Transcript

Pengenalan Cetakan Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.

Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.

Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan

1. Cetakan timbulan:

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.

2. Cetakan benam:

Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.

Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.

3. Cetakan planograf:

Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.

Menggunakan blok batu kapur.

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.

SENI CETAK 1. Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali.2. Seni cetak dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya.3. Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai karya asli.

SEJARAH CETAKAN

1. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China.2. Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15.3. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia.4. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan.5. Pada akhir tahun 1950-an,beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan(contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu)6. Awal tahun 1960-an,teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.7. Seterusnya,diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN

Cetakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Cetakan timbulan Cetakan benam/intaglio Cetakan stensil/serigraphy Cetakan planografi/litografi

Cetakan Timbulan

Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Antara jenis cetakan timbulan ialah : --> Cetakan lino --> Cetakan blok kayu --> Cetakan timbul/kolograf/kolaj

Contoh hasil cetakan lino

Contoh hasil cetakan blok kayu dan kolograf

Cetakan Benam/Intaglio Memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan. Warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan. Antara kaedah mencetak jenis benam ialah :1. Turisan (engraving)2. Gurisan asid (etching)3. Akuantin (aquatint)4. Mesotin (mezzotint)

Cetakan Planografi atau Litografi

Diperkenal dan dikembangkan proses penghasilan oleh seorang rakyat dari Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798.Teknik Penghasilan1. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan imej cetakan.2. Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi.3. Teknik penolakan minyak dengan air.Permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur dengan asid nitrit.4. Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.5. Cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.

Cetakan stensil/serigraphy

Menggunakan pemidang kain sutera saring untuk mencetak imej.Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose. Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk. Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh dasar (template).Antara bahan-bahan cetakan yang digunakan adalah :1. Kain sutera saring2. Pemidang3. Imulsi(cecair kimia)4. Sekuji(squeege)5. Kain atau kertas6. Kotak lampu/light box

FOLIO SENICETAKAN

NAMA : MUHAMMAD ADZMI BIN ZAWAWIKELAS : 4 AL-AMMARNO. MAKTAB : 13563HOMEROOM : DIAMOND 4NAMA GURU : ENCIK RIZALMAN

2013


Top Related