Transcript

Pengenalan kata kerja.

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan

sesuatu. Menurut Nik Safiah Karim (2008). Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi

binaan atau konstruksi frasa kerja.

Contoh: a) Anis tidur.

b) Bom itu meletup.

c) Munirah sedang membaca buku.

d) Pesawat itu mendarat di landasan.

Daripada contoh ayat tersebut, perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja kerana

menunjukkan perbuatan. Selain itu, perkataan tersebut menjadi kata inti dalam frasa kerja

yang menjadi predikat.

Ada dua makna yang dimiliki oleh kata kerja, iaitu kata kerja perbuatan dan kata

kerja keadaan. Kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang jelas menunjukkan perbuatan,aksi

atau tindakan fizikal. Manakala, kata kerja keadaan ialah kata kerja yang tidak

menampakkan secara jelas akan sesuatu perbuatan itu dilakukan, dan tidak menunjukkan

adanya gerak perbuatan.

Kata kerja perbuatan

Contoh:

a) Muhammad membuat kerja itu.

b) Kanak-kanak bermain bola.

c) Ibu menyapu lantai.

d) Tukang kebun memotong rumput.

Kata kerja keadaan.

Contoh:

a) Cawan itu pecah

b) Lelaki itu sudah mati.

c) Khj

d) Khg

Ciri-ciri kata kerja.

Kata kerja dapat disertai oleh kata bantu di depannya. Antara contoh kata kerja bantu ialah

sudah, masih, telah, belum, masih.

Contohnya;

sudah lupa

belum menjadi

telah bertaburan

masih diperhatikan

kata kerja juga dapat dijadikan perintah. Contohnya:

diam!

Perbesarkan!

Buatkan!

Tunjukkan

Kata kerja dapat dinafikan dengan kata nafi tidak. Contohnya:

tidak makan

tidak menjadi

tidak belajar

tidak terkatakan

Penggolongan Kata Kerja

Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu:

a) Kata kerja aktif

b) Kata kerja pasif

Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja pasif ialah kata kerja

hasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Penggolongan kata kerja dapat

digambarkan seperti rajah yang berikut:

Kata kerja

Kata kerja aktif

Kata kerja pasif

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja aktif transitif

Tanpa pelengkap

berpelengkap

berpenerang

Kata kerja aktif

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja ini ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.

Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif dapat berdiri sendiri dalam binaan ayat. Contohnya:

a) Air sungai naik..

b) Dia sedang bekerja

c) Rumah itu terbakar

Terdapat tiga jenis kata kerja aktif tak transitif, iaitu:

1) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

2) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

3) Kata kerja aktif tak transitif berpenerang

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa

objek, dan ayat yang terhasil mengandungi makna yang lengkap. Kata kerja jenis ini dapat

berdiri sendiri dalam predikat ayat. Contohnya:

a) Abang sudah balik

b) Dialah tempat saya merujuk

c) Pokok kelapa itu bergoyang

d) Ayah bersembahyang

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap boleh diperluaskan dengan keterangan.

Keterangan ialah unsur tambahan dalam ayat yang berfungsi untuk memberikan maklumat

tambahan. Contohnya:

a) Abang sudah balik dari kerja

b) Dialah tempat saya merujuk tentang bahasa

c) Pokok kelapa itu bergoyang dengan kuat

d) Ayah bersembahyang di surau

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan

pelengkap selepasnya untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap seperti ayat

(1) hingga (6), ayat itu tidak mempunyai makna yang sempurna. Contohnya:

1) Petani itu bertanam.

2) Petani itu bertanam jagung.

3) Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat.

4) Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat jahat.

5) Puan Noni berada.

6) Puan Noni berada di Seremban.

