – hubungan interpersonal, masa lapang
kemahiran motor-motor halus dan motor kasar
FUNGSI PENAKSIRAN TINGKAH LAKU DAN PERANCANGAN INTERVENSI
TINGKAH LAKU.
Masalah tingkah ialah satu masalah yang rumit yang biasa dihadapi oleh oleh
pendidik masalah tingkah laku ini mempunyai beberapa jenis iaitu dari biasa kepada
teruk dan tidak hanya memberi kesan kepada keupayaan pelajar untuk belajar,
tetapi juga boleh memberi kesan ke atas masa pengajaran kepada pelajar lain yang
terlibat dengan pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang pelbagai.
Pelbagai model perangcangan intervensi tingkah laku telah dibukukan dalam
buku (Batsche, 1997; Wood 1994 dan Curwin & Mendler 1994). Keutamaan fungsi
penaksiran tingkah laku kebanyakkan model yang berdasarkan sekolah tidak
menyediakan kelulusan yang fleksibel apabila pelajar mempamerkan pelbagai
tingkah laku yang teruk dalam kelas. Fungsi penaksiran tingkah laku ialah
menyediakan model penyelesaian cadangan program yang efektif untuk pelajar
yang mempamerkan contoh tingkah laku yang tidak sesuai secara meluas dan
serius. (Bambara dan Knoster 1995; Dunlop et. al 1991)
Pindaan berkaitan IDEA 1997 juga memfokuskan ke atas pencegahan dan
keaktifan tingkah laku yang membimbangkan ditunjukkan ke atas pelajar yang
kurang upaya yang akan memnyebabkan keupayaan mereka untuk belajar.
Kegunaan fungsi penaksiran tingkah laku mengandungi kepentingan dan peluang
yang bermakna untuk meningkatkan program penaksiran individu (IEP) dan
perkhidmatan pelajar kurang upaya untuk menawarkan kemasukan kurikulum
pelajaran biasa dan memastikan keselamatan dan displin sekolah yang bagus.
Seterusnya, fungsi penaksiran tingkah laku harus ditayangkan sebagai
sesuatu bahagian yang penting untuk penaksiran dan langkah menilai dan tidak
memencilkan latihan simpanan untuk pelajar yang membuat tingkah laku yang akan
melanggar undang-undang sekolah. Fungsi penaksiran tingkah laku harus
menghubungkaitkan dan bersesuaian melalui proses perkembangan pelajar IEP
(lihat bab 18) apabila pelajar memperlihatkan tingkah laku yang menghalang
pengajaran.
Definisi
Fungsi penaksiran tingkah laku (FBA) ialah proses mengenalpasti kenapa
pelajar terlibat dalam tingkah laku yang mencabar dan kenapa tingkah laku pelajar
berkaitan dengan persekitaran. Fungsi penaksiran mengambarkan hubungan antara
kemahiran atau persembahan tingkah laku dan pelbagai yang menyebabkan ianya
terjadi. Tujuan fungsi penaksiran tingkah laku ialah mengumpul maklumat yang
spesifik berkaitan tingkah laku pelajar. Fungsi penaksiran tingkah laku boleh
menyenaraikan dengan jelas bersesuaian dengan masyarakat dengan maklumat
untuk membuat hipotesis sebagai :
Kenapa pelajar mempamerkan tingkah laku mereka
Bila kebanyakkan pelajar suka menunjukkan tingkah laku mereka.
Situasi yang manakah pelajar kurang mempamerkan tingkah laku
Penaksiran ini melibatkan :
Kurikulum
Arahan dan motivasi yang pelbagai dalam hubungan dengan tingkah laku
pelajar
Susunan kelas
Persembahan individu di dalam kelas
Perkembangan kesihatan
Arahan subjek dan kerja yang mendesak
Fokus IDEA terhadap fungsi penaksiran tingkah laku mengandungi :
Fungsi penaksiran tingkah laku harus mempunyai bahan untuk
mengabungkan set latihan melalui keputusan IEP.
Fungsi penaksiran tingkah laku ialah mengenalpasti dan membuat ukuran
tentang masalah tingkah laku yang spesifik. Fungsi penaksiran tingkah laku
boleh dikenalpasti dengan hanya mengambarkan dan menganalisis interaksi
pelajar dengan persekitaran mereka.
