Transcript

PENDAHULUAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya. Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini. Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing. Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit. Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih. Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian, sukan atau permainan. Kecerdasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan. Definisi ini perlu mengambil kira kecerdasan fizikal untuk kesihatan serta kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan. Kecerdasan fizikal untuk kesihatan bertujuan mengurangkan risiko menghidap penyakit. Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan 1

untuk mencapai tahap kecemerlangan Untuk itu, seseorang atlit atau pemain perlu memiliki kecergasan fizikal dalam kesihatan. Terdapat lima komponen yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh. Daya tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan. Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal, iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan tidak cepat mendatangkan keletihan. Daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam suatu tempoh masa. Kelenturan bermakna keupayaan sendi anggota untuk bergerak dengan lancar tanpa berasa sakit dan lesu. Komposisi tubuh merujuk kepada peratusan lemak nisbah kepada peratusan otot dalam badan. Seseorang boleh dianggap cergas jika badannya mempunyai lebih banyak tulang berbanding dengan kandungan lemaknya. Seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti fizikal. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot. Individu seumpama ini boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Kecergasan fizikal berbeza dari individu ke individu lain dan bergantung kepada faktor sepert jantina, umur dan berat badan. Kecergasan fizikal sesorang boleh diukur dengan menggunakan pengukuran aerobik cooper. Mengikut Dr. Kenneth H. Cooper, kuasa aerobik merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan aktiviti lebih daripada tiga minit secara berterusan tanpa mudah berasa letih. Kuasa aerobik juga menunjukkan kemampuan sistem kardiovaskular, sistem respirasi dan otot untuk menanggung beban tambahan akibat daripada aktiviti fizikal ini. Semasa aktiviti fizikal dijalankan banyak asid lakfik akan terkumpul. Asid lakfik menyebabkan otot dan badan berasa letih. Walau bagaimanapun, keletihan ini dapt diatasi dengan meningkatkan kecekapan jantung, peredaran darah dan sistem respirasi.

KAJIAN TAJUK: PENJAGAAN MATA RABUN DI KALANGAN KANAK-KANAK 2

1. MAKSUD PENGLIHATAN Penglihatan merupakan deria yang paling penting kerana ia mendedahkan kita kepada pelbagaimaklumat yang ada di sekeliling. Setaraf dengan nilai tersebut, mata perlu dijaga serta dijauhi dari bahaya yang boleh mengancam fungsi-fungsinya. Sebagaimana dewasa, kanak-kanak juga menghadapi risiko-risiko yang menyebabkan mereka hilang penglihatan. Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 1.5 juta kanak-kanak buta di seluruh dunia. Kajian-kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah mendapati ramai pelajar mengalami masalah penglihatan. Menurut pakar mata, masalah ini berlaku disebabkan ketiadaan prosedur atau kaedah pemeriksaan teratur untuk menilai masalah kemerosotan penglihatan bagi kanak-kanak yang berumur antara dua hingga enam tahun. Paling cepat, kebiasaannya seorang kanak-kanak hanya menjalani ujian mata apabila berusia tujuh tahun atau setelah masuk ke sekolah rendah. Pada tahap tersebut, boleh dikatakan agak terlambat kerana waktu yang paling sesuai ialah semasa berusia dua hingga enam tahun atau ketika berada di prasekolah. AFAKIA adalah satu keadaan di mana mata telah kehilangan kanta kristalin yang asal (ketiadaan kanta mata) melalui pembedahan disebabkan oleh katarak (kanta kristalin berkabut). Ia boleh berpunca sejak lahir, trauma ataupun bila bayi mempunyai penyakit sistemik. Kebiasaannya, jika dikesan semasa lahir, ia dikenali sebagai katarak kongenital. Katarak kongenital merupakan opasti atau kekabutan pada kanta kristalin yang boleh menghalang penglihatan. Ia boleh mengakibatkan kekaburan penglihatan yang nyata ataupun secara total. Katarak kongenital kebiasaannya berlaku pada kedua-dua belah mata (bilateral) manakala katarak yang disebabkan oleh trauma selalunya berlaku pada satu mata (unilateral). Sekiranya katarak tidak dapat dikesan awal, ia boleh menyebabkan deprivasi/halangan penglihatan pada bayi. Ini berlaku disebabkan oleh pengurangan stimulus untuk penglihatan sehinggakan bayi mengalami tahap penglihatan yang rendah. Komplikasi penglihatan yang dapat berlaku akibat pengurangan stimulus penglihatan di awal usia adalah ambliopia (mata malas), nistagmus (mata bergetar) dan juling. Dengan tahap penglihatan yang rendah, secara tidak langsung boleh mempengaruhi tumbesaran kanakkanak dari segi motiliti dan juga keupayaan mengenal objek dan warna. Rawatan atau rehabilitasi/pemulihan semula penglihatan bagi kanak-kanak afakia perlu disegerakan sejurus selepas pembedahan katarak dilakukan. Ini amat penting untuk mengelakkan penglihatan kanak-kanak tersebut terbiar tanpa ada sebarang pembetulan refraksi. Pembetulan refraksi/pembiasan diperlukan selepas pembedahan katarak. Ini kerana kanta kristalin yang dikeluarkan semasa surgeri sebenarnya berfungsi sebagai salah satu media refraksi yang membawa kuasa anggaran sebanyak 20D. Apabila kanta ini dikeluarkan 3

