Download - Penentangan terhadap Malayan Union
Cara Penentangan Orang
Melayu terhadap
Malayan Union
CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHAD
AP MALAYA
N UNION
Secara individu
Melalui akhbar
Secara kolektif
Penentangan secaraindividu
DATO’ ONN JA’FAR
• Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai pertubuhan menentang Malayan Union.
RAJA-RAJA MELAYU
• Mengambil tindakan membantah Malayan Union.• Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan.• Bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran supaya raja-raja Melayu
dan rakyat berganding bahu menentang Malayan Union.
ORANG MELAYU
• Mendapat sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.
• Golongan ini seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, Sir Federick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith menentang Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.
Surat Sultan Johor kepada Setiausaha Tanah Jajahan.
“Saya amat terharu dengan perkembangan terakhir di Tanah Melayu dan telah memberitahu kepada Setiausaha Tanah Jajahan bahawa selepas pertimbangan yang amat teliti saya tidak boleh mengekalkan keputusan awal saya yang tidak sah itu kepada cadangan Malayan Union. Saya menarik balik sokongan ini kerana ingin menjaga kepentingan orang Melayu. Saya telah mengarahkan (Menteri Besar Johor) untuk memberitahu sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah mengenainya”
Penentangan melalui
akhbar
Orang Melayu membuat bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu, dan Warta Negara.
Majlis merupakan akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu supaya menentang Malayan Union. Akhbar Majlis turut menyeru Orang Melayu supaya berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat yang ditadbir oleh anak tempatan.
Pada 12 Oktober 1945, Utusan Melayu telah menyeru supaya Raja-raja Melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak ditentang.
Pada 14 November 1945, Warta Negara memuatkan berita yang menggesa orang Melayu supaya menentang pelaksanaan Malayan Union.
Langkah Kolektif Orang Melayu Menentang
Malayan Union
LANGKAH KOLEKTIF ORANG MELAYU
MENENTANG
MALAYAN UNION
Demonstrasi secara
aman
Persatuan-persatuan
Melayu
Kongres Melayu
Rapat umum
Kaum wanita
TUJUAN DEMONSTRASI SECARA
AMAN
Membantah cara Sir Harold
MacMichael mendapat
tandatangan raja-raja Melayu
Membantah Malayan Union
yang akan menghapuskan
kedaulatan negeri-negeri Melayu
Membantah Malayan Union yang akan menghapuskan
kedudukan orang Melayu sebagai anak
negeri
LOKASI KETERLIBATAN
Alor Setar50 000 orang berdemonstrasi mengecam MacMichael dan menentang Malayan Union.
Kota Bharu 10 000 orang mengadakan demonstrasi
JohorOrang ramai berkumpul di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar untuk membantah Malayan Union.
PERSATUAN
MELAYU
Ditubuhkan atau dihidupkan semula sebagai alat untuk
menentang Malayan Union secara berorganisasi
Menghantar telegram dan surat bantahan kepada
Pejabat Tanah Jajahan di London
Antaranya ialah:-Persatuan Melayu
Terengganu-Persatuan
Kebangsaan Melayu Selangor.
Persatuan -persatuan Melayu menolak sama
sekali pentadbiran Malayan Union
Kongres MelayuKONGRES MELAYU PERTAMA
TARIKH 1 hingga 4 Mac 1946
TEMPAT Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
KEHADIRAN 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
PENGERUSI Dato’ Onn Ja’afar
PERASMIAN •Sultan Selangor, Sultan Hishamudin Alam Shah•Baginda telah menderma sebanyak $5000.
PENCAPAIAN •Bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).• Mendapat sambutan yang hebat.•Wakil kaum wanita tampil berucap membantah pengenalan Malayan Union.•Ucapan seorang wakil kanak-kanak berpesan dengan mengatakan “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”.•Pemimpin dan ahli kongres sedar betapa pentingnya bersatu dan berjuang menentang Malayan Union.
KONGRES MELAYU KE-2
TARIKH 30 hingga 31 Mac 1946
TEMPAT Pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
KEHADIRAN
Sembilan orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu.
TUJUAN Membantah pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946
KEPUTUSAN
•Meminta raja-raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
•Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan pelantikan itu.
•Menuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.
Rapat Umum
Rapat umum diadakan semasa lawatan L.D Gammans dan David Rees Williams di setiap bandar untuk menunjukkan bantahan mereka.
Lawatan ahli Parlimen British tersebut diadakan pada bulan Mei 1946 bertujuan untuk melihat sejauh mana Orang Melayu benar-benar menentang Malayan Union.
Orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Star dan George Town.
Dalam rapat umum ini mereka membawa sepanduk-sepanduk yang mengutuk Malayan Union dan Sir Harold MacMichael.
Kaum Wanita
TEMPAT NAMA PEJUANG WANITA PERANAN
Batu Pahat Cikgu Zahara Abdullah Berucap menentang Malayan
Union.
RembauHalimahton Majid(pemimpin kaum ibu UMNO, Rembau)
Berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah Malayan Union
Perak
Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid(setiausaha kaum ibu UMNO yang pertama)
Mengetuai bahagian wanita Perikatan Melayu Perak yang bergabung tenaga dengan kaum lelaki untuk menyokong Kongres Melayu pada tahun 1946.
-Sekian-TERiMA KASiH
By knowing past event, You will understand future better.
-SYAFIQAH BT SHAMLAN-