Transcript
Page 1: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

Barisan Nasional sekali lagi tel-ah menubuhkan kerajaan dan kabinet baru. Manakala, parli-men sudah bersidang dan 222 wakil rakyat yang terpilih dalam PRU13 sudah mengangkat sumpah berjanji menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Majoriti pengundi yang memilih mereka adalah warga pekerja yang setiap hari perlu membanting tulang di ladang atau kilang, dan bekerja keras memberikan perkhidmatan ke-pada pelanggan seperti di bank, restoran dan lain-lain untuk menyara hidup mereka dan kel-uarga. Tetapi, adakah hasrat dan keperluan mereka akan diberi-kan keutamaan oleh kerajaan dan wakil-wakil rakyat tersebut? Seperti biasa, selepas pilihan

raya umum, isu-isu asas pekerja dan rakyat biasa seperti gaji yang mencukupi, perumahan selesa, kenaikan kos sara hidup, hak dan demokrasi di tempat kerja, dan hak kesatuan sekerja sentia-sa dipinggirkan. Walaupun ada kala isu-isu tersebut dibincang-kan, dan polisi dan undang-un-dang tertentu dibawa, semuanya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana tiadanya komitmen dan keseriusan untuk melaksanakan apa yang dipersetujui dengan berkesan. Salah satu contoh adalah ‘Akta Gaji Minimum’ yang diluluskan oleh kerajaan pada tahun lalu dengan matlamat untuk men-ingkatkan taraf hidup pekerja. Sebelum pelaksanaan gaji mini-mum tersebut, Solidariti Pekerja

telah pun menjangka kegaga-lan akta tersebut kerana kera-jaan tidak bersungguh-sungguh dalam memaksa majikan untuk melaksanakan polisi tersebut. Baru-baru ini Perdana Menteri Najib merungut dalam satu forum bahawa banyak syari-kat masih enggan membayar gaji minimum walaupun telah mendapat keuntungan besar. Manakala Menteri Sumber Ma-nusia yang baru, Richard Riot, yang diharapkan akan lebih ber-tanggungjawab daripada men-teri yang sebelum ini pula mem-beritahu, “kira-kira 400 syarikat besar diberi kebenaran menang-guhkan pelaksanaan gaji mini-mum sehingga 31 Disember ini”. Malahan di banyak kilang atau syarikat yang telah melak-

sanakan gaji minimum, upah sebenar yang diterima pekerja tidak berubah. Solidariti Pekerja mendapati banyak syarikat atau kilang telah memberhentikan elaun-elaun seperti syif, ma-kanan, pengangkutan dan lain-lain. Dengan menggunakan isu gaji minimum, beberapa maji-kan menggunakan taktik ‘pecah dan perintah’ di mana pekerja asing tidak diberikan gaji yang setara dengan pekerja tempatan, dan dipaksa kerja lebih masa. Isu yang lain adalah kenaikan harga rumah yang tidak terkawal oleh kerajaan. Walaupun berba-gai-bagai-bagai dasar dibincang-kan di kabinet dan parlimen untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah dan me-nengah dapat memiliki rumah

sendiri, tetapi isu ini masih tidak mendapat penyelesaian. Ramai lagi warga pekerja dan anak muda yang tidak mampu me-miliki rumah sendiri. Manakala pihak pemaju hartanah pula mengaut keuntungan besar den-gan membina rumah mewah lebih RM 300,000 atau rumah dengan harga melebihi kemam-puan golongan berpendapatan rendah dan menengah. Hanya golongan kaya yang sudah ada rumah atau pelabur hartanah yang mampu beli rumah yang tidak mampu dimiliki oleh war-ga pekerja dan rakyat biasa.

NASIB PEKERJA SELEPAS PRU13

Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu Untuk Perubahan Tulen! Ravi

ISU KE - 3 JULAI - SEPTEMBER HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

bersambung di muka surat 2..

Page 2: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

2 BERITA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013

dari muka hadapan..Dalam kedua-dua isu gaji mini-mum dan harga rumah tersebut, ternyata kerajaan tunduk kepa-da kehendak majikan dan pema-ju daripada membela hasrat pekerja dan rakyat biasa. Inilah sistem yang didukung oleh kerajaan yang berlandaskan ke-pada kapitalisme (keuntungan maksimum kepada kapital atau pemodal). Ini menunjukkan bahawa selagi kerajaan masih mengagungkan kepentingan keuntungan maksimum pemaju dan majikan daripada keperluan dan kebajikan rakyat, masalah sosial dan ekonomi rakyat akan terus bertapak di negara ini. Ketidakpuasan rakyat terhadap

dasar-dasar kerajaan yang tidak berpihak kepada rakyat telah ditunjukkan dalam PRU13. Ke-menangan kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 semakin merosot jika dibandingkan den-gan PRU12. Manakala Pakatan Rakyat telah memenangi undi popular sebanyak 51 peratus walaupun berbagai-bagai taktik digunakan oleh BN untuk men-dapatkan majoriti yang lebih tinggi. Nampaknya, sokongan daripada rakyat di kawasan bandar masih kukuh bersama Pakatan, manakala BN pula terus mempergunakan jentera kerajaan dan habuan wang un-tuk memenangi undi di kawasan luar bandar terutama di negeri Sabah dan Sarawak.

Kemerosotan undi kepada BN menunjukkan semakin ramai rakyat inginkan perubahan kera-jaan. Kemelesetan taraf hidup akibat kenaikan kos hidup ada-lah ketidakpuasan utama untuk kebanyakan rakyat yang mera-sakan keadaaan ekonomi tidak terjamin walaupun kerajaan sentiasa mempamerkan ang-ka-angka ekonomi yang baik. Manakala isu demokrasi dan ko-rupsi dalam kerajaan yang tidak terkawal pula menjadi keu-tamaan untuk rakyat di kawasan bandar selain daripada isu-isu sosial seperti kos perumahan dan kenaikan kos hidup. Walaupun kerajaan BN men-janjikan berbagai-bagai habuan selepas pilihan raya seperti

BRIM 3.0 sebanyak RM1000, penurunan harga kereta dan lain-lain, tetapi perubahan tu-len ke atas taraf hidup rakyat biasa tidak akan tercapai selagi kerajaan berlandaskan kepada kapitalisme. Walaupun ada be-berapa wakil rakyat dalam Pa-katan Rakyat mahu membawa perubahan dalam taraf hidup rakyat dan warga pekerja, tetapi ini hanyalah ‘angan-angan mat jenin’ memandangkan Pakatan juga tidak mempunyai dasar dan agenda alternatif kepada kapital-isme. Ini bermakna pembinaan soli-dariti dan perjuangan di kalan-gan pekerja harus dimulakan oleh pemimpin pekerja dan kesatuan sekerja untuk mem-

perkuatkan hak dan kebajikan pekerja. Selain itu warga peker-ja juga perlu mencapai satu pe-nyelesaian politik ke atas isu-isu sosial dan ekonomi mereka. Selagi tiada parti politik yang ingin membawa agenda dan hasrat warga pekerja dan rakyat biasa, satu perubahan tulen un-tuk meningkatkan keperluan dan kebajikan rakyat tidak akan tercapai. Pembinaan parti ke-las pekerja yang disokong oleh anak muda dan golongan tertin-das yang lain harus dimulakan sebagai alternatif kepada parti-parti yang berlandaskan kepada kapitalisme.

Pilihanraya umum telah habis tetapi kaum pekerja tetap dip-inggirkan oleh ahli-ahli Parli-men dan kerajaan masih tidak dapat menunjukkan jalan pe-nyelesaian yang jelas bagi masa depan para pekerja. Masalah gaji minimum, kehilangan kerja akibat penswastaan, penindasan terhadap hak berkesatuan, pem-bayaran gaji yang tidak adil dan banyak lagi masalah masih men-jadi beban pekerja di Malaysia.