semasa surgeri, mata akan kehilangan kuasa akomodasi (untuk melihat dekat) sebanyak 20D.Oleh itu, kuasa refraksi tambahan perlu dipasang di luar mata (dengan memakai kanta sentuh ataupun cermin mata) ataupun kanta palsu (kanta intraokular) dimasukkan ke dalam mata kanak-kanak semasa surgeri. 2. MATA RABUN Definisi bagi masalah rabun mata ialah cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Sebagai makhluk paling sempurna, manusia dianugerahi sepasang mata yang luar biasa. Mata manusia dibekali kemampuan yang dapat melihat benda-benda yang jauh maupun bendabenda yang dekat dengan mata. Namun, seiring bertambahnya usia dan akibat perilaku yang tidak wajar, mata manusia kemudian memiliki keterbatasan. Keadaan mata manusia yang demikian dinamakan mengalami cacat mata. Mata merupakan indra penglihatan dan merupakan organ yang dapat menangkap perubahan dan perbedaan cahaya. Organ ini bekerja dengan cara menerima, memfokuskan, dan mentransmisikan cahaya melalui lensa untuk menghasilkan bayangan objek yang dilihatnya. Mata merupakan volume tertutup di mana cahaya masuk melalui lensa (lensa mata). Diafragma berfungsi untuk mengatur banyaknya cahaya yang masuk ke mata sehingga objek akan tampak jelas dan mata tidak silau. Pupil sebagai lubang pada diafragma merupakan tempat/jalan masuknya cahaya, sehingga tidak ada cahaya yang dipantulkan darinya karena ininmerupakan lubang, dan sangat sedikit cahaya dipantulkan kembali dari bagian dalam mata. Retina berada pada permukaan belakang berfungsi sebagai tempat jatuhnya bayangan. Retina terdiri atas serangkaian saraf dan alat penerima (reseptor) yang rumit, dinamakan dengan sel batang dan sel kerucut yang berfungsi untuk mengubah energi cahaya menjadi sinyal listrik yang berjalan di sepanjang serabut saraf. Rekonstruksi bayangan dari semua reseptor kecil ini terutama dilakukan di otak, walaupun beberapa analisis ternyata dilakukan pada jaringan hubungan saraf yang rumit pada retina itu sendiri. Di pusat retina ada daerah kecil yang disebut fovea, berdiameter sekitar 0,25 mm, di mana kerucut-kerucut tersusun rapat, bayangan paling tajam dan pemisahan warna paling baik ditemukan. Sistem saraf pada mata menganalisis sinyal untuk membentuk bayangan dengan kecepatan sekitar 30 per detik. MATA NORMAL 4

Rajah 1: Struktur mata

Rajah 2: Mata normal

Jarak terdekat yang dapat difokuskan mata disebut titik dekat mata (PP = punctum proximum). Untuk orang dewasa muda biasanya mempunyai titik dekat 25 cm, walaupun anak-anak sering kali bisa memfokuskan benda pada jarak 10 cm. Selanjutnya, semakin tua usia seseorang, kemampuan berakomodasi makin kurang dan titik dekat bertambah. Adapun jarak terjauh di mana benda masih dapat terlihat jelas disebut titik jauh (PR = punctum remotum). Untuk mata normal adalah mata yang memiliki titik dekat PP = 25 cm dan titik jauh PR = tak berhingga. Jenisjenis masalah mata yang dihadapi oleh kanak-kanak ialah:

5

Rajah 3: Rabun dekat 1. Rabun dekat(myopia) Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun. Sebab-sebab masalah mata rabun dekat ialah:

Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah. Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.

