Transcript

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

1

Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas. Saya menulis laporan ini dengan satu niat iaitu membantu anda memahami cara-cara membuat pelaburan emas dengan betul, tepat dan selamat.

Saya aktif di dalam pelaburan emas sejak tahun 2008 sehingga hari ini. Pada waktu itu pelaburan emas masih terlalu baru di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas masih di tahap rendah. Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya membaca buku-buku rujukan yang dibeli dari luar negara. Ini kerana buku-buku tempatan tentang emas @ pelaburan logam berharga adalah sangat terhad. Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas dengan saya terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan professor universiti. Dengan tunjuk ajar mereka, saya rasa amat bertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas yang betul dengan orang yang betul-betul pakar. Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar di dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong. Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada laporan ini. Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar. Syukor Hashim

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

2

Selamat datang ke dunia pelaburan emas! Laporan ini ditulis untuk menerangkan kepada anda cara-cara membuat pelaburan emas fizikal dengan betul, tepat dan selamat.

Jika anda masih baru di dalam dunia pelaburan emas, laporan ini dijamin 100% akan membantu anda menguasai ilmu pelaburan emas fizikal.

Anda akan mendapat maklumat tentang kaedah membuat pelaburan emas fizikal yang betul, tepat dan selamat.

Baik, mari kita mulakan.

Mula-mula sekali, anda mesti nak tahu:

Apa maksud Pelaburan Emas? Definisi pelaburan emas adalah:

(1) Anda membeli emas fizikal atau (2) sebarang produk-produk kewangan berasaskan emas (3) bagi tujuan mendapatkan keuntungan.

Terdapat banyak kaedah pelaburan emas di Malaysia, namun pelaburan emas secara fizikal adalah kaedah pelaburan yang paling mudah, selamat dan patuh syariah.

Kenapa anda perlu menyimpan emas? Kenapa anda perlu menyimpan emas? Di manakah keuntungan menyimpan emas?

Ada 2 sebab yang paling asas kenapa anda perlu menyimpan emas iaitu:

1. Duit senang habis 2. Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa panjang

Duit senang habis. Tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang sangat baik. Ini kerana duit yang anda simpan boleh digunakan bagi tujuan kecemasan, menunaikan umrah @ haji atau pun bagi tujuan pelaburan seperti membeli hartanah atau modal perniagaan.

Walaupun anda tahu menyimpan duit itu bagus, namun tahukah anda, tabiat menyimpan duit sukar untuk dipraktikkan?

Buktinya, anda boleh melihat petikan daripada Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

3

Laporan ini mendedahkan kepada kita 2 maklumat yang merunsingkan.

1. Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia tidak mempunyai aset kewangan (muka surat 49).

2. Memetik angka Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS), laporan itu juga menyatakan hampir 90% isi rumah luar bandar dan 86% isi rumah dalam bandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan (mukasurat 49)

Baik, sekarang saya nak tanya anda satu soalan.

Sila jawab dengan ikhlas J

Soalan: “Duit senang nak simpan atau senang nak dihabiskan?”

Sebagai seorang pendidik mengenai pelaburan emas, bertahun-tahun saya tanya soalan di atas kepada orang yang hadir ke seminar saya.

Saya akan buka beg duit, tarik keluar beberapa keping duit RM50 atau RM100, tunjukkan kepada hadirin dan tanya mereka soalan “tuan puan sekalian, duit kertas ini senang tak kalau nak dihabiskan?”

Jawapan yang diterima daripada semua orang hampir sama.

Jawapan mereka “Duit senang habis. Cepat pulak tu”

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

4

Gambar: Duit RM200 nie kejap ajer habis…

Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka sukar bagi anda untuk membina kekayaan dengan simpanan duit.

Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit biasanya ada 2 sahaja.

Pertama bayar hutang dan kedua belanja.

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini? Jika anda hendak membina simpanan yang banyak, cuba gunakan teknik tukar duit simpanan menjadi emas.

Saya ada simpan 1 gram emas di dalam beg duit. Kemudian saya cabut keluar emas 1 gram tu dan tanya orang yang hadir ke seminar saya.

