1
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
SULIT
BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman
Tahun 3
Januari - Mei
2020
1
jam
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2020
(JANUARI - MEI)
TAHUN 3
Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………
BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,
C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
2
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 10
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Aufa mengambil pisau plastik lalu _________________ kek hari jadinya.
A. mengiris C. mengupas
B. mengerat D. memotong
2. Keluarga Encik Zamani sedang makan malam di ________________.
A. Restoran Selera Murni C. Balai Polis Kajang
B. Dewan Sri Rompin D. Hospital Kuala Lipis
3. Semua pihak perlu memberi ________________ untuk menjayakan gotong-
royong itu.
A. kakitangan C. kerjasama
B. usahasama D. tanggungjawab
4. Kutipan derma ini adalah ______________ rumah kebajikan anak-anak yatim di
Selangor.
A. demi C. oleh
B. untuk D. kepada
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Aidil dan Zulhelmi bersahabat baik. ________________ pergi ke sekolah
bersama-sama.
A. Saya C. Mereka
B. Kami D. Kita
3
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
6. Puan Yani memotong buah tembikai dengan ______________ pisau.
A. sebatang C. sekeping
B. sebilah D. sepucuk
7. Puteri Rania minum segelas air sejuk kerana berasa sangat ______________.
A. haus C. kosong
B. kenyang D. lapar
8. Paras air sungai semakin ______________ kerana hujan turun lebat sejak
semalam.
A. jatuh C. atas
B. turun D. naik
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9. Karim dimarahi oleh guru kelasnya _______________ tidak menyiapkan latihan
tatabahasa yang diberi.
A. hingga C. kerana
B. tetapi D. kecuali
10. _______________ kah datuk dan nenek kamu akan pulang dari Arab Saudi?
A. Bila C. Siapa
B. Apa D. Mengapa
11. “Ibu tidak suka kalau kamu bercakap bohong,” kata Puan Aishah kepada
anaknya.
Pilih perkataan sinonim bagi bohong.
A. palsu C. kosong
B. tipu D. benar
4
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
12. Pasar malam itu sangat riuh dengan suara orang yang berniaga menjual
pelbagai barangan.
Pilih perkataan antonim bagi riuh.
A. bising C. rebut
B. gelap D. sunyi
13. Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.
A. Mulut murai C. Mulut tempayan
B. Berat mulut D. Ringan mulut
14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Acara sukaneka akan diadakan pada hari Rabu.
A. Acara sukaneka mungkin diadakan pada hari Rabu.
B. Hari Rabu akan diadakan acara sukaneka.
C. Acara sukaneka telah diadakan pada hari Rabu.
D. Acara sukaneka Rabu akan diadakan.
15. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Amirul tidak hadir ke sekolah kerana kakinya sakit.
A. Mengapakah Amirul tidak hadir ke sekolah?
B. Adakah kaki Amirul sakit?
C. Bagaimanakah kaki Amirul sakit?
D. Siapakah yang sakit kaki?
16. Pilih ayat yang betul.
I. Azman baru pergi ke kedai. II. Jangan bermain di situ.
III. Baju lelaki itu paling sangat kemas.
A. I dan II C. I dan III
B. II dan III D. Semua di atas
5
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
17. Mengapakah serigala sangat lapar?
A. Tiada air. C. Tiada haiwan lain.
B. Tiada makanan. D. Tiada buah-buahan.
18. Perkataan berlawanan bagi lapar ialah
A. kurus C. haus
B. dahaga D. kenyang
19. Apakah yang dikepit oleh gagak dengan paruhnya?
A. Sekeping roti C. Sepotong daging
B. Seekor tikus D. Sekeping biskut
20. Mengapakah serigala itu memuji gagak?
A. Berbual dengan gagak. C. Berkongsi daging itu.
B. Mendapatkan daging itu. D. Berkawan dengan gagak.
Serigala berasa sangat lapar. Puas serigala mencari makanan tetapi tidak ada
apa-apa yang boleh dimakannya. Akhirnya, serigala mengambil keputusan
untuk berehat di bawah pokok sena.
Serigala merebahkan badannya di bawah pokok sena itu. Apabila
mendongak ke atas, serigala ternampak seekor burung gagak sedang mengepit
sepotong daging dengan paruhnya. Serigala mahu mendapatkan daging itu.
Lalu serigala pun mencari jalan untuk mendapatkan daging itu daripada gagak.
“Wahai, gagak! Warna bulu kamu yang berkilau-kilau itu membuatkan kamu
sangat kacak,” kata serigala.
“Badan, mata, dan paruh kamu sangat menawan,” kata serigala lagi.
Gagak berasa gembira menerima pujian daripada serigala itu.
“Tetapi kamu tidak pandai menyanyi. Kalaulah kamu pandai menyanyi,
sudah tentu tidak ada gagak lain yang boleh menandingi kamu,” kata serigala.
Gagak berfikir sejenak. Gagak pun membuka paruhnya untuk menyanyi.
Malangnya daging itu jatuh ke tanah. Serigala menggigit daging itu lalu lari dari
situ.
