Transcript
Page 1: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf
Page 2: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

1

ARKIB : 07/03/2013

Kesedaran kitar semula harus dipupuk dari kecil

Mohd Ezani Awang menyampaikan hadiah kepada Tengku Ariqa Tengku Kamaruddin yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak pada majlis pelancaran program Kitar Semula Peringkat Sekolah 2013 di SK Zainab (2) Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU 6 Mac - Kesedaran awam tentang kepentingan kitar semula harus dipupuk sejak kecil bagi melahirkan generasi yang bersikap positif dalam mencintai alam sekitar.

Sehubungan itu, kerjasama pihak sekolah dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri Kelantan adalah satu langkah yang harus dipuji dan dicontohi.

Penganjuran program kitar semula di sekolah semakin mendapat perhatian apabila Sekolah Kebangsaan Zainab 2 hari ini melancarkan program Kitar Semula Peringkat Sekolah 2013 yang dirasmikan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Mohd. Ezani Awang.

Guru Besar sekolah itu, Aidah Mohd. Salleh berkata, program tersebut bertujuan memperkukuh amalan kitar semula dalam kalangan murid-muridnya di samping mendidik mereka dalam amalan kehidupan harian.

"Program ini melibatkan kira-kira 579 murid terdiri daripada murid tahun satu sehingga tahun enam yang mana mereka akan mengumpul sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan dibawa ke sekolah untuk dijual kepada PPSPPA.

Page 3: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

2

"Tahun ini, pihak sekolah menyasarkan tempat pertama bagi sekolah yang mengumpul paling banyak bahan terpakai memandangkan kami mendapat tempat kedua peringkat negeri Kelantan tahun lepas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, pelajar yang diiktiraf sebagai pengumpul terbanyak bahan terpakai, Tengku Ariqa Tengku Kamaruddin, 9, berkata, dia mula mengumpul barangan kitar semula sejak dua tahun lepas bersama kakaknya yang juga gemar mencari dan mengumpul barang buangan tersebut.

"Saya sentiasa membawa beg plastik bersama-sama ketika keluar bersiar untuk memudahkan saya mengutip sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan membawa barangan itu ke sekolah setiap sebulan sekali." katanya yang mendapat hasil jualan kira-kira RM50.

Sali Amalin Sofiya, 10, pula, berjaya mendapat hasil jualan kira-kira RM20 apabila mula mengumpul barangan kitar semula selepas diberitahu guru sekolahnya mengenai kepentingan amalan tersebut kepada alam sekitar.

"Saya suka mengumpul barang kitar semula kerana dapat mengelakkan pencemaran dan saya akan menjual barangan ini setiap minggu," katanya.

Menurut seorang lagi murid, Amalin Aisyah Putri Razali, 12, dorongan daripada keluarga menyebabkannya berminat mengumpul barangan yang boleh dikitar semula.

"Saya mula mengumpul sisa pepejal ini sejak tahun lepas selepas adanya program kitar semula di sekolah dan saya menyimpan wang hasil jualan barangan tersebut.

"Ahli keluarga sering mengingatkan saya mengumpul barangan kitar semula selepas digunakan untuk mengelakkan sampah sarap bersepah di merata tempat terutamanya di tempat pembuangan sampah," ujarnya.

Page 4: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

3

ARKIB : 25/02/2013

Sahut seruan kempen tanam pokok

BENTONG 24 Feb. - Rakyat perlu menyahut seruan bagi menjayakan kempen menghijaukan bumi dengan menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok bagi memulihara alam sekitar.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bumi bukan sahaja perlu dilindungi dengan kehijauan pokok untuk mengelak hakisan tetapi bagi mengurangkan pencemaran menangani masalah pemanasan global.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memandang serius masalah peningkatan pemanasan global dan perlu ditangani segera jika mahu menyelamatkan bumi.

"Semasa menghadiri persidangan WHO baru-baru ini yang dihadiri menteri-menteri kesihatan dari seluruh dunia, masalah pemanasan global menjadi agenda utama dalam perbincangan tersebut.

"Hasil kajian WHO menunjukkan kepanasan yang meningkat setiap satu darjah celsius akan menyebabkan salji menjadi cair dan paras air laut akan meningkat serta menenggelamkan pulau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Penanaman Semula Pokok "Seorang Satu Pokok" anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri di Cure & Care Mempaga 3, dekat sini semalam.

Yang hadir sama Pengarah AADK negeri, Azmi Mustafa dan Pengurus Felda Wilayah Mempaga, Mohd. Nasir Embong.

Page 5: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

4

ARKIB : 25/02/2013

Nilai sisa sawit

Relau yang memuatkan buah kelapa sawit untuk distimkan sebelum proses memerah minyak dilakukan.

Menerusi proses menghasilkan minyak kelapa sawit, penghasilan serta lambakan bahan buangan seperti tandan buah kosong (EFB) dan juga tempurung kelapa sawit mendatangkan sedikit masalah.

Sebelum ini, bahan-bahan tersebut akan dibuang begitu sahaja, namun terdapat juga usaha untuk memproses bahan buangan tersebut untuk dijadikan baja.

Terbaru, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) dari Jepun mengadakan bengkel khas untuk membincangkan pengurusan bahan buangan tersebut.

Bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan kaedah terbaik yang dikenali sebagai sistem sisa buangan sifar (zero-discharge system) di kilang sawit bagi menguruskan bahan buangan tersebut.

Menurut pengerusi bengkel tersebut, Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan, kajian antara UPM dan KIT telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu lagi.

Page 6: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

5

Jelasnya, industri sawit menjadi fokus negara dan usahasama yang mana penjanaan sisa sawit yang begitu banyak telah membuka peluang menjalankan pelbagai penyelidikan.

‘‘Kita juga sentiasa mengambil peluang dan mencari kaedah serta teknologi terbaik menyelesaikan masalah sisa industri sawit.

‘‘Kerjasama di antara Kyutech dan UPM telah menghasilkan pelbagai teknologi yang kini dapat diguna pakai oleh industri bagi mencapai matlamat zero-discharge dan pembangunan lestari," katanya ketika di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Kini, hasil kerjasama ini kedua-dua buah universiti telah memperkenalkan system tersebut di kilang sawit di Sandakan, Sabah.

Projek tersebut juga merupakan perkongsian penyelidikan untuk pembangunan mapan dalam bidang Sains dan Teknologi (SATREPS) di antara Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Agensi Sains dan Teknologi Jepun.

‘‘Konsep kami adalah untuk mewujudkan peluang perniagaan melalui sistem buangan sifar seperti bioplastik, biogas, arang EFBdan rawatan air sisa (efluen) yang menyumbang kepada pemuliharaan kawasan ramsar di Sungai Kinabatangan dan Segama," kata Dr. Mohd. Ali.

UPM dengan kerjasama KIT akan membangunkan sistem bahan buangan sifar di kilang-kilang sawit di sekitar Sungai Kinabatangan untuk menjana perniagaan baru berkonsep hijau.

JICA, JST, UPM dan KIT mempunyai sejarah kerjasama penyelidikan dan pembangunan sejak tahun 1990an dalam bidang alam sekitar dan bioteknologi.

Konsep buangan sifar merupakan satu amalan membebaskan bahan-bahan seperti air yang terawat bagi mengelakkan alam sekitar tercemar.

Di dalam industri pemprosesan minyak kelapa sawit, proses membebaskan sisa bahan buangan telah lama menjadi isu alam sekitar.

Jika dahulu sisa buangan tersebut dialirkan terus ke sungai tanpa dirawat dan amalan tersebut menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk.

Antara sisa lain dalam pemprosesan minyak kelapa sawit adalah serat EFB dan juga tempurung kelapa sawit.

Sebelum ini, serat EFB dan tempurung kelapa sawit hanya dibuang begitu sahaja dan hanya sedikit yang menjadikannya sebagai baja.

Page 7: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

6

Biarpun sisa buangan tersebut mencemarkan alam sekitar namun pihak industri tidak memiliki cara untuk menjadikannya sebagai sesuatu yang berharga.

Oleh kerana sawit merupakan salah satu industri utama negara, lambakan sisa bahan buangan tersebut semakin meningkat saban hari. Oleh itu, satu kajian atau tindakan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Sehubungan itu, bengkel yang bertemakan Zero-Discharge From Palm Oil Industry & Creation Of New Green Profitable Business yang diadakan telah membincangkan konsep penciptaan peluang perniagaan.

Antaranya , ialah melalui sistem buangan sifar yang mana bahan sisa dari kilang-kilang kelapa sawit dikitar semula bagi memperoleh produk-produk yang mempunyai nilai tambah.

Contoh produk nilai tambah yang boleh dihasilkan adalah seperti bioplastik, biogas untuk penjanaan tenaga elektrik, arang daripada tandan sawit kosong dan cengkerang sawit, perolehan semula air, serta rawatan air sisa.

Menerusi kaedah tersebut, negara dijangka memperoleh impak yang positif seperti penggunaan bahan sisa sawit secara lebih efisien mampu mendatangkan keuntungan melalui penghasilan produk nilai tambah.

Selain itu, pengamalan sistem rawatan sisa efluen yang lebih lestari di semua kilang sawit juga dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menerusi sistem yang diperkenalkan juga, projek-projek loji pandu yang dibina di kilang sawit akan mempamerkan keupayaan untuk perlaksanaan pada skala penuh.

Malah, sistem tersebut juga bakal mencipta peluang perniagaan hijau yang menguntungkan negara.

Antara lain ia juga mencipta peluang pelaburan dari syarikat luar terutamanya Jepun bagi perniagaan produk nilai tambah serta menggalakkan pemuliharaan alam semulajadi di sekitar Kinabatangan, Sabah.

Namun apa yang paling penting adalah, imej industri sawit sebagai industri yang mesra alam dan mengamalkan pembangunan lestari juga dapat dipertingkatkan.

Page 8: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

7

ARKIB : 04/03/2013

Bersedia guna teknologi hijau

Oleh LAUPA JUNUS

Model Rumah Tenaga Ultra Rendah yang dibangunkan di Taman Penyelidikan Inovasi Hijau di Bangi.

MALAYSIA sebenarnya bersedia untuk menjayakan konsep teknologi hijau," demikian kata Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Sopian.

Beliau berkata, tidak ada sebab Malaysia tidak bersedia kerana penggunaannya tidak dapat dielakkan.

Masalah pencemaran alam sekitar, perubahan iklim dan sumber bahan yang terhad adalah sebab utama ke arah penggunaan teknologi hijau.

Sehubungan itu menurut Kamaruzzaman, sistem atau produk yang tidak bercirikan mesra alam atau hijau tidak akan berada lama di pasaran.

Mengulas lanjut beliau berkata, dengan pengenalan Dasar Tenaga Kelima yang diperkenalkan pada tahun 1999 menjadikan Malaysia berada pada landasan tepat menggunakan konsep tersebut.

Page 9: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

8

Dasar tersebut kata beliau, merupakan sambungan kepada dasar empat sumber tenaga yang mempelbagaikan sumber iaitu arang batu, petroleum, gas asli dan hidro.

Dasar Tenaga Kelima membabitkan penggunaan tenaga diperbaharui (RE) terutamanya biojisim (biomass) yang menyasarkan lima peratus tenaga elektrik dijanakan daripada bahan tersebut.

Sebagai rekod, pada tahun lepas, hanya 0.10 peratus sahaja sahaja yang dihasilkan daripada sumber tersebut.

Oleh itu, beliau berpendapat, dasar tersebut boleh dianggap belum berjaya kerana sumber biojisim tidak mudah untuk diperoleh. Apatah lagi, ada pihak meletakkan harga tertentu pada bahan yang dianggap sisa atau buangan itu.

''Selain itu, harga jualan yang dianggap rendah tidak menggalakkan pertumbuhan industri ini," kata Kamaruzaman.

Pada masa sama, semua polisi atau dasar tenaga kebangsaan adalah dasar penjanaan elektrik dan tidak ada kaitan dengan dasar atau polisi tenaga.

Oleh itu Dasar Teknologi Hijau yang diperkenalkan itu boleh membantu meningkatkan lagi penggunaan RE seperti tenaga suria.

Dasar Teknologi Hijau muncul tepat pada masanya. Teknologi hijau boleh menjana sumber kewangan baru negara serta peluang pekerjaan.

''Tetapi saya ingin menegaskan bahawa ini bukan bermaksud kita perlu mengimport teknologi luar hanya untuk memenuhi hasrat murni dasar ini.

''Teknologi tempatan perlu di utamakan kerana ini bakal menjadikan Malaysia sebagai pusat serta hub untuk teknologi hanya di rantau ini.

"SERI sebagai contohnya mempunyai hampir 30 paten dan harta intelek lain yang pasti boleh dimanfaatkan oleh industri tempatan," ujarnya.

Teknologi RE kata beliau, menggunakan sumber tempatan seperti tenaga suria, angin, ombak dan biojisim yang tidak bergantung kepada keadaan politik semasa atau bahan api fosil yang terhad.

Oleh kerana harga bahan api fosil yang meningkat, pencemaran alam sekitar dan isu keselamatan tenaga, akan menjadikan pengguna lebih menghargai teknologi RE.

Teknologi RE juga boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seperti pengeringan bahan pertanian dan hasil laut.

Page 10: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

9

Sebagai contoh, menurut beliau air panas daripada tenaga suria pula boleh digunakan untuk membasuh pinggan di restoran, kilang tekstil dan sebagainya.

Penggunaan tenaga suria itu dapat memberi alternatif kepada penggunaan tenaga fosil yang pastinya dapat memelihara alam sekitar dan menjamin masa depan yang lebih baik.

Page 11: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

10

ARKIB : 19/02/2013

Bakau zon penampan semula jadi

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM [email protected]

ALOR GAJAH 18 Feb. - Penanaman pokok bakau di pesisir pantai di negeri ini akan diperbanyakkan bagi mewujudkan zon penampan semula jadi agar dapat mengurangkan risiko kemusnahan apabila berlaku bencana alam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan hutan paya bakau memainkan peranan penting sebagai penahan kekuatan ombak yang sekali gus dapat mencegah berlakunya hakisan.

Katnya, selain itu, hutan bakau juga merupakan perangkap sampah semula jadi yang efektif bagi menghalang sampah masuk ke laut lepas yang akan menjejaskan pemandangan serta ekosistem hidupan laut.

"Pencemaran sungai dan laut bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi juga menjejaskan kehidupan masyarakat yang bergantung kepada sungai sebagai sumber makanan dan bekalan air.

"Usaha menanam semula bakau biarpun nampak remeh, ia mempunyai kesan yang sangat besar terutama dalam mengurangkan risiko kemusnahan apabila berlakunya bencana seperti tsunami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Jom Sayangi Sungai Kita dan Penanaman Semula Anak Bakau di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kuala Linggi, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ar. Ismail Othman.

Mohd. Ali berkata, memelihara sungai yang merupakan khazanah alam adalah tanggungjawab semua pihak dan bukan dipikul agensi berkaitan sahaja.

Katanya, bencana alam boleh terjadi pada bila-bila masa dan antara puncanya termasuk kegiatan manusia yang rakus mencari keuntungan tanpa memikirkan akibatnya.

"Kita perlu sedar bahawa masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, air, pembuangan sisa toksik dan penebangan hutan secara berleluasa adalah penyumbang kepada berlakunya bencana alam," katanya.

Page 12: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

11

Beliau turut memuji inisiatif penganjur program berkenaan iaitu peserta Diploma Pengurusan Awam 2/2012 Pegawai Tadbir Diplomatik dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Linggi dan Kampung Tanjung Dahan.

Katanya, mereka berganding bahu membersihkan Sungai Linggi dekat sini serta menanam anak pokok bakau di kawasan berkenaan.

Katanya, tindakan itu seharusnya dicontohi oleh pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri sedia memberi sokongan bagi mewujudkan kawasan pesisir pantai yang selamat, bersih dan terpelihara flora dan faunanya.

Page 13: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

12

ARKIB : 08/02/2013

Sungai Ambual semakin kotor

Oleh SAPURAH LIYUNAN [email protected]

KENINGAU 7 Feb. - Lebih 1,000 penduduk Kampung Ambual di sini, yang bergantung harap kepada Sungai Ambual yang merentasi perkampungan itu bukannya antipembangunan, sebaliknya nikmat itu amat diperlukan mereka bagi meningkatkan taraf kehidupan ke arah lebih baik.

Penduduk pada masa ini langsung tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan air sungai itu untuk keperluan harian seperti mendapatkan bekalan air minuman, membasuh pakaian dan mandi kerana bekalan air melalui telaga tiub sering terputus, selain tidak lagi mencukupi bagi menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah.

Bagaimanapun, air sungai itu kini tidak lagi bersih dan jernih seperti dahulu, namun penduduk terpaksa menggunakannya walaupun mengetahui risiko masalah kesihatan yang bakal dihadapi.

Apalah daya penduduk kampung kerana keluh-kesah dan denyut nadi mereka seolah-olah tidak didengari pihak berwajib sedangkan permasalahan itu dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu iaitu selepas pembukaan kilang kelapa sawit di hulu sungai itu.

Page 14: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

13

Penduduk mendakwa, masalah pencemaran itu bukannya proses semula jadi tetapi berpunca daripada pembuangan sisa-sisa kilang kelapa sawit itu yang mula beroperasi pada 2008.

Untuk menanganinya, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ambual, Garius Pukin (gambar) berkata, beliau mencadangkan dua kaedah bagi menangani masalah itu iaitu meminta sistem bekalan air graviti bawah tanah (telaga tiub) yang bertapis dan sistem bekalan paip graviti dari Sungai Mato Mayo yang terletak di hulu Sungai Ambual.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pensiangan berkata, pembuangan sisa buah sawit yang diproses dan dibuang ke anak-anak sungai yang mengalir ke Sungai Ambual menjejaskan kualiti punca air itu.

"Sekarang ini warna air Sungai Ambual menjadi kemerahan-merahan dan ada ketikanya menjadi hitam, malah ada penduduk mengadu gatal-gatal badan selepas mandi di sungai berkenaan dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik swasta yang sememangnya memerlukan kos," katanya.

Dakwa Garius, ekoran masalah pencemaran air yang dihadapi penduduk, pihaknya menghantar surat kepada pihak berkaitan mengenai cadangan penduduk untuk mengatasi masalah itu tetapi sehingga kini masih belum mendapat sebarang jawapan.

"Kami merayu kepada kerajaan segera memberikan peruntukan khas bagi membina sistem telaga tiub bertapis untuk membekalkan air bersih kepada 97 rumah penduduk dan Sekolah Kebangsaan Ambual.

"Paip graviti sedia ada kini tidak mencukupi kerana punca airnya telah diterokai untuk aktiviti pertanian, selain jumlah penduduk yang semakin bertambah," katanya sambil menambah masalah itu pertama kali dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan pada April 2008.

Kata beliau, pada Februari tahun lalu, pihaknya menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar yang mengatakan air Sungai Ambual selamat diminum.

"Ini amat mengelirukan penduduk kerana bagaimana air sungai ini selamat diminum sedangkan airnya sentiasa keruh dan dipenuhi dengan sisa-sisa buangan kilang sawit yang terletak di hulu sungai berkenaan. Malah kesihatan penduduk juga sering terjejas," katanya.

Page 15: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

14

ARKIB : 09/01/2013

Bersama jaga kebersihan kawasan

Oleh HANIZA HASSAN [email protected]

NAIB Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang (tengah) bersama para penduduk dan penuntut membersihkan longkang sempena Program Gotong-Royong Perdana 2013, di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/HANIZA HASSAN

JOHOR BAHRU 8 Jan. - Kira-kira 500 kakitangan dan penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta penduduk setempat menyertai Program Gotong-Royong Perdana 2013 yang diadakan di sekitar Jalan Penyiaran, Taman Universiti, di sini baru-baru ini.

