Transcript
Page 1: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran
Page 2: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran
Page 3: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Dunia telah berubah secara mendadak dalam masa hanya tiga bulan sejak Januari

2020. Bencana yang jarang berlaku, pandemik koronavirus (COVID-19), telah

mengakibatkan sejumlah besar nyawa manusia hilang secara tragis di peringkat

global. Ketika kebanyakan negara menerapkan kaedah kuarantin dan mempraktiskan

penjarakan sosial yang diperlukan untuk memutuskan rantaian COVID-19, dunia telah

dimasukkan ke dalam suatu tempoh yang dinamakan sebagai Penyekatan Besar-

besaran (The Great Lockdown). Pembantutan dalam kebanyakan aktiviti manusia

dalam skala yang besar dan laju seperti hari ini tidak pernah dialami dalam sejarah

peradaban manusia. Krisis Great Lockdown yang melanda dunia pada ketika ini

merupakan krisis yang buruk dan memberikan kesan berantai pada sektor kesihatan,

ekonomi, sosial dan politik.

Terdapat tiga faktor utama berlakunya penyebaran COVID-19 secara cepat dan

meluas sehingga dunia perlu melakukan Great Lockdown bagi mengatasinya.

Pertama, faktor globalisasi yang diamalkan oleh hampir keseluruhan negara di dunia

yang menyebabkan berlakunya kontak dan hubungan secara terus sesama manusia

pada setiap hari. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), COVID-19 lebih cepat

dan mudah tersebar antara sesama manusia yang berada dalam jarak satu meter.

Faktor kedua adalah tahap pembiakan virus COVID-19 yang lebih cepat. Menurut

WHO, bilangan pembiakan dan jangkitan sekunder yang dihasilkan dari satu individu

yang dijangkiti oleh COVID-19 adalah sehingga 2.5 kali lebih tinggi daripada virus

influenza. Tambahan pula, Covid-19 sama seperti SARS, MERS, AIDS, dan Ebola,

adalah penyakit zoonosis, iaitu suatu penyakit yang mempunyai virus melonjak dari

spesies lain kepada manusia.

Faktor ketiga adalah kesukaran dalam mengenalpasti jangkitan COVID-19 dan

simptom-simptomnya. Jangkitan COVID-19 boleh berlaku tanpa gejala dan simptom

awal yang ditunjukkan oleh pembawa virus dan memerlukan sehingga 5 hingga 14

hari untuk disahkan sebagai bebas jangkitan. WHO menganggarkan bahawa 80%

jangkitan COVID-19 adalah ringan atau tidak simptomatik, 15% adalah jangkitan teruk

yang memerlukan oksigen dan 5% adalah jangkitan kritikal yang memerlukan

pengudaraan.

Kemelesetan Ekonomi Global

Jika dibandingkan dengan krisis Kewangan Global yang berlaku pada tahun 2008,

krisis pada kali ini memberikan kesan ekonomi yang lebih teruk pada peringkat

nasional dan global. Menurut unjuran yang dilakukan oleh pihak Tabung Kewangan

Antarabangsa (IMF), pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2020 dijangka meleset

kepada negatif 3.0%. Angka ini adalah penurunan sebanyak 6.3% berbanding unjuran

Page 4: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

yang dibuat pada Januari 2020, iaitu sebanyak 3.3%. Ironinya, ia menjadikan Great

Lockdown sebagai kemelesetan ekonomi terburuk sejak Great Depression pada tahun

1930.

Rajah 1: Perbandingan Kejatuhan KDNK Global (IMF, 2020)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membandingkan krisis Great Lockdown

dengan beberapa krisis kesihatan yang berlaku sebelum ini. Pada tahun 2003, ketika

wabak SARS melanda, kerugian global dianggarkan berjumlah RM 217.1 Billion (US$

50 Billion) manakala pada tahun 2015 ketika merebaknya virus MERS, kerugian global

berjumlah RM 21.71 Billion (US$ 5 Billion). Namun, pada kali ini, UN menganggarkan

kerugian di peringkat global berjumlah RM 8.684 Trillion (US$ 2 Trillion).