6
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Gariskan jawapan yang betul. Kemudian, tulis jawapan di tempat kosong.
i. Cikgu Azhana hendak pergi _________________ (ke, di) klinik.
ii. Nenek baru tiba _______________ (daripada, dari) kampung.
iii. Bunga hiasan itu diperbuat ___________________ (daripada, oleh) surat
khabar.
iv. Haikal sudah tiga tahun tinggal ___________________ (dengan, pada)
neneknya.
[4 markah]
(b) Tandakan ( √ ) di dalam ruangan yang disediakan bagi mengisi tempat
kosong dalam ayat-ayat di bawah.
i. “Tolong belikan gula ____________________ garam,” kata ibu kepada kakak.
dan ( )
atau ( )
lalu ( )
ii. Encik Abdullah membaca surat khabar __________________ menonton
televisyen.
tetapi ( )
sambil ( )
atau ( )
[2 markah]
7
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
Soalan 22
(a) Lengkapkan dialog di bawah.
[2 markah]
(b) Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.
Jawapan : ________________________________________________________________
[2 markah]
8
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
Soalan 23
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Dahlia mengikut ibunya ke pasar raya. Ibu Dahlia mahu membeli-belah di sana. Ibu
Dahlia membawa (a)__________________ bersama-sama. (b)__________________ yang
dibeli akan dimasukkan ke dalam beg itu. Dia mahu mengurangkan penggunaan
(c)_____________________.
Dalam perjalanan pulang, Dahlia dan ibunya (d)________________di kedai
roti. Dahlia (e)__________________ bekas (f)_____________________ yang dibawanya.
Dahlia meminta (g)_______________________ memasukkan roti yang dibelinya ke
dalam bekas itu.
Selepas itu, Dahlia dan ibunya berjalan menuju ke (h)____________________
komuter. Mereka menggunakan pengangkutan awam (i)__________________ terelak
daripada kesesakan lalu lintas. Selain itu, komuter tidak (j)__________________ alam
kerana tidak mengeluarkan asap.
[10 markah]
mencemarkan
pekedai
singgah
stesen
agar
Barangan
makanan
mengeluarkan
beg plastik beg hijau
9
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
Soalan 24
Baca pengumuman di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
(a) Apakah nama pesta yang diadakan di Taman Putrajaya?
___________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Bilakah tarikh pesta tersebut diadakan?
___________________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Pada pukul berapakah pesta itu mula dibuka?
___________________________________________________________________________
[1 markah]
(d) Apakah yang dipamerkan di pesta tersebut?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
10
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
Soalan 25
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
(a) Bagaimanakah cara kita mencuci badan?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Mengapakah kita perlu menggosok gigi?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Pada pandangan kamu, mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri
dan pakaian?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
Kertas soalan tamat
11
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A
1. D
2. A
3. C
4. B
5. C
6. B
7. A
8. D
9. C
10. A
11. B
12. D
13. C
14. B
15. A
16. A
17. B
18. D
19. C
20. B
BAHAGIAN B
Soalan 21
(a) (i) ke
(ii) dari
(iii) daripada
(iv) dengan
(b) (i) dan
(ii) sambil
Soalan 22
(a) Baik, ayah. Saya akan ambilkan surat khabar di atas meja itu.
(b) Buah tangan
12
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
Soalan 23
a) beg hijau
b) Barangan
c) beg plastik
d) singgah
e) mengeluarkan
f) makanan
g) pekedai
h) stesen
i) agar
j) mencemarkan
Soalan 24
(a) Pesta yang diadakan adalah Pesta Flora Putrajaya 2020.
(b) Pesta tersebut diadakan pada 5 hingga 10 Mei 2020.
(c) Pesta itu mula dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
(d) Di pesta tersebut, pelbagai jenis bunga tempatan dan luar akan
dipamerkan. Terdapat juga jualan anak pokok bunga dengan harga yang
istimewa.
Soalan 25
(a) Cara kita mencuci badan adalah dengan menggunakan sabun yang bersih.
(b) Kita perlu menggosok gigi agar sisa-sisa makanan tidak melekat di celah gigi.
(c) Pada pandangan saya, kita perlu menjaga kebersihan diri dan pakaian
supaya kesihatan badan kita terpelihara dan kita terhindar dari sebarang
kuman dan penyakit.
13
PBD (JANUARI - MEI) © 2020 [Lihat halaman sebelah
A) CARA PENGIRAAN MARKAH:
Kertas 1 : Bahagian A (20 markah) + Bahagian B (30 markah)
Markah penuh = 50 markah x 2 = 100 markah
B) JULAT MARKAH & TAHAP PENGUASAAN (TP):
Markah
Tahap Penguasaan (TP)
0 - 39
TP 1
40 - 50
TP 2
51 - 60
TP 3
61 - 70
TP 4
71 - 80
TP 5
81 - 100
TP 6
C) PENILAIAN OLEH GURU:
Kemahiran & Proses (TP 1 hingga TP 6)
Sikap & Nilai (TP 1 hingga TP 6)
Kedua-dua elemen di atas akan dinilai oleh guru yang mengajar mata
pelajaran ini.
D) TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
Item B dan C dijumlahkan.