Transcript
Page 1: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

PENGAJIAN TAMADUN ISLAM

Sejarah, Pencapaian dan Masa Depannya

Mohd. Liki Hamid (ed.)

Terbitan Pertama 2002

PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN. BHD.

TAKRIF DAN PRINSIP-PRINSIP TAMADUN

Takrif tamadun

A.Perspektif tamadun islam

>Ibnu Khaldun – kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan

kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang

boleh mempertingkatkan kualitinya.

B.Perspektif tamadun barat

>Arnold Toynbee – suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia

menambah hasil pengeluaran.

C.Perspektif tamadun melayu

>Abu Bakar Hamzah – sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama

dengan kehidupan manusia(abstrak dan material).

Prinsip-prinsip asas tamadun

A.Sosioekonomi

Kehidupan menetap >> pertumbuhan ekonomi >> peningkatan hasil

pengeluaran >> pertambahan jumlah penduduk >> kepimpinan dan susun lapis

sistem social >> pengkhususan kerja dan hasil kerja >> pertukaran hasil kerja.

B.Interaksi manusia dan alam

interaksi seseorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai

spiritual terhadap alam dan pengalaman(peng+alam+an) kepada diri sendiri

tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.

Page 2: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

C.Persaingan manusia

~kehendak manusia tidak pernah terbatas.Antara faktor yang

mempengaruhinya ialah;

i)peningkatan usia

ii)perubahan psikologi

iii)perubahan cara hidup

~Terdapat 2 batasan dalam memenuhi kehendak manusia yang menyebabkan

manusia terpaksa bersaing untuk menampungnya;

i)batasan keupayaan diri yang dimilikinya

ii)batasan sumber yang diperlukannya

PEMBINAAN PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN

Model-model tamadun

~Ibnu Khaldun(1332-1406)

Tahap awal atau kelahiran (kekitaan atau assabiyah)

<dikukuhkan oleh peranan agama>

Tahap kehidupan menetap atau bertamadun

dicirikan oleh kelahiran sistem pemerintahan

(pertumbuhan Bandar dan stratifikasi social)

Tahap lemah atau kejatuhan

(konflik politik dan krisis ekonomi)

Page 3: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

~Malik Bennabi(1905-1973)

Masyarakat pra-tamadun

(belum mantap terhadap aspek –aspek kebendaan,idea dan kemanusiaan)

seperti;sembah berhala,semangat kabilah,dan keterbatasan interaksi sosial.

Masyarakat bertamadun

(peringkat awal budaya baru berteraskan islam)

seperti;perluasan hubungan silaturahim dan cetusan idea-idea intelek

Masyarakat pasca-tamadun

(peringkat kejatuhan)

seperti;kebekuan idea dan penyelewengan agama

Kandungan tamadun

~Pada tahap paling minimum,kandungan tamadun mempunyai 6 ciri asas;-

a)kehidupan di Bandar

b)sistem pemerintahan dan kerajaan

c)bahasa dan tulisan

d)sistem perundangan

e)agama dan sistem kepercayaan

f)pengkhususan dalam pekerjaan

Page 4: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Hubungan dalam tamadun

~Maksud;kekuatan-kekuatan yang terbentuk disebalik elemen-elemen penting dalam

tamadun.

~Hubungan paling dominan;-

i.agama

>jatuh bangunnya sesebuah tamadun atau kerajaan selari dengan jatuh

bangunnya sesuatu agama.

>agama mempunyai hubungan fungsi dengan unsur-unsur tamadun yang lain

seperti;

a-moral

b-etika

c-ekonomi

d-undang-undang estetika dan sains

>tamadun islam ialah tamadun agama bukannya tamadun bangsa atau

wilayah.

ii.ketenteraan

>persaingan dan perebutan kuasa pada peringkat intra-tamadun(persaingan

antara negara-negara Eropah dalam gerakan imperialisme dan

kolonialisme)dan antara tamadun menyebabkan penggunaan ketenteraan

atau militer semakin ketara.

>kesan hubungan ini- nilai-nilai negatif lebih banyak daripada positif seperti;

a-peperangan

b-balas dendam

iii.pasaran

>transformasi telah berlaku dalam peranan pasaran sehingga dapat

menentukan jatuh bangunnya tamadun.

>nilai-nilai moral terabai akibat daripada penekanan yang berlebihan

terhadap “consumerisme” oleh pasaran barat yang menganggap seseorang

itu memang individualistic secara semulajadi dan tidak perlu mempedulikan

orang lain.

Faktor pembinaan,perkembangan dan kemerosotan tamadun

1)Pegangan kepada agama

>amat signifikan dengan tamadun islam yang memang merupakan tamadun agama.

Page 5: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

2)Keselesaan hidup dan kemewahan

>menanamkan didalam jiwa manusia sifat-sifat negative seperti lalai,ego dan

materialistik tanpa ambil kira kepentingan manusia lain.

3)Ekonomi

>diasaskan atas asas dan prinsip yang baik mampu membangunkan tamadun serta

beri kesejahteraan kepada hidup manusia.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Bersifat terbuka

~Pra-syarat kepada tersebarnya tamdun pada peringkat pertama.

~Menerima idea daripada tamadaun lain tetapi melalui proses penapisan dahulu bagi

memastikan tiada pertentangan dengan ajaran islam. Contohnya;-bidang perubatan

dimulakan oleh tamadun Mesopotamia dan Mesir tetapi dikembangkan oleh tamadun

islam dan India.

Utamakan kepentingan sejagat atau universaliti

~Satu dasar yang seimbang dengan sifat semulajadi manusia.

~Dasar yang seimbang inilah kebolehan dan keistimewaan yang dimiliki oleh manusia

perlu diiktiraf.

~Keinginan manusia yang universal untuk hidup dalam suasana harmoni,menyebabkan

secara tidak langsung tamadun lain yang mempunyai cita-cita yang sama merasa

terpanggil untuk memberi sokongan kepada sesama mereka dalam suasana tertentu.

