Transcript

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, pendidikan pemulihan perlu dilaksanakan dengan mengutamakan Prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Oleh itu, melalui pendidikan pemulihan, keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

1

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Konsep Pemulihan Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan juga adalah sebagai satu cabang daripada

sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Ia merupakan satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan murid-murid yang lemah pulih dan dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

2

Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : i) Sharifah Alwiah Alsagoff,1983 : 371 Satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak- kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa . iii) Pringle (1966) Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. iv) Albertwhite (1977) Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanakkanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi . v) Tansley (1967) Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkahlangkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

3

vi) Collins (1961) Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira. vii) Evans (1995) Pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system . Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid. viii) Blair (1956) Pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaankebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lamba t. ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986. Pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) Dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah- langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

4

Rasional Pendidikan Pemulihan: a) Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. b) Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. c) Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. d) Untuk membantu murid membina keyakinan diri. e) Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. f) Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran g) misalnya matematik mengikut kebolehannya.

Objektif pendidikan pemulihan adalah: a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan. b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitankesulitan pembelajaran tertentu. c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak. d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan. e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa. f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensiagensi untuk perkembangan optimum setiap kanak- kanak. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya dalam masalah bahasa.

5

Antara sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh:

1. Perbezaan individu. Murid-murid berbeza dari segi kebolehan dan minat. Ini bermakna ada murid yang dapat mempelajari dengan mudah dan ada yang sukar. Kesukaran sesetengah murid dalam menguasai aopa yang diajarkan adalah merupakan sebab kenapa pendidikan pemulihan ini diketengahkan dalam system pendidikan di Negara kita.

2. Masalah Pembelajaran: Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka memerlukan kelas pemulihan. Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid- murid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan.

Jenis-jenis Masalah Pembelajaran: a) Belajar secara lambat, selalu gagal. b) Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah. c) Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh. d) Kekurangan social iaitu mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. e) Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan Faktor-faktor Penyebab: Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan pendidikan

pemulihan ialah: 1. Faktor psikologi a) Faktor emosi yang tidak stabil. b) Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan- latihan dengan baik di dalam bilik darjah. c) Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya.6

2. Faktor kecerdasan mental a) Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang mungkin disebabkan oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa. b) Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada kadar atau intensiti yang sama.

3. Faktor Biologi/Kesihatan a) Murid-murid mempunyai masalah kesihatan. b) Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada

pengajaran guru. c) Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi akan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik yang akhirnya membawa kepada kesan masalah tingkah laku. 4. Faktor Persekitaran a) Masalah bahasa Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana muridmurid tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah menyebut perkataan atau membaca. Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid- murid dalam kelas pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman bacaan yang positif serta mengikut satu program bacaan yang berkesan.

b) Amalan Sekolah i. ii. iii. iv. Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran. Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan. Wujud jurang akademik yang besar di antara murid. Murid-murid mundur dalam pembelajaran memerlukan pendidikan pemulihan.

Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai.

7

5. Faktor Emosi dan Sosial a) Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat lebih ganas dan agresif serta sangat sensitif kepada kritikan guru. b) Menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu. c) Tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif.

Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi murid-murid serta memastikan murid-murid mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan

8

Murid Pendidikan Pemulihan Definisi Murid Pendidikan Pemulihan Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia murid pendidikan pemulihan. Para pendidik menganggap kanak- kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun slow learner yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas. Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan, murid-murid ini juga

memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. 1. Menurut Brennan (1974), murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. 2. Menurut Sharifah (1986), murid pendidikan pemulihan ialah murid-murid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam mata pelajaran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk kanak-kanak yang dikategorikan sebagai terencat akal. 3. Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) berpendapat murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahlaku yangmenjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. 4. Koh (1984), mentakrifkan murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya

9

atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu. 5. Johnson (1963), mendefinisikan kumpulan murid lambat sebagai murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya. 6. AE Tanseley dan R.Culliford, mentakrifkan kanak- kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa. 7. m.f. clough mendefinisikan kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai

kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.