Ayat yang mengadungi pelengkap juga tidak dapat dijadikan ayat pasif. Contohnya:

a) Muniandy ada wang.

b) Wang diada oleh Muniandy.

c) Afendi menjadi guru.

d) Guru dijadikan oleh Afendi.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan

frasa sendi nama.

a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

i) Abang beristerikan orang Johor.

ii) Kedua-dua pengantin itu berbimbingan tangan.

iii) Perangainya memeningkan kepala.

b) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:

i) Lelaki itu bertubuh sasa.

ii) Penyakit nenek beransur pulih.

iii) Suasana menjadi genting.

c) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:

i) Cikgu Karim tinggal di rumah itu.

ii) Kakak Lim bermaustatin ke Australia.

iii) Pelajar-pelajar berada di padang.

Kata kerja aktif tak transitif berpenerang

Kata kerja aktif tak transitif berpenerang terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif diikuti

oleh kata nama. Kata nama yang mengikuti kata kerja aktif tak transitif itu bukanlah

pelengkap kerana unsur penerang tersebut boleh ditiadakan, dan ayat yang terhasil tetap

sempurna. Contohnya:

i) Pak Samad bersawah padi.

ii) Ismail berkereta Waja.

iii) Mereka berjalan kaki ke situ.

Kata Kerja Aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang mesti disertai oleh objek selepasnya dalam

ayat aktif untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Objek terdiri daripada frasa nama. Tanpa

objek, ayat yang terhasil tidak lengkap. Contohnya:

a) Ali sedang memukul ular

b) Ali sedang memukul.

Kata kerja aktif transitif menggunakan imbuhan men, men …I, men…ksn, memper,

memper…I, dan memper…kan. Contohnya, mencuci, menduduki, mendermakan, membaca,

memperolehi dan mempersilakan.

Contoh ayat:

a) Saya mencuci pinggan selepas makan.

b) Kamu akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan Oktober nanti.

c) Pak Ahmad mendermakan wang sebanyak RM300 kepada Tabung Dana

Sri Insan

d) Cikgu sedang membacakan buku cerita hantu kepada kami.

e) Anisa memperolehi markah penuh dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

f) Ayah mempersilakan tetamu yang hadir masuk ke rumah.

Selain itu, ayat yang mengandungi objek bagi kata kerja transitif boleh mengalami proses

pasif. Contohnya:

a) Murid sedang membaca buku.

b) Buku sedang dibaca oleh murid-murid.

c) Adik mengayuh basikal.

d) Basikal dikayuh oleh adik.

Kata kerja yang mempunyai frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada dua jenis, iaitu

kata kerja dengan satu objek dan kata kerja dengan dua objek.

i) Kata kerja dengan satu objek. Contohnya:

a) Kita menentukan nasib kita.

b) Pelajar-pelajar menyiapkan tugasan itu.

c) Pemburu menembak harimau.

ii) Kata dengan dua objek.

Frasa nama sebagai dua objek hadir selepas kata kerja transitif. Objek yang menjadi

penyambut langsung selepas kata kerja ialah objek tepat (OT). Objek yang tidak menjadi

penyambut langsung kepada kata kerja dan hadir di selepas objek tepat ialah objek sipi

(OS). Contohnya:

a) Kamal mencarikan adiknya pekerjaan.

OT OS

b) Ibu menghidangi tetamu sepinggan kuih.

OT OS

Kata kerja pasif.

Kata kerja transitif pasif berfungsi dalam ayat pasif melalui proses perubahan ayat aktif

kepad ayat pasif. Kata kerja pasif digunakan dalam ayat yang menunjukkan subjek ayat

“dikenalai”. Contohnya:

a) Suzana menjahit baju.

b) Baju dijahit oleh Hazirah.

c) Aiman mencampakkan kotak itu.

d) Kotak itu dicampakkan oleh Hazim.

Sementara itu, kata kerja pasif juga boleh berawalan ber-, ter-, di-…-kan, di-…-I, ke-…-an,

ter-…-kan, ter-…-I, dan penanda pasif kena. Contohnya:

a) Bangkai itu ditutup dengan kertas.

b) Baju itu belum berbasuh.

c) Pintu itu masih terbuka.

d) Dia tidak dibenarkan pergi

e) Pelajar itu kepanasan di padang sekolah.