Program bermula pukul 8 pagi itu anjuran bersama UTM, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, program yang mendapat sambutan baik daripada semua pihak itu merupakan platform terbaik dalam membentuk sahsiah terpuji penuntut.

Page 16: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

15

"Penuntut dapat melihat sendiri selain mengetahui segala kemudahan yang telah disediakan untuk kegunaan rakyat dan menggunakan pengalaman ini sekiranya ada yang bakal menjadi pemerintah kelak.

"Kita juga ingin meminta bantuan dan kepakaran UTM untuk mengkaji bagaimana dapat mengubah mentaliti masyarakat agar lebih peka dan berdisiplin dalam menjaga kebersihan kawasan masing-masing," katanya.

Pada program tersebut, SWM turut menyediakan sebanyak 1,800 tong sampah percuma untuk diedarkan ke setiap rumah di kawasan berkenaan.

Abdul Aziz berkata, kira-kira 15 program gerak tumpu dan gotong-royong seperti itu akan dijalankan sepanjang tahun ini di kawasan MPJBT bagi memastikan keselesaan penduduk sentiasa terjaga.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Jalan Penyiaran Taman Universiti, Md. Tahir Yusoff berkata, penduduk juga harus bertanggungjawab memastikan dan menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal mereka.

"Kebersihan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk penduduk dan kita tidak boleh mengharapkan pihak majlis perbandaran atau kerajaan untuk membersihkan semuanya.

"Semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing untuk keselesaan bersama selain memastikan pencemaran alam sekitar tidak berterusan," katanya.

Page 17: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

16

ARKIB : 18/12/2012

Semai semangat jaga alam sekitar

Oleh LIAU PEI WEN [email protected]

mahasiswa UMK Kampus Jeli bergotong-royong membersihkan Kolam Air Panas Jeli sempena MASM 2012 Peringkat Negeri Kelantan di kampus tersebut, baru-baru ini. - UTUSAN/LIAU PEI WEN

JELI 17 Dis. - Alam sekitar merupakan hadiah sangat berharga yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia dan setiap penduduk dunia mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar kerana bumi merupakan satu-satunya tempat yang sesuai untuk dihuni oleh manusia.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menjaga alam sekitar, majlis sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2012 Peringkat Negeri Kelantan telah dianjurkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, di sini baru-baru ini.

Majlis anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan UMK Kampus Jeli itu bertemakan 'Terima Kasih Kerana Menghayati Alam Sekitar' dan berlangsung selama dua hari.

Page 18: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

17

Antara aktiviti yang dijalankan sempena majlis sambutan MASM 2012 Peringkat Negeri Kelantan adalah pertandingan gubahan bahan kitar semula, ceramah alam sekitar, fotografi alam dan debat alam sekitar bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Bekas Pengarah JAS Negeri Kelantan, Ruslan Mohamad berkata, MASM disambut di peringkat kebangsaan dan negeri pada setiap tahun untuk memberi kefahaman dan meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab orang ramai untuk menjaga alam sekitar.

"Majlis Sambutan MASM 2012 Peringkat Negeri Kelantan buat pertama kalinya diadakan di UMK Kampus Jeli bertujuan melibatkan mahasiswa dalam aktiviti penjagaan alam sekitar khususnya program kitar semula dan mengurangkan penggunaan bahan berasaskan plastik.

"Setiap penduduk dunia menghirup udara sama dan berkongsi menggunakan sumber-sumber yang ada untuk kehidupan yang harmoni serta sejahtera. Tentunya, apa saja yang menjadi milik kita, akan kita pertahankan dan lindungi daripada segala bentuk kemusnahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan MASM 2012 Peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Dewan Serbaguna UMK Kampus Jeli, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah UMK Kampus Jeli, Prof. Dr. Ibrahim Che Omar.

Ruslan berkata, majlis sambutan MASM 2012 Peringkat Negeri Kelantan di UMK Kampus Jeli merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya generasi muda tentang kepentingan memelihara serta memulihara alam sekitar.

"Pepatah Melayu ada mengatakan 'melentur buluh, biarlah daripada rebungnya'. Jadi, kami ibaratkan peserta program kali ini terutamanya para mahasiswa ialah rebung yang akan membentuk buluh yang kuat apabila mereka menjadi pemimpin pada masa depan.

"Kami berharap para mahasiswa akan menjadi pemimpin yang mengambil kira dan menitikberatkan aspek penjagaan alam sekitar kerana kita semua sedia maklum bumi ini juga akan diwarisi oleh generasi yang akan datang," katanya.

Menurutnya, pameran sempena program tersebut juga dapat memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar di samping meningkatkan kerjasama antara pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Page 19: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

18

"JAS adalah sebuah agensi penguat kuasa yang memainkan peranan untuk mencegah, menghapus, mengawal dan membaiki alam sekeliling melalui penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawah akta tersebut.

"Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS dengan bilangan anggota penguat kuasa serta kelengkapan yang terhad sudah tentu tidak dapat merungkai setiap punca pencemaran yang ada di negara ini dengan cukup berkesan," katanya.

Sehubungan itu, Ruslan menjelaskan, aktiviti-aktiviti kesedaran yang diadakan seperti majlis sambutan MASM 2012 Peringkat Negeri Kelantan diharap dapat melengkapkan program penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak JAS dari semasa ke semasa.

"Kami berharap untuk mencapai kumpulan sasar yang lebih meluas dalam usaha menggerakkan setiap anggota masyarakat di negara ini supaya mereka benar-benar menghayati dan turut bersama bertanggungjawab memulihara alam sekitar," katanya.

Beliau memberitahu, JAS telah memperkenalkan program Rakan Alam Sekitar (RAS) bagi meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat di setiap kawasan Parlimen dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

"RAS merupakan satu program yang direkabentuk supaya mempunyai unsur-unsur pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas berkenaan keberkesanan aktiviti dan paling penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat.

"Mereka berperanan membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab membanteras kegiatan atau aktiviti yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Program ini dapat memberikan kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat," katanya.

Menurutnya, program RAS menyediakan saluran tepat kepada masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai pencemaran atau kerosakan alam sekitar supaya tindakan segera dapat diambil secara berkesan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

"Program RAS menjadi platform untuk menanam rasa tanggungjawab dan keprihatinan anggota masyarakat terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kehidupan generasi akan datang akan terancam jika alam sekitar tidak dijaga dengan baik," katanya.

Page 20: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

19

ARKIB : 18/12/2012

JAS bertindak lebih tegas kesan pencemar sungai

SEREMBAN 17 Dis. - Tindakan lebih tegas termasuk menjalankan operasi pada waktu malam dan cuti umum akan dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tiada efluen yang menyalahi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dilepaskan ke perairan darat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk VS Mogan berkata, kerajaan tidak pernah berkompromi dalam aspek penjagaan kualiti air di semua sungai di negeri ini.

''Sebanyak 18 buah kilang telah didenda sepanjang tahun ini kerana melepaskan efluen yang mengandungi parameter melebihi standard ditetapkan," katanya ketika menjawab soalan lisan K. Arumugam (DAP-Rahang) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Mogan (BN-Jeram Padang) berkata, JAS negeri ini juga sedang memantau kilang itu dengan lebih dekat termasuk menjalankan penguatkuasaan pada waktu malam bagi memastikan efluen terawat yang dilepaskan ke dalam sungai mematuhi standard.

''Pada masa yang sama, JAS juga melaksanakan program kesedaran alam sekitar seperti ceramah, dialog, pameran yang membabitkan pihak industri supaya pemahaman terhadap pengurusan alam sekitar dilaksanakan dengan betul," katanya.

Mengenai pencemaran Sungai Linggi baru-baru ini, Arumugam mengemukakan soalan sejauh mana tahap tindakan yang diambil kerajaan negeri mengatasinya dan Mogan bangun menjelaskan, siasatan telah dijalankan ke atas punca pencemaran, khususnya di Lembangan Linggi, di mana banyak kilang beroperasi di situ.

''Sampel air di situ telah diambil dan dibuat kajian," tegasnya.

Menjawab satu lagi soalan lisan yang dikemukakan Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) berkaitan banjir kilat di kawasan Seremban dan Labu, Mogan memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri telah menjalankan kerja menggali sungai sepanjang 8 kilometer di kawasan Kampung Pulau dan Kampung Batu 8, Labu.

''Ini merupakan langkah jangka pendek dan untuk masa hadapan, permohonan telah pun dibuat kepada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir di kawasan berkenaan," tegasnya.

Mengenai longgokan batu di Sungai Temiang dikatakan menjadi punca banjir kilat di kawasan Seremban, Mogan berkata, longgokan berkenaan bertujuan menambah pengudaraan air serta meningkatkan kualiti kehidupan akuatik di sungai berkenaan.

Page 21: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

20

ARKIB : 16/12/2012

Sungai tercemar di Johor dibersih

JOHOR BAHRU 15 Dis. - Kerajaan negeri kini semakin serius menangani masalah pencemaran sungai di negeri ini sebagai salah satu usaha merealisasikan agenda hijau dan pembangunan persekitaran mapan dan bebas karbon di Iskandar Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan memulakan kerja-kerja membersihkan Sungai Skudai di sini yang tercemar akibat daripada kerja-kerja pembangunan serta sikap segelintir individu yang membuang sampah ke dalam sungai.

Beliau berkata, Sungai Skudai bermula dari Sedenak dan berakhir di Selat Johor merupakan salah satu sungai utama di daerah Johor Bahru, sepanjang 46 kilometer dan luas lembangannya 235 kilometer persegi.

"Jika menyusuri Sungai Skudai dari hulu, kita dapat ketahui bacaan kualiti airnya ialah kelas dua iaitu air sungai hanya memerlukan kaedah rawatan konvensional dan tidak serius manakala bila sampai di hilir, indeks yang dicatatkan adalah di kelas empat iaitu sungai ini hanya wujud sebagai saliran dan tidak boleh dimanfaat sebarang kegiatan.

"Pencemaran utama Sungai Skudai ialah daripada sisa pepejal. Sampah sarap ini biasanya datang dari kawasan penempatan yang didirikan di sepanjang sungai. Jika masalah ini dibiarkan, tidak mustahil suatu hari nanti kita hilang salah satu sumber air di negeri ini," katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Karnival Sungai Skudai Peringkat Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong.

Pelbagai acara menarik dianjurkan sepanjang karnival itu berlangsung, antaranya, pertandingan kutipan sampah di sungai bersama persatuan nelayan, gotong-royong bersama penduduk, rawatan kolam menggunakan 'mikoorganisma berkesan' (EM), pertandingan memancing, pelepasan benih ikan, program penghijauan rizab sungai bersama komuniti dan pameran agensi kerajaan.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, satu lagi langkah ke arah pembangunan persekitaran hijau ialah pembersihan air Sungai Segget yang menelan kos RM200 juta, dijadual bermula awal tahun depan.

Katanya, projek tersebut yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) membabitkan dua lapisan iaitu bahagian atas dan bawah bagi membolehkannya mempunyai sistem pembersihan dan rawatan air.

Page 22: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

21

"Sungai itu nanti akan dibuka dengan dibina dua lapisan iaitu bahagian atasnya akan mengalirkan air bersih manakala bahagian bawahnya air kumbahan yang telah dirawat ke Selat Tebrau. Projek berkenaan juga merupakan sebahagian daripada pelan transformasi pusat bandar raya Johor Bahru," katanya.

Page 23: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

22

ARKIB : 22/11/2012

Usaha melestarikan alam sekitar

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR [email protected]

SEBAHAGIAn daripada pelajar yang menyertai program menanam pokok bersama komuniti setempat di Pusat Beli-Belah Aeon Seri Manjung, Lumut, baru-baru ini.

LUMUT 21 Nov. - Melihat situasi perubahan iklim global yang kian meruncing, usaha penanaman pokok kini dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian penting ke arah mewujudkan kelestarian alam sekitar.

Pokok bukan sahaja membekalkan bekalan oksigen kepada hidupan di dunia ini, malah berupaya mengawal kuantiti gas karbon dioksida di atmosfera.

Selain menjadi tempat perteduhan secara semula jadi, pokok juga mampu mengurangkan risiko banjir serta pencemaran bunyi.

Menyedari mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar khususnya kepada generasi muda, Aeon Co. (M) Bhd. (Aeon) bergerak secara proaktif dengan mewujudkan program menanam pokok setiap kali majlis pembukaan cawangan baru pusat beli-belah itu.

Page 24: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

23

Pengarah Urusannya, Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, pihaknya percaya program menanam pokok bersama komuniti setempat secara langsung menggalakkan masyarakat membawa perubahan lebih baik terhadap alam sekitar.

"Kali pertama program penanaman anak pokok Aeon ialah pada 1991 iaitu ketika pembukaan pusat beli-belah Aeon Ayer Keroh di Melaka yang melibatkan penanaman sebanyak 50,000 pokok.

"Sehingga hari ini, kita telah menanam lebih 450,000 anak pokok di seluruh negara," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian penanaman pokok di Pusat Beli-Belah Aeon Seri Manjung, dekat sini baru-baru ini.

Majlis yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan itu turut dihadiri Pengerusi Aeon Co. (M) Berhad, Datuk Abdullah Mohd. Yusof.

Pada majlis tersebut, lebih 2,000 anak pokok ditanam oleh kira-kira 300 pelajar sekolah serta kakitangan Aeon dan penduduk setempat di sekitar kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah itu.

Antara spesies anak pokok yang ditanam termasuklah Rhu Bukit, African Mahogany, Burma Rosewood dan Purple Coral Tree.

Sebanyak lima sekolah menyertai program tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manjung, SK Seri Sitiawan, SK Sri Bayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tit Bin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mukim Pundut.

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Qamarina berkata, pihaknya juga pernah terlibat dalam program penanaman pokok di Paya Indah Wetlands, Selangor pada 2005 ketika menyambut ulang tahun ke-25 Aeon dengan rekod penanaman sebanyak 25,000 anak pokok.

Pada September tahun lalu pula katanya, para sukarelawan dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) turut membantu menanam 1,000 anak pokok di Tapak Rehabilitasi dan Perhutanan Semula Habitat Orang Utan di utara Ulu Segama, Sabah milik Aeon.

"Program penanaman pokok ini sebenarnya selari dengan misi korporat dan aktiviti Aeon untuk menghijaukan bumi buat generasi akan datang selain mengekalkan penjagaan alam sekitar.

"Selain memperkembangkan rangkaian pusat beli-belah Aeon di seluruh negara, pada masa sama kita dapat berinteraksi lebih dekat dengan masyarakat setempat," katanya.

Sementara itu, seorang murid tahun enam SK Seri Manjung, Muhd. Luqman Hakim, 12, yang menyertai program tersebut berkata, dia gembira kerana berpeluang untuk menyertai aktiviti berfaedah tersebut.

Page 25: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

24

ARKIB : 21/11/2012

4 sungai utama masih tercemar

Oleh ZAAIN ZIN [email protected]

KUCHING 20 Nov. - Empat sungai utama di negeri ini, iaitu Sungai Sarawak, Batang Lupar, Batang Rejang dan Batang Baram masih belum bebas sepenuhnya daripada pencemaran.

Menteri Muda Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh (gambar) memberitahu, Sungai Sarawak dan Batang Lupar kekal dalam kategori sedikit tercemar apabila bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) dua sungai berkenaan tidak banyak berubah sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu katanya, tahap pencemaran di Batang Rejang dan Batang Baram meningkat apabila dikategorikan sebagai tercemar pada 2011 berbanding sedikit tercemar pada 2009 dan 2010.

Page 26: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

25

"Antara langkah yang diambil untuk mengawal pencemaran ialah pematuhan ketat syarat-syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk aktiviti pembangunan sebagaimana termaktub di bawah Perintah Sumber Asli dan Alam Sekitar (Aktiviti yang Ditetapkan) 1994.

"Peraturan ini mewajibkan pemaju projek menghantar Laporan Pemantauan Alam Sekitar (EMR) masing-masing setiap tiga bulan," katanya ketika menjawab soalan Wong Hua Seh (DAP-Repok) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Chiew Chiu Sing (DAP-Kidurong) tentang kesan aktiviti perindustrian di Samalaju kepada alam sekitar, Len Talif memberitahu, kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pencemaran dapat dibendung.

"Kesemua projek pembangunan di Samalaju perlu mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 serta Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1993.

"Selain itu, permohonan pembinaan mana-mana kilang perindustrian baharu di kawasan tersebut hanya akan diluluskan setelah Jabatan Alam Sekitar berpuas hati dengan laporan EIA daripada pemaju terbabit

Page 27: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

26

ARKIB : 18/11/2012

Pengawasan hutan melalui udara tingkat keberkesanan kesan punca pencemaran

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Program Pengawasan Hutan Melalui Udara akan dilaksanakan awal tahun depan bertujuan meningkatkan keberkesanan tindakan mengesan punca pencemaran atau pelanggaran undang-undang alam sekitar, terutama di kawasan yang sukar dimasuki melalui jalan darat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat Kabinet pada 12 Okt lepas memutuskan supaya Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri menyalurkan peruntukan RM2 juta bagi pembiayaan program itu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Program pengawasan ini membabitkan penguatkuasaan secara bersepadu pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau 1 NRE Enforcement," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Page 28: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

27

ARKIB : 26/10/2012

Buang sampah 'pandu lalu'

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS [email protected]

SIkap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyebabkan simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok, Kuala Langat terus dipenuhi sampah sarap.

KUALA LANGAT 25 Okt. - Setahun lalu bahu jalan di simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok di sini yang dipenuhi sampah telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun tabiat dan amalan membuang sampah secara 'pandu lalu' di kawasan berkenaan berulang lagi.

Papan tanda amaran dilarang membuang sampah yang dipasang di kawasan berhampiran pula dianggap tidak lebih sekadar perhiasan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai yang melalui kawasan tersebut terpaksa menghidu bau busuk yang datang dari timbunan sampah berkenaan selain pemandangan menyakitkan mata dapat disaksikan apabila pelbagai bahan buangan seperti sisa makanan, perabot lama dan bahan sisa pembinaan bertaburan di sepanjang 100 meter jalan tersebut.

Page 29: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

28

Seorang pengguna laluan tersebut Hanif Mahfuz, 24, berkata, dia hairan mengapa kawasan yang dilalui oleh orang ramai boleh dibiarkan menjadi kawasan membuang sampah pandu lalu sedangkan lokasi itu begitu hampir dengan kawasan perumahan.

Menurutnya, kawasan itu menjadi tempat pembuangan sampah disebabkan keadaannya agak sunyi selain jarang dilalui orang pada waktu tertentu terutama pada waktu malam.

''Sampah yang bertaburan semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan udara di sini berbau busuk selain menjadi tempat pembiakan lalat," katanya. ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia berharap agar orang ramai menghentikan tabiat membuang sampah secara pandu lalu di kawasan itu kerana perbuatan buruk itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah mengundangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Seorang pekerja swasta, Ryzaki Sidek ,39, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang mungkin dilakukan oleh orang luar.

Dia yang sering menggunakan laluan itu ke pekan Banting memberitahu, kejadian itu sudah berlarutan selama beberapa bulan setelah kawasan itu dibersihkan setahun yang lalu.

''Saya pun tidak faham mengapa ada orang yang sanggup membuang sampah dengan begitu mudah seolah-olah melepaskan tengkuk sendiri semata-mata.

''Sepatutnya orang yang membuang sampah berfikir dahulu sebelum membuang sampah merata-rata kerana perbuatan itu jelas memaparkan sikap mementingkan diri dan kebersihan rumah sendiri semata-mata," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja swasta, Azimah Aripin berkata, perbuatan pihak tertentu membuang sampah seperti perabot dan kaca yang sudah pasti mengundang musibah sekiranya objek itu bertaburan di atas di jalan raya.