Berikutan piket bersejarah an-juran NUBE dan pekerja kesatu-an bank yang berlangsung pada 6 haribulan April lalu, NUBE meneruskan momentum per-juangan dengan melancarkan satu siri piket di seluruh Seme-nanjung Malaysia pada 16 dan 17 Mei menentang ketidakadi-lan pengurusan syarikat GLC ( syarikat yang berhubung den-gan kerajaan ).Kecewa dengan ketiadaan apa-apa tindakan oleh pihak pen-

gurusan majikan dan kerajaan, kesatuan pekerja bank tidak ada pilihan lain selain berpiket untuk mengemukakan masalah mereka. Percubaan oleh bebera-pa pihak untuk membatalkan piket ini terbukti tidak berjaya apabila kepimpinan Kesatuan Pekerja Bank bersatu hati dalam memperjuangkan hak pekerja. Perlantikkan Datuk Richard Riot sebagai Menteri Sumber Manusia baru juga tidak dapat meyakinkan organisasi pekerja

bahawa penindasan terhadap mereka akan berakhir. Kesatu-an Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang dikatakan mewakili lebih 30,000 ahli se-dang berhadapan dengan ma-jikan yang kejam dan seorang Menteri yang terbukti akan ber-pihak kepada majikan. Pada 16 dan 17 Mei sejumlah 1400 pekerja bank CIMB, May-bank dan Bank Muamalat telah menyertai piket yang berlang-sung di 7 lokasi berlainan. Piket yang diadakan serentak di seb-elah petang telah berlangsung dengan lancar dan para pengan-jur telah melakukan kerja yang memuaskan bagi menjayakan tindakan ini. Antara matlamat utama piket ini adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai akan be-berapa perkara yang dianggap tidak adil bagi pekerja dan juga pelanggan. Isu-isu utama yang dibawa adalah:• - Majikan institusi kewan-

gan dan Kementerian Sum-ber Manusia disyaki beker-

jasama dalam percubaan untuk memusnahkan gera-kan yang melindungi peker-ja-pekerja berpendapatan rendah dalam industri per-bankan dengan mempen-garuhi unit dasar di bawah Pejabat Perdana Menteri.

• - Wang pelanggan bank sedang disalahgunakan un-tuk membiayai kerja-kerja anti kesatuan bagi melemah-kan dan menghancurkan ke-satuan pekerja.

• - Pencabulan dan peni-puan oleh pemilik Bank ter-hadap pekerja dan pelang-gan bank.

Kejayaan piket ini telah disaksi-kan oleh ribuan rakyat yang tel-ah turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon ken-deraan mereka dan bersorak. Tahniah kepada pihak kesatuan NUBE dan pekerja-pekerja insti-tusi kewangan yang berani bagi menjayakan satu lagi siri piket yang bersejarah.

Piket NUBE Seluruh Malaysia Yuva

Piket NUBE di Kuala Lumpur

Pilihan raya sudah selesai. Ka-binet baru sudah terbentuk. UMNO-BN masih mendapat mandat untuk memerintah. Jika sebelum pilihan raya rakyat ibarat isteri muda dalam sebuah bahtera rumah tangga, maka setelah proses demokrasi terse-but selesai, berakhirlah masa bulan madu di antara kerajaan UMNO-BN dengan rakyat. Sebe-

lum pilihan raya rakyat diman-jakan dengan pelbagai bantuan tunai, habuan, dan janji-janji, tetapi kini yang selalu kita den-gar adalah perkara yang san-gat merisaukan. Kerajaan telah memberi keringanan kepada 400 buah syarikat kapitalis un-tuk menunda pelaksanaan gaji minimum. Harga rumah semak-in tidak terjangkau. Harga ayam

dan makanan serta barangan asas yang lain semakin menin-gkat, lebih-lebih lagi menjelang masa perayaan ini. Pelaksanaan AES dan GST hanya menunggu masa. Ditambah dengan renca-na kerajaan membuat satu per-janjian rahsia dengan kapitalis antarabangsa melalui TPPA yang pastinya akan menambah beban hidup rakyat.

Solidariti Pekerja keluaran ini cuba memberikan penjelasan dan analisis terhadap situasi pekerja di Malaysia selepas pili-hanraya. Selain itu kami tetap memberitakan masalah-masalah serta aksi-aksi protes pekerja dalam mahupun luar negara supaya menjadi pembelajaran bagi kita. Mulai keluaran yang lepas, akhbar ini juga telah mula

membuka ruangan budaya, dan akan terus ditingkatkan pema-hamannya. Puisi mengenai bu-ruh dan ulasannya kami tulis supaya mendorong pekerja un-tuk melakukan hal yang serupa. Akhir sekali, Solidariti Pekerja mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut hari raya bagi pekerja muslim, dan selamat membaca.

Mesej Dari Pengarang

Page 3: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013 BERITA 3

Dua syarikat DRB Hicom yang di daerah Pekan, iaitu Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 18 pekerja yang hanya melaksanakan hak mereka (di luar waktu bekerja), sebagai rakyat , untuk mengambil baha-gian dalam proses demokrasi. Pada 3 Mei, 2013, sekumpu-lan 18 pekerja mengemukakan sebuah memorandum kepada setiap calon-calon yang bertand-ing di kawasan Parlimen Pekan, yang juga merupakan kawasan Perdana Menteri Malaysia. Di atas alasan ini tindakan tatatert-ib telah dimulakan oleh syari-kat tersebut ke atas 18 individu yang bekerja di sana.Kami menganggap tindakan yang diambil oleh kedua-dua syarikat DRB Hicom melanggar hak asasi pekerja. Ia juga meru-pakan pencabulan hak rakyat untuk mengambil bahagian

dalam proses demokrasi di Ma-laysia, terutamanya semasa pili-han raya. Tiada majikan harus mempunyai hak untuk menen-tukan secara langsung atau tidak langsung pilihan politik, aktiviti-aktiviti atau tindakan pekerja mereka, lebih-lebih lagi di luar waktu pekerjaan. Pekerja, se-bagai rakyat, mesti mem-punyai kebe-basan untuk menyertai dan mengambil ba-hagian dalam m a n a - m a n a parti politik pilihan mere-ka, menawar-kan diri seba-gai calon jika mereka mahu, dan melibat-kan diri dalam b e r k e m p e n dalam pilihan raya umum.

Kesemua 18 pekerja yang terba-bit mempunyai keluarga yang perlu disara oleh mereka. Seka-rang mereka sedang menunggu keputusan majikan yang sudah pun memberikan amaran. Jika 18 pekerja ini diberhentikan kerja akibat penglibatan mereka di luar waktu kerja, keluarga

mereka akan turut merana. Di antara pekerja yang mengha-dapi masalah ini juga termasuk ketua Kesatuan Sekerja Malaysia bahagian Pahang. Warga pekerja dan kesatuan sekerja perlu membuat banta-han sekeras-kerasnya terhadap DRB Hicom, Hicom Automotive

Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan Isuzu Hiom Malaysia Sdn Bhd untuk segera mem-berhentikan tindakan tatatertib terhadap 18 pekerja tersebut. Majikan perlu mengembalikan status pekerja tersebut tanpa ke-hilangan apa-apa faedah secara adil.

Syarikat mengambil tindakan tatatertib kerana pekerja berpolitik Yuva

Sebanyak 87 pertubuhan masyarakat awam, Kesatuan Sekerja dan kumpulan pro-pekerja menuntut RENESAS Semiconductor KL Sdn Bhd (se-belum ini dikenali sebagai NEC Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd) untuk menghormati ke-bebasan berkesatuan dan hak pengiktirafan kesatuan daripada majikan. Tuntutan ini meru-pakan tuntutan yang asas yang disarankan oleh badan gabun-gan pekerja Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) . Sehingga ke hari ini , sete-lah berjuang selama 3 tahun, RENESAS masih lagi gagal mengiktiraf Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM) yang mewakili pekerja di syarikat tersebut. Beberapa pemimpin dan ahli Kesatuan , seperti Wan Noor-ulazhar bin Mohd Hanafiah,Presiden Kesatuan telah diber-hentikan kerja pada 26 Ogos 2011 dengan alasan yang re-

meh dan perbicaraan kes pembuangan kerja ini masih berlangsung di Mahkamah Pe-rusahaan sehingga ke hari ini. Pada 18 Januari 2010, Kesatuan Elektronik telah menyerahkan permohonan pertama untuk pengiktirafan kepada majikan RENESAS. Tindak balas syari-kat itu mengatakan bahawa terdapat sebuah jawatankuasa protem in-house union (Kes-atuan Sekerja Dalaman ) lain yang juga meminta pengik-tirafan. Walau bagaimana-pun lebih kurang 70% (1,300) pekerja RENESAS yang layak menjadi ahli Kesatuan sudah menjadi ahli EIEUWR ( Kesatu-an Elektronik Barat ) pada per-mohonan pertama dan balasan majikan terbukti sebagai helah untuk membatalkan pengiktira-fan terhadap Kesatuan tersebut.Pada 14 March lepas , EIU-WR bersama pekerja RENE-SAS telah sekali lagi men-gadakan piket di Kementerian Sumber Manusia , Putrajaya

untuk memberi tekanan ke-pada kementerian tersebut agar mengambil tindakan ter-hadap majikan yang mengekang pekerja daripada melaksanakan hak mereka untuk berkesatuan. Ia juga bergema sebagai suatu amaran supaya pihak Kemente-rian tidak bersuhabat dengan pihak majikan dalam usaha menghalang dan melengah-len-gahkan pengiktirafan Kesatuan Sekerja. Fungsi Kementerian

Sumber Manusia harus menjadi pelindung pekerja supaya tidak dieksploitasi oleh majikan tetapi Kementerian didapati bertindak bertentangan dengan menyeb-elahi pihak majikan. Kami dari akhbar Solidariti Pekerja bersama dengan 87 lagi organisasi pekerja menuntut kepada pihak RENESAS supaya mengambil semula para peker-ja yang diberhen-

tikan tanpa sebarang syarat dan faedah-faedah pekerja perlu dikekalkan. Pihak maji-kan juga perlu mengiktirafkan sebuah Kesatuan yang sah yang disokong oleh 70 peratus peker-ja RENESAS dengan serta-merta dan tanpa lengah.