Walaubagaimanapun, jumlah tersebut lebih kecil jika dibandingkan dengan anggaran

kerugian global yang dibuat oleh Wall Street iaitu sebanyak RM 21.71 Trillion (US$ 5

Trillion). Jumlah ini sama seperti yang dijangkakan oleh Ketua Ahli Ekonomi Citigroup

Incorporation, Catherine Mann. Selain itu, ahli Ekonomi JP Morgan pula

menjangkakan kemelesetan ekonomi sebanyak RM 23.88 Trillion (US$ 5.5 Trillion).

Namun begitu, IMF meletakkan anggaran kerugian global yang paling tinggi setakat

ini iaitu sebanyak RM 39.078 Trillion (US$ 9 Trillion). Hal demikian kerana kebanyakan

negara yang bergantung pada sektor pelancongan, perhotelan, dan hiburan dalam

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengalami gangguan yang sangat besar

berikutan krisis Great Lockdown ini. Anggaran kerugian ini boleh diringkaskan seperti

di dalam Jadual 1 di bawah:

AGENSI ANGGARAN KERUGIAN

RM Trillion US$ Trillion

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 8.684 2.0

Wall Street 21.71 5.0

Citigroup Incorporation 21.71 5.0

JP Morgan 23.88 5.5

Tabung Kewangan Dunia (IMF) 39.078 9.0

Jadual 1: Anggaran Kerugian Global Tahun 2020

Page 5: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Kesan Great Lockdown kepada Ekonomi Malaysia 2020

Hasil tinjauan pusingan pertama yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

(DOSM) yang bertujuan untuk melihat kesan COVID-19 ke atas ekonomi dan individu,

memberikan suatu dapatan yang membimbangkan. Dari sudut pendapatan, sebanyak

52.6% mengatakan mereka paling terjejas manakala 6.2% mengakui mereka sedikit

terjejas dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula

pada 18 Mac 2020 yang lalu. Dari perspektif pekerjaan pula, pekerja yang paling ramai

terjejas adalah dari sektor pertanian dengan peratusan sebanyak 21.9%, diikuti oleh

sektor perkhidmatan (15.0%) dan sektor industri (6.7%).

Selain itu, Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka

dan sangat bergantung dengan rantaian global. Jumlah eksport dan import Malaysia

sehingga Jun 2019 masing-masing bernilai RM 76.2 Billion dan RM 65.9 Billion,

bersamaan dengan 7.0% dari KDNK negara.

Bagi tahun 2020, Bank Dunia mengunjurkan KDNK Malaysia akan mengalami

pengucupan antara 0.1% sehingga 4.6% akibat krisis Great Lockdown. Impak negatif

pada ekonomi Malaysia berpunca daripada kemeruduman ke atas pelaburan

langsung asing (FDI), komoditi dan pelancongan, serta kejutan permintaan dan

pengeluaran domestik akibat PKP. Sejak wabak COVID-19 bermula pada akhir tahun

2019, berlakunya aliran keluar terbesar dari pasaran dengan rekod sebanyak RM

360.4 Billion (US$ 83 Bilion), manakala FDI global diunjurkan susut sebanyak 30

hingga 40 peratus tahun ini.

Pada 24 Mac 2020, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengeluarkan

suatu dapatan kajian yang menunjukkan anggaran KDNK Malaysia bagi tahun 2020

akan menguncup dari 4.0% kepada negatif 2.9%. Bukan itu sahaja, bahkan MIER juga

menganggarkan sebanyak 2.4 juta pekerja akan hilang pekerjaan yang mana 67%

dalam kalangan mereka adalah kategori pekerja tidak mahir. Jangkaan ini bertepatan

dengan anggaran awal Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) yang menunjukkan

peningkatan pengangguran dan kekurangan pekerjaan yang ketara ketika krisis

melanda.