Katanya, PBT seharusnya membuat pemantauan dan membersihkan kawasan tersebut dengan segera kerana lokasi itu tidak jauh dari pekan Banting dan laluan alternatif ke kawasan peranginan Morib.

Page 30: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

29

ARKIB : 12/10/2012

Kebanyakan sungai di Selangor tercemar

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kebanyakan sungai di Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan berpotensi menjadi ancaman serius kepada keperluan asas yang amat penting ini jika tidak ditangani, seorang ahli sains memberi amaran hari ini.

Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia, Dr. Hafizan Juahir, berkata bahagian air bersih di sungai-sungai ini semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi, terutama pembangunan kawasan perumahan.

Sebagai contoh, beliau mendedahkan panjang Sungai Langat, sungai utama di antara beberapa sungai di Selangor yang menjadi sumber air mentah ialah 149.3 km tetapi bahagian air bersih hanya tinggal 49.3km sahaja manakala selebihnya 100km sudah tercemar.

Dalam satu temuramah dengan Bernama, Hafizan berkata, pencemaran sungai dikategorikan kepada empat kelas iaitu 1 dan 2 belum tercemar, manakala 3 dan 4 tercemar secara serius.

"Sepanjang 100km Sungai Langat sudah masuk dalam kelas 3, 4. Dan jika kualiti air sungai lebih teruk daripada ini, ia sudah dikira sungai mati," katanya.

Hafizan menjelaskan data-data ini adalah terkini yang diperolehi oleh para pelajar beliau yang membuat persembahan penemuan mereka mengenai keadaan Sungai Langat hanya tiga hari lepas.

Beliau berkata di daerah Hulu Langat kini keadaan semakin meruncing dan mengancam sungai akibat terlalu banyak pembangunan terutama kondominium, rumah-rumah kedai dan peningkatan populasi yang memberi impak negatif terhadap kualiti air akibat air cucian, sisa-sisa domestik dan sampah yang masuk dalam sungai.

"Saya adalah ahli sains dan penyelidik. Saya bercakap berdasarkan fakta mengenai kualiti air. Saya lihat secara terperinci setiap parameter kualiti air atau pun trend indeks kuailiti air. Jadi kuantiti air yang bersih sahaja pun tinggal sikit sahaja," tambah beliau.

Hafizan berkata ramai orang terkeliru apabila bercakap mengenai sumber air kononnya negara yang kerap hujan untuk mengisi empangan seperti di Malaysia tidak perlu bimbang tentang sumber air.

"Empangan hanya air untuk tujuan rawatan sebelum kita bekalkan kepada pengguna akhir seperti kita semua, pengguna domestik atau perindustrian. Tetapi sumber air

Page 31: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

30

daripada ini tadi perlu kita teliti daripada mana datang sumber air ini. Sumber air ini datang daripada sungai.

"Kalau nak mengharapkan hujan, memang jumlah hujan kita tinggi tetapi ia jauh daripada mencukupi dengan keadaan pembangunan yang pesat, pertambahan dan peningkatan dalam populasi. Tidak dapat tidak, permintaan bekalan air bersih dan air terawat terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Hafizan keadaan kualiti sungai yang semakin tercemar dan kuantiti air bersih yang semakin merosot bermakna kos rawatan air akan menjadi lebih tinggi dan ini akan mencetuskan persoalan sama ada kerajaan akan terus mampu memberi subsidi.

Ditanya mengenai dasar kerajaan negeri yang lebih mementingkan rancangannya untuk penstrukturan semula air di negeri itu daripada mengatasi masalah seperti ancaman pencemaran sumber-sumber air dan kekurangan kapasiti pengeluaran air terawat, beliau berkata penstrukturan semula seperti yang dicadangkan itu tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya masalah-masalah yang lebih kritikal tidak diatasi.

"Tanpa mengambil kira bagaimana untuk mengawal pencemaran sumber air kita ini, meningkatkan keupayaan loji, mengambilkira aspek kuantiti air bersih, penstrukturan ini tidak akan memberikan apa-apa kebaikan," kata Dr. Hafizan.

Beliau juga menyatakan sokongan terhadap rancangan kerajaan Persekutuan mendapatkan sumber air dari Sungai Pahang ke Selangor bagi mengatasi kekurangan sumber air dan pembinaan loji rawatan Langat 2 sebagai langkah tegas mengelak krisis air yang dijangka melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2014.

Lagi pun, katanya, air dari Sungai Pahang tidak tercemar seperti sungai-sungai di Selangor. - BERNAMA

Page 32: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

31

ARKIB : 11/10/2012

Sungai di Selangor tercemar, ancam bekalan air - Pakar

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kebanyakan sungai di Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan berpotensi menjadi ancaman serius kepada keperluan asas yang amat penting ini jika tidak ditangani, seorang ahli sains memberi amaran hari ini.

Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (Enforce) Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir, berkata bahagian air bersih di sungai-sungai ini semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi, terutama pembangunan kawasan perumahan.

Sebagai contoh, beliau mendedahkan panjang Sungai Langat, sungai utama di antara beberapa sungai di Selangor yang menjadi sumber air mentah ialah 149.3 km tetapi bahagian air bersih hanya tinggal 49.3km sahaja manakala selebihnya 100km sudah tercemar.

Dalam satu temuramah dengan Bernama, Hafizan berkata, pencemaran sungai dikategorikan kepada empat kelas iaitu 1 dan 2 belum tercemar, manakala 3 dan 4 tercemar secara serius.

"Sepanjang 100km Sungai Langat sudah masuk dalam kelas 3, 4. Dan jika kualiti air sungai lebih teruk daripada ini, ia sudah dikira sungai mati," katanya.

Hafizan menjelaskan data-data ini adalah terkini yang diperolehi oleh para pelajar beliau yang membuat persembahan penemuan mereka mengenai keadaan Sungai Langat hanya tiga hari lepas.

Beliau berkata di daerah Hulu Langat kini keadaan semakin meruncing dan mengancam sungai akibat terlalu banyak pembangunan terutama kondominium, rumah-rumah kedai dan peningkatan populasi yang memberi impak negatif terhadap kualiti air akibat air cucian, sisa-sisa domestik dan sampah yang masuk dalam sungai.

"Saya adalah ahli sains dan penyelidik. Saya bercakap berdasarkan fakta mengenai kualiti air. Saya lihat secara terperinci setiap parameter kualiti air atau pun trend indeks kuailiti air. Jadi kuantiti air yang bersih sahaja pun tinggal sikit sahaja," tambah beliau.

Hafizan berkata ramai orang terkeliru apabila bercakap mengenai sumber air kononnya negara yang kerap hujan untuk mengisi empangan seperti di Malaysia tidak perlu bimbang tentang sumber air.

"Empangan hanya air untuk tujuan rawatan sebelum kita bekalkan kepada pengguna akhir seperti kita semua, pengguna domestik atau perindustrian. Tetapi sumber air

Page 33: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

32

daripada ini tadi perlu kita teliti daripada mana datang sumber air ini. Sumber air ini datang daripada sungai.

"Kalau nak mengharapkan hujan, memang jumlah hujan kita tinggi tetapi ia jauh daripada mencukupi dengan keadaan pembangunan yang pesat, pertambahan dan peningkatan dalam populasi. Tidak dapat tidak, permintaan bekalan air bersih dan air terawat terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

Page 34: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

33

ARKIB : 11/10/2012

Sungai Juru tercemar teruk - CAP

Oleh MALINDA ABDUL MALIK [email protected]

PULAU PINANG 10 Okt. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak bertanggungjawab memberi perhatian serius terhadap masalah pencemaran Sungai Juru di daerah Seberang Perai Tengah.

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh CAP mendapati selain bahan toksik dari kawasan perindustrian Perai dan air kumbahan dari taman perumahan, terdapat sisa minyak hitam dibuang ke dalam parit seterusnya mengalir ke sungai.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris (gambar) berkata, pencemaran itu bukan sahaja menjejaskan kualiti alam sekitar malah turut mengakibatkan kira-kira 300 nelayan di kawasan berkenaan bakal hilang mata pencarian apabila hasil tangkapan ikan serta ternakan kerang di sungai berkenaan terjejas.

"Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan bagi menangani masalah berkenaan.

"Mereka juga perlu membuat pemantauan lebih kerap dan meningkatkan kawalan serta menguatkuasakan undang- undang dengan tegas supaya ancaman pencemaran itu tidak berlarutan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Kuala Juru, Wahid Osman, 45, memberitahu, walaupun sudah 40 tahun sungai berkenaan diancam masalah, sehingga sekarang tiada sebarang tanda- tanda menunjukkan ia akan berkurangan malah semakin membimbangkan.

Katanya, turut mengundang masalah apabila ada pihak yang melaksanakan projek ternakan udang di kawasan berkenaan.

"Jika sisa kolam ternakan udang dibuang ke dalam sungai ini, ia bukan sahaja akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan Kuala Juru dan Tok Keramat malah sungai itu juga mungkin tertimbus dan menjadi cetek pada masa akan datang.

"Pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai itu juga mungkin mati dan secara tidak langsung boleh memusnahkan tempat pembiakan ikan, udang, ketam dan lain-lain hidupan termasuk bekalan makanan ternakan kerang yang menjadi sumber rezeki nelayan di sini," ujarnya.

Page 35: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

34

ARKIB : 06/10/2012

Penduduk bimbang pembinaan parit besar cemarkan Sungai Ketil

Pembinaan parit besar dari kawasan Program Perumahan Rakyat Gua Musang terus ke Sungai Ketil dibimbangi akan menyebabkan pencemaran serius ke atas sungai yang masih bersih dan dijadikan kawasan rekreasi ini.

GUA MUSANG 5 Okt. - Penduduk di sekitar Taman Wangi di sini bimbang pembinaan parit besar dari kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang terus ke Sungai Ketil akan menyebabkan pencemaran serius di kawasan berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin berkata, Sungai Ketil merupakan satu-satunya sungai yang masih bersih dan dijadikan kawasan rekreasi di bandar tersebut.

Beliau berkata, oleh sebab itu, pihaknya berharap Jabatan Alam Sekitar Kelantan memantau keadaan tersebut bagi memastikan pencemaran tidak berlaku.

"Pada masa sekarang pencemaran tidak akan berlaku tetapi sekiranya kesemua 1,000 unit rumah di PPR ini diduduki, parit besar itu sudah semestinya akan membawa pelbagai sisa buangan, seterusnya menyebabkan pencemaran.

"Disebabkan itu, penduduk Taman Wangi menyuarakan keresahan mereka dengan pembinaan parit besar ini yang sudah tentu akan menyebabkan Sungai Ketil tercemar

Page 36: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

35

dengan teruk. Saya mohon kepada jabatan alam sekitar menjalankan siasatan serta menjelaskan kenapa perkara seperti ini boleh berlaku," katanya di sini hari ini.

PPR Gua Musang yang melibatkan pembinaan 1,000 unit rumah kos rendah khusus untuk penduduk di sekitar daerah ini merupakan janji Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Projek yang mula dilaksanakan pada 1 Julai 2011 itu dijangka siap sepenuhnya 30 Jun 2014 dan pada masa kini telah siap 76.42 peratus iaitu 20 peratus mendahului jadual asal.

Bazlan berkata, pihaknya juga tidak mahu tragedi beberapa batang sungai di daerah tersebut yang tercemar akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah berulang lagi.

"Terletak tidak jauh dari lokasi pembinaan PPR itu ialah sungai yang airnya sentiasa bersih dari dulu lagi dan pusat rekreasi yang dikenali Taman Rimba.

"Kita perlu memastikan alam sekitar yang ada hari ini dikekalkan demi generasi akan datang dan jangan sekali-kali mahu merosakkannya," katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 7 Mei 2013

Page 37: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

1

Headline: Warisan alam harus dipulihara Publication: BH Date of publication: Apr 25, 2013 Section heading: Main Section Page number: 037 Byline / Author: Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

SABAN tahun, masyarakat dunia meraikan Hari Bumi pada 22 April dengan satu visi membangkitkan kesedaran seluruh penduduk dunia pentingnya memelihara dan menjaga alam supaya kelangsungan kehidupan manusia berada dalam sejahtera. Masyarakat dunia khususnya di negara Barat dan negara maju lain baru sedar kepentingan memelihara alam dan memanfaatkannya dalam taat acara yang betul. Kini, impak buruk apabila kita kurang prihatin terhadap alam. Bermacam malapetaka dan bencana alam menimpa silih berganti lantaran kitaran ekosistem, biologi dan hidrologi diganggu gugat demi kepentingan duniawi. Pencemaran alam terkawal Rakyat Malaysia dikira masih beruntung kerana fenomena pencemaran alam dan penerokaan hasil bumi sentiasa diawasi serta dipantau rapi meskipun kedapatan juga beberapa laporan kurang menyenangkan. Hutan sebagai warisan alam semula jadi dikurniakan Allah harus dipulihara supaya tidak terus menjadi mangsa sikap rakus manusia yang berkepentingan. Ini penting kerana kawasan hutan menjadi wadah menstabilkan alam. Laporan Kongres Perhutanan Dunia mengatakan hutan dimusnahkan pada kadar 30 hektar seminit dan itu bermakna dalam tempoh enam tahun saja seluas 94.5 juta hektar atau bersamaan keluasan hutan di Amerika Syarikat digondolkan bagi kegiatan ekonomi dan sosial. Tentu kita tidak mahu menjadi salah seorang penyumbang kepada pemusnahan hutan yang akibatnya bukan dirasai kini tetapi masa depan. Akibat ketamakan mengejar kemewahan duniawi kita kini terpaksa berdepan pelbagai fenomena bencana alam baik yang skala besar mahupun mikro. Fenomena petaka alam itu sebenarnya diakibatkan oleh kerakusan manusia termasuklah kita sebagai umat Islam yang keterlaluan mementingkan tamadun lahiriah tanpa menyedari tamadun rohaniah runtuh menyapu bumi. Peningkatan suhu global Kejadian banjir luar biasa adalah antara bukti berlakunya peningkatan suhu global.

Page 38: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

2

Bencana cuaca adalah fenomena yang dipengaruhi oleh pemanasan global dan perubahan cuaca yang drastik memberikan ancaman kepada kehidupan manusia serta seluruh benda hidup di muka bumi ini. Masyarakat dunia menjadi kelamkabut dalam usaha menangani isu fenomena perubahan cuaca yang ekstrem lalu terhasillah Ketetapan Konvensyen Rio 1992 yang mengajak seluruh negara di dunia bersamasama mengorak langkah memulihara ekologi alam. Seterusnya, Protokol Kyoto pula menyusul dengan visi yang sama untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, khususnya pelepasan sebatian karbon. Demikian sikap manusia moden yang apabila sudah berada pada kritikal baru mula menyedari kesan buruknya sesuatu perbuatan. Namun, masih banyak negara industri lain yang ingkar dan berdegil tanpa menghiraukan ketetapan bersama dalam beberapa konvensyen antarabangsa menangani iklim dunia . Allah berfirman: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya. Dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang kalau-kalau tidak diterima dan juga dengan perasaan berharap supaya makbul. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya. (Surah alA'raf, ayat 36) Allah memberitahu sejak awal sikap kemaruk dunia manusia sehingga mendatangkan kemusnahan kepada alam. FirmanNya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar). (Surah alRum, ayat 41) Islam mendahului zaman dalam isu penjagaan alam sekitar. Semuanya itu supaya kita terlindung daripada petaka fenomena bencana alam yang pastinya memberikan impak buruk kepada kelangsungan kehidupan. Allah SWT berfirman: Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. (Surah alQashash, ayat 77)

Page 39: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

3

Headline: Membudaya amalan kitar semula Publication: HM Date of publication: Apr 6, 2013 Section heading: Variasi Page number: 023 Byline / Author: Oleh Hamizah Badiran

HASIL kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendapati kesedaran rakyat negara ini untuk melakukan kitar semula kertas akhbar masih lagi pada tahap kurang memberangsangkan iaitu sebanyak 40 hingga 45 peratus saja. Peratusan ini juga menggambarkan tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di negara ini masih lagi jauh berbanding negara membangun lain. Bukan itu saja, tahap kesedaran kitar semula mahupun menjaga alam sekitar masih sukar dipertingkatkan walaupun pelbagai program sudah dilaksanakan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan bagi membudayakan amalan ini di Malaysia. Malah, kegagalan membudayakan amalan kitar semula ini juga mengakibatkan masalah seperti pencemaran sampah-sarap dan kepupusan tumbuhan hijau yang kian berleluasa. Jumlah sampah yang masuk ke tapak pelupusan sampah turut semakin bertambah pada setiap hari dan ternyata situasi ini amat menyedihkan. Terdapat individu yang menyedarinya tetapi lebih ramai yang tidak mengendahkannya walaupun mereka mengetahui kesan masalah ini. Menyedari keadaan yang semakin tenat, Estee Lauder Companies (ELC) Malaysia bersama pusat beli-belah Mid Valley Megamall tampil memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengekalkan keindahan alam. Ia dilaksanakan melalui kempen Beautiful Earth yang diadakan buat kali kelima tahun ini sempena sambutan Bulan Bumi 2013. Kempen komuniti ini antara lain menjadi tanda komitmen mereka yang bukan saja menyediakan penjagaan kecantikan kepada masyarakat tetapi turut membantu mencantikkan bumi. Memberi fokus utama mendidik orang ramai terutama golongan muda bermula daripada anak kecil mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, konsep kitar semula dijadikan asas kempen berkenaan. Menerusi mesej, kitar semula bermula daripada kecil dan sekarang, ELC juga menyokong usaha Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) yang sentiasa aktif

Page 40: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

4

mengadakan program kemasyarakatan untuk menggalakkan orang ramai melakukan perubahan demi memelihara serta memulihara alam sekitar. Pengarah Urusan ELS Malaysia, Paul Slavin berkata, pihaknya berbangga dapat meneruskan tradisi berkenaan memandangkan ia sudah berada di negara ini sejak 26 tahun lalu dan di Malaysia, pihaknya secara aktif menyokong projek yang melindungi ekologi dan kesejahteraan sosial negara ini. Bagi terus memupuk kesedaran hijau dalam kalangan pekerjanya, Estee Lauder Companies juga mengadakan hari tanpa kertas di mana semua pencetak dalam syarikat ditutup dan pekerja digalakkan untuk mengadakan 'mesyuarat hijau' tanpa kertas. Sekiranya ada pekerja yang membawa kertas, mereka akan disuruh meninggalkan bilik mesyuarat, katanya. Kempen berkenaan turut disokong oleh semua jenama di bawah kumpulan seperti Aramis, Bobbi Brown, Clinique, DKNY Fragrances, EstÈe Lauder, Lab Series Skincare for Men, La Mer, MAC., Origins, Tommy Hilfiger Fragrances dan Zegna Fragrances selain HSBC Bank Malaysia.