Tuntut RENESAS Sdn Bhd Menerima Ahli Kesatuan Bekerja Semula Tanpa Syarat ! Erick

Ahli-ahli Kesatuan Elektronik berdemo di Putrajaya

Jamuan dengan pekerja di Pekan, Pahang yang dianjurkan oleh Najib sebelum PRU 13

Page 4: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

4 BERITA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013

Pada 5 Jun lalu, kabinet baru telah diumumkan, calon men-teri dan timbalan menteri telah dilantik dan telah memulakan tugas rasmi masing-masing. Tumpuan rakyat biasa dan pekerja pasti terhadap menteri Sumber Manusia (SM) baru se-lepas Dr Subramaniam. Men-teri SM baru, Richard Riot akan

menjawat kementerian yang bertanggungjawab penuh ter-hadap golongan pekerja dan rakyat biasa. Richard Riot, memenangi keru-si parlimen Serian , Sarawak atas tiket Barisan Nasional (BN ), dilihat berdepan dengan be-berapa isu-isu pekerja yang me-merlukan penyelesaian segera

secara berkesan

seperti pelaksanaan gaji mini-mum , kegiatan anti-kesatuan yang berleluasa dan tabung pemberhentian kerja yang ter-tangguh sekian lama. Harapan untuk menyaksikan pemba-haruan terhadap golongan pekerja melalui perlantikan menteri Sumber Manusia baru ini ternyata hanya tinggal hara-pan apabila pada 22 Jun, beliau

mengumumkan sebanyak 400 syarikat besar dibenarkan men-unda tarikh mula pembayaran gaji minimum RM 900 ( Seme-nanjung ) dan RM 800 ( Sabah & Sarawak ) dari Januari tahun ini sehingga ke Disember 2013. Tambahan lagi, beliau juga menggalakkan syarikat-syarikat kecil memohon kelonggaran untuk pelaksanaan gaji mini-mum pada 23 Julai, di per-jumpaan Majlis Perundingan Gaji Minimum Kebangsaan ber-sama pemilik syarikat-syarikat kecil. Setakat ini, pihak MTUC ( Kongres Kesatuan Sekerja Ma-laysia) masih belum mengelu-arkan kenyataan terhadap tin-dakan Menteri Sumber Manusia baru ini yang lebih mementing-kan golongan kaya 1 peratus berbanding dengan tanggung-jawab seorang Menteri yang sepatutnya melindungi dan mempertahankan kepentingan golongan 99 peratus iaitu raky-at biasa. Kesatuan –kesatuan sekerja di Malaysia sudah lama membawa isu gaji minimum

ini tetapi sehingga kini tempoh pelaksanaan adalah berdasar-kan kepada kemahuan dan kehendak para kapitalis yang mengutamakan keuntungan yang dijanakan oleh pekerja-pekerja yang bertungkus lumus 10-12 jam sehari . Bagi mempertahankan hak dan kepentingan pekerja, ke-satuan-kesatuan sekerja harus bergerak ke hadapan dengan penyertaan lebih ramai ahli daripada golongan muda serta bersedia berjuang untuk isu-isu pekerja. Perpaduan antara para pekerja berlainan bidang kerjanya harus menjadi titik asas dalam melangkah ke ha-dapan ! Dengan serangan yang berterusan terhadap kepentin-gan para pekerja menunjuk-kan betapa perlunya kesatuan sekerja yang mempertahankan dan terus memperjuangkan hak-hak & kepentingan golon-gan pekerja.

Menteri Menunda Gaji Minimum Erick

Walaupun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih dalam perancan-gan kerajaan, namun beberapa perkhidmatan atau barangan sudah pun mempunyai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Dengan GST kerajaan berca-dang untuk meningkatkan pen-dapatan negara melalui cukai. Warga pekerja atau golongan berpendapatan rendah mung-kin jarang mengunjungi KFC,

Pizza Hut, atau McDonald kerana tidak mampu membeli makanan dan minuman yang dijual di sana yang harganya tidak terjangkau. Perkhidmatan di restoran-restoran tersebut dikenakan SST oleh kerajaan di mana pelanggan terpaksa mem-bayar kos cukai tersebut.Jika GST dilaksanakan, restoran-restoran mamak yang selalu dikunjungi oleh warga pekerja dan anak muda mungkin men-

genakan cukai tersebut, maka ini sekali gus akan meningkat-kan lagi kos hidup warga peker-ja dan rakyat biasa. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Australia, kebanyakan perkhid-matan dan barangan akan mem-punyai cukai GST. Pada mulanya, peratusan cukai yang dikenakan kepada pelanggan adalah ren-dah, tetapi kadar cukai dinaik-kan sedikit demi sedikit selepas

itu. Ini telah memberikan kesan kepada kos hidup warga pekerja di negara-negara tersebut. Situasi yang sama mungkin dihadapi oleh kelas pekerja di negara ini jika GST dilak-sanakan. Seharusnya, kerajaan harus meningkatkan cukai ke atas syarikat-syarikat besar yang mengaut keuntungan besar dan golongan kaya yang mempunyai modal berbilion-billion ring-git, bukannya menekan rakyat

biasa dengan cukai seperti GST. Tetapi, kerajaan telah mengu-rangkan cukai syarikat dalam bajet-bajet sebelum ini untuk membolehkan syarikat-syarikat besar dan pelabur melipat-gandakan keuntungan. Polisi kerajaan seperti GST yang me-nyebabkan ‘kaya semakin kaya, miskin semakin miskin’ hanya dapat dihentikan dengan per-juangan dan solidariti pekerja.

GST Akan Menekan Kelas Pekerja Ravi

Pak Azmi tinggal di rumah pang-sa Permai di PJ telah mengalami masalah saraf di kaki ketika bek-erja sebagai pemandu lori di se-buah syarikat pada tahun 2011. Semenjak itu beliau tidak dapat bekerja dan terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk me-nampung hidup dan keluarga. Manakala isteri beliau pula ter-paksa menjual kuih-muih untuk menampung perbelanjaan kelu-arga dan anak-anak.Semenjak kejadian tersebut, Pak Azmi yang sudah menca-pai umur 50 tahun terpaksa

mengambil cuti sakit di tempat kerja beliau. Manakala, majikan pula langsung tidak mengen-dahkan dengan keadaannya walaupun lebih satu dekad be-liau telah bekerja dengan syari-kat tersebut. Pak Azmi juga su-dah beberapa kali berulang-alik ke SOCSO untuk mendapatkan pencen ilat, tetapi setakat ini alasan demi alasan diberikan oleh SOCSO. Kes beliau sudah lebih dua tahun tetapi masih belum selesai. Persoalannya, SOCSO yang ditubuhkan untuk membantu pekerja untuk men-

gurangkan beban, penuh den-gan birokrasi yang lebih mem-bebankan pekerja. SOCSO yang mempunyai ber-bilion-billion ringgit hasil dari-pada sumbangan pekerja perlu ditransformasikan supaya ban-tuan segera diberikan kepada pekerja tatkala kemalangan atau keilatan berlaku di tempat kerja. Lebih banyak bantuan harus diperluaskan supaya merang-kumi kecederaan dan keilatan di luar tempat kerja. Manakala lebih ruang demokrasi dalam pentadbiran SOCSO perlu di-

wujudkan dengan penglibatan wakil-wakil pekerja dan kesat-uan sekerja untuk memastikan kebajikan pekerja terbela.

