Transcript
Page 1: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan
Page 2: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

PENGUCAPAN AWAM

“Untuk terus berjaya dalam memimpin,kita perlu berbalik kepada persoalan

kemahiran asas atau kompetensidiri yang perlu ada pada diri

kita sendiri...ia termasukkeupayaan berucap

di khalayakramai!”

(Program Pembangunan Imej Professional)

TENAGA NASIONAL BERHADKuala Lumpur

01 – 02 April 2008

Page 3: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

PENGUCAPAN AWAMYANG BERKESAN !

OBJEKTIF

Di akhir program ini, adalah diharapkan para peserta akan dapat:

* Menghuraikan tingkahlaku penyampai yang berkeyakinan diri dan berkesan;

* Menunjukkan teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan;

* Menerangkan tingkahlaku yang perlu dikawal sewaktu berucap di khalayak;

* Menerangkan peranan tekanan suara dan penafasan yang baik untuk menambah keberkesanan penyampaian;

* Menghuraikan gaya bahasa dan bahasa badan serta gerak geri dalam pengucapan awam;

* Menunjukkan cara menggunakan alat pandang dengar sewaktu menyampaikan ucapan.

Pengucapan awam adalah suatu seni yang

merangkumi seni lakon, seni tari, seni reka,

seni suara dan seni bahasa. Jalinan di antara

pelbagai seni ini yang disesuaikan dengan

seni tutur akan dapat melahirkan suatu

ucapan yang

mantap dan hebat !

PASTI BOLEH !

Muka 01

Page 4: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

KANDUNGAN…

* Perjelas Tujuan & Matlamat

* Menyediakan Butiran Penyampaian

* Menganalisis Pendengar

* Menyediakan Rangka Ucapan

* Membina Keyakinan Diri

* Teknik-Teknik Penyampaian

* Menggunakan Gerak Geri

* Menjaga Pernafasan & Gugup

* Mengalun Suara

* Merangsang Diri

* Meningkatkan Motivasi Pendengar

* Menggunakan Audio-Visual

* Menutup Ucapan

* Menghadapi Sessi Soal Jawab

* Mengurus Bangkangan

* Kaedah Mengingat Butiran

* Membuat Ucapan Mendadak

* Mengukuhkan Keyakinan Diri

Adakah anda merasa lesu dangugup apabila tiba masanya

anda berucap ?

Adakah anda rasa tekak anda kering, degupan jantung andaberlari kencang, nafas anda

sesak, tubuh anda mula berpeloh dan ingatan anda

tiba-tiba lupus ketika di minta berucap ?

Baik sewaktu anda diminta berucapatau memberi ceramah atau syarahan,

atau ketika diminta mengendalikanmesyuarat, atau diminta menjadi

juruacara…program inimembantu anda untuk lebih

bersedia !

MALAYSIA BOLEH !KITA PUN BOLEH !

HENDAK SERIBUDAYA ! PERCAYA

PASTI JAYA !

Gugup yang keterlaluan dan perasaan takut, bimbang dan

kurang yakin adalah merupakan penghalang utama

kepada pengucapan awam yang

berkesan !

Program ini melatih anda bagaimana mengawal

perasaan supaya tidak gugup dan yakin terhadap potensi

andaberucap dengan baik

dan berkesan !Muka 02

Page 5: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAMTENAGA NASIONAL BERHAD

2008

01 APRIL 2008

MASA AKTIVITI

08.30 pagi * Perasmian Program* Objektif Program* Suaikenal* Pengucapan Awam : Mengapa Gugup ?* 7 Petua Penting Apabila Berucap !

10.30 pagi Minuman Pagi

11.00 pagi * Membuat Persediaan* Menganalisis Tujuan* Menganalisis Majlis * Menganalisis Pendengar* Latihamal : Membina Keyakinan

01.00 tgh Makan Tengahari

02.00 ptg * Saat Melangkah Ke Podium* Kontak Mata* Gaya dan Bahasa Badan* Menguasai Gugup* Pembuka Kata* Latihamal

03.30 ptg Minuman Petang

03.45 ptg * Kepentingan Gerak Geri* Mengalun Suara* Pernafasan * Merangsang Diri* Latihamal

05.00 ptg REHAT

Muka 03

Page 6: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

02 APRIL 2008

MASA AKTIVITI

08.30 pagi * Apa Yang Kita Pelajari?* Menyediakan Isi Ucapan* Mengumpul Maklumat* Beberapa Teknik Penyampaian* Latihamal

10.30 pagi Minuman Pagi

11.00 pagi * Memperjelas Tujuan Penyampaian* Kaedah Meyakinkan Pendengar* Kaedah Memotivasi Pendengar* Kaedah Mengingat Butiran Isi* Latihamal

01.00 ptg Makan Tengahari

02.00 ptg * Berucap Secara Spontan* Ingat : Pembuka, Isi & Penutup* Latihamal

03.30 ptg Minuman Petang

03.45 ptg * Menutup Ucapan* Menghadapi Sessi Soaljawab* Mengurus Bangkangan* Menghadapi Saat Genting* Ke Arah Kejayaan

05.00 ptg Penutup & Penyampaian Sijil

ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAMTENAGA NASIONAL BERHAD2008

Muka 04

Page 7: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

FASILITATOR

FASILITATOR UTAMA

SULEIMAN HAJI SAAIDM.A Antropologi & Sosiologi(Universiti Malaya) 1980B.A Hons. (Universiti Malaya) 1974

SULEIMAN HAJI SAAID, adalah Pengarah Urusan Budi Antara Sdn

Bhd. Dan Perunding Kanan Di Regatcorp

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan

dan pembangunan sumber manusia. Beliau pernah bertugas

sebagai Pengajar di Universiti Malaya sebelum berkhidmat sebagai

Penyelaras Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri dan Perunding

Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau pernah berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pengawal Latihan Pengurusan. Beliau adalah jurulatih bertauliah bagi Program Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan (pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil Kemahiran Jurulatih Professional dari IATA (Geneva).

Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti latihan dan luas pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pembangunan jurulatih, motivasi, kaunseling, keusahawanan dan pengurusan organisasi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang latihan, beliau pernah juga dilantik sebagai seorang Jurulatih Residen di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA Holding dan Focus Learning Consulting Sdn Bhd.

Muka 05

Page 8: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

TENAGA NASIONAL BERHADKuala Lumpur

01 – 02 APRIL 2008

Page 9: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 06

KENAPA KENA MAHIRBERUCAP ?

Adakah Anda BersediaUntuk Berucap ?

bengkel

PENGUCAPAN awam atau berucap di khalayak ramai adalah merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai yang menganggap kebolehan ini sebagai semulajadi. Tanggapan begini tidak boleh kita terima. Ramai pemimpin agung dunia yang bijak menyampaikan ucapan dan berupaya mempengaruhi pengikutnya tidak berasal dari ahli keluarga yang pandai berucap atau semulajadinya mahir bercakap dan berucap.

Kemahiran berucap dan membuat penyampaian yang baik dan berkesan boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan serta bimbingan. Secara keseluruhannya, setiap insan yang normal berupaya dan berpotensi untuk menjadi pemidato yang berkaliber sekiranya diberi peluang untuk mengenali kemahiran tersebut secara lebih sistematik.

Semasa menyampaikan sesuatu ucapan, seseorang penyampai adalah dalam keadaan bersemuka dengan pendengar. Segala gerak laku dan penampilan diri serta persembahan seseorang penyampai adalah menjadi tumpuan pendengar atau audiennya. Dalam konteks ini walaupun seseorang penyampai lebih banyak memberi maklumat dari menerimanya tetapi rangsangan komunikasi yang diterima amatlah penting dan boleh mempengaruhi persembahan sesuatu ucapan itu. Ini memerlukan kemahiran-kemahiran asas sama ada dalam bentuk fizikal mahupun psikologikal.

Page 10: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 07

bengkel

Mengapa kita perlu menimba pengetahuan serta ke mahiran dalam membuat pegucapan awam?

Menjelaskan sesuatu isu :Sebagai penjawat awam, sesuatu isu yang besar dan perlu diberitahu kepada sekumpulan kakitangan memerlukan pengucapan awam. Melalui pengucapan awam, sesuatu isu yang timbul dapat dijelaskan secara dua hala. Kita dapat menerangkan secara terus kepada para kakitangan dan boleh menjawab semua soalan secara terus tanpa memerlukan media yang lain.

Melancarkan kempen :Sesuatu kempen akan dapat dilancarkan melalui pengucapan awam di mana seorang penyampai boleh melakukannya melalui pemujukan, motivasi dan rayuan mengikut tindak balas daripada para pendengar. Kempen yang berkesan adalah banyak bergantung kepada kemahiran kita menyampaikan hujah-hujah yang dapat mempengaruhi audien.

Membina kredibiliti :Berucap dengan penuh yakin akan dapat mem-bentuk kredibiliti seseorang itu dan organisasi yang diwakilinya.

Membetulkan salah faham :Sesuatu ucapan juga boleh membetulkan salah faham kakitangan terhadap sesuatu isu. Para kakitangan akan hanya berpuas hati terhadap sesuatu salah faham apabila mereka dapat mendengar penjelasan terus dari sumbernya.

Sebenarnya kemahiranberucap termasuk jikalauanda diminta jadi JuruacaraMajilis atau disuruh mengetuaimajlis meminang !

Page 11: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 08

bengkel

Memotivasi orang lain :Berucap dengan nada yang berapi-api akan dapat memotivasikan mereka yang mendengarnya. Apabila seseorang penyampai dapat memberikan keyakinan kepada pendengar, ia akan memberikan kesan yang mendalam.

Mewujudkan publisiti :Dengan berucap di tempat awam akan memudah-kan para pendengar mengenali diri kita sebenar -nya. Ini disebabkan kesan komunikasi bersemuka adalah lebih jelas berbanding dengan mengguna-kan media lain.

Mempertingkatkan imej diri :Berucap di khalayak bukan sahaja dapat mem-perkenalkan kita kepada audien malah ia dapat mempertingkatkan lagi imej diri kepada mereka yang pernah mendengar nama kita tetapi belum dapat bersua muka.

Sila nyatakan lain-lainsebab mengapa anda perlumenimba ilmu serta kemahiranpengucapan awam?

Page 12: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 09

bengkel

GUGUP?

Agak lazim bagi kita yang diminta bercakap di khalayak mengalami gugup dan debaran terutama di saat-saat awal kita membuat penyampaian. Tak kira samada anda seorang yang sudah banyak pengalaman atau sebaliknya, debaran serta rasa gemuruh itu sesuatu yang lumrah apabila membuat penyampaian.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah tekanan rasa atau srtress yang anda alami disebabkan pelbagai faktor, antara lainnya :

* Ekpektasi pendengar* Ekspektasi anda sendiri* Tahap persediaan yang anda buat * Dialog dalaman yang anda alami* Takut gagal * Takut tak kesampaian* Takut apa orang lain kata* Lain-lain…………………….