Pembentukan kata kerja

Kata kerja terdiri daripada empat bentuk, iaitu:

i) Kata kerja tunggal

ii) Kata kerja terbitan.

iii) Kata kerja majmuk.

iv) Kata kerja ganda.

Kata Kerja Tunggal

Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang tidak berimbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri

sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contohnya:

tidur lahir pulang gugur

hidup gagal hancur rebah

terbang datang balik patah

kata kerja tunggal juga berbentuk akronim. Antaranya ialah berdikari, hakis, pulihara dan

ubahsuai.

Kata kerja terbitan.

Kata kerja terbitan terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Awalan kata kerja

Awalan yang membentuk kata kerja terbitan ialah beR-, teR-, meN-, di-, mempeR-, dipeR-.

Awalan beR-

i) Bentuk awalan beR-

Awalan beR- mempunyai dua bentuk bergantung pada huruf pertama kata dasar

yang bercantum dengannya, iaitu ber- dan be-.

berburu berasap bertapa berjiran

berenang belajar berangkai belunjur

ii) Awalan beR- menjadi ber- jika bercantum dengan semua kata dasar, kecuali

dengan perkataan yang huruf pertamanya ialah r. contohnya:

beR + angkat = berangkat beR + ekor = berekor

beR + buka = berbuka beR + guna = berguna

beR + cermin = becermin beR + hujah = berhujah

walau bagaimanapun, ada tiga perkataan yang dikecualikan daripada peraturan

di atas, iaitu bekerja, belunjur dan belajar.

iii) Awalan beR- menjadi be- apabila bercantum dengan semua kata dasar yang

bermula dengan huruf r.

beR + runding = berunding

beR + rantai = berantai

beR + ramai = beramai

iv) Fungsi awalan beR-

Awalan beR- berfungsi untuk membentuk kata kerja. Awalan beR- boleh

menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan

kata tugas. Contohnya:

beR + kebun (KN) = berkebun (KK)

beR + suruh (KK) = bersuruh (KK)

beR + murah (KA) = bermurah (KK)

beR + oleh (KT) = beroleh (KK)

selain itu, awalan beR- membentuk kata kerja aktif tak transitif. Kata kerja yang

dibentuk dengan awalan beR- boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa

pelengkap, atau kata kerja tak transitif berpelengkap. Contohnya:

a) Lelaki itu berwang.

b) Askar-askar sedang berjuang di medan perang.

c) Kesihatan bapa beransur pulih.

d) Kekayaannya bernilai puluhan juta ringgit.

v) Makna awalan beR-

Awalan beR- membawa pengertian:

a) Mempunyai. Contohnya:

beratap, beristeri, bersuara.

b) Menggunakan, contohnya:

berbasikal, berbedak, berkeretapi

c) Mengeluarkan, contohnya:

bertelur, bersuara, berbunyi, beranak

d) Memakai sesuatu, contohnya:

berbaju, berkasut, berseluar

e) Ada sesuatu seperti pada kata dasar. Contohnya:

berbahaya ‘ada bahayanya’

berwarna ‘ada warnanya’

f) Melakukan perbuatan pada diri sendiri (refleksi). Contohnya:

Bercukur, berdandan, berjemur

g) Pasif seperti awalan di-. Contohnya:

tidak berjahit = tidak berjahit

sudah berlipat = sudah dilipat

belum berbasuh = belum dibasuh

Awalan teR-.

I. Awalan teR- dapat digabungkan dengan kata dasar daripada kata nama dan kata

kerja. Contohnya:

teR + nama (KK) = ternama (KK) teR + cabut (KK) = tercabut (KK)

teR + gunting (KN) = tergunting (KK) teR + bawa (KK) = terbawa (KK)

kata kerja yang terbentuk daripada awalan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu:

(i) Kata kerja aktif

(ii) Kata kerja pasif

II. Kata kerja aktif

Ada dua jenis kata kerja aktif yang berbentuk daripada awalan teR-, iaitu kata kerja

tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek

selepasnya. Kata kerja tak transitif boleh tanpa pelengkap, atau dengan pelengkap.