10

Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang

membezakannya dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. a) Dari segi Emosi dan Tingkahlaku Perasaan rendah diri Perasaan risau Perasaan sedih, hiba atau duka Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran Perasaan takut akan perkara-perkara baru Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Pasif Malas

b) Sosial Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu kawan kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan Gemar menghisap atau menggigit kuku Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan Menangis enggan masuk darjah Hyper aktif

c) Kesihatan Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus) Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan) Lemah gerakan motor-kasar dan halus Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

11

d) Kesediaan Belajar Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e) Pengamatan Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah pendengaran bunyi dan rentak. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengkelaskan benda. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. Tidak kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran / ingatan. Tidak boleh mengingat kembali.

Beberapa tokoh ilmuan juga telah menggariskan ciri-ciri murid pendidikan pemulihan mengikut sudut pandangan mereka seperti di bawah : 1. Schonell (1965), mencirikan kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak yang kurang keupayaan dan lemah berbanding dengan kanak-kanak lain. 2. Tansley dan Gulliford (1960), telah membahagikan cirri kanak-kanak lambat kepada tiga kumpulan iaitu : i. Kanak-kanak yang lemah dari segi perkembangan mental ditambah kecacatan-kecacatan lain seperti gangguan kesihatan, terhad pengalaman berbahasa dan mengalami gangguan emosi. ii. Kanak-kanak ini selalunya ponteng sekolah dan biasanya berasal daripada latar belakang keluarga susah.

12

iii.

Kanak-kanak ini biasanya mengalami kesukaran khusus dalam bacaan dan penulisan mengakibatkan mereka mengalami pencapaian yang rendah dalam hampir kesemua mata pelajaran.

3. Haigh (1977), mencirikan kanak-kanak pendidikanpemulihan seperti berikut : i. Kanak-kanak ini rendah pencapaian dalam kemahiran asas dan mengalami ketidakupayaan dari segi bahasa menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran. ii. Mempunyai keupayaan berbahasa dan daya kefahaman yang terhad sehingga mereka tidak bersedia memikirkan konsep-konsep yang abstrak. iii. Mempunyai minat yang terhad terhadap pelajarandan bersikap dingin terhadap kejayaan dalam pelajaran. Kegagalan dalam pelajaran yang selalu dialaminya menimbulkan sikap benci terhadap sekolah. iv. Murid ini biasanya memiliki perlakuan yang sukar dikawal. Perlakuan ini amat berbeza dari rakan-rakan yang lain. Pada kebiasaannya pakaian kanak-kanak ini juga tidak kemas dibandingkan dengan murid lain. v. Murid ini selalunya cuba menarik perhatian guru, kerana mereka kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran, tidak berminat, kadangkala berkelakuan liar untuk menutup kelemahan mereka. vi. Ada kalanya murid jenis ini tidak pandai menulis tetapi boleh bertutur dengan baik. Oleh sebab minat mereka terhad dan cepat luput, maka mereka selalu mengganggu murid yang pandai.

13

4. Abdul Halim (1980), mentakrifkan ciri-ciri murid pendidikan pemulihan adalah seperti berikut : i. Kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua tahun dibawah usianya. ii. iii. iv. Kanak-kanak ini lemah daya perhatian ke atas sesuatu kerja. Kanak-kanak ini sukar menghabiskan kerja yang diberikan kepadanya. Kanak-kanak ini juga sukar mengenali simbol-simbol yang diajar kepadanya, serta kurang daya untuk memahami dan menceritakan apa yang dibacanya, walaupun mereka boleh membaca dengan baik. v. Kanak-kanak ini juga kurang kebolehan untuk mengingat maklumat yang diajar kepadanya serta sukar memahami apa-apa yang mereka sendiri cakapkan walaupun mereka tidak mengalami masalah pendengaran. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak boleh menyampaikan perasaan atau kehendak mereka kepada orang lain. vi. Mereka juga tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya mereka atas beberapa sebab. Antaranya selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain, menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanakkanak lain kepada mereka. Ini menyebabkan mereka tidak boleh menyesuaikan diri di kalangan kanak-kanak lain. vii. Ada juga kanak-kanak ini yang kekok pergerakan tangan lalu

menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini kerana setiap kali guru menyuruh menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik dari kanak-kanak lain tetapi masalah kekok pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal dalam ujian-ujian yang memerlukan banyak menulis. Ada juga kanak-kanak ini yang merasa tersinggung dengan masalah fizikal mereka kerana mereka selalu menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain terutamanya dalam latihan jasmani, di mana kekekokan mereka lebih ketara. Ini melemahkan keyakinan diri mereka bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga dalam pembelajaran mereka.