Dalam kumpulan masing-masing, sila senaraikan faktor-faktor yang berpotensi untuk menyebabkan anda rasa gementar, gugup serta stress sewaktu diminta membuat pengucapan awam :

Page 13: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

OTOT-OTOT KEJANG

LIDAH JADI KERING

DEGUPAN JANTUNG MENINGKAT

NAFAS JADI SESAK

PUNDI KENCING JADI KEMBANG

BERPELUH

BADAN BERASA PANAS

MENGGIGIL DAN RASA GEMENTAR

BERCAKAP DALAM KEADAAN TERKETAR-KETAR

FIKIRAN TERGANGGU

PERSEPSI TERGUGAT !

Muka 10

bengkel

Beberapa perkara yang boleh kita amalkan jikalau kita menghadapi stress, terutama sewaktu memula-kan penyampaian:

1. KENDURKAN OTOT YANG KEJANG Cuba perhatikan otot yang kejang dan cuba relaks dan kendurkan kekejangan itu

Page 14: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

2. JANGAN HIRAUKAN MIMIK WAJAH PARA PEDENGAR (PENONTON)

Wajah para penonton atau pendengar memang berpotensi mengganggu persepsi anda…jangan peduli atau terganggu dengannya !

3. KAWAL PERNAFASAN

Nafas kita jadi sesak sewaktu stress. Oleh yang demikian, kita boleh mengawal pernafasan supaya jadi normal dengan menyedut nafas panjang dan menahannya seketika sebelum menghembusnya keluar seperti biasa.

4. TUNJUKKAN MINAT & TUMPUAN

Fokas kita tetap pada si pendengar dan kita tak terganggu dengan persekitaran. Pendengar akan rasa marah jikalau kita kelihatan seolah-olah mengambil ringan atau tak menghiraukan kehadiran atau keujudan mereka di depan kita.

5. KAWAL PERSEPSI DIRI ANDA

Segala gealagat serta gerak laku para pendengar akan menimbulkan persepsi atau tanggapan tertentu dalam diri kita terhadap mereka dan terhadap situasi yang sedang kita lalui. Persepsi kita bergantung kepada pengalaman lampau yang berpotensi mencorakkan fikiran serta perasaan kita. Jikalau kita nampak seseorang itu mengeleng-ngeleng kepala, ia memberi pertanda seolah-olah dia tak bersetuju dengan cakap-cakap kita. Oleh yang demikian, kita berpandang serung terhadapnya. Kita perlu bersikap terbuka !

Muka 11

bengkel

Page 15: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

pengucapan awam

BERFIKIRAN DAN BERPERASAANPOSITIF

BUATPERSEDIAAN

DENGAN RAPI

JAGAKETERAMPILAN

BERUCAP DENGANPENOH BERTENAGA

GUNA SUARA& NAFAS

GUNA GERAK GERI

JAWAB SOALANDENGAN TENANG

DAN JELAS

Muka 12

bengkel

Page 16: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 13

bengkel

DIALOG DALAMAN DIRIYANG POSITIF

PERSEDIAAN FAKTA & DATA

MENINGKATKAN MINAT PADATAJUK UCAPAN

MENERIMA HAKIKAT BAHAWA TIADAMANUSIA YANG SEMPURNA

YAK PERLU MALU DAN BIMBANGDINILAI OLEH ORANG LAIN

BERDOA PADA TUHAN AGARSIMPULAN LIDAH TERBUKA

SENYUM & FIKIR HEBAT !

Dailog dalaman diri kita (inner dialogue) adalah penting dalam mencorakkan perlakuan kita…ia merupakan kata-kata dalaman diri kita sendiri yang berupaya mempengaruhi fikiran separa sedar hingga menjadi sebahagian dari sistem kepercayaan kita dan mencorakkan gerak laku kita !

Page 17: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

REBUT PELUANG apabila diminta beri ucapan. Lebih banyak pengalaman beucap, ia pasti menambah keyakinan diri kita untuk berucap di khalayak.

TERIMA PELUANG BERUCAP hanya atas tajuk yang anda tahu dan anda mempunyai tempoh masa yang cukup untuk membuat persediaaan!

BUAT PERSEDIAAN sebelum berucap. Jangan cuba membuat persediaan hanya di tempat beri ucapan. Jangan terlalu banyak fikir atau membuat persediaan hanya sewaktu sampai di tempat beri ucapan. Bercakaplah secara ringkas dan pasti ramai yang tertarik jika tidak berlebih-lebihan.

SAMPAI di tempat anda berucap lebih awal. Buat semakan tentang tempat berucap, alat pandang dengar dan segala kelengkapan yang ada secara bersahaja.

TEGOR sapa semua orang yang anda ketemu dan sentiasa tersenyum, dan cuba berkenalan dengan muka-muka baru dan jikalau ketawa, janganlah pula terlampau kuat hingga orang lain tertanya-tanya tentang diri anda. Biar kita kelihatan riang.

RELAKS apabila anda berdiri atau duduk sewaktu menunggu saat anda akan berucap. Tarik nafas dalam-dalam, cuba riangkan hati anda dan muatkan mental anda dengan nada lagu yang menarik sambil meman-dang para hadirin serta sekitar dewan. Dongakkan kepala anda tanda yakin diri.

BERUCAPLAHDENGAN PENOH YAKIN !

Muka 14

bengkel

Page 18: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

BANGUN perlahan-lahan sewaktu sampai saatnya anda berucap dan jikalau terpaksa berucap di podium, bangun dan melangkah perlahan- lahan serta teratur dan senyum. Apabila berdiri di podium, pandang keliling, tarik nafas dalam-dalam dan mulakan ucapan.

MULAKAN ucapan dengan memberi hormat kepada para tetamu khususnya def-def jemputan dan teruskan ucapan !