Di peringkat global, sebanyak 25 juta pekerjaan yang melibatkan seramai 2.7 billion

pekerja terjejas akibat krisis ini. Secara statisitiknya, empat sektor yang paling terjejas

di peringkat global adalah sektor makanan dan penginapan (144 juta pekerja), sektor

runcit dan borong (482 juta), sektor perkhidmatan dan pentadbiran perniagaan (157

juta) dan sektor pembuatan (463 juta).

Tambahan pula, Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan KDNK

Malaysia untuk tahun 2020 adalah pada kadar negatif 2.0% sehingga 0.5%. Hal ini

Page 6: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

disebabkan oleh tiga faktor utama. Pertamanya, kehilangan pengeluaran yang banyak

akibat wabak COVID-19. Kedua, pelaksanaan PKP yang berlarutan selama empat

fasa dan berkemungkinan akan dilanjutkan lagi. Lanjutan fasa PKP bergantung

kepada keadaan dan bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia. Faktor ketiga adalah

gangguan bekalan komoditi di dalam dan luar negara.

Selain itu, satu daripada tiga agensi penarafan terkemuka dunia, Fitch Ratings,

mengunjurkan pengucupan KDNK Malaysia bagi tahun 2020 berkadar pada negatif

0.1%. Hal ini demikian kerana sektor yang paling terkesan dengan krisis Great

Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan

barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran agensi

tersebut pada kadar inflasi Malaysia pula berpurata sekitar 0.3%, disebabkan oleh

harga minyak yang rendah dan aktiviti ekonomi yang lemah.

Walau bagaimanapun, Ernst & Young Global Limited (EY) yang merupakan sebuah

firma perkhidmatan profesional multinasional yang beribu pejabat di London,

memberikan unjuran bahawa kejatuhan pertumbuhan KDNK dan kenaikan

pengangguran di Malaysia tidaklah seteruk yang berlaku di peringkat global. Unjuran

kadar KDNK Malaysia bagi tahun 2020 adalah sebanyak 1.6% manakala anggaran

kadar pengangguran dan kadar inflasi di Malaysia pula dijangka meningkat masing-

masing kepada 3.5% dan 0.8%.

Unjuran ini berikutan enam faktor utama yang terkesan dengan Great Lockdown.

Pertama, impak kemelesetan secara terus kepada tiga sektor penting negara seperti

sektor penerbangan, pelancongan dan perhotelan. Kedua, penurunan perdagangan

asing secara mendadak kerana rantaian bekalan dipengaruhi oleh perintah kerajaan.

Ketiga, kejatuhan di pasaran saham kerana berkurangnya keyakinan pelabur dan

pengguna. Keempat, pengurangan perbelanjaan pengguna kerana pelaksanaan PKP

oleh kerajaan yang berlanjutan. Kelima, masalah aliran tunai yang timbul dari PKP,

yang menyebabkan pemberhentian pekerja tetap dan sementara. Keenam,

pengurangan permintaan domestik dan perbelanjaan yang timbul akibat

pengangguran.

Secara ringkas, berdasarkan dapatan daripada unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia

bagi tahun 2020 oleh lima institusi seperti yang disebut di atas, anggaran KDNK yang

paling tinggi adalah 4.6% oleh Bank Dunia manakala jangkaan KDNK yang paling

rendah adalah -2.9% oleh MIER. Jadual 2 di bawah merumuskan perkara ini.

INSTITUSI JANGKAAN (%)

Bank Dunia 0.1 – 4.6

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) -2.9 – 4.0

Bank Negara Malaysia (BNM) -2.0 – 0.5

Fitch Ratings -0.1

Ernst & Young Global Limited (EY) 1.6

Jadual 2: Unjuran KDNK Malaysia bagi tahun 2020

Page 7: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Unjuran KDNK Malaysia Pasca Great Lockdown

Sehingga artikel ini ditulis (27 April 2020), dunia mencatatkan sebanyak 3.03 juta kes

positif COVID-19 dengan kadar kesembuhan dan kematian masing-masing sebanyak

29.4% dan 6.9%. Negara yang mendominasi kes positif COVID-19 dengan kes yang

melebihi 100,000 adalah Amerika Syarikat (32.9%) diikuti dengan negara-negara

Eropah seperti Sepanyol (7.5%), Itali (6.6%), Perancis (5.4%), Jerman (5.3%), United

Kingdom (5.0%) dan Turki (3.3%). Malaysia berada di tangga ke-45 dengan bilangan

kes positif sebanyak 5,820 kes manakala kadar kesembuhan dan kematian masing-

masing sebanyak 67.9% dan 1.7%. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai

kadar kesembuhan yang lebih tinggi dari kadar global dan kadar kematian yang lebih

rendah berbanding kadar kematian global.