14

5. Menurut Marie Jean Low (1973), kanak-kanak lambat ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut : i. ii. Lemah daya pemikiran yang abstrak Lemah daya kordinasi pancaindera dengan pemikiran dalam perkara : a. pengamatan b. pendengaran c. pertuturan iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Lemah dalam penerimaan konsep baru. Kurang keyakinan diri sendiri oleh kerana dikuasai perasaan rendah diri. Tumpuan perhatian yang terhad. Tumpuan perhatian mudah terganggu oleh gangguan luar. Lemah dalam penyebutan dan pertuturan, gagap, pelat dan sengau. Gengguan kesihatan seperti selsema, sakit telinga dan sakit kulit. Ketidakbolehan menganalisis sesuatu untuk membezakan yang penting dengan yang tidak penting. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. Ketidakstabilan emosi. Kelemahan di dalam menghubungkan, mengaitkan dan menyesuaikan. Ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah lupa. Kurang perbendaharaan kata. Kurang daya cipta atau inisiatif. Mempunyai tingkah laku yang nakal kadangkala pendiam dan ego. Malas datang ke sekolah. Lemah dalam membaca, menulis dan mengira. Tidak mempunyai dorongan. Kurang pergaulan.

15

Punca-punca permasalahan pembelajaran kanak-kanak Pemulihan. Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah maktab perguruan bertajuk Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan sebagai murid-murid di kelas biasa yang menghadapi :

a) Masalah pembelajaran dengan sebab: i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru ii) Tidak hadir ke sekolah iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti v) Leka dan lambat b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah masalah : i) peribadi ii) psikologi iii) kurang kecerdasan lambat berfikir dan bertindak. Iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.

Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini dipanggil murid pendidikan khas . Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali.

16

Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni. Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di bawah: a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial yang bermasalah. b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna. c) Penerimaan baka yang cacat. d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya. e) Salah diasuh atau diajar f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna. h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan berbagai-bagi sebab lagi.

Cara-Cara Penilaian Mengenalpasti Murid-Murid Yang Memerlukan Pemulihan:

1. Pentafsiran rekod prestasi membentuk senarai semak di mana guru akanmenandakan ruang yang berkaitan untuksetiap kemahiran yang berjaya diperolehi oleh murid

2. Pentafsiran rekod profil rekod profil disediakan pada setiap hujung penggal di mana pencapaian murid diberikan gred yang tertentu oleh guru guru membuat pertandingan antara markah murid- murid lain murid-murid yang selalu mendapat gred yang rendah memerlukan pemulihan

3. Permerhatian mengenalpasti tanda-tanda yang ada pada murid. mengesan emosi dan tingkah laku murid menyediakan borang-borang anekdot yang sesuai yang membantu guru memahami sebab-sebab kegagalan murid

17

Konsep Pengayaan: Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah

Tujuan dan Rasional Pengayaan: a) Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid b) Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka c) Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang d) Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima

Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan: a) Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid b) Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri c) Berbentuk lembaran kerja atau projek

Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan: a) Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah b) Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai

18

Contoh Pengayaan Bahasa Melayu 1. Aktiviti tambahan yang lebih menarik dan mencabar, bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran bahasa Melayu yang telah dipelajari oleh murid. 2. Pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Pelajar menguasai kemahiran

Pelajar lambat menguasai

Program Pengayaan

Program Pemulihan

Penilaian semula

Menguasai kemahiran Program Pengayaan

19

PERANAN GURU BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN Jmj nUntuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau awal sekolah rendah. Tugas ini adalah di bawah peranan dan tanggungjawab semua guru. Antara peranan guru biasa dalam pelaksanaan pemulihan ialah: a. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan b. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran c. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan d. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Berikut merupakan beberapa langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan kelas biasa: Langkah pertama: Mengesan murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. Cara mengesan ialah dengan melakukan beberapa perkara iaitu: a. Memerhati murid-murid belajar b. Temu ramah interaksi dengan murid c. Menganalisis hasil kerja bertulis murid d. Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas. Langkah Kedua: Menganalisis masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid tertentu. Lazimnya, ujian diagnostic digunakan untuk menentukan punca kelemahan murid selepas sesuatu pembelajaran kemahiran tertentu dijalankan. Ujian diagnostic boleh dilaksanakan dalam bentuk objektif dan subjektif.