Kesemua fungsi penaksiran tingkah laku tidak perlu dikawal dengan set yang
sama dengan bahan dan langkah-langkah. Penaksiran semulajadi
mengandungi tahap kesesuaian dengan keperluan demostrasi oleh pelajar.
Fungsi penaksiran tingkah laku mengandungi data untuk rekaan sokongan
dan strategi tingkah laku.
Keperluan Individu Kurang Upaya dalam Seni Pendidikan (IDEA)
Rujukan untuk keprihatinan terhadap tingkah laku pelajar yang menghalang
pembelajaran boleh dijumpai dalam sesetengah sesi IDEA 1997, termasuk
menilai,keprihatinan dalam perkembangan IEP dan peranan pengajaran umum guru
dalam perkembangan IEP dan displin.
Penilaian
Dalam kurikulum penilaian, agensi pelajaran tempatan
harus........menggunakan teknikal bunyi pengujian yang akan memasuki sumbangan
yang berkaitan dengan kognitif dan faktor tingkah laku, tambahan pula kepada fizikal
atau faktor perkembangan (IDEA, Section 614(b)(2)(C).
Setiap agensi pelajaran harus memastikan bahawa........kanak-kanak
mentaksir dalam semua perkaran yang disyaki kurang upaya, dan bahan penaksiran
dan strategi yang menyediakan maklumat yang relevan yang terus membantu
seseorang mengenalpasti keperluan pengajaran pelajar yang perlu disediakan.
(IDEA, Section 614(b)(3)(C)-(D).
Team IEP (Eligbility Committe)
Guru kanak-kanak yang berpendidikan sederhana adalah sebagai ahli IEP
yang mengandungi kesesuaian, penyertaan dalam perkembangan IEP kanak-kanak
termasuk mengenalpasti kesesuaian intervensi tingkah laku yang positif dan strategi
mengenalpasti pelengkap yang membantu perkhidmatan,pengubahsuaian program
dan sokongan untuk penyelarasan sekolah peribadi dalam perenggan (1)(A)(iii)
(IDEA, Section 614 (d)(3)(C).
Keprihatinan dan sokongan
Dalam perkembangan IEP kanak-kanak, pasukan IEP, subjek untuk
perenggan kecil, harus prihatin......jika kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
yang menghalang pelajaran mereka atau
sebagainya,anggapan,kesesuaian,strategi,termasuk intervensi tingkah laku
positif,strategi dan sokongan untuk mengenalpasti tingkah laku.......(IDEA,Section
614(d)(3)(B)(i).
Displin
Sebelum salah satu atau tidak lewat daripada 10 hari selepas mengambil sesi
displinadalah diterangkan dalam perenggan kecil (A):
(I)Jika agensi pelajaran tempatan tidak mengawal fungsi penaksiran tingkah
laku dan bahan perancangan intervensi tingkah laku untuk kanak-kanak sebelum
tingkah laku berkeputusan menyatakan kejutan dalam perenggan kecil (A),agensi
harus berkumpul dan bermesyuarat IEP untuk mengembangan rangcangan
penaksiran untuk menunjukkan tingkah laku (ii) jika kanak-kanaksudah mempunyai
rancangan intervensi tingkah laku, pasukan IEP harus memperlihatkan rancangan
dan mengubahnya jika perlu untuk menunjukkan tingkah laku.
Maklumat yang berkaitan karus menunjukkan jalan bagaimana keistimewaan
pengajar mengawal fungsi penaksiran tingkah laku dan menggunakan keputusan
penaksiran dalam mengubah kesesuain program pengajaran untuk pelajar kurang
upaya atau pelajar yang disyaki mengalami masalah kurang upaya. Matlamatnya
ialah untuk memastikan yang intervesi tingkah laku untuk pelajar kurang upaya
ditubuhkan dan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya,dapat
memastikan keselamatan dan mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Penulisan Fungsi Penaksiran Tingkah Laku dan Perancangan Intervensi
Pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengawal fungsi penaksiran tingkah
laku termasuklah, tetapi tidak terhad:
Penaksiran yang tidak berterusan (cth interview berstruktur dan kajian
semula)
Penaksiran yang berterusan (cth penaksiran standard dan pemerhatian dan
perekodan faktor situasi mengelilingi tingkah laku).