Gambar: Jongkong emas 1 gram.

Soalan saya: “Macam mana nak belanja 1 gram emas?”

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

5

Orang susah nak jawab soalan ini. Sebab orang tak ada pengalaman belanja emas.

Dalam otak kebanyakan orang, emas kena simpan.

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Saya pernah berjumpa seorang hamba Allah yang hobinya ialah mengumpul syiling 1 dinar emas. Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan menukarkannya kepada syiling 1 dinar emas. Beliau kumpul 1 dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping. Fuh! Banyak tu…

Kemudian beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585 sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu. Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500 Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokus kepada emas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya. Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti emas anda akan semakin banyak. It keep growing and growing… Terdapat 2 pengajaran di dalam cerita ini: 1. Simpanan emas melibatkan simpanan jangka masa panjang. Baru anda boleh lihat hasilnya. Seeloknya anda simpan emas untuk 5 tahun ke atas. 2. Anda perlu konsisten menyimpan emas. Tabiat membeli emas secara konsisten amatlah baik.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

6

TIPS!

Mengikut pengalaman saya, duit memang susah nak simpan, terutamanya jika simpanan itu memerlukan komitmen untuk satu jangkamasa yang sangat panjang.

Anda memerlukan disiplin yang tinggi serta hati yang cekal.

Biasanya hati manusia ini, suka kepada keseronokan yang cepat dan segera.

Sebab itu kita mempunyai keinginan yang spontan membelanjakan duit sebaik sahaja menerimanya. Psssttt… tengok ajer duit bonus anda.

Bagi kita, itu adalah normal.

Sebenarnya sikap seronok belanja itu sangat tidak bagus dan merugikan kita dalam jangka masa panjang.

Sebab itulah, saya cadangkan anda untuk cepat-cepat “membekukan duit” ke dalam bentuk emas.

Ia adalah salah satu langkah terbaik bagi mengelakkan diri dari terguna, terpakai, terbelanja, terbeli, termelabur dalam benda-benda mengarut dan macam-macam ter… lagi…. J

Kesemua ter.. diatas boleh menyebabkan duit anda hangus.

Betul tak?

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

7

Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa panjang.

Satu fakta menarik tentang emas ialah keupayannya mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007” oleh Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan University of California.

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:

“Adakah nilai duit pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?”

Di dalam kes ini, duit yang dimaksudkan adalah emas.

Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan

di England dan Amerika serta harga emas semasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda menyimpan emas.

Kuasa membeli emas adalah sangat stabil.

Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

8

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang. Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1 dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini.

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25gram)

Sekarang ini, tahun 2016. Satu dinar masih boleh membeli seekor kambing!

Inflasi untuk emas adalah 0%

Gambar: Harga kambing ini adalah 1 dinar emas.

Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

9

Prestasi kenaikan harga emas tahun 2001 – 2016 Jadual di bawah menunjukkan purata kenaikan harga emas untuk jangkamasa 16 tahun di dalam 9 matawang utama dunia.

Sebagai contoh, kenaikan harga emas di dalam USD daripada tahun 2001 sehingga 2016 adalah 421%

Saya harap anda dapat melihat potensi pelaburan emas di dalam jangka masa panjang.

Ia menguntungkan anda.

Gambar: prestasi harga emas dari tahun 2001 - 2016

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

10

Baiklah, sekarang anda telah mengetahui:

1. Definisi pelaburan emas dan 2. Sebab kenapa anda ingin menyimpan emas.

Seterusnya, mari kita lihat cara termudah membuat pelaburan emas iaitu membeli emas fizikal.

Pelaburan emas fizikal. Pelaburan emas fizikal bermaksud anda membeli emas di dalam bentuk fizikal. Anda boleh pegang emas tersebut dan simpan sendiri.

Emas fizikal terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Jongkong emas, 2. syiling emas dan 3. barang kemas

Gambar: Jongkong Emas Gambar: Syiling Emas

Gambar: Barang Kemas

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

11

Memilih emas fizikal terbaik. Untuk pelaburan emas fizikal, pilih jongkong emas, syiling emas atau dinar emas.