Birokrasi PERKESO Membebankan Pekerja Ravi

Menteri Sumber Manusia baru Richard Riot

Page 5: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013 BERITA 5

Dari Facebook, saya mendapat khabar bahawa Kesatuan Ke-bangsaan Pekerja Bank (NUBE) akan menganjurkan satu piket di Segamat, Johor pada 1 Mei 2013, bersamaan dengan Hari Pekerja. Saya jadi tertarik apa-bila sebelum ini saya hanya mendengar piket-piket yang dianjurkan oleh kesatuan terse-but di sekitar kawasan bandar Kuala Lumpur sahaja. Segamat, memang satu daerah yang asing dari piket, demonstransi dan se-bagainya yang berkaitan dengan demokrasi. Perjalanan selama dua jam setengah ke bandar itu memang melelahkan, tetapi di akhirnya, tidak merugikan kera-na pengalaman yang saya dapat.

Sesampainya saya di bangunan yang terletaknya beberapa bank seperti Maybank dan CIMB, saya

terkejut dengan satu kumpu-lan berpakaian baju warna biru yang begitu hampir dengan para peserta piket NUBE. Sang-kaan saya, kumpulan ini adalah orang-orang Barisan Nasional dan ia terbukti apabila mereka datang ke situ untuk melakukan provokasi terhadap piket NUBE. NUBE sebenarnya menganjur-kan piket tersebut untuk meny-uarakan bantahan dan ketidak-puasan hati terhadap Datuk Seri Dr S.Subramaniam yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia. Ini kerana beliau telah melakukan banyak pencabulan dan hak-hak pekerja di Malaysia. Maka dengan itu, NUBE tidak berkem-pen untuk pekerja-pekerja bank sahaja, tetapi untuk kesemua buruh dan pekerja di Malaysia. Berbalik kepada kumpulan pe-

nyokong BN tadi, mereka men-imbulkan kekecohan kerana takut dengan kedudukan pem-impin kesayangan mereka yang akan tergugat dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13). Mereka berada di seberang jalan yang bertentangan dengan kawasan di mana para peserta piket NUBE berkumpul. Semakin lama, mereka makin mengham-piri peserta-peserta NUBE. Na-sib baiklah ada pihak polis yang mengawal keadaan. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kead-aan yang tenang itu sebenarnya berasal dari para peserta piket NUBE sendiri yang tidak takut dan tidak terpedaya dengan provokasi-provokasi kumpulan berpakaian baju warna biru tadi. Mereka amat berdisplin, sebe-lum acara lagi mereka sudah ada di situ, dan tepat jam 7 petang,

mereka terus bersurai. Saya sempat berbual-bual dengan penduduk Segamat dan mereka menyatakan sokongan mereka terhadap piket NUBE.

Esoknya, laporan akhbar-akhbar menyiarkan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan te-gas bagi menghalang piket an-juran NUBE kerana dikatakan ada campur tangan parti politik dalam kes ini. Bahkan mereka terus disoal-siasat keesokan hari sejurus selepas piket tersebut. Aneh, apabila kumpulan pe-nyokong BN tidak disoal-siasat kerana terang-terang, mereka juga ada di situ atas kapasiti parti politik.

Kalau diperhatikan, apa yang cuba dilakukan ini sebenarnya adalah usaha kapitalis yang

berselindung di sebalik para pemerintah untuk mengawal dan terus mendiamkan pekerja-pekerja dari menyuarakan suara dan luahan hati mereka. Maka, undang-undang digunakan un-tuk menekan mereka padahal pekerja-pekerja ini cuma mahu keadilan. Cukup-cukuplah penindasan yang dipaksakan ter-hadap mereka. Sudah-sudahlah penipuan dan pencabulan hak pekerja. Sebagai mahasiwa, saya begitu kagum dengan semangat yang dibawa oleh para peserta piket NUBE. Mereka begitu lan-tang memperjuangkan hak-hak mereka yang selama ini tidak di-berikan dengan sebaik-baiknya. Semangat ini wajar dicontohi oleh semua buruh dan pekerja di Malaysia, harus berani bang-kit untuk menuntut apa yang sepatutnya diberikan. Maha-

siswa dan anak muda juga tidak terkec-uali, kerana dalam hal-hal m a s y a r a k a t dan perjuan-gan, kita harus ada kebersa-maan. Piket NUBE, Sega-mat, Johor, KAGUM!

Piket NUBE di Segamat, Johor, KAGUM! Sharifah

Pada tahun 2004, pekerja ATLAS (kilang membuat dan menghan-tar ais) di Nilai diberikan cek un-tuk menggantikan pembayaran tunai yang dipraktikkan sebe-lum itu, dan untuk perkhidma-tan tersebut majikan memotong sebanyak RM 6.00 daripada gaji setiap pekerja untuk pemba-yaran gaji dan komisen mela-lui cek. Selepas itu, apabila cara pembayaran gaji dan komisen ditukar kepada kemasukan ke dalam akaun bank pekerja, ma-

jikan memotong RM3.00 daripa-da setiap pekerja. Pekerja hanya sedar tentang pemotongan tidak sah tersebut apabila seorang pekerja bank memaklumkan tentang tindakan pengurusan ATLAS kepada salah seorang pekerja ATLAS. Pekerja ATLAS yang marah den-gan penipuan tersebut, mem-buat aduan di Jabatan Tenaga Kerja ( JTK) dan menuntut pe-motongan tidak sah tersebut dipulangkan semula. JTK meny-

atakan adalah tidak sah majikan memotong gaji pekerja untuk perkhidmatan pembayaran gaji melalui bank atau cek. Atas de-sakan pekerja, majikan terpaksa mengaku tentang penipuan tersebut, dan berjanji untuk memulangkan semula segala pe-motongan tidak sah yang telah dilakukan oleh majikan untuk perkhidmatan pembayaran gaji melalui cek dan bank mulai 2004. Ini adalah satu lagi kejayaan ke-

pada pekerja ATLAS Nilai yang telah mula bertindak secara kolektif untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka.

Pekerja Atlas Membantah Pemotongan Gaji Tidak Sah Ravi

Aksi ahli-ahli NUBE di Segamat...

Lori kilang ais Atlas..

Page 6: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

6 ANALISA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013

Temubual Bersama Pekerja pada keluaran ini berkesempa-tan bertemu dengan seorang pekerja muda , juga pemandu lori trailer dan bersetuju un-tuk kisah dan nasib pemandu lori ini ditulis dengan harapan para pembaca boleh belajar sesuatu daripada pengalaman yang dikongsi. Dengan itu, di pihak editorial Solidariti Peker-ja (SP) telah mengatur suatu perjumpaan bersama Saudara Giri untuk merakamkan liku-liku perjalanan hidup seorang pemandu lori . Berikut adalah hasil temubualnya :

*S = Soalan J = Jawapan

S 1 : Boleh kah saudara kongsi-kan secara ringkas tentang latar belakang atau pengenalan ten-tang syarikat tempat kerja seka-rang ? J 1 : Saya bekerja di syarikat Bangi Plastics Sdn Bhd , salah satu daripada anak syarikat Tec-nic Group Berhad. Syarikat ini mempunyai kilang di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Nilai , Negeri Sembilan, kedua-dua kilang tersebut mengeluarkan produk yang berasaskan plastik seperti botol, kerangka plastik untuk permintaan barangan ele-ktronik dan sebagainya.

S 2 : Sudah berapa lama berkh-idmat dan apakah tugas atau jawatan yang disandang ? J 2 : Saya mula bekerja pada tahun 2006, sehingga tahun ini sudah 7 tahun saya berkhid-mat di Bangi Plastics, Nilai yang mempunyai seramai 500 peker-ja . Pada tahun pertama, saya cuma pekerja operator penge-luaran , bergaji asas sebanyak RM400. Kemudian pada tahun kedua hingga ke tahun kelima, saya bekerja sebagai pembantu gudang dan kelindan lori treler ( pembantu pemandu lori ). Se-lepas 5 tahun bekerja di syari-kat yang sama , saya kemudian diberi peluang untuk menjadi pemandu lori treler sehingga kini.

S 3 : Boleh ceritakan rutin atau tugasan harian saudara ? J 3 : Ya, tiada masalah. Kerja saya bermula pada pukul 11 malam dan tamat pada pukul 11 pagi. Biasanya saya akan ditugaskan membawa muatan barangan plastik ke tempat seperti Sham Alam , Petaling Jaya dan Bangi . Pada masa tertentu, saya akan diarahkan membawa muatan ke sebelah utara, Pulau Pinang. Seperti yang semua tahu,penggunaan lori-lori besar termasuk lori

treler di lebuhraya-lebuhraya utama terutamanya waktu sesak pukul tujuh pagi sehingga ke 9 pagi adalah dilarang oleh pihak berkuasa. Maka, para pemandu terpaksa memilih bekerja wak-tu kerja yang berlainan untuk memastikan proses penghanta-ran barangan muatan sampai ke destinasi yang ditentukan.