Muka 15

bengkel

CARA MEMBINAKEYAKINAN DIRI

BERFIKIRAN POSITIFiaitu menerima hakikat bahawa tuan/puan

mempunyai kelebihan, kebolehan dan keistimewaan sehingga tuan/puan diberi penghormatan menyampaikan ucapan

UCAPAN KENDIRI DALAMAN YANG POSITIFiaitu melahirkan bisikan-bisikan dalaman yang

positif dan berhujah ke arah mempamerkan kebaikan diri

MENYEDIAKAN DIRI DENGAN DATA DAN FAKTA

sebanyak mungkin terhadap tajuk yangakan disampaikan

TINGKATKAN MINATdiri terhadap tajuk yang hendak disampaikan

Hello Geng…Relak lah !

Page 19: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

RELAKSdengan melonggarkan otot-otot badan yang terasa kejang melalui pergerakan-pergerakan tertentu dan

fikirkan bahawa tiada sesuatu yang dahsyat akan menimpa diri anda jikalau membuat

kesilapan !

BERNAFASdengan menarik nafas panjang, untuk

membekalkan oksijen yang secukupnya dalam paru-paru dan bekalan bagi darah anda !

CARA MEMBINAKEYAKINAN DIRI

Muka 16

bengkel

Tak’kanlah runtuh satu duniaatau jadi kiamat jikalau anda

buat kesilapan !Relaks...Be natural !

Page 20: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 17

bengkel

10 KAEDAH UNTUK MEREDAKANKEGUGUPAN ANDA !

01.

02.

03.

04.

TAHU TENTANG TEMPAT

Anda tau di mana sebenarnya di mana anda akan berucap…bukan hanya alamat tempat, tetapi juga tau samada anda akan bercakap dalam dewan, bilik latihan atau bili mesyuarat.

Jikalau berkesempatan, lebih elok ke tempat di mana anda akan membuat penyampaian terlebih dahulu. Teliti di mana anda akan berdiri, bagaimana letaknya meja dan tempat duduk, di mana pula pendengar akan duduk, di mana kerusi untuk pengerusi majlis dan sebagainya.

Ia juga memberi kesempatan untuk anda menguji sistem audio-visual yang disediakan untuk kegunaan anda !

TAHU TENTANG PARA PENDENGAR ANDA

Sebaik-baiknya, anda kaji latarbelakang para pendengar. Bertegor sapa dengan mereka sewaktu mereka sampai ke dalam bilik atau dewan.

TAHU TENTANG APA YANG ANDA INGIN SAMPAIKAN

Ini amat penting sebab jikalau anda tak berapa tahu tentang apa yang anda ingin cakap, ia akan hanya menimbulkan kegusaran dan gugup !

RELAKS

Anda boleh meredakan stress dengan menggeliat, bersenam ringan atau relakkan otot-otot ! Begitu juga dengan pernafasan, tarik nafas panjang dan untuk otot muka tak jadi tegang…buka mulut luas dan tutup supaya otot di bahagian dagu dan mulut jadi relaks !

Page 21: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 18

bengkel

10 KAEDAH UNTUK MEREDAKANKEGUGUPAN ANDA !

05.

06.

07.

08.

09.

10.

BAYANGKAN ANDA SEDANG BERUCAP !

Anda boleh bayangkan dulu (sebelum waktu berucap) bahawa anda sedang bangkit dari kerusi dan berjalan ke rostrum untuk berucap atau membuat penyampaian. Teknik “desensitization” (mengurangkan rasa) begini benar-benar membantu meredakan kegugupan rasa serta stress !

PENDENGAR HARAP ANDA BERJAYA

Semua orang ingin anda berjaya – berjaya menyampaikan mesej dengan baik, menarik, mengkagumkan…menghiburkan, berjaya dan bukan gagal !

JANGAN MEINTA MAAF KERANA GUGUP

Dalam kebanyakan masa, para pendengar tak tahu bahawa anda mengalami gugup dan rasa gementar. Jikalau anda meminta maaf atas kegugupan anda dan nyatakan bahawa anda sedang gemuruh…ini hanya menarik perhatian para pendengar saja !

TUMPUAN PADA MESEJ DAN BUKAN DIRI

Tumpukan perhatian kepada bahan penyampaian anda dan bukan pada apa yang anda sedang alami…gementar !

JADIKAN GUGUP BAHAN TENAGA !

Gunakan tenaga gugup itu menjadi tenaga positif. Tinggikan suara anda dan guna gerak geri untukmenzahirkan tenaga !

TIMBA PENGALAMAN

Ingat…pengalaman menambah yakin diri !

Page 22: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Tiga Analisis Penting !

* Apa tajuknya ?

* Apa butiran penting ?

* Apa kepentingan tajuk kepada

pendengar ?

* Apa yang menariknya mengenai

tajuk ini ?

* Apa yang boleh menarik minat

pendengar ?

* Gaya penyampaian yang sesuai

untuk tajuk ini ?

* Apa tujuan anda ?

* Apa objektif anda bagi tajuk

ini ?

* Apakah yang pernah dinyatakan

oleh orang lain mengenai tajuk

ini ?

I

Muka 19

bengkel

ANALISIS TAJUK

Hello kawan-kawan,guna peta minda untukmembuat pecahan elemenyang berkait dengan tajukanda…’kan mudah !