Faktor-faktor pendorong interaksi antara tamadun

1)Kepimpinan

~pemimpin memainkan peranan yang utama bagi memastikan sama ada wujud atau

tidak hubungan harmoni antara tamadun.Contohnya;-kepimpinan Nabi Muhammad

SAW keatas umat islam seluruh dunia,membuktikan betapa kuatnya pengaruh

pemimpin dalam interaksi untuk penyebaran agama.

2)Keagamaan

~kebanyakkan kepercayaan dan agama didunia ini berusaha mengembangkan agama

mereka diserata dunia bagi meramaikan lagi penganutnya.

3)Ilmu

Page 6: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

~semasa berlakunya perluasan tamadun islam,islam memberikan input positif kepada

masyarakat bukan islam daripada sudut keilmuan.contohnya;-tamadun barat mula

keluar daripada zaman kegelapan kepada kemodenan ekoran penerimaan sistem

keilmuan daripada islam.

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Definisi tamadun

~Sebuah masyarakat yang berusaha meningkatkan arus pembangunan dengan

menunjukkan;

a.kehebatan

b.keilmuan

c.moraliti

d.pemikiran

untuk mendapatkan sanjungan untuk kenangan bagi generasi selepasnya.

Sumber-sumber tamadun islam

~Al-Quran >>merupakan mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana

manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penguasa

atau khalifah bagi mentadbir muka bumi sejajar dengan

kehendakNya.

~Al-Hadis >>menjelaskan perkara yang berkaitan dengan perintah dan larangan

Allah SWT didalam al-Quran seperti;-

*bagaimana menjadi manusia yang baik(akhlak)

*bagaimana manusia harus mentaati Allah(tauhid)

Dasar-dasar tamadun islam

~Akidah >>nilai tauhid kepada Allah SWT merupakan asas utama dalam

pembinaan tamadun dan memberi impak yang menyeluruh kepada kehidupan

insaniah.

~Penghayatan ilmu >>budaya ‘iqra’ dalam islam merupakan suatu kefardhuan

yang mesti ada pada setiap muslim.

~Ilmu dikelaskan kepada 2 bahagian;-

a)naqli(keagamaan)-membina asas tamadun berpandukan ketetapan Allah.

Page 7: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

b)aqli(keduniaan)-mekanisma yang ada didalam peradaban itu sesuai dengan fitrah

semulajadi manusia.

Ciri-ciri tamadun Islam

~Terbuka dan rasional >>menerima pembaharuan adalah adil dalam konteks

sikap keterbukaan islam.

~Tujuannya;mengelakkan pandangan sempit terhadap imej islam.

~Rasional – tidak melibatkan hukum-hukum yang bersifat mutlak(guna konsep

musyawarah dan perbincangan)

contohnya;solat-semua manusia mampu melakukannya karana caranya tidak

membebankan kita.

~Syumul – islam adalah menyeluruh atau menyempurnakan keperluan-

keperluan hidup manusia bagi memudahkan lagi urusan harian.

contohnya;makan minum,pakaian,politik,perkahwinan,berniaga dll.

AL-QURAN SUMBER UTAMA TAMADUN ISLAM

Definisi

~114 surah,30 juzuk,60 hizb,6666 ayat.

~Maksud al-Quran dari segi bahasa :”bacaan”

dari segi istilah : kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad SAW dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang

membacanya.

Nama dan sifat

~Antara nama-nama al-Quran ialah;-

>>Al-Kitab(tertulis) – al-Quran wahyu Allah yang tertulis dan terkumpul.

>>Al-Tanzil(penurunan) – al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah

SWT.

>>Al-Mushaf(helaian) – al-Quran dihimpun dan ditulis dalam bentuk helaian.

~Antara sifat-sifat al-Quran ialah;-

>>al-Nur[bercahaya]

>>al-Huda[petunjuk]

>>al-Busyra[berita gembira]

Page 8: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

>>Syifa’[penawar]

Al-Quran sebagai mukjizat

~Maksud mukjizat(ajaza’) dari segi bahasa ialah lemah.dari segi istilah pula ialah

sesuatu yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan

mereka.

~Mukjizat terbesar ialah al-Quran yana merupakan kalam Allah yang melemahkan

musuh yang menentangnya.

~Isi kandungan al-Quran tidak pernah bercanggah dimana ayat atau surah saling

hubung kait antara satu sama lain.

Al-Quran sebagai wahyu

~Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bentuk wahyu melalui

perantaraan malaikat Jibril.

~Ketika menerima wahyu Nabi Muhammad mengalami pelbagai keadaan dan

pengalaman ,antaranya;-

>>malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki yang mengucapkan kata-

kata kepadanya sehinggalah baginda mengetahui dan menghafalnya.

>>malaikat menjelmakan dirinya dengan rupanya yang asal.

Sejarah turunnya al-Quran

~Diturunkan secara beransur-ansur dalam masa lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di

Mekah dan 10 tahun di Madinah.

~Para ulamak bersependapat menyatakan wahyu atau ayat pertama yang diturunkan

kepada Nabi Muhammad ialah 5 ayat daripada surah al-‘Alaq (ayat 1-5).

Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur

~Supaya ia lebih mudah untuk di fahami dan dilaksanakan .

~Diantara ayat-ayat al-Quran ada yang “nasikh” dan yang “mansukh” iaitu sesuai

dengan kemaslahatan.

~memudahkan proses penghafalan.

~Dari segi masa penurunannya,al-Quran dibahagikan kepada 2 fasa iaitu;-

1)Ayat-ayat makiyyah – yang diturunkan di Makkah iaitu sebelum penghijrahan

Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

2)Ayat-ayat madaniyyah – yang diturunkan di Madinah iaitu selepas

Page 9: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

~Antara perbezaan ayat-ayat makiyyah dan madaniyyah ialah;-

*ayat makiyyah >pendek

>mengandungi hal-hal berkaitan keimanan,ancaman dan

pahala.

*ayat madaniyyah>panjang

>mengandungi hukum hakam dan kemasyarakatan.