S 4 : Bagaimana dengan kead-aan bekerja sepanjang berkhid-mat selama 7 tahun ? J 4 : Dalam masa seminggu saya bekerja selama 6 hari ber-turut-turut dan 12 jam sehari . Hari Ahad adalah satu-satunya cuti yang diberikan oleh majik-an. Pada cuti awam, saya masih juga bekerja dan dibayar dua kali ganda daripada gaji harian. Sepatutnya saya dibayar tiga kali ganda daripada gaji harian. Bekerja lebih masa adalah satu kemestian, jika tidak gaji saya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan. Desti-nasi jauh seperti Pulau Pinang , Johor dan sebagainya men-jadi rebutan kerana ianya akan diberi elaun tambahan. Kenai-kan gaji tahunan kami sebagai pemandu lori adalah berdasar-kan hasil kerja yang ditetapkan oleh syarikat. Selain itu, pada musim perayaan utama, pelu-ang untuk bekerja lebih masa (

OT ) akan berkurangan kerana banyak kilang memberhenti operasi pengeluaran barangan menyebabkan tiada muatan perlu dihantar atau diambil.

S 5 : Pernah saudara mem-bincang masalah-masalah masa kerja dan gaji yang berpatutan dengan rakan sekerja yang lain ? J 5 : Ya, saya memang pernah duduk dan berbincang ten-tang masalah-masalah di tem-pat kerja dengan rakan-rakan lain tetapi apabila masa untuk bertindak semuanya memberi pelbagai alasan untuk menge-lak berjumpa dengan pihak pengurusan. Selain daripada itu, perpaduan dan kesepa-katan tiada dalam membawa isu-isu yang ada ke hadapan pihak pengurusan sedangkan semua pekerja mempunyai hak untuk menyuara pendapat terutamanya isu-isu kebajikan pekerja sendiri.

S 6 : Pernahkah pekerja-peker-ja berjumpa dengan pihak pengurusan atas isu-isu peker-ja sebelum ini ? J 6 : Beberapa bulan yang lepas , pekerja berasal dari Ne-pal seramai 100 ke 150 orang telah melancarkan mogok den-gan tidak melaporkan diri un-

tuk ber tugas selama 3 hari. Mogok ini dilakukan kerana pelaksanaan gaji minimum yang lemah menyebabkan se-mua faedah atau elaun telah cuba diserapkan ke dalam gaji minimum RM 900 dan pekerja –pekerja asing di Bangi Plas-tik Sdn Bhd tidak dibenarkan bekerja lebih masa. Selama be-berapa hari mogok , pekerja-pekerja asing didatangi oleh 5 buah kenderaan pacuan empat roda ( 4WD ) dari Jabatan Tena-ga Kerja untuk satu perbin-cangan dengan pekerja-pekerja Nepal dan pengurusan atasan. Selepas perundingan itu, 9 orang pemimpin-pemimpin pekerja telah dibuang kerja dan dihantar balik ke negara asal mereka pada keesokan harinya.

S 7 : Akhir sekali , apakah sa-ranan atau cadangan saudara untuk membaiki taraf dan mutu kehidupan yang sepa-tutnya dinikmati oleh para pekerja ? J 7 : Pertama sekali, kes-edaran tentang hak-hak asas pekerja itu sangat penting. Bagi mereka yang tidak tahu , silalah rujuk kepada rakan-rakan yang boleh memban-tu. Yang kedua , perpaduan antara pekerja tanpa mengira warganegara, kaum dan agama itu perlu dipraktikkan semasa perbincangan isu-isu di tem-pat kerja dan tindakan yang bakal diambil selepas duduk berbincang. Yang seterusnya , organisasi pekerja seperti kesatuan sekerja sebagai alat yang penting untuk memper-tahankan dan memperjuangkan isu-isu kebajikan serta kepent-ingan pekerja. Bagi pekerja yang sukar atau belum men-ubuhkan kesatuan sekerja pas-tikan penubuhan jawatankuasa sementara di tempat kerja bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan pekerja dan mengambil tindakan susulan.

S 8 : Terima kasih Saudara Giri kerana sudi untuk dite-mubual . J 8 : Sama-sama !

Kisah Pemandu Lori Treler Di Nilai Erick

Page 7: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013 ANALISA 7

Pertubuhan Buruh Antarabang-sa (ILO) telah memberi amaran bahawa sekitar 208 juta orang akan kehilangan pekerjaan dis-eluruh dunia menjelang tahun 2015. Untuk kembali ke tahap sebelum krisis 2008, Kesatuan Negara-negara Eropah perlu mewujudkan 6 juta pekerjaan dengan serta-merta. Melihat ke-pada ramalan para ekonomis, ekonomi dunia nampaknya ter-lalu lemah bagi memulihkan ka-dar pengganguran dunia apa lagi mewujudkan peluang pekerjaan baru. Keadaan pasaran buruh kekal suram terutamanya bagi anak muda, dengan hampir 74 juta orang seluruh dunia yang berumur 15 hingga 25 sedang menganggur. Peratus penggan-guran anak muda dunia seban-yak 12.6 peratus adalah angka yang sangat membimbangkan. Kebimbangan yang terbesar ada-lah, lebih ramai orang muda se-dang mengalami pengganguran jangka panjang. Sebanyak 35 % anak muda di negara-negara maju telah kehilangan kerja se-lama lebih 6 bulan. Akibatnya, semakin ramai anak muda men-jadi kecewa setelah gagal men-dapat sebarang peluang peker-jaan.

EropahDalam 19 juta penggangur di Eropah, 3.6 juta daripada mereka terdiri daripada golon-gan bawah umur 25. Pada situ-asi sekarang, seorang daripada setiap 4 orang anak muda Eropah sedang menggangur. Kadar pengganguran di Eropah telah meningkat sebanyak 1.8 juta berbanding tahun lepas di-mana negara-negara yang paling teruk adalah Spain, Greece dan Portugal. Di Spain dan Greece, kadar pengganguran anak muda mencecah 55% dan penggangu-ran keseluruhan menghampiri 30%. Tambahan dengan kemu-flisan yang berlaku di Cyprusdan kemelesetan ekonomi yang berterusan di Greece dan Spain, tidak terdapat satu cara penye-lesaian bagi kerajaan-kerajaan Eropah bagi memulihkan kead-aan ini. Dengan kadar penggan-guran yang belum pernah ber-laku di Kesatuan Negara-negara Eropah sebelum ini, pergolak-kan sosial dan gerakan buruh semakin meningkat di sekitar benua ini.

Amerika SyarikatJabatan Buruh AS mengumum-

kan bahawa majikan AS menam-bah hanya 88,000 pekerjaan pada bulan Mac. Angka ini ada-lah yang paling sedikit dalam tempoh sembilan bulan lalu yang menunjukkan kegagalan dalam langkah untuk memulih-kan ekonomi AS. Walaupun kadar pengangguran telah dapat dikurangkan ke 7.7 peratus, kegagalan ekonomi AS untuk mewujudkan lebih ban-yak peluang pekerjaan telah menggugat kestabilan negara itu. Data daripada Jabatan Tena-ga Kerja menunjukkan bahawa sektor perniagaan telah kehilan-gan 24 000 pekerjaan pada bulan Mac dan pada masa yang sama, sebanyak 12 000 pekerjaan telah hilang dalam Perkhidmatan Pos AS. Situasi ekonomi dan kadar pengganguran di Amerika Syarikat se-makin mem-bimbangkan negara-negara dunia ketiga seperti Malay-sia yang se-dang bergan-tung kepada ekonomi yang dijana oleh ek-

sport ke AS dan Eropah.

Malaysia Walaupun kadar pengganguran di Malaysia sebanyak 3.5% boleh dikatakan kurang berbanding dengan beberapa negara maju, dasar ekonomi kita yang ber-gantung kepada eksport boleh memberikan kesan. Ekonomi kita amat bergantung dengan pembelian bahan mentah dan hasil industri oleh negara-ne-gara Eropah dan Amerika yang pada masa ini sedang men-galami kemelesetan ekonomi. Produk industri dan bahan mentah yang dikeluarkan oleh Malaysia semakin berkurangan akibat kekurangan dalam per-mintaan global terutamanya dari

negara China. Penurunan dalam pelaburan asing dan persaingan dengan negara-negara dunia ketiga lain seperti Indonesia dan Filipina boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan di Malay-sia. Walaupun kadar penggangu-ran masih terkawal pada masa ini dengan pelancaran beberapa projek pembinaan domestik oleh kerajaan, keadaan ini akan berubah dengan cepat setelah ekonomi domestik tidak dapat berkembang lagi. Peningkatan dalam peratusan pengangguran di kalangan anak muda ke 10% baru-baru ini menandakan ke-san jangka masa panjang yang akan dialami oleh anak muda dan pekerja di Malaysia.