Ini kerana jongkong emas, syiling emas dan dinar emas dibuat khas untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

Ia mempunyai ciri-ciri khas seperti berikut:

1. Mempunyai bentuk dan berat yang standard. 2. Mempunyai kualiti emas yang tinggi (995.0 - 999.9) 3. Dijual mengikut harga pasaran emas semasa. 4. Mempunyai premium yang rendah 5. Mempunyai susutnilai rendah

Saya akan huraikan ciri-ciri ini satu-persatu.

Bentuk dan berat yang standard.

Jongkong emas mempunyai bentuk segi empat manakala syiling dan dinar emas berbentuk bulat.

Dari segi pembungkusan, terdapat 2 bentuk pembungkusan yang biasa digunakan iaitu plastik laminate atau loose packaging

(plastik laminate bermaksud emas tersebut dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka) manakala loose bermaksud plastik emas boleh dibuka)

Gambar: Jongkong emas dalam plastik laminate dan loose

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

12

Dinar Emas.

Di Malaysia, salah satu bentuk pelaburan emas fizikal yang terkenal ialah Dinar Emas.

Dinar emas adalah syiling emas yang digunakan oleh tamadun Islam. Beratnya ialah 4.25 gram.

Dari segi ketulenan, terdapat 2 versi dinar yang boleh dibeli iaitu 24k (999.9) dan 22 karat (916).

2 jenis dinar emas yang popular di Malaysia adalah Dinar Emas Kelantan dan Public Gold LBMA Dinar.

Dinar Emas Kelantan boleh di dapati di dalam bentuk ½ Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 Dinar. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan harga semasa, sila kunjungi laman web http://kgt.com.my/

Gambar: Dinar Emas Kelantan.

Dinar Emas LBMA keluaran Public Gold.

Public Gold ada menjual dinar emas LBMA di dalam bentuk ½ Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar (lihat gambar)

Untuk maklumat mengenai produk dan harga semasa, sila kunjungi laman web http://publicgold.com.my/

Gambar: Dinar Emas LBMA keluaran Public Gold.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

13

Sistem berat emas di Malaysia (Gram dan Troy Ounce).

Di malaysia, sistem berat emas yang digunakan adalah gram dan Troy Ounce (Oz).

Di dalam sistem gram, biasanya jongkong emas yang dijual adalah 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1kg.

Di dalam sistem Troy Oz (1 Troy Ounce @ Oz = 31.10 gram), biasanya jongkong emas @ syiling emas yang dijual dengan berat ¼ Oz, ½ Oz, 1 Oz, 5 Oz dan 10 Oz.

Lihat contoh dibawah:

Gambar: Syiling Canadian Gold Maple 1 Oz

Gambar: Syiling Canadian Gold Maple ¼ Oz dan 1 gram.

Gambar: Contoh jongkong emas di dalam 1 Troy Oz.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

14

Kualiti emas yang tinggi.

Emas pelaburan mempunyai kualiti 24k (995.0 – 999.9). Maklumat ketulenan emas ini akan diletakkan di dalam sijil ketulenan emas (Gold certificate). Kalau jongkong emas itu adalah berbentuk laminated. Maka sijil ketulenan emas akan dicetak di belakang emas tersebut. 4 maklumat asas yang perlu ada di dalam sijil ketulenan adalah:

1. Berat emas 2. Ketulenan emas 3. Nombor siri jongkong emas 4. Tandatangan Certified Assayer (orang yang menguji ketulenan emas)

Gambar: Contoh gold certificate yang mengandungi butiran-butiran emas.

Nota penulis: Ada pengeluar jongkong emas, biasanya keluaran tempatan yang tidak meletakkan kesemua 4 maklumat ini pada jongkong emas mereka. Kadang-kadang sekadar meletakkan berat dan ketulenan emas sahaja. Apa sebabnya? Biasanya sebab utama adalah untuk mengurangkan kos. Contohnya, certified assayer adalah pihak ketiga yang dibayar bagi menguji ketulenan emas. Begitu juga dengan cetakan nombor sijil pada jongkong emas. Ia akan melibatkan penambahan kos pengeluaran. Jadi pengeluar tempatan tidak mahu meletakkan maklumat ini. Namun, sebagai pelabur bijak, anda perlu pastikan emas yang anda beli mempunyai sijil ketulenan dengan maklumat yang lengkap.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

15

Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.