6

Rajah 4: rabun jauh 2. Rabun jauh(hyperopia) Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanakkanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang. Sebab-sebab masalah mata rabun jauh ialah:

Seseorang yang mengalami rabun jauh boleh melihat objek dekat dengan jelas berbanding objek jauh yang kabur. mereka yang rabun jauh cenderung untuk mengecilkan mata untuk melihat objek jauh. Penglihatan kabur ini disebabkan imej ditumpukan di hadapan retina, bukannya tepat di retina. Rabun jauh berlaku apabila mata lebih besar dan panjang daripada mata mereka yang normal. Rabun jauh adalah proses semula jadi yang terbentuk dengan pantas terutamanya ke atas kanak-kanak sekolah atau remaja, dan terus berlaku semasa proses membesar.

Ini menyebabkan mereka perlu memakai kaca mata atau kanta sentuh. Proses ini akan berhenti apabila umur meningkat dalam usia 20-an. Rabun jauh berlaku kepada lelaki dan wanita. Mereka yang mempunyai keturunan rabun jauh lebih berkemungkinan menghadapinya. Kebanyakan mata dengan rabun jauh adalah normal tetapi sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. 7

Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh.

Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.

Antara simptom-simptom rabun jauh adalah:

penglihatan kabur atau terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek jauh keletihan pada mata sakit kepala (jarang)

3. Glaukoma Ia adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosokan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diperiharakan.

Rajah 5: glaukoma Faktor risiko utama yang menyebabkan kerosakan ini adalah tekanan mata yang tinggi. Peningkatan tekanan mata disebabkan rintangan berlaku pada aliran keluar akueus iaitu larutan berair yang mengisi ruang mata, terletak betul-betul di belakang kornea dan di hadapan kanta. Akueus bertindak sebagai medium untuk membekalkan nutrien dan oksigen kepada struktur dalaman mata. Ia kemudiannya akan membawa bahan buangan keluar dari mata melalui sudut antara iris dan kornea seterusnya ke peredaran darah. Pesakit glaukoma akan mengalami masalah pada aliran keluar cecair tersebut. Mendapan cecair ini akan terus meningkat dan seterusnya tekanan mata juga akan turut meningkat. Jenis-jenis glaukoma bergantung kepada keadaan sudut tersebut sama ada sudut terbuka atau sudut tertutup. Sudut tertutup berlaku apabila pangkal iris menutup bahagian sudut manakala sudut terbuka pula rintangan berlaku pada jaringan yang terdapat di dalam sudut. Glaukoma kongenital 8

primer bermula sejak lahir sehingga umur dua tahun manakala glaukoma infantil primer bermula dari umur tiga tahun hingga 10 tahun. Kedua-dua jenis glaukoma ini berlaku disebabkan oleh gangguan pada peringkat pembentukan sudut semasa di dalam kandungan lagi. Disebabkan oleh tekanan mata yang tinggi sejak dalam kandungan, bola mata dan kornea boleh membesar disebabkan struktur mata yang masih lembut. Keadaan ini dinamakan buftalmos manakala glaukoma infantil primer pula, mata kelihatan normal. Glaukoma yang berlaku pada peringkat kanak-kanak dan remaja pada usia antara 10 hingga 35 tahun dipanggil glaukoma juvenil primer. AMBLIOPIA Ambliopia ialah istilah yang digunakan untuk kekurangan tahap penglihatan yang tidak boleh dibetulkan walaupun mata kelihatan normal. Penglihatan kanak-kanak mengalami perkembangan penuh pada umur 9-11 tahun. Sebelum ini mereka adalah dalam tahap pembelajaran di mana mereka boleh menyesuaikan diri kepada masalah penglihatan dengan mengenepikan atau menghiraukan imej yang kabur. Kalau masalah ini dikesan pada tahap yang awal, masalah boleh dibetulkan dan tahap ketajaman penglihatan boleh dipulihkan. Jikalau masalah ini tidak dibetulkan, lebih sukar untuk memulihkan tahap ketajaman penglihatan selepas perkembangan otak yang lengkap.

