Transcript

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1376

PENGARUH VISI DAN MISI TERHADAP PEMBENTUKAN DASAR DAN AMALAN PENERBIT UNIVERSITI: SATU ANALISIS

Zulkifli Abd. Latiff

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM ABSTRAK Kewujudan sesebuah organisasi ditentukan dengan adanya visi dan misi yang mempengaruhi dan menjadi dasar serta amalan bagi merencana kesejahteraan dan kecemerlangan struktur dan sistem organisasinya. Penerbit universiti diperlukan bagi semua universiti awam demi memberi peluang kepada para sarjananya untuk berkarya dalam bentuk penulisan buku dan jurnal. Hal ini diperhebatkan lagi dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bahawa peluang kenaikan pangkat turut dinilai menerusi kerja-kerja penulisan dan penerbitan karya-karya akademik. Begitu juga dengan kewujudan sesebuah penerbit universiti yang terbina daripada visi dan misi universiti, dan perihal kewujudannya termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti. Namun begitu, adakah visi dan misi yang dibentuk benar-benar mempunyai pertalian dan ikatan dengan peranan dan tanggungjawab sesebuah universiti dan penerbit universiti. Kajian ini cuba merungkai sejauhmanakah universiti dan penerbit universiti meletakkan kepentingan penerbitan dan komunikasi ilmiah dalam mempertingkatkan jumlah penghasilan buku negara serta memartabatkan karya-karya ilmiah di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Kajian analisis kandungan ini melibatkan 11 buah universiti dan penerbit universiti dan setiap visi dan misi dipetik daripada muat turun yang diambil menerusi halaman sesawang setiap universiti dan penerbit universitinya. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada wujudnya kesinambungan antara visi dan misi dengan penerbit universiti ataupun sebaliknya. Hasil dapatan kajian ini mampu membantu universiti dan penerbit universiti memperkasakan pentadbirannya demi untuk mengangkasarayakan penerbitan ilmiah sebagai gedung atau industri yang menghasilkan produk kesarjanaan yang mampu dikongsi bersama pengisiannya untuk semua lapisan masyarakat terutama para akademik dan mahasiswa universiti. Kata Kunci: visi, misi, dasar, amalan, penerbit universiti PENGENALAN Kewujudan dan perjalanan sesebuah organisasi didasarkan menerusi visi dan misinya yang menjadi sebagai tulang belakang atau tonggak bagi mencapai hala tuju dan sasaran yang dikehendaki. Visi dan misi menjadi aturan sistematik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab organisasi termasuklah institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Universiti yang baik dinilai menerusi pencapaian akademik dan penyelidikan serta perundingan sejajar dengan matlamat yang disasarkan sama ada untuk para akademik mahupun para pelajarnya. Menerusi pencapaian akademik ukuran kesarjanaan tidak sahaja bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran, malahan penglibatan penerbitan dan penyelidikan turut termasuk sebagai suatu ukuran penting dalam memartabatkan sesebuah universiti. Namun, sejauh mana visi dan misi selari dengan hasrat yang “diimpikan” menjadi persoalan wujud atau tidak kesinambungan antara gagasan dan matlamat sebenar.

Justeru, satu analisis telah dibuat terhadap visi dan misi universiti yang dijadikan sebagai gagasan dan sasaran untuk dicapai segala apa yang direncanakan. Pengkaji telah mengumpulkan semua visi dan misi universiti yang diperolehi menerusi halaman sesawang, atau buku laporan tahunan, atau maklumat daripada pejabat korporat setiap universiti yang terlibat di dalam kajian ini.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1377

Visi merupakan wawasan masa depan atau tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam terutama yang berkaitan dengan perkembangan masa depan (Kamus Dewan, 2005) ke arah satu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.