Untuk pengetahuan anda, jongkong emas dan syiling emas biasanya dijual mengikut pergerakan harga emas semasa dunia.

Harga emas semasa dunia juga dipanggil harga spot gold. Harga spot gold akan menjadi harga rujukan bagi kebanyakan penjual emas.

Namun hampir semua penjual emas menjual emas mereka pada harga yang lebih tinggi dari harga spot gold. Ini kerana mereka akan menambah kos-kos yang mereka tanggung seperti percetakan, penghantaran, insuran, simpanan dan lain-lain kos ke atas emas fizikal yang mereka jual.

Perbezaan diantara harga penjual dan harga spot gold dipanggil premium over spot price. Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih emas yang dijual pada harga yang hampir dengan harga spot gold.

Bagaimana melihat harga spot gold? 1. Anda pergi ke www.goldprice.org 2. Tengok jadual harga di penjuru paling kiri. 3. Ubah maklumat di dalam jadual harga tersebut kepada RM/gram (sila lihat gambar dibawah)

Dalam kes ini, anda dapati harga spot gold adalah RM152.15 /gram

Daripada harga ini, anda boleh membandingkannya dengan harga jualan emas oleh semua penjual emas.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

16

Contoh pengiraan 1: (untuk jongkong emas Public Gold 10 gram)

Lihat jadual harga di atas. Ketika harga spot gold = RM152.15 /g, harga jualan jongkong emas 10 gram Public Gold adalah RM167.20 /g)

Harga ini adalah RM15.05 / g lebih tinggi dari harga spot gold (167.20 – RM152.15)

Perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas pengeluar dipanggil premium over spot price.

Kita juga boleh mengira premium over spot di dalam bentuk %.

Formula premium over spot price dalam % adalah seperti berikut:

(Harga jualan RM/g) – (harga spot gold RM /g) ------------------------------------------------------------- x 100

Harga spot gold RM /g

Panduan umum.

Jika premium over spot < 5% = sangat berbaloi beli Jika premium over spot < 10% = berbaloi Jika premium over spot > 10% = tak berbaloi beli

Pengiraan 1: (Premium over spot untuk jongkong emas Public Gold 10 gram) > Harga 10 gram jongkong emas Public Gold = RM1672.00 > harga segram = RM167.20 > Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g ( (RM167.20 – RM152.15) / RM152.15 ) x 100 = 9.89% above spot <= berbaloi

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

17

Pengiraan 2: ( premium over spot untuk jongkong emas Public Gold 100 gram) > Harga 100 gram jongkong emas Public Gold = RM16,525.00 > Harga segram = RM165.25 > Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g ( (RM165.25 – RM152.15) / RM152.15) x 100 = 8.61% above spot <= berbaloi

Kalkulator premium over spot price.

Anda nak tahu cara mudah mengira premium over spot price?

Anda boleh muat turun kalkulator gold premium over spot price dan gold spread melalui link ini (klik => http://bit.ly/gold_calculator . Ianya PERCUMA

Kemudian anda hanya perlu memasukkan informasi yang diperlukan.

Pesanan:

1. Anda perlu mempunyai perisian Microsoft excel untuk menjalankan program ini. 2. Gold calculator ini juga mempunyai fungsi mengira susutnilai @ spread.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

18

Spread @ susutnilai emas.

Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.

Ia boleh dikira melalui 2 cara iaitu: 1. Susutnilai di dalam Ringgit Malaysia. 2. Susutnilai di dalam bentuk % (peratus)

Formula pengiraan susutnilai.

1. Formula susutnilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian.

2. Formula susutnilai di dalam % = Harga jualan – Harga belian ______________________ x 100 Harga jualan

Contoh pengiraan.

