Transcript
Page 1: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

1

KBP 3033 : PENDIDIKAN SENI MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM

PENDIDIKAN KHAS

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. KP NO. MATRIK

MOHD SHAIPUL RIZAL BIN KADIR 811203 – 04 – 5049 D 20102045711

PUSAT PEMBELAJARAN: EL – UPSI(08)

NAMA TUTOR E-LEARNING : PN. KAMALIAH BT. MUHAMMAD

TARIKH SERAH: 05 Mei 2013

Tugasan 1 :

1.1 Pilih salah satu (1) unit pengajaran berdasarkan modul yang disediakan.

1.2 Jelaskan aspek-aspek berikut:

a) Definisi

b) Jenis kategori

c) Objektif

d) Bahan yang digunakan

e) Langkah / kaedah pengajaran

Tugasan 2:

Buat satu kajian tindakan dalam kelas terhadap murid bermasalah pembelajaran

mengenai salah satu unit yang terkandung dalam modul sebagai tajuk kajian.

MARKAH

Page 2: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

2

Isi Kandungan

TAJUK MUKA

SURAT

TUGASAN 1

1.0 Pengenalan

2.0 Kategori murid

3.0 Kaedah pengajaran

4.0 Penutup

5.0 Rujukan

TUGASAN 2

1.0 Pengenalan

2.0 Rancangan pengajaran harian

3.0 Kepentingan kemahiran berfikir

4.0 Kesimpulan

5.0 Rujukan

3

3

4

7

7

9

13

18

20

21

1.0 PENGENALAN

Perkusi secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk atau dipalu atau

digoncang atau digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Ia merupakan

alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi.

Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’ atau ‘backbone’ kepada sesuatu

Page 3: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

3

susunan muzik. Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan

idiophone. Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa

medium yang membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang

jawa atau conga. Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang

berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang

tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone. Alat perkusi yang boleh menghasilkan

bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tambourine, shaker dan cymbal.

Namun jenis alat perkusi yang ingin didalam kelas perkusi ini ialah membranophone.

2.0 Kategori

Kategori murid yang terlibat dalam kajian ini adalah dari kalangan murid bermasalah

pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah

dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang

menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut

tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

a) kebolehan kognitif

b) tingkahlaku sosial / perkembangan social

c) penguasaan bahasa lisan/pertuturan

d) penguasaan membaca

e) kemahiran perkembangan (developmental skills)

f) kemahiran matematik

3.0 Kaedah pengajaran

RANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN MUZIK

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Kelas : Tahun 1 Orked

Page 4: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

4

Tarikh : 2 April 2007

Masa : 9.00 pagi – 9.40 pagi ( 40 minit )

Bilangan pelajar : 28 orang

Tajuk : Teknik dalam permainan perkusi - Kastanet

Kemahiran : 1. Mengenal pasti dan menepuk irama.

2. Mengetuk kastanet untuk lagu Telefonku.

3. Mengenal pasti tanda-tanda dinamik pada lagu.

Aspek Muzikal : Ritma, dinamik dan melodi.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menyanyi lagu Telefonku.

: Murid pernah menepuk detik mengikut ikon.

Hasil Pembelajaran : Memegang kastanet dengan betul

: Memainkan dan mengendalikan kastanet mengikut

teknik yang betul.

Objektif Eksplisit : Di akhir pelajaran ini, pelajar dapat:

1. Memainkan corak irama lagu Telefonku dengan

diiringi oleh alat muzik kastanet.

2. Memainkan alat muzik kastanet mengikut langkah yang

betul dan tepat.

Penerapan Nilai : 1. Murid dapat meneroka kreativiti mereka sendiri.

2. Menjadikan murid lebih berdisiplin iaitu mereka

perlu mendengar segala arahan dari guru mereka

3. Memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan

sekiranya mengalami masalah semasa

Page 5: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

5

pembelajaran berlaku.

Bahan Bantu Mengajar : Keratan gambar telefon, skor lagu, LCD, pita

rakaman lagu Telefonku, kastanet dan

transparensi.

LANGKAH/

MASA

(MINIT)

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

( 5 minit )

1. Memperkenalkan

corak irama seperti:

2 3 4

4 4 4

1. Guru perkenalkan

corak irama dan meminta murid

menyebut dan menepuk corak irama

2. Guru juga mengulang kaji

Telefonku dengan iringan muzik

sambil menepuk detik.