Pengumpulan,penulisan dan pembukuan al-Quran

A)Zaman Rasulullah SAW

>pengumpulan:kaedah penghafalan

>penulisan:bergantung kepada kebenaran Nabi Muhammad serta dengan cara

dan peralatan yang sesuai(contohnya seperti kulit-kulit binatang)

>pembukuan:tidak tersusun dan teratur (tidak dihimpun dalam satu mashaf)

B)Zaman Umaiyyah dan sekarang

>pengumpulan:melengkapkan al-Quran dengan tanda-tanda bacaan bagi

memudahkan bacaan.

>penulisan:mengandungi tanda-tanda wakaf dan sebagainya.Bentuk penulisan

yang digunakan ialah khat kufi,khat Raihani,khat Thuluth,dan khat

Nasakh.

>pembukuan:mashaf al-Quran yang ditulis dalam khat Nasakh telah dicetak

buat pertama kalinya.

Keistimewaan al-Quran

~Diwahyukan kepada Nabi Muhammad adalah pelengkap kepada semua kitab

sebelumnya.

~Al-Quran merupakan kitab suci terakhir dimana segala isi kandungannya bersesuaian

dengan semu keadaan,tempat dan masa.

~Ia diturunkan secara beransur-ansur bagi memudahkan proses pembacaan.

~Al-Quran mempunyai susunan dan gaya bahasa yang menarik .Selain itu ia juga

merupakan sumber rujukan dan jalan penyelasaian yang terbaik kepada semua

masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.

Page 10: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Kandungan Al-Quran

A)Tauhid~manusia diperintahkan supaya menyembah Allah SWT semata-mata yakni

tidak mensyirikkannya.Tanpa tauhid nescaya manusia berada didalam kesesatan.Para

nabi dan rasul diutus bagi mengejar dasar-dasar tauhid dan seterusnya menjamin

kesejahteraan hidup didunia dan akhirat.

B)Janji dan ancaman Allah SWT~Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup didunia

dan akhirat kepada setiap orang yang beriman dan mematuhi segala perintahNya.Allah

SWT mengancam sesiapa yang ingkar kepada perintahNya dan mereka yang

memusuhi para nabi serta rasulnya dengan azab yang pedih.

C)Ibadah ~Konteks ibadat dalam islam sangat luas kerana ia tidak terbatas kepada

upacara ritual semata-mata.Semua aktiviti yang dilakukan dengan niat bagi mendapat

keredhaan Allah dikira ibadat.

D)Jalan dan cara mencapai kebahagiaan~setiap orang yang beragama pasti berhasrat

mencapai kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.Oleh itu Allah memberi petunjukNya

menerusi al-Quran dengan cara menghayati segala ajaran yang disyariatkan.

E)Kisah-kisah dan sejarah umat terdahulu~supaya menjadi iktibar dan pengajaran

kepada umat Nabi Muhammad tentang balasan bagi umat manusia yang taat dan yang

ingkar.

AL-SUNNAH DALAM TAMADUN ISLAM

Pengertian

1)Al-Sunnah~dari segi bahasa “sirah” yang membawa maksud perjalanan.Dari segi

istilah pula sesuatu yang bersumber kepada Nabi Muhammad berupa

perkataan,perbuatan,taqrir atau sifat daripada akhlaknya bermula daripada baginda

diangkat menjadi rasul sehingga wafat.

Page 11: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

2)Al-Hadis~dari segi bahasa membawa maksud khabar,percakapan atau baharu.Dari

segi istilah pula ialah sesuatu yang bersangkutan dengan Nabi Muhammad samada

perkataan,perbuatan,taqrir,sifat yang berrkaitan dengan akhlak sebelum baginda

diangkat menjadi rasul hingga wafatnya.

Sunnah mengikut para ulamak

A)Ulama Hadis

>>melihat Rasulullah SAW sebagai seorang ketua negara dan seorang yang menjadi

ikutan.

>>mereka membicarakan Rasulullah secara keseluruhan

(perkataan,perbuatan,sirah,akhlak dll)

>>Takrif sunnah :- “Perkata, perbuatan, persetujuan, sifat Rasul samada yang berkaitan

dengan akhlak / jadian, perjalanan, peperangan Nabi Muhammad.

B)Ulama Fekah

>>Takrif sunnah :- sesuatu yang berlawanan dengan fardhu dan wajib (disebut sebagai

sunat)

Jenis-jenis sunnah

>>Hadis qauliyah (perkataan) – terbit daripada perkataan dan pertuturan Rasulullah

SAW.

Cth :- Sabda Nabi Muhamad “Sesungguhnya segala amalan itu mesti beserta

dengan niat.”

>>Hadis fi’liyah (perbuatan) – Perbuatan Rasul (berwuduk, bersembahyang dll)

cth :- Sabda Nabi Muhamad – “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu

melihat aku bersembahyang.”

>>Hadis taqrir (persetujuan) – Nabi Muhamad membiarkan sesuatu perbuatan yang

berlaku tetapi diketahui oleh baginda.

Cth :- “kata Aishah : Aku bermain anak patung disisi Rasulullah.”

>>Hadis sifat :- Sifat Rasul terbahagi kepada dua iaitu

i) sifat akhlak

cth:- “Rasulullah lebih pemalu daripada anak dara.”

ii) sifat kjadian

Page 12: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

cth:- Merujuk kepada bentuk badan dan penampilan Rasul (warna kulit,

rupa paras dll)

Perbezaan

AL-QURAN HADIS

Mukjizat Bukan mukjizat

Diturunkan kepada kepada Nabi

Muhammad dalam keadaan sedar.

Dituruni kepada Nabi Muhammad melalui

samada sedar, mimpi dll

Orang yang berhadas dilarang

menyentuhnya

Tidak ada larangan menyentuhnya bagi

orang yang berhadas.

Fungsi dan peranan sunnah

� Mentafsir dan menghurai maksud al-Quran.

� Memperkuat dan memperkukuhkan sesuatu yang datang di dalam al-Quran.

� Sumber bagi mengetahui nasikh dan mansukh (memansuhkan hukum yang

terdapat di dalam al-Quran)

� Mewujudkan hukum yang tidak disebut di dalam al-Quran (mengeluarkan

hukum-hukum yang tidak dinasakh oleh al-Quran)

AQIDAH DAN PEMBINAAN TAMADUN ISLAM

Definisi

♦ Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti

‘kepercayaan/keyakinan’

♦ Menurut etimologi bahasa Arab ‘aqidah’ terbitan daripada

‘aqada’(ikatan/simpulan).

Page 13: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

♦ Menurut Hassan al-Banna-Aqidah adalah hal-hal yang berhubung dengan

kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sehingga hati dan jiwa itu menjadi

tenteram.

♦ Kesimpulannya :- Aqidah ialah “kepercayaan/keimanan kepada hakikat-hakikat

dan nilai-nilai yang mutlak, tetap dan kekal, pasti dan hakiki dan suci.”

Perbezaan

AQIDAH IDEALOGI

IMAN Tertanam dalam lubuk hati. Tertanamdi dalam fikiran,

fantasi dan khayalan.

KEBENARAN Mutlak dan tetap Mungkin betul dn salah,

bersifat relatif.

PERPENDIRIAN Tetap, teguh dan kukuh

selama-selamanya.

Tidak tetap, mudah

berubah-ubah.

Aman bahagia, tenang

kerana sentiasa benar.

Gembira apabila benar,

sedih dan putus asa

apabila salah.

Aqidah sebagai intisari tamadun islam

Aspek kepercayaan :

o Percaya kepada Allah SWT.

o Percaya kepada Malaikat.

o Percaya kepada Rasul.

o Percaya kepada Kitab.

o Percaya kepada Hari Kiamat.

o Percaya kepada Qada dan Qadar.

Aspek kaedah :

o Kaedah pelaksanaan aqidah / bagaimana aqidah dapat bertapak.

o Dibahagikan kepada tiga prinsip yang menjadi kriteria asas aqidah :-

≈ aspek kesatuan

≈ aspek rasional

Page 14: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

a) menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realiti.

b) menolak pertentangan diantara akal dengan wahyu.

c) bersifat terbuka kepada penemuan-penemuan baru.

Aspek tolenrasi :

o Ditunjangi oleh empat prinsip :-

»karamah insaniah / emuliaan manusia.

»kepercayan bhawa perbezaan agama adalah manifestasi

kekuasaan Allah SWT.

»umat islam tidk di pertanggungjawablan ke atas kekafiran orang-

orang kafir.

»kewajipan melakukan keadilan dan berakhlak mulia sesama

manusia.

Salah faham terhadap aqidah

� Ini disebabkan oleh kecetekan ilmu yang dimiliki tentang Islam dan tidak

menyeluruh, cuma melibatkan aspekaspek seperti ibadat, nikah kahwin dan

sebagainya ahaja.

� Berbagai-bagai fahaman dan idealogi lahir yang menambahkan lagi kepincangan

yang sedia ada.

� Antara persoalan terpenting ialah :-

o Fahaman aqidah sebagai suatu keyakinan yang tetap di hati. Dari sini

lahirlah pelbagai fenomena yang mengelirukan upamanya:-

a) Lahirnya idealogi moden seperti sekularisme, nasionalisme dll

b) lahir fahaman kononnya aqidah adalah suatu warisan turun-temurun.

Perkara-perkara yang membatalkan aqidah

-Boleh tebatal melalui tiga cara :-

� Perkataan - mencaci,menghina, mengejek, mempermain-mainkan dan

seupamanya nama-nama Allah SWT, sifatnya, malaikat dll.

� Perbuatan – menyembah patung.

� Iqtiqad – kepercayaan yang bertentangan dengan Islam upamanya :-

Page 15: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

a) Iqtiqad ala mini qadim / kekal, tiada pencipta.

b) Iqtiqad pencipta alam ini baharu dan menyerupai makhluk.

SYARIAH DALAM TAMADUN ISLAM

Konsep

~Etimologi bererti jalan ke tempat pengairan atau jalan yang bersih yang selalu di

lalui.Secara ringkasnya syariah membawa maksud undang-undang,aturan-aturan dan

ketetapan-ketetapan Allah SWT yang diperuntukkan bagi manusia mengatur hubungan

manusia dengan Allah dan kedamaian didunia bagi menyelamatkan mereka untuk

mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak.

Keistimewaan undang-undang syariah

☻Lengkap kerana ia mengatur kehidupan manusia daripada yang paling kecil hingga

paling besar bagi memelihara kesejahteraan manusia.

☻Bersepadu dimana ia mengatur urusan keduniaan dan keagamaan.

☻Universal kerana tidak tertakluk kepada kaum,iklim,atau daerah geografi.

☻Tetap dan tidak boleh menerima perubahan hingga hari kiamat.

Matlamat perundangan islam

♂Memelihara agama (diharamkan menduakan atau syirik kepada Allah SWT)

♂Memelihara nyawa (tidak dibenarkan membunuh diri,makhluk lain dll)

♂Memelihara akal (tidak boleh minum arak dan makan pil khayal)

♂Memelihara keturunan (diharamkan berzina)

♂Memelihara harta (tidak boleh mencuri,merompak dan riba)

Pembahagian undang-undang syariah

☼Ibadat ~menunaikan solat,berpuasa,mengeluarkan zakat,megerjakan haji bagi

yang berkemampuan dll.

☼Muamalat ~undang-undang keluarga seperti perkahwinan dan perhubungan

keluarga.

~undang-undang sivil seperti jual beli dan sewa menyewa.

~undang-undang jenayah dan undang-undang acara sivil dan

jenayah seperti ikrar dan sumpah.

Page 16: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Mazhab-mazhab muktabar dalam syariah

♪ Mazhab Shafi’ie yang diasaskan oleh Imam Syafi’ie ra.

♪ Mazhab Maliki yang diasaskan oleh Imam Malik ra.

♪ Mazhab Hanbali yang diasaskan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal ra.

♪ Mazhab Hanafi yang diasaskan oleh Imam Abu Hanifah ra.

Sumber-sumber syariah

~Al-Quran

~Al-Sunnah

~Al-Ijma’

~Al-Qias

~Al-Ijtihad

Maqasid syariah

►Dari segi bahasa “qasada” bermaksud arah tuju yang betul dalam perjalanan.Dari

segi istilah pula bererti Allah SWT menurunkan syariatNya bertujuan menjaga dan

menjamin kemaslahatan manusia didunia dan di akhirat yang meliputi aspek

ibadat,politik,ekonomi dll.

Pembahagiaan maqasid

1)Maqasid Dhururiyyah

>>asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat.Ia merangkumi

aspek agama,jiwa,akal,keturunan,dan harta.

2)Maqasid Hajiyah

>>bagi mendapat kelapangan dalam kehidupan dengan menghilangkan kesempitan

yang biasanya membawa kesusahan dan kesukaran.Terbahagi kepada 2 aspek iaitu;-

a.muamalat→jual beli saham,memberi modal dll.

b.jinayat→sumpah dan jaminan keatas harta.

3)Maqasid Tahsiniyah

>>perkara-perkara yang dianggap terpuji didalam adat kehidupan dan pergaulan.Ia

menjauhi suasana yang kurang baik.Merangkumi aspek-aspek seperti;-

a.Ibadat~sembahyang,puasa,zakat dll.

Page 17: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

b.kehidupan~adab-adab makan,pakaian,musafir dll.

c.muamalat~haramkan penipuan,sorok barang untuk mengaut keuntungan dll.

ISI KANDUNGAN

PEMBENTUKAN PERIBADI DAN KELUARGA

Detik Awal Pembinaan Tamadun Islam

Pembinaan keluarga

PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN NEGARA ISLAM

INSTITUSI SOSIAL ISLAM

INSTITUSI POLITIK DALAM TAMADUN

Institusi-Institusi Utama Dalam Sistem Politik Islam Khalifah

Perlembagaan Madinah: Dokumen Politik Islam

SISTEM EKONOMI DAN KEWANGAN DALAM TAMADUN ISLAM

Mu’amalat

KONSEP ILMU DALAM ISLAM

Pembahagian Ilmu Dalam Islam

KONSEP DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

BUDAYA ILMU ISLAM

KESIMPULAN

Page 18: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Awal Tamadun Islam:

PEMBENTUKAN PERIBADI DAN KELUARGA

Persekitaran atau bi’ah masyarakat di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan

Islam dikenali sebagai Zaman Jahiliyah.

Persekitaran Bangsa Arab PraIslam

Tiga aspek penting iaitu:

1) Latar belakang geografi, kota Mekah terletak di tengah-tengah perjalanan di

antara utara, terletaknya negeri Syam, dan selatan terletaknya negeri Yaman.

Kota Mekah penting sebagai pusat kegiatan perdagangan dan juga dikenali

sebagai pusat pertembungan budaya dan agama. Kedudukan kota Mekah

strategik bagi pembinaan dan perkembangan tamadun Islam. Dua tamadun

besar, iaitu tamadun Romawi dan tamadun Parsi.

2) Suasana politik masyarakat Arab, di antara agama yang wujud di kota Mekah

ketika itu ialah animisme, penyembahan berhala, penyembahan cekerawala,

agama Majusi, Yahudi dan Nasrani serta agama Hanif. Kelebihan bangsa Arab

terletak pada sifat semula jadi mereka yang baik seperti berani, gagah,

berpegang teguh kepada janji, tabah dan sanggup mati demi mempertahankan

maruah kabilah mereka.

3) Konteks kehidupan sosial, berada pada tahap yang teuk. Contohnya, sosial yang

tidak boleh dijadikan panduan kita pada zaman kini, seperti, pembuangan anak,

menanam anak perempuan hidup-hidup, kewujudan rumah pelacuran dan

kehidupan berkeluarga yang tidak terurus. Nabi Muhammad SAW dibekalkan

dengan mukjizat membawa perutusan tauhid. Baginda memperkenalkan sistem

sosial yang lebih baik dan melarang segala bentuk kezaliman, penindasan,

pembunuhan, perzinaan, meminum arak dan akhlak yang keji.

Detik Awal Pembinaan Tamadun Islam

Permulaan pembinaan tamadun Islam ialah lahirnya Rasulullah SAW beserta turunnya

wahyu daripada Allah SWT di Gua Hira’ di kaki bukit an-Nur pada 17 Ramadhan 610

Masihi. Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat iaitu peringkat awal di Mekah,

peringkat pertengahan, dan peringkat akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak

masyarakat Arab kembali kepada nilai akhlak dan kemanusiaan yang murni.

Page 19: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Pertahapan Penghayatan Tamadun Islam:

Pembinaan Peribadi dan Keluarga

Pembinaan Peribadi

Tahap pembinaan peribadi adalah tahap pertama pembinaan tamadun Islam.

a) Rasulullah SAW membentuk peribadi Muslim daripada segenap sudut seperti akidah,

syariah, akhlak, ilmu, dan sifat kenegaraan yang menyentuh seluruh sistem politik,

ekonomi, sosial, ketenteraan dan sebagainya.

b) Ciri-ciri sebagai pemimpin umat seperti, kemurniaan aqidah, ibadah yang mantap.

c) meluaskan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam.

d) Latihan meningkatkan kekuatan fizikal.

e) Berdikari dan melarang daripada sikap suka meminta-minta daripada orang.

f) Mengurus kehidupan dengan teratur dan berdisiplin.

g) Pelaksanaan kewajipan sembahyang berjamaah adalah melatih menepati dan

menghargai masa.

h) Berbakti kepada masyarakat dan manusia sejagat mengikut kemampuan masing-

masing.

Pembinaan Keluarga

Pembentukan keluarga Islam ialah membentuk rumahtangga bermula daripada

perkahwinan.

Bagi menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan berkekalan faktornya:

1) Takwa, asas utama berperanan meletakkan perkahwinan dilandasan yang betul

bagi mendapat keberkatan dan menjadikan perkahwinan itu suatu ibadah.

2) Al-mawaddah, atau perasaan kasih sayang dan saling cinta-mencintai, ingin

memberi dan menerima adalah saripati sebuah keluarga muslim. Mencari

keredhaan Allah SWT, menjaga batas-batas dan adab-adab Islam serta ia

disuburkan dengan pengisian Islam.

3) Al-rahmah, iaitu bertimbang rasa, saling memahami di antara satu sama lain dan

tolong menolong ke arah kebajikan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Page 20: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Tanggungjawab Sebelum Berumah Tangga

� Penyediaan peribadi penting kerana perkahwinan memerlukan kesesuaian.

Hanya muslim yang berperibadi soleh layak mendapat pasangan muslimah yang

solehah.

Tanggungjawab Semasa Berumah Tangga

� Ketua keluarga bertanggungjawab merencanakan dan membangunkan

sesebuah keluarga bahagia, terdidik dengan kefahaman Islam dan seterusnya

membentuk bi’ah solehah di dalam keluarga.

Pendidikan Anak-anak

� Tanggungjawab terhadap anak-anak yang utama ialah memberikan tarbiyah

ataupun pendidikan Islam.

� Memastikan anak-anak selamat daripada bahaya siksaan api neraka di akhirat.

Awal Tamadun Islam:

PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN NEGARA ISLAM

� Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud, “Dan

sesungguhnya kami mengutus Rasul pada tiap-tiap umat yang menyeru mereka

sembahlah Allah dan jauhilah Thaguf.”

� Perubahan bermula daripada dalaman manusia, iaitu akidah. Perubahan

pegangan hidup adalah asas perubahan semua sistem dalam kehidupan seperti

ibadah, sosial, ekonomi dan lain-lain.

� Pada peringkat awal proses menyebarkan Islam atau proses dakwah bermula

secara rahsia kemudian secara terbuka.

Hijrah dan Pembentukan Masyarakat Islam Di Madinah

� Proses pembinaan yang bermula di Mekah berjaya membentuk asas masyarakat

Islam supaya terus maju.

� Pembinaan akidah menjadi asas kepada pembinaan tamadun Islam yang

cemerlang di Kota Madinah.

Page 21: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

� Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia supaya dihayati,

bukan sahaja daripada dimensi individu tetapi menjangkau dimensi kehidupan

bermasyarakat dan sistem kenegaraan.

� Dapat difahami dimensi Islam seterusnya ialah pembinaan tamadun sejagat.

� Penghayatan Islam sebagai ritual atau amalan kerohanian sahaja tidak

membawa erti kepada penghayatan beragama seseorang muslim, sebaliknya

mestilah diamalkan dalam aspek-aspek kehidupan lain secara menyeluruh.

Institusi Sosial Islam

� Dalam bidang sosial, Islam dan syariatnya meliputi kebanyakan aktiviti

kehidupan – peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan dan antara bangsa.

� Dia tidak mungkin dapat memisahkan diri daripada kedua-duanya.

Konsep Manusia Menurut Islam

� Manusia dalah suatu kejadian, ataupun makhluk, yang unik jika dibandingkan

dengan makhluk hidup yang lain, baik dari segi fizikal mahupun kejiwaan.

� Insan adalah makhluk Allah yang paling mulia.

� Al-Quran menyebut dua unsur penting dalam penciptaan manusia yang terdiri

daripada tanah dan roh.

Rahsia di sebalik perkahwinan

� Mekanisme pemeliharaan maruah

� Medan pengembangan zuriat yang sah

� Peluang latihan keibubapaan

� Pembahagian tugas

� Rumah tangga sebagai agen sosialisasi

� Sumber kebahagiaan

Siapakah jiran kita?

� Orang yang tinggal dalam satu bangunan

� Orang yang tingal berdekatan dengan rumah kita

� Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah daripada rumah kita

dalam semua jurusan atau arah

Page 22: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

� Orang yang tinggal senegari dengan kita.

Institusi Politik Dalam Tamadun Islam

� Islam adalah agama syumul atau lengkap, ajarannya mencakupi seluruh

kehidupan manusia.

� Secara literalnya perkataan ‘politik’ berasal daripada bahasa Yunani politicos,

dan ada yang berpendapat politik berasal daripada perkataan Latin politico yang

bermaksud ‘negara kota’ ataupun ‘kemajuan’.

� Antaranya poltik itu bermaksud siasat, tipu muslihat, pemerintahan, peperangan,

� mengetahui sesuatu secara tipu muslihat sesuatu pergerakan dan perhimpunan.

� Dalam bahasa Arab, politik dikenali sebagai siasah. Menurut Kamus al-Munjid,

� siasah ialah mengendalikan urusan seebuah Negara, memperbaiki keadaan dan

urusan manusia dan mentadbir urusan sesebuah negeri.

Islam dan Politik

� Politik adalah perjuangan mendapatkan dan melaksanakan kuasa.

� Menggerakkan usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala

kemungkaran, yakni amar makruf nahi munkar.

� Politik menurut perspektif Islam adalah sesuatu yang dinamik dengan

menjadikan syariat Islam, yakni al-Quran dan Sunnah, sebagai sandaran

utamanya.

Negara Islam Serta Prinsip-Prinsipnya

� Politik dalam Islam bertujuan melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana

� berkasih sayang, saling tolong menolong, menegakkan keadilan ke arah

kebahagiaan mutlak kehidupan di dunia dan akhirat.

� Tiga prinsip utama iaitu: Tauhid, Risalah dan Khilafah

Institusi-Institusi Utama Dalam Sistem Politik Islam Khalifah

� Khalifah, jamaknya khulafa’, bererti pengganti, iaitu pengganti Nabi

Muhammmad SAW sebagai pemimpin kepada umat Islam selepas kewafatan

baginda.

� Dalam sistem khalifah terdapat empat ciri penting iaitu:

Page 23: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

� Kuasa mutlak adalah milik Allah SWT.

� Manusia hanyalah pemegang amanah sebagai pentadbir.

� Pentadbiran undang-undang yang dijalankan hendaklah berdasarkan undang-

undang yang ditetapkan oleh Allah SWT.

