Transcript
Page 1: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI (TMK) TERHADAP MATA

PELAJARAN TERAS

FATIMAH BINTI JAFRI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (TMK) TERHADAP MATA PELAJARAN TERAS

FATIMAH BINTI JAFRI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2017

Page 3: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

iii

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan emak,

Haji Jafri Bin Ismail dan Hajah Kasmah Binti Anuar, segala dorongan, pengorbanan

dan keikhlasan bantuan kalian tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Hanya Allah Ta’ala sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya.

Istimewa buat,

Suami tercinta Mohd Zulfauzi Bin Paiman,

Pengorbanan dan keikhlasanmu yang menjadi pendorong untuk terus berjuang

serta

anak-anak yang dikasihi

Muhammad Mu’az Iman Bin Mohd Zulfauzi,

Muhammad Daris A’qil Bin Mohd Zulfauzi

Semoga dengan kejayaan Umi ini akan menjadi pendorong buat kalian

Seterusnya

Pensyarah yang telah memberikan bimbingan dengan penuh sabar dan tanpa jemu

Dr. Noorazman Bin Abd Samad

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan

Yang sentiasa memberikan dorongan, pertolongan dan bantuan.

Page 4: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

iv

PENGHARGAAN

Alhamdullilah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya laporan kajian ini telah dapat disempurnakan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khusunya kepada Dr. Noorazman Bin

Abd Samad di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, saranan-saranan yang bernas,

sokongan yang berterusan serta kesediaan beliau meluangkan masa menyemak

laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada

para penilai projek sarjana ini iaitu Dr Alias Bin Masek dan Dr. Marina Binti Ibrahim

Mukhtar yang memberikan komen dan pandangan membina dalam membantu

menyiapkan laporan projek ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada kepada semua

rakan-rakan dan juga semua pensyarah serta kakitangan akademik Fakulti

Pendidikan Teknik dan Vokasional yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung membantu menjayakan proposal projek penyelidikan ini. Akhir kata

segala jasa baik, kerjasama serta sumbangan yang diberikan akan beroleh keberkatan

dari Allah S.W.T. Amin.

Page 5: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

v

ABSTRAK

Penggunaan instruksional Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memainkan

peranan penting dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran

(PdP) abad ke-21. Penggunaan TMK adalah tidak terhad kepada sesuatu mata

pelajaran sahaja, sebaliknya kepada semua mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan instruksional TMK terhadap

mata pelajaran teras dari tiga aspek utama iaitu tahap kemahiran, tahap amalan dan

tahap sikap guru. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan

dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis

secara deskriptif dan inferensi. Data di proses menggunakan Statistical Package for

Social Science versi 21.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk

peratusan, min, sisihan piawai dan Ujian ANOVA sehala. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa tahap penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran

teras dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap sederhana iaitu tahap kemahiran (skor

min 3.31), tahap amalan (skor min 2.87) dan tahap sikap (skor min 3.35). Dapatan

kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap

kemahiran (p>0.05=0.224), tahap amalan (p>0.05=0.911) dan tahap sikap

(p>0.05=0.681) guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran

teras. Secara keseluruhannya, guru-guru seharusnya sedar bahawa penggunaan

instruksional TMK adalah penting dan dapat memberi kemudahan dalam

melaksanakan tugas selain mempertingkatkan motivasi serta tahap pencapaian

pelajar.

Page 6: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

vi

ABSTRACT

The use of instructional Information and Communication Technology (ICT) plays an

important role in creating a twenty-first century teaching and learning environment.

It is not limited to a certain subject only but can be used in all subjects taught in

school. This research is aimed at identifying the use of ICT in core subjects as seen

from three main aspects, that is, skills level, practice level and teacher’s attitude

level. This research is in the form of a research. The instrument used in this research

is the questionnaire and the data is analysed in the form of description and

inferences. The data is processed using the Statistical Package for Social Science

version 21.0 (SPSS) and the findings of the research are reported in the forms of

mean, standard deviation, percentage and one-way ANNOVA Test. The test results

showed that the levels of use of instructional ICT in core subjects in the three aspects

were at the average level, with an overall mean score of 3.31 for the skills level, 2.87

for practice level and 3.35 for teacher’s attitude level. The findings of the research

showed no significant differences between the skills level (p>0.05=0.224), practice

level (p>0.05=0.911) and teacher’s attitude level (p>0.05=0.681) in instructional ICT

in the core subjects. On the whole, teachers should realise that the use of

instructional ICT is important and can facilitate the teacher’s tasks as well as

increase students’ motivation and achievement levels.

Page 7: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

vii

KANDUNGAN

TAJUK

PENGAKUAN

i

ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Kerangka Konseptual 10

1.10 Kepentingan Kajian

1.10.1 Pihak Pengurusan Sekolah

1.10.2 Guru

13

13

14

Page 8: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

viii

1.10.3 Pelajar 14

1.11 Definisi Istilah dan Operasional

1.11.1 Kemahiran

1.11.2 Amalan

1.11.3 Sikap

1.11.4 Instruksional

1.11.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

1.11.6 Guru

1.11.7 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

1.11.8 Mata Pelajaran

14

15

15

15

16

16

16

16

17

1.12 Rumusan 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kemahiran

2.2.1 Kemahiran Peralatan TMK

2.2.2 Kemahiran Mengakses Maklumat

19

20

22

2.3 Amalan

2.3.1 Amalan Penggunaan TMK

2.3.2 Amalan Pembangunan Modul

23

24

25

2.4 Sikap

2.4.1 Sikap Komitmen

2.4.2 Sikap Minat

2.4.3 Sikap Amanah

27

27

29

30

2.5 Pengetahuan Penggunaan TMK Oleh Guru di Sekolah 31

2.6 Model Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 32

2.7 Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran 34

2.8 Kepentingan TMK Terhadap Mata Pelajaran Teras 36

2.9 Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 38

2.10 Penggunaan TMK di Sekolah 40

2.11 Kajian Lepas 42

2.12 Rumusan 44

Page 9: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

ix

BAB 3 METODOLOGI 45

3.1 Pengenalan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Kerangka Operasi 46

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 48

3.5 Lokasi Kajian 49

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Borang Soal Selidik

50

51

3.7 Kesahan 55

3.8 Kebolehpercayaan 55

3.9 Kajian Rintis 56

3.10 Prosedur Pengumpulan Data 58

3.11 Kaedah Analisis Data

3.11.1 Analisis Deskriptif

3.11.2 Analisis Inferensi

58

59

60

3.12 Rumusan 60

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 61

4.1 Pengenalan 61

4.2 Analisis Pulangan Borang Soal Selidik 62

4.3 Analisis Demografi Responden 63

4.3.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 64

4.3.2 Analisis Responden Mengikut Sekolah 65

4.3.3 Analisis Responden Mengikut Mata Pelajaran 66

4.4 Analisis Persoalan Kajian Pertama 67

4.5 Analisis Persoalan Kajian Kedua 69

4.6 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 71

4.7 Analisis Skor Min Keseluruhan 73

4.8 Ujian Normaliti 74

4.9 Analisis Persoalan Kajian Keempat 75

4.10 Analisis Persoalan Kajian Kelima 76

4.11 Analisis Persoalan Kajian Keenam 77

4.12 Rumusan 78

Page 10: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

x

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 79

5.1 Pengenalan 79

5.2 Hasil Perbincangan 80

5.2.1 Persoalan Kajian Pertama 80

5.2.2 Persoalan Kajian Kedua 82

5.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 84

5.2.4 Persoalan Kajian Keempat 86

5.2.5 Persoalan Kajian Kelima 87

5.2.6 Persoalan Kajian Keenam 88

5.3 Kesimpulan 89

5.4 Cadangan 91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92

Penutup 93

RUJUKAN 94

LAMPIRAN 106

VITA 133

Page 11: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

xi

SENARAI JADUAL

3.1 Bilangan sampel daripada setiap sekolah 49

3.2 Nama setiap sekolah dan lokasi 50

3.3 Bahagian B : Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 52

3.4 Bahagian C : Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 52

3.5 Bahagian D1 : Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 53

3.6 Bahagian D2: Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 54

3.7 Pecahan item dalam soal selidik 54

3.8 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Sebenar 56

3.9 Tahap kebolehpercayaan Skor Alpha-Cronbach 57

3.10 Skor Skor Alpha-Cronbach 57

3.11 Interpretasi tahap skor min 59

4.1 Analisis pulangan borang soal selidik 62

4.2 Analisis Keseluruhan Demografi Responden 63

4.3 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 64

4.4 Bilangan dan peratus responden mengikut sekolah 65

4.5 Bilangan dan peratus responden mengikut mata pelajaran 66

4.6 Tahap kemahiran guru dalam penggunaan instruksional

TMK terhadap mata pelajaran teras 68

4.7 Tahap amalan guru dalam penggunaan instruksional

TMK terhadap mata pelajaran teras 70

4.8 Tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional

TMK terhadap mata pelajaran teras 72

4.9 Analisis Skor Min tiga aspek utama 73

4.10 Nilai skewness dan kurtosis yang diperolehi bagi

setiap aspek utama 74

Page 12: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

xii

4.11 Ujian ANOVA perbezaan tahap kemahiran guru dalam

Penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras 75

4.12 Ujian ANOVA perbezaan tahap amalan guru dalam penggunaan

instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras 76

4.13 Ujian ANOVA perbezaan tahap sikap guru dalam penggunaan

instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras 77

Page 13: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 12

2.1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Aba Ke-21 33

3.1 Kerangka Operasi Kajian 47

Page 14: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

xiv

SENARAI SINGKATAN

TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi

SPSS Statistical Package for The Social Sciences

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

LCD Liquid Crystal Display

VLE Frog Virtual Learning Environment

KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Page 15: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Kebenaran Kajian 106

B Borang Semakan Soal Selidik 110

C Borang Soal Selidik 117

D Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis 123

E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 124

F Analisis Data Kajian Sebenar 125

G Jadual Krejcie Dan Morgan 130

H Carta Gantt 131

Page 16: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada hari ini

telah banyak memberikan impak positif dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,

pelancongan, komunikasi dan tidak ketinggalan pendidikan. Tindakan Ketua Menteri

Pelajaran Malaysia, yang menjadikan TMK sebagai salah satu Alat Bantu Mengajar

(ABM) sememangnya bijak dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) di sekolah. Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting

terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu yang dapat

disampaikan dengan berkesan melalui proses PdP antara guru dengan pelajar (Mohd

Hamzah & Attan, 2007). Hal ini jelas jika kita lihat pada hari ini, penggunaan TMK

dapat menyediakan pengguna dengan capaian data, persekitaran pemprosesan data,

pengendalian dan boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan tepat (Ab

Samad, & Marsan, 2001).

Pengintegrasian TMK dalam melaksanakan proses PdP adalah perlu dan telah

memberikan satu anjakan paradigma kepada teknik baru dalam pedagogi guru.

Sejajar dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

memperkenalkan pelbagai dasar untuk memastikan semua guru dan pegawai

Page 17: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

2

kementerian pendidikan khususnya celik TMK termasuklah melancarkan Pelan

Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada tahun 2012. Hal ini

juga merujuk kepada penggunaan TMK yang bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu

mata pelajaran, tetapi juga kepada semua mata pelajaran di sekolah termasuk lima

mata pelajaran teras utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,

Sejarah dan Sains.

Kesemua mata pelajaran tersebut banyak melibatkan elemen Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan pelajar terlibat secara langsung

dalam proses penyelesaian sesuatu permasalahan. Hal ini memerlukan pengajaran

berasaskan TMK yang positif oleh guru adalah kerana mampu meningkatkan

kreativiti dan inovasi dalam membuat sebarang keputusan (Nor, Suhaimi, Abdul

Wahab, Che Ismail, Che Noh & Abdul Razak, 2015). Oleh itu, guru-guru perlu

menggunakan kaedah pedagogi berkesan supaya mampu meningkatkan pencapaian

pelajar dalam sesuatu mata pelajaran (Boaler & Staples, 2008) dan tahap KBAT

dalam diri.

Walau bagaimanapun, didapati penggunaan TMK di sekolah masih lagi tidak

meluas dan menyeluruh. Hal ini disokong oleh kajian Mumcu dan Usluel (2010)

mendapati penggunaan instruksional TMK dalam kalangan guru terhadap mata

pelajaran adalah rendah berbanding penggunaan untuk tujuan pengurusan kerja dan

peribadi. Hal ini kerana guru-guru lebih cenderung menggunakan teknik pengajaran

konvensional berasaskan kapur dan percakapan serta bakat semula jadi berbanding

menggunakan bahan bercetak, alat pandang dengar dan perisian multimedia (Jamian

& Ismail, 2013). Kesan daripada hal tersebut, menyebabkan pelajar lemah dalam

akademik, kurang bermotivasi untuk belajar (Halili & Suguneswary, 2016) selain

menyebabkan mereka tidak dapat menguasai KBAT yang diajar oleh guru dalam

sesuatu sesi PdP di sekolah sepenuhnya.

Faktor utama yang perlu diberikan perhatian oleh guru-guru adalah tahap

kemahiran dalam penggunaan TMK bagi memastikan PdP berasaskan TMK berjalan

dengan lancar selain dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan

(Attan & Andrew, 2015) terutamanya dalam mata pelajaran teras. Penggunaan TMK

yang terancang akan dapat membantu pelajar lebih mudah dan cepat memahami ilmu

yang disampaikan seterusnya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk

mendapatkan jalan penyelesaian yang tepat.

Page 18: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

3

Namun begitu, tahap kemahiran guru dalam penggunaan TMK adalah masih

rendah (Razali, Bahador & Saidon, 2016). Akibatnya, didapati guru-guru kurang

bersedia untuk memulakan PdP yang berkualiti dan terancang di samping tidak dapat

mewujudkan peluang pembelajaran sama rata kepada semua pelajar yang

mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. Hal ini dipersetujui oleh Vinathan

(2016) yang berpendapat sekiranya guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang baik

untuk menggunakan TMK maka, perlaksanaan sesi PdP yang berkualiti dan objektif

pemelajaran sukar dapat di capai .

Selain itu, tahap amalan yang positif adalah merujuk kepada penggunaan

TMK secara kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan sesi PdP mata pelajaran

teras. Hal ini akan dapat memupuk budaya kreativiti dalam kalangan pelajar (Mariani

& Ismail, 2013). Namun demikian, pengamalan TMK dalam PdP yang dikatakan

sebagai pemudah cara dalam menyampaikan ilmu masih kurang diamalkan oleh

guru-guru di sekolah. Hal ini dipersetujui oleh Parker (2008) dalam kajiannya

menyatakan bahawa pengajaran yang tidak menggunakan TMK tidak akan dapat

meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas,

menawarkan pengalaman, membantu perkembangan literasi dan kemahiran berfikir

aras tinggi dalam kalangan pelajar. Oleh itu, semua guru perlu menggunakan segala

kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah tanpa ada sikap negatif untuk

menggunakan TMK dalam PdP di sekolah.

Di samping itu, tahap sikap juga berupaya menjadi pendorong untuk

seseorang guru itu menerima penggunaan TMK dalam PdP. Menurut Haili dan

Suguneswary (2016), guru perlu mempunyai sikap dan efikasi yang tinggi untuk

memudahkan proses penerimaan penggunaan TMK dalam pelaksanaan proses PdP.

Hal ini mampu mewujudkan persekitaran yang realistik maya, interaktif dan yang

paling baik adalah dapat menimbulkan keseronokan semasa belajar (Anjuman &

Wan Hussin, 2013).

Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi guru-guru yang bersikap tidak

mahu mengunakan TMK dalam PdP walaupun telah mendapat pendedahan awal

tentang kebaikan penggunaan TMK dalam PdP sama ada di peringkat universiti atau

melalui pengalaman sepanjang tempoh berhidmat (Abdullah & Ali, 2010).

Natijahnya, pelajar tidak dapat memperkembangkan pemikiran kreatif, kritis dan

imaginatif sehingga tidak dapat membuat keputusan kepada sesuatu permasalahan

dengan lebih baik. Justeru itu, semua guru di Malaysia perlu mempunyai tahap

Page 19: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

4

kemahiran, amalan dan sikap yang baik dalam penggunaan TMK untuk tujuan

instruksional terhadap mata pelajaran teras khususnya di sekolah.

Sekiranya usaha ini dijalankan secara terancang dan berterusan, pasti pelajar

yang bersikap kreatif dan inovasi dapat dilahirkan seperti yang dihasratkan dalam

Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2012). Tambahan lagi,

ciri ini adalah penting untuk memastikan pelajar-pelajar mempunyai pemikiran kritis,

kreatif, inovatif, boleh mengaplikasi dan membuat keputusan kepada sesuatu

permasalahan. Oleh itu, semua guru di Malaysia perlu mempersiapkan diri mereka

agar dapat melaksanakan sesi PdP mengikut perkembangan semasa dari pelbagai

aspek terutamanya dari aspek kemahiran, amalan dan sikap. Persoalannya, adakah

guru-guru pada hari ini bersedia dari aspek kemahiran, amalan dan sikap terhadap

penggunaan TMK sebagai Instruksional terhadap mata pelajaran teras menuju ke

arah pembelajaran abad ke-21?

1.2 Latar Belakang Masalah

Golongan guru pada hari ini perlu mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dalam

penggunaan instruksional TMK sebagai prasyarat untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan dari semasa ke semasa. Hal ini disokong dalam satu kajian yang

menyatakan bahawa semua guru di sekolah perlu mempunyai tahap kesediaan dan

berkemahiran tinggi terhadap penggunaan instruksional TMK dalam menjadikan

proses PdP lebih berkesan (Aziz, 2013) terutamanya dalam mata pelajaran teras.

Lima mata pelajaran teras yang wajib lulus oleh setiap pelajar dalam peperiksaan

Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah

menengah ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains.

Kelima-lima mata pelajaran tersebut mengandungi elemen KBAT yang

memerlukan setiap pelajar mampu menghasilkan keputusan yang tepat kepada

sesuatu permasalahan. Hal ini adalah merujuk kepada transformasi kurikulum dan

pentaksiran yang dilakukan di mana elemen KBAT telah menjadi keutamaan dalam

peperiksaan awam (Hj. Nor, Suhaimi, Abdul Wahab, Che Ismail, Che Noh & Abul

Razak, 2015). Justeru itu, penggunaan instruksional TMK akan dapat membantu

Page 20: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

5

meningkatkan tahap kafahaman, mengukuhkan di samping meningkatkan tahap

KBAT dalam diri pelajar.