Kadar Pengganguran Dunia Membimbangkan ! Yuva

Bagi masyarakat Muslim, bulan puasa adalah bulan mulia. Bagi seorang Muslim, tentulah hara-pan melakukan kebaikan den-gan memperoleh pahala yang berlipat ganda akan menjadi motivasinya. Kalau boleh, mere-ka mahu masa untuk bekerja dikurangkan supaya memberi memperuntukkan lebih masa untuk beribadah. Bayangan hari raya yang akan menjelma pula sudah pasti membuat mereka teruja. Mereka terpaksa bekerja lebih keras untuk mendapatkan wang yang lebih untuk berhari raya. Tidak cukup dengan bek-erja, sesetengah daripadanya terpaksa membuat pekerjaan kedua atau berniaga di pasar Ramadan untuk menambahkan pendapatan. Semakin kuat bek-erja, tentu semakin penat badan. Bagi pekerja, ini merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi di musim perayaan. Puasa atau tidak, hanya empunya badan sahaja yang tahu. Tenaga yang

dipergunakan pula bergantung kepada keupayaan dan kesang-gupan masing-masing, pekerja bukannya mesin. Penulis tidak mahu menjadi hakim di sini. Apa yang hen-dak disampaikan dalam tulisan ini ialah bagaimana dinamika pekerja bergaji rendah dalam mengharungi bulan puasa. Di sebalik teruja dan sukacita, ban-yak juga kisah sedihnya. Bagi majikanyanghanyaberfikirten-tang keuntungan, bulan puasa sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. Sasaran pengeluaran di kilang-kilang tidak akan di-kurangkan hanya kerana peker-ja sedang berpuasa. Sasaran itu mesti dipenuhi bagaimanapun keadaanfizikalpekerjanya.Bagipekerja kilang misalnya, jika pada hari biasa mereka bekerja 8-12 jam sehari, bulan puasa pun begitu juga. Bahkan ada kemungkinan rehat tengah hari akan disingkatkan kerana tidak ada makan siang. Bahkan beban

kerja kadang kala semakin ber-tambah pada bulan puasa akibat permintaan terhadap barangan yang semakin meningkat men-jelang hari raya. Promoter jualan di Pasaraya pula selalu menjadi mangsa di-paksa bekerja lebih masa untuk meningkatkan jualan yang dis-asarkan oleh pemilik Pasaraya. Dua minggu menjelang hari raya, biasanya pusat-pusat per-niagaan akan menambah masa perniagaan mereka sehingga le-wat malam. Jangan pernah ber-mimpi hendak ambil cuti masa musim perayaan sebegini untuk pulang kampung lebih awal. Ma-jikan tidak akan luluskan kerana pada masa inilah majikan ingin melipatgandakan keuntungan dengan kunjungan ramai pel-anggan. Ramai pula yang di-paksa untuk bekerja sampai ke malam hari raya. Silap-silap, pada hari raya pun terpaksa da-tang bekerja juga. Sebagai ganti, mungkin bonus atau duit hari

raya akan diberi. Tetapi apa-kah itu semua berbaloi? Secara material dan fizikal, semua ituadalah beban yang terpaksa di-tanggung, kadang-kadang tanpa kerelaan pekerja. Bagi sebaha-gian orang menganggap itu se-mua hanya cubaan dalam men-jalankan puasa. Padahal jelas ada hak-hak pekerja yang telah dilanggar. Bagi pekerja bergaji rendah yang sudah berkeluarga, bulan puasa adalah masa yang paling mencabar. Hari raya nanti mes-tilah mahu disambut dengan meriah. Baju hari raya untuk diri sendiri, anak-anak dan is-teri. Begitu juga dengan per-abot, karpet, langsir yang mesti diganti semuanya sudah mula difikirkanseawalpuasalagi.Pa-dahal di musim perayaan inilah banyak harga barangan asas akan naik. Pulang kampung ke rumah ibu bapa atau mertua juga tidak mungkin dengan tangan kosong sahaja. Tentulah

ada sesuatu yang perlu dibawa. Ditambah lagi selepas hari raya nanti masuk musim persekola-han anak-anak yang memerlu-kan persiapan kewangan yang tidak sedikit jumlahnya. Bagi mereka, satu-satunya jalan kelu-ar hanyalah bekerja lebih masa. Kalau ada sedikit wang sim-panan mungkin mereka mem-buat perniagaan kecilan secara sampingan. Inilah dinamika hidup pekerja di bulan puasa. Kena bekerja lebih keras dari-pada hari-hari biasa. Kerja Kerja Kerja untuk keuntungan maji-kan! Bukannya untuk kepuasan pekerja dalam menikmati kece-riaan perayaan bersama keluar-ga dan sanak-saudara. Ini sepa-tutnya hak pekerja, dan pekerja berhak menuntut haknya, dan perpaduan pekerja berbagai kaum, agama dan budaya perlu untuk memperkukuhkan hak-hak sebegini.

Cabaran Pekerja di Bulan Puasa Kamal

Page 8: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

8 BERITA LUAR NEGARA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013

Baru-baru ini, ribuan pekerja Arabtec, sebuah syarikat pem-binaan yang terbesar serta berpangkalan di Dubai, telah melakukan aksi mogok kerja untuk menuntut kenaikan gaji dan suasana kerja yang lebih selamat. Arabtec ini merupakan syarikat pembinaan yang telah membina menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa dan sedang dalam perancangan untuk mem-bina Dubai’s Louvre. Mengikut peraturan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semua mogok pekerja adalah menyalahi undang-un-dang, dan dengan itu, mogok pekerja Arabtec yang berlang-sung selama 4 hari ini cepat-cepat diperangi oleh pihak pemerintah dengan menahan lebih kurang 200 orang penun-juk perasaan. Bahkan ada dalam kalangan mereka yang merupa-kan imigran, telah dihantar pu-

lang ke negara asal. Lebih teruk lagi apabila visa yang dimiliki oleh mereka ini akan dibatalkan sekiranya mereka memutuskan untuk meninggalkan negara itu. Kebanyakan pekerja-pekerja imigran ini datang dari negara-negara Asia Selatan seperti Bangladesh, India, Pakistan dan Nepal. Mereka kerap dibayar dengan upah yang amat rendah. Tambahan lagi apabila mereka datang ke Dubai melalui orang tengah yang bertindak seperti agen pekerjaan kepada mereka. Mereka harus membayar sejum-lah wang untuk mendapatkan pekerjaan di rantau itu. Namun apabila keadaan seperti ini ber-laku, buruh-buruh imigran ini terpaksa berhutang banyak ker-ana tidak mampu untuk mem-bayar agen-agen tadi. Semua ini disebabkan oleh upah yang sedikit, bahkan tidak cukup

untuk menampung keperluan asas mereka. Maka, mogok yang diadakan ini sebenarnya telah menggambarkan tekanan dan keperitan yang dialami oleh para pekerja tersebut, yang berpunca dari sistem yang telah mengek-sploitasi mereka dengan teruk sekali. Ini kerana mereka cuma dibayar gaji sekitar $100-$300 sebulan sahaja, dengan kemu-dahan tempat tinggal yang sesak serta sempit dan juga penafiancuti tahunan oleh majikan mereka terse-but. Keadaan dan tuntu-tan kerja yang tidak ber-perikemanu-siaan kepada

mereka ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku, lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa bekerja selama 12 jam dalam cuaca yang amat panas. Selepas kritikan dari pelbagai kumpulan hak asasi manusia berkenaan dengan hal ini, barulah kerajaan Dubai melakukan tindakan den-gan memperkenalkan peratu-ran-peraturan yang bertujuan

untuk memastikan pembayaran gaji dengan segera bagi mengu-rangkan eksploitasi, termasuk-lah garis panduan kepada ma-jikan tentang bagaimana untuk melindungi buruh, khususnya dalam aspek keselamatan.