Lihat jadual harga jualan dan harga belian semula emas Public Gold dibawah:

Berat PG Sell PG Buy Susutnilai (%)

10 g 1,679 1,544 8.0%

20 g 3,350 3,115 7%

50 g 8,336 7,794 6.5%

100 g 16,594 15,599 6.0%

250 g 40,964 38,916 5%

Anda dapati, semakin berat emas tersebut maka semakin kecil susutnilainya. Jadi, jika anda membeli emas yang lebih besar, ia lebih menguntungkan.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

19

Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira sebelum membeli emas.

Sebelum anda membeli emas fizikal, anda perlu mempertimbangkan 7 faktor di bawah:

1. Spread @ susutnilai emas 2. Harga premium over spot price 3. Kesediaan stok 4. Beli emas bebas GST 5. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu? 6. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku kecacatan padanya? 7. Reputasi penjual emas.

Maklumat tentang spread @ susutnilai dan harga premium over spot price telah saya huraikan.

Sekarang saya akan huraikan 5 faktor yang berikutnya:

i. Kesediaan stok.

Maksud kesediaan stok adalah:

Anda boleh membeli emas yang anda inginkan mengikut harga semasa dan penjual mempunyai stok.

Masalah kesediaan stok seringkali berlaku apabila anda ingin membeli emas fizikal di bank. Contohnya Syiling Kijang Emas dan UOB bank.

Saya pernah beberapa kali kecewa kerana tidak dapat membeli emas fizikal di bank kerana ketiadaan stok. Harga emas yang mereka paparkan sekadar menjadi perhiasan sahaja kerana emas tidak ada.

Bila saya nak booking emas, penjual cakap tak boleh booking, kena tunggu ada stok baru boleh beli. Aduh!

Kalau tak dapat emas serta merta, sekurang-kurangnya biarlah penjual emas membenarkan anda booking emas tersebut dahulu ikut harga semasa.

Bila stok emas dah sampai maka anda boleh pergi ambil.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

20

ii. Beli emas bebas GST

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST mulai April 2015. GST telah memberi impak yang besar terhadap industri emas.

Ini kerana emas juga tertakluk kepada GST 6%.

Namun begitu, kita bernasib baik kerana kerajaan telah mewartakan beberapa jenis emas sebagai ‘Investment Precious Metals’ atau Logam Berharga Pelaburan.

Emas yang tertakluk di dalam kategori investment precious metals ini dikecualikan daripada bayaran GST.

Untuk memahami jenis-jenis emas yang termasuk di dalam kategori investment precious metals, anda perlu download (klik sini) dan baca Warta Kerajaan Persekutuan – Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan 2014) .

Namun, saya akan ringkaskan maklumat ini kepada anda.

Saya ambil isi-isi penting ajer…

Jongkong emas yang di kategorikan sebagai logam berharga pelaburan adalah mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Jongkong emas berketulenan sekurang-kurangnya 99.5% dan dikeluarkan oleh penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association (LBMA) dalam hal emas atau perak;

Gambar: Logo LBMA

2. Senarai penapis yang berada di dalam senarai “Good Delivery” bagi LBMA boleh dilihat di sini http://www.lbma.org.uk/the-good-delivery-list

3. mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah diperlakukan di negara asalnya, dan mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%:

(i) syiling America Buffalo; (ii) syiling Australia Kangaroo Nugget; (iii) syiling Australia Lunar;

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

21

(iv) syiling Austria Philharmoniker; (v) syiling Canada Maple Leaf; (vi) syiling China Panda; (vii) syiling Malaysia Kijang Emas; (viii) syiling Mexico Libertad; (ix) syiling Singapore Lion; (x) syiling United Kingdom Britannia;

Antara jenama emas berstatus LBMA yang boleh dijumpai di Malaysia adalah Public Gold LBMA bar dan Public Gold LBMA Dinar, PAMP Suisse, Argor Heraeus, Perth Mint dan Valcambi.

Dengan membeli emas berstatus LBMA, anda tidak perlu membayar GST.

Contoh, gambar di bawah menunjukkan jongkong emas Public Gold yang mempunyai logo LBMA.