Rajah 6: Mata Ambliopia CADANGAN DAN PENDAPAT TENTANG PENJAGAAN MATA

9

Rajah 7: Mata manusia Bagi mereka yang mempunyai masalah rabun, adakah selama ini anda mengambil berat dengan siapa anda berurusan ketika ingin membeli cermin mata atau kanta lekap, Jawapannya sudah boleh diagak. Ramai daripada kita langsung tidak kisah dengan siapa kita berurusan. Ini kerana ramai berpendapat mereka yang bekerja di kedai cermin mata mempunyai kepakaran untuk menilai tahap kesihatan mata kita. Namun jangan terperanjat andai ada antara pengamal dalam industri ini langsung tidak memiliki sebarang kelayakan. Dan lebih memeranjatkan mereka hanya menjalankan perniagaan disebabkan warisan daripada keluarga. Penglihatan adalah pancaindera yang sangat penting kepada kita. Semakin meningkat umur seseorang, sedikit demi sedikit penglihatannya akan mengalami masalah. Kerana itulah pentingnya kita menjaga mata dan berurusan dengan mereka yang profesional sahaja dalam bidang ini. Pada pendapat saya, saya mencadangkankan perlu membuat pemeriksaan mata pada peringkat awal. Pemeriksaan mata adalah cara terbaik mengenalpasti masalah mata pada peringkat awal, ketika ia masih boleh dirawat. Pemeriksaan mata secara berjadual membolehkan pakar membetulkan masalah pandangan anda. Walaupun dirasakan mata anda cukup sihat dan terang, anda masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa. Tiada salahnya jika menjalani pemeriksaan. Jika anda perasan, di mana-mana saja, terutama di gedung beli-belah terkemuka, banyak kedai menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma. Gunakan peluang ini untuk mengetahui status kesihatan mata anda. Malah, anda boleh mendapatkan panduan daripada mereka mengenai cara penjagaan deria penglihatan dan mengelakkan keletihan mata. Siapa memerlukan pemeriksaan mata? Sebenarnya semua orang perlu menjalani pemeriksaan ini. Kekerapan pemeriksaan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya umur, taraf kesihatan dan risiko mendapat penyakit mata. Semua bayi yang baru lahir perlu mendapat pemeriksaan mata. Bayi yang dibawa melawat klinik kesihatan perlu mendapat 10

pemeriksaan mata. Semua kanak-kanak tadika dan pra sekolah perlu menjalani ujian tahap penglihatan sekurang-kurangnya setahun sekali Sekiranya tanda-tanda luar biasa dikesan, kanak-kanak tersebut perlu mendapat pemeriksaan Pakar Oftalmologi dengan segera. Pengesanan awal amblyopia membolehkan rawatan awal diberi untuk mencapai kejayaan rawatan yang lebih baik. Pengesanan lewat boleh mengakibatkan kecacatan penglihatan yang kekal sepanjang hayat. Cadangan saya ialah memakai kanta sentuh untuk kanak-kanak. Pemakaian kanta sentuh boleh membina keyakinan diri pada anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidak suka tampil dengan memakai kacamata. Memakai kanta sentuh boleh merubah penampilan mereka, serta boleh meningkatkan lagi keyakinan diri. Kemajuan kendiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah akan bertambah apabila bertukar kepada kanta sentuh. Agak menakjubkan bagaimana dua keping 'plastik' yang nipis ini boleh memberi harapan baru dalam kehidupan kepada seorang anak yang kebolehannya selama ini agak terpendam. Meskipun begitu, harus diingatkan bahawa menukar kaca mata anak anda kepada kanta sentuh bukanlah suatu keputusan yang kekal. Jika anak anda tidak boleh beradaptasi dengan kanta sentuh, kurang mahir dalam mengendalikan kanta sentuh seperti memasang dan menjaganya, optometris anda tidak akan teragak-agak untuk menukarkan semula kepada kaca mata sebagai alternatif pembetulan penglihatan. Kanta sentuh mungkin boleh dicuba kembali pada masa akan datang. Bayi dan kanak-kanak juga perlu menjalani pemeriksaan mata setiap kali berjumpa pakar kanak-kanak. Memang sukar menjalankan pemeriksaan pandangan untuk golongan ini, dan bagi kanak-kanak di bawah umur tiga tahun, pakar paediatrik biasanya memeriksa masalah mata yang lazim seperti mata malas dan juling. Namun, ia juga bergantung kepada kerjasama si kecil. Pemeriksaan pertama mata anak perlu dilakukan ketika mereka berusia antara tiga hingga lima tahun. Berbincanglah dengan pakar kanak-kanak mengenai masa terbaik untuk anak anda menjalani pemeriksaan mata. Dari segi pemakanan, amalkan memakan sayur-sayuran yang dapat memelihara kesihatan mata anda. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis

11

Rajah 8: Lobak merah mengandungi lutein yang baik untuk mata. Sayuran dan buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A yang turut dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega.