Gaji Rendah, Pekerja di Dubai Mogok Sharifah

Selalu dikatakan bahawa di mana upah pekerja murah, maka nyawa mereka pun men-jadi murah. Itulah yang berlaku kepada ribuan pekerja kilang tekstil di Bangladesh pada 24 April 2013. Nyawa mereka hilang sia-sia kerana kelalaian pihak majikan menjaga keselamatan persekitaran kerja. Rana Plaza, iaitu bangunan tempat mereka bekerja runtuh ketika lebih dari 5000 pekerja sedang bekerja. Sebanyak 1,127 pekerja menjadi mangsa keruntuhan bangunan tersebut, sedangkan lebih 2000 pekerja yang lain cedera teruk,

menjadikannya kejadian ter-buruk yang menimpa pekerja dalam sejarah Bangladesh. Meskipun rekahan bangunan tersebut telah dikenal pasti se-hari sebelumnya, namun pihak majikan sama sekali tidak meng-hiraukan amaran pihak berkua-sa untuk menghentikan semua aktiviti di bangunan tersebut. Namun pihak majikan tetap meminta pekerja untuk datang pada keesokan harinya. Bahkan majikan mengancam akan me-nangguhkan pembayaran gaji bagi pekerja yang enggan da-tang bekerja. Tidak adanya sifat

perikemanusiaan dan kerakusan untuk keuntungan pihak ma-jikan ini telah dibayar dengan nyawa lebih seribu pekerja. Tingkat empat bangunan yang dijadikan kilang tersebut telah dibangunkan tanpa permit. Massood Reza, pereka bangu-nan tersebut mengatakan ba-hawa Rana Plaza direka untuk kedai dan pejabat sahaja, bukan kilang. Struktur bangunan itu tidak kuat untuk menampung 5000 pekerja dan mesin-mesin berat. Inilah punca sebenar ber-lakunya tragedi ini. Kejadian se-umpama ini bukan kali pertama berlaku di negara majoriti rakyat Muslim itu. Pada 24 November 2012, 117 pekerja tekstil telah terbunuh dalam satu kebakaran kilang di Dhaka, menjadikan-nya sebagai kebakaran terburuk dalam sejarah negara tersebut. Dengan nama mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan, majikan sanggup memperjudikan keselamatan malahan nyawa pekerja. Untuk merubah keadaan ini pekerja perlu diorganisasikan dalam kesatuan sekerja dengan kep-impinan yang sanggup berjuang untuk hak dan kebajikan peker-ja dan menentang polisi dan kelalaian majikan dalam hal kes-elamatan dan kesihatan pekerja.

Tragedi Kilang Runtuh Di Bangladesh Ian

Gambar kilang roboh dan usaha menyelamatkan mangsa tragedi itu di Bangladesh..

Pekerja di Dubai keluar mogok

Page 9: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

Pada 16 Ogos tahun lalu, tinda-kan polis Afrika Selatan untuk menembak mati seramai 34 pelombong kawasan Marikana yang sedang bermogok telah menyebabkan suatu pergerak-kan buruh gergasi di negara itu. Tindakan pihak berkuasa untuk menahan lebih 270 pekerja berikutan kejadian itu juga telah merebakkan kemara-han pekerja di Afrika Selatan terhadap pemerintahan ANC ( Kongres Nasional Afrika ). Tam-bahan pula, Kesatuan Sekerja yang sepatutnya mempertahan-kan pekerja telah memainkan peranan untuk turut menyerang pekerja yang sedang mogok. Pekerja-pekerja lombong Mari-kana telah bergelut dengan pel-bagai pihak selama lebih dua bulan dan akhirnya pihak ma-jikan dan kerajaan terpaksa an-gkuh dengan tuntutan pekerja yang telah berani menentang pihak berkuasa apabila ditekan. Walaupun hanya 80 peratus daripada tuntutan untuk kenai-kan gaji telah di persetujui oleh

pihak majikan, ini merupakan suatu kemenangan yang besar bagi kaum buruh Afrika Selatan. Perjuangan pekerja lombong di Marikana telah menjadi teladan kepada pekerja dari sektor-sektor lain yang menghadapi penindasan daripada majikan dan kesatuan sekerja. Beriku-tan peristiwa Marikana, pekerja lombong di syarikat-syarikat lain juga telah berjaya menuntut kenaikan gaji yang ketara. Pada masa ini, banyak gerakan peker-ja baru muncul di Afrika Selatan dan lebih ramai pekerja-pekerja dari industri, pengangkutan dan sebagainya sedang melihat dan menilai pelbagai cara untuk mengukuhkan kuasa pekerja. Pada masa yang sama, pekerja Afrika Selatan semakin sedar tentang kepentingan untuk mewujudkan parti kelas pekerja massa untuk melindungi hak-hak pekerja dan rakyat biasa.Sebagai salah sebuah usaha un-tuk membina parti politik bagi pekerja, beberapa organisasi buruh telah berganding bahu

dan menubuhkan sebuah parti pekerja yang baru yang dikenali sebagai WASP ( Parti Pekerja dan Sosialis ). Lebih 50 orang del-egasi yang mewakili pelbagai jawatankuasa mogok pekerja telah berkumpul untuk pada Disember lalu untuk melancar-kan parti tersebut. Walaupun WASP dilahirkan dari gelombang mogok dan kebang-kitan dalam industri perlombon-gan pada tahun 2012, ia bukan satu alat politik untuk pekerja lombong sahaja, tetapi seluruh kelas pekerja dan rakyat tertin-das di Afrika Selatan. Kejadian pembunuhan beramai-ramai Marikana merupakan bukti ke-pada jurang yang wujud di anta-ra pihak kapitalis yang sedang bersekutu dengan kerajaan dan rakyat biasa. Kelas pekerja tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mendapatkan ke-merdekaan politik melalui parti yang mewakili mereka.“Kita memerlukan sebuah parti yang boleh menyatukan per-juangan dan usaha kita untuk

kepentingan semua pekerja. Kita memerlukan sebuah parti yang berasaskan perjuangan pekerja melalui kerja akar umbi di tem-pat kerja dan di masyarakat bi-asa. WASP berazam untuk men-jadi sebuah parti yang percaya kepada kekuatan kelas pekerja dan rakyat biasa dan berjuang untuk mempertahankan hak-hak rakyat yang diwakilinya” kata seorang pengucap daripada aktivis Sosialis DSM.WASP tidak mempunyai pe-nyokong perniagaan atau kapi-talis tetapi sepenuhnya dibiayai oleh kelas pekerja melalui pem-binaan keahlian massa. DSM, yang telah menganjurkan pel-bagai tindakan pelombong se-jak perjuangan tercetus pada bulan Ogos dan sebagai pen-gasas WASP, menyeru kepada kaum buruh sedunia untuk me-nyokong usaha mereka untuk pembinaan sebuah parti politik yang dapat mempertahankan pekerja dan rakyat biasa.

Pembinaan Parti Pekerja Massa di Afrika Selatan Yuva

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013 BERITA LUAR NEGARA 9

Kerajaan Malaysia sedang mel-akukan rundingan dengan Amerika Syarikat untuk mel-akukan Perjanjian Perkong-sianTrans-Pasifik(TPPA)yangakan memberikan lebih ruang danfleksibilitikepadakapital-is (pemodal) Amerika untuk melabur di negara kita. Kapi-talis Amerika juga akan mem-punyai kuasa untuk mengek-sploitasi sumber-sumber alam dan memaksa kerajaan me-longgarkan undang-undang buruh. Ini adalah langkah kerajaan untuk memperkukuhkan lagi dasar sistem pasaran bebas yang pada kenyataannya tidak bebas. Dalam sistem pasaran bebas, syarikat-syarikat yang besar akan mempergunakan kuasa monopoli dan kapasiti kewangan untuk menakluki suatu perniagaan tertentu un-tuk memastikan keuntungan maksimum. Dengan cara ini pemodal akan mengambil hak kepada barangan tersebut, dan menjualnya dengan harga yang tinggi. Jika TPPA dilak-sanakan, kos barangan asas seperti ubat-ubatan dijangka akan meningkat dan boleh membebankan golongan ber-pendapatan rendah.Pelaksanaan TPPA juga akan menyebabkan hak dan keba-jikan warga pekerja semakin terhakis dengan keutamaan pelabur Amerika untuk men-gaut keuntungan berlipat ganda. Warga pekerja dan ke-satuan sekerja harus bersatu untuk mendesak kerajaan su-paya tidak menandatangani TPPA yang sudah jelas menda-hulukan keuntungan kapitalis daripada keperluan rakyat.

Awas Bahaya TPPA Ravi

Gambar bawah : Beribu-ribu pekerja lombong di Afrika Selatan berkumpul un-tuk membincangkan tindakan mereka seterusnya...