LCD

Transparensi

Langkah 1

( 12 minit )

1. Memperkenalkan

Lagu Telefonku.

2. Mengetuk kastanet

lagu Telefonku.

1. Guru memperkenalkan lagu

Telefonku dengan permainan

alat perkusi kastanet.

2. Guru meminta pelajar murid

mengetuk kastanet dari bar ke

bar.

Kastanet

Skor lagu

Langkah 2

( 12 minit)

1. Memegang dan

memainkan

kastanet.

1. Dengan bimbingan guru, murid

memegang dan memainkan

kastanet dengan teknik yang betul.

2. Murid memainkan detik

pertama dan ketiga berdasarkan

lagu Telefonku.

Kastanet

Pita rakaman

Skor lagu

Page 6: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

6

Penilaian

( KBKK )

1. Mengenalpasti

tanda dinamik pada

petikan lagu-lagu.

1. Guru mengedarkan kertas

jawapan dan meminta murid

menulis tanda dinamik yang

sesuai mengikut keratan lagu

yang diperdengarkan.

2. Guru menyuruh pelajar yang

mempunyai lebih kemahiran

untuk mengajar pelajar yang

kurang berkemahiran dalam

mengetuk kastanet ( group

work ).

Pita rakaman

Kertas

jawapan

MIDI

Penutup

( 5 minit )

1. Guru menjemput

beberapa pelajar untuk

membuat persembahan

iaitu mereka diminta

untuk mengetuk

kastanet berdasarkan

not-not yang terdapat

pada lagu Telefonku.

1. Beberapa pelajar membuat

persembahan mereka berdasarkan

pelajaran yang telah dipelajari

iaitu mengikut not-not yang betul

dan melodi yang terdapat pada

lagu Telefonku.

MIDI

Skor lagu

Kastanet

4.0 Penutup

Pembelajaran menggunakan alatan perkusi memang mencabarkan dalam mengajar

murid terutama sekali melibatkan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Namun

tiada apa yang mustahil jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Alhamdulilah, dalam proses

Page 7: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

7

pengajaran dan pembelajaran ini bukan hanya saya yang berpenat lelah, murid-murid saya

juga turut membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.

Dalam pengajaran ini, cabarannya adalah untuk memahamkan murid bagaimana

memainkan alatan perkusi ini. Mereka ini bukan tidak boleh belajar tetapi mereka

mempunyai daya ingatan yang lemah untuk mengingati perkara yang diajar. Mereka cepat

lupa pembelajaran yang mereka belajar dalam masa yang singkat.

Oleh yang demikian, murid-murid perlu lebih focus dalam sesi p&p ini kerana mereka

bukan sahaja memerlukan kekuatan psikomotor halus dan kasar serta kognitif, namun

koordinasi juga amat perlu agar mereka boleh bermain alat perkusi. Alhamdulilah, murid-

murid dapat juga mengikuti pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

5.0 Rujukan

http://blog.musicwithbill.com/

http://www.ehow.co.uk/info_7856389_childrens-activities-music-movement.html

Page 8: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

8

http://www.creativekidsonthemove.com/Dance.htm

http://www.madacademy.com/music-and-movement/default.htm

http://www.ehow.com/how_2073316_teach-creative-movement.html

http://www.dltk-kids.com/articles/creativemovement.htm

http://faculty.ksu.edu.sa/25050/459%20%20%201/Music%20and%20Movement

%20excerpt.pdf

http://www.earlylearningactivities.com/PDF/musicmovement.pdf

http://www.little-folks-music.com/

http://www.wiu.edu/thecenter/art/artexpress/music.html

http://psikomotor48.blogspot.com/2010/04/definisi-pergerakan.html

http://dictionary.kids.net.au/word/movement

Page 9: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

9

1.0 Pengenalan

1.1 Maksud kemahiran berfikir

Pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan

membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.. Difinisi

yang sesuai bagi konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan kerana

terdapat pendapat yang berbeza dikalangan tokoh-tokoh pemikiran antaranya ialah menurut