Walau bagaimanapun, tahap penggunaan TMK untuk tujuan instruksional

dalam PdP oleh para guru didapati masih lagi kurang. Buktinya, dalam dapatan

kajian oleh Sidin dan Mohamad (2007), dinyatakan bahawa penguasaan pedagogi

dalam kalangan guru terhadap TMK adalah terhad dan ini menyebabkan mereka

tidak berpeluang untuk melaksanakan pengajaran secara meluas serta sering

menggunakan kaedah konvensional untuk melancarkan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, masih lagi terdapat guru yang bermotivasi rendah terhadap

pengintegrasian TMK dalam PdP. Hal ini disokong oleh kajian lain yang menyatakan

bahawa masih ada guru yang bersikap tidak berminat langsung untuk menggunakan

TMK selain kurang berkeyakinan dan kurang bersedia untuk menggunakannya

dalam PdP di sekolah (Wan Ibrahim, Awang Lah, Jusoh, & Ibrahim, 2002).

Hal ini memberikan gambaran bahawa sehingga kini, guru-guru di sekolah

masih lagi selesa menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dalam

melaksanakan sesi PdP (Abd Razak, 2013). Perlaksanaan kaedah pengajaran

tradisional atau kaedah ‘Chalk and Talk’ akan menyebabkan pelajar berasa cepat

bosan, bermotivasi rendah untuk belajar dan akhirnya menyebabkan objektif

pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya (Che Mohd Noor & Ahmad, 2015; Md.

Johan & Dinyanti, 2011).

Implikasinya, jika hal ini berterusan, pelajar tersebut akan hilang minat untuk

belajar, tahap prestasi akan merosot, kurang berpengetahuan dalam menyelesaikan

masalah sekaligus boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Perkara

ini amat merugikan kerana guru-guru tidak memanfaatkan sumber pendidikan yang

ada bagi menyampaikan PdP secara lebih berkesan. Sebagai bukti, hasil analisis ujian

SSQS pada tahun 2016 mendapati bahawa tahap pengintegrasian TMK dalam

melaksanakan PdP oleh guru berada pada tahap rendah. Hal ini adalah berdasarkan

kepada soalan berkaitan jangkamasa yang digunakan oleh guru untuk

mengintegrasikan TMK dalam PdP untuk tempoh masa seminggu (Bahagian

Teknologi Pendidikan Negeri Johor, 2016).

Selain itu, guru-guru juga dikatakan masih lagi tidak bersedia untuk

mengintegrasikan TMK dalam sesi PdP di sekolah. Buktinya dalam kajian yang

dibuat, mendapati guru-guru pelatih kurang menggunakan TMK dalam PdP

Matematik (Ahmad Zanzali & Daud, 2010). Hal ini disebabkan oleh sikap

Page 21: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

6

ketidaksediaan guru untuk melaksanakan PdP yang melibatkan elemen KBAT

(Hashim & Hussein, 2003). Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras

yang mengandungi elemen KBAT dan perlu untuk diberikan perhatian berkaitan

pemahaman dan pencapaian oleh pelajar. Kegagalan pelajar untuk menguasai mata

pelajaran ini akan menyebabkan mereka sukar untuk meneruskan pelajaran ke

peringkat tinggi khususnya dalam bidang yang memerlukan pengiraan lanjutan

seperti bidang perbankan atau bidang pengkomputeran.

Di samping itu, sikap ketidaksediaan guru untuk melaksanakan PdP secara

berkesan juga menjadi penyumbang kepada penurunan prestasi pelajar khususnya

berkaitan mata pelajar yang melibatkan elemen KBAT (Hashim & Hussein, 2003).

Hal ini turut disokong dalam hasil kajian oleh Mohd. Zaki (2015) yang mendapati

pelaksanaan teknik pengajaran berasaskan KBAT begitu kurang sekali di praktikkan

di sekolah. Buktinya boleh dilihat dalam laporan yang dikeluarkan oleh Perunding

Kestrel Education daripada England dan 21st Century School dari Amerika Syarikat

pada tahun 2011 menyatakan bahawa tahap KBAT dalam kalangan guru dan pelajar

di Malaysia masih rendah (Kassim & Zakaria, 2015).

Jelaslah di sini menyatakan bahawa guru kurang menggunakan teknik

pengajaran yang berkesan kerana masih tidak bersedia dari aspek ilmu pengetahuan,

kemahiran dan sikap (Rajendran, 2001) terhadap penggunaan TMK. Dalam erti kata

sebenar, guru lebih banyak mengamalkan perlaksanaan teknik pengajaran PdP

berorientasikan peperiksaan dan bertindak sebagai penyampai maklumat kepada

pelajar sahaja di mana hanya melibatkan interaksi sehala. Penggunaan teknik

pengajaran tradisional ini juga akan menyebabkan pelajar kurang kreatif dalam

mengeluarkan idea, kurang berkeyakinan, menggalakkan pembelajaran secara

hafalan dan kurang berminat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah (Awang,

Ahmad & Abdul Talib, 2016).

Pengkaji berminat untuk mengkaji permasalahan ini agar penggunaan TMK

oleh guru-guru di sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa ada pembaziran

sumber pendidikan. Penggunaan TMK dalam pendidikan seharusnya dapat

dipertingkatkan supaya mampu menjana kualiti pelajaran pelajar sebagaimana yang

diharapkan oleh pihak KPM. Tetapi, sebelum hal tersebut dapat dilaksanakan, guru-

guru perlu mempunyai kemahiran, amalan penggunaan dan sikap yang positif

terhadap teknologi serta tidak menganggapnya sebagai satu bebanan.

Page 22: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

7

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa guru seharusnya memainkan peranan

penting untuk melaksanakan PdP bagi menyampaikan isi pengajaran di dalam kelas

dengan lebih berkualiti dan berkesan. Penggunaan TMK dalam PdP adalah

bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai mampu berfikiran

kreatif, kritis, inovatif dan boleh menyelesaikan masalah dan membolehkan mereka

bersaing sehingga ke peringkat global. Kemahiran, amalan dan sikap yang positif

terhadap penggunaan TMK dalam kalangan guru merupakan faktor penting dalam

memperkasakan cara penyampaian maklumat dalam sesi PdP bagi mata pelajaran

teras di samping infrastruktur yang lengkap serta sokongan daripada pihak pentadbir.

Matlamat ini akan dapat dicapai dengan baik sekiranya guru-guru mempunyai

kesedaran dan berusaha meningkatkan tahap kesediaan diri dalam menyediakan

pedagogi PdP yang bersesuaian mengikut tahap pelajar menggunakan TMK.

1.3 Penyataan Masalah

Penggunaan instruksional TMK dapat memberikan kemudahan kepada guru-guru

untuk melaksanakan pelbagai tugas yang dipertanggungjawabkan terutamanya dalam

urusan pentadbiran, pengurusan sekolah dan membuat perancangan untuk

melaksanakan PdP dengan lebih berkualiti. Selain itu pengintegrasian TMK dalam

PdP secara terancang dan berterusan juga adalah penting untuk membentuk,

meningkatkan minat, tahap kefahaman dan tahap KBAT serta kualiti pembelajaran

dalam kalangan pelajar. Kenyataan ini disokong oleh Abdulah (2010) yang

menyatakan bahawa penggunaan alat teknologi yang disediakan dapat membantu

pelajar lebih memahami mata pelajaran, memudahkan pencarian maklumat mengikut

kesesuaian tahap serta dapat menarik minat pelajar semasa menjalani proses

pembelajaran.

Walau bagaimanapun, terdapat masih ramai guru yang tidak menggunakan

instruksional TMK dalam melaksanakan proses PdP di sekolah. Selain itu guru-guru

juga bersikap kurang positif menggunakan pengetahuan dan mengamalkan

kemahiran yang mereka ada dalam penggunaan TMK untuk tujuan instruksional

terutamanya melaksanakan PdP mata pelajaran teras sama ada di dalam atau di luar

kelas. Implikasinya, tahap pemahaman pelajar dalam sesuatu mata pelajaran teras

Page 23: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

8

menjadi lemah, kurang bermotivasi untuk belajar, sukar untuk memahami

kemahiran-kemahiran yang diajar sepenuhnya dan akhirnya tidak mampu

menghasilkan penyelesaian masalah yang melibatkan KBAT dengan tepat. Apabila

hal ini berlaku, pencapaian dalam peperiksaan akan merosot selain pelajar tidak

berminat lagi untuk datang ke sekolah.

Sehubungan itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap

kemahiran, amalan dan sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap

mata pelajaran teras yang diajar di sekolah menengah kebangsaan daerah Muar. Di

samping itu, pengkaji juga berpendapat bahawa kajian untuk melihat perbezaan

penggunaan instruksional TMK dalam kalangan guru berdasarkan mata pelajaran

teras juga perlu dilaksanakan supaya guru-guru menjadi lebih sedar akan

kepentingan TMK dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dan tidak dibazirkan

begitu sahaja. Hal ini merujuk kepada salah satu matlamat yang digariskan oleh

KPM iaitu meningkatkan penggunaan TMK dalam PdP dalam menuju pembestarian

sekolah dapat dicapai.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

(i) Mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam penggunaan instruksional TMK

terhadap mata pelajaran teras.

(ii) Mengenal pasti tahap amalan guru dalam penggunaan instruksional TMK

terhadap mata pelajaran teras.

(iii) Mengenal pasti tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK

terhadap mata pelajaran teras.

(iv) Mengenal pasti perbezaan antara tahap kemahiran, tahap amalan dan tahap

sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran

teras.

Page 24: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

9

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang akan di jawab dalam kajian ini adalah:

(i) Apakah tahap kemahiran guru dalam penggunaan instruksional TMK

terhadap mata pelajaran teras?

(ii) Apakah tahap amalan guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap

mata pelajaran teras?

(iii) Apakah tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap

mata pelajaran teras?

(iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran guru

dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras?

(v) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru dalam

penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras?

(vi) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap sikap guru dalam

penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis yang dibangunkan adalah untuk menjawab persoalan kajian yang keempat.

Hipotesis adalah seperti berikut:

H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran guru dalam

penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.

H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru dalam

penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.

H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara antara tahap sikap guru

dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.

Page 25: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

10

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah kajian berbentuk persepsi untuk melihat tahap kemahiran,

tahap amalan dan tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap

mata pelajaran teras di sekolah menengah harian. Selain itu, kajian ini juga

dijalankan untuk melihat perbezaan di antara tahap kemahiran, tahap amalan dan

tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran

teras.

1.8 Batasan Kajian

Batasan kajian ini merangkumi seramai 277 orang responden daripada 11 buah

sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Muar. Responden yang dipilih pula

terdiri daripada guru yang mengajar mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris Matematik, Sejarah dan Sains.

1.9 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual kajian dalam Rajah 1.1 menunjukkan tentang konsep sebenar

kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Kerangka konsep ini diadaptasi daripada

Suhaini pada tahun 2014. Input dalam kajian ini adalah guru yang mengintegrasikan

TMK dalam menyampaikan bahan pengajaran di sekolah. Dalam proses penggunaan

TMK, guru perlu mempunyai tiga faktor utama iaitu faktor kemahiran, faktor amalan

dan faktor sikap yang positif terhadap penggunaan TMK dalam melaksanakan PdP.

Dalam kajian ini, faktor kemahiran adalah merujuk kepada elemen kemahiran

penggunaan peralatan TMK dan elemen kemahiran mengakses maklumat supaya

dapat mengaplikasikan penggunaan TMK dalam sesi PdP secara lebih terarah dan

terancang. Tindakan ini penting untuk mewujudkan suasana sekolah yang kondusif

dan sesuai untuk melaksanakan sesi PdP ke arah pembentukan pemikiran pelajar

Page 26: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

11

yang serba boleh selari dengan perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 – 2025 yang menggariskan anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan TMK

bagi meningkatkan kualiti PdP di Malaysia (KPM, 2012).

Faktor amalan pula adalah merujuk kepada elemen amalan penggunaan TMK

dan elemen amalan pembangguna modul oleh guru untuk tujuan PdP mengikut

kesesuaian tahap pelajar. Hal ini berkait rapat dengan kemudahan infrastruktur yang

disediakan kerana persekitaran sekolah yang lengkap akan menjadikan guru bersikap

lebih bijak dalam menyampaikan pengajaran yang dirancang dan lebih sistematik

(KPM, 2015). Hal ini juga berkaitan dengan pihak pentadbir di mana, mereka perlu

memainkan peranan dengan menjadi suri teladan kepada guru-guru di sekolah

supaya mengaplikasikan penggunaan TMK dalam melaksanakan PdP (Mohd Tahir,

Abd Rahman, Yassin & Ling, 2010) khususnya dalam mata pelajaran teras yang

diajar.

Faktor sikap pula merujuk kepada elemen sikap komitmen, sikap minat dan

sikap amanah yang ada dalam diri seorang guru untuk menggunakan TMK dalam

melaksanakan proses PdP di sekolah. Komitmen yang baik, minat yang positif serta

amanah dalam menjalankan tugas akan dapat memberikan kemudahan kepada guru

untuk melaksanakan tugas tersebut selain dapat meningkatkan kualiti kerja.

Penggunaan TMK secara teratur dan berterusan akan dapat merangsang minda

pelajar untuk menjadi lebih kreatif, mampu melakukan suatu eksperimen dan

mencari maklumat yang pelbagai berdasarkan mata pelajaran yang dipelajari (Husin

& Khalid, 2014).

Ketiga-tiga faktor ini akan membentuk penggunaan instruksional TMK terhadap

mata pelajaran teras oleh guru secara positif selain dapat menjelaskan bagaimana guru

menerima dan menggunakan TMK untuk meningkatkan tahap pengetahuan pelajar

melalui pedagogi yang bersesuaian dan pelbagai. Hal ini penting terutamanya kepada

guru yang mengajar mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik, Sejarah dan Sains kerana banyak melibatkan pengajaran yang menjurus

kepada tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Oleh itu, setiap guru perlu

menguasai tiga kemahiran penting iaitu kemahiran menggunakan teknologi

maklumat komunikasi dan media, kemahiran belajar dan inovasi dan kemahiran

hidup dan kerjaya yang merujuk kepada model pengajaran dan pembelajaran abad

ke-21 (Alang Osman, 2016). Kemahiran, amalan dan skap terhadap penggunaan

TMK yang positif akan meningkatkan pengguaan bahan pengajaran yang disediakan

Page 27: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

12

oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti CD interaktif atau laman

web oleh guru supaya konsep sesuatu pelajaran itu dapat disampaikan secara lebih

mudah dan dapat difahami oleh pelajar.

Input

Proses

Sumber adaptasi daripada Sumberadaptasi daripada

(Suhaini, 2014) (Suhaini, 2014)

Output

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Sumber : Adaptasi daripada Suhaini, 2014

Guru

Mengintegrasikan

TMK

Faktor Kemahiran

Peralatan TMK

Mengakses maklumat

Faktor Amalan

Penggunaan TMK

Pembanggunan Modul

Faktor Sikap

Komitmen

Minat

Amanah

Penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.

Page 28: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

13

1.10 Kepentingan Kajian

Kepentingan dalam sesuatu kajian yang dijalankan akan memberikan implikasi yang

besar dalam membaiki suatu permasalahan yang dibawa. Oleh yang demikian,

penyataan dan hasil dapatan daripada persoalan yang timbul dikemukakan untuk di

manfaatkan dan dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pentadbir sekolah, guru,

dan pelajar.

1.10.1 Pihak Pengurusan Sekolah

Kajian ini dapat memberikan maklumat yang bermanfaat kepada pihak pengurusan

sekolah dalam mengenal pasti tahap kemahiran, tahap amalan dan tahap sikap guru

menggunakan TMK dalam melaksanakan PdP selain dapat mengenal pasti

kekurangan peralatan TMK di sekolah menengah daerah Muar. Hasil Kajian ini juga

sedikit sebanyak dapat membantu pihak pentadbir dari aspek perancangan,

pengurusan dan melaksanakan program untuk meningkatkan tahap kemahiran, tahap

amalan dan tahap sikap guru untuk mengintegrasikan TMK dalam PdP mengikut

keperluan masa kini. Secara tidak langsung persekitaran sekolah yang kondusif

dapat diwujudkan dan sesuai untuk dijadikan sebagai tempat menjalankan sesi PdP

dengan lebih berkesan. Selain itu juga, hal ini akan dapat menimbulkan motivasi dan

rasa keseronokan dalam kalangan pelajar untuk terus belajar disamping dapat

meningkatkan potensi dan pencapaian diri dalam setiap mata pelajaran yang

dipelajari dengan menggunakan pendekatan pedagogi yang bersesuaian.

Page 29: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

14

1.10.2 Guru

Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada guru - guru yang seharusnya

peka terhadap perkembangan dan penggunaan TMK untuk tujuan istruksional

terutamanya dalam perlaksanaan sesi PdP di sekolah. Hal ini akan dapat

meningkatkan tahap kefahaman, prestasi dan pencapaian pelajar. Selain itu, kajian

ini juga di harapkan dapat mengubah pandangan negatif guru terhadap penggunaan

TMK dalam PdP di yang dianggap menyusahkan dan sukar untuk diimplikasikan.

Sebaliknya, guru akan dapat memanfaatkan kemudahan TMK di sekolah untuk

meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian pelajar dalam pendidikan agar

mereka berpeluang untuk bersaing hingga ke peringkat global.

1.10.3 Pelajar

Pengintegrasian TMK dalam sesi PdP oleh guru memberikan manfaat kepada pelajar

untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri.

Selain itu, pelajar juga akan dapat meneroka ilmu secara menyeluruh di samping

beroleh keyakinan diri yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Oleh

yang demikian, secara tidak langsung isu guru kurang mengunakan TMK dalam PdP

akan dapat diatasi kerana kemudahan TMK yang disediakan dapat digunakan

semaksimum mungkin.

1.11 Definisi Istilah dan Operasional

Bahagian ini akan menerangkan tentang maksud sebenar item-item yang digunakan

dalam kajian ini supaya dapat mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam

kalangan pembaca. Berikut adalah istilah utama yang di gunakan berdasarkan tajuk

dan isu yang dikaji iaitu:

Page 30: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

15

1.11.1 Kemahiran

Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk kepada kemahiran guru menggunakan

peralatan TMK dan kemahiran mengakses maklumat. Kemahiran menggunakan

TMK yang dimaksudkan adalah kepandaian guru dalam menggunakan perkakasan

dan aplikasi yang dibekalkan oleh pihak KPM atau secara atas talian. Manakala

kemahiran mengakses maklumat pula adalah kepandaian guru dalam mencari dan

menganalisa maklumat melalui internet.

1.11.2 Amalan

Amalan dalam kajian ini merujuk kepada perkara-perkara yang sering dilakukan oleh

guru dalam menggunakan TMK di sekolah. Amalan yang dibincangkan adalah

merujuk kepada amalan guru menggunakan TMK dan amalan guru dalam

menggunakan TMK dan amalan guru membangunkan produk menggunakan

infrastruktur yang disediakan di sekolah.

1.11.3 Sikap

Dalam konteks kajian ini, sikap merujuk kepada sikap komitmen, sikap minat dan

sikap amanah guru dalam menggunakan infrastruktur TMK semasa melaksanakan

sesi PdP dalam kelas serta melaksanakan tugas pengurusan di sekolah menengah.

Page 31: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

16

1.11.4 Instruksional

Instruksional dalam kajian ini adalah merujuk kepada kaedah pengajaran yang

menggunakan peralatan TMK sebagai pemudahcara kepada guru supaya objektif

pengajaran yang diharapkan dapat dicapai dengan mudah.

1.11.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang berkaitan

dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui

penggunaan komputer dan telekomunikasi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).

Dalam konteks kajian, TMK merujuk sebagai alat yang di gunakan untuk mengajar

dan belajar serta meliputi pekakasan, perisian dan makmal komputer yang disediakan

di setiap sekolah oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.11.6 Guru

Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada tahap kemahiran, tahap

amalan dan tahap sikap guru yang berkhidmat di sekolah menengah kebangsaan

harian. Guru yang terlibat adalah seramai 277 orang daripada 11 buah sekolah yang

mempunyai makmal komputer lengkap di daerah Muar.

1.11.7 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kontek kajian ini adalah proses guru

merancang dan melaksanakan sesi pengajaran untuk mencapai objektif tertentu sama

ada semasa di dalam kelas atau di luar kelas. Pengajaran yang disampaikan kepada

Page 32: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

17

pelajar adalah berdasarkan kreativiti guru tersebut dan pihak yang terlibat dalam sesi

PdP yang dijalankan ini adalah guru dan pelajar.

1.11.8 Mata Pelajaran

Mata Pelajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada subjek yang perlu diambil

dan oleh pelajar di sekolah menengah. Kajian ini merujuk kepada lima subjek teras

iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains yang

mengandungi elemen KBAT dan wajib lulus oleh setiap pelajar. Sesi PdP bagi semua

subjek tersebut perlu menggunakan instruksional TMK sebagai pemudahcara oleh

guru supaya objektif pengajaran yang diharapkan dapat dicapai di samping

meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

1.12 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang pengenalan, latar belakang

masalah dan penyataan masalah berkaitan dengan isu yang ditimbulkan iaitu

kurangnya penggunaan TMK oleh guru untuk tujuan instruksional di sekolah

menengah di daerah Muar. Implikasinya, pelajar akan kurang memahami tentang

pelajaran yang disampaikan, cepat berasa bosan dan kurang motivasi untuk terus

belajar. Oleh yang demikian, tiga faktor penting telah dikenal pasti iaitu kemahiran,

amalan dan sikap yang positif perlu ada pada setiap orang guru supaya dapat

menghasilkan tahap penggunaan TMK yang maksimum terhadap mata pelajaran

teras khususnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan

Sains.

Page 33: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Sorotan kajian amat penting kepada pengkaji untuk melihat gambaran secara

menyeluruh mengenai aspek yang hendak dikaji bagi menjawab persoalan-persoalan

yang telah dibangkitkan melalui kajian lepas menerusi kefahaman yang mendalam

mengenai kajian yang dijalankan. Pelbagai persoalan yang diutarakan dan dikupas

dalam pelbagai bentuk penyelesaian yang melibatkan pelbagai idea, maklumat,

artikel dan sebagainya.

Dalam bab dua ini, pengkaji akan membincangkan tentang kemahiran guru

dalam penggunaan TMK diikuti dengan amalan guru terhadap penggunaan TMK,

sikap guru terhadap penggunaan TMK di sekolah, pengetahuan penggunaan TMK

oleh guru di sekolah, model pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21, penggunaan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, kepentingan TMK terhadap mata

pelajaran teras, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan TMK di

sekolah dan juga kajian lepas.

Page 34: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

19

2.2 Kemahiran

Di Malaysia, penerapan pengunaan teknologi dalam sesi PdP telah diperkembangkan

demi meningkatkan tahap kualiti inovasi pelajar. Kemahiran dalam penggunakan

peralatan TMK adalah berkait rapat dengan tahap pengetahuan seseorang guru dan

merupakan satu keperluan yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan

keberkesanan proses PdP di sekolah. Ini bermakna setiap guru di sekolah perlu

memastikan diri mereka dilengkapi dengan pelbagai kemahiran yang bersesuaian

mengikut perkembangan semasa dalam dunia pendidikan global. Hal ini penting

kerana guru di lihat sebagai medium dalam mencapai keberkesana dalam pendidikan

(Abdul Manap, 2001). Hari ini penggunaan TMK dalam pengajaran bukanlah

menjadi sesuatu perkara yang pelik dan membebankan, tetapi lebih kepada alat yang

dapat membantu proses PdP menjadi lebih berkualiti dan berinovasi.

Penggunaan TMK di sekolah bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman

dan penguasaan guru, malahan juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar

terhadap pembelajaran dari segi peningkatan motivasi, mengakses maklumat dengan

sendiri, mengumpul maklumat yang diperlukan pada jangka masa yang lama, mampu

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Di samping

itu, hal ini akan juga memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk belajar secara

kendiri dan berkesan dengan bimbingan yang minimum. Implikasinya, guru dan

pelajar akan lebih berdaya kreatif dan berimaginasi tinggi selain dapat menguasai

kemahiran yang diperolehi seterusnya mengaplikasikan dalam dunia kehidupan

sebenar. Kemahiran dalam kajian ini adalah merujuk kepada kemahiran penggunaan

peralatan TMK dan kemahiran mengakses maklumat.

Page 35: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

20

2.2.1 Kemahiran Peralatan TMK

Seseorang guru itu perlu mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam

menggunakan peralatan TMK. Hal ini penting untuk melibatkan pelajar secara aktif

semasa perlaksanaan sesi PdP. Dengan tahap kemahiran yang tinggi, guru menjadi

akan lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran di samping berupaya

mempelbagaikan strategi pengajaran seterusnya boleh membuat penilaian terhadap

pembelajaran yang dilaksanakan (Ahmad & Jinggan, 2015).

Berdasarkan satu kajian, didapati guru kurang menggunakan TMK untuk

menarik minat pelajar dan kurang mampu untuk merangsang proses pembelajaran

pelajar dalam mata pelajaran yang diajar. Hal ini di sebabkan oleh guru masih tidak

mahir untuk penggunaan perkakasan komputer kerana kurang mendapat sokongan

daripada pihak pentadbiran di sekolah (Md Johan & Dinyanti, 2011). Kesan daripada

hal ini, pelajar kurang dapat menonjolkan perkembangan dalam perubahan tingkah

laku mereka terhadap ilmu pengetahuan yang diperolehi.

Seharusnya, setiap guru perlu menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang

diperkenalkan dalam model pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 supaya tidak

ketinggalan dalam arus permodenan perubahan sistem pendidikan. Usaha juga perlu

dilakukan untuk meningkatkan tahap literasi dalam penggunaan peralatan TMK

seperti yang dipersetujui dalam satu kajian menyatakan bahawa guru yang mahir

menggunakan bahan pengajaran TMK boleh memberi kesan yang berkekalan kepada

pelajar dalam memahami sesuatu konsep abstrak (Hassan, Tengku Langjuna, Abdul

Ghaffar & Said, 2007). Oleh itu, dengan adanya kemahiran penggunaan TMK, guru-

guru akan lebih bersikap proaktif khususnya dalam perlaksanaan PdP agar dapat

memupuk minat pelajar untuk terus belajar di samping menyerlahkan lagi potensi

dalam diri pelajar.

Bagi mengukuhkan tindakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dalam meningkatkan kemahiran guru, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia

(PTPM) telah diperkenalkan sebagai landasan kepada guru, para penyelidik dan

individu yang perihatin dalam penggunaan teknologi pendidikan untuk saling

bertukar pandangan dan pendapat bagi meningkatkan kualiti pendidikan dari semasa

ke semasa (Umar & Jamiat, 2011). Cara ini akan dapat membantu para guru dalam

menjana idea pembelajaran dan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) kepada

Page 36: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

21

bentuk yang lebih menarik untuk mewujudkan daya tarikan dalam sesi PdP yang

akan di laksanakan. Selain itu, guru juga akan dapat mengubah teknik pengajaran

konvensional kepada kaedah yang lebih baik, bersistematik, menarik dan tidak

membosankan pelajar secara berterusan.

Selain peralatan TMK, perisian juga di lihat sebagai media penyampaian

maklumat dan penting untu membantu guru merancang, menyampaikan dan

melaksanakan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Seorang guru yang

berwawasan serta mahu mengintegrasikan TMK dalam PdP secara berterusan perlu

mempunyai pengetahuan berkaitan penggunaan komputer, menguasai asas

penggunaan komputer dan berkemahiran menggunakan pelbagai perisian yang

dibangunkan atau sedia ada. Hal ini melibatkan keupayaan dan kecekapan guru

menggunakan sumber digital supaya dapat menyediakan persekitaran PdP yang

boleh memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk terus meneroka, mentafsir

dan mencari makna sesuatu konsep (Ibrahim, 2015). Hal ini akan dapat

meningkatkan tahap KBAT sedia ada dalam diri pelajar sekiranya melaksanakannya

secara berterusan.