Manakala misi organisasi merupakan asas atau akar umbi bagi sesuatu keutamaan, strategi, perancangan, dan perlaksanaan kerja (Drucker, 1974). Ianya merupakan kerangka awal dalam membina dan mereka bentuk struktur pengurusan kerana setiap gerak dan nafas organisasi semestinya berkiblatkan kepada misi yang direncanakan. Misi adalah “hati” kepada sistem tubuh organisasi yang mencorakkan perlakuan jentera yang ada di dalamnya termasuklah manusia yang dikenali sebagai kakitangan. “Misi merupakan bayangan syarikat dan merupakan keutamaan syarikat seperti yang ditetapkan oleh pengurusan utama orgnisasi” (teks asal bahasa Inggeris), (Falsey, 1989)”. LATAR BELAKANG Dunia kesarjanaan kini semakin mengecil walaupun organisasi pendidikan tinggi semakin membesar dengan pertambahan universiti awam dan swasta, dan persaingan bagi pengendalian semua institusi begitu mendesak kerana perlumbaan bagi mendapatkan pelanggan yakni “pelajar” semakin berleluasa. Hal ini terbukti dengan peningkatan periklanan institusi pengajian tinggi yang semakin melata tidak kira di mana sahaja, yang pentingnya pelanggan mesti dicekup, kalau tidak melepas ke tangan pihak lain. Universiti hari ini seolah-olah hilang pendirian dan matlamat penubuhannya semakin kabur, lebih-lebih lagi apabila kerajaan mendesak universiti menjana pendapatannya sendiri bagi menampung segala kos operasi universiti (Sufean, 2004:183). Semua institusi seharusnya berterusan memantau hal ehwal dalam dan luaran yang utama dan aliran ini adalah bertujuan untuk: (i) menilai kekuatan dan kedudukan di antara pesaingan mereka, (ii) ambil kesempatan ke atas peluang-peluang luaran, (iii) meminimumkan ancaman luaran yang mampu memberi kesan kepada institusi mereka (Cochran, David & Gibson, 1985). Justeru itu, langkah pertama dalam memformulasikan strategi ialah mewujudkan atau membina misi organisasi yang sejelas-jelasnya (Chong, J. K. S., & Chow, M. L. J., (1992). Secara umumnya, menurut Chong dan Chow (1992) misi organisasi yang baik seharusnya memenuhi kriteria berikut:

1. mampu untuk menyediakan inspirasi dan motivasi di kalangan pekerja dan pengurusan dengan membina visi yang dikongsi bersama dan setiap individu boleh mengenalnya,

2. seharusnya membenarkan institusi membezakan atau menyisihkan diri dari pesaing mereka,

3. membenarkan ruang-ruang bagi percambahan kreativiti, 4. membantu untuk mengarahkan pengurus dalam proses perancangan dan untuk menjana

strategi bagi mengendalikan situasi yang mungkin timbul, 5. seharusnya mengandungi kaedah objektif yang utuh yang membolehkan kemajuan mereka

dapat diukur, 6. seharusnya mentakrifkan “perniagaan” yang hendak dilakukan, tidak semestinya

dinyatakan; dan 7. seharusnya wajar kepada semua pemegang saham dan jelaskan kepada mereka apa yang

hendak dilakukan oleh institusi.

Kepentingan analisis visi dan misi universiti dilibatkan di dalam kajian ini ialah untuk melihat universiti yang manakah meletakan penerbitan sebagai kekuatan mereka untuk menjadi sebuah universiti yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Rajah di bawah menunjukkan visi dan misi setiap universiti yang dilibatkan dalam kajian ini.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1378

Rajah Visi dan Misi Universiti Peserta

# 11 Universiti Visi Misi

1. UM Menjadi pusat pentadbiran dan penyelidikan yang cemerlang, terunggul dan berfungsi sebagai pemangkin ilmu dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bagi semua pendidikan tinggi Malaysia.

Menjadi sebuah universiti perdana menuju kecemerlangan dalam memaju dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta menjunjung hasrat dan kemuliaan cita-cita rakyat dan negara.