20

Langkah Ketiga: Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca-punca kelemahan pembelajaran murid-murid yang berkenaan. Berikut merupakan Prinsip-prinsip asas yang perlu dipatuhi dalam merancang program pemulihan agar menjadi lebih berkesan: a. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah dikesan. b. Langkah pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan murid. c. Menggunakan pelnagai lat bantu mengajar untuk membantu murid-mirid memamahami konsep yang diperlukan untuk menguasai kemahiran. d. Semua symbol dan istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar supaya ,urid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dulu. e. Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. f. Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak. Langkah Keempat: Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang.Semua aktiviti pemulihan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu kemahiran yang tertentu. Antara langkah-langkah pengajaran pemulihan ialah: Pengajaran guru Pembelajaran murid Latihan lisan/bertulis-Ujian dan penilaian Tindakan susulan Jika murid-murid pemulihan telah Berjaya melepasi program pemulihan itu, mereka boleh dimasukkan semula dalam kumpulan murid biasa untuk mengikuti pelajaran yang baru. Akan etapi sekitanya mereka masih tidak mencapai kejayaan, maka guru haruslah menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.21

PENGELOLAAN PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA Pengelolaan pengajaran pemulihan dalam kelas biasa meliputi empat bahagaian iaitu: 1. Menentukan objektif pengajaran 2. Merancang langkah-langkah dan strategi pengajaran 3. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan 4. Membuat penilaian Dalam membuat penilaian terdapat tiga cara yang dapat dilaksanakan: a. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaan murid b. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru c. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas akriviti pengukuhan. Semua

keputusan penilaian ini harus direkodkan secara individu dalam satu boring rujukan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Terdapat dua strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan yang dikelolakan: 1. Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara kumpulan. y Strategi ini digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid

menghadapi maslah pembelajaran yang sama. y Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid yang bermaslah, manakala murid yang lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru. 2. Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara individu y Strategi ini digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid

menghadapi maslah pembelajaran yang berlainan. y y Guru membetulkan kesalahan murid secara bergilir-gilir. Guru juga boleh mengarahkan murid cerdas menjadi guru kecil untuk mengajar murid-murid yang bermasalah.

22

Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan pemulihan bergantung kepada: a) kebolehan dan kecekapannya b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar c) sokongan dari pihak sekolah d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah

Aktiviti-aktiviti Pemulihan a. Guru menjalankan program bacaan tambahan y Murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan daripada buku dan Internet y Memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid- murid y Tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam kelas Pemulihan

b. Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek y y Projek dijalankan secara individu atau kumpulan Contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan sesuatu masalah mudah. y Tujuan: Menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalahmasalah dalam kelas pemulihan. c. Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi y Tujuan: Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dalam setiap aktiviti pemulihan.

d. Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid. y Murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media seperti bahan cetak, rakaman audio, radio dan computer. y Tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid.23

Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan: Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalan kelas pemulihan a. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: y y Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya

b. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: y Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas. c. Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: y Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah

24

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas:1A Masa:2-2.30ptg Matapelajaran: Kandungan Impak/ Catatan

Bahasa Melayu

Tajuk: Kem 1- Huruf kecil Objektif : Murid boleh mengenal dan menyebut huruf kecil secara turutan dan secara rawak. Aktiviti : 1. 2. 3. Murid menyanyi lagu abjad. Menyebut abjad a z dari carta abjad bergambar (MSP) Menulis huruf di udara, di atas meja, dan di belakang kawan. 4. Membentuk huruf daripada plastisin atau tanah liat mengikut urutan. 5. Mencari huruf yang tersembunyi dalam gambar dan warnakan. 6. Menyalin semula huruf-huruf yang telah diberi. Contoh:

b

d

c

k

l

7.

Lembaran kerja: Kump. A - lengkapkan huruf. Kump. B - sesuaikan huruf awal dengan gambar. Kump. C salin huruf.