Page 41: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

5

Headline: Pembangunan lestari Publication: MA Date of publication: Apr 7, 2013 Section heading: Main Section Page number: 039 Byline / Author: Oleh Elrafaei Sapi

Kuala Lumpur: Kemerosotan kualiti kesihatan alam sekitar dan fenomena pemanasan global menjadi isu utama dihadapi masyarakat di seluruh dunia. Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, kedua-dua isu berkenaan menyumbang kepada pencemaran air, udara dan tanah yang semakin serius dan akibat perubahan cuaca tidak menentu itu menyebabkan banjir turut meningkat. Malaysia bersama masyarakat global perlu mengambil tindakan proaktif mengurangkan impak bencana global berkenaan. Kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyatnya perlu memberi perhatian serius kepada cabaran ini, katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam. Menurutnya, pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah global itu adalah dengan mengamalkan prinsip pembangunan lestari. Katanya, janji yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) iaitu menggunakan teknologi hijau dan terbaru dalam pengurusan sisa pepejal adalah pendekatan dan strategi pembangunan berinovatif yang perlu diamalkan dan disokong. Teknologi hijau mengamalkan prinsip pengetahuan digunakan secara bijaksana bagi memenuhi kehendak masyarakat tanpa merosakkan dan mengurangkan sumber asli, katanya. Beliau berkata, pendekatan ekonomi dan teknologi hijau adalah pendekatan terbaik semasa dalam mengubah sikap masyarakat supaya lebih menghormati alam sekitar sambil terus menyokong gagasan pembangunan lestari. Kerajaan perlu menggunakan pendekatan kemanusiaan untuk mengubah minda dan kelakuan masyarakat supaya lebih mencintai dan menghormati alam sekitar, katanya. Dr Ibrahim yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, beliau menyokong penuh usaha memulihara sungai dan anak sungai serta program pendidikan dan menyemai sikap mencintai alam sekitar diberi perhatian. Isu kemerosotan alam sekitar menjadi semakin serius apabila sebahagian besar bekalan air bersih seperti sungai dan tasik mengalami pencemaran daripada bahan buangan industri, sisa domestik dan pemendapan kelodak hasil perataan tanah.

Page 42: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

6

Tindakan penguatkuasaan dan sikap masyarakat untuk bersama-sama menjaga alam sekitar masih pada tahap rendah. Dasar tenaga hijau itu perlu diberikan perhatian serius dan strategi pelaksanaan diperkemaskan. Perhatian yang tinggi perlu diberikan kepada pembangunan tenaga solar (suria) bagi membolehkan ia digunakan secara berkesan dan berekonomi, katanya. Info Memulihara Sumber Semula Jadi Selain sumber semula jadi kita yang menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sejak berdekad lalu, Malaysia juga dikurniakan bekalan air yang melimpah dan sinar cahaya matahari berterusan. Kita mempunyai sungai dan kawasan pesisiran pantai saujana mata memandang yang kaya dengan pelbagai kehidupan marin. Kita akan meneruskan usaha membersihkan sungai dan punca air demi memulihara hutan hujan bagi kepentingan generasi akan datang. Dalam tempoh 5 tahun ini, kami berjanji untuk: * Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber teknologi hijau boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas. * Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar utama * Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang lebih ketat selain memperhebatkan usaha melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan * Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar * Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan * Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemaskini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan strategik dan utama * Menggunakan teknologi hijau dan terbaru dalam pengurusan sisa pepejal Setakat ini, kami telah: * Memperkenalkan projek Sungai Nadi Kehidupan membabitkan peruntukan RM500 juta untuk mentransformasikan Sungai Klang dan persekitarannya menjadi kawasan ceria, hidup dan mempunyai nilai ekonomi tinggi * Menubuhkan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan

Page 43: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

7

pembangunan tenaga boleh diperbaharui secara efisien * Mewujudkan Skim Kewangan Teknologi Hijau bernilai RM3.5 bilion untuk menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat yang menyumbang kepada pengeluaran dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau * Menggubal Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 sebagai komitmen secara sukarela untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus insentif karbon menjelang tahun 2020

Page 44: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

8

Headline: 200 perindah sungai Publication: HM Date of publication: Apr 5, 2013 Section heading: Metro Plus Page number: 005 Byline / Author: Oleh Norul Awatif Romli

Klang: Bagi membersih dan mengindahkan persekitaran Sungai Klang, lebih 200 penduduk setempat dan pelajar sekolah di sekitar bandar Klang bergotong-royong membersihkan kawasan sungai berkenaan di Pengkalan Kampar, di sini, baru-baru ini. Sungai itu yang sebelum ini dijadikan sebagai saluran pembuangan kumbahan dan sampah-sarap sejak bertahun lalu menyebabkan penduduk setempat sering menjadi mangsa banjir setiap kali selepas hujan lebat. Program Pembersihan dan Pengindahan Sungai Klang itu diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga dan memelihara serta memahami kepentingan sungai kepada umum yang perlu dijaga dari semasa ke semasa terutama dalam kalangan generasi muda. Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Ehsan Mukri berkata, sikap segelintir individu atau pengusaha syarikat perindustrian turut menyebabkan sungai itu tersumbat dan kotor, memaksa mereka bersama-sama membersihkannya. Katanya, segala kekotoran yang dibuang itu kemudian disalirkan ke laut berhampiran sehingga mencemarkan air laut. Gotong-royong ini menampakkan sedikit kesedaran dalam kalangan penduduk setempat dan generasi muda iaitu kira-kira 100 pelajar sekolah yang turut diundang untuk menyertai program ini dan diberi penerangan mengenai masalah pencemaran sungai. Program ini berjaya menyemai sikap bertanggungjawab dalam menjaga persekitaran dan sumber air. Pada masa sama, ia sekali gus dapat membudayakan orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan sikap mementingkan menjaga sungai daripada tercemar, katanya. Ehsan berkata, aktiviti yang menjadi salah satu Program Local Agenda 21 MPK itu mendapat kerjasama positif daripada pelbagai pihak dan berharap komitmen berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang. Program ini turut disertai ahli majlis, ketua jabatan, pegawai dan kakitangan MPK yang bersama-sama membersih dan menanam pokok di sekitar persisiran Sungai Klang, katanya.

Page 45: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

9

Katanya, jika Sungai Klang tidak tercemar lagi, ia bukan saja menguntungkan alam sekitar, malah memberi imej baik kepada negara mengenai sikap penduduknya.

Page 46: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

10

Headline: Kitar semula kurangkan sampah Publication: HM Date of publication: Mar 29, 2013 Section heading: Variasi Page number: 014

Rakyat Malaysia menghasilkan 15,000 tan sampah-sarap sehari. Jika dihitung dari segi fizikal, lama kelamaan Malaysia pastinya tiada ruang untuk menempatkan sampah itu. Dengan amalan kitar semula, kita membantu mengurangkan sisa buangan, sekali gus mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjimatkan tenaga. Bagi tempoh jangka panjang, kos kitar semula lebih murah berbanding mengekalkan keadaan alam sekitar. Apabila program kitar semula ini dijalankan dengan lebih cekap, jumlah sampah yang dibuang berkurangan. Jika dibandingkan dengan pengurusan pembuangan sampah, program kitar semula ini dapat menyediakan lima kali lebih banyak peluang pekerjaan kepada jurutera, pakar mesin, pakar alam sekitar dan pekerja am. Pakar berpendapat, kawasan pembuangan sampah boleh kekal sehingga 10 tahun jika rakyat mengamalkan kitar semula sekurangkurangnya 50 peratus daripada sampah yang dibuang. Proses kitar semula membabitkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan yang pernah dianggap sampah. Kitar semula penting untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kirakira 230 tapak pelupusan sampah. Sebaik saja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak itu akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan mengawal penyakit daripada merebak. Dalam jangka panjang, mengitar semula menjimatkan berbanding menyelenggara

Page 47: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

11

tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus semakin berkurangan, seterusnya mengurangkan caj pelupusan sampah. Tahukah anda, negara mengimport lebih 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas? Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama tiga jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32 peratus tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. Untuk menghasilkan satu tan kertas, 17 pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia adalah sumber yang memberi kita oksigen dan udara bersih. - FOMCA

Page 48: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

12

Headline: Kitar semula kurangkan sampah Publication: HM Date of publication: Mar 29, 2013 Section heading: Variasi Page number: 014

Rakyat Malaysia menghasilkan 15,000 tan sampah-sarap sehari. Jika dihitung dari segi fizikal, lama kelamaan Malaysia pastinya tiada ruang untuk menempatkan sampah itu. Dengan amalan kitar semula, kita membantu mengurangkan sisa buangan, sekali gus mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjimatkan tenaga. Bagi tempoh jangka panjang, kos kitar semula lebih murah berbanding mengekalkan keadaan alam sekitar. Apabila program kitar semula ini dijalankan dengan lebih cekap, jumlah sampah yang dibuang berkurangan. Jika dibandingkan dengan pengurusan pembuangan sampah, program kitar semula ini dapat menyediakan lima kali lebih banyak peluang pekerjaan kepada jurutera, pakar mesin, pakar alam sekitar dan pekerja am. Pakar berpendapat, kawasan pembuangan sampah boleh kekal sehingga 10 tahun jika rakyat mengamalkan kitar semula sekurangkurangnya 50 peratus daripada sampah yang dibuang. Proses kitar semula membabitkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan yang pernah dianggap sampah. Kitar semula penting untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kirakira 230 tapak pelupusan sampah. Sebaik saja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak itu akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan mengawal penyakit daripada merebak. Dalam jangka panjang, mengitar semula menjimatkan berbanding menyelenggara

Page 49: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

13

tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus semakin berkurangan, seterusnya mengurangkan caj pelupusan sampah. Tahukah anda, negara mengimport lebih 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas? Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama tiga jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32 peratus tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. Untuk menghasilkan satu tan kertas, 17 pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia adalah sumber yang memberi kita oksigen dan udara bersih. - FOMCA

Page 50: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

14

Headline: Keuntungan atasi tanggungjawab jaga alam sekitar Publication: BH Date of publication: Mar 29, 2013 Section heading: Main Section Page number: 032 Byline / Author: Oleh Dr Ibrahim Komoo

Isu utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia hari ini dan pada masa depan ialah kemerosotan kualiti kesihatan alam sekitar dan fenomena pemanasan global. Keduadua isu ini menyebabkan pencemaran air, udara dan tanah menjadi semakin serius dan perubahan cuaca yang tidak menentu sehingga kekerapan dan magnitud kejadian bencana (banjir dan bencana alam lain dan kenaikan paras laut) semakin meningkat. Akibatnya, bumi menjadi tempat yang semakin tidak sesuai untuk dihuni, sehingga membawa kepada keseluruhan hidupan di muka bumi, termasuk manusia berhadapan dengan ancaman kepupusan. Malaysia bersama masyarakat global perlu mengambil tindakan proaktif untuk mengurangkan impak `bencana global' ini. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan bumi, satu-satunya planet yang boleh dihuni berada dalam keadaan yang sentiasa sesuai untuk menampung kehidupan dan pertumbuhan ketamadunan manusia. Prinsip pembangunan lestari Kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyatnya perlu memberikan perhatian serius kepada cabaran ini. Ini hanya dapat dicapai jika seluruh warga dunia percaya pendekatan terbaik menyelamatkan hidupan di muka bumi ialah dengan mengamalkan prinsip `pembangunan lestari' (sustainable development). Satu daripada pendekatan dan strategi pembangunan berinovatif yang perlu diamalkan dan dijadikan dasar kerajaan ialah `teknologi hijau' (green technology). Teknologi hijau mengamalkan prinsip pengetahuan digunakan secara bijaksana untuk memenuhi kehendak masyarakat tanpa merosak dan mengurangkan sumber asli. Walaupun pendekatan ekonomi dan teknologi hijau adalah pendekatan terbaik semasa untuk mengubah kelakuan masyarakat (pengeluar produk dan pengguna) agar bersikap lebih menghormati alam sekitar sambil mendokong gagasan pembangunan lestari. Kita (kerajaan) juga perlu menggunakan pendekatan kemanusiaan untuk mengubah set minda dan kelakuan warga untuk menyintai dan menghormati alam sekitar. Melalui pengetahuan dan kesedaran, masyarakat boleh didedahkan mengenai kepentingan kesihatan alam sekitar untuk `survival' manusia dan hidupan di muka bumi ini. Di Malaysia, isu kemerosotan alam sekitar menjadi semakin serius, khususnya akibat pembangunan pesat yang kurang lestari. Sebahagian besar daripada bekalan air bersih (sungai dan tasik) mengalami pencemaran daripada bahan buangan industri, sisa

Page 51: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

15

domestik dan pemendapan kelodak hasil perataan tanah. Walaupun wujud perundangan dan garis panduan mengawal pencemaran, tindakan penguatkuasaan dan sikap masyarakat untuk bersama menjaga alam sekitar masih di tahap rendah. Walaupun mereka sedar tentang kepentingan sekitaran sihat, kepentingan diri dan keinginan mengaut keuntungan lazimnya mengatasi tanggungjawab memastikan kesihatan alam sekitar. Oleh itu, dasar `pembinaan hijau' perlu diperkenalkan dengan kadar segera. Kita (negara) masih bergantung kepada sumber tenaga fosil (minyak, gas asli dan arang batu). Walaupun masyarakat sedar, sumber asli yang tidak boleh diperbaharui ini semakin berkurangan, tingkah laku kita dalam konteks kepenggunaan (usaha penjimatan tenaga) masih seperti biasa. Oleh itu, dasar tenaga hijau (mengalakkan pengunaan tenaga keterbaharuan) perlu diberikan perhatian serius dan strategi pelaksanaan diperkemaskan. Perhatian yang tinggi perlu diberikan kepada pembangunan tenaga solar (suria) bagi membolehkan ia diguna secara berkesan dan berekonomi. Perlu wujud kesedaran Pada tahap yang lebih mulia, negara perlu mempertingkatkan usaha membangunkan kesedaran awam melalui pendidikan untuk pembangunan lestari. Antara isu asas yang perlu diberikan perhatian ialah konsep bumi merupakan satu-satunya planet sesuai dihuni manusia. Manusia memerlukan `perkhidmatan alam sekitar', bukan sebaliknya. Kehidupan dan ketamadunan manusia bergantung kepada keupayaan alam sekitar memberikan khidmatnya - air bersih, udara bersih dan sumber asli. Cara terbaik memastikan kelestarian kehidupan ialah belajar hidup bersama alam sekitar. Menghormati keunikan, kesensitifan dan kuasa alam sekitar. Gagasan pemuliharaan tabii perlu dijadikan pegangan hidup manusia sejagat. Memulihara sumber asli yang boleh diperbaharui dan memelihara sumber asli yang tidak boleh diperbaiki (landskap, batu-batan, mineral dan air bersih) untuk kelestarian generasi masa akan datang. * Penulis ialah Ketua Kluster, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara

Page 52: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

16

Headline: Pemuliharaan bumi tanggungjawab kita Publication: BH Date of publication: Mar 28, 2013 Section heading: Varsiti Page number: 014 Byline / Author: Oleh Rosniza Mohd Taha

BENCANA alam silih berganti, pencemaran alam dan kepanasan melampau antara amaran yang menuntut kita memikirkan semula peranan dan sumbangan bagi memastikan bumi ini tidak terus dimusnahkan akibat pembangunan tidak terancang serta sikap acuh tidak acuh kita. Pada 22 April ini, lebih satu bilion masyarakat dunia akan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Bumi ke-43 sebagai tanda sepakat dan komitmen menjaga bumi daripada berlaku perubahan cuaca melampau yang akan memberikan kesan kepada seluruh kehidupan. Ketua Jabatan Biologi Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Naib Presiden Malaysian Nature Society, Prof Dr Ahmad Ismail, mengajak masyarakat mengubah mentaliti dan menghayati falsafah sebenar di sebalik sambutan itu seperti disampaikan kepada wartawan Varsiti, ROSNIZA MOHD TAHA. S: Bolehkah Prof kongsi latar belakang sambutan Hari Bumi? J: Sambutan Hari Bumi mula diraikan pada 22 April 1970 untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam semula jadi. Sejak itu, setiap tahun pada 22 April, lebih satu bilion penduduk mengambil bahagian dalam sambutan itu. Tema Hari Bumi tahun ini ialah Wajah Perubahan Cuaca. Perubahan cuaca mempunyai banyak wajah atau implikasi. Contohnya, orang Maldives mula bimbang melihat paras laut semakin tinggi dan merancang berpindah ke kawasan tanah tinggi dan penduduk Bangladesh tidak mendapat bekalan air bersih kerana kerap berlaku banjir dan hujan tidak menentu. Petani di Kansas, Amerika Syarikat pula menemui jalan buntu apabila kemarau panjang memberi kesan kepada tanaman mereka sementara penduduk New Jersey kehilangan rumah disebabkan banjir besar. Perubahan cuaca turut mengancam haiwan, termasuk habitat beruang polar di kawasan Artik yang mencair serta harimau di India akibat hutan bakau terancam. Ikan paus juga kekurangan plankton disebabkan kepanasan di utara Atlantik sementara orang Utan terganggu akibat kebakaran hutan, kemarau dan kepulauan hutan. Kesan perubahan cuaca seumpama ini akan terus berganda jika langkah sewajarnya tidak diambil.

Page 53: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

17

S: Apakah pendapat Prof mengenai cara dan pengisian sambutan Hari Bumi setakat ini? Adakah menepati objektif penganjurannya? J: Dari Beijing ke Mesir, Melbourne ke London, Rio ke Johannesburg, New Delhi ke New York dan Padang Besar ke Semporna; seluruh komuniti akan bersuara untuk planet bumi yang kita diami kini dan untuk generasi akan datang, bersama-sama mengambil tindakan sama menjaga bumi ini. Semua penduduk di negara masing-masing sepakat meminta semua pemimpin negara menunjukkan komitmen menjaga bumi. Menjelang pilihan raya umum ke-13 ini, mungkin semua parti politik bertanding perlu mengemukakan pendirian mereka mengenai perlindungan alam sekitar, komitmen dalam menjaga sumber semula jadi negara untuk kesejahteraan kehidupan serta perancangan dan tindakan berkaitan. Hal ini termasuk pendidikan dan kesedaran peringkat akar umbi, pembangunan sumber manusia bagi menjamin pendidikan, penyelidikan alam sekitar, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang yang mantap serta menyediakan peruntukan kewangan mencukupi. Begitupun, sambutan diadakan tidak harus bersifat keramaian semata-mata iaitu dihayati pada 22 April saja, tetapi kemudiannya dilupakan begitu saja hingga sampai pada tarikh sama tahun berikutnya. Contohnya, pelaksanaan kempen tutup lampu selama sejam, Earth Hour, yang disertai lebih 130 negara setiap tahun akan menjadi sia-sia jika ia disusuli dengan pertunjukan bunga api bagi meraikan kempen itu kerana bunga api itu mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menjejaskan alam sekitar. Malangnya, hal ini yang banyak berlaku setiap kali sambutan diadakan di negara kita. Negara yang mempunyai berbilion penduduk, China, juga meminta rakyatnya mengurangkan pertunjukan bunga api bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. S: Apakah peranan dan inisiatif sewajarnya dilaksanakan bagi menjayakan sambutan Hari Bumi ? J: Semua pihak bertanggung jawab membantu menyelesaikan masalah perubahan cuaca dunia. Antaranya, usahawan yang nampak peluang untuk mencipta ekonomi hijau baru tidak sepatutnya rakus dan terus merosakkan bumi serta menyebabkan ekosistem tidak stabil dengan membunuh flora dan fauna. Janganlah alasan kemiskinan masyarakat memaksa hutan terus diteroka untuk pembangunan, sungai dicemari dan cuaca semakin panas yang akhirnya tiada cukup air bersih untuk diminum hingga mengganggu kesihatan penduduk dan ekonomi negara. Penggiat alam sekitar pula perlu sentiasa menganjurkan program kesedaran dalam kalangan komuniti. Pembabitan badan bukan kerajaan sangat diperlukan bagi membantu kerajaan memberikan kesedaran masyarakat dan mengajak mereka bersamasama menyumbang ke arah menangani isu perubahan cuaca. Contohnya, aktiviti menanam pokok, mengelakkan pencemaran dan menghalang