Rajah 9: Sayur bayam Selain Retinol, mata juga memerlukan Tiamin, iaitu Vitamin B1. Kekurangan Tiamin akan menyebabkan gangguan pada metabolisme karbohidrat seterusnya menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang bola mata. Vitamin B1 boleh didapati daripada yis, bijirin, kacang, daging dan hati. Riboflavin pula, iaitu Vitamin B2, berperanan melindungi mata dari pembentukan katarak. Ia boleh didapati daripada makanan seperti hati, susu, putih telur dan makanan berdaun. Jenis-jenis Vitamin B yang lain seperti B6 dan B15 juga penting untuk mata. Mata juga memerlukan asid folik. Asid folik yang terkandung di dalam makanan seperti sayur berdaun, cendawan, yis dan hati membantu dalam pembentukan protein nukleur. Sebahagian besar bola mata adalah terdiri daripada protein, maka kekurangan asid folik akan menjejaskan kesihatan mata. Selain itu, Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E juga penting kepada mata. Makanan yang mengandungi segala vitamin ini adalah seperti susu, kubis, limau dan marjerin. Oleh itu, untuk memastikan mata anda sentiasa sihat dan segar, pastikan anda memakan makanan berkhasiat yang membantu menjaga kesihatan mata anda.

TEMU BUALSemasa saya membuat kajian tentang masalah mata dan penjagaan mata, saya telah menemu bual Pn. Rashidah bt mahmood ibu kepada Muhammad fahmi bin shuib kanakkanak berumur 6 tahun yang mengalami masalah rabun dan silau. Beliau telah berkongsi pengalaman tentang masalah ini. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman anak saya yang telahmenggunakan Toner Mata Permata Hijrah. Anak saya berusia 6 tahun dan mengalami rabun jauh

12

dan silau. Power mata kanan anak saya 125 untuk rabun jauh manakala power untuk silau juga 125. Mata kirinya tidaklah teruk kerana power matanya hanyalah 25. Walaubagaimanapun, doktor menyarankan supaya anak saya memakai cermin mata kerana anak saya mengalami Astigmatism iaitu silau. Doktor menyuruh saya membawa anak saya untuk temujanji seterusnya dalam masa sebulan untuk membuat cermin mata. Sebaik pulang daripada bertemu dengan doktor, saya terus pergi melawat seorang rakan. Setelah berkongsi-kongsi cerita, kawan saya tiba-tiba mengesyorkan untuk mencuba produk keluaran Permata Hijrah. Toner Mata Permata Hijrah telah diperkenalkan oleh rakan saya itu. Saya meminta untuk ditunjukkan demonstrasi keberkesanan produk ini. Setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh rakan saya, saya teringin untuk memberi anak saya mencuba pakai. Saya pun telah membeli sebotol Toner Mata yang berharga RM59.90. Pulang ke rumah, saya menitiskan toner tersebut ke mata anak saya. Anak saya memakai toner tersebut secara tidak teratur. Hanya setitis sehari sahaja yang digunakan olehnya. Saya tidak yakin dengan cara pemakaian tidak teratur begitu, mata anak saya akan pulih. Setelah 3 minggu menggunakan produk ini, tibalah masanya untuk temujanji membuat kaca mata dengan doktor. Doktor telah membuat pemeriksaan semula terhadap anak saya untuk memastikan power cermin mata yang diperlukan. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor tersebut tiba-tiba sahaja mengatakan bahawa anak saya tidak perlu untuk membuat kaca mata. Saya bingung dengan saranan doktor tersebut. Doktor tersebut menjelaskan bahawa power mata anak saya telah menurun sehingga 25 sahaja untuk kedua belah matanya. Saya amat terkejut dan terharu dengan perubahan ini. Saya tidak sangka walaupun dengan

penggunaan secara tidak teratur oleh anak saya, ia tetap memberi kesan. Alhamdulillah, saya mula yakin dengan produk ini dan terus meggunakannya untuk memulihkan mata anak saya. Kini, kami sekeluarga menggunakannya. Saya setuju bahawa penjagaan mata rabun anak-anak penting bagi mengelakkan masalah ini berlarutan jika kalau kita tidak mengambil berat untuk menjaganya. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk menjalani pembedahan ini, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar dan berbincang dengan mereka yang pernah menjalani rawatan ini untuk mengetahui kesan dan implikasi sebelum dan selepas rawatan. Dari segi perubatan tradisional, terdapat beberapa pilihan untuk mereka yang berminat dengannya. Ada yang suka mengamalkan petua berkaitan penjagaan mata. Petua-petua ini kebanyakannya membantu menyegarkan mata serta membaiki tahap penglihatan. Walaupun tidak dibuktikan secara perubatan moden, rata-rata mereka yang mengamalkan petua tradisional ini mengakui keberkesanannya dalam menjaga kesihatan mata mereka. Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba untuk memulihkan kerosakan mata. Produk ini biasanya didatangkan dalam bentuk ubat titisan mata dan mengandungi herba yang didakwa baik untuk mata. Ubat titisan ini diletak pada 13