Gambar: Jongkong emas Public Gold mempunyai logo LBMA. Ia bebas GST.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

22

iii. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?

Salah satu kelebihan emas fizikal adalah anda boleh menggadaikannya di institusi Ar-rahnu (pajak gadai Islam) jika memerlukan tunai segera.

Ar-Rahnu menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan.

Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank seperti Bank Rakyat, Bank Muamalat, Agrobank dan Bank Islam.

Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu seperti Pos Malaysia, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi-koperasi tertentu.

Sebelum membeli emas, cuba selidik samada emas tersebut boleh digadaikan di Ar-rahnu. Ini membolehkan anda menggadaikan emas fizikal anda jika terdesak.

Ini kerana, ada sesetengah jenama tidak diterima oleh Ar-rahnu. Ada sesetengah design tidak diterima oleh Ar-rahnu (jika ada gambar binatang atau orang) dan ada sesetengah packaging yang tidak boleh dibuka dan tidak diterima oleh Ar-Rahnu.

iv. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku kecacatan padanya?

Sebelum membeli emas, tanya syarikat yang menjual emas tersebut samada mereka memberi jaminan akan membeli balik emas tersebut jika:

1. Plastiknya dibuka 2. Terdapat kecacatan pada emas fizikal tersebut.

Terdapat 2 kemungkinan jawapan yang akan anda perolehi:

Jawapan 1: Penjual akan membeli kembali emas tersebut walaupun sarungnya dibuka, ada kesan calar, goris dan bengkok. tapi ada penambahan susutnilai.

Jawapan 2: Penjual tidak menerima emas tersebut jika telah dibuka, ada kesan calar, goris atau bengkok.

Kajian kes 1: Plastik dibuka dan emas berlekuk.

Seorang pelabur emas membeli jongkong emas jenama Emirates Gold. Atas sebab terdesak memerlukan wang, beliau terpaksa menggadaikan jongkong emas ini di Ar-rahnu sebuah bank.

Ar-rahnu ini membuka sarung plastik tersebut untuk tujuan menguji ketulenan emas (tengok gambar). Lepas tu tiba-tiba jongkong emas ini terjatuh dan ada sedikit kesan lekuk. Pergh..!!! ini memang malang tidak berbau.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

23

Apabila hendak menjual kembali emas ini, syarikat penjual sanggup menerima kembali emas ini, tapi dengan tambahan susutnilai.

Jadi beliau bernasib baik. Namun kajian kes ke 2 dibawah, agak naya sedikit.

Gambar: Sarung plastik dibuka dan ada kesan lekuk sebab terjatuh.

Kajian kes 2: Kijang Emas yang calar.

Seorang rakan saya telah membeli syiling Kijang Emas 1 Oz.

Semasa menggadaikan syiling emas ini, telah berlaku sedikit kesan calar pada syiling tersebut (tengok gambar)

Apabila beliau mahu menjual kembali syiling emas ini di Maybank, beliau terkejut kerana pegawai Maybank tidak mahu menerima kembali syiling Kijang Emas ini dengan alasan “ada kesan calar di permukaan syiling ini”.

Pegawai Maybank beritahu beliau “kalau saya terima syiling emas ini, nanti saya tak boleh nak jual balik kepada pembeli baru sebab dah bercalar”

Jadi, beliau terpaksa menjual emas ini kepada pembeli emas terpakai pada susutnilai yang lebih tinggi.

Jadi anda perlu berhati-hati. Biasanya bank yang menjual emas mempunyai syarat yang ketat bila anda hendak menjual semula emas tersebut.

Emas tidak boleh dibuka sarungnya, tidak boleh calar, goris, bengkok atau terkopek. Ia mesti sempurna. Baru pihak bank akan menerima kembali.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

24

Gambar: Syiling Kijang Emas yang tercalar

iv. Reputasi penjual emas.

Semakin lama sesebuah syarikat terlibat dengan aktiviti membeli dan menjual emas, maka semakin tinggi reputasi dan kredibiliti syarikat berkenaan. Jadi, semakin kurang risiko terhadap anda.