8. Permainan Bahasa Cari saya BBM: Carta abjad (MS PowerPoint) Plastisin/tanah liatKad gambar huruf

tersembunyi Lembaran kerja25

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas:1A Masa:1-1.30ptg Matapelajaran: Tajuk: Kem 2 - Huruf besar Bahasa Melayu Objektif : Murid-murid boleh mengenal dan menyebut huruf besar secara turutan dan secara rawak. Aktiviti : 1. Murid menyanyi lagu abjad . 2. Membaca abjad A - Z abjad daripada carta Kandungan Impak/ Catatan

bergambar (MS P).

3. Menulis huruf di udara, di atas meja, dan di belakang kawan. 4. Membentuk huruf daripada plastisin atau tanah liat mengikut urutan. 5. Mencari huruf yang tersembunyi dalam gambar dan warnakan. 6. Menyalin semula huruf-huruf yang telah diberi. Contoh:

B

D

C

K

L

7. Lembaran kerja : Kump A lengkapkan huruf yang tertinggal. Kump. B - bulatkan huruf yang berbeza. Kump. C - salin semula huruf. 8. Permainan Bahasa Cari pasangan BBM: Carta bergambar (MS PowerPoint) Plastisin tanah liat/ Kad gambar/Lembaran kerja

26

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas: 1A Masa:12.2012.50tgh Matapelajaran: Tajuk: Kem 3 Huruf vokal Bahasa Melayu Objektif : 1. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul. 2. Membunyikan vokal dengan sebutan yang betul. 3. Menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal. Aktiviti : 1. Set induksi nyanyi ( a, e, i, o, u)- lagu Cik Mamat 2. Guru menunjukkan huruf vokal dalam bentuk MS PowePoint. Murid diminta menyebut huruf yang di pamerkan. 3. Guru memperkenalkan bunyi vokal. 4. Murid mendengar dan menyebut secara latih tubi. 5. Murid menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal.(MSP) 6. Murid menyalin huruf vokal di dalam buku garis empat huruf. 7. Permainan Suai KAGA 8. Lembaran kerja: (Kump.A)tuliskan huruf vokal berpandukan dengan betul sambil menyebut bunyi bunyi vokal Kandungan Impak Catatan /

gambar. (Kump. B) - suaikan huruf vokal dengan gambar.(Kump. C)-padankan huruf vokal yang sama. BBM: MS PowerPoint/Buku tulis/ Kad huruf Vocal/Lembaran kerja.27

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas :1A Masa :1-1.30ptg Mata Pelajaran : Tajuk : Kem 4 - Suku Kata KV Bahasa Melayu Objektif : Murid-murid boleh mengenal, mengeja dan Kandungan Impak/Catatan

membina suku kata KV. Aktiviti : 1. Meminta murid membunyikan suku kata KV berdasarkan carta suku kata pada ( MSP). 2. Guru mempamerkan kad suku kata kepada murid dan mengeja suku kata tersebut secara rawak. 3. Murid mengulangi mengeja suku kata tersebut secara kumpulan dan individu. 4. Murid menyebut dan mengeja suku kata awal KV berdasarkan gambar. 4. Permainan - Kotak Ajaib 5. Lembaran kerja: Kump A - bina suku kata berdasarkan huruf yang diberi. Kump. B warnakan suku kata awal berdasarkan gambar. Kump. C padankan suku kata yang sama. 6. Mempamerkan dan membuat rumusan hasil kerja murid. BBM : Carta suku kata (MS PowerPoint) Kad suku kata Kad gambar Lembaran kerja28

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas :1A Masa :2.30-3ptg Mata Pelajaran : Kandungan Impak/Catatan

Bahasa Melayu

Tajuk : Kem 5 - Perkataan KV+KV Objektif : Murid-murid boleh membaca dan menulis

perkataan KV+KV. Aktiviti : 1. Murid mengeja dan membunyikan suku kata kv yang telah dipelajari. 2. Guru mengimbaskan gambar dan murid mengeja perkataan yang diberi ( MSP) 3. Murid mengeja dan membaca kad perkataan KV+KV. 4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang diberikan. 5. Memadankan kad gambar dengan kad perkataan. 6. Murid menyebut perkataan yang telah dipelajari.