Contohnya:

a) Pintu itu terbuka.

b) Pesakit itu terlantar di katil.

c) Kanak-kanak itu terjatuh dari buaian.

Kata kerja yang berawalan teR- yang membentuk kata kerja transitif memerlukan

objek. Contohnya:

a) Mei Lin terambil buku Kumari. (kata kerja transitif)

b) Kami terlihat budak itu di Bandar. (kata kerja transitif)

c) Amir tersepak batu. (kata kerja transitif)

III. Kata kerja pasif.

Awalan teR- yang membentuk kata kerja pasif hadir dalam ayat pasif, dan

memerlukan kata sendi oleh selepas kata kerja pasif berawalan teR-. Contohnya:

a) Tembok itu terlanggar oleh lori.

b) Bangunan itu terbina oleh pekerja Indonesia.

c) Meja itu tidak terangkat oleh Hanif.

IV. Makna awalan teR-

Awalan teR- membawa pengertian:

(i) Tidak sengaja

Makna tidak sengaja ini boleh menggunakan kata aktif dan kerja pasif.

Bagi membezakannya, kata sendi oleh perlu diletakkan selepas kata kerja

pasif. Contohnya:

a) Anas terpijak ekor kucing itu.

b) Ekor kucing terpijak oleh Anas.

c) Bapa terbeli manga muda.

d) Manga muda terbeli oleh bapa.

(ii) Keadaan tersedia. Contohnya:

a) Terasing (sudah diasingkan)

b) Terdapat ( sudah didapati)

c) Terbukti (sudah dibuktikan)

(iii) Keupayaan. Contohnya:

a) Terangkat (dapat diangkat)

b) Tertanggung (dapat ditanggung)

c) Tercapai (dapat dicapai)

Awalan meN-

I. Bentuk awalan meN- mempunyai enam bentuk, iaitu me-, mem-, men-, peng-, meny-

dan menge-. Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini berlaku kerana jenis huruf pertama

pada kata dasar yang menerima awalan meN- tersebut.

II. Awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula

dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w dan y. contohnya:

meN + minum = meminum

meN + naik = menaik

meN + nyanyi = menyanyi

meN + nganga = menganga

meN + reka = mereka

meN + langkah= melangkah

meN + wangi = mewangi

meN + yakin = meyakinkan

III. Awalan meN- menjadi mem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula

dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v.

contohnya:

meN + buka = membuka

meN + fatwa = memfatwa

meN + proses = memproses

bagi sesetengah kata terbitan, huruf p dan f digugurkan. Contohnya:

meN + fikir → memfikir → memikir

meN + periksa → memperiksa → memeriksa

meN + pukul → mempukul → memukul

meN + pandu → mempandu → memandu

huruf p dan f biasanya dikekalkan apabila kata dasar terdiri daripada kata pinjaman,

atau gugus kosonan. Contohnya:

mempamerkan (pamer ialah kata pinjaman)

memfitnah (fitnah ialah kata pinjaman)

memproses (proses mengandungi gugus konsonan dan kata pinjaman)

terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan

mem- dan dianggap sebagai kekecualian, seperti mempedulikan, mempercayai, dan

mempersoalkan. Menurut Asmah Hj. Omar (2009), huruf p pada kata dasar yang

menerima awalan mem- tidak digugurkan disebabkan analogi palsu, yakni dengan

menggangap bahawa suku kata pertam kata dasar terdiri daripada awalan itu.