Kemudian, lihat jenama emas yang mereka jual. Jika emas yang dijual adalah berstatus LBMA, anda tidak perlu risau pasal GST atau risiko penjual tersebut tutup kedai. Ini kerana emas berstatus LBMA mempunyai kecairan yang tinggi. Ia boleh dijual beli dengan mudah kepada penjual lain.

Kemudian anda lihat harga dan susutnilai produk mereka.

Lihat juga 3 perkara di bawah:

1. Jaminan mempunyai stok dan dijual pada harga semasa. Jika stok tidak ada, adakah pembeli boleh booking emas tersebut pada harga semasa dan boleh mengambilnya apabila stok ada?

2. Adakah penjual memaparkan harga belian dan jualan yang telus? Harga ini perlu dipaparkan dengan jelas dan boleh dilihat oleh pembeli. Paling bagus sekiranya penjual emas tersebut mempunyai sistem belian dan jualan balik secara online.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

25

3. Adakah penjual memberi jaminan belian balik emas mereka mengikut harga semasa. Jika berlaku sebarang kecacatan pada emas (sarung dibuka, calar, goris atau bengkok)

Sebagai contoh, jika anda membeli emas dari bank seperti Maybank Kijang Emas, UOB Bank, Kuwait Finance House dan Al-Rajhi Bank, anda tidak perlu risau tentang reputasi mereka.

Namun bank ada kelemahan tersendiri. Contohnya bukan semua cawangan bank ada menjual emas fizikal. Cawangan tertentu sahaja yang menjual emas fizikal. Kemudian waktu transaksi pembelian emas terhad kepada waktu perbankan bank.

Selain itu bank tidak akan membeli balik emas yang dijual jika ada kecacatan pada emas tersebut atau pada packaging nya.

Nota penulis:

Setiap syarikat @ institusi yang menjual emas mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Tidak ada satu syarikat yang paling bagus dalam serba serbi.

Jadi, anda perlu mencari produk dan syarikat yang sesuai dengan matlamat anda.

Bagaimana saya nak bermula? Sebelum memulakan, kenal pasti budget anda. Kedua, kenal pasti berapa lama anda nak simpan emas ini ( psstt... makin lama anda simpan.. makin bagus)

Beli item yang kecil dahulu.

Contohnya jongkong emas 1 gram dan 1 dinar.

Terdapat banyak penjual emas di luar sana. Namun saya cadangkan anda membeli jongkong emas jenama Public Gold (www.publicgold.com.my) .

Ini kerana Public Gold adalah salah sebuah syarikat penjual emas dan perak terbesar di Malaysia. Harga yang dijual adalah murah dan susutnilai pula adalah di 10% dan ke bawah.

Mereka menjual emas berstatus LBMA. Emas Public Gold juga boleh digadaikan di Ar-rahnu POS di seluruh Malaysia.

Selain itu Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura).

Syarikat ini mempunyai reputasi yang sangat baik.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

26

Pengalaman peribadi saya dengan Public Gold.

Saya sendiri telah membeli emas Public Gold sejak tahun 2008. Ini adalah gambar resit pembelian emas Public Gold pertama saya yang bertarikh 18/12/2008 dengan nilai pembelian sebanyak RM30,507.

Mari kita lihat berapa harga jongkong emas dan dinar emas.

1 gram jongkong emas.

1 gram emas sekarang berharga RM200. Namun anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah.

Gambar: Jongkong emas Public Gold 1 gram.

1 dinar emas.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

27

1 dinar emas (4.25 gram emas 999.9) sekarang berharga kurang daripada RM750 sekeping.

Gambar: 1 dinar emas.

Sebelum membeli emas, clearkan dulu apa sahaja keraguan anda tentang pelaburan emas. Cara mudah, contact saya di 013-2126999 (telefon/whatsapp/sms) Saya akan bantu anda, InsyaAllah.

3 kaedah mudah membeli emas Public Gold.

Saya akan tunjukkan 3 kaedah mudah membeli emas Public Gold.

Kaedah 1: Anda order sendiri dan pergi ambil sendiri di cawangan Public Gold yang berhampiran.

Kaedah 2: Saya boleh tolong tolong order emas bagi pihak anda. Anda buat bayaran terus ke dalam akaun Public Gold. Anda ambil emas sendiri di cawangan Public Gold yang berhampiran.

Kaedah 3: Anda minat nak beli emas Public Gold tetapi lokasi anda jauh dari office Public Gold. Mungkin tidak praktikal untuk anda pergi ke pejabat Public Gold.

Mari saya huraikan satu persatu.

Kaedah 1: Anda order sendiri dan pergi ambil sendiri di cawangan Public Gold yang berhampiran.

Ini adalah kaedah paling senang. Anda lihat senarai cawangan Public Gold di bawah.

Kenalpasti cawangan paling hampir dengan tempat anda supaya senang anda hendak pergi ambil stok nanti.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

28

Telefon cawangan tersebut dan beritahu staff tersebut yang anda ingin order emas. Jika talian sibuk, sila cuba lagi sampai dapat.

Beritahu staff berkenaan yang ini adalah pembelian anda kali pertama dan anda tidak mempunyai PG code (nombor customer).

Nyatakan produk yang ingin anda beli dan kuantitinya. Staff Public Gold akan memberitahu anda berapa harga emas semasa.

Standby dengan 5 maklumat berikut:

(1.) Nama anda

(2.) Nombor ic

(3.) E-mail

(4.) Nombor hp (5.) Nama introducer: Alias Mohd PG001100985

Lawati guna FB Page facebook.com/PG00110985

Kemudian, staff Public Gold akan menghantar email yang mengandungi butiran item dan jumlah harga.

Anda perlu membayar jumlah tersebut selewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari. Nombor akaun Public Gold juga dinyatakan di dalam email tersebut.

p/s: Jika perlukan bantuan, hubungi saya di 019-7562974 (Alias Mohd).

Ini adalah alamat dan nombor telefon office Public Gold (Malaysia dan Singapura)

Cawangan

Nombor Telefon

Alamat

Ampang, KL

03-42579916

No. 12, Jalan Dagang 1/1A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor (Sebelah kedai sukan Al-Ikhsan)

Alor Setar, Kedah

04-7344916

No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, Alor Setar, Kedah (bertentangan Etiqa Takaful).

Sungai Petani, Kedah

04-4232999

No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. (bersebelahan Public Bank Jalan Kota)

Bukit Jambul, Penang

04-6449999

12E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bishop, Penang

04-261999

No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.

Ipoh, Perak

05-2428999

No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak. (Bertentangan Public Bank Jalan Yang Kalsom)

42A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) Mentari

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

29

Petaling Jaya, Selangor 03-56348999 Business Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, (di atas Royal Safe Deposit Box)

Seremban, N.Sembilan

06-6782916

152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang, Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman Komersil Senawang, Seremban, N9

Melaka

06-3175499

No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.

JB, Johor

07-2358999

No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor. (Bersebelahan Maybank Taman Perling)

KB, Kelantan

09-7462999

Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)

Kuala Terengganu, Terengganu.

09-6263999

16A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu. (Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)

Kuantan,Pahang

09-5678916

A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250 Kuantan, Pahang. (Sebelah Maybank Jalan Beserah)

Kuching, Sarawak

082-259916

Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak. (Sebelah Maybank Jalan Satok)

Kajang, Selangor

03-87349916

No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Kota Kinabalu, Sabah

088-447916

Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah (sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)

Singapura

+65 6763 3999

Public Gold Marketing Pte Ltd, Blk 824 Tampines Street 81 #01-20, Singapore 520824 http://www.publicgold.com.sg

Anda berminat belajar ilmu pelaburan emas dengan lebih mendalam?

Dapatkan tips, rahsia dan kaedahnya dengan membaca buku ini:

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas. Teknik-teknik menjana kekayaan dengan emas

dibongkarkan.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

30

Boleh dapatkansyukor-pc Page 30 8/4/18 buku ini di sini:

www.pelaburanemas.com Itu sahaja. Sekian dari saya J


Top Related