Page 23: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

ANALISIS MAJLIS

* TUJUAN MAJLIS - Menghibur - Meraikan - Mempengaruhi - Memujuk - Memotivasi - Menerangkan - Menghuraikan

* ACARA MAJLIS

- Rasmi atau tidak - Bila bercakap - Apa acara selanjutnya... - Susun atur majlis

* TEMPAT MAJLIS

- Suasana dalaman serta persekitaran luaran - Kemudahan yang disediakan - Suis letrik - Penjana hawa dingin - Hiasan dan backdrop - Tertutup/terbuka

2

Tiga Analisis Penting !

Muka 20

bengkel

Ewah…macam-macamkena fikir !

No sweat brother…bila dah banyakkali buat…tak kisahini semua !

Page 24: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

- Bilangan- Jantina- Umur- Status- Pendidikan- Minat- Kegemaran- Ekspektasi- Budaya

NAK JADIPEMIDATOBERJAYA !

Muka 21

bengkel

ANALISIS PENDENGAR

3

Tiga Analisis Penting !

Semua faktor-faktor ini perlu kita teliti sebelum kita membuat penyampaian kerana butiran cakapkita perlu disuaikan dengan latarbelakang pendengar ! Akhirnya gaya penyampaian kita juga perlu kita sesuaikan dengan jenis pendengar – apa yang sesuai bagi orang dewasa mungkin tak sesuai dan berbeza gaya penyampaiannya jikalau kita berdepan dengan para remaja !

INGAT….

Kaji tajuk…majlis dan audien !Apa yang perlu ialah sikap telitianda…jangan ambil ringan !

Page 25: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 22

bengkel

Kaji Bilik Tempat Berucap !

Ada beberapa perkara yang anda perlu teliti atau

kaji

tentang bilik atau dewan di mana anda akan

membuat penyampaian :

* Alat keselamatan

* Kalau letrik padam, apa pelan tindakan anda ?

* Di mana letaknya segala suis lampu, air-con serta

suis untuk alat pandang dengar ?

* Susun atur tempat duduk bagaimana ?

* Berapa luas ruang anda dapat bergerak ?

* Di mana di tempatkan air minuman untuk anda

dan untuk peserta ?

* Adakah dibekalkan gula-gula serta kudapan untuk

peserta ?

* Bagaimana flipcharts dan skrin untuk LCD atau

OHP ?

* Markers ?

* Pastikan di mana pintu keluar masuk, tandas

serta telefon terletak !

* Lain-lain :

Page 26: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Secara umum kebanyakan ucapan terbahagi kepada tiga bahagian :

Pengenalan, Isi dan Penutup.

* Merupakan 10% - 15% dari keseluruhan masa ucapan.

* Terdapat dua elemen penting di bahagian ini, iaitu:

a. Menarik Perhatian b. Kenyataan Ringkas Tujuan Ucapan

A. MENARIK PERHATIAN

* Suatu teknik bagi mendapatkan tumpuan perhatian para pendengar terhadap isu yang akan dibicarakan.

* Ia boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara di antaranya ialah:

- Secara berlawak - Menggunakan statistik - Membuat cerita - Pengalaman semasa - Tajuk akhbar - Kata-kata orang yang ternama - Ungkapan-ungkapan dan kata-kata hikmah - Pantun, sajak - Potongan Al-Quran... Al-Hadith - Dll

PENGENALAN

Muka 23

bengkel

Apa saja..

Asal bahgia !

Tak pandaijoke…jangancuba !

Page 27: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

B. KENYATAAN RENGKAS TUJUAN UCAPAN

* Merupakan satu penerangan rengkas terhadap isu- isu yang bakal disampaikan sebentar nanti.

“Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang

Dihormati Tuan Syed Salim Sameon selaku Pengarah

Latihan MAPA, Tuan-tuan dan Puan-puan yang

dihormati sekelian…

Adalah memeranjatkan apabila kita dapati bahawa dari

sejumlah 300 buah syarikat bumiputra yang dikaji oleh

pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad baru-baru

ini, hampir 80% darinya gagal mencapai prestasi yang

memuaskan.

Sebenarnya ada beberapa punca yang menimbulkan

keadaan ini tetapi setelah diselidiki, punca utamanya

didapati adalah disebabkan oleh kurangnya dayausaha

promosi dan pemasaran yang agresif yang perlu dibuat

oleh syarikat-syarikat ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Bengkel yang diadakan pada hari ini bertujuan

membincangkan bagaimana kita semua dapat

meningkatkan usaha-usaha promosi bagi syarikat kita

masing-masing suapaya kita berupaya mencapai prestasi

yang lebih tinggi dalam membangunkan syarikat kita …”

CONTOH

Muka 24

bengkel

Page 28: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

a. Merupakan intipati sesuatu ucapan. Ia merang- kumi 75% daripada jumlah keseluruhan masa ucapan.

b. Di sini berbagai-bagai teknik boleh digunakan dalam menyampaikan isi yang telah dinyatakan di peringkat pengenalan di atas.

c. Di antara teknik-teknik tersebut adalah:

BADAN UCAPAN ATAU ISI

Muka 25

bengkel

Teknik ini merupakan satu teknik secara terus iaitu menggunakan point utama dan diikuti oleh sub-sub point. Sila lihat contoh di bawah :

Point Utama : Usahawan Tak Buat Promosi* Sub-Point : Gagal Mendapatkan Pasaran* Sub-Point : Tak Ramai Tau Tentang Produk

Point Kedua : Usahawan Tak Mahir & Tak Cekap* Sub-Point : Pengetahuan rendah dalam bidang niaga* Sub-point : Tak gemar melalui latihan

Point Ketiga: Usahawan Bermasalah Peribadi* Sub-point : Gangguan keluarga* Sub-point : Suka menunjuk-nunjuk

TEKNIK MEMBERITAHU

Page 29: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

LATIHAMAL

Tajuk :

Point Utama :

* Sub-point :

* Sub-point :

Point Kedua :

* Sub-point :

* Sub-point :

Point Ketiga :

* Sub-point :

* Sub-point :

Muka 26

bengkel

TEKNIK SEMALAM, HARI INIDAN ESOK

Merupakan suatu teknik menurut urutan masa atau kronologi. Teknik ini menekankan satu urutan peristiwa yang berdasarkan fakta dan masa.

Pada keseluruhannya isi-isi dimuatkan dalam satu garisan dan dipisahkan berlandaskan peristiwa yang telahpun berlaku, sedang berlaku dan apa yang akan berlaku.

SEMALAM HARI INI ESOK

Page 30: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Semalam(Telah Berlaku)

Hari Ini(Sedang Berlaku)

Esok(Akan Berlaku)

* Keadaan ekonomi tidak seimbang* Keadaan sosial tidak seimbang* Timbul rasa tidak puas hati* 13 Mei 1969

* Kestabilan ekonomi* Agihan samarata* Keseimbangan segi sosial* Kestabilan politik* Aman

* Masyarakat dinamika* Masyarakat progresif* Masyarakat yang aman* Berdaya saing* Berdaya tahan* Kemantapan ekonomi, sosial dan politik

CONTOH

LATIHAMAL

Muka 27

bengkel

Tajuk :

Semalam Hari Ini Esok

contoh‘aje !

Page 31: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

TEKNIK POSITIF DAN NEGATIF

Dalam membincangkan teknik ini point-point penting dibahagikan kepada dua, iaitu yang positif dan negatif. Si penyampai mestilah jelas ke arah mana dia mahu mempengaruhi pendengar, positif atau negatif.

Sekiranya yang positif, maka hujah mestilah dimulakan dengan yang negatif dan selepas itu diikuti dengan yang positif.

Perlu diingat sewaktu menyampaikan hujah bahagian yang ingin dipengaruhi mestilah mem-punyai point-point yang lebih banyak daripada bahagian yang satu lagi.

Di akhir hujah mestilah ada unsur menyeru, mengajak,merayu pendengar untuk mengikuti bahagian yang kita beri tumpuan sebentar tadi.

Muka 28

bengkel

Jangan lupa menggunakan peta minda untuk membantu anda berfikir serta mencetuskan ilham dan idea ! Dalam kes teknik di atas, mungkin anda boleh gunakan Ishikawa Diagram !

Promosi

kos

buang masa

penat

keuntungan

berlipat

pelanggan

bertambah

proaktif

Page 32: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

CONTOH

Tujuan ucapan mengajak pendengar supaya merancang dan melaksanakan usaha-usaha promosi dalam memasarkan produk atau khidmat mereka. Penekanan yang kita berikan ialah kepada bahagian positif :

“Merancang dan melaksanakan suatu siri promosi

untuk meningkatkan jualan memanglah memakan

masa dan belanja yang bukan sedikit! (negatif)

Lebih-lebih lagi dalam usaha kita menjimat kos,

kita perlu meneliti dulu apakah sesuatu usaha

promosi itu menguntungkan atau sebaliknya.

(negatif)

Tetapi, sesuatu promosi itu adalah suatu pelaboran

yang mungkin mendatangkan keuntungan berlipat

ganda…pelanggan kita bertambah…orang ramai

lebih kenal produk kita…dan barangan kita jadi

lebih menonjol dalam pasaran dan ini tentu adalah

sesuatu yang baik…” (positif)

Muka 29

bengkel

Tak paham..Tanya !

SENANGAJE TU !

Page 33: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

TEKNIK EMOSI

Merupakan teknik yang paling berkesan dan boleh memberi impak kepada pendengar. Ia merupakan satu teknik yang sukar dilaksanakan.

Ianya banyak bergantung kepada keupayaan dan kebolehan si penyampai menimbulkan perasaan bersalah, marah, geram, benci dan sedih pendengar akibat daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh si penyampai.

Perlu diingat bahawa butiran-butiran yang hendak disampai adalah sama tetapi teknik ini lebih menekankan kepada unsur perasaan. Gaya bahasa, gaya badan, tekanan suara dan halaju suara memainkan peranan dalam menghidupkan penyampaian melalui teknik emosi ini.

CONTOH

Tujuan ucapan adalah untuk mempengarohi pendengar dengan membangkitkan rasa benci mereka terhadap tentera Serbia yang mengganas di Kosovo.

“Bayangkan di suatu perkampungan, para wartawan telah menjumpai mayat-mayat bergelimpangan, para wanita yang dicungkil biji matanya dan ada yang dipenggal lehernya hinnga putus, ada pula yang diikat dan dicucuk telinganya dengan besi tajam…bayangkan, kanak-kanak yang hanya berusia kira-kira 5 tahun, tangannya terputus, otaknya bersepai…dan di tangannya masih memegang sekeping roti..!”

“Main emosi saudara hinggaterpengaroh dengan ucapansaya...betul atau tidak…ituisu ke 40 ! Yang penting…saudara percaya !”

Muka 30

bengkel

Page 34: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

A. BERHADAPAN DENGAN PENDENGAR

* YAKIN DIRI :

- Langkah teratur... tidak gopoh - Tumpuan mata... berpandangan - Air muka... tenang, senyum - Gerak badan... relax, bersahaja - Sedut nafas panjang sebelum memberi salam pengenalan

* SALAM PENGENALAN

- Mengikut tertib…protokol - Nada suara dan sebutan yang jelas - Nada mendatar tetapi beransur tinggi

Muka 31

bengkel

Adab perlu kita jaga apabila berdepan dengan khalayak. Jangan ambil ringan…jangan sampai orang berpaling muka disebabkan kita “biadab” sebab :

* Tak mengutamakan yang tua* Lupa pada yang senior !* Lupa angguk kepala tanda hormat* Tak memandang…sewaktu bercakap* Berwajah serious…lupa susah senyum !* Sana kepit…sini kepit !

Page 35: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

* JANGAN MEMBACA DAN JANGAN MENGHAFAL !

* Fahamkan point... bercakap* Bebaskan diri... agar fikiran lebih kreatif* Lahir dari hati bukan fikiran

JAGA SUARA * Tekan suara beralun

- Tekanan tinggi - Tekanan sederhana - Tekanan rendah

* Kelajuan suara yang pelbagai

- Cepat - Mendatar - Perlahan

* Punca suara

- Dari perut - Kerongkong - Hujung lidah

* Berhenti seketika

- Jaga nafas - Guna pernafasan diaphragmic - Guna nafas untuk membantu nada suara !

Muka 32

bengkel

Tempo jaga…rentakjaga…tango biar kena !

Kalau tak ada kerja…makan tebu hutancecah kicap cili padi…pasti lendir

di kerongkong terhakis…!

Page 36: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

* Merupakan 10% - 15% dari keseluruhan masa ucapan* Terdapat dua elemen terpenting di bahagian ini iaitu:

a. Mengulang isi-isi penting yang telah disampaikan b. Membuat satu kenyataan ringkas yang boleh diingat oleh pendengar

A. MENGULANG ISI-ISI PENTING

Setelah tamat menghujjah di bahagian isi atau badan sesuatu ucapan, sebelum berundur si penyampai hendaklah mengulang semula apa yang telah disampaikan secara ringkas.

CONTOH

“Sepertimana yang saya sebutkan tadi…ada 10 unsur penting yang akan berubah dalam hidup menjelang abad ke 21 dan 3 paling utama termasuklah kualiti hidup, masa yang bergerak pantas dan permintaan pelanggan yang berubah…

Tuan-tuan dan puan-puan, saya harap kita sama-sama berubah menurut keadaan dan peredaran masa.

Sekian, wabillahitaufik walhidaayah…wassalaamu alaiku warahmatullahi wabaarakatuh”

Muka 33

bengkel

Page 37: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 34

bengkel

B. MEMBUAT SATU KENYATAAN RINGKAS

Buatkan suatu kenyataan atau kata-kata yang mem-bolehkan pendengar ingati dan memberi makna serta kesan yang mendalam pada dirinya. Kata-kata ini mestilah berkaitan dengan tajuk penyampaian dan point-point yang disampaikan.

Sebaik-baiknya kenyataan anda berupaya mencetuskan fikiran bagi setiap pendengar dan merupakan suatu pendorong dalam dirinya, memaksa dirinya menganalisa, memahami, menghayati dan mengamalkan apa yang telah disampaikan.

CONTOH

“Sekali lagi saya nyatakan, kita perlu mengamalkan sikap mesra di kalangan kita sendiri bagi mengukuh-kan rasa setiakawan kita dan amalannya cukup mudah…setiap kali kita bertemu,jangan tunggu orang lain memulakan…kita mulakan dulu, mata berpandangan, ukir senyuman dan ucapkan salam..itu saja..mudah…tapi ingat, tak ada guna kita percaya sesuatu tanpa kita amalkan secara praktikal…seperti pantun Melayu berbunyi :

tiada gunanya bungkusanjika tidak berisitiada gunanya ucapanjika tidak diamali”

Sekian..terima kasih !

Sorry geng…suruhpantun saya tak reti…suruh

nyanyi saya okay !

Page 38: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 35

bengkel

BERUCAPJANGAN

PANJANGSANGAT !

TUTUP PUNSAMA !

Pernahkah anda melihatseorang pengucap yangbercakap berleret-lerethingga jelas…ramai yangbosan…menutup ucapansemacam tak jumpa nokhtah akhir ?

C. BIAR ADA IMPAK !

Menutup dengan cara yang menarik akan memberi kesan kepada para pendengar. Gunakan kaedah yang mudah tetapi kita sendiri selesa :

* Kata-kata hikmah yang memberangsangkan* Susunan kata bistari yang menarik* Soal pendengar apa yang mereka pelajari* Buat rumusan ringkas butiran yang anda sampaikan* Gunakan siri persoalan berhubung dengan apa yang anda sampaikan* Buat sebuah cerita yang menarik…yang merangsang, yang menggelikan hati, yang memberi pengajaran, yang hebat !

Page 39: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

TIP 1BAGAIMANA PAKAIAN & KETERAMPILANANDA ?

Ia sewajarnya selesa untuk anda dan selesa dipandang oleh orang ramai serta sesuai untuk majlis. Jangan segan untuk bertanya pihak penaja bagaimana orang lain akan berpakaian iaitu berpakaian formal atau tak formal. Jangan menghias diri secara berlebihan hingga menjadi bualan orang lain.

TIP 2BAGAIMANA GAYA ANDA ?

Relaks, dan bergerak atau berdiri dengan segak tetapi tak kelihatan agak kaku serta bergayut pada podium.

TIP 3BAGAIMANA GERAK GERI ANDA ?

Tangan bergerak bebas tetapi tak berlebihan menghayun ke sana sini. Apabila memulakan ucapan, letakkan tangan di hadapan (kira-kira aras pusat) untuk elak gugup dan gementar. Apabila anda sudah mula bercakap, gunakan gerak geri tangan untuk menambah keberkesanan ucapan.