IV. meN- menjadi men- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan

huruf c,d, j, sy, t, dan z. biasanya konsonan t akan gugur. Contohnya:

meN + cari → mencari

meN + datang → mendatang

meN + jahit → menjahit

meN + syukuri → mensyukuri

meN + tulis → mentulis → menulis

meN + tolong → mentolong → menolong

meN + zalimi → menzalimi

jika kata dasar itu terdiri daripada kata pinjaman, atau mengandungi tiga atau lebih suku

kata, atau gugus konsonan, maka huruf t itu dikekalkan. Contohnya:

meN + tafsir → mentafsir

meN + transkripsi → mentranskripsi

meN + terjemah → menterjemah

meN + tertawakan → mentertawakan

kekecualian berlaku pada perkataan ternak yang membentuk penternak, bukan penernak..

ini berlaku mungkin sebagai analogy palsu dengan menanggap bahawa suku kata yang

pertama terdiri daripada awalan.

V. meN- menjadi meng- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan

konsonan k, g, h, kh, gh, dan kata dasar yang bermula dengan huruf vocal a,e, i, o,

dan u. contohnya:

meN + kawal → mengkawal → mengawal

meN + kayuh → mengkayuh → mengayuh

meN + gali → menggali

meN + hantar → menghantar

meN + khianati → mengkhianati

meN + ghaibkan → mengghaibkan

meN + angkut → mengangkut

meN + elak → mengelak

meN + ikut → mengikut

meN + olah → mengolah

Apabila meN- bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan.

Namun, huruf k akan dikekalkan dalam kata dasar daripada kata pinjaman. Contohnya:

meN + kritik → mengkritik

meN + kanunkan → mengkanunkan

meN + klasifikasikan → mengklasifikasikan

VI. meN- menjadi menge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mengandungi

satu suku kata, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contohnya:

meN + cat → mengecat

meN + lap → mengelap

meN + khaskan → mengekhaskan

meN + syaki → mengesyaki

meN + syorkan → mengesyorkan

VII. meN- menjadi menye- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan

huruf s, dan huruf s itu digugurkan. Contoh:

meN + sapu → menysapu →menyapu

meN + satu → menysatu → menyatu

meN + sumpah → menysumpah → menyumpah

VIII. fungsi awalan meN-

Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif. Awalan meN- boleh

digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, dan

kata adjektif. Contohnya:

meN + langit (KN) → melangit (KK)

meN + suruh (KK) → menyuruh (KK)

meN + putih (KA) → memutih (KK)

Awalan meN- yang bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata kerja

dapat menerbitkan kata kerja aktif tak transitif, seperti menaik, menangis, memuith,

menurun, melangkah, dan kata kerja aktif transitif seperti menulis, membeli, menendang,

memakai, menolak, menjual.

IX. Makna awalan meN-

a) Melakukan perbuatan. Contohnya:

Membaca ( melakukan perbuatan membaca)

Menjaga (melakukan perbuatan menjaga)

Menendang (melakukan perbuatan menendang)

b) Menjadi. Contohnya:

Memucat (menjadi pucat)

Memanjang (menjadi panjang)

c) Menggunakan sebagai alat. Contohnya:

Mengapak (menggunakan kapak sebagai alat)

Menjala (menggunakan jala sebagai alat)

d) Menuju. Contohnya:

Mengutara (menuju ke utara)

Mendarat (menuju darat)

e) Mengeluarkan bunyi. Contohnya:

Mengaduh (mengeluarkan bunyi “aduh”)

Mengaum (mengeluarkan bunyi “aum”)

f) Mengenakan/memasang. Contohnya:

Mengalas (mengenakan alas)

Mencelak (mengenakan celak)

Awalan di-.

I) Awalan di- mempunyai satu bentuk iaitu di-. Awalan ini berubah walaupun bertemu

dengan apa-apa juga huruf yang menjadi huruf pangkal kata dasar. Contohnya:

di + ambil → diambil

di + tending → ditendang

di + sapu → disapu

di + minum → diminum

II) Fungsi awalan di-

Awalan di- membentuk kata kerja pasif. Awalan di- terbentuk apabila kata kerja yang

berawalan meN- dipasifkan dengan menggantikan awalan meN- dengan awalan di-.

Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja.

Contohnya:

di + ketam (KN) → diketam (KK)

di + gulai (KN) → digulai (KN)

III) Makna awalan di-

Awalan di- menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang ketiga.

Awalan ini boleh dipasangkan dengan imbuhan men-. Contohnya:

Menendang → ditendang

Menghukum → dihukum

Awalan mempeR-

(I) Bentuk awalan mempeR-

Awalan mempeR- mempunyai satu bentuk iaitu memper-. Contohnya :

Memperdalam memperdaya memperhalus

Memperdua memperkemas memperoleh

(II) Fungsi awalan mempeR-

Awalan mempeR- membentuk kata kerja aktif transitif. Awalan mempeR- dapat

bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas.

Contohnya:

mempeR + hamba (KN) → memperhamba (KK)

mempeR + besar (KA) → memperbesar (KK)

mempeR + oleh (KT) → memperoleh (KK)

(III) Makna awalan mempeR-

Awalan mempeR- membawa pengertian:

a) Menjadikan sesuatu bersifat lebih. Contohnya:

Memperbesar (menjadikan lebih besar)

Memperdalam ( menjadikan lebih dalam)

Memperpanjang (menjadikan lebih panjang)

b) Menjadikan sebagai atau memperlakukan sebagai. Contohnya:

Memperalat (menjadikan sebagai alat)

Memperhamba (menjadikan sebagai hamba)

Memperisteri (menjadikan sebagai isteri)

c) Membahagi. Contohnya:

Memperdua (membahagi dua)

Mempertiga (membahagi tiga)

Awalan dipeR-

(I) Bentuk Awalan dipeR-

Awalan dipeR- mempunyai satu bentuk satu bentuk iaitu diper. Contohnya:

dipertajam diperlebar diperkukuh

diperkuda diperdewa diperisteri

(II) Fungsi Awalan dipeR-

Awalan dipeR- membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada keta kerja transitif

yang berawalan mempeR-… dalam ayat aktif. Golongan kata yang dapat bergabung

dengan awalan dipeR- ialah kata nama, adjektif dan kata tugas. Contohnya:

Memperkacang → diperkacang mempercepat → dipercepat

Memperoleh → diperoleh memperdaya → diperdaya

Mempererat → dipererat memperhamba → diperhamba

(III) Makna awalan dipeR-

a) Dijadikan sebagai. Contohnya:

Diperisteri (dijadikan isteri)

Diperalat (

b) Dijadikan lebih atau bertambah. Contohnya:

diperkemas (dijadikan lebih kemas)

diperkukuh (dijadikan lebih kukuh)

diperkaya (dijadikan lebih kaya)

c) Dibahagi. Contohnya:

diperdua (dibahagi dua)

dipersepuluh (dibahai sepuluh)

Akhiran Kata Kerja

Akhiran ialah bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian akhir kata dasar. Akhiran

kata kerja dalam bahasa Melayu ada dua, iaitu –kan dan –i.

Akhiran –kan

(I) Akhiran –kan mempunyai satu bentuk iaitu –kan. Bentuknya tidak berubah apabila

bergabung dengan kata dasar. Contohnya :

belikan tunjukkan sudahkan

dapatkan usahakan tinggikan

(II) Fungsi akhiran kan-

Awalan –kan berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Awalan –kan boleh

menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau

kata tugas. Contohnya:

Asap (KN) + -kan → asapkan (KK)

Tulis (KK) + -kan → tuliskan (KK)

Tinggi (KA) +-kan → tinggikan (KA)

Serta (KT) + -kan → sertakan (KK)

Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan terdapat dalam dua jenis ayat, iaitu

dalam ayat pasif ganti diri orang pertama dan orang kedua, atau dalam ayat perintah.

a) Ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua. Contohnya:

Adik say belikan sebuah buku cerita.

Pokok bunga itu kamu tanamkan pagi tadi.

b) Ayat perintah. Contohnya:

Kosongkan bilik ini secepat mungkin.

