Download - Pembuktian hp nilai
PEMBUKTIAN
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
NAMA : NURUL IFFAH BT ROSLAN
NO MATRIK : A146268
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
.
PENGENALAN
Pada hari Ahad 21 Disember 2014 yang lalu, Persatuan National University of Malaysia
Open Source Society (NUMOSS) atau Komuniti Sumber Terbuka Universiti Kebangsaan
Malaysia (KST) telah mengadakan satu program iaitu Numoss Strategic Planning and Team
Building. Program ini disertai oleh 20 orang AJK dan 30 orang peserta. Tujuan utama
program ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan
silaturrahim antara pelajar KST.
Sepanjang menyertai program ini, saya telah bertugas selaku ahli jawatankuasa (AJK)
Dokumentasi. AJK Dokumentasi mempunyai seramai tiga orang ahli untuk melakukan gerak
kerja bersama-sama.
Skop tugasan AJK Dokumentasi ialah mengambil gambar dan video sepanjang program
berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai laporan, mengumpul laporan
dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek. Sebelum program
berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak empat kali.
Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas
masing-masing. Semasa program dijalankan ketua AJK Dokumetasi telah membahagikan
tugas antara kami bertiga. Kami ditugaskan mengambil gambar dan video sepanjang
program.
OBJEKTIF
Mendedahkan para pelajar kepada strategipembelajaran yang lebih efektif dan efisyen
seterusnya lebih menyeronokkan.
Memberi peluang kepada para pelajarmembina kemahiran interpersonal dan
komunikasi melalui aktiviti yang dianjurkan bersama.
Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam berorganisasi
dan berinteraksi dengan para peserta.
Memupuk nilai-nilai perpaduan dan sifat muhibah dalam kalangan pelajar serta
mengeratkan hubungan antara mahasiswa.
PENERAPAN DAN PENAMBAHBAIKKAN KEMAHIRAN, NILAI MURNI, DAN
PENGAJARAN
Menjadikan diri lebih bersikap professional dalam mengendalikan program walaupun
hanya sebagai seorang AJK dan bukannya memegang jawatan dalam barisan
MajlisTertinggi.
Dapat menunjukkan etika dan nilai sebagai seorang mahasiswi UKM di hadapan para
peserta.
Dapat mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh ketua program dan dapat
menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik.
Dapat menguruskan dan membahagikan masa dengan baik untuk akademik dan
program.
Dapat menunjukkan etika sebagai seorang AJK program dengan menghadiri
mesyuarat pada waktu yang telah ditetapkan
Dapat memberi motivas idan input yang bermanfaat kepada peserta program.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada saya. Saya dapat mempelajari
banyak pengalaman baru serta dapat mempraktikkan kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme. Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme amatlah penting untuk
kita mengamalkannya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana sekirannya kemahiran
ini tidak diterap dalam hati seseorang, maka program ini hanyalah menjadi sesuatu yang sia-
sia. Sudah jelas lagi nyata, kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme penting untuk
menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dan berjaya serta melancarkan program.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan
objektif yang telah digariskan dan juga mampu memberi sumbangan yang bernilai kepada
para peserta. Antaranya dapat mengeratkan hubungan dengan sesame pelajar, berkenalan dan
seterusnya menambahkan soft skill kepada mahasiswa. Di ucapkan terima kasih juga kepada
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.
Sekian, terima kasih.
BUKTI GAMBAR
KETIKA
PROGRAM
BERLANGSUNG
GAMBAR KETIKA MESYUARAT PERTAMA
GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEDUA
GAMBAR KETIKA MESYUARAT KETIGA
GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEEMPAT
GAMBAR PERSIAPAN UNTUK HARI KEJADIAN PROGRAM BERLANGSUNG
GAMBAR SENAMROBIK BERSAMA PARA PESERTA (SELEPAS PENDAFTARAN)
GAMBAR KETIKA ICE-BREAKING
GAMBAR KETIKA AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 1)
Aktiviti ini adalah menggunakan getah yang telah diputuskan untuk mengangkat tin minuman tanpa menggunakan tangan dan hanya menggunakan getah tersebut. Setiap kumpulan mendapat satu tin minuman dan lima getah yang telah diputuskan. Kesemua ahli perlu memegang getah tersebut dengan syarat getah tersebut tidak boleh bersilang. Tin tersebut perlu diangkat menggunakan getah oleh semua ahli kumpulan ke garisan penamat. Aktiviti ini perlu berfikir dengan rasional dan memerlukan kerjasama antara satu sama lain.
GAMBAR KETIKA AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 2)
Aktiviti ini memerlukan kesemua ahli menutup mata dan bergerak dalam kumpulan bersama ahli kumpulan. Ahli kumpulan perlu berbaris panjang ke belakang dan mata dalam keadaan bertutup. Manakala, setiap ahli diberi pegang gulungan surat khabar untuk memastikan mereka tidak terlepas antara satu sama lain. Jika gulungan tersebut dapat dipisahkan, mereka perlu cari ahli mereka semula dalam keadaan mata tertutup. Para fasilitator yang menjaga ahli kumpulannya membawa peserta berjalan-jalan dan perlu mendengar arahan fasilitator tersebut. Aktiviti ini perlu mendengar arahan ketua dan memerlukan pendengaran yang baik agar ahli kumpulan tidak terputus.
GAMBAR KETIKA AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 3)
Aktiviti ini adalah menggunakan belon berisi air dan peserta dalam keadaan mata tertutup ketika menyambut belon. Mereka perlu dengar arahan dari ketua untuk menyambut belon tersebut. Aktiviti ini memerlukan pendengaran yang baik dan perlu mendengar arahan ketua masing-masing.