Edward de Bono ( 1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai

perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala pendapat

Dewey ( 1910 ) pula mengatakan pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi

keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu

proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolahan operasi –operasi

mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang bagi tujuan untuk

meyelesaikan masalah. Menurut Chafee ( 1988 ) pemikiran merupakan proses luar biasa

yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Tokoh

pemikir yang bernama George ( 1970 ) pula melihat pemikiran sebagai suatu proses

penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang sangat kompleks. Berdasarkan

beberapa konsep difinisi kemahiran berfikir daripada beberapa tokoh pemikiran maka

dapatlah kita simpulkan bahawa “ pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari

makna dan pemahaman terhadap sesuatu , menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan

dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah dan seterusnya menbuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

1.2 Prinsip kemahiran berfikir

Page 10: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

10

Kemahiran berfikir ini hanya akan berlaku jika kita mengikuti prinsip-prinsip yang telah di

tetapkan antaranya ialah:

Sentiasa bersikap secara kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis

kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif dalam diri kita

Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap

kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik,

kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah

hasil yang diharapkan.

Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu

berfikir.

Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih

baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau

melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri

dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

1.3 Teori kemahiran berfikir

Beberapa teori ada dinyatakan mengenai kemahiran berfikir ini anataranya ialah ,

Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya

berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian

otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir

dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan.

Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,

sintesis, warna, reka bentuk disamping perasaan,irama,muzikdan imaginasi. Berdasarkan

kenyataan ini maka untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif

kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan

Page 11: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

11

1.4 Alat berfikir

Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui

penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat

CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh

digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.

1.5 Jenis-jenis kemahiran berfikir

Didalam kemahiran berfikir terdapat beberapa jenis-jenis kemahiran berfikir

anataranya ialah, Pemikiran Konvergen. Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen

ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir

yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik

dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga

dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus

yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara

tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut

pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Jenis kemahiran berfikir yang kedua ialah

Pemikiran Divergen ianya dikenali juga sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan

seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir

dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976),

pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga

asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga

dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal

supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Seterusnya ialah Pemikiran Reflektif

Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-

pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang

boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi

tindakan seterusnya. Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah

berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

1.6 Model Kemahiran Berfikir

Page 12: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

12

Terdapat dua prinsip utama dalam model kemahiran berfikir, iaitu:

• Disusun berdasarkan keperluan prasyarat

• Disusun berdasarkan urutan dari mudah ke kompleks

MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR

Page 13: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

13

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK

Tarikh : 6 Oktober 2012

Hari : Selasa

Masa : 8.00-9.00 pagi ( 1 Jam )

Mata pelajaran : Muzik

Tahun : 4 Cerdik

Bidang : Nyanyian

Konsep: Irama

Objektif : Pada akhir sesi pengajaran murid – murid dapat

1. Menepuk tangan pada setiap detik bagi meter 2/4

2. Menyanyikan lagu “ naik kereta api “ dengan sebutan yang betul

3. Menyanyikan lagu “naik kereta api” degan postur berdiri yang betul.

4.

Pengetahuan sedia ada : Murid – murid pernah mendengar lagu “naik kereta api “ sebelum

ini.

Kemahiran Berfikir : Membanding dan membezakan lagu yang mempunyai meter 2/4 dan

4/4

pada lagu naik kereta api.

Alat bantu mengajar : Carta lirik lagu naik kereta api

Radio

CD lagu

Penerapan nilai: : Berkerjasama

Langkah Konsep Strategi Aktiviti P&P Catatan

Set induksi Mengenal pasti unsur- Main peranan - Murid – murid membuat

Page 14: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

14

( 5 minit ) unsur irama dalam

muzik naik kereta api.

pergerakan dan bunyi

kereta api sedang berjalan

dalam kelas yang

mempunyai keluasan yang

sederhana.

- Murid-murid membuat

kiraan sambil membuat

bunyi sehingga sampai ke

tempat duduk masing-

masing.

- Murid-murid meluaskan

lagi pergerakan mereka

dengan bergerak di

koridor kelas sambil di

bombing dengan guru.

- Guru mengaitkan aktiviti

dengan pengajaran pada

hari ini iaitu mengira detik

dan menyanyi dengan

postur badan yang betul.

Langkah 1

( 10 Minit )

Menamakan unsur-

unsur nyanyian dalam

muzik yang terdapat

pada lagu.

Sebutan - Murid-murid

diperdengarkan dengan

keseluruhan lagu naik

kereta api

- Murid- murid membaca

dan memahami lirik

keseluruhan lagu.