TIPS PENTING

Muka 36

bengkel

Lihat Sukarno, Mahathir,Anwar, Hitler...Nehru,dan lain-lain…stailmereka “meletup !”

Page 40: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

TIP 4BAGAIMANA PANDANGAN MATA ANDA ?

Pandang mata para hadirin. Pandang pada mata semua orang bagaikan seorang demi seorang hingga seluruh penuntun merasakan seolah-olah anda sedang bercakap dengan mereka.

TIP 5BAGAIMANA PULA SUARA ANDA ?

Anda perlu mengalunkan suara tinggi rendah beserta intonasi yang naik turun menurut mood dan gaya kata-kata ucapan anda. Kuatkan suara anda jika ingin menekankan sesuatu perkara dan kadangkala bagaikan berbisik untuk menarik perhatian pendengar. TIP 6BAGAIMANA KATA-KATA UCAPAN ANDA ?

Gunakan kata-kata mudah dan yang paling selesa pada anda serta mudah difaham oleh pendengar. Tak perlu anda gunakan bahasa baku dan bahasa buku hingga menjadi bahan gurauan para pendengar. Susunan ayat serta selitan perkataan yang sedikit menarik akan menimbulkan kesan bagi ucapan anda. TIP 7PALING MUSTAHAK …BAGAIMANA SENYUMAN ANDA HARI INI ?

Senyum sinis, senyum bimbang, senyum mesra, senyum kasih, senyum marah, senyum nakal, senyum kecewa, senyum sedih, senyum gawat, senyum manis, senyum simpul...Yang mana satukah yang anda beri sewaktu berucap?

Muka 37

bengkel

Page 41: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Sebelum kita berucap seharusnya kita menyemak senaraiberikut.

SENARAI SEMAKAN

INGAT !

Langkah terakhir sebelum berucap adalah

latihan... latihan... dan latihan!

PERSEDIAAN

a. Analisa Tajuk

b. Analisa Majlis

c. Analisa Penonton

d. Analisa Tempat

f. Teknik Penyampaian

e. Bahan * APD * Data-data * Fakta * Masa

PERKARA

Muka 38

Page 42: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Latihan merupakan satu langkah terpenting untuk pengucapan awam yang berkesan. Para pengucap yang terkenal seperti Dale Carnagie sebagainya, berlatih (rehearse) sebelum memberi ucapan yang sebenar. Setiap kali mereka berucap samada rasmi atau tidak rasmi juga adalah latihan melalui pengalaman. Bagaimana dengan diri anda ?

Di antara latihan yang disyorkan adalah:

a. Berbicara depan cermin b. Merakamkan suara... dengar c. Video... lihat d. Berucap di hadapan rakan-rakan dan minta maklumbalas e. Mempelbagaikan corak interaksi sewaktu berbincang, mesyuarat dan perbualan f. Menghayal... berucap dalam diri, dengan rentak tekan suara dan gerak badan. Kesemuanya ini dilakukan secara "senyap"

LATIH & TERUS LATIH

INGAT !

Muka 39

bengkel

Page 43: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 40

bengkel

MENGHADAPI PENDENGARYANG KRITIKAL

01.

02.

03.

04.

05.

DENGAR SOALANDAN ULANGTAYANG

Beri tumpuan pada soalandan si pendengar dan kemudian, ulang semula soalan untuk pendengaran orang lain.

JAWAB TERUS

Pandang terus pada orang yang bertanya dan jawab soalannya secara mudah difahami. Jikalau ia memerlukan jawapan yang panjang, buat tawaran supaya anda menjawab sepenohnya sewaktu rehat kelak.

Guna stail jawapan 1…2…3

RUJUK PADA UCAPAN ANDA

Bila menjawab soalan, rujuk semula tentang apa yang anda telah ucapkan. Misal, “Seperti yang telah saya sebutkan tadi…”

TUNJUK KEMESRAAN

Tunjuk kelembutan pada wajah, senyum dan kawal suara supaya pendengar tak melihat rasa sebenar yang anda sedang alami…marah atau meluat mendengar soalan !

NYATAKAN APA YANG BENAR !

Nyatakan apa yang sebenar jikapun anda telah membuat kesilapan…nyatakan anda silap ! Jikalau anda tak tahu…nyatakan anda tak tahu !

Page 44: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Muka 41

bengkel

MENGHADAPI PENDENGARYANG KRITIKAL

06.

07.

08.

CUBA JANGKA SOALAN

Cuba jangkakan apakah soalanatau pertanyaan yang akan dikemukankan oleh para pendengar…ia memudahkan anda menjawab apabila tiba pada masanya.

JANGAN CEKAK PINGGANG

Apabila menjawab, elakkan gara-gara cekak pinggang atau menuding jari…ia seolah-olah kita memarahi dia yang bertanya !

BIAR MUDAH DAN RINGKAS

Segala jawapan sewajarnya anda ucap dengan ringkas, padat dan tepat ! Tak perlu berleret-leret !

SENANG ‘AJE !

Page 45: Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

a. Pengenalan * Tarikan * Ringkas

b. Gaya Bahasa * Mudah * Menarik * Ketepatan

c. Gerak Geri * Menarik * Kesungguhan * Meyakinkan

d. Tekanan Suara * Kelajuan * Tinggi Rendah * Menarik

e. Perawakan * Pakaian * Hiasan * Gelagat

f. Tumpuan Mata * Menyeluruh * Berpandangan

g. Isi * Kepadatan * Kesinambungan * Teratur * Kejelasan

h. Penutup * Menarik * Ringkas

PERKARA

SKOR

Tidak Memuaskan

Sangat MemuaskanMemuaskan

BAGAIMANA SKOR ANDA?

Muka 42


Top Related