Sila penuhkan ruang kosong di depan dewan.

(III) Makna akhiran kan-

a) Menyebabkan jadi (kaunsatif). Contohnya;

Lebihkan (menyebabkan jadi lebih)

Hapuskan (menyebabkan jadi hapus)

Terangkan (menyebabkan jadi terang)

b) Melakukan sesuatu untuk orang lain (benefaktif). Contohnya:

Buatkan (membuat sesuatu untuk orang lain)

Gorengkan (menggoreng sesuatu untuk orang lain)

Ambilkan (mengambil sesuatu untuk orang lain)

Akhiran –i

(I) Bentuk akhiran -i

Akhiran – i mempunyai satu bentuk iaitu –i. bentuknya tidak berubah apabila bergabung

dengan kata dasar. Contohnya:

awasi turuni sudahi

dapati tandingi contohi

(II) Fungsi akhiran –i

Awalan –i berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Awalan –i boleh menerima

kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas.

Contohnya:

Nama (KN) + -i → nama (KK)

Duduki (KK) + -i → duduki (KK)

Dalam (KA) + -i → dalami (KK)

Serta (KT) + -i → sertai (KK)

Kata kerja yang menerima akhiran –i tanpa awalan terdapat dalam dua jenis ayat, iaitu

dalam ayat pasif ganti nama diri orang kedua, atau dalam ayat perintah.

a) Ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua. Contohnya:

Jasa lelaki itu tidak kami lupai.

Majlis itu akan saya hadiri.

b) Ayat perintah. Contohnya:

Ingati jasa pejuang negara kita.

Majlis itu akan saya hadiri.

(III) Makna akhiran –i

a) Menyebabkan jadi (kausatif). Contohnya:

sudahi (menyebabkan jadi sudah)

baiki (menyebabkan jadi baik)

lupai (menyebabkan jadi lupa)

b) Tempat (lokatif). Contohnya:

duduki meja (duduk di atas meja)

sirami pokok bunga (siram pada pokok bunga)

hadiri jamuan (hadir ke/di jamuan)

Apitan Kata Kerja

Apitan yang membentuk kata kerja ialah meN-…-kan, meN-…-i, beR-…kan, beR-…-an, di-

…-kan, di-…-i, memper-…-kan, memper-…-i, ke-…-an, diper-…-kan, diper-…-i, ter-…-kan

dan ter-…-i.

Apitan meN-…-kan

(I) Bentuk awalan meN-…-kan

Apitan meN-…-kan mempunyai enam bentuk awalan, iaitu me-…-kan, mem-…-kan,

men-…-kan, meng-…-kan, meny-…-kan, dan menge-…-kan, yakni sama banyak

dengan jumlah alomorf awalan meN-. Contohnya.

Me-…-kan

Menaikkan menyanyikan mengerikan

Mewujudkan melayakkan meyakinkan

Mem-…-kan

Membenarkan memfatwakan memvariasikan

Mempamerkan memproseskan membandingkan

Men-…-kan

Mendamaikan mencarikan mentakrifkan

Menzahirkan menjadualkan mensyarahkan

Bibliografi

1. Ahmad Khair Bin Mohd Nor & Dr. noriza Binti Hj. Jamaluddin (2011). Morfologi

Bahasa Melayu. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (UPSI).

2. Ayat pasif. http:// Staff.iiu.edu.my/mascitah/ayatpasif.doc . Dimuat turun pada 25

November 2013.

3. Ragam ayat. http://www.scrib.com/doc/34819621/Ragam-Ayat . Dimuat turun pada

25 November 2013.

4. Ragam ayat. http://im-on-hiatus.blogspot.com/2011/02/ragam-ayat-ayat-aktif-ayat-

pasif-ayat.html. Dimuat turun pada 25 November 2013.

5. Ragam ayat. http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=1162&Itemid=495. Dimuat turun pada 25

November 2013.


Top Related