Walaupun China merupakan punca utama tersebarnya virus COVID-19 pada akhir

2019, negara itu kini sudah mencapai lengkungan rata (flat curve) pada bilangan kes

positif dan bilangan kematian akibat COVID-19 sejak 1 April 2020. Bukan itu sahaja,

China bahkan secara beransur-ansur sedang memasuki fasa norma baharu, iaitu

kembali melakukan aktiviti harian dan bekerja dengan beberapa prosedur kesihatan

yang ditetapkan seperti penjarakan sosial di tempat awam, pemakaian topeng muka

dan kesedaran untuk sentiasa membersihkan tangan.

Menurut laporan dari New York Times, kebanyakan kilang di China sudah dibuka dan

beroperasi dengan kadar kapasiti sebanyak 67%. Selain itu, sektor penerbangan

negara itu juga semakin pulih, syarikat Apple telah membuka semula semua kedai di

China dan para pelanggan mula memenuhi pasaraya dan restoran. Ini bermakna,

ekonomi China semakin bertambah baik susulan sektor kesihatan yang semakin

memulih.

Dalam masa 21 hari sejak 6 April sehingga 27 April 2020, terdapat 18 kali kes sembuh

melepasi kes baru yang dicatatkan di Malaysia. Selain itu juga, peratusan kes sembuh

menunjukkan pola peningkatan dari hari ke hari. Ini memberikan gambaran bahawa

Malaysia boleh mencapai status negara sifar kes COVID-19 dalam masa terdekat. Ia

juga bermakna, Malaysia boleh kembali melakukan aktiviti harian dan merancakkan

semula ekonomi negara secara beransur-ansur. Namun begitu, kemenangan

mengatasi COVID-19 perlu disertai bersama dengan sikap disiplin rakyat dalam

mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa agar rantaian virus COVID-19

benar-benar terputus dan tidak lagi berjangkit.

Bagi menjana kembali ekonomi negara pada ketika ini, Perdana Menteri Malaysia,

Yang Amat Berhormat (YAB) Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk melakukan

dua perkara utama. Pertama, kerajaan akan mengambil langkah agresif dalam

menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara ini. Kedua, kerajaan akan

Page 8: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

memanfaatkan teknologi dalam menerapkan pendekatan baru terhadap semua sektor

bagi memulihkan ekonomi negara. Tambahan pula, Malaysia tidak terkecuali dalam

memasuki fasa digital ekonomi, gig ekonomi dan revolusi industri 4.0.

Walaupun dijangka menghadapi kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020 seperti

negara-negara lain pada ketika ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dari Bank Dunia

sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem ekonomi yang baik. Dr Richard

Record, Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, berpandangan bahawa

negara ini mempunyai beberapa faktor yang menjadikan ekonominya stabil

berbanding negara-negara lain dalam menghadapi krisis Great Lockdown ini.

Antaranya ialah Malaysia mempunyai pelbagai struktur ekonomi, kemantapan rekod

pengurusan ekonomi makro, pasaran modal domestik yang mendalam, keutuhan

institusi kewangan dan pengalaman dalam mengendalikan krisis yang bersifat global.

BNM melalui Gabenornya, Datuk Noor Shamsiah Mohd Yunus, menyatakan bahawa

sistem kewangan dan ekonomi Malaysia masih mampu bertahan dengan kesan krisis

Great Lockdown ini. Hal ini didorong oleh kepelbagaian asas ekonomi, pengukuhan

sistem kewangan negara dan lebihan akaun semasa yang utuh. Walau

bagaimanapun, kerajaan perlu melaksanakan projek-projek infrastruktur agar ianya

mampu menjana ekonomi negara dengan lebih baik.

Fitch Ratings turut mempunyai pandangan yang sama di mana Malaysia mempunyai

lebihan akaun semasa dan penampan tukaran asing yang lebih besar untuk

menghadapi krisis berbanding dengan negara yang berada dalam penarafan yang

sama. Agensi ini juga menjangkakan ekonomi Malaysia akan kembali stabil dan

mengunjurkan KDNK negara bagi tahun 2021 adalah sebanyak 5.8%.

Unjuran yang dilakukan oleh IMF bagi KDNK Malaysia pada tahun 2021 lebih tinggi

berbanding Fitch Ratings di mana Malaysia dijangkakan akan mengalami

pertumbuhan KDNK sebanyak 9.0%. Kadar ini adalah yang tertinggi berbanding

empat negara Asean yang lain iaitu Indonesia (8.2%), Thailand (6.1%), Filipina (7.6%)

dan Vietnam (7.0%). Secara umumnya, IMF menjangka akan berlaku peningkatan

pada elemen perbelanjaan awam dan swasta serta pelaburan di dalam KDNK negara.

Selain itu, kemampuan Malaysia menangani pandemik COVID-19 secara lebih

berkesan memberikan kelebihan kepada negara dalam mengembalikan kestabilan

ekonomi dengan kadar yang lebih cepat.

Secara konklusinya, Malaysia masih berada di dalam keadaan yang baik dalam

menghadapi krisis Great Lockdown. Bukan sahaja kerana sistem ekonomi dan

kewangan negara yang utuh, bahkan ianya juga disebabkan oleh pengurusan

bencana dan keperluan rakyat yang dilakukan oleh pihak kerajaan pada ketika ini

adalah pada tahap yang terbaik dan diterima oleh rakyat secara keseluruhannya.

Page 9: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Kesimpulan

Krisis Great Lockdown merupakan krisis besar yang berlaku tanpa mengira perbezaan

negara, agama, kaum dan warna kulit sehingga menjadi cabaran global yang perlu

dihadapi bersama-sama. Secara umumnya, unjuran kejatuhan KDNK Malaysia

melalui beberapa agensi adalah lebih baik berbanding unjuran kejatuhan di peringkat

global di mana secara puratanya, KDNK Malaysia pada tahun 2020 adalah pada kadar

0.85% berbanding negatif 3.0% bagi KDNK global. Tambahan pula, unjuran KDNK

Malaysia bagi tahun 2021 adalah yang tertinggi dalam kalangan empat negara jiran

iaitu pada kadar 9.0% berikutan keutuhan sedia ada sistem kewangan dan ekonomi

negara pada ketika ini.

Bagi memastikan negara akan terus mencapai kestabilan ekonomi, tiga langkah

penting yang perlu ditekankan oleh kerajaan adalah mengutamakan penyelesaian

kesihatan berbanding ekonomi kerana manusia adalah sumber utama penghasilan

ekonomi. Tanpa manusia, ekonomi tidak akan dapat dijana dengan sebaiknya.

Kedua, kerajaan perlu merancang untuk mengukuhkan dan menaik taraf sistem

kesihatan, ekonomi, sosial dan politik di dalam negara sebagai persediaan

menghadapi krisis pada masa akan datang. Ketiga, kerajaan perlu merangka

penyelesaian ekonomi di peringkat antarabangsa seperti peringkat negara-negara

Asean, Kerjasama Negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Negara Commonwealth.

Perancangan ini penting bagi memastikan kelestarian ekonomi dan sosial Malaysia

dan negara-negara lain kembali memulih selepas krisis.

Make the right decisions on the right time, at the right place, for the right people.

Page 10: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

BERNAMA. (2020, April 10). COVID-19 beri impak besar KDNK Malaysia - Bank Dunia. Didapatkan

dari BH Online: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/675645/covid-19-beri-

impak-besar-kdnk-malaysia-bank-dunia

BERNAMA. (2020, April 15). IMF: Malaysia's GDP to grow 9% in 2021, fastest among ASEAN-5

countries. Didapatkan dari The Edge Market: https://www.theedgemarkets.com/article/imf-

malaysias-gdp-grow-9-2021-fastest-among-asean5-countries

Bloomberg. (2020, April 9). COVID-19: Ekonomi Global Dijangka Terjejas RM21.71 trilion. Didapatkan

dari BH Online: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/674990/covid-19-

ekonomi-global-dijangka-terjejas-rm2171-trilion

Department of Statistics Malaysia (DOSM). (2019, August 2). Malaysia External Trade Statistics Jun

2019. Didapatkan dari Department of Statistics Malaysia (DOSM):

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=139&bul_id=SVVwVzM

5bURadXJUMnNlNEFyRFY3QT09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVhpclByWjdMQT09

Department of Statistics Malaysia (DOSM). (2020, April 10). Report of Special Survey on Effects of

COVID-19 on Economy & Individual - Round 1. Didapatkan dari Department of Statistics

Malaysia:https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=a0dyT2d5UmFM

NEZJVTlmL0k5cFJNZz09

Gopinath, G. (2020, April 14). The Great Lockdown: Worst Economic Downturn Since the Great

Depression. Didapatkan dari IMF Blog: https://blogs.imf.org/2020/04/14/the-great-lockdown-

worst-economic-downturn-since-the-great-depression/

Hazwan Faisal (2020, March 31). Ekonomi Malaysia diunjur menguncup 0.1 peratus - Bank Dunia.

Didapatkan dari BH Online: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-

lain/2020/03/671257/ekonomi-malaysia-diunjur-menguncup-01-peratus-bank-dunia

Jenna, R. (2020, March 26). COVID-19 Crash: How China’s Economy Offer a Glimpse of the Future.

Didapatkan dari Visual Capitalist: https://www.visualcapitalist.com/covid-19-economic-impact/

Mahanum Aziz (2020, April 14). COVID-19: Malaysia ada kelebihan ekonomi - Bank Dunia. Didapatkan

dari BH Online: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/677059/covid-19-

malaysia-ada-kelebihan-ekonomi-bank-dunia

Mahanum Aziz (2020, April 3). Sistem kewangan, ekonomi Malaysia mampu depani kesan COVID-19.

Didapatkan dari BH Online: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-

lain/2020/04/672432/sistem-kewangan-ekonomi-malaysia-mampu-depani-kesan-covid-19

Patel, N. V. (2020, April 15). How Does the Coronavirus Works? Didapatkan dari MIT Technology View:

https://www.technologyreview.com/2020/04/15/999476/how-does-the-coronavirus-work/

Sonn, J. W. (2020, March 20). Coronavirus: South Korea’s Success in Controlling Disease is Due to Its

Acceptance of Surveillance. Didapatkan dari The Conversation:

https://theconversation.com/coronavirus-south-koreas-success-in-controlling-disease-is-due-

to-its-acceptance-of-surveillance-134068

United Nations (UN). (2020, March 9). Coronavirus Update: COVID-19 Likely to Cost Economy $1

Trillion during 2020. Didapatkan dari UN News: https://news.un.org/en/story/2020/03/1059011

United Nations (UN). (2020, April 8). COVID-19: impact could cause equivalent of 195 million job losses.

Didapatkan dari UN News: https://news.un.org/en/story/2020/04/1061322

World Heath Organization (WHO). (2020). Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) - Situation Report

46. World Health Organization. Didapatkan dari World Health Organization :

https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/20200306-sitrep-46-

covid-19.pdf?sfvrsn=96b04adf_2

Wu, X., Xu, X., & Wang, X. (2020, March 12). Lessons from China's Zhejiang Province on How

Countries Can Prevent & Rebound from An Epidemic like COVID-19. Didapatkan dari World

Economic Forum: https://www.weforum.org/agenda/2020/03/coronavirus-covid-19-hangzhou-

zhejiang-government-response/

Page 11: Pendahuluan · 2020. 5. 5. · Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran

Top Related