2. USM -Tiada-

Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui:

pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran;

pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan profesional, perkembangan individu yang menyeluruh, dan

komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi universiti

3. UKM Menjadi universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Menjadi universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

4. UPM Menjadi universiti bertaraf dunia iaitu sebuah komuniti cendekiawan dan intelek bereputasi antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara kerana sumbangannya dalam penulisan kesarjanaan dan penemuan yang sentiasa memberi pengertian baru kepada kemajuan, perkembangan dan pembangunan negara dan dunia.

Menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang unggul yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu, tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

5. UTM Menjadi pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti.

Menerajui pembangunan sumber manusia dan teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara.

6. UIAM Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa yang bertujuan mengembalikan dinamika dan peranan progresif umat Islam dalam semua bidang ilmu pengetahuan.

Berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat berikut:

integrasi

Islamisasi

keantarabangsaan

kecemerlangan yang menyeluruh.

7. UUM UUM aspires to be a Management University that is a paragon of efficiency and of world class stature.

To serve as a centre of academic eexcellence in producing human resources with the competency and commitment towards developing the nation in

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1379

accordance with the University's Charter and Philosophy.

8. UNIMAS Menjadi universiti contoh serta diiktiraf di peringkat antarabangsa dan IPT yang menjadi pilihan utama golongan pelajar akademik melalui pencapaian cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan dan kesarjanaan.

Menjana, menyebar dan menerap ilmu secara strategik dan inovatif bagi memperkasakan kualiti budaya bangsa dan kemakmuran masyarakatnya.

9. UMS Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia.

Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta untuk mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan Negara.

10. UPSI Menjadi universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

11. UiTM Menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Sumber: Halaman Sawang Universiti Berkenaan Tahun 2006. OBJEKTIF KAJIAN i. Untuk mengenal pasti visi dan misi universiti dan penerbit universiti yang memberi

penekanan kepada keperluan penerbitan ilmiah. ii. Untuk menganalisis visi dan misi universiti dan penerbit universiti dalam mempengaruhi

dasar dan amalan penerbitan ilmiah. KAEDAH KAJIAN Pengkaedahan analisis kajian ini dibuat berdasarkan kepada penilaian kerangka kerja yang telah dibuat oleh David (1989) dalam menganalisis misi organisasi syarikat-syarikat korporat yang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1380

berpandukan kepada laporan tahunan syarikat berkenaan. Sembilan (9) komponen komprehensif bagi menilai misi organisasi telah dilakarkan iaitu:

i. Pelanggan – Siapakah pelanggan syarikat ini? ii. Produk/perkhidmatan – Apakah produk atau perkhidmatan utama? iii. Lokasi – Di manakah syarikat ini bersaing? iv. Teknologi – Apakah teknologi asas syarikat? v. Kepentingan survival – Apakah penglibatkan firma ke atas objektif ekonomi? vi. Falsafah – Apakah kepercayaan asas, nilai aspirasi dan keutamaan falsafah firma? vii. Konsep kendiri – Apakah kekuatan utama firma dan kelebihan persaingan? viii. Kepentingan imej awam – Apakah tanggungjawab umum firma dan imej yang

diperlukan? ix. Kepentingan kakitangan – Apakah sikap firma terhadap kakitangannya?

Justeru itu, pengkaji telah mengadaptasi sembilan (9) komponen ini dengan penambahan satu lagi komponen utama peranan institusi pengajian tinggi iaitu “penyelidikan dan penerbitan” yang menjadikan jumlah keseluruhan komponen kajian ialah sepuluh.

Satu pendekatan analitik kandungan (content-analytic approach) digunakan untuk mengenalpasti sepuluh komponen di atas menerusi analisis yang dibuat terhadap laporan tahunan universiti dan halaman sawang semua universiti yang dikaji. Pendekatan ini diperlukan dalam pemilihan dan interpretasi bagi mesej bertulis. Pengkategorian dibina dan frekuensi (kekerapan) bagi kategori yang muncul telah dirakamkan. Sumber maklumat lain seperti bidang operasi dan pengkhususan turut dilibatkan sebagai analisis tambahan terhadap komponen berkenaan. HASIL DAN PERBINCANGAN Dapatan bagi analisis kandungan dalam mengenal pasti sepuluh komponen utama iaitu “pelanggan”, “produk/perkhidmatan”, “lokasi”, “teknologi”, “kepentingan survival”, “falsafah”, “konsep kendiri”, “kepentingan imej awam”, “kepentingan kakitangan”, dan “penyelidikan dan penerbitan” terkandung di dalam setiap misi universiti yang dikaji. Sebagai penjelasan, slogan atau pernyataan terbaik yang membayangi perincian komponen bagi universiti pengajian tinggi awam yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut: Pelanggan “Untuk memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan”. (UM) Produk/Perkhidmatan “Menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa, tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu sejagat”. (UPM) Lokasi “Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui…”. (USM) Teknologi “To be a leader in the development of human capital and innovative technologies that will contribute to the nations wealth creation”. (UTM) Kepentingan Survival “Menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan”. (UKM)

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1381

Falsafah “To embrace and manifest the spirit and essence of the university’s charter and philosophy, and become a centre of academic excellence renowned for its nurturance of individuals who become competent and at the same time committed to serving the nation and all of humanity”. (UUM) Konsep Kendiri “Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan”. (UiTM) Kepentingan Imej Awam “Menjana, menyebar dan menerap ilmu secara strategik dan inovatif bagi memperkasakan kualiti budaya bangsa dan kemakmuran masyarakatnya”. (UNIMAS) Kepentingan Kakitangan “to develop an enviroment which instils commitment for life-long learning and a deep sense of social responsibility among staff and students”. (UIAM) Penyelidikan dan Penerbitan “Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara”. (UPSI) Dapatan kajian bagi analisis kandungan dapat diringkaskan seperti Jadual di bawah. Dapatan kajian berdasarkan kedudukan tahap bagi peratusan kekerapan penampilan sesebuah misi, “Kepentingan Survival” dan “Kepentingan Imej Awam” merupakan komponen misi yang kerap disebut dalam pernyataan misi yang dikaji. Kesemua 11 universiti tanpa berkecuali (100.0%) memasukan komponen-komponen ini dalam misi organisasinya. Manakala bagi dua komponen iaitu “Produk/Perkhidmatan” dan “ Konsep Kendiri” berada pada kedudukan tahap kedua dengan peratusannya 90.9 peratus, berbanding dengan komponen “Lokasi” dan “Falsafah” yang berada pada tahap ketiga dengan peratusannya 81.8 peratus. Bagi kedudukan tahap keempat, komponen “Pelanggan” hanya sekadar 63.6 peratus, dan diikuti dengan komponen “Penyelidikan/Penerbitan” pada tahap kelima dengan peratusan 45.5 peratus. Tahap terendah terletak pada komponen “Kepentingan Kakitangan” yang hanya dizahirkan oleh sebuah universiti pada peratusan 9.1 peratus. Kedudukan tertinggi bagi komponen “Kepentingan Survival” dan “Kepentingan Imej Awam” dan komponen terendah pada tahap keenam “Kepentingan Kakitangan” disarankan bahawa universiti awam terkemuka di Malaysia dalam mentakrif misi organisasi mereka, lebih menekankan kepada survival setiap universiti untuk menjadi universiti terkemuka di peringkat antarabangsa. Kecemerlangan ini hanya boleh dicapai sekiranya kepentingan imej awam terjaga dan tidak menjadi rungutan dan keluhan oleh pelbagai masyarakat. Justeru itu, antara kepentingan imej awam yang boleh dikenal pasti dalam pembinaan kecemerlangan tamadun manusia ialah menerusi penerbitan bahan-bahan ilmiah terutama sekali buku-buku yang menjadi media pengaliran maklumat. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan pada komponen “Penyelidikan/Penerbitan” tidak semua IPT menempatkannya sebagai keutamaan pada misi universiti. Universiti yang tidak memasukkan komponen penyelidikan/penerbitan ini ialah USM, UKM, UTM,UIAM, UUM, dan UNIMAS. Perniagaan utama bagi institusi pengajian tinggi ialah pendidikan yang berpaksikan kepada pengajaran dan pembelajaran, dan didokong oleh penyelidikan dan penerbitan yang menjadi antara indeks penilaian kematangan sesebuah universiti untuk diberi pengiktirafan yang teristimewa. Berdasarkan kajian analisis kandungan juga, satu-satunya universiti yang tidak mempunyai visi universiti ialah USM. Namun, apa yang peliknya kerajaan telah mengiktiraf universiti ini sebagai universiti penyelidikan dan universiti apex. Jadi, pada dasarnya kerajaan tidak menjadikan kriteria visi dan misi sebagai antara instrumen untuk mengukur kejayaan sesebuah universiti.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1382

Jadual Penilaian Komponen Misi Utama Universiti Awam Universiti

Komponen Utama

Pelanggan

Produk/ Perkhidmatan

Lokasi

Teknologi

Kepentingan Survival

Falsafah

Konsep Kendiri

Kepentingan Imej Awam

Kepentingan Kakitangan

Penyelidikan/ Penerbitan

Bilangan Komponen Dizahirkan

Dalam Jumlah %

UM Ya Ya Ya - Ya - Ya Ya - Ya 70.0

USM Ya Ya Ya - Ya Ya Ya Ya - - 70.0

UKM - Ya - - Ya - Ya Ya - - 40.0

UPM Ya Ya Ya - Ya Ya Ya Ya - Ya 80.0

UTM - - - Ya Ya Ya Ya Ya - - 50.0

UIAM Ya Ya Ya - Ya Ya Ya Ya Ya - 80.0

UUM Ya Ya Ya - Ya Ya Ya Ya - - 70.0

UNIMAS Ya Ya Ya - Ya Ya Ya Ya - - 70.0

UMS Ya Ya Ya - Ya Ya Ya Ya - Ya 80.0

UPSI - Ya Ya - Ya Ya - Ya - Ya 60.0

UiTM - Ya Ya - Ya Ya Ya Ya - Ya 70.0

N=11 Peratus Tahap*

7 10 9 1 11 9 10 11 1 5

63.6 90.9 81.8 9.1 100.0 81.8 90.9 100.0 9.1 45.5

4 2 3 6 1 3 2 1 6 5

*Berdasarkan kepada peratusan kekerapan dizahirkan (Tahap Tertinggi=1, Kedua Tertinggi=2,…, Terendah=6 )

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1383

DAPATAN ANALISIS VISI DAN MISI PENERBIT-PENERBIT UNIVERSITI Kaedah analisis kandungan yang sama juga telah digunakan kepada visi dan misi bagi penerbit-penerbit universiti. Entiti penerbit universiti adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan universiti, namun sebagai sebuah organisasi penerbitan yang menjalankan perniagaan penjualan buku keperluan untuk memiliki visi dan misi dirasakan perlu agar organisasi mempunyai hala tuju sasaran yang hendak dicapai. Analisis kandungan bagi visi dan misi penerbit universiti dibuat berpandukan kepada visi dan misi seperti rajah di bawah:

Rajah Visi dan Misi Penerbit Universiti

Peserta # 11

Penerbit Universiti

Visi Misi

1. UM -tiada- Penerbit Universiti Malaya menyokong misi korporat UM, “menjadi universiti perdana dalam mencari kecemerlangan untuk kemajuan dan penyebaran ilmu demi mencapai aspirasi negara”. Jabatan ini mencari cara pelaksanaan misi tersebut dengan cara menyebarkan ilmu melalui percetakan dan penerbitan buku ilmiah, jurnal-jurnal dan fail elektronik.

2. USM -tiada- Penerbit tidak mempunyai visi dan misi –(telefon dengan Cik Hani)

-tiada-

3. UKM -tiada- Penerbit tidak ada visi dan misi – Kedai Buku Penerbit

-tiada-

4. UPM Menjadi penerbit pilihan pertama berasaskan sumbangannya dalam penerbitan ilmiah dan perkhidmatan profesional yang berprestasi tinggi kepada pelanggan.

Menjadi penerbit pilihan pertama melalui buku-buku ilmiah dan jurnal yang bermutu mengikut konvensyen saintifik antarabangsa. Di samping itu matlamatnya ialah menyebarluaskan pasaran buku untuk mencerminkan unviersiti sebagai pusat penjanaan ilmu yang terkemuka.

5. UTM Untuk Menjadi Penerbit Ilmiah Bertaraf Dunia.

Untuk menjadi saluran utama yang menerbitkan bahan-bahan ilmiah yang menggambarkan pencapaian dan kecemerlangan ilmu komuniti saintifik Universiti Teknologi Malaysia.

6. UIAM -tiada- -tiada-

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1384

Visi dan misi di bawah Pusat Pengurusan Penyelidikan – Pn. Farika

7. UUM Menjadikan penerbit UUM sebagai “full-sledge publisher” yang terulung, terunggul serta menghasilkan produk yang bertaraf dunia.

Menyokong dan menyempurnakan piagam dan falsafah universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik melalui penerbitan karya ilmiah.

8. UNIMAS -tiada- Visi dan misi dalam proses pembikinan – Pn. Resni Mona (082-581000)

-tiada-

9. UMS -tiada-

Pembina dan pengembang ilmu ke arah keterampilan dan kecemerlangan universiti Malaysia Sabah pada peringkat global.

10. UPSI Merealisasikan hasrat untuk menjadikan Penerbit Universiti sebagai pusat penghasilan dan pengeluaran karya-karya akademik dan bukan akademik serta menjadi wadah utama penyebaran maklumat dalam bentuk bahan bercetak.

Berhasrat untuk memberi khidmat dan bantuan kepada semua pihak di universiti ini dalam bentuk kursus, seminar, bengkel dan ceramah demi meningkatkan prestasi penulisan karya-karya akademik dan penghasilan karya yang bermutu.

11. UiTM To be a university publisher that is outstanding and competitive.

Committed in disseminating knowledge through its publications.

(Sumber: Halaman Sawang Penerbit Universiti Berkenaan Tahun 2006/2009)

Pada awalnya pengkaji hanya membuat pengumpulan maklumat visi dan misi berpandukan kepada maklumat yang terdapat pada halaman sawang penerbit. Namun setelah dibuat pelayaran dan pencarian maklumat maya, tidak banyak penerbit universiti memasukkan visi dan misi mereka ke dalam halaman sawang. Hal ini telah memaksa pengkaji untuk menghubungi penerbit menerusi telefon dan hasilnya telah diperoleh seperti rajah di atas. Bagi analisis kandungan misi penerbit universiti, pengkaji tidak membuat analisis slogan atau pernyataan terbaik penerbit atas alasan bahawa i) semua penerbit menjadikan visi dan misi universiti sebagai asas dan panduan yang dirujuk bagi melibat keseluruhan keperluan operasi penerbit, ii) tidak semua penerbit mempunyai visi dan misi, dan iii) keterikatan penerbit kepada arahan pihak atasan secara langsung meletakkan penerbit di bawah pemantauan pengurusan pihak atasan universiti. Di sini secara tegas pengkaji memaklumkan terdapat empat buah penerbit universiti yang langsung tidak mempunyai visi dan misi walaupun penerbit berkenaan sudah dikenali sebagai penerbit yang berjaya. Penerbit yang tidak mempunyai visi dan misi sebagai hala tuju yang hendak dicapai ialah Penerbit USM, Penerbit UKM, PenerbitUIAM, dan Penerbit UNIMAS. Bagi pengkaji hal sebegini sepatutnya tidak berlaku namun setiap penerbit barang kali mempunyai alasan tersendiri yang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1385

menyebabkan tidak perlunya dihasilkan visi dan misi kerana universiti sendiri sudah mempunyai visi dan misi. Penerbit hanya beroperasi dengan mendasari kepada visi dan misi universiti. Penerbit USM dan Penerbit UKM kedua-duanya merupakan penerbit yang telah lama beroperasi sejak tahun 1970-an lagi, tetapi pemakaian visi dan misi tidak menjadi keutamaan kepada mereka. Penerbit UKM pula pada dua tahun yang lepas telah mengisytiharkan diri sebagai penerbit yang telah banyak menerbitkan judul-judul sehingga 1000 judul mengatasi semua penerbit universiti yang telah beroperasi sejak penghujung tahun 1960-an. Tidak seperti visi dan misi universiti, bagi anailsis kandungan misi penerbit universiti hanya tujuh (7) penerbit sahaja yang terlibat kerana seperti yang telah dijelaskan di atas empat (4) penerbit universiti tidak mempunyai visi dan misi mereka. Oleh itu peratusan keseluruhan hanya berpandukan kepada tujuh penerbit dan 10 komponen kriteria yang dinilai. Hal ini dapat dijelaskan seperti jadual di bawah:

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1386

Jadual Penilaian Komponen Misi Utama Penerbit Universiti

Universiti

Komponen Utama

Pelanggan

Produk/ Perkhidmatan

Lokasi

Teknologi

Kepentingan Survival

Falsafah

Konsep Kendiri

Kepentingan Imej Awam

Kepentingan Kakitangan

Penyelidikan/ Penerbitan

Bilangan Komponen Dizahirkan

Dalam Jumlah %

UM - Ya Ya Ya Ya - Ya Ya - Ya 70.0

UPM - Ya - Ya Ya - Ya Ya - Ya 60.0

UTM - Ya Ya Ya Ya - - Ya - Ya 60.0

UUM - Ya - - Ya Ya - Ya - Ya 50.0

UMS - Ya Ya - Ya Ya - Ya - - 50.0

UPSI Ya Ya Ya - Ya - Ya Ya - Ya 70.0

UiTM - Ya - - Ya Ya - - - Ya 40.0

N=7 Peratus Tahap*

1 7 4 3 7 3 3 6 0 6

14.3 100.0 57.1 42.9 100.0 42.9 42.9 85.7 0.0 85.7

5 1 3 4 1 4 4 2 6 2

*Berdasarkan kepada peratusan kekerapan dizahirkan (Tahap Tertinggi=1, Kedua Tertinggi=2,…, Terendah= ) * Empat Penerbit Universiti tidak mempunyai visi dan misi iaitu: USM, UKM, UIAM dan UNIMAS

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1387

Daripada jadual di atas, dapatan kajian bagi analisis kandungan dapat diringkaskan seperti berikut bagi kedudukan tahap tertinggi peratusan kekerapan penampilan sesebuah misi, “Produk/Perkhidmatan” dan “Kepentingan Survival” memperolehi 100.0 peratus komponen misi yang kerap diperkatakan dalam kajian misi penerbit ini. Manakala bagi dua komponen iaitu “Kepentingan Imej Awam” dan Penyelidikan/Penerbitan” berada pada tahap kedua tertinggi dengan peratusannya 85.7 peratus berbanding dengan tahap ketiga iaitu 57.1 peratus bagi komponen “Lokasi”. Sementara itu tiga komponen pada tahap keempat dengan membawa peratusan sebanyak 42.9 peratus berada pada “Teknologi”, Falsafah”, dan “Konsep Kendiri”. Di samping itu, bagi komponen “Pelanggan” hanya mendapat satu penampilan sahaja dengan 14.3 peratus, dan bagi komponen “Kepentingan Kakitangan” langsung tidak mempunyai penampilan (0.0%). Pada pendapat pengkaji, kepentingan kakitangan sepatutnya tidak diabaikan dalam misi penerbit universiti kerana secara keseluruhannya kakitangan merupakan tenaga kerja utama dalam kejayaan dan kecemerlangan operasi penerbit universiti.

RUMUSAN

Kepentingan wujudnya sebuah penerbit ilmiah dalam sesebuah universiti tidak seharusnya di pandang ringan oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi para akademik yang sama-sama menjadikan universiti sebagai wadah memperjuangkan pembangunan ilmu dalam konteks penyelidikan dan penerbitan, pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penerbit universiti berdiri sebagai satu bahagian daripada universiti dan tidak dianggap sebagai untaian yang tidak penting.

Penerbit universiti pula perlu faham peranan dan tanggungjawabnya sebagai penerbit subsidi yang diwujudkan untuk tidak mencari keuntungan. Apa yang lebih penting ialah penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan kepada warga universiti. Justeru itu penerbit universiti perlu meneruskan keperluan menghasilkan buku ilmiah untuk kegunaan para pelajar dan ahli akademik walaupun masih dianggap tidak profesional dan tidak tersusun dengan sempurna struktur organisasinya.

Walaupun isu bahasa Melayu sering dipersoalkan kewibawaannya sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan kesarjanaan, namun keperluan buku dalam bahasa Melayu perlu diterus diterbitkan. Permintaannya tetap ada sama ada sebagai buku teks ataupun buku rujukan. Penambahan bilangan universiti awam dan swasta untuk rakyat Malaysia menjadi tanda keperluan buku bahasa Melayu untuk bacaan para pelajar IPT. Penghasilan buku berbahasa Inggeris juga turut perlu dipertingkatkan setiap tahun kerana pasarannya masih ada di negara ini. Buku bahasa Inggeris bercorak tempatan tetap relevan kepada pembaca kita walaupun kemasukan dan lambakan buku asing masih berleluasa tapi suatu kawalan yang khusus daripada pihak kerajaan perlu dilakukan.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang bergiat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan. Para akademik diberi ruang dan peluang untuk kenaikan pangkat dengan menjadikan usaha penyelidikan dan penerbitan sebagai keutamaan penilaian tersebut. Hasil analisis membuktikan peluang kenaikan pengkat ahli akademik berada di tahap tertinggi dalam sistem universiti dan bukan perkara yang mustahil. Maka hal ini telah memberi laluan yang luas untuk kenaikan pangkat sesuai dengan bidang kepakaran dan kesarjanaan para akademik.

Universiti dan penerbit universiti melihat kepentingan universiti, kakitangan dan pelanggan sebagai komponen yang proaktif dalam visi dan misi mereka. Kekuatan visi dan misi seharusnya dijadikan elemen pengukuran bagi memberi pengiktirafan universiti apex dan universiti penyelidikan oleh pihak kerajaan, untuk universiti dan penerbitnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan universiti bertaraf dunia. Namun peratusan 45.5% untuk kepentingan penyelidikan dan penerbitan dalam visi dan misi oleh semua universiti dalam analisis kajian ini perlu diubah kepada peratusan yang lebih tinggi. Visi dan misi universiti terasing dengan visi dan misi penerbit universiti, dan dapatan 85.7% penerbit universiti meletakkan kepentingan visi dan misi penyelidikan dan penerbitan memenuhi peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah penerbit untuk universiti. Apapun visi dan misi sesebuah universiti mesti selaras dengan dasar dan amalan yang dilaksanakan oleh universiti.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1388

RUJUKAN

(2005). Kamus Dewan (ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chong, J. K. S., & Chow, M. L. J. (1992). An Exploratory Study of How Large Malaysian Companies

Define Their Organizational Mission, Journal of Southeast Asia Business, 8(2):32-40. Cochran, D.S., David, F.R., & Gibson, C.K. (1985). A Framework for Developing an Effective Mission

Statement, Journal of Business Strategy, II(2):4-17. David, F.R. (1989). How Companies Define Their Mission, Long Range Planning, XXII(1):90-97. Drucker, P.F. (1974). Management Tasks, Responsibilities, Practices. New York: Harper & Row. Falsey, T.A. (1989). Corporate Philosophies and Mission Statements. Connecticut: Quorum Books,

Greenwood Press Inc. Sufean Hussin. (2004). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifli Abd. Latiff. (2012). Penerbitan Ilmiah di Malaysia: Dasar, Amalan dan Cabaran Penerbit-

Penerbit Universiti. Tesis PhD. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Top Related