mata untuk membantu merawati masalah mata gatal, mata berair, masalah kerabunan, katarak, glaukoma, masalah kornea dan lain-lain. Seperti dengan perubatan moden, sebelum anda memutuskan untuk menjalani sebarang rawatan tradisional, anda dinasihatkan bertemu dulu dengan pakar mata untuk meneliti risiko dan kemungkinan yang akan dihadapi. Buat juga semakan tentang kandungan ubat tradisional yang digunakan dan pastikan ia mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu. Mata merupakan satu organ terpenting manusia. PUNCA-PUNCA MENGALAMI MASALAH MATA Punca-punca masalah mata juga boleh dikesan jika anak-anak menonton televisyen dengan jarak yang terlalu dekat, mata bergerak-gerak dengan cepat dari sebelah kiri ke kanan atau dari atas ke bawah tanpa dapat dikawal, selalu menggosok mata dan mata tidak seiringan apabila melihat sesuatu. Selain itu, masalah mata yang memerlukan perhatian ialah kelopak mata membengkak dan ptosis atau keadaan kelopak mata kelihatan jatuh seperti mata mengantuk dan juling. Begitu juga penyakit-penyakit seperti glaukoma, katarak, retinoblastoma, retinitis pigmentosa dan pterigium yang hanya boleh dikesan jika menjalani pemeriksaan mata. Tidak ketinggalan, kecederaan mata seperti masuk benda asing dalam mata, bahan kimia, kecederaan tumpul, kecederaan di kelopak mata, kecederaan konjuntiva, calaran kornea, kebocoran kornea dan hyphaema. Selain itu masalah biasa pada mata anak-anak ialah selalu berair dan melekit, terlalu sensitif pada cahaya, mata merah disebabkan gangguan, ransangan dan alahan. Ia menjadi masalah besar kepada kanakkanak apabila kelopak mata mula membengkak, gatal yang amat sangat dan alergi yang kronik boleh dilihat dengan kegatalan yang berlanjutan,'' jelasnya. Sehubungan itu, bagi menangani masalah-masalah ini, kata Dr. Zainal terdapat tiga peringkat pencegahan atau rawatan yang perlu diberi perhatian.

RAWATAN Peringkat awal melibatkan pemakanan iaitu pengambilan pemakanan yang sihat

mengandungi vitamin A. Sementara peringkat kedua pula mengenal pasti penyakit yang dialami dan mengubati penyakit tersebut dengan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Peringkat ketiga menjurus kepada pengurusan kebutaan yang melibatkan anak-anak kepada ibu bapa yang menghadapi masalah mata diperiksa dan diberi rawatan pencegahan. Pengesanan peringkat awal di kalangan kanak-kanak paling penting yang mana ketika usia lima tahun mereka patut menjalani ujian mata. Pertama kali melangkah ke alam persekolahan memang menyeronokkan. Selain sebagai titik permulaan meneroka dunia 14

baru, peringkat ini juga tanpa disedari membantu mendedahkan banyak `rahsia' status kesihatan seorang kanak-kanak. Umumnya, pada peringkat ini masalah penglihatan yang tidak disedari oleh ibu bapa, mahupun kanak-kanak itu sendiri mula dikenal pasti. Masalah penglihatan antara masalah kesihatan yang paling kerap ditemui pada peringkat ini. Sebenarnya, masalah penglihatan ini dihidapi sebelum seorang kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Cuma, tanda-tandanya lebih ketara setelah mereka bersekolah. Sehubungan itu, rata-rata ibu bapa berpendapat, tiada cara terbaik dalam membantu memulihkan masalah penglihatan anak-anak mereka melainkan menggunakan cermin mata. Bagaimanapun, kapasiti cermin mata dalam membantu memulihkan masalah penglihatan ada hadnya. Justeru, sepasang cermin mata bukan segala-galanya. Lazimnya, ia mungkin sesuai untuk kanak-kanak yang telah bersekolah dan boleh mengendalikan dengan baik. Persoalan yang timbul ialah adakah kaedah konvensional ini boleh diguna pakai untuk kanak-kanak berusia kurang dari tiga tahun atau seorang bayi yang dikesan menghadapi masalah penglihatan sejak dilahirkan? Tentu tidak. Malah, penggunaan cermin mata pada peringkat ini bukan saja tidak praktikal, malah ia menyebabkan kanak-kanak atau bayi terbabit berasa rimas. Sehubungan itu, bagi menangani masalah ini kanta sentuh khas adalah jawapannya. Oleh kerana kuasa refraksi tambahan selalunya sangat tinggi dalam lingkungan +17D hingga +32D, pemakaian cermin mata tidak digalakkan kerana kanta cermin mata yang sangat tebal akan menyebabkan ketidakselesaan pada bayi atau kanak-kanak kecil. Cermin mata yang berat juga tidak dapat terletak baik di atas muka bayi yang selalu terbaring dan tidak dapat menegakkan kepalanya tanpa sokongan. Cermin mata juga tidak sesuai untuk dipakaikan pada afakia unilateral kerana ia boleh menyebabkan persaingan dengan mata sebelah yang normal di mana, gabungan imej sukar berlaku antara mata baik yang melihat objek dengan terang, dengan mata afakia yang melihat objek dengan kabur. Namun, ia adalah lebih sesuai pada kanak-kanak afakia bilateral kerana tiada persaingan persepsi penglihatan (kedua-dua mata melihat objek lebih kurang sama jelasnya). Kanak-kanak yang sudah boleh menegakkan kepala dan berjalan mungkin boleh mengimbangi cermin mata berat di atas muka dengan lebih baik. Kanta sentuh khas untuk bayi dan kanak- kanak sering kali menjadi pilihan. Pemakaian kanta sentuh pada bayi bukan semata-mata untuk faktor kosmetik di mana bayi tersebut kelihatan lebih cantik tanpa cermin mata tebal. Dalam kes terapeutik sebegini, ia akan lebih memanfaatkan bayi dari segi rehabilitasi penglihatan. Rehabilitasi penglihatan dengan pemakaian kanta sentuh adalah lebih baik dan cepat berbanding dengan cermin mata. Ia boleh digunakan pada kes unilateral mahupun bilateral. Pemakaian kanta sentuh bermakna kurang persaingan 15

persepsi antara mata malah penyatuan objek menjadi lebih mudah dan adaptasi pemakaian kuasa yang tinggi adalah lebih senang. Bayi memiliki diameter kornea di antara 8.5 hingga 10.5mm manakala orang dewasa mempunyai diameter kornea antara 10.5 hingga 12.5mm. Oleh itu kanta sentuh kanak-kanak biasanya berukuran antara 11.3 hingga 12.5mm (lebih besar sedikit dari kornea bayi). Kecerunan mata bayi juga agak curam pada waktu kelahiran dan mulai mendatar dengan usia. Kelengkungan kanta sentuh bayi kurang dari setahun biasanya dalam julat 7.5 hingga 7.9mm. Oleh kerana itu, kanta sentuh bayi adalah kanta sentuh khas yang ditempah mengikut parameternya tersendiri. KANTA SENTUH KHAS KANAK-KANAK Sama ada untuk teraputik mahupun kosmetik, selama ini ramai beranggapan kanta sentuh hanya sesuai untuk remaja dan orang dewasa. Kanta sentuh adalah alternatif terbaik untuk menangani masalah penglihatan di kalangan bayi dan kanak-kanak. Malah, ia juga diakui selamat dan berkesan, kata pensyarah dan Pakar Optometris, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, Dr. Haliza Abdul Mutalib. Dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa yang direka khas, kanta sentuh ini boleh diperoleh dalam pelbagai saiz. Selain itu kelengkungan dasar, jenis material, kuasa refraktif dan warnanya juga berbeza-beza. Menurut beliau, bergantung kepada keperluan seorang kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk tempoh sementara atau sepanjang hayat. Penggunaan kanta sentuh ini lebih praktikal sekiranya bayi terbabit dikesan menghadapi masalah penglihatan sejak lahir seperti konginetal katarak, katanya. Tidak seperti orang dewasa, bayi yang menghadapi masalah katarak sejak dilahirkan tidak boleh menjalani pembedahan menggantikan kanta (intraocular) palsu. Ini kerana, mata bayi masih boleh membesar beberapa milimeter sehingga usianya tiga tahun. Penggunaan kanta mata palsu di kalangan bayi atau kanak-kanak boleh meningkatkan risiko ia teralih dari kedudukan asal akibat proses tumbesaran, katanya. Kata beliau, kebanyakan masalah penglihatan pada kanak-kanak dirawat ketika memasuki tahun satu persekolahan.