Page 10: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

10 SUDUT EDITOR SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013

Persoalan jerebu dari Indonesia yang kita hadapi hampir setiap tahun mendapat perhatian yang sangat besar pada tahun ini. Se-jak pertama kali isu jerebu ini melanda negara dan kawasan serantau pada tahun 1997, tahun ini jerebu paling teruk sampai ke semenanjung. Semua pihak mengeluh dengan keadaan cua-ca yang dapat merosakkan kesi-hatan. Tidak menghairankan jika banyak yang menuding jari kepada rakyat republik itu kera-na membakar hutan. Walaupun kita tahu bahawa segelintir sa-haja yang melakukan perbuatan khianatitu,tetapikeranafikirankita telah lama dibentuk untuk melihat dalam kerangka sempit negara, maka mudah sahaja un-tuk menyalahkan seluruh rakyat Indonesia sebagai punca jerebu di Malaysia. Padahal, sebahagian besar rakyat negara itu, teru-tama di kawasan tempat berlaku pembakaran tersebut paling menderita kerana keadaan je-rubu jauh lebih teruk daripada yang kita alami di sini. Mereka juga adalah mangsa salah laku segelintir pihak yang membakar hutan. Lalu, bagaimana kita hen-dak melihat isu jerebu ini dari kacamata pekerja? Setidaknya ada dua perkara yang penting untuk dibincangkan. Pertama, ialah motif pembakaran hutan dan impaknya kepada orang ramai. Kedua, bagaimana tang-gapan orang ramai terhadap isu ini.Indonesia pada mulanya men-umpukan pembangunan ekonominya kepada pertanian. Pada tahun 80-an dulu, major-iti masyarakatnya masih hidup bertani dan mereka dapat me-nampung keperluan rakyatnya dengan simpanan beras hasil dari pertanian sendiri. Namun dengan masuknya pelaburan dan modal asing telah merubah struktur masyarakat yang pada mulanya berasaskan pertanian telah beralih kepada masyarakat industri. Banyak masyarakat desa, terutama anak para petani tidak mahu melanjutkan tradisi bekerja sebagai petani kemu-dian pindah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang. Pada pertengahan tahun 1990-an, ketika harga dan permintaan

terhadap minyak sawit dalam pasaran dunia semakin menin-gkat, banyak pihak yang meli-hatnya sebagai peluang pernia-gaan yang memiliki masa depan cerah. Mulai dari pengusaha dan syarikat besar yang mel-abur dalam jumlah yang besar, hinggakan individu-individu pe-milik tanah kecil-kecilan teruja menanam sawit. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Sumat-era, terutama di Riau, pasti ter-pegun melihat pemandangan di

kawasan luar bandarnya. Sejauh mata memandang, hanya perke-bunan sawit yang terlihat. Se-bahagian besar perkebunan itu dimiliki oleh syarikat-syarikat kapitalis besar, terutamanya dari Malaysia. Sime Darby, Kua-la Lumpur Kepong, dan Multi Gambut Industri yang merupa-kan anak syarikat Tabung Haji memiliki kawasan pertanian sawit yang luas di Sumatera. Media di Indonesia melapor-kan ketiga-tiga syarikat Malaysia tersebut terlibat dalam pem-bakaran hutan baru-baru ini, walaupun pihak syarikat meno-lak tuduhan tersebut. Saat ini, jumlah kawasan perke-bunan sawit di Indonesia sudah jauh melebihi tanah persawa-han dan pertanian tradisional sehingga untuk memenuhi keperluan beras dalam negara sahaja Indonesia harus mengim-port. Sedangkan keuntungan dari hasil sawit ini sepenuhnya menjadi milik syarikat-syari-

kat besar. Pemusnahan hutan yang terus berlaku kerana pe-nanaman sawit semakin tidak terkawal. Impak daripada perluasan ladang sawit tidak hanya berkurangnya kawasan pertanian untuk tanaman lain, tetapi juga semakin pupusnya hutan simpanan. Di Riau terda-pat dua buah syarikat pembuat kertas, iaitu RAPP dan Indah Kiat. Kedua-duanya berperanan besar dalam berkurangnya jum-lah hutan di Riau kerana mereka

memang memerlukan kayu se-bagai bahan utama pembuatan kertas. Adanya pembakaran hutan untuk membuka ladang sawit menjadikan masalah ke-botakan hutan semakin teruk. Syarikat kapitalis tidak peduli dengan persekitaran kerana hanya memikirkan keuntungan. Jika dengan membakar hutan mereka dapat mengurangkan biaya untuk membuka ladang sawit, maka itulah jalan yang menjadi pilihan mereka. Akibat jalan mudah yang diambil oleh kapitalis ini, penderitaan dan ancaman terhadap kesihatan mesti ditanggung oleh jutaan orang di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Walaupun isi jerebu ini men-imbulkan sedikit ketegangan hubungan antara Indonesia dengan Malaysia dan Singapura, akhirnya presiden negara itu, Susilo Bambang Yudhoyono telah menyatakan permohonan maaf kepada pemerintah dan

penduduk kedua-dua negara tersebut. Namun hal ini telah menimbulkan kemarahan be-berapa pihak di Indonesia. Bu-kan faktor nasionalisme, harga diri, atau kebencian terhadap Malaysia yang menjadi sebab. Mereka marah kerana presiden tidak meminta maaf terhadap rakyatnya sendiri yang juga menjadi mangsa keadaan jere-bu. Padahal pemerintah Indone-sialah yang mesti bertanggung jawab ke atas pembakaran ini

dengan ketidaktegasan mereka dalam memperkuatkuasakan undang-undang dan melaku-kan pengawasan. Unsur-unsur korupsi yang telah menjadi ba-rah bagi masyarakat di negara itu juga dikatakan menjadi pe-nyebab longgarnya penguatkua-saan itu. Memang betul pemer-intah sudah menangkap para pelaku pembakaran hutan, teta-pi mereka hanya rakyat biasa. Mungkin mereka hanya orang suruhan syarikat-syarikat besar yang mahu mengelak didakwa jika terlibat langsung membakar hutan. Lalu apa relevannya isu jerebu ini dengan nasib pekerja? Perta-ma, sepatutnya kita tidak meli-hat isu ini dalam kerangka sem-pit negara, iaitu Indonesia yang menjadi punca dan Malaysia menjadi mangsa. Rakyat biasa di Sumatera yang terkena jerebu juga sebenarnya marah dengan pemerintah mereka. Mereka juga adalah mangsa pemerin-tah dan syarikat-syarikat besar pelaku pembakaran hutan yang

hanya mengutamakan keun-tungan tanpa menghiraukan akibatnya. Dalam isu ini, rakyat biasa di Indonesia sepatutnya mendapat simpati dan solidariti dari pekerja di Malaysia. Kedua, keluhan yang kita dengar dari setiap orang tentang damp-ak kesihatan yang boleh ditim-bulkan oleh jerebu sebenarnya bukan perkara baru bagi sebaha-gian besar pekerja. Banyak ma-jikan tidak memperuntukkan pelindung kepada pekerja yang terdedah kepada jerebu walau-pun pihak kesihatan telah me-maklumkan pentingnya penggu-naan pelindung. Tetapi, sesiapa sahaja yang bekerja di kilang ais, kilang cat, kilang bateri, dan kerja-kerja yang terdapat bahan-bahan kimia selalu terdedah dengan masalah kesihatan. Pe-mandu lori jarak jauh juga ber-isiko mengalami sakit belakang dan pinggang. Bekerja di kilang yang tertutup dan pengap, dan terpaksa berdiri selama berjam-jam juga akan menyebabkan sakit pada masa hadapan. Buruh angkat barang juga akan meng-hadapimasalahfizikalpadaharitua mereka. Banyak daripada mereka ini dipaksa untuk ber-sara awal jika mengalami gang-guan kesihatan akibat perseki-taran di tempat kerja. Masalah ini mesti dihadapi oleh pekerja setiap hari, bukan setahun sekali seperti datangnya jerebu. Namun terhadap mereka ini, tidak ada siapa pun yang mem-berikan perhatian kerana sudah dianggap sebagai perkara biasa. Di situ terlihat jelas bagaimana tidak pekanya kerajaan terhadap masalah kesihatan dan perseki-taran tempat kerja pekerja yang terdedah kepada berbagai-bagai bahan kimia dan gas beracun. Sama ada di Indonesia atau Malaysia, warga pekerja meng-hadapi nasib yang sama. Un-tuk memecahkan rantai-rantai penindasan terhadap warga pekerja dan memelihara alam persekitaran daripada dicabuli terus oleh syarikat yang me-mentingkan keuntungan sema-ta-mata, solidariti pekerja harus dibina tanpa batas sempadan negara.

Jerebu Dan Nasib Pekerja Ian

Pekerja terpaksa ke kerja walaupun keadaan jerebu yang parah..

Page 11: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013 SUDUT EDITOR 11

Sajak Nasib Buruh (1950) oleh Usman Awang ini menunjukkan betapa puisi dapat dijadikan se-bagai alat untuk menyedarkan masyarakat tentang realiti ke-hidupan, bukan sekadar ingin memperlihatkan lenggok ba-hasanya yang indah sahaja. Sajak Usman Awang ini cukup ringkas dan bersahaja, tetapi membawