Download - Pengurusan Pentas
TAJUK
Kerjasama
Antara
Kelab Pengurusan Pentas
Dengan
Kelab Seni Drama
PENGENALAN
Termeterainya suatu lembaran bersejarah antara kelab pengurusan
pentas dengan kelab seni drama di mana kedua-dua kelab akan berkerja
secara kolektif untuk menganjurkan sebuah persembahan drama.Drama yang
akan dipersembahkan ini berasaskan unsur kasih sayang.
Dari segi pebelanjaan untuk majlis ini,kami menganggarkan akan
membelanjakan sebanyak RM10,000.Kami akan memperolehkan wang
tersebut dengan jualan tiket,meminta anjuran daripada perniagaan besar
seperti Hotlink.Untuk meminimum lagi kos pengendalian majlis,kami akan
meminta bantuan perniagaan setempat untuk mencetakan banner dan
pamphlet.Dari segi kelengkapan pula seperti pakaian akan diperoleh dengan
cara meminjam.
Majlis ini bukan sahaja akan buka kepada pelajar upm malahan juga
akan terbuka kepada orang awan..Kami menganggarkan seramai seribu
orang akan hadir ke majlis ini.Dengan itu,kami mencadangkan dewan besar
upm adalah tempat yang sesuai dijadikan tempat pengendalian majlis
ini.Memandangkan pentas dewan yang cukup luas,mempunyai kelengkapan
dari segi lighting dan pemasangan suara yang baik .Tambahan pula,dewan
ini juga berupaya memuatkan penonton yang ramai dan mempunyai
kelengkapan hawa dingin.Keseluruhannya,bukan sahaja akan menwujudkan
suasana yang selesa dari segi visual mahupun dari segi pendengaran.
Dari pulangan majlis ini, kami berharap akan mendapat pulangan
sebanyak RM.Satu tiket akan dijualkan pada harga RM 10 di mana 10%
daripada harga tiket akan digunakan untuk tujuan dermaan kepada warga
yang kurang upaya.
Kedua-dua kelab tersebut masing-masing terdiri daripada 30 orang
pelajar.Dari segi pengurusan dewan dan pentas akan diuruskan oleh pelajar
pengurusan pentas.Contohnya,perhiasan pentas,soal lighting,pemasangan
suara,aturan tempat duduk,kebersihan dewan.Dari segi persembahan drama
pula akan dikendalikan pelajar seni drama.Misalnya,dari segi penulisan
skrip,perwatakan watak,pakaian.
Walau bagaimanapun,kelab pengurusan pentas dan kelab seni drama
akan bersama-sama bertanggungjawab ke atas tugasan publisiti bagi majlis
ini. Diharapkan kedua-dua kelab ini akan saling membantu dalam usaha
menjayakan majlis ini.
OBJEKTIF
Antara objektif untuk menganjurkan majlis ini ialah:
Melahirkan pelajar mempunyai kemahiran insaniah seperti sifat
kepimpinan,sikap proaktif, kemahiran berkomunikasi dengan orang
lain,keyakinan diri agar berupaya bersaing di alam pekerjaan nanti.
Melahirkan pelajar yang bukan sahaja matang dari segi fikiran
malahan matang dari aspek emosi.
Mencungkil bakat nyanyian,bakat tarian dan bakat lakonan di
kalangan pelajar.
Memupuk sifat tolong-menolong di kalangan pelajar kelab pengatur
pentas dengan kelab seni drama dan seterusnya mengeratkan lagi
hubungan antara dua kelab tersebut.
Menyedarkan masyarakat dan pelajar tentang tanggungjawab dirinya
terhadap masyarakat iaitu mengambil berat terhadap golongan yang
kian terpinggir dari masyarakat.
TAJUK BACKDROP
Tajuk bagi backdrop kami ialah “MALAM CINTA TIADA
SEMPADAN”.
Maksud bagi cinta adalah sangat luas.Bagi Cinta Tiada Sempadan di
sini bermaksud kasih sayang itu patutlah dicurahkan tanpa mengambil kira
bangsa,agama,status mahupun merentasi negeri.Kami bukan sahaja perlu
menyayangi orang yang mempunyai talian darah dengan kami malahan perlu
menyayangi kawan dan jiran kami walaupun warna kulitnya dan
pegangannya berbeza dengan kami. Tambahan pula,kami juga perlu
menyayangi golongan yang kian terpinggir,misalnya orang kurang
upaya,warga emas.Ini kerana setiap individu mempunyai hak manusia yang
sama rata.
Di samping itu, kami juga akan menderma 10% daripada jumlah
jualan tiket kepada warga kurang upaya sebagai tanda keprihatinan terhadap
mereka.Walau bagaimanapun,kasih sayang itu bukannya semata-mata dinilai
dengan nilai mata wang tetapi adalah lahir daripada hati yang ikhlas.
Diharapkan melalui pesembahan drama ini dapat Menyedarkan
masyarakat dan pelajar tentang tanggungjawab dirinya terhadap masyarakat
iaitu mengambil berat terhadap golongan yang kian terpinggir dari
masyarakat dan seterusnya melahirkan masyarakat penyayang.