Di samping itu, perlaksanaan PdP dengan menggunaan kaedah multimedia

juga berupaya meningkatkan pemahaman pelajar yang mempunyai pengetahuan

rendah dalam mata pelajaran yang di ajar (Mohamad Zin, 2013). Jadi, guru tidaklah

terlalu bergantung kepada perisian yang dibekalkan oeh pihak KPM yang hanya

terhad kepada beberapa mata pelajaran sahaja. selain itu, dengan adanya sistem

pembelajaran multimedia, kualiti pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan

mampu menjadi lebih kreatif serta mudah untuk difahami oleh pelajar. Hal ini selari

dengan Matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan

berminda kelas pertama seperti yang diharapkan dalam Pelan Induk Pembanggunan

Pendidikan (PIPP) dan menepati Objektif Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-

2005).

Sehubungan dengan hal tersebut, adalah sukar bagi seseorang guru itu untuk

melaksanakan tugas sekiranya mereka tidak mempunyai asas pengetahuan dan

kemahiran dalam menggunakan pelbagai aplikasi. Bagi menarik perhatian dan

menghidupkan punca keseronokan dalam meneroka alam pembelajaran kepada

pelajar di sekolah, guru perlu mempunyai tahap kemahiran untuk menggunakan

pelbagai aplikasi terkini di samping dapat menyampaikan bahan pengajaran dengan

lebih berkualiti seterusnya dapat mencapai objektif yang di sasarkan. Kemahiran

Page 37: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

22

bukan sahaja dapat membantu guru dalam proses penyampaian pengajaran, tetapi

juga dapat membantu guru dalam menguruskan urusan pentadbiran (Boon &

Ngatimin, 2011). Hal ini merujuk kepada pelbagai perisian yang telah disediakan

oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk di gunakan oleh guru

bagi memudahkan segala urusan pekerjaan. Contohnya Aplikasi Pangkalan data

Murid (APDM), Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG), Aplikasi Sistem

Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan seumpamanya.

2.2.2 Kemahiran Mengakses Maklumat

Hasil pembelajaran yang bermakna dapat dicapai dengan baik apabila seseorang

pelajar itu boleh menggunakan TMK dan sumber bahan dari internet secara

berhemah. Namun, situasi ini tidak akan berlaku sekiranya guru masih kurang

berkemahiran dalam membantu memudahkan penggunaan TMK dalam kalangan

pelajar. Salah satu kaedah yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah ialah

pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). Menurut

Aziz (2013), penerokaan dan mengaplikasikan TMK dalam PdP menggunakan

pelbagai pendekatan yang berkesan telah membawa kesan baik kepada guru dan

pelajar. Hal ini telah memberikan cabaran yang besar terhadap profesion perguruan.

Di samping itu, setiap guru haruslah sentiasa bersedia meningkatkan tahap

pengetahuan dan kemahiran dalam mengakses maklumat yang tepat bagi membantu

pelajar memahami isi pengajaran yang di sampaikan.

Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

menyarankan semua guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih

menarik minat pelajar dengan mengunakan bahan-bahan yang bersesuaian dari

internet (Ting & Woo, 2005). Guru juga boleh memuat turun, memuat naik bahan

dan melakukan sedikit pengubahsuaian yang sesuai mengikut tahap pelajar untuk

tujuan pengayaan dan mempelbagaikan teknik penyampaian yang lebih kreatif

dalam bilik darjah. Hal ini penting dilakukan supaya pelajar dapat memahami konsep

sebenar serta menguasai kemahiran asas dengan lebih baik.

Menurut Ahmad (2000), penggunaan internet untuk di akses semasa

perlaksanaan aktiviti PdP dalam kelas memerlukan masa yang agak lama

Page 38: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

23

terutamanya kepada guru lama yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran

yang rendah berkaitan TMK. Hal ini boleh menjejaskan waktu proses PdP dan

mengakibatkan gangguan dalam perancangan untuk menghabiskan sukatan mata

pelajaran. Walau bagaimanapun guru-guru boleh mengatasi permasalahan ini,

dengan melalui pegalaman yang semakin bertambah selaras dengan kekerapan

mereka menggunakan perlatan tersebut (Mohd Amin & Chiew, 2010) dan bersedia

dengan lebih awal sebelum sesi PdP berlangsung. Contohnya guru boleh

menyenaraikan dahulu laman web yang perlu di layari dengan mudah oleh pelajar

selain meminta bantuan daripada juru teknik sekolah untuk penyediaan peralatan

TMK.

Selain itu, program yang berasaskan konsep persekitaran dalam pembelajaran

yang berkait rapat dengan penggunaan persekitaran atas talian juga turut

diketengahkan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dilihat dalam situasi pada hari ini,

setiap guru di sekolah mesti mempunyai ‘id’ dan ‘password’ sendiri untuk merekod

semua aktiviti yang dijalankan di sekolah secara atas talian. Hal ini dapat

mengurangkan kos perbelanjaan, masa dan ruang pejabat yang dihadapi setelah

sekian lama (Aziz, 2013). Bagi menjayakan program tersebut, pihak sekolah

memerlukan guru yang mempunyai pengkhususan dalam aliran teknologi

berkomputeran untuk menguruskannya. Hal ini demikian kerana, pembelajaran pada

peringkat yang lebih tinggi akan turut menggunakan persekitaran yang sama melalui

pengalaman di sekolah.

2.3 Amalan

Faktor amalan dalam penggunaan TMK terhadap PdP juga memainkan peranan yang

penting dalam membentuk PdP yang kreatif dan berinovasi. Ini kerana penggunaan

TMK dalam PdP dikatakan sebagai pemudah cara dan boleh mencapai tahap yang

berkesan apabila guru menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar di

mana guru bertindak sebagai fasilitator dalam suatu sesi PdP. Amalan yang baik

dalam penggunaan TMK berupaya menjadi faktor penggerak dan memainkan

peranan penting dalam pembentukan minda pelajar yang cemerlang. Guru yang

Page 39: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

24

merupakan tenaga pengajar, sepenuhnya bertanggungjawab untuk membimbing

pelajar secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam kajian ini, amalan penggunaan TMK dalam PdP membawa maksud

guru perlu menggunakan teknologi pembelajaran yang disediakan untuk

memperkenalkan, mengukuhkan dan menambahbaikan pemahaman pelajar berkaitan

ilmu yang di sampaikan secara berterusan. Ini bermakna secara jelasnya, golongan

guru perlu menggunakan TMK dan menggabungkan bersama-sama dengan kaedah

pengajaran untuk tujuan memberi nilai tambah kepada PdP yang dilaksanakan.

Amalan yang di bincangkan adalah merujuk kepada amalan penggunaan TMK dan

amalan pembangunan modul.

2.3.1 Amalan Penggunaan TMK

Amalan penggunakan TMK dalam bidang pendidikan abad ke-21 bukanlah sesuatu

yang baru diperkenalkan. Boleh dikatakan hampir semua negara telah turut

mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Malaysia, amalan

penggunaan TMK boleh dikatakan masih berada pada tahap permulaan, namun

sehingga kini penggunaanya dilihat semakin berkembang mengikut keperluan

semasa (Hassan & Rashida, 2011). Amalan penggunaan teknologi juga seharusnya di

pupuk dalam kalangan guru yang telah mendapat pendedahan teknologi baru supaya

mereka lebih bersedia untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran di sekolah.

Walaupun telah mendapat latihan dan pendedahan tentang penggunaan TMK

dalam PdP, terdapat 81 peratus orang guru mengaku tidak memanfaatkan kelebihan

tersebut dalam PdP (Ismet, 2000). Ini menunjukkan guru-guru tidak menjadikan

amalan untuk menggunakan TMK dalam melaksanakan PdP sebaliknya mereka lebih

suka menggunakan cara lama untuk mendidik pelajar. Hal ini berkemungkinan

mereka merasakan bahawa menggunakan TMK akan melambatkan masa mereka

mengajar kerana terpaksa memasang peralatan yang diperlukan untuk jangkamasa

yang lama.

Akibat lain daripada amalan tersebut, berlakunya pembaziran sumber yang

merugikan pihak guru dan pelajar. Pembaziran ynag dimaksudkan adalah masa

belajar guru dan perbelanjaan yang telah diperuntukan untuk melaksanakan kursus

Page 40: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

Rujukan

Ab Samad, R.S. & Marsan, M.S. (2001). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Dalam Pengurusan Sekolah. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Ab Aziz, M.A. (2008). Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di

Sekolah Bestari Negeri Pahang. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn,

Malaysia. Tesis Sarjana.

Abd Aziz, M.A. (2008). Faktor-faktor Mempengaruhi Tahap Kompetensi Advanced

Skills Pelajar wanita Kursus Pengkomputeran Di Politeknik. Universiti

Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia.

Abd Samad, N. (2016). Domain Dan Indikator Terhadap Pembentukan Kompetensi

Tingkah Laku Dan Kemahiran Kebolehkerjaan Pelatih Industri Automotif.

Tesis Ph.D. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia.

Abdulah, M.B (2010) Penggunaan Alat Teknologi Pendidikan Dalam Pembelajaran

Subjek Kejuruteraan di Politeknik. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn,

Malaysia. Tesis Sarjana.

Abdullah, M. R. N. (2013). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Kebangsaan Dan

Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian Kes. Jurnal Penyelidikan IPG

KBL, Jilid 11.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti

Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik. Pendidikan Johor:

Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. & Jalaludin, J. (2011). Komitmen Guru-Guru Terhadap

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Negeri Johor.

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 41: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

95

Abdul Manap, Y. (2001). Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab

Bersama. Bistari Koleksi Guru Johor, JPN Johor.

Abdul Razak. R. (2013). Starategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas

Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik. Universiti Malaya.

Abdul Razak, R. & Abdul Rahman, M. (2013). Pembinaan Media Pengajaran

Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru Ictl. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 1 Isu 2.

Abdul Sahaa, R., Mohd Ayubb, A. F. & Ahmad Tarmizic, R. (2010). The Effects of

GeoGebra on Mathematics Achievement: Enlightening Coordinate Geometry

Learning. International Conference on Mathematics Education Research

2010 (ICMER 2010). Procedia Social and Behavioral Sciences 8, 686–693

Abdullah, N., Khalid, H. & Mohd. Hamzah, M. I.(2014). Peranan Pengetua sebagai

Pemimpin Teknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan diMalaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah, N., Khalid, H. & Mohd. Hamzah, M. I.(2015). Amalan Kepimpinan

Teknologi Pengetua Dalam Pengintegrasian TMK Di Sekolah Menengah

Kebangsaan Di Malaysia. Proceding of the 3rd, Global Summit On

Education GSE 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Abdullah, N. Q & Ali, H. (2010). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan di

Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Abdullah, S., Abdullah, N, Bachok, S. R. & Kalyani, R. (2005). Internet Sebagai

Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Ciri-ciri Dan Aplikasinya.

Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad, (2000). Teknologi Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ahmad, A. & Jinggan, N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran guru Dalam

Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sejarah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ahmad, S. F. & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran J-Qaf.

Jurnal Islamic and Arabic education, 2 (2), 53-64.

Page 42: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

96

Ahmad, Z. (2006). Pelaksanaan Dasar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Alam

Pendidikan Di Sekolah Rendah. Universiti Malaya.

Ahmad Zanzali, N. A. & Daud, N. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik.

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Alang Osman, B. H. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

Dalam Kalangan Pensyarah Istitusi Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal

Penyelidikan dedikasi Jilid 10.

Anjuman, J. & Wan Hussin, W. R. (2013). TMK Dan Kelestarian Penggunaannya

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Di Sekolah. Universiti Sains

Malaysia Pulau Pinang.

Atan, N. A. & Andrew, B. (2015). Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran: Sejauh Mana Ia Meningkatkan Kemahiran Generik Guru

Pelatih Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia

Awang, M. M., Ahmad, A.R. & Abdul Talib, N. S. (2016). Penggunaan Multimedia

Dalam Pendidikan Sejarah Pada Abad Ke-21 Dan Hubungannya Dengan

Minat Belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan. Universiti Kebangsaan

Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan.

Aziz, S.M. (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2016). Tahap Pembestarian Sekolah Johor Darul

Takzim. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2015). Buletin Anjakan : Buletin

Transformasi Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2017 dari

http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf

Bakri, Bakar & Firdaus. (2013). Kemahiran Berpikir Aras Tinggi di kalangan guru

Matematik Sekolah Menengah Pertama di Kota Makassar. 2nd International

Seminar on Quality and Affordable Education.

Ball, A.L. & Garton, B.L. (2008). Creating Mathematical Futures Through An

Equitable Teaching Approach: The Case Of Rail Side School. Teacher

College Record. 110(3), 608-645.

Page 43: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

97

Boaler, J. & Staples, M. (2008). Creating Mathematical Futures Through An

Equitable Teaching Approach : The Case Of Rail Side School. Teacher

College Record, 110 (3), 608-645.

Boon, Y. & Ngatimin, S. (2011). Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan

Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan. Journal of Technical,

Vocational & Engineering Educational Volume 3. Universiti Teknologi

Malaysia.

Che Mohd Noor, S. Z. & Ahmad, A. R. (2015). Kreativiti Guru Dalam

Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Sejarah. Proceeding:7th

International seminar On Regional education, Volume 1.

Ching, M. C. H & Badusah, J. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran

Di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan

Malaysia 35(1) :59-65.

Chua Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 2: Asas Statistik

Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Chua, Y. P. (2013). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1: Kaedah

Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Clark, R. (2004). Graphics for Learning: Proven Guidelines for Planning, Designing

and Evaluating Visuals in Training Materials. Jossey-Bass Pfeiffer.

Cuny, J. & Aspray, W. (2001). Recruitment Of Woman Graduate Students In

Computer Research Association. Journal Og SIGCSE, 34 (2):168-174.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (7th ed.).

Kuala Lumpur.

Elias, M. S. & Mohamad Ali, A. Z. (2012). Penggunaan Simulasi Packet Tracer

dalam Meningkatkan Pemahaman Pelajar Terhadap Konsep Abstrak dalam

Matapelajaran Rangkaian Komputer: Suatu Tinjauan Awal. Proceedings of

International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Malaysia, 19-20 December 2012.

Embong, H. (2005). Pembinaan Dan Keberkesanan Penggunaan Perisian

Multimedia Elektrokimia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia

Tingkatan 4. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 44: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

98

Hj Nor, N., Suhaimi, N. S., Abdul Wahab, N. S., Che Ismail, M. K., Che Noh, M. A

& Abdul Razak, K. (2015) Pelaksanaan KBAT Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Di

Putrajaya. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education,

November 5-7, 2015

Halili, S. H. & Suguneswary. (2016). Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Berasaskan Model Tam Dalam

Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran

Asia Pasifik. Bil. 4, Isu 2.

Hamdan, A. R., Sihes, A. J., Ramli, J. & Ismail, M. (2006). Tahap Minat,

Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan Beban Tugas Guru

Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor.

Universiti Teknologi Malaysia.

Hashim, R & Hussein, S. (2003). The Teaching Of Thinking In Malaysia (1st ed).

Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

Hassan, J. & Kamisan, S. N. (2010). Halangan Terhadap Penggunaan Komputer

Dan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya,

Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Hassan J. & Rashida, F. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaan Dan

Pebelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering

Education, Volume 4, Pages 22-37 / ISSN: 2231-7376.

Hassan, Z., Tengku Langjuna, T. S., Abdul Ghaffar, M. N. & Said, H. (2007). Tahap

Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar

Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Universiti

Teknologi Malaysia.

Hasan, N. H. & Mahamod, Z. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah

Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ).

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. .

Page 45: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

99

Hussin, N., Rasul, M. S. & Abd. Rauf, R. (2013). Penggunaan Laman Web Sebagai

Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan. The Online

Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2. Universiti Malaya

Malaysia

Husin, Z. & Khalid, F. (2014). KekanganTerhadap Penggunaan Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim, J. A. (2015). Kesan Pemadanan Antara Persembahan Multimedia Dengan

Gaya Pembelajaran Pada Laman Web Adaptif Terhadap Tahap Penguasaan

Dan Kepuasan Pelajar Kejuruteraan Elektrik. Tesis Ijazah Doktor Falsafah

Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc-

Graw Hill Education Malaysia Sdn. Bhd.

Ilias, M. F. & Jasmi, K.A. (2011). Faktor Serta Pendorong Yang Mempengaruhi

Kepenggunaan Teknologi Dalam pengajaran Dan Pembelajaran Guru-guru

Pendidikan Islam. Seminar Islam Nusantara Peringkat Asean. Universiti

Teknologi Malaysia.

Ismail Gani, A. W., Siarap, K & Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu

Kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2.

Ismet, I. (2000). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Satu Tinjauan. Universiti

Teknologi Malaysia.

Jamian, A. R. & Ismail, H. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu, ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2.

Kassim, N. & Zakaria, E. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Jurnal

Pendidikan Matematik, 3(1) 1-12.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembanggunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia.

Page 46: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

100

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT Dalam Kurikulum.

Bahagian Pembanggunan Kurikulum. Putrajaya: Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Laporan Programme for International

Assessmen 2015 (PISA). Dicapai pada 26 Oktober 201 dari

http://www.moe.gov.my/images/Arkib/PISA2015/Laporan%20PISA%20201

5.pdf

Konting, M.M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Luaran, E. (2009). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat

Dalam Pengajaran Dan pembelajaran Di Malaysia. Universiti Teknologi

Mara, Malaysia.

Lubis, M.A., Wan Hassan, W. N. S. & Hamzah, M.I. (2017). Tahap Pengetahuan

Dan Kesediaan Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor

Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran pendidikan Islam.

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization

(ACER-J) 1 Volume 1(1)

Mahamod, Z. & Mohamad Noor, N. A. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan

Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu.

GEMA Online™ Journal of Language Studies Volume 11(3).

Maier, P. & Warren, A. (2002). Literacy Technology In Learning and Teaching.

London: Kogan Page.

Mariani, A. & Ismail, Z. (2013). Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke Atas

Amalan Pengajaran Kreatif. 2nd International Seminar on Quality and

Affordable Education (ISQAE 2013). Universiti Teknologi Malaysia.