29

7. Lembaran kerja: Kump. A lengkapkan perkataan. Kump. B - cerakinkan perkataan. Kump. C salin semula perkataan. 8. Permainan Bahasa Cantumkan saya. 9. Pengayaan Bacaan Bergred. (MSP) BBM : MS PowerPoint(MSP) Kad suku kata Kad lipat bergambar Lembaran kerja.

30

PENUTUP Jelaslah di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang berkurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Memang diakui bahawa pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab yang berat bagi seseorang guru. Bagaimanapun harus disedari bahawa pengajaran pemulihan yang berkesan tidak mudah dilaksanakan. Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan ini. Pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaranpemulihan perlu dititik beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri. Untuk menjayakan program pemulihan ini, kesemua pihak haruslah berganding bahu, bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri, tetapi ia memerlukan sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru bahasa Melayu dan matematik, di samping peranan ibu bapa di rumah, murid lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah, ia boleh berjaya seperti murid biasa yang lain. Mereka cuma memerlukan suntikan dan menuntut kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan, bak kata pepatah; belakang parang kalau diasah lagikan tajam, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

31

Contoh Permainan Bahasa Bagi Murid Pemulihan Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 1) Nama Permainan: Mencari abjad Bahan: Kad-kad huruf kecil, balang Objektif: Murid-murid dapat mengenal huruf kecil. Cara menjalankan permainan 1. Mencampur aduk kad-kad huruf kecil ke dalam sebuah balang. 2. Murid dikehendaki memilih huruf kecil yang disebut oleh guru. 3. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran. 4. Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 2) Nama Permainan: Cari saya Bahan: Kad-kad huruf besar, balang Objektif: Murid-murid dapat mengenal huruf besar. Cara menjalankan permainan: 1. Mencampur aduk kad-kad huruf besar ke dalam sebuah balang. 2. Murid dikehendaki memilih huruf besar yang disebut oleh guru. 3. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran. 4. Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula.

32

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 3) Nama permainan: SUAI KAGA ( KATA DAN GAMBAR) Objektif : Melalui permainan ini, murid diharap dapat: Mengecam perkataan yang bermula dengan huruf vokal yang betul dengan gambar. Bahan : Kad gambar dan kad perkataan. Cara menjalankan permainan: 1. Guru perlu menyediakan dua set gambar dan perkataan. 2. Guru memaparkan gambar gambar di papan putih. 3. Murid di bahagikan kepada dua kumpulan. 4. Setiap kumpulan di beri satu sampul perkataan. 5. Murid di kehendaki menampalkan perkataan yang betul pada gambar yang dipamerkan. 6. Kumpulan yang siap dahulu dan mendapat markah tertinggi di kira sebagai pemenang.

SET PERKATAAN a yam u lar i kan

o tak

e nam

u dang

a pi

e kor

o ren

i tik

e pal

o bor

33

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 4) Nama Permainan : Kotak Ajaib Objektif : Murid boleh mengeja dan membunyikan suku kata berdasarkan kad suku kata. Bahan : Kad suku kata Kotak Ajaib Pelajar berkumpul dalam satu bulatan. Kotak Ajaib diedarkan mengikut bulatan yang dibuat dengan diiringi muzik. Muzik akan dihentikan. Murid yang memegang Kotak Ajaib semasa muzik berhenti akan diberi peluang untuk menjawab soalan y Murid tersebut akan mengambil satu kad yang terdapat di dalam Kotak Ajaib dan menjawab soalan iaitu mengeja dan membunyikan suku kata. y Semua pelajar akan mencatat setiap suku kata di dalan kotak yang di beri. (Lihat Lampiran) y y Langkah yang sama diulang sehingga selesai permainan. Murid yang berjaya memberi jawapan yang betul akan diberi ganjaran.

Cara menjalankan permainan. y y y

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 5) Nama Permainan : Cantumkan Saya Objektif : Murid boleh mencantumkan kad suku kata menjadi perkataan bermakna dan membacanya. Bahan : Kad Suku Kata Murid berkumpul dalam kumpulan.(2 orang) Murid ambil satu kad suku kata dan cari kad lain untuk membentuk perkataan. Murid mencantumkan kad perkataan tadi di atas papan tulis dan membaca perkataan tersebut. y Murid menyalin perkataan yang telah dicantumkan.

Cara menjalankan permainan y y y

Permainan ini diulang semula dengan murid la

34


Top Related