16

Rajah 8: Kanta sentuh untuk kanak-kanak Mengekang Peningkatan Rabun Jauh Mengekang peningkatan miopia (rabun jauh) merupakan faktor utama dalam pemakaian kanta sentuh. Jika kanak-kanak tersebut adalah rabun jauh, kanta GP merupakan pilihan yang terbaik. Kajian yang diterbitkan di jurnal Archives of Ophthalmology telah membuktikan bahawa kanta GP boleh melambatkan peningkatan miopia pada kebanyakan kanak-kanak. Walaupun konsep ini masih lagi kontroversi, kebanyakan optometris percaya bahawa kanakkanak yang dipakaikan kanta GP mempunyai peningkatan miopia yang kurang berbanding mereka yang memakai kanta sentuh lembut. PERANAN IBU BAPA Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan - kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah - majalah , buku -buku serta latihan - latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka. Ibu bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan , swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi -organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan yang boleh mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

KESIMPULAN

17

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini. Segeralah membawa anak berjumpa doktor pakar mata sekiranya mengalami gejala seperti yang dinyatakan di atas. Penyakit katarak kongenital boleh dirawat dan tidak seharusnya dibiarkan sehingga menyebabkan pesakit menjadi buta. Rawatan awal amat penting bagi membolehkan pesakit mempunyai keupayaan melihat yang baik dan jelas sepanjang pembesaran mereka dan apabila dewasa kelak. Budaya tunggu dulu dan tidak apa juga perlu dikikis dari masyarakat kita. Anak-anak kita berhak membesar dengan penuh keriangan dan keceriaan. Jangan takut untuk membuat pemeriksaan mata terhadap anak-anak anda kerana pengesanan masalah pada peringkat awal adalah penting untuk mengelak kes-kes yang lebih teruk seperti amblyopia dan juling. Amblyopia dan juling juga kini boleh dirawat melalui kaedah ortoptik yang boleh didapati di pusat rawatan pakar mata dan juga pusat perkhidmatan optometris. Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap kesihatan mata anak agar tidak menjejaskan kehidupan dan pendidikan mereka kelak. Oleh itu, janganlah kita

sebagai ibu bapa membiarkan mereka membesar dalam dunia yang penuh kegelapan.Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka . Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran -kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain .

Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan dan kelemahan - kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan . Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan latihan. Selain itu, Afakia adalah satu keadaan di mana mata telah kehilangan kanta kristalin yang asal (ketiadaan kanta mata) melalui pembedahan disebabkan oleh katarak (kanta kristalin

18

berkabut). Ia boleh berpunca sejak lahir, trauma ataupun bila bayi mempunyai penyakit sistemik. Kebiasaannya, jika dikesan semasa lahir, ia dikenali sebagai katarak kongenital. Katarak kongenital merupakan opasti atau kekabutan pada kanta kristalin yang boleh menghalang penglihatan. Ia boleh mengakibatkan kekaburan penglihatan yang nyata ataupun secara total. Katarak kongenital kebiasaannya berlaku pada kedua-dua belah mata (bilateral) manakala katarak yang disebabkan oleh trauma selalunya berlaku pada satu mata (unilateral). Sekiranya katarak tidak dapat dikesan awal, ia boleh menyebabkan deprivasi/halangan penglihatan pada bayi. Ini berlaku disebabkan oleh pengurangan stimulus untuk penglihatan sehinggakan bayi mengalami tahap penglihatan yang rendah. Komplikasi penglihatan yang dapat berlaku akibat pengurangan stimulus penglihatan di awal usia adalah ambliopia (mata malas), nistagmus (mata bergetar) dan juling. Mata menjadi jendela kepada mengenali seseorang. Dari mata, kita akan dapat melihat keikhlasan yang terpancar, menjadikan kita lebih mesra dan selesa apabila bertemu. Kata bijak pandai dahulu, dari mata turun ke hati. Oleh itu, jagalah kesihatan mata anda setiap hari . Penjagaan mata rabun kanak-kanak amatlah penting dan ia memberikan kesan yang positif kepada ibu bapa untuk menjaga mata anak-anak mereka agar pulih dari masalah mata. Ianya juga dapat memberikan pemikiran yang positif kepada ibubapa kerana mereka tidak perlu merasa tekanan terhadap masalah anak mereka kerana dalam dunia yang serba morden ini mempunyai pelbagai cara penyelesaian untuk membantu pemasalahan yang ada.

LAMPIRAN

19

20

21

22

23

BIBLIOGRAFI 24

http://famili.dunyahalal.com/ http://panduanpercuma.info/pelbagai/1093/rabun-mata-rabun-warna-dan-puncanya/ http://petuasejagat.blogspot.com/2009/03/amalan-untuk-merawat-rabun-mata.html

25


Top Related