Page 54: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

18

perbuatan merosakkan alam sekitar dan semula jadi. Jurutera dan ahli sains juga boleh menyumbang dengan mereka cipta teknologi bersih masa depan. Kreativiti mengenai teknologi bersih atau teknologi hijau amat penting dan boleh dimulakan sejak sekolah. Idea, kreativiti dan inovasi tidak semestinya canggih, tetapi mesti praktikal, murah, mudah dan boleh diamalkan segenap lapisan masyarakat. Penjawat awam pula berperanan mengawal undangundang dan langkah penyelesaian bersungguh-sungguh melalui ilmu yang tinggi dan kaedah terbaik. Sikap dan tanggungjawab terhadap kerja perlu diingatkan dan budaya rasuah dalam kalangan penjawat awam mesti dibasmi sepenuhnya. Banyak kes usaha perlindungan dan konservasi sumber semula jadi gagal disebabkan rasuah. Begitu juga masalah pengurusan air minuman disebabkan rasuah. Orang awam sendiri perlu bertanggung jawab untuk hidup dalam persekitaran yang lestari. Pendidikan berkesan mengenai perlindungan dan konservasi alam semula jadi akan meningkatkan penghayatan dan amalan masyarakat. S: Apakah sebenarnya sikap dan mentaliti perlu diubah dalam kalangan masyarakat bagi menjayakan usaha pemuliharaan bumi? J: Setiap ahli masyarakat perlu memahami dan menyedari mengenai perkara berkaitan perubahan cuaca. Mereka perlu melaporkan kesan perubahan cuaca yang berlaku di tempat masing-masing kepada pihak berkuasa berkaitan. Isu perubahan cuaca bukan saja isu setempat, tetapi isu global. Perkara yang berlaku di satu tempat akan memberikan kesan di tempat lain juga. Seluruh rakyat harus memikirkan mulai sekarang apakah yang boleh mereka nyatakan kepada kerajaan mengenai inisiatif dan langkah perlu bagi mengurangkan kesan perubahan cuaca di negara kita. Contohnya, kawalan pencemaran karbon dan bahan kimia lain, pengurusan kawasan hutan terbaik, pembangunan mapan, pendidikan serta penguatkuasaan undang-undang terbaik. Kesedaran dan tanggung jawab yang tinggi mengenai perubahan cuaca menjadikan setiap individu berani berfikir, memahami proses kehidupan dan interaksi antara mereka, menyalurkan pengetahuan kepada umum serta mengambil tindakan sepatutnya secara sendirian atau berkumpulan. Masyarakat yang berkualiti dan memahami mengenai perubahan cuaca ini akan mengajak pemimpin negara untuk bertindak mengatasi kesan perubahan cuaca melampau. Pendidikan peringkat awal, penyelidik berwibawa, tenaga pakar mencukupi, kemudahan penyelidikan mencukupi serta kewangan mantap juga akan memastikan perubahan cuaca dapat ditangani. S: Prof berlatar belakang sebagai ahli biologi, tetapi pada masa sama aktif sebagai penggerak Malaysian Nature Society. Pada pandangan Prof, bagaimana ahli akademik

Page 55: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

19

dalam bidang biologi boleh menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam ? J: Biologi ialah kehidupan dan makanan, udara serta persekitaran adalah perkara berkaitan dengannya. Ahli biologi mempunyai ilmu pengetahuan mendalam dalam perkara itu dan perlu menjadi penggerak kepada usaha pemuliharaan alam sebagai inisiatif pemindahan ilmu, bukan sekadar menunjukkan kesarjanaan menerusi penyelidikan dan mengajar saja. Contohnya, bidang kepakaran saya ialah ekologi hidupan liar dan saya cenderung mengkaji pencemaran habitat hidupan liar. Hidupan liar petunjuk kepada kestabilan ekosistem, jika tiada burung tidak akan ada serangga dan buah. Pengetahuan saya dapati menerusi penyelidikan dan pemerhatian perlu disalurkan dengan cara kreatif dan menarik bagi memastikan masyarakat umum faham hal itu. Satu daripada cara saya salurkan pengetahuan ini menerusi penubuhan Kelab Pencinta Alam yang kini menarik keahlian lebih 500 sekolah dan melakukan pelbagai aktiviti pendedahan alam sekitar pada setiap hujung minggu. Kanak-kanak sekolah ialah golongan sasaran difikirkan sesuai kerana mereka generasi pelapis yang bakal mewarisi alam sekitar dan program dijalankan mendapat kerjasama baik daripada Kementerian Pelajaran serta sokongan guru. Pada peringkat universiti pula, saya memperkenalkan program Recycle to Cycle iaitu memberi kemudahan pelajar menyewa basikal menerusi amalan kitar semula. Hal ini sekali gus menggalakkan pelajar universiti berbasikal dalam kampus bagi mengurangkan pelepasan asap kenderaan. Banyak pendekatan boleh dilakukan ahli biologi bagi berkongsi pengetahuan mereka dan meningkatkan kesedaran umum, sekurang- kurangnya menerusi penulisan dalam blog atau mencadangkan pelaksanaan program atau aktiviti bersesuaian dengan mendapat kerjasama pihak berkaitan untuk sama-sama melaksanakannya.

Page 56: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

20

Headline: Kayuhan hargai alam sekitar Publication: HM Date of publication: Mar 25, 2013 Section heading: Main Section Page number: 034

Shah Alam: Lebih 3,000 penduduk sekitar Lembah Klang membanjiri Dataran Shah Alam, di sini, bagi menyertai Kayuhan Malam sempena sambutan Program 60 Earth Hour anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam kelmarin. Peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan agama itu berkayuh 12 kilometer (km) mengelilingi pusat bandar ini sebagai tanda sokongan terhadap kempen berkenaan. Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, penganjuran program itu langkah proaktif pihak MBSA untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat umum berhubung isu pemanasan global selain penjimatan elektrik. Katanya, program kayuhan yang dianjurkan pula usaha berterusan MBSA bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya prihatin dengan isu alam sekitar dan mengamalkan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar. Program malam ini turut menyaksikan lampu utama di sekitar Dataran Shah Alam, Dataran Kemerdekaan, Bangunan Wisma MBSA dan lampu di bangunan milik agensi swasta atau kerajaan dipadamkan selama satu jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Selain itu, pengunjung diserikan dengan persembahan nyanyian lagu berunsur kerohanian dan kehijauan, persembahan tarian, pertandingan mewarna, persembahan pancaragam dan silat, katanya. Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar menyertai aktiviti kayuhan sebagai tanda sokongan terhadap program murni itu. Mohd Jaafar berkata, MBSA turut membuka ruang pameran bertemakan alam sekitar dan kaunter pendaftaran untuk sukarelawan bagi program Menanam Pokok 'Shah Alam Trees For Life' yang akan dilakukan dari semasa ke semasa. Katanya, sebagai tanda mengingati pahlawan yang gugur di Lahad Datu, Sabah, MBSA turut mengadakan kutipan Wira Lahad Datu di peringkat kakitangan MBSA dan berjaya mengumpul lebih RM20,000. Saya harap program ini dapat mendidik masyarakat supaya tidak melakukan pencemaran alam sekitar dan lebih bertanggungjawab bagi memelihara muka bumi ini serta mengetahui kepentingan menjimatkan penggunaan elektrik.

Page 57: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

21

Harapan MBSA, usaha kecil ini memberi impak besar kepada generasi masa kini dalam memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara dan disayangi bagi kegunaan generasi akan datang, katanya.

Page 58: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

22

Headline: Anugerah alam amanah Allah Publication: HM Date of publication: Feb 9, 2013 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Mohd Shahrizal Nasir

Setiap kejadian di atas muka bumi ini disifatkan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT. Gunung, lautan, pokok, haiwan, serangga, tanah, pasir dan banyak lagi makhluk Allah di atas muka bumi ini adalah antara tanda kekuasaan dan keesaan-Nya. Begitu juga dengan penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Penciptaan manusia yang amat istimewa dengan anugerah akal fikiran membezakan darjat mereka dengan makhluk Allah yang lain. Hakikatnya, penciptaan makhluk lain di atas muka bumi ini adalah untuk faedah buat manusia. Hal ini menunjukkan secara jelas keistimewaan manusia yang memperoleh nikmat amat besar daripada Allah SWT. Firman-Nya bermaksud: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, memudahkan sungai untuk kamu (mengambil manfaat daripadanya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam serta siang bagi faedah hidup kamu. (Surah Ibrahim, ayat 32-33) Syukuri nikmat Semua nikmat ini menutup segenap ruang dan peluang bagi manusia untuk menafikan kebesaran dan kasih sayang Allah terhadap manusia. Pada masa sama, semua nikmat ini menjadi sebab kukuh perlunya setiap manusia mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah. Namun, sikap sesetengah manusia yang rakus, menyebabkan mereka alpa perlunya mengurus makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini. Di sesetengah tempat, penerokaan hasil alam tidak dilakukan dengan terancang, malah ada yang sanggup mengaut setiap anugerah Allah ini secara terlarang. Kerja pembalakan yang tidak terancang, pengambilan hasil laut tidak mengikut tatacara yang betul, penarahan tanah tinggi berlaku sewenangnya, lambakan sampah-sarap dalam sungai dan banyak lagi adalah antara tindakan yang mengundang kemusnahan kepada kehidupan manusia sendiri.

Page 59: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

23

Allah SWT menjelaskan hal ini di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya. (Surah al-A'raf, ayat 56) Sikap segelintir manusia yang tidak mentaati perintah Allah ini menyebabkan makhluk di bumi ditimpa bala tidak disangka seperti berlakunya kejadian tanah runtuh, banjir kilat, kemarau berpanjangan, pencemaran udara dan kemusnahan ekosistem alam. Perbuatan ini adalah ditegah dalam Islam. Malah, Allah memberi amaran yang segala kerosakan berlaku di atas muka bumi disebabkan perbuatan segelintir hamba-Nya yang ingkar terhadap perintah-Nya. Firman-Nya bermaksud: Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan yang dilakukan oleh tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan (buruk) mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar). (Surah ar-Rum, ayat 41). Mula dari rumah Sebagai manusia dianugerahkan akal fikiran yang boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara, manusia seharusnya mengawal diri daripada terus mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan dan tidak bertanggungjawab. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keindahan alam semula jadi agar generasi akan datang terus mendapat nikmat yang tidak ternilai ini. Mulakan usaha murni memelihara alam sekitar dari dalam rumah kita sendiri. Pastikan kita tidak sewenangnya membuang sampah merata tempat, tidak melakukan pembakaran secara terbuka serta tidak melakukan pembaziran air dan elektrik di dalam rumah. Generasi muda juga mesti sentiasa diingatkan peri pentingnya memelihara alam sekitar dan menyemai rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar di dalam diri mereka. Sesungguhnya, memelihara alam sekitar daripada sebarang kerosakan manusia yang bersifat rakus tanggungjawab setiap Muslim. Malah, sebagai khalifah di atas muka bumi ini, kita perlu memainkan peranan bagi memastikan setiap makhluk Allah di atas dunia ini diurus dan ditadbir sebaiknya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Hadis riwayat at-Tirmidzi). Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Page 60: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

24

Headline: Belum terima aduan

Publication: HM Date of publication: Jan 10, 2013 Section heading: Main Section Page number: 038

Kota Bharu: Kerajaan negeri mengakui belum menerima sebarang aduan berhubung isu pencemaran alam sekitar terutama didakwa berpunca daripada projek dilaksanakan syarikat tertentu yang mengusahakan tanah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika wujud perlanggaran undang-undang berkaitan alam sekitar, ia adalah tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar (JAS). Setakat ini, kita tak dapat apa-apa maklumat. Benda ini (masalah melanggar undang-undang berkaitan alam sekitar) di bawah bidang kuasa JAS, jadi kita (kerajaan negeri) serah kepada JAS, Syarikat yang mengusahakan tanah (milik YIK) ini dikehendaki mematuhi peraturan sedia ada dan dari segi penguatkuasaan, kita serah kepada JAS, katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kota Darul Naim, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud masalah kesan pencemaran alam sekitar hasil daripada projek diusahakan syarikat tertentu di kawasan tanah milik YIK. Mohd Amar yang juga Ahli Lembaga Pengarah YIK berkata, setakat ini, beliau tidak mendapat sebarang maklumat syarikat yang mengusahakan tanah milik YIK melanggar undang-undang. Katanya, sebarang perlanggaran peraturan berkaitan dengan alam sekitar, ia perlu dirujuk kepada JAS bukan kerajaan negeri. Setakat ini, tak ada aduan secara rasmi dan ia tidak sampai kepada kita. Jadi saya tak boleh nak komen. Rintihan Orang Asli (mengenai masalah pencemaran alam sekitar) kita dengar tapi setakat mana kebenarannya. Tahap mana seriusnya kita tak boleh nak sahkan..memang dengar dalam akhbar, katanya.

Page 61: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

25

Headline: JAS belum kenal pasti punca pencemaran Sungai Semenyih Publication: BH Date of publication: Jan 17, 2013 Section heading: Main Section Page number: 016

Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor belum dapat mengenal pasti punca sebenar pencemaran di Sungai Semenyih yang mengakibatkan 105,000 pengguna mengalami gangguan bekalan air, Isnin lalu. Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dikatakan terpaksa menghentikan proses merawat air selama dua setengah jam bermula jam 1.30 petang pada hari berkenaan, selepas pencemaran dikesan apabila air yang disedut masuk ke dalam loji itu berbau seperti minyak masak. Pengarah JAS Selangor, Siti Zaleha Ibrahim, berkata pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dari hulu muka sauk di mana air itu disedut ke loji sebaik dimaklumkan oleh Konsortium Abbas yang menguruskan loji itu, pada hari kejadian. 14 kilang diperiksa Katanya, JAS turut memeriksa 14 kilang termasuk beberapa kilang kecil dalam radius jarak antara 250 meter hingga 25 kilometer dari loji itu untuk memastikan sama ada pencemaran bau berkenaan berpunca daripada kilang terbabit. Pemeriksaan mendapati semua kilang berkenaan menepati 'standard pelepasan air buangan kilang (efluen)' yang ditetapkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Sehubungan itu, sehingga kini kita masih mengesan punca sebenar bau itu, katanya dihubungi, semalam.

Page 62: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

26

Headline: Alam sekitar mangsa kerakusan manusia Publication: BH Date of publication: Jan 3, 2013 Section heading: Main Section Page number: 022 Byline / Author: Oleh Rejal Arbee

Kita memasuki tahun baru ini dengan harapan alam sekitar kita secara keseluruhannya dapat dipelihara dengan lebih baik yang mana pencemaran berada pada tahap paling minimum. Persoalannya, bolehkah rakyat secara keseluruhannya mengharapkan keadaan sedemikian ini? Tentunya kita mahukan alam semula jadi anugerah Allah tidak berterusan terjejas hanya kerana kerakusan kita mahukan pembangunan tanpa menghiraukan kesannya ke atas alam dan persekitaran. Pembangunan sememangnya perlu dilaksanakan demi pertumbuhan ekonomi untuk mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat. Tetapi, tentunya ia harus dilaksanakan secara lebih prihatin dan teratur supaya alam persekitaran yang terpaksa dijejaskan berlaku pada tahap paling rendah. Malangnya, beberapa kejadian yang berlaku menjelang akhir tahun lalu menunjukkan sekali lagi bagaimana pembangunan yang tidak menepati kehendak persekitaran dan peraturan boleh membawa padah. Pembangunan di lereng bukit Kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan perumahan berterusan dan setiap kali ia berlaku, pihak berwajib akan menubuhkan jawatankuasa atau pasukan petugas untuk mengkaji apa yang berlaku dan mahu memastikan ia tidak akan berulang. Sudah banyak kejadian tanah runtuh berlaku dalam negara ini dan sudah banyak pasukan petugas ditubuhkan. Malangnya, pembangunan di lereng bukit dan di atas bukit berterusan dilaksanakan tanpa mengendahkan pelbagai peraturan ditetapkan. Pihak berwajib juga berterusan memberikan permit membenarkan pembangunan demikian. Nampaknya, kita masih tidak mahu belajar atau mengambil iktibar daripada pelbagai kejadian tanah runtuh demikian. Tentunya tanah runtuh di Bukit Setiawangsa di Kuala Lumpur minggu lalu bukan yang terakhir berlaku jika dilihat dari pembangunan di lereng bukit dan di atas bukit yang berterusan di mana-mana, termasuk di Pulau Pinang dan di Taman Templer. Apa agaknya yang mendorong kita mahukan rumah di lereng bukit atau di puncak bukit? Demikian juga sikap kita terhadap sungai yang berterusan dilanda pencemaran. Sudah berapa banyak sungai kita yang mati dan tidak lagi berfungsi seperti ditetapkan alam.

Page 63: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

27

Kempen ratusan juta ringgit Pelbagai usaha dan kempen yang membabitkan perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk membersihkan sungai kita di seluruh negara yang sudah pun dilaksanakan. Tetapi hasilnya tetap tidak boleh dibanggakan kerana lebih 1,000 sungai dalam negara ini berterusan menghadapi ancaman pencemaran gara-gara tindakan dan sikap kita. Walaupun sudah ramai rakyat sedar pentingnya persekitaran, khususnya sungai kita dapat dipelihara baik, sikap kita terhadap sungai tetap tidak berubah. Majoriti rakyat berterusan menganggapnya sebagai tempat membuang sampah. Ramai juga tidak mengambil kisah bahawa segala macam benda buangan dan cucian dari dapur akhirnya mengalir melalui parit dan pelbagai saluran lain ke dalam sungai. Hal ini berlaku bukan saja di rumah tetapi pelbagai macam sisa buangan, termasuk sisa kimia dan toksik dari pelbagai kilang serta premis perniagaan dan perdagangan, termasuk bengkel baiki kereta semuanya akan berakhir memasuki sungai kita. Bahkan bangkai babi pun pernah dibuang penternak yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai seperti berlaku dekat Batang Berjuntai dan di Sungai Sepang ketika penternakan haiwan itu berleluasa di Bukit Pelandok, Tanah Merah Estate, Batu Dua Sepang dan Sungai Pelek. Punca utama pencemaran Tiga punca utama pencemaran sungai ialah sampah sarap, sisa biologi aktiviti penternakan serta buangan domestik dan bahan kimia daripada sisa industri. Faktor lain yang menambah buruk lagi pencemaran sumber air itu ialah kepesatan pembangunan, pertambahan penduduk dan sikap masyarakat yang tidak mengambil berat aktiviti mereka yang boleh mengganggu keseimbangan alam sekitar. Oleh itu, tidak menghairankan kenapa keadaan sungai kita berterusan bertambah buruk dan banyak sungai yang mati yang mana airnya sudah tidak lagi boleh mengalir dan menjadi busuk. Dua kempen besar-besaran sudah pun dilaksanakan sejak 1993 dengan kempen 'Cintai Sungai Kita' dan dikuatkan lagi dengan satu lagi kempen 'Satu Sungai Satu Negeri' untuk membersihkan sebuah sungai dalam sebuah negeri pada 1997. Tingkatkan kesedaran masyarakat Malangnya, selepas berlangsung selama dua dasawarsa dan berjuta-juta ringgit dibelanjakan, apakah hasilnya? Kini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang merancang untuk mengadakan satu lagi kempen dalam usaha berterusannya untuk memelihara sistem sungai dalam negara.