Md. Johan, O. & Dinyati, L. (2011). Persepsi Guru-guru Pendidikan Islam Terhadap

Penggunaan TMK Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah

Kebangsaan Di Daerah kluang. Kajian Ilmiah Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 47: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

101

Mohd Amin, N. F. & Chiew, K.H. (2010). Persepsi Guru Terhadap penggunaan

perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Jenis Kebangsaan Cina. Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Daud, N. Ahmad, A. R. & Yakub, N. M. (2015). Pembelajaran Berteraskan

Kemahiran Berfikir aras Tinggi (KBAT) Di dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran mata Pelajaran sejarah. Prosiding : 7th International seminar

Regional Education. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Hamzah, M.I & Attan, N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam

Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46(E): 45-60. Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd Saad, A. R. (2001). Teknologi maklumat Dan komunikasi: Keperluan

Pertimbangan Semula Program Pendidikan Tinggi. Kertas Dibentang

Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era Kemajuan. Kuala

Lumpur.

Mohd Taib, H. S. & Ngah, N. A. (2003). Pertimbangan Sosioteknikal Dalam Reka

Bentuk Dan Implimentasi TMK. TMK Dalam Perkhidmatan dan Latihan:

Trend Dan Isu. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.

Mohd Tahir, L., Abd Rahman, M. A., Yassin, A. & dan Ling, P. A. (2010).

Penilaian Guru Sekolah Rendah Terhadap Peranan Guru Besar Sekolah

Sebagai Pemimpin Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Asia

Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 169–188.

Mohd Zaki, A. Z. (2015). Penggunaan Bahan Tiga Dimensi (3D) Untuk

Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Subjek Kajian

Tempatan Bagi Murid Tahun 5 Smart. Jabatan pengajian Sosial.

Mohd Zin, M. N. Z. (2013). Kesan Penggunaan CD Interaktif Dalam Pembelajaran

dan Pengajaran Mata Pelajaran Geofrafi Tingkatan 4 Sekolah Menengah

Harian Kluang. Jabatan pengajian Sosial. Universiti Tun Hussein Onn,

Malaysia. Tesis Sarjana.

Page 48: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

102

Mumcu, F. K. & Usluel, Y. K. (2010). TMK in Vocational and Technical

Schools:Teachers' Instructional, Managerial and Personal Use Matters.

Turkish Online Journal of Educational Technology Hacettepe University,

Turkey.

Murad, A. & Hasan, Y. (2003). Adab Al- ‘Alim Wa Al-Muta’alim ‘Inda Al-

Mufakkirin Almuslimin Min Muntasif Al-Qarn Al-Thani Al-Hijriy Wa Hatta

Nihayah Al- Qarn Al-Sabi’. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut,

Lubnan.

Nasir, M, S., Yahaya, M.F., Abdul Hamid, M.F. & Sahrir, M. S. (2016). Analisis

Respons Pelajar terhadap Reka Bentuk Laman E-Pembelajaran Bahasa Arab

melalui EZ-Arabic.net untuk Pelajar Sekolah Rendah. Jurnal Sultan Alauddin

Sulaiman Shah Vol 3 Bil 2.

Nor, N., Suhaimi, N.S., Abdul Wahab, N. S., Che Ismail, M. K, Che Noh, M. A. &

Abdul Razak, K. (2015). Pelaksanaankbat Dalam Pengajaran

DanPembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Di

Putrajaya. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman, S. Z., Aris, B., Mohammed, H., Mohd Zaid & Abdullah, Z. (2014).

PenerapanKemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Model Stesen Rotasi

Pelbagai Mod. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 11-13 Ogos.

Othman, Y. & Pakar, D. R. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa

Mengajarkan Kemahiran Membaca Dan Kefahaman Dalam Kalangan Murid

Tahun 4 Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 27 Malay

Language Education Journal (MyLEJ)

Parker, L.L. (2008). Technology-Mediated Learning Environments For Young

English Language Learners: Connections In And Out Of Schools. New York:

Lawrence Erlbaum Associates.

Partnership for 21st Century Skills. (2015). Framework For 21st Century Learning.

Dicapai pada 28 Mei 2017 dari http://www.p21.org/our-work/p21-framework

Pejabat Pendidikan Daerah Muar. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran

Abad Ke-21. Dicapai pada 28 Mei 2017 dari

https://www.sistemguruonline.my/.../pendidikan-abad-ke-21.html

Page 49: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

103

Puteh S. N & Abd Salam, K.A. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan TMK Dalam

Pengajaran Dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja Dan Tingkah Laku Murid

Prasekolah (Level Of Readiness In Using TMK For Teaching And Its Effect

On The Work And Behaviour Of Preschool Pupils). Jurnal Pendidikan

Malaysia 36(1)(2011): 25-34

Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Kertas dibentang

pada Seminar Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-wawasan 2001.

Rancangan Malaysia ke Lapan. (2001). Dicapai pada 18 Oktober 2016 dari

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RM8.pdf pada

Rancangan Malaysia ke Lapan. (2001). Dicapai pada 18 Oktober 2016 dari web

https://www.prestariang.com.my/TMKindustryinfo/download.pdf

Razali, N. Z., Bahador, Z. & Saidon, K. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi

Penggunaan VLE Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah.

International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-

UMSIDA. Universiti Utara Malaysia.

Sabudin, S. Alwi, N. H, Atan, H. & Wong, S. L. (2008). Sikap Guru Sains Di Negeri

Sembilan Terhadap Penggunaan Teknologi Komputer Di makmal Sains.

Jurnal Teknologi, 48(E) : 169–186. Universiti Teknologi Malaysia.

See, C. I. (2008). Kajian Terhadap Pengetahuan Mencari Maklumat Menerusi

Internet Di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di

Sibu, Sarawak. Tesis Ijazah Sarjana muda. Universiti Teknologi Malaysia

Seikh Salleh, Y. (2014). Perlaksanaan TMK dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Di Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia. Tesis

Sarjana.

Sekaran, U. (1992). Research methods for bussinesse: a skill-building approach.

New York : John Wiley & Sons, Inc.

Shabudin, A. (2005). Amalan Pendekatan Pengajaran Di Sekolah Menengah

Bistari: Satu Tinjauan. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. Tesis Sarjana.

Sham. (2011). Integriti. Di capai pada 14 Disember 2016 dari web

http://www.scribd.com/doc/49190824/INTEGRITI.

Sidin, R. Mohamad, N. S. (2007). TMK dalam Pendidikan : Prospek dan Cabaran

Dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 139-152.

Page 50: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

104

Suhaini, M. (2014). Tahap Kecekapan Penggunaan Teknologi Maklumat Dana

Komuikasi Di Dalam Kalangan Pelajar Tiga Buah Koleh Vokasional Di

Negeri Pahang. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia. Tesis

Sarjana.

Sulaiman, H., Abdullah, S. S. & Yusop, F. (2006). Peranan Ibu Bapa Dan Guru

Dalam Membantu Pelajar-Pelajar Yang Menghadapi Masalah Pencapaian

Akademik. Jurnal Masalah Pendidikan, 27(6) : 9-10.

Surif, J., Ibrahim, N. H. & Abu Hassan, R. (2014). Tahap Amalan dan

Pengintegrasian TMK dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains.

Universiti Teknologi Malaysia.

Syed Hassan, S. N., Tamuri, A. H., Othaman, I. & Mamat, M. S. (2009). Persepsi

Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM.

Journal of Islamic and Arabic Education 1(2), 31 – 50.

Tang, K.N. & Kanesan Abdullah, A. G. (2006). Kesediaan Dan Keberkesanan

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi Di

sekolah Menengah. Journal Of Education Research. Kuala Lumpur.

Universiti Malaya.

Tengku Sembok, T. M. (2005). Program Pengajian Penyelidikan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi: Merentasi Zaman 1974 - 2005. Persidangan

Sempena Sambutan Ke-35 Tahun UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ting, S K. & Woo, L. Y. (2005). Penggunaan TMK Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional:

Sikap Guru, Peranan TMK Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan TMK.

Seminar Pendidikan 2015, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Umar, I.N. & Jamiat, N. (2011). Pola Penyelidikan TMK Dalam Pendidikan Guru Di

Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pasifik

Journal of Education, Vol. 26, No. 1,1-14,2011.

Vinathan, T. (2016). Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam

Pengajaran Di Sjk (T) Daerah Kuala Muda Yan. Proceeding of ICECRS,

1043-1054 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating

Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, Universiti Utara Malaysia.

Page 51: PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT … · 1.11 Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Kemahiran 1.11.2 Amalan 1.11.3 Sikap 1.11.4 Instruksional 1.11.5 Teknologi Maklumat

105

Wan Ibrahim, W. M., Awang Lah, H., Jusoh, Z. & Ibrahim, Z. (2002). Tahap

Keperluan Pengetahuan Dan Kemahiran Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi Dikalangan Guru Di Beberapa Buah sekolah Di jajahan

Kelantan. Di capai pada 12 November dari web

http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/edu3053/artikel/TMK.htm

Wiersma, W. (2000). Research In Education: An Introduction, Boston: Allyn and

Bacon

Yaapar, S. Sipon, M. & Mohd Daud, S. (2103). Kesediaan Pelajar Kolej Komunit

Selayang Dari Aspek Minat dan Sikap Terhadap Bidang Kemahiran

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Dalam Sistem Modular

Kebnagsaan. Seminar Pascasiswazah Dalam Pendidikan. Universiti Putra

Malaysia.


Top Related