� Dalam menjalankan undang-undang Alah SWT, manusia perlu memenuhi

matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Perlantikan Khalifah

1. Cadangan daripada seseorang dan kemudiannya dipersetujui oleh orang ramai.

2. Dilantik oleh khalifah yang terdahulu dan dipersetujui oleh orang ramai.

3. Dikemukakan beberapa calon oleh khalifah terdahulu supaya dipilih salah

seorang daripada mereka yang paling layak menjawat jawatan khalifah.

Syura

� Sistem permesyuaratan yang dinamakan syura.

� Firman Allah SWT alam surah Ali Imran ayat 259 yang bermaksud, “Urusan

negara hendaklah dimesyuaratkan sesama mereka”.

Bai’ah

� Pengakuan seseorang ataupun sekumpulan manusia kepada seseorang untuk

memegang kuasa ataupun memerintah, yang dikenali sebagai khalifah.

� Memberikan pengiktirafan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada

khalifah.

Perlembagaan Madinah: Dokumen Politik Islam

Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah, digubal oleh Nabi Muhammad SAW

pada tahun 622 Masihi sebagai asas kepada penubuhan Negara Islam Madinah.

Perlembagaan Madinah mengandungi 10 Bab dan 47 Fasal iaitu:

Bab 1: Pembentukan ummah (Fasal 1-2)

Bab 2: Hak asasi manusia (Fasal 3-10)

Bab 3: Perpaduan seagama (Fasal 11-15)

Bab 4: Persatuan seluruh warganegara (Fasal 16-23)

Bab 5: Golongan minoriti (Fasal 24-35)

Bab 6: Tugas warganegara (Fasal 36-38)

Page 24: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Bab 7: Melindungi Negara (Fasal 39-41)

Bab 8: Pemimpin Negara (Fasal 42-44)

Bab 9: Politik perdamaian (Fasal 45-46)

Bab 10: Penutup (Fasal 47)

� Kandungan-kandungan penting Perlembagaan Madinah:

� Rakyat daripada semua bangsa di Madinah hendaklah hidup sebagai sebuah

masyarakat. Adalah menjadi hak masyarakat menjatuhkan hukuman kepada

sesiapa sahaja yang melakukan kerosakan dan memberikan keamanan kepada

sesiapa yang setia.

� Kebebasan beragama bagi semua orang.

� Semua kaum yang tinggal di Madinah, sama ada muslim ataupun bukan muslim,

perlu saling Bantu membantu dan bersama-sama bertanggungjawab

mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh.

� Nabi Muhammad SAW adalah ketua Negara bagi Madinah. Baginda mendengar

segala permasalahan dan menyelesaikan segala yang besar apabila berlaku.

SISTEM EKONOMI DAN KEWANGAN DALAM TAMADUN ISLAM

� Islam sebagai al-din yang sempurna dan lengkap merangkumi segala aspek

kehidupan.

� Peraturan-peraturan dalam ilmu muamalat, memperkatakan sumber-sumber

ekonomi, pengeluaran, penagihan, penggunaan, konsep pemilikan, pengurusan

harta seperti jual beli, pinjaman, gadaian, perkongsian, pelaburan dan lain-lain.

Konsep Ekonomi

� Ekonomi dalam bahasa Arab bermaksud iqtisad.

� Perkataan iqtisad berasal daripada perkataan qasd bererti ‘pertengahan’ dan

‘bersederhana’.

Perniagaan

� Perniagaan dalam bahasa Arab bermakna tijarah.

� Perkataan ini berasal daripada kata kerja “ta-ja-ra”.

Page 25: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

� Tijarah membawa makna pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain, yakni ia

adalah jual beli.

� Peniaga disebut tajir iaitu orang yang menjual dan membeli.

Mu’amalat

� Mu’amalat berasal daripada kata kerja “a-ma-la”.

� Adalah bentuk jamak kepada mu’amalah.

� Dalam bahasa Arab ia bermakna interaksi dengan orang lain.

� Muamalat terbahagi kepada lima iaitu pertukaran yang bernilai, perkahwinan,

pertelingkahan, amanah-amanah dan harta peninggalan.

� Perundangan Islam kepada empat bahagian iaitu:

& Ibadah

& Muamalat

& Kekeluargaan

& Hukum-hukum jenayah

Sistem Kewangan Islam

� Al-Rahn atau pajak gadai

� Al-Mudarabah atau perkongsian

� Al-Bay’ bi Thaman ‘Ajil atau jualan dengan harga tangguh

� Kontrak bertolong-bantu atau al-takaful atau insuran Islam

KONSEP ILMU DALAM ISLAM

Definisi Ilmu

� Kamus Dewan menghuraikan, ilmu adalah pengetahuan, kepandaian dalam

perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.

� Encyclopaedia of Islam mentakrifkan ilmu sebagai ‘knowledge’ lawan kepada

‘jahil’ atau ‘ignorance’.

� Ilmu itu dihubungkaitkan dengan makrifah, fikh, hikmah dan shu’ur.

� Ilmu adalah pengetahuan yang tidak dijelaskan sebagai berlaku secara spontan,

yakni berlaku dengan kehendak hati dan tidak dengan paksaan.

� Pengertian ilmu daripada segi bahasa, merujuk kepada ayat suci al-Quran .

Page 26: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

� Ilmu bererti lihat atau memerhati seperti yang dapat difahami dalam al-Quran

surah Muhammad ayat 31 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami benar-benar

akan menguji kamu agar Kami melihat orang yang berjihad di kalangan kamu.”

� Ilmu bererti ketahui atau mengetahui seperti yang dapat dilihat dalam al-Quran

surah al-Nahl, ayat 19 yang bermaksud, “Dan Allah mengetahui apa-apa yang

kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu nyatakan.

� Ilmu bererti kebenaran atau keizinan yang terdapat dalam al-Quran surah Hud

ayat 14 yang bermaksud, “Ketahuilah sesungguhnya al-Quran itu diturunkan

dengan keizinan Allah.”

Hukum Dan Nilai Menuntut Ilmu

� Agama Islam menjelaskan, menuntut atau mencari ilmu itu adalah suatu

kewajipan kepada semua orang, baik lelaki mahupun wanita.

� Tuntutan menuntut ilmu ini bukanlah sekadar untuk memperbanyakkan ‘ijazah’,

kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan bergaji lumayan tetapi

untuk menanamkan sikap memuliakan ilmu itu sendiri, menuntut dan terus

menghayatinya seumur hidup.

Pembahagian Ilmu Dalam Islam

Al-Kindi membuat pembahagian ilmu kepada dua, iaitu ilmu berkaitan teori,

tabi’ie matematik dan metafizik, dan ilmu yang bersangkutan dengan praktikal,

akhlak, sains rumahtangga dan perancangan Bandar.

Ibn Khaldun, meletakkan ilmu berkaitan dengan naqli, al-Quran, tafsir, Hadith,

nasikh dan mansukh, sanad, ilmu kalam, tasauf dan lain-lain dalam satu disiplin.

Sementara ilmu ‘aqli, matematik, algebra, muamalah, faraid, kejuruteraan, sains

gunaan, perubatan dan lain-lain diletakkan dalam satu disiplin yang lain.

Ilmuan Islam, dua aspek utama pembahagian ilmu Islam iaitu ilmu fardhu ‘ain

dan fardhu kifayah.

Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam, lelaki dan

wanita, iaitu ilmu yang berkaitan dengan aqidah, syarak dan akhlak.

Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang mewajibkan penuntutannya kepada golongan

yang tertentu sahaja.

Page 27: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

Matlamat Ilmu

Akal membolehkan manusia berusaha menuntut ilmu pengetahuan sama ada

mencakupi kehidupan duniawi mahupun berkaitan dengan ukhrawi.

Akal mampu membimbing manusia mengetahui hakikat kekuasaan dan

kebesaran Allah SWT.

Kelebihan orang berilmu bukan sahaja mampu meningkatkan keimanan,

firmanNya dalam surah al-Mujadalah yang bermaksud, “Allah SWT meninggikan

orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan

beberapa darjat.”

KONSEP DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Definisi Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merangkumi cara hidup yang sempurna.

Ia mempunyai keseimbangan di antara pembinaan akal, roh dan jasad; di antara

ilmu, iman dan amal, dan di antara pemikiran dan kehidupan.

Pendidikan menyerapkan ilmu pengetahuan ke dalam bentuk teori serta

melakukan latihan dalam bentuk praktis bagi membentuk peribadi dan watak,

serta mencungkil bakat yang terpendam.

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam jika dilaksanakan mengikut falsafah dan lunas-lunasnya dapat

meletakkan manusia pada tahap kegemilangan seperti Islam berjaya menguasai

zaman kegemilangannya.

Tetapi realiti hari ini menunjukkan pendidikan Islam yang dilaksanakan tidak

menampakkan unsur-unsur kegemilangan, khususnya dalam arena sains dan

teknologi.

Buktinya umat Islam hari ini terus menerus dijajah, bukan sahaja dalam aspek

keilmuan, malah hampir kesemua aspek kehidupan zaman moden.

BUDAYA ILMU ISLAM

σ Ilmu dianggap suatu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan

masyarakat di setiap peringkat.

σ Budaya ilmu memperlihatkan dua keadaan utama: pertama usaha menimba

ilmu.

Page 28: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

σ Kedua:mempraktikkan ilmu itu dalam kehidupan.

σ Terdapat tiga aspek utama yang melahirkan budaya ilmu.

σ Sistem nilai, pandangan hidup dan idealisme.

Nilai Budaya Ilmu

σ Mementingkan ilmu

σ Kekalnya hasil ilmiah

σ Berterusannya usaha keilmuan

σ Hormat-kritis terhadap ilmu

σ Kesinambungan ilmu

σ Kepimpinan

σ Bermusyawarah

σ Peranan wanita

KESIMPULAN

Kesimpulannya, institusi kekeluargaan adalah suatu unit mikro dalam pembentukan

tamadun Islam. Penghayatan Islam sebagai ritual atau amalan kerohanian sahaja tidak

membawa apa-apa erti kepada penghayatan beragama seseorang muslim

itu,sebaliknya mestilah diamalkan dalam aspek–aspek kehidupan lain secara

menyeluruh. Sekiranya dia bercita-cita melihat munculnya masyarakat yang bersifat

madani, menyayangi dunia dan merindui akhirat, dia harus mempersiapkan diri

membina sebuah keluarga yang bersedia daripada segi fizikal, emosi dan mental untuk

mengharungi pelbagai dugaan dalam masyarakat, bersedia untuk memperbaiki

masyarakat dengan amar makruf yakni mencegah kemungkaran secara serentak

supaya tampil kemudiannya Negara yang sejahtera dan diredhai Allah SWT serta

memenuhi makna sebenar tamadun. Kegiatan politik tidak pernah terpisah daripada

arus perdana tamadun Islam. Politik adalah suatu aspek syariat Islam yang lengkap

yang berperanan menetapkan hala tuju dan corak pembentukan masyarakat yang

mempunyai keseimbangan antara tuntutan jasmani dan rohani. Ekomoni adalah salah

satu aspek penting dalam kehidupan, Islam menyediakan garis panduan dan kaedah

menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat menjamin keseimbangan, kesejahteraan,

kemakmuran dan kemajuan rohani jasmani manusia. Menuntut dan mempelajari ilmu

merupakan kemestian di dalam diri setiap individu bergelar manusia. Wajarlah kita

Page 29: PENGAJIAN TAMADUN ISLAM Sejarah, Pencapaian dan Masa

bangun dan membina semula sistem pendidikan dengan menghayati Islam sebenar-

benarnya. Menuntut ilmu adalah tanggungjawab anak-anak dan orang-orang dewasa,

tanpa mengira usia. Bahkan budaya ilmu bagi seseorang bayi itu bermula sejak alam

rahim lagi. Daripada segi hokum pula penumpuan kepada ilmu fardhu ‘ain tidak boleh

sama sekali membelakangkan ilmu fardhu kifayah, bahkan kedua-duanya seiring dalam

kehidupan manusia


Top Related