Transcript
Page 1: PEND.AWAL KANAK-KANAK

PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SWASTA.

KAA3013DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK(Foundation, Policy and Principle in Early Childhood Education )

Page 2: PEND.AWAL KANAK-KANAK

Tatacara Penubuhan Prasekolah Swasta (Tadika)

A. Lokasi • Sebuah tadika hendaklah berada di kawasan yang

kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:

• Tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan   terjamin keselamatan,

• Jauh dari pusat hiburan,• Udaranya bersih dan nyaman,• Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan • Mendapat kebenaran bertulis jiran terdekat jika

premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan, hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis

Page 3: PEND.AWAL KANAK-KANAK

B. Premis • Tiap-tiap premis hendakalah diperiksa dan disokong

penggunaannya oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.

• Tingkat bawah adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

• Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Page 4: PEND.AWAL KANAK-KANAK

• Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi.

• Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.

• Kegunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan.

• Kemudahan-kemudahan pendidikan khas diadakan jika ada kanak-kanak kurang upaya.

• Premis agama boleh dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat khas beribadat.

• Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal.

Page 5: PEND.AWAL KANAK-KANAK

C. Keselamatan• Bangunan tadika hendaklah dalam keadaan selamat dan

bahan binaannya bukan daripada bahan mudah bakar.• Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya 2 buah pintu

keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.

• Jerajak besi yang dipasang di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.

• Dapur hendaklah diasingkan, terutama apabila menggunakan LP Gas.

• Alat pemadam api hendaklah diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.

• Perabot, alat permainan dan bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.

• Semua punca kunci elektrik hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi secukupnya.

• Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.

Page 6: PEND.AWAL KANAK-KANAK

D. Kesihatan • Kawasan, bangunan dan lantai hendaklah bersih

dan selamat.• Bilangan tandas hendaklah mencukupi dan dalam

keadaan bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.

• Ada kemudahan membasuh yang sesuai dan mencukupi.

• Ada peralatan pertolongan cemas yang lengkap.• Tiap-tiap bilik hendaklah mempunyai

pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.• Ada kemudahan pembuangan sampah yang

sesuai dan mencukupi.

Page 7: PEND.AWAL KANAK-KANAK

E.Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan

•Semua peraturan atau undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang terbabit denga pemeriksaan premis dipatuhi

Page 8: PEND.AWAL KANAK-KANAK

F. Nama Prasekolah • Nama yang dicadangkan hendaklah menggunakan istilah

TADIKA. Penggunaan istilah seperti Kindie, Playhouse, Taman Bimbingan, Sekolah Nursery pada nama Tadika tidak dibenarkan.

• Nama yang diberi haruslah mempunyai latar belakang Malaysia.• Menggunakan Bahasa Kebangsaan.• Nama yang diberi hendaklah munasabah, tidak mengelirukan,

tidak menggambarkan sesuatu yang tidak benar atau menyentuh perasaan mana-mana pihak.

• Nama tidak sama dengan nama tadika lain (rujuk R.O.B./R.O.C.)• Jika nama yang digunakan nama orang kenamaan, pemohon

hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada tuan punya nama atau warisnya (jika ia telah meninggal dunia).

• Nama-nama yang tidak dibenarkan:▫ Nama negeri, Bandar atau daerah▫ Nama parti politik atau ringkasan nama parti politik▫ Nama pemimpin atau orang kenamaan Negara luar dan nama

perseorangan▫ Nama singkatan

Page 9: PEND.AWAL KANAK-KANAK

G. Pemilikan • Tadika hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh

warganegara Malaysia (melainkan Tadika Ekspatriat)

• Pemilikan perseorangan/perkongsian hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan (R.O. B).

• Pemilik tadika oleh syarikat hendakah:▫Syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (R.O.

C).▫Ekuiti bumiputra tidak kurang daripada 30% da

mestilah kekal.• Mana-mana tadika yang ditubuhkan oleh

organisasi yang berdaftar denga mana-mana pihak berkuasa kerajaan boleh dikecualikan daripada didaftarkan dengan pendaftar perniagaan.

Page 10: PEND.AWAL KANAK-KANAK

H. Kurikulum • Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hedaklah

berdasarkan garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

• Bahasa-bahasa selain daripada kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai matapelajaran wajib.

• Pendidikan Agam Islam kepada kanak-kanak beragama Islam hendaklah oleh guru beragama Islam.

• Pendidikan Moral hendaklah kepada kanak-kanak bukan beragama Islam.

Page 11: PEND.AWAL KANAK-KANAK

I. Pengerusi/Ahli Lembaga Pengurus •Warganegara Malaysia (kecuali tadika

ekspatriat)•Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan

atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.

•Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis.

Page 12: PEND.AWAL KANAK-KANAK

J. Guru Besar • Warganegara Malaysia (kecuali tadika ekspatriat)• Mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya (Guru Besar ekspatriat memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama).

• Mempunyai kelayakan profesional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan perguruan daripada institusi latihan guru tadika.

• Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.

• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pendidikan.

• Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa keslahan berat oleh mana-mana mahkamah.

• Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis,• Menamakan 2 orang referi, selain daripada kaum keluarga

terdekat, yang mengenalinya minimum 5 tahun.• Guru Besar ekspatriat mesti ada pas pengajian yang belum

tamat tempoh sahlakunya.

Page 13: PEND.AWAL KANAK-KANAK

K. Guru • Warganegara Malaysia (kecuali guru tadika ekspatriat)• Mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya (guru ekspatriat memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama).

• Mempunyai kelayakan professional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan perguruan daripada institusi latihan guru tadika.

• Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.

• Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.

• Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis.• Menamakan 2 referi, selain daripada kaum keluarga

terdekat, yang mengenalinya minimum 5 tahun.• Guru ekspatriat mesti ada pas pengajian yang belum

tamat tempoh sahlakunya.

Page 14: PEND.AWAL KANAK-KANAK

L. Pembantu Guru • Warganegara Malaysia (termasuk di tadika

ekspatriat).• Mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun

pendidikan formal.• Mempunyai pengalaman dalam pengurusan

dan penjagaan kanak-kanak dan mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak.

• Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.

• Tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.

• Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis

Page 15: PEND.AWAL KANAK-KANAK

M. Murid •Umur murid tadika ialah di antara 4 hingga 6

tahun. Sesebuah tadika tidak dibenarkan mengambil kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

•Sesebuah tadika tidak boleh menolak kemasukan seseorang kanak-kanak atas alas an jantina, ras, agama, kelas atau keadaan fizikal. Jika ada kanak-kanak cacat fizikal atau kurang upaya, pengurus tadika hendaklah dengan kerjasama ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menyenangkan pembelajaran dan pergerakan kanak-kanak tersebut.

Page 16: PEND.AWAL KANAK-KANAK

N. Yuran • Yuran pengajian dan yuran-yuran lain yang dikenakan

hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar.

• Yuran yang dikenakan hendaklah sesuai dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

• Sebarang kenaikan yuran hendaklah dipohon dengan menyatakan sebab-sebabnya dan mendapat kelulusan bertulis Ketua Pendaftar.

• Kenaikan yuran hanya dibenarkan 3 tahun sekali• Kenaikan yang dibernarkan tidak melebihi 30%• Ibubapa hendaklah dimaklumkan 3 bulan sebelum

kenaikan yuran bermula

Page 17: PEND.AWAL KANAK-KANAK

O. Pengurusan/Pentadbiran • Sesuatu tempat di mana sepuluh orang kanak-kanak atau lebih

yang berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun diajar atau lazimnya diajar dalam satu kelas atau lebih hendaklah berdaftar sebagai sebuah tadika di bawah Akta Pendidikan 1996 kecuali:▫ a)      Tadika yang dianggap bersifat keagamaan semata-mata atau

untuk tujuan keagamaan keagamaan semata-mata dan▫ b)     Tadika yang diberikan pengecualian oleh Menteri Pendidikan.

• Tadika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak tidak boleh dikendalikan secara bercampur di premis yang sama.

• Sesi Persekolahan:• Sesebuah tadika itu tidak dibenarkan menjalankan lebih daripada

dua sesi sehari.• Pengajaran dan pembelajaran satu-satu sesi itu secara rasmi

adalah antara tiga hingga tiga setengah jam setiap hari selama 5 hari berturut-turut mengikut hari persekolahan biasa.

• Program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan kesediaan dan kemampuan kanak-kanak mengikut peringkat umur. Kelas kanak-kanak 6 tahun menumpu lebih kepada penyediaan bagi menghadapi pendidikan formal di sekolah rendah. Kanak-kanak kurang upaya menumpu kepada pengurusan diri.

Page 18: PEND.AWAL KANAK-KANAK

• Semua guru, termasuk guru besar, diwajibkan mempunyai Permit Mengajar yang kemaskini.

• Nisbah kelas kepada kanak-kanak ialah 1:25(Kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)

• Nisbah guru kepada kanak-kanak ialah 1:25 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)

• Nisbah pembantu guru kepada kelas ialah 1:2 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:2)

• Setiap tadika menyedia dan menyimpan rekod kanak-kanak, ibubapa/penjaga, guru dan pekerja dengan lengkap dan kemaskini.

Page 19: PEND.AWAL KANAK-KANAK

P. Disiplin • Guru Besar bertanggungjawab terhadap disiplin

kanak-kanak.• Pengaruh negatif dari dalam dan luar negara yang

merosakkan pemikiran atau perkembangan diri kanak-kanak hendaklah dibendung.

• Tiada hukuman dera boleh dikenakan kepada seseorang kanak-kanak tadika.

Page 20: PEND.AWAL KANAK-KANAK

Q. Makanan dan Minuman • Makanan yang disajikan hendaklah mencukupi,

seimbang, bermutu dan dalam keadaan bersih.• Penyediaan makanan dan minuman untuk kanak-

kanak beragama Islam hendaklah diasingkan dan disediakan oleh pekerja yang beragama Islam.

• Makanan dan minuman yang dibawa dari rumah oleh kanak-kanak sendiri adalah digalakkan

• Penyedia makanan wajib menerima suntikan imunisasi

Page 21: PEND.AWAL KANAK-KANAK

Permohonan Menubuhkan Prasekolah Swasta (Tadika)

'To do' list • Kemukakan surat permohonan ke jabatan ini, nyatakan;

▫ Alamat Institusi ingin ditubuhkan▫ No telefon pemohon untuk dihubungi

• Pegawai Unit Pendidikan Swasta akan menghubungi pemohon bagi sesi lawatan tapak dan temuduga 'on site'

• Jika Jabatan ini berpuas hati tentang premis, borang permohonan akan dikeluarkan.

• Setelah borang permohonan diterima dan lengkap satu perakuan sementara akan dikeluarkan (tempoh sah laku 1 tahun)

• Pengusaha perlu mendapatkan sokongan 3 jabatan untuk mendapatkan pendaftaran kekal. Jabatan tersebut ialah;▫ Pihak Berkuasa Tempatan▫ Bomba dan Penyelamat▫ Pejabat Kesihatan

• Setelah kesemua sokongan diterima, jabatan ini akan mengeluarkan pendaftaran tetap.

Page 22: PEND.AWAL KANAK-KANAK

Proses Permohonan

Page 23: PEND.AWAL KANAK-KANAK

Dokumen sokongan • Setelah dipersetujui oleh Pendaftar, dokumen-dokumen berikut

perlu dikemukakan;▫ Pelan lantai/tapak premis (3 salinan) ▫ Pelan lokasi premis (3 salinan) ▫ Pelan bangunan (3 salinan) ▫ Laporan kewangan (3 salinan) ▫ 1 salinan M&A ▫ Borang 24 ▫ Borang 49 Akta Syarikat 1965 yang disahkan oleh Pendaftar

Syarikat atau Setiausaha Syarikat Laporan Tahunan Syarikat ▫ Penyata Akaun Bank terkini ▫ Minit Mesyuarat Agong terkini ▫ Surat persetujuan jiran terdekat (Tadika)▫ Borang carian nama SSM jika ada ▫ Jadual waktu mengikut tahap pembelajaran ▫ Maklumat Diri Pengerusi Lembaga Pengelola (Vitae Kurikulum) ▫ Surat Perlantikan Pengerusi Lembaga Pengelola (jika berkenaan) ▫ Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang disahkan (Pengerusi Lembaga

Pengelola)

Page 24: PEND.AWAL KANAK-KANAK

• Salinan Kad Pengenalan/Pasport yang disahkan (Pengerusi Lembaga Pengelola)

• Maklumat Diri Pengetua/Guru besar (Vitae Kurikulum) • Surat Perlantikan Pengetua/Guru Besar • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang disahkan

(Pengetua/Guru besar) • Salinan Kad Pengenalan/Pasport yang disahkan

(Pengetua/Guru besar) • Perjanjian Sewaan Premis @ Surat perjanjian jual beli


Top Related