Analisis Data (cth perbandingan dan analisis data kesesuaian jika pelbagai
tingkah laku yang berkaitan).
Fungsi penaksiran tingkah laku haruslah sekurang-kurangnya mengandungi
beberapa butiran:
Menyenaraikan masalah yang berlaku
Definisi tingkah laku dalam istilah yang maujud
Menyenaraikan faktor keadaan yang menyumbangkan kepada tingkah laku
(termasuk faktor yang berkesan dengan kognitif)
Ungkapan hipotesis tentang keadaan am yang mana tingkah laku biasanya
terjadi dan akibat yang mungkin ditunjukkan untuk menstabilkannya.
Apabila menulis FBA, kamu perlu prihatin terhadap pelbagai keperluan untuk setiap
langkah dalam perancangan. Ini mungkin termasuk:
Langkah 1 : Menyenaraikan dan mentakrif tingkah laku sasaran. Tingkah laku ini
harus diperhatikan, memberi gambaran dan mentakrifkannya supaya semua orang
adalah di dalam perjanjian dengan apa
Langkah 1 : Mengenalpasti dan mentakrif tingkah laku sasaran. Tingkah laku
yang dikehendaki perlu diperhati, boleh dihuraikan dan ditakrif
dengan persetujuan orang ramai dengan apakah yang
dimaksudkan dengan tingkah laku ( definisi yang dapat digunakan ).
Untuk mengumpul maklumat ini, kita perlu :
Menemubual pelajar dan menentukan menentukan masalah
tingkah laku
Menemubual ibu bapa pelajar
Menemubual rakan-rakan dan guru yang sedia ada untuk
analisis dan sejarah berkaitan dengan tingkah laku sasaran
Menggunakan pemerhatian terus
Menggunakan senarai semak tingkah laku dan bertanya kepada
ibu bapa dan guru untuk membesarkan mereka
Bercakap dengan guru atau dekan pelajar untuk menentukan
jika ada sejarah dalam rekod tingkah laku sasaran
Langkah 2 : Mengumpul maklumat secara kasar atau umum berkaitan
kemahiran pelajar, keupayaan, minat, rujukan, kesihatan secara
umum dan keadaan baik. Ini boleh dilakukan dengan cara :
Bercakap dengan jururawat sekolah
Meminta daripada ibu bapa berkaitan dengan rekod kesihatan
yang terbaru
Berbincang dengan guru PJK untuk menentukan kekuatan
fizikal dan kelemahan dan mana-mana bahagian pengecualian
Meminta ibu bapa untuk menyenaraikan aktiviti, kelab,
persatuan, pembelajaran dll yang telah disertai oleh anak-anak
mereka sepanjang tahun
Mengenalpasti kekuatan murid
Langkah 3 : Jawatankuasa RPI mengumpulkan maklumat mengikut konteks di
mana mengenalpasti keadaan atau situasi yang biasa berkait
dengan kejadian masalah tingkah laku dan berlakunya masalah
tingkah laku pelajar dikenalpasti. Enam soalan semasa
menjalankan langkah ini ialah :
Bilakah pelajar mula menunjukkan masalah tingkah laku
Apakah peristiwa spesifik atau faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah tingkah laku
Apakah masalah tingkah laku yang berlaku sesuai untuk pelajar
Apakah pelajar masalah boleh berhubung melalui masalah
tingkah laku
Bila pelajar berhasil menunjukkan masalah tingkah laku
semakin berkurang
Apa faktor lain yang menyumbang kepada masalah tingkah laku
pelajar
Langkah 4 : Mentakrifkan tugas atau sebab mengapa tingkah laku berterusan.
Ini kebiasaannya berkaitan dengan keputusan untuk mendapatkan
sesuatu, penghindaran dan kawalan.
Langkah 5 : Membina hipotesis berkaitan dengan tingkah laku sasaran yang
mengaitkan perhubungan antara tingkah laku dengan peristiwa
dan keadaan.
Langkah 6 : Membina rangka atau plan bagi intervensi berdasarkan keputusan
daripada langkah 5. Dalam plan intervensi, pelajar diajar oleh guru
untuk membentuk tingkah laku lain yang boleh diterima dan
memanipulasikan di dalam kelas dan sekolah.