Page 64: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

28

Sebenarnya yang penting ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya kebersihan sistem saliran dipelihara. Malangnya, ramai tidak sedar kebanyakan sungai di negara ini berdepan pencemaran teruk dengan kebanyakan punca daripada sikap dan aktiviti harian manusia yang tanpa segan silu menjadikan sungai sebagai 'lebuh raya' sampah hingga mengganggu keseluruhan sistem ekologi. * Penulis ialah Felo Kanan di UKM * E-mel ke [email protected] untuk berkongsi pendapat

Page 65: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

29

Headline: Forensik alam sekitar Publication: BH Date of publication: Jan 3, 2013 Section heading: Varsiti Page number: 001 Byline / Author: Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar

Gerik: Forensik alam sekitar. Bidang yang jarang diketahui umum, namun fungsinya sama dengan forensik polis atau bomba yang mencari punca kemalangan, kematian atau kebakaran. Hasil siasatan forensik menjadi bukti penting untuk digunakan dalam menegakkan undang-undang. Jika kes membabitkan pencemaran atau pelanggaran undang-undang alam sekitar, pasukan forensik alam sekitar akan menjalankan siasatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan, hasilnya akan dikemukakan bagi membolehkan pesalah alam sekitar dikenakan tindakan undang-undang. Langkah Universiti Putra Malaysia (UPM) menubuhkan Pusat Kecemerlangan Forensik Alam Sekitar pada September 2008 tepat pada masanya bagi memastikan alam sekitar terus mapan. Kejadian tumpahan minyak di kawasan pelabuhan, kegiatan pembalakan atau penebangan hutan secara haram dan pembuangan sisa toksik perlu ditangani dengan teliti termasuk mengheret mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah alam sekitar ke muka pengadilan. Ketua Unit pusat berkenaan, Dr Hafizan Juahir, berkata siasatan terperinci mengikut prosedur yang ditetapkan terhadap kes jenayah alam sekitar memudahkan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia menegakkan undang-undang. Terlepas secara teknikal Kalau selama ini, penjenayah alam sekitar dapat melepaskan diri daripada tindakan undang-undang kerana masalah teknikal. Namun dengan siasatan forensik, segala maklumat, data akan dianalisis secara saintifik mengikut piawaian yang ditetapkan. Ini akan memudahkan usaha menghukum penjenayah alam sekitar jika mereka melanggar undang-undang, katanya ketika ditemui Varsiti di Pos Kemar, Gerik, Perak, barubaru ini.

Page 66: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

30

Kembara 4x4 Dr Hafizan yang mengetuai Ekspedisi Saintifik Pacuan 4x4, Forensik Alam Sekitar berkata, bidang forensik alam sekitar masih baru di negara ini. Namun, katanya, kerjasama semua pihak terutama UPM dengan agensi berkaitan, memudahkan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Unit Forensik Alam Sekitar UPM akan melakukan siasatan selepas mendapat aduan bagi mendapat maklumat yang jelas mengenai kes pencemaran yang diadukan. Sebagai contoh, selepas menerima aduan mengenai pencemaran akibat pembalakan, saya dan kumpulan penyelidik ke perkampungan Orang Asli di Pos Kemar yang hanya boleh dihubungi melalui laluan balak. Selepas dua hari mengambil sampel air di beberapa sungai, didapati kawasan Pos Kemar bebas pencemaran dengan kualiti air sungai Kelas Satu. Namun, di kawasan hutan yang terbabit dengan kegiatan pembalakan, sungainya mengalami pencemaran akibat hakisan dan pemendapan tanah, katanya. Analisis data Tinjauan mendapati, beberapa sungai di sepanjang perjalanan ke Pos Kemar sejauh 80 kilometer dari Sungai Siput diambil sam pel tanah dan air sungai untuk dianalisis. Pada waktu malam, ketika di Pos Kemar, pembantu penyelidik melakukan analisis data mengikut prosedur ketat yang ditetapkan bagi mengelak sampel yang diambil tercemar di makmal bergerak yang dibawa ketika kajian dilakukan. Dr Hafizan berkata, pasukannya akan membuat siasatan forensik di kawasan hutan Empangan Pedu, Kedah yang ditebang untuk kegiatan ekonomi, bagi memastikan tahap pencemarannya diketahui masyarakat.

Page 67: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

31

Headline: Buang sisa pepejal di Bukit Jalil Publication: BH Date of publication: Dec 14, 2012 Section heading: Sentral Page number: 004 Byline / Author: Oleh Halina Mohd Noor

Kuala Lumpur: Sebuah kawasan lapang di Bukit Jalil, di sini, menjadi sasaran tempat pembuangan sampah haram, termasuk tanah liat dan kayu terbuang sejak beberapa tahun lalu. Biarpun berpagar, lori dengan muatan tanah liat sedikit pun tidak gentar memasuki kawasan lapang milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuang tanah liat berkenaan. Jabatan Penguat Kuasa DBKL baru-baru ini menahan sebuah lori, yang cuba membuang tanah liat dibawanya ke dalam gaung kecil di tanah lapang berkenaan. Lori berkenaan ditemui dalam operasi bersepadu bersama agensi kerajaan lain seperti polis trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Sita, kompaun Ia kemudian disita, manakala syarikat yang memiliki lori itu dikenakan kompaun maksimum RM500 mengikut Seksyen 47 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kerana membuang tanah di tempat awam dan lori kotor. Syarikat itu turut dikenakan denda RM300 kerana tidak memiliki permit mengangkut bahan mengikut Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan 1997. Ketua Inspektor Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Abd Rahim Ishak, berkata kawasan lapang berkenaan menjadi tumpuan pelbagai syarikat pembinaan membuang sisa pepejal, termasuk tanah sejak beberapa tahun lalu. Kebanyakan syarikat memberikan alasan malas hendak membuang sisa berkenaan di tempat dibenarkan kerana jauh dari bandar raya. Lagipun, di sini, tiada tempat seumpamanya kecuali di Selangor. Pemandu lori pula mendakwa hanya mengikut arahan syarikat masing-masing. Pada masa ini, kawasan bandar raya banyak pembinaan menyebabkan pembuangan haram perlu dikawal, katanya. Lebih 60 tindakan dikeluarkan ke atas lori sepanjang tahun ini dalam lima operasi sebelum ini kerana membuang sisa tanah ke kawasan tidak dibenarkan.

Page 68: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

32

Pencemaran alam sekitar Pembuangan sisa pepejal dan sampah haram ini menyebabkan pencemaran ke atas alam sekitar. Misalnya kawasan yang sepatutnya kawasan hijau, kini bertukar menjadi bukit sampah. Jabatan penguat kuasa berusaha memastikan sampah haram tidak ditinggalkan di kawasan seperti ini, termasuk dengan memasang pagar dan pintu. Hasil enam operasi dijalankan, kami menutup beberapa lokasi pembuangan sampah haram seperti di Permaisuri, Jalan Kubor, Jalan Gasing, yang mana permit pengangkutan bahan ditarik semula, katanya.

Page 69: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

33

Headline: Amalan hijau ketika membeli-belah Publication: BH Date of publication: Dec 11, 2012 Section heading: 1Klassifieds Page number: 016

Dalam era peningkatan harga barangan harian, pengguna perlu mengawal tabiat penggunaan. Amalan pengunaan lestari memainkan peranan yang lebih baik di mana mereka dapat menyelamatkan alam sekitar dan mengawal perbelanjaan mereka. Beli barangan tempatan Penggunaan bahan api fosil dan pencemaran dapat dikurangkan sekiranya masyarakat mengamalkan membeli barangan tempatan. Ini kerana proses penghantaran barangan ini melibatkan penggunaan bahan api fosil yang banyak dan seterusnya akan berlaku pencemaran. Selain itu barangan tempatan juga lebih murah daripada barangan luar negara. Kurangkan membeli buah-buahan dalam tin Membeli barangan dalam tin dan sejuk beku perlu dikurangkan, kerana barangan ini dibungkus secara berlebihlebihan untuk menjaga keadaan barangan tersebut. Selain itu, ia juga mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan. Pada masa yang sama, barangan segar jauh lebih murah. Beli produk yang segar dan di tanam secara organic Amalan kaedah berkebun secara organik (ataupun pertanian lestari melalui Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice) menngurangkan kesan yang baik kepada alam sekitar. Walaupun harganya lebih mahal sedikit tetapi lebih mesra alam. Susu dan telur Beli susu yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula. Belilah susu dan telur yang dihasilkan secara organik kerana mereka tidak menggunakan hormon-hormon daripada haiwan yang diternak secara genetik untuk memberikan hasil yang banyak. Pembungkus / kotak bijirin Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh dikitar semula atau bahan yang telah dikitar semula. Elakkan daripada membeli barangan berpek kecil (lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.bagi mengelakkan pembaziran.

Page 70: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

34

Minuman botol, jus kotak dan lain-lain Ada di antara minuman ini boleh dibuat sendiri di rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman. Pasta, bijirin, serbuk kari Beli produk yang diperolehi daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna terhadap barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ia adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Daging Pengurangan dalam memakan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah. Kos bahan makanan daging semakin tinggi. Barangan berasaskan kertas Beli produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang telah dikitar semula. Jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum dikitar semula. Kitar semula juga akan menjana sedikit pendapatan. Styrofoam Elakkan penggunaan Styrofoam. Benzin yang merupakan bahan yang digunakan untuk menghasilkan styrofoam merupakan bahan tambahan (ia merupakan bahan karsinogen boleh menyebabkan kanser). Ia tidak boleh dibiodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangkamasa yang panjang. Bahan pencuci Kebanyakan bahan pencuci sangat bertoksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau isi-semula, belilah barangan ini. Ini bagi mengurangkan kos pembelian pelbagai jenis pencuci. Bawa beg sendiri Penggunaan beg sendiri semasa membeli belah dapat mengurangkan penggunaan beg plastik. Ia juga dapat menghadkan pembelian kita.

Page 71: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

35

Headline: Kitar semula, pelihara alam sekitar Publication: BH Date of publication: Nov 20, 2012 Section heading: Sentral Page number: 004

Sabak Bernam: Seramai 40 pelajar Program Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melaksanakan program alam sekitar, sejajar saranan kerajaan meningkatkan program kitar semula. Dalam program yang diadakan bersama komuniti setempat di Sekolah Menengah Tengku Abdul Rahman Putera (STARP), di sini, peserta didedahkan langkah mengurangkan pencemaran dan mempraktikkan kaedah 3R (Reuse, Reduce dan Recycle). Pengurus Program 3R, Nur Hikmah Abd Rani, 20 berkata program itu meliputi persediaan, perancangan, peralatan, mesyuarat dan kerjasama dengan komuniti, terutama belia. Kerjasama komuniti setempat Bagi memastikan program ini berjalan baik, beberapa mesyuarat dengan komuniti setempat dan pihak sekolah diadakan. Bagi saya, pendedahan begini dapat mematangkan dan mempersiapkan kami apabila keluar nanti, katanya. Penasihat Program 3R, Norsilan Wahiduddin, berkata segala perancangan dan pelaksanaan dibuat sepenuhnya oleh pelajar dalam usaha melatih mereka menerapkan segala apa yang dipelajari dalam kehidupan sebenar. Pelajar juga didedahkan aspek kepemimpinan, komunikasi surat dan lisan dengan pihak luar, `soft skill' dan pengaturan majlis. Program ini juga mencapai objektif seperti yang dirancang, katanya. Serlahkan keyakinan Program 3R itu juga berjaya menyerlahkan kematangan dan keyakinan pelajar dari sudut pengaturcaraan majlis dan pelaksanaan pengisian aktiviti, selain mewujudkan kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar termasuk ceramah What Is 3R oleh C Trisshnee, 3R Awareness oleh Loh Boon Sin, `explorace 3R' dan senamrobik. Selain itu, pelajar diberi taklimat bertajuk 'Selangkah ke PSIS' oleh Pegawai Hal Ehwal Khas Pelajar PSIS, Shahpri Sarpany.

Page 72: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

36

Pelajar STARP, Nur Syazwana, 16, berkata, banyak pengetahuan dan maklumat mengenai peri penting penjagaan persekitaran diperoleh menerusi program ini dan beliau berazam akan menerapkan apa yang dipelajari itu dalam kehidupan harian selain dapat memastikan persekitaran bersih. Melalui program 3R ini baru saya faham apa yang dimaksudkan dengan Reuse, Reduce and Recycle atau 3R dan tanggung jawab kita sebagai pengguna, katanya.

Page 73: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

37

Headline: FoN jaga alam sekitar Publication: HM Date of publication: Nov 20, 2012 Section heading: Variasi Page number: 011 Byline / Author: Oleh Roselan Ab Malek

TAMAN Negara berusia lebih 130 juta tahun di Kuala Tahan, Jerantut yang menjadi destinasi pelancongan terkemuka dunia perlu dipelihara daripada sebarang masalah sampah-sarap bagi memastikan ia sentiasa bersih dan terus dikunjungi pelancong tempatan dan asing. Menyedari hakikat itu, seramai 50 ahli Frenz of Nature (FoN), sebuah komuniti sosial daripada Tradewinds Corporation Berhad, Kuala Lumpur bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Mutiara Taman Negara (KSRMTN) mengambil inisiatif untuk menjalankan kerja amal membersihkan kawasan laluan ke titian kanopy dan pinggir sungai Tembeling. Ini sebagai usaha memelihara hutan tertua di dunia itu sentiasa bersih daripada sampah-sarap. Presiden FoN, Azmah Mohd Zam berkata, pemilihan Taman Negara kerana ia adalah aset negara yang berupaya mengekalkan keindahan hutan hujan tropika tanpa sebarang pencemaran industri. Namun, ada segelintir pelancong yang masih tidak mempunyai rasa tanggungjawab dengan meninggalkan sisa makanan atau sampah-sarap sepanjang kunjungan mereka ke situ. Sebagai pertubuhan yang memainkan peranan dalam komuniti masyarakat dan menyayangi alam sekitar, kami bekerjasama dengan KSRMTN untuk membersihkan kawasan sekitar Taman Negara khususnya di titian kanopy dan pinggir sungai Tembeling, katanya. Norfatimah Mohamad, 51, menyifatkan keunikan yang ada di Taman Negara sewajarnya dipelihara kerana ia menjadi kebanggaan negara dan aset penting dalam industri pelancongan. Dia kagum dengan keindahan alam dan ketenangan yang jauh daripada hiruk-pikuk kota itu. Walaupun kesedaran pelancong khususnya pelancong tempatan terhadap kebersihan sudah ada, ia harus dipertingkatkan agar semua tempat pelancongan di negara ini sentiasa bebas daripada sampah-sarap, katanya.

Page 74: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

38

Bagi Mahlizah Sauidi, 45, pengalaman mandi sungai di Lubuk Simpon dan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling sungguh menyeronokkan tetapi berjalan di atas titian kanopy amat menyeramkan. Keunikan seperti inilah harus dicuba pelancong yang tidak terdapat di tempat lain. Sewajarnya ia terus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang, katanya Sementara itu, Pengurus Pelanggan, Mutiara Taman Negara, Sabri Abdullah berkata, pihaknya mengalu-alukan pertubuhan sukarela yang ingin menjalankan aktiviti sosial mereka seperti FoN yang mengadakan gotong-royong membersihkan sekitar Taman Negara. Minat mereka untuk menjaga kebersihan Taman Negara menunjukkan orang ramai mula mengambil berat khazanah alam yang kaya dengan flora dan faunanya ini, katanya. Setiap tahun, Taman Negara dikunjungi kira-kira 80,000 pelancong domestik dan luar negara yang sebahagian besarnya pelancong luar negara. Mereka berbelanja besar untuk datang ke sini dan seharusnya kawasan yang terkenal dengan salah satu hutan tertua di dunia ini bebas daripada segala sampah-sarap. Malah kawasan titian kanopy ini antara tempat yang amat popular di kalangan pelancong, katanya. Sabri berkata, pelancong asing memang amat mengagumi keindahan hutan di negara ini, malah mereka juga amat prihatin dan sering melahirkan rasa tidak puas hati jika ternampak sampah termasuk tulisan yang terpahat di batang pokok yang nyata menjejaskan alam semula jadi. Peserta KRSMTN, Siti Mariyam Ibrahim, 27, berkata, pihaknya sentiasa memastikan sekitar Taman Negara bebas daripada segala sampah-sarap dan kelabnya sering mengadakan aktiviti gotong-royong terutama di tempat tumpuan seperti di Lata Berkoh. Kerjasama daripada pihak lain amat dialu-alukan kerana ia menunjukkan masyarakat sudah mempunyai kesedaran bersama-sama memelihara warisan alam anugerah Tuhan ini untuk tatapan generasi akan datang.

Page 75: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

39

Headline: Remaja pejuang alam sekitar Publication: HM Date of publication: Nov 12, 2012 Section heading: Variasi Page number: 017 Byline / Author: Oleh Ruhaiza Rusmin

BAGI menyahut seruan membantu usaha melindungi alam sekitar, lebih 500 pelajar daripada 42 sekolah menengah berkumpul mengurangkan masalah alam sekitar di sekolah masing-masing. Semua pelajar ini adalah peserta 'Young Voices for Conservation' (Suara Remaja Memperjuangkan Pemuliharaan), sebuah program alam sekitar oleh Treat Every Environment Special (TrEES) dengan kerjasama Affin Bank. Program yang kini memasuki tahun kedua itu menarik pasukan pelajar dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini bagaikan suatu saluran yang membolehkan golongan muda mengungkap tenaga dan kreativiti sambil mencuba idea dalam persekitaran yang tertumpu dan selamat. Melalui peluang ini, mereka mendapat hak bersuara dan semangat mengusahakan pemuliharaan, kata Pengarah TrEES, Leela Panikkar. Untuk membantu pelajar ini mengembangkan projek mereka, TrEES dan Affin Bank menjalankan siri bengkel tiga bulan yang menyediakan rangka kerja bagi membolehkan mereka membina pengetahuan untuk melindungi alam sekitar. Sebanyak 12 sekolah teratas itu dipilih tidak saja berdasarkan projek alam sekitar yang dicadangkan tapi rancangan kewangan bagi melaksanakan projek itu sekali gus membantu mereka membuat perancangan belanjawan. Bagi pihak Affin Bank, kami mahu menyampaikan pengetahuan mengenai pengurusan wang dan konsep 'berjimat' yang seiring dengan pemuliharaan. Mengajar mereka menghasilkan rancangan belanjawan dan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah ialah asas-asas penting pengurusan kewangan. Mereka yang menguasai pelajaran ini berada pada landasan tepat ke arah masa depan kewangan cerah, kata Pengarah Eksekutif Operasi Affin Bank, Shariffudin Mohamad. Antara projek ini ialah mengurangkan pembaziran di kantin sekolah, memasang sistem tadahan air hujan, mengumpul minyak masak terpakai dan mengurangkan pencemaran dan haba di sekolah melalui penghijauan.

Page 76: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

40

Ikutilah pelajar-pelajar ini dalam perjalanan mereka menjadikan impian mereka suatu realiti, iaitu untuk membantu melindungi alam sekitar di facebook: http://www.facebook.com/YV4C.TrEES atau laman web TrEES: www.trees.org.my.