- Murid yang lemah dalam

bacaan akan dibimbing

oleh guru supaya mereka

tidak tertinggal dalam

aktiviti pada hari ini.

- Murid-murid diminta

- BBM

- Lirik lagu

radio

- CD lagu

Page 15: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

15

untuk membaca dengan

sebutan yang jelas dan

tepat.

- Murid- murid membuat

aktiviti latihan vocal

a,e,i,o,u dengan bukaan

mulut yang sesuai dengan

bunyi vocal.

- Murid- murid

menyanyikan lagi baris

demi baris secara beramai-

ramai.

- Murid yang lemah akan

dibimbing secara individu.

Langkah 2

( 10 minit )

Membuat pengurusan

grafik .

Postur badan - Murid- murid di minta

untuk membuat postur

berdiri dengan bentuk

tegak ketika tengah

menyanyiakn lagu naik

kereta api

- Seorang murid dipilih

untuk menjadi model

untuk menyanyikan

dengan lebih jelas lagi

sambil memastikan postur

berdiri betul dengan

bimbingan dari guru.

- Aktiviti- murid-murid

diminta untuk

menyanyikan lagu naik

kereta api sekali lagi

secara beramai-ramai

dengan sebutan yang jelas

- BBM

- Lirik lagu

radio

CD lagu

Page 16: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

16

dan postur badan yang

betul.

Langkah 3

( 15 minit )

Memperkenalkan notasi

dan sistem nada

bermain alat muzik.

Tepuk detik - Murid-murid menyayikan

semula lagu naik kereta

api secara kumpulan dan

individu.

- Murid-murid menepuk

tangan pada setiap detik

lagu iaitu detik 1 dan detik

2.

Langkah 4

( 15 minit )

Irama , detik , meter Latihan tepuk

detik

- Secara berpasangan

murid-murid menepuk :

# tangan : petik 1

#tangan pasanagan : petik

2.

- Murid-murid membuat

aktiviti diatas sambil

menyanyikan lagu naik

kereta api Guru

mengaitkan aktiviti

dengan apa yang murid-

murid buat pada set

induksi.

- Murid- murid didedahkan

dengan meter 2/4 setelah

membuat aktiviti diatas.

- BBM

- Lirik lagu

- Radio

- CD

-nilai

berkerjasaman

Penutup

(5 minit )

Refleksi - Murid-murid masih berada

dengan pasangan masing-

masing dan tangan

diletakkan atas bahu .

- Secara berkerjasama

murid-murid berpusing

setempat dan melangkah

Page 17: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

17

dengan menghantak kaki

mengikut kiraan detik lagu

dengan iringan lagu naik

kereta api

Refleksi pengajaran:

- Murid-murid dapat menepuk tangan pada setiap detik lagu. Namun demikian murid –

murid tidak dapat menyanyikan lagu dengan jelas kerana masalah sebutan dimana

segelintir murid tidak pandai membaca. Sebagai langkah mengatasi dipengajaran akan

datang saya akan memikirkan sesuatu aktiviti yang boleh membantu murid yang lemah

dalam ejaan dan juga memikirkan apa aktiviti yang boleh mengawal tingkah-laku

sebahagian pelajar yang aktif kerana terdapat pelajar yang aktif dan tidak serius semasa

sesi pengajaran. Dipengajaran akan datang saya akan lebih fokus kepada nyanyian dan

permainan atau aktiviti muzikal\

NAIK KERETA API

NAIK KERETA API

CUS CUS CUS KERETA API

CUS CUS CUS BUNYINYA

LAJULA LAJU KEDEPAN HEBAT SEKALI

TAR TAR TAR BUNYI RODA

PON PON PON BUNYI SEMBOYAN

SAYA SANGAT GEMBIRA BERSAMA KAWAN-KAWAN

LIRIK LAGU KERETA API

Page 18: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

18

Lirik lagu naik kereta api berserta encord lagu.

3.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( RPH )

Kemahiran berfikir sanggat penting untuk kita terapkan di dalam Rancangan

Pengajaran Harian (RPH ) kita kerana ianya akan membantu guru dan murid untuk berfikir

lebih kearah kreatif dan inovatif. Di dalam pengajaran harian yang saya telah sediakan

terdapat empat kemahiran berfikir yang saya telah terapkan antaranya ialah kemahiran

berfikir kreatif iaitu menjana idea dimana murid memberi idea terhadap setiap pergerakan

yang guru rancang untuk menjadikan pengajaran lebih menarik.

Seterusnya kemahiran berfikir yang kedua yang saya sebatikan dalam RPH saya ialah

Kemahiran berfikir secara kritis iaitu menerangkan sebab. Ianya sangat penting kita

sebatikan dalam RPH kita membolehkan murid memahami, menilai serta mengaplikasikan

maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

(KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran

Bestari. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan

sesuatu cadangan atau jawapan. Beberapa alat pemikir (thinking tools) digunakan sebagai

panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran dalam kelas.

Penguasaan oleh pelajar untuk kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan

inovatif adalah penting kerana kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran muzik

Page 19: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

19

saya ini membolehkan mereka membanding dan membeza, iaitu membanding detik dan

tempoh laju dan lambat , meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun

mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi.

Bahkan, penggunaan alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak

dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru

melakukan sesuatu.

Akhir sekali, penggunaan soalan penyoalan di dalam strategi berfikir dapat

membantu pelajar berfikir secara mendalam dan meluas. Bagi sebagai guru pula,

pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan

menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Teknik

penyoalan juga haruslah sentiasa bercamba dan juga menguji kemahiran berfikir setiap murid

.

Ringkasnya, kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat

penting kerana ia membolehkan pelajar:

1. mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dengan bijak;

2. mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih

praktik semasa belajar;

3. menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif;

4. mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan

sempit;

5. meningkatkan aspek kognitif, afektif, dan perkembangan intelek mereka;

6. bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri

untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta

berani memberi pandangan dan kritik.

Page 20: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

20

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan kemahiran berfikir ini sangat penting untuk kita sebatikan dalam

pengajaran kita untuk membentuk pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Seseorang guru haruslah menguasai kemahiran berfikir ini untuk menjadikan mengajaran dan

pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokan dan bermakna. Penyepaduan teori

kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi hasil yang

menakjubkan serta skor pencapaian juga dapat ditingkatkan. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, kemahiran guru menerapkan kemahiran berfikir adalah penting. Para guru seharusnya

memahami situasi murid atau pelajar dan juga kelasnya. Mengikut rajendran dalam bukunya HOTS

berkata kanak-kanak mempunyai perbezaan antara satu sama lain, begitu juga dengan bilik darjah.

Oleh yang demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum proses berfikir dapat

dilaksanakan. Seiring dengan kejayaan yang diharapkan iaitu memenuhi cabaran keenam dalam

Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan prograsif , masyarakat yang inovatif

dan memandang jauh kehadapan. Sesuai dengan perubahan itu elemen kemahiran berfikir harus di

titik beratkan dan lebih diterapkan dalam sistem pendidikan kita untuk membentuk pelajar yang

berfikiran maju dan mempunyai semangat berdaya saing yang tinggi. Seorang guru juga haruslah

setiasa mencari idea dan langkah untuk sentiasa menyebatikan setiap elemen kemahiran berfikir

dalam pengajarannya supaya setiap objektif yang ditetapkan akan sentiasa tercapai dan memuaskan

semua orang iaitu guru dan pelajar. Untuk menjadi pemikir yang baik juga seseorang itu perlulah

dilatih dari awal lagu iaitu sejak pra kanak-kanak hingga dewasa dan tua. Untuk menjalani proses

latihan seseorang perlukan system perancangan yang lebih teliti dan lebih teratur. Dalam konteks

pendidikan , cara yang terbaik ialah memuatkan proses latihan berfikir ini kedalam kurikulum.

Dengan cara ini secara tidak langsung ianya menjadi satu bidang yang wajip dan bukannya tempelan.

Pelaksanaannya dilakukan dalam masa yang sama sewaktu isi kandungan sesuatu pelajaran

disampaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: pendidikan muzik dalam pendidikan khas

21

5.0 RUJUKAN

Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di

Malaysia.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.Tuan Jah, Faridah. ( 2011).

Siri Pengajian Bahasa melayu : Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu. Puchong : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Dr.Ee Ah Meng. (2003).Ilmu Pendidikan,Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas ,Fajar Bakti:

Selangor,Darul Ehsan

Mohd nizar Mohd Latib. (2010), Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Retrived October 9, 2011,from http://www.scribd.com/doc/47760112/FPK-Pendekatan-

Bersepadu.Mok Song Sang. (2001).


Top Related