Transcript
Page 1: Pendekatan Disclipline Based of Art Education

Pendekatan Disclipline Based of Art Education (DBAE)

Produk Seni membantu pelajar berfirkir secara bijaksana tentang mencipta imej-

imej visual membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga

eksprasif, coherence, celik akal (insight) dan pandai mencipta (ingenuity).

Kritikan seni membantu keupayaan pelajar melihat, melalui keupayaan melihat

dengan teliti boleh membina kualiti yang lebih bererti tentang dunia

persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

Sejarah seni membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-

hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta

pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk

tamadun merentasi dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan.

Disiplin ekstetika berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu

yang kita lihat. Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian

sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni dan membantu pelajar

membuat apresiasi tentang keindahan, keunikan atau kesalahan yang wujud

pada seni melalui pelbagai pengalaman estetik.

Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model (NMM),

DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya

kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran

DBAE

Produk Seni

Sejarah Seni

Kritikan Seni

Estetika

Page 2: Pendekatan Disclipline Based of Art Education

kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian

masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana

guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua

model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih

berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.


Top Related