Page 77: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

41

Headline: Industri sawit mesra alam sekitar Publication: BH Date of publication: Nov 3, 2012 Section heading: Berita Sawit Page number: 011

Tanaman sawit merupakan tanaman emas yang tidak ternilai. Pokoknya mengeluarkan oksigen untuk kehidupan dan membendung pemanasan global. Biojisimnya boleh diguna dan menjadi sumber tenaga boleh diperbaharui. Buahnya membekal vitamin dan tenaga. Ia bukan sekadar minyak sayuran biasa. Penggunaannya dalam pelbagai bidang seperti makanan, kosmetik, bahan bakar dan ubatan. Permintaan ke atas minyak sawit semakin meluas di seluruh negara dan dunia. Kawasan penanaman sawit juga bertambah keluasannya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun pembangunan kawasan tanaman sawit ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. Bagi memastikan penanaman sawit dilakukan secara mampan dan mesra alam, beberapa garis panduan, pensijilan dan kod amalan diperkenalkan. Antaranya adalah Kod Amalan MPOB (CoP), Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan Amalan Pertanian Baik (GAP). Penanaman sawit secara mampan ini antaranya seperti penggunaan anak benih sawit berkualiti, tanah yang sesuai, menanam kekacang penutup bumi, pembinaan teres dan pengawalan perosak bersepadu bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia dan sebagainya. Semuanya ini menjurus kepada penjagaan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli dan biodiversiti. MPOB sememangnya telah bersedia meningkatkan kesediaan industri dalam menghadapi cabaran global. Penilaian kitaran hayat (LCA) menjadi tunjang dalam penyediaan polisi, kod amalan dan pensijilan di atas. LCA ini menyediakan penilaian terperinci mengenai sejauh mana impak terhadap alam sekitar berlaku sepanjang rantaian bekalan minyak sawit. Penyelidikan LCA turut meliputi aktiviti di sepanjang kitar hidup penghasilan minyak sawit hingga kepenggunaan biodiesel sawit pada kenderaan. Dari situ penambahbaikan dibuat bagi mengurangkan pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Penyelidikan dan Pembangunan (RD) MPOB ini, mencetuskan perkembangan industri sawit yang sihat melalui penemuan yang membanggakan negara. Pelbagai langkah lain turut menyusul bagi mengatasi kepincangan yang berlaku dalam industri sawit. Penyediaan langkah penyelesaian yang bijak diterima ramai dan serta akan menyedarkan masyarakat dunia terus diberi perhatian. Ini menunjukkan bahawa industri sawit Malaysia memang bertanggungjawab kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai biojisim dijana dalam proses pengeluaran produk sawit. Ia seperti pelepah, batang, tandan buah kosong (EFB), tempurung, gentian mesokarpa dan sisa buangan kilang sawit. Bahan yang banyak ini merupakan tapak karbon industri yang

Page 78: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

42

mencemarkan jika tidak diuruskan dengan bijak. Justeru inovasi kreatif RD terhasil bagi mempelbagaikan penggunaan biojisim. Di antaranya kilang sawit menggunakan tempurung dan gentian mesokarpa sebagai bahan bakar untuk dandang stim. Pelepah sawit dan EFB diletakkan diladang sebagai mutch bagi tujuan pembajaan. Dalam teknik pengkomposan, bahan organik ditukar kepada bahan lain yang boleh diguna semula serta bercirikan mesra alam, bersih dan bertoksik rendah. Ia membolehkan campuran sisa perladangan seperti pelepah, tandan buah kosong dan sisa buangan kilang sawit digunakan semula sebagai baja dan bahan makanan ternakan. Biojisim sawit juga digunakan sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui. EFB dijadikan bahan bakar bagi menjana tenaga elektrik. Penghasilannya yang banyak dan berterusan berpotensi untuk kilang sawit mengembangkan bidang penjanaan tenaga elektrik untuk kegunaan di grid nasional. Pada masa ini tidak kurang empat stesen janakuasa elektrik di Malaysia berkapasiti 10 MW telah menggunakan sumber tenaga dijana daripada EFB. Sisa buangan kilang sawit (POME) pula dapat menghasilkan biogas. Penghasilan biogas dapat digunakan bagi menjana tenaga haba dan elektrik. Secara tidak langsung dapat mengurangkan GHG yang menyumbang pencemaran alam sekitar dan pemanasan global. Kini terdapat hampir 100 kilang sawit menyedia dan merancang pembangunan fasiliti bagi memerangkap biogas bagi kegunaan dalaman. Biodiesel sawit adalah bahan bakar mesra alam berasas sawit. Ia menjadi alternatif sumber tenaga baru menggantikan diesel petroleum. Adunan lima peratus biodiesel dengan 95 peratus diesel petroleum menghasilkan kejayaan kerana tiada masalah enjin dilaporkan. Ia mula digunakan sejak 2009 oleh agensi kerajaan sebagai perintis percubaan. Kini Malaysia berbangga kerana mempunyai kilang biodiesel yang menggunakan teknologi MPOB. Disamping itu, lesen terus dikeluarkan kepada pengusaha bagi penghasilan biodiesel. Dianggarkan jumlah kapasiti tahunan melebihi 6 juta tan. Contoh di atas merupakan kejayaan Malaysia menjenamakan industri sawit yang mampan lagi mesra alam. Ia menolak tohmahan badan bukan kerajaan (NGO) yang memburukkan industri ini khasnya berkaitan alam sekitar. PEMENANG PERTAMA Nur Fatin Nabilah Rahim (No. K/P: 950504-10-5404) SMK Jalan Kebun, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor

Page 79: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

43

Headline: Kilang sawit perlu pasti alam sekitar terpelihara, elak cemar Publication: BH Date of publication: Oct 6, 2012 Section heading: Berita Sawit Page number: 001 Byline / Author: Oleh Muzzammil Ngatiman

KOTA KINABALU: Kilang sawit digesa supaya prihatin dan memastikan alam sekitar terutama sungai, hidupan liar dan ekosistem di kawasan berhampiran kilang terpelihara dan mengelakkan dari berlakunya pencemaran oleh efluen dari kilang berkenaan. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata demikian ketika perjumpaan tertutup dengan wakil 29 buah kilang sawit dari Daerah Kinabatangan yang diadakan di sini baru-baru ini. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk membincang, berdialog dan untuk mendapatkan maklum balas dari pihak kilang di kawasan berkenaan berkaitan isu alam sekitar dan pencemaran Sungai Kinabatangan dengan efluen kilang sawit. Tan Sri Bernard Dompok berkata, walaupun industri sawit adalah penyumbang besar kepada pembangunan ekonomi negara, adalah juga penting bagi memastikan agar kelestarian alam sekitar dijaga dengan baik. Adalah menjadi tanggungjawab semua kilang agar dapat menunjukkan keprihatinan terhadap pemeliharaan alam sekitar terutama sekali sungai-sungai, hidupan liar dan ekosistem yang terdapat di sekitar premis kilang. Dalam mencari keuntungan, kilang sawit perlu prihatin dengan memastikan alam sekitar terus dipelihara untuk generasi akan datang. Kita mengucapkan tahniah kepada kilang yang menunjukkan usaha baik dalam memelihara sungai berdekatan seperti membangunkan sistem perawatan termaju, mengguna semula bahan buangan sawit dan terdapat juga yang memperkenalkan konsep kilang sifar bahan buang, katanya. Beliau berkata, Kerajaan juga menggalakkan lebih banyak kilang supaya dapat membangunkan teknologi yang dapat membantu merawat sisa buangan kilang sawit. Dalam hal ini, MPOB menjalankan beberapa siri kajian dan penyelidikan terhadap keberkesanan sistem perawatan tertiari dalam memperbaiki kualiti rawatan efluen kilang sawit yang boleh diguna pakai kilang. Tan Sri Bernard Dompok berkata, tindakan sesetengah kilang yang melanggar peraturan pelepasan efluen kilang sawit dengan mengambil jalan mudah melepaskan ke dalam sungai adalah amat mengecewakan.

Page 80: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

44

Beliau menegaskan, sebarang pelanggaran terhadap peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan mahupun persekutuan akan disusuli dengan tindakan tegas berdasarkan kepada undang-undang yang termaktub. Bagaimanapun, Tan Sri Bernard Dompok menjelaskan, hasil dari lawatan dan tinjauan yang dilakukan ke kawasan Kinabatangan baru-baru ini , beliau berpuas hati kerana air dirawat dan dilepaskan ke dalam sungai berada pada tahap dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu 20ppm Biological Oxygen Demand (BOD). Turut hadir pada majlis dialog itu, Ketua Setiausaha MPIC, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim dan Pengerusi MPOB, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Page 81: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

45

Headline: Sungai khazanah penting mesti dipelihara Publication: BH Date of publication: Aug 16, 2012 Section heading: Main Section Page number: 031 Byline / Author: Oleh Rejal Arbee

Malaysia mempunyai khazanah lebih daripada 150 lembangan sungai utama dengan kira-kira 100 di Semenanjung saja. Malangnya ia tidak dipelihara dengan baik oleh rakyat menyebabkan banyak daripadanya tercemar teruk sehingga ada yang mati dengan airnya tidak lagi mengalir. Sejak 1993 lagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melancarkan kempen 'Cintailah Sungai Kita'. Malah kempen peringkat kebangsaan dilancarkan pada 2000 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru rakyat bersyukur atas kurniaan alam yang begitu indah yang menjadi khazanah tidak ternilai dan perlu dijaga dengan baik. Malangnya sehingga kini kebanyakan sungai itu masih kotor dan amat tercemar dengan sisa pepejal dan tanah terhakis hingga ada yang tidak lagi mampu menampung hidupan akuatik. Hakisan tanah disebabkan pembangunan di kawasan sekeliling dan luahan sisa tidak dirawat dari kilang menjadi penyebab utama pencemaran. Kempen tahunan itu untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan sungai dan alam sekitar dalam kehidupan. Namun, kempen itu tidak kedengaran lagi. Apakah ini menunjukkan kurang perhatian rakyat terhadap usaha memelihara sungai atau pihak berkepentingan juga sudah mengangkat tangan dengan keadaan yang wujud sekarang. Ini semua gara-gara sikap rakyat dan pemaju/pengusaha yang tidak prihatin pentingnya sistem sungai dipelihara. Pihak berkuasa tempatan pula amat lemah memantau pembangunan di sekitar lembangan sungai di bawah jagaan mereka. Selepas hampir 20 tahun kempen dijalankan, tidak banyak yang boleh kita banggakan dengan keadaan di kebanyakan lembangan sungai dalam negara ini. Malah kempen itu sendiri pun tidak kedengaran lagi. Penduduk di tepi sungai masih menganggap sungai tempat membuang sampah, demikian pula pemaju serta pengusaha tidak kisah dengan sisa-sisa hasil daripada perusahaan mereka berterusan memasuki sungai seperti kurangnya pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan terbabit. Lihat saja apa yang berlaku dengan Tasik Chini, Pahang yang menghadapi kemungkinan pupus seperti Tasik Mentiga yang berdekatan dan sudah pun lesap. Apa yang dihadapi Tasik Chini sekarang adalah gara-gara perlombongan yang rakus sehingga membawa pelbagai bahan pencemaran, termasuk sisa toksik dan logam ke

Page 82: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

46

dalamnya. Ia bukan saja memusnahkan kehidupan akuatik tetapi juga flora dan fauna disebabkan oleh paras asidnya yang amat tinggi. Ruangan ini pada Mac lalu sudah menimbulkan kemungkinan tasik kedua terbesar dalam negara selepas Tasik Bera ini akan hilang daripada peta Pahang kerana kegiatan beberapa syarikat melombong di sekitarnya. Kini Pertubuhan Transparency International-Malaysia (TIM) melancarkan kempen untuk memulihara tasik yang diiktiraf UNESCO sebagai khazanah simpanan biosfera supaya ia tidak pupus. Ia merujuk laporan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2010 yang memberi amaran terhadap kedudukan tasik itu jika apa yang berlaku sekarang tidak dihentikan. TIM juga mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan mengenai Tasik Chini seperti disyorkan dalam memorandum yang disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 10 April lalu. Najib ialah Ahli Parlimen kawasan itu. Kini ada pula usaha membaiki dan memulihara Sungai Klang dan Sungai Gombak menjadikannya tumpuan warga kota dan pelancong beriadah. Ia juga bertujuan memulihkan mutu air ke tahap boleh disentuh daripada keadaan sekarang yang tidak sihat disentuh. Ia bertujuan menjadikan beberapa kawasan di situ sebagai pusat rekreasi dengan mengadakan pelbagai kegiatan termasuk berdayung dan bersampan dengan kawasan tebing di majukan dengan kafe dan penubuhan pelbagai balai seni. Semua 11 kawasan sudah dikenal pasti di sepanjang 10.7 kilometer sungai untuk pengindahan itu. Dari segi perancangannya, ia sungguh indah tetapi usaha itu tidak harus berlaku di kawasan jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur saja. Sokongan dan kerjasama semua rakyat di hulu kedua-dua sungai itu juga perlu supaya ia tidak lagi dijadikan tempat buangan sampah. Tanpa ada usaha berkesan untuk memulihara keadaan di hulu kedua-dua sungai itu dan menghindar sungai terus dijadikan tempat buangan, usaha itu tidak mungkin berjaya. * Penulis ialah Felo Kanan UKM

Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 6 Mei 2013

Page 83: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

1

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR PANTAU PENCEMARAN DI SUNGAI

Date: 19-09-2012 Author: / SZA SZA KLS KURUP-KINABATANGAN KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa memantau rapi dan mempertingkat penguatkuasaan punca pencemaran mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk 34 kilang kelapa sawit yang beroperasi di Lembangan Sungai Kinabatangan. Timbalan Menterinya Tan Sri Joseph Kurup berkata bagi tempoh Januari 2010 hingga Ogos 2012, lima tindakan mahkamah diambil terhadap kilang-kilang kelapa sawit yang tidak mematuhi peruntukan mengikut akta berkenaan selain enam kompaun, 22 notis arahan dan 27 surat arahan. "Berdasarkan rekod pemantauan kualiti air sungai oleh Jabatan Alam Sekitar, pada masa kini sungai-sungai di Lembangan Kinabatangan berada pada tahap sederhana tercemar dan bersih dengan Indeks Kualiti Air pada paras antara 73 hingga 90 (Kelas II hingga III berdasarkan Standard Kualiti Ambien Air Sungai Negara)," katanya ketika berucap pada majlis malam mesra media kementerian itu di sini malam tadi. Kurup berkata pelbagai usaha dijalankan bersama kerajaan negeri Sabah bagi menangani masalah pencemaran sungai di negeri ini termasuk melaksanakan Strategi dan Pelan-Pelan Tindakan Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Lembangan Sungai Kinabatangan. Beliau berkata demikian ketika mengulas sungai Kinabatangan yang merupakan sungai terpanjang di Sabah mempunyai kawasan tadahan seluas 16,799 km atau meliputi 26 peratus daripada keluasan negeri ini dilaporkan tercemar akibat kegiatan kilang-kilang sawit. Guna tanah di lembangan itu adalah 75 peratus hutan, 24.9 peratus pertanian dan bakinya adalah penempatan dan kawasan yang telah dibangunkan (infrastruktur). Katanya antara pendekatan yang diambil bagi mencegah pencemaran daripada berterusan adalah mewajibkan semua kilang kelapa sawit di kawasan sungai sensitif seperti sungai Kinabatangan, Segaliud dan Muanad mematuhi had pelepasan Permintaan Oksigen Biologi (BOD3), 20mg/l. Kurup berkata premis terbabit diberi tempoh enam bulan melaksanakan langkah-langkah sewajarnya termasuk memasang sistem pengolahan efluen peringkat tertiary bagi mematuhi had pelepasan BOD. Beliau berkata usaha pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai di Lembangan Kinabatangan memerlukan tindakan bersama antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, industri dan orang awam. "Oleh yang demikian, saya menyeru pihak media supaya memainkan peranan lebih aktif untuk meningkatkan kesedaran melalui sebaran maklumat berterusan kepada orang ramai supaya budaya memulihara sungai dan alam sekitar dapat dipupuk dan diamalkan dalam kalangan masyarakat," katanya. Sementara itu, sempena majlis mesra media yang julung kali diadakan itu,

Page 84: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

2

beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada media khususnya media massa Sabah yang banyak membantu mempromosikan aktiviti dan program kementerian serta agensi-agensi di bawahnya. "Harapan kami semoga majlis yang diadakan secara sederhana ini dapat menjadi titik tolak ke arah mengeratkan lagi hubungan baik sedia ada dengan pihak media yang dilihat sebagai rakan informatif dalam usaha membentuk perkongsian pintar yang berterusan dan sekaligus diharapkan agar ia dapat mempertingkat imej kementerian dan jabatan di mata masyarakat," katanya. Dalam pada itu, katanya kementerian berjaya menanam 28.81 juta pokok di bawah kempen menanam 26 juta pokok dengan tema 'Satu Warga, Satu Pokok' di seluruh negara sehingga Jun lepas menerusi penglibatan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan. -- BERNAMA SZA SZA KLS

Page 85: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

3

TI-M, ORANG ASLI MOHON K'JAAN CAMPUR TANGAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR TASIK CHINI

Date: 10-04-2012 Author: / NSS NSS HS ORANG ASLI-CHINI PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Transparency International Malaysia (TI-M) dan penduduk perkampungan Orang Asli di 11 kampung di Tasik Chini di Pekan, Pahang memohon campur tangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar di kawasan itu yang didakwa berlaku akibat perkembangan aktiviti ekonomi di sekitarnya. Kedua-dua pihak diketuai Setiausaha Agung TI-M, Josie M. Fernandez dan lebih 10 wakil masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan hadir ke Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini untuk menyerahkan memorandum berhubung perkara itu yang diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Mohammad Ammir Harun. Fernandez berkata dalam pertemuan itu mereka turut menyerahkan 11 resolusi hasil daripada bengkel yang dijalankan TI-M bersama penduduk sebelum ini, antaranya cadangan supaya kawasan di sekitar Tasik Chini dipulihkan termasuk meningkatkan populasi teratai dan ikan, memulihkan kualiti air, memulihara hutan dan mengurangkan tumbuhan perosak. "Selain itu, kita juga berharap bilangan pelancong dan aktiviti eko-pelancongan dapat dipertingkatkan supaya sumber pendapatan komuniti orang Asli dapat diperbaiki," katanya. Wakil penduduk Tasik Chini, Ismail Muhammad mendakwa akibat pencemaran alam sekitar, kualiti kehidupan mereka turut terjejas kerana kekurangan sumber pendapatan. "Selain itu, sukar untuk kami mendapatkan bekalan makanan misalnya ikan yang dipancing sendiri, yang dijamin selamat untuk dimakan akibat pencemaran itu," katanya. -- BERNAMA NSS NSS HS

Page 86: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

4

JABATAN ALAM SEKITAR DIARAH SIASAT PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DI PORT DICKSON

Date: 10-03-2011 Author: / RP AZH PENCEMARAN PD-SIASAT PORT DICKSON, 10 Mac (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan diarah menyiasat punca pencemaran air sungai yang mengalir ke laut di tepi pantai berhampiran Admiral Cove Batu 5 di sini, dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri Datuk V.S. Mogan berkata siasatan itu akan membabitkan usaha mencari punca pencemaran. "Jabatan Alam Sekitar JAS pula akan mengambil sampel air di sungai itu untuk mengetahui kandungan sedrta tahap pencemaran sungai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat sungai itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan Hishamuddin Mustafa dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson Abdul Wahab Shamsuddin. Lawatan itu dilakukan ekoran laporan sebuah akhbar hari ini mengenai air sungai di kawasan itu yang berbau busuk dan berwarna hitam pekat yang mengalir ke laut. Mogan berkata siasatan awal mendapati pencemaran air sungai itu dipercayai berpunca daripada bahan buangan yang tidak berjadual daripada kem tentera, kelab golf, hospital dan premis berhampiran sungai berkenaan. "Kita percaya pencemaran air sungai ini telah lama berlaku dan tindakan segera perlu dilakukan untuk mengatasinya," katanya. Mohammad Razi pula berkata kawasan pantai yang tercemar itu adalah kawasan terpencil yang bukan kawasan berkelah atau mandi-manda, dan menurutnya pencemaran air sungai itu masih lagi terkawal. "Pencemaran ini bukan melibatkan seluruh pantai Port Dickson, cuma kawasan terpencil," katanya. -- BERNAMA RP AZH

Page 87: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

5

AHLI PARLIMEN DAN ADUN DIMINTA BANTU PANTAU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Date: 21-04-2007 Author: / RP RP DC Azmi-Alam Sekitar SEREMBAN, 21 April (Bernama) -- Ahli Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam buah negeri diminta turun padang untuk membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di kawasan masing-masing. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid berkata kementeriannya telah mengesan beberapa kawasan pencemaran yang diklasifikasikan sebagai kawasan hitam di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Johor. "Ahli Parlimen dan ADUN akan dibantu oleh kakitangan Jabatan Alam Sekitar untuk menangani masalah pencemaran di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis anugerah cemerlang dan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Tunku Kurshiah di sini hari ini. Azmi berkata kementeriannya telah melakukan rombakan dalam jabatan berkenaan bagi membolehkan lebih ramai anggota penguatkuasa dihantar ke kawasan hitam. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meminta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri melaksanakan program yang lebih intensif dan berkesan dalam penjagaan alam sekitar. -- BERNAMA RP RP DC

Page 88: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

6

MENTERI-MENTERI ALAM SEKITAR ASEAN BINCANG DANA PENCEMARAN JEREBU

Date: 28-02-2007 Author: / HI AO AZH Asean-Jerebu BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Ke-12 Menteri-menteri Asean berhubung Jerebu (AMMH) yang akan bermula di sini esok dijangka akan membincangkan tentang peraturan-peraturan kewangan bagi Dana Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan Asean. Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Brunei Pehin Orang Kaya Hamzah Abdullah Begawan Mudim Bakar itu akan turut membincangkan tentang rancangan dan persediaan dalam usaha menubuhkan Pusat Penyelaras Asean bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan. Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi Kementerian Pembangunan Brunei dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu juga akan mengkaji dan mengemaskini tentang keadaan iklim dan cuaca serantau bagi bulan-bulan akan datang, di samping mengukuhkan kapasiti Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang terletak di Singapura. Setiap negara anggota perlu membentangkan laporan-laporan tentang perkembangan pelan tindakan jerebu nasional masing-masing, selain aktiviti berterusan dalam membanteras, memantau dan membendung jerebu. Malaysia akan diwakili oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid pada mesyuarat itu, yang akan turut membincangkan tentang langkah bersama yang boleh diambil oleh negara-negara anggota untuk membuat persiapan bagi menghadapi masalah jerebu pada masa akan datang. Lain-lain menteri yang akan menghadiri mesyuarat itu ialah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Alam Sekitar Indonesia Rachmat Witoelar dan Menteri Kanan Alam Sekitar Kemboja Dr Mok Mareth. Mesyuarat itu akan menjadi langkah permulaan kepada Persidangan Pihak-pihak yang terbabit dalam Perjanjian Asean berhubung Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan, yang akan bermula di sini Jumaat ini. -- BERNAMA HI AO AZH

Page 89: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

7

JAWATANKUASA KECIL ALAM SEKITAR PANTAU PENCEMARAN

Date: 03-06-2006 Author: / WM ZBI RS Sazmi-Jawatankuasa MACHANG, 3 Jun (Bernama) -- Jawatankuasa kecil alam sekitar di peringkat mukim, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen akan ditubuh dalam masa terdekat bagi memantau pencemaran alam sekitar, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah. Beliau berkata kerangka dan bidang kuasa mengenainya sedang dibincang secara lebih mendalam oleh kementerian. "Kementerian akan menurunkan kuasa kepada jawatankuasa itu yang akan dihubungi oleh pegawai penguatkuasa secara talian terus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Tabung Dana PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret di sini semalam. Sazmi, juga anggota Parlimen Machang berkata kementerian akan mengeluarkan senarai kilang dan sungai yang berpotensi berlaku pencemaran. Sebahgian besar kilang dan sungai terletak di kawasan perindustrian seperti Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Melaka. Bagaimanapun Sazmi berkata negeri-negeri seperti Kelantan yang tidak mempunyai banyak kilang, memadai ditubuhkan jawatankuasa di kawasan Parlimen. -- BERNAMA WM ZBI RS

Page 90: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

8

BUNYI, SUMBER PENCEMARAN ALAM SEKITAR PALING TINGGI

Date: 08-10-2002 Author: / SNS AHH LAT Law-Bunyi/I PETALING JAYA, 8 Okt (Bernama) -- Rakyat Malaysia secara amnya menganggap bunyi sebagai sumber pencemaran alam sekitar nombor satu yang menjejaskan kawasan kediaman mereka, kata Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Seri Law Hieng Ding hari ini. Beliau berkata akibat peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar serta peningkatan permintaan untuk kemudahan dan keselesaan, bunyi lalulintas, pesawat, pembinaan dan industri, malah anjing menyalak dan bunyi muzik telah meningkat dengan mendadak. "Jika langkah sesuai tidak diambil untuk menghalang pencemaran bunyi daripada terus meningkat, ia tidak lama lagi akan menjadi satu ancaman besar tidak sahaja kepada kualiti kehidupan, malah membahayakan kesihatan," kata Law pada perasmian seminar mengenai alam sekitar Malaysia (Envirotour) 2002 di sini hari ini. Law berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) beberapa tahun lepas menunjukkan bahawa bunyi pengangkutan permukaan, khususnya lalulintas, menyumbang impak terbesar. Kajian itu menunjukkan bahawa bunyi merupakan sumber pencemaran nombor satu atau 75 peratus, diikuti kualiti udara, 47 peratus dan pencemaran sampah, 29 peratus. Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Law berkata Jabatan Alam Sekitar kini menyedia dan melaksanakan Garis Panduan Kawalan Bunyi Alam Sekitar mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar bagi menangani pencemaran bunyi. Garis panduan itu yang dijangka dilaksanakan tahun lepas, mensasarkan kumpulan yang mampu menghasilkan bunyi seperti kilang, pengilang kereta dan motosikal, industri, tapak binaan dan tapak hiburan. Law berkata walaupun kerajaan mungkin mempunyai jentera pentadbiran, pihak berkuasa masih menghadapi kekurangan dalam aspek pemantauan pencemaran bunyi dan Jabatan Alam sekitar sedang mengkaji pelaksanaan program pemantauan bunyi menyeluruh di seluruh negara bagi menangani masalah itu. Envirotour Malaysia 2002 dianjurkan bersama oleh S&V Teknik Sdn Bhd dan Bruel & Kjaer (Denmark) dengan objektif untuk mempromosikan kesedaran dan pemahaman mengena kesan lebihan pendedahan bunyi dan gegaran kepada masyrakat dan alam sekitar. -- BERNAMA SNS AHH LAT

Page 91: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

9

FAKTOR LUARAN LEBIH BESAR SEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Date: 17-11-1997 Author: / MNY NMO Parlimen-Jerebu KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Faktor luaran lebih besar daripada faktor dalaman termasuk asap daripada kenderaan bermotor sebagai punca yang menyebabkan jerebu baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Abu Bakar Daud. Beliau berkata pencemaran akibat kenderaan bermotor telah berkurangan 19 peratus pada 1996 berbanding 1995 tetapi bacaan indeks pencemaran udara semasa musim jerebu baru-baru ini meningkat 90 peratus berbanding dengan waktu biasa. "Ini menunjukkkan punca luaran adalah lebih tinggi berbanding punca dalaman," katanya ketika menjawab soalan Abdul Rahin Mohd Said (BN-Kuala Nerus) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata bagaimanapun adalah sukar untuk menentukan peratusan sebenar beban pencemaran yang disebabkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Mengenai tahap kesedaran rakyat terhadap perlunya menjaga kualiti alam sekitar, Abu Bakar berkata kaji selidik Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Unit Perancang Ekonomi di peringkat nasional pada 1995 menunjukkan 90 peratus daripada sejumlah responden mempunyai kesedaran itu. "Kesedaran ini termasuklah tentang perlunya menjaga kualiti alam sekitar termasuk yang melibatkan jerebu, pencemaran udara dan pencemaran air...dan ia hasil daripada aktiviti dan program kesedaran yang dijalankan kementerian dari semasa ke semasa," katanya. Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shukri Mohamed (BN-Machang) beliau berkata hampir 1,000 kes pencemaran alam sekitar sudah diambil tindakan dan usaha dibuat bagi menambah bilangan kakitangan JAS bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan. Kepada soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Tanjong) yang mahu tahu tindakan yang telah diambil bagi mengelak jerebu tanpa berlakunya kebakaran besar di Indonesia, beliau berkata antara usaha ialah menyedarkan pengguna kenderaan bermotor supaya memastikan penyenggaraan yang baik bagi mengelakkan asap yang banyak. "Mengikut manual kenderaan bermotor, penyenggaraan mestilah dijalankan mengikut jadualnya tetapi banyak pemandu tidak mematuhinya yang mengakibatkan pengeluaran asap yang teruk... ini satu daripada faktor pencemaran," katanya. Abu Bakar berkata jerebu bukanlah fenomena yang berlaku "365 hari setahun" tetapi hanya sekali-sekala sahaja. -- BERNAMA MNY NMO

Page 92: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

10

MESYUARAT ALAM SEKITAR MALAYSIA-SINGAPURA BINCANG PENCEMARAN SELAT MELAKA

Date: 11-12-1996 Author: / MS SN AHH KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Singapura dan Malaysia akan membincangkan cara-cara menangani pencemaran di Selat Melaka pada mesyuarat tiga hari di Pulau Pinang, mulai esok. Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Law Hieng Ding berkata perbincangan akan bertumpu kepada laporan kedua-dua negara yang menjalankan kajian mengenai keadaan selat itu pada Mei lepas. Ketika bercakap kepada pemberita di pejabatnya selepas mesyuarat kabinet di sini hari ini, Law berkata mesyuarat itu akan membincangkan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran yang disebabkan oleh kapal-kapal yang melalui selat itu. Mesyuarat yang akan dihadiri menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar dan pegawai-pegawai kanan itu akan turut membincangkan cara-cara meningkatkan kualiti bekalan air ke Singapura dan pencemaran air di Selat Johor. Kira-kira 3,000 buah kapal belayar melalui Selat Melaka sebulan dan sesetengahnya membersihkan kapal tanpa izin. Pencemaran dari darat yang mengalir di selat itu turut menyebabkan pencemaran yang teruk di Selat Melaka. -- BERNAMA MS SN AHH

Page 93: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

11

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING DIPINDA UNTUK PERKUKUH PENGUATKUASAAN PENCEMARAN

Date: 18-10-2011 Author: / TAJ NSM RS ALAM SEKITAR-AKTA KUALA TERENGGANU, 18 Okt (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap masalah pencemaran. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sri Douglas Uggah Embas berkata, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) yang bakal memantapkan pengurusan Kesan Alam Sekitar (EIA) 2011 itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. "Kita akan bawa perkara ini ke kabinet dalam masa dua, tiga minggu lagi sebelum diluluskan di Parlimen, dijangka pada Mac depan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat Kebangsaan 2011 di Taman Tamadun Islam di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar Datuk Zoal (ulang: Zoal) Azha Yusof; Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Rosnani Ibrahim; dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu Datuk Toh Chin Yaw. Douglas Uggah berkata, dengan akta baru itu, perunding Penilaian EIA yang berdaftar dengan JAS sahaja dibenar menjalankan kajian dan menyediakan laporan EIA. Katanya, ini merupakan syor ke atas seksyen 34A akta berkenaan bagi memastikan laporan EIA disediakan adalah berkualiti dan dijalankan oleh individu yang berkelayakan dan bertanggungjawab. Beliau berkata, sebelum ini laporan EIA kepada JAS kebanyakannya tidak berkualiti dan kerap kali disediakan oleh perunding yang kurang kepakaran dan pengalaman. Katanya, kementerian melalui JAS turut mengesyorkan penalti terhadap pelanggaran seksyen ini dinaikkan dari RM100,000 sehinggga RM500,000 disebabkan kesalahan yang dilakukan merupakan kesalahan alam sekitar yang sangat serius. Beliau berkata, bagi memantapkan penguatkausaan terhadap aktiviti projek yang tertakluk kepada EIA, adalah dicadangkan satu peruntukan baru iaitu Seksyen 34AA diwujudkan. Katanya, seksyen itu adalah bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling untuk memberhentikan kerja penggerak projek yang melanggar peraturan EIA yang memberi banyak impak serius kepada alam sekitar sehingga langkah pembaikan dilaksana. Pada majlis itu Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah dinobat pemenang Anugerah Alam Sekitar bagi Projek Terbaik Sekolah Lestari bagi peringkat sekolah menengah. Manakala sekolah rendah pula dimenangi Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak, Johor. Masing-masing pemenang membawa pulang RM5,000 serta piala.

Page 94: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

12

Manakala bagi Anugerah Langkawi yang merupakan penghormatan tertinggi JAS kepada individu dan pertubuhan dimenangi The Frangipani Langkawi dengan memperolehi wang tunai RM10,000 peserta piala. -- BERNAMA TAJ NSM RS

Page 95: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

13

LARANGAN TEBANG POKOK DI TEBING SUNGAI UNTUK KAWAL PENCEMARAN ALAM

Date: 22-08-2006 Author: / NH KAY Sungai-Pokok KOTA BAHARU, 22 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menguatkuasakan larangan penebangan pokok bagi pembukaan ladang baru di sepanjang tebing sungai di negeri ini dalam usaha mengawal pencemaran alam sekitar. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan Datuk Husam Musa hari ini berkata melalui peraturan baru itu, penebangan pokok dalam jarak 20 meter di kiri dan kanan dari kawasan tebing sungai dan anak sungai di negeri ini adalah dilarang sama sekali. Tanpa menyatakan denda kepada mereka yang melanggar peraturan itu, beliau berkata kegiatan itu dilarang walaupun penebangan pokok itu dibuat di dalam kawasan ladang kelapa sawit. Peraturan itu juga melibatkan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang ingin membuka ladang baru, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Katanya peraturan itu akan dimasukkan dalam syarat kontrak yang diberikan kepada pengusaha terbabit. Katanya mesyuarat Jawatankuasa Perhutanan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bulan lepas, menetapkan peraturan baru itu berikutan kejadian pencemaran sungai masih berlaku walaupun kegiatan pertanian dan pembalakan dibuat mengikut peraturan. Beliau juga berkata kerajaan negeri telah membekukan lesen pembalakan di tanah tinggi Lojing, Gua Musang dalam usaha mengawal pencemaran yang disebabkan oleh hakisan tanah. Katanya pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian baru juga dibekukan. Sementara itu, Husam berkata Kelantan bersedia memberhentikan kegiatan pembalakan di negeri ini sekiranya kerajaan pusat bersedia memberi pampasan yang setimpal dengan hasil yang diperolehi daripada kegiatan itu. -- BERNAMA NH KAY

Page 96: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

14

JAWATANKUASA KECIL ALAM SEKITAR PANTAU PENCEMARAN

Date: 03-06-2006 Author: / WM ZBI RS Sazmi-Jawatankuasa MACHANG, 3 Jun (Bernama) -- Jawatankuasa kecil alam sekitar di peringkat mukim, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen akan ditubuh dalam masa terdekat bagi memantau pencemaran alam sekitar, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah. Beliau berkata kerangka dan bidang kuasa mengenainya sedang dibincang secara lebih mendalam oleh kementerian. "Kementerian akan menurunkan kuasa kepada jawatankuasa itu yang akan dihubungi oleh pegawai penguatkuasa secara talian terus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Tabung Dana PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret di sini semalam. Sazmi, juga anggota Parlimen Machang berkata kementerian akan mengeluarkan senarai kilang dan sungai yang berpotensi berlaku pencemaran. Sebahgian besar kilang dan sungai terletak di kawasan perindustrian seperti Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Melaka. Bagaimanapun Sazmi berkata negeri-negeri seperti Kelantan yang tidak mempunyai banyak kilang, memadai ditubuhkan jawatankuasa di kawasan Parlimen. -- BERNAMA WM ZBI RS

Page 97: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

15

AKTA KUALITI ALAM DIPINDA, MASUKKAN PENCEMARAN BUNYI BISING

Date: 11-10-2000 Author: / APG AHH AKD Zainal-Bunyi KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bercadang meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memasukkan isu pencemaran bunyi bising, kata Timbalan Menterinya Datuk Zainal Dahalan. Beliau berkata cadangan pindaan itu masih di peringkat jawatankuasa teknikal yang juga sedang mengkaji untuk memasukkan isu-isu lain yang berkaitan seperti isu pencemaran pemandangan akibat daripada proses pembangunan di sesuatu kawasan. "Dalam akta (Kualiti Alam Sekeliling) yang sedia ada, perkara ini (pencemaran bunyi bising) tidak dimasukkan. Ia adalah antara isu baru yang perlu dimasukkan dalam pindaan itu nanti," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar Enviro-Tour Malaysia 2000 anjuran S & V Teknik Sdn Bhd dan Bruel & Kjaer dari Denmark di sini hari ini. Namun begitu, beliau tidak dapat memberikan tarikh pindaan itu akan dibawa ke Parlimen kerana kementerian memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti segala aspek yang perlu dimasukkan dalam pindaan itu. Katanya setakat ini kementerian tidak mempunyai data yang komprehensif mengenai tahap pencemaran bunyi bising tetapi kebanyakan aduan yang diterima dari orang ramai adalah bunyi bising berpunca daripada kenderaan dan kerja-kerja pembinaan selain bunyi dari lapangan terbang. Katanya kerajaan juga menggalakkan pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi dan swasta menjalankan kajian mengenai tahap pencemaran bunyi, punca serta cara mengatasinya untuk meningkatkan keselesaan hidup masyarakat. Data-data yang diperolehi itu boleh disebarkan kepada orang ramai supaya bagi mereka yang ingin membeli rumah, mereka boleh mendapatkan maklumat sejauhmana tahap bunyi bising di kawasan tersebut bagi membantu mereka membuat keputusan untuk membeli kediaman di kawasan tersebut atau di tempat lain. Dalam ucapannya, Zainal berkata bunyi bising sememangnya diakui sebagai menyumbang kepada bahaya kesihatan manusia jika mereka terdedah kepada tahap bunyi bising yang tinggi secara berlebihan. Oleh itu had pengeluaran bunyi merupakan antara syarat yang diperlu dipatuhi di dalam meluluskan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi sesuatu projek. Sementara itu, Pengarah Institut Bunyi Bising dan Getaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Salmon Leong berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh UTM dan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 1987, punca utama pencemaran bunyi bising adalah dari keadaan trafik seperti juga yang dihadapi di bandar raya seperti Tokyo dan London dan kebanyakan pencemaran ini di kawasan yang telah membangun. -- BERNAMA APG AHH AKD

Page 98: Pencemaran Alam Sekitar [Sumber Elektronik].pdf

16

SAHABAT ALAM MINTA KERAJAAN ATASI MASALAH PENCEMARAN AIR

Date: 14-07-1997 Author: / IB RI SAM-Air KUALA TERENGGANU, 14 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu diminta bertindak tegas terhadap pihak yang mencemarkan bekalan air paip di Dungun, Paka dan Kerteh. Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), S.M.Mohd Idris hari ini berkata perbuatan seumpama itu tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh mengancam kesihatan mereka yang terlibat. "SAM meminta Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Kesihatan segera bertindak bagi menangani masalah itu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Beliau berkata di antara punca pencemaran air itu ialah pembuangan sisa dari kilang kelapa sawit dan kerja-kerja mengorek pasir di sungai Dungun. S.M.Mohd menegaskan SAM bimbang terhadap keselamatan penduduk di ketiga-tiga kawasan terbabit dan kilang kelapa sawit yang terlibat mencemari kawasan tersebut perlu diambil tindakan tegas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling. Beliau berkata operasi mengorek pasir di sungai Dungun wajar dihentikan kerana ia mengancam penduduk tempatan dan alam sekitar. Tindakan susulan yang lebih kerap hendaklah dijalankan oleh pihak berkuasa bagi memastikan masalah itu tidak berulang, katanya. Akhbar hari ini melaporkan sisa kumbahan industri dan kerja mengorek pasir di Sungai Dungun dikesan sebagai punca air paip yang dibekalkan kepada penduduk Dungun, Paka dan Kerteh, berkeladak dan masin sejak sebulan lepas. Berikutan itu, kira-kira 1,000 penduduk yang terbabit terpaksa menggunakan air perigi untuk keperluan harian mereka.--BERNAMA IB RI

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 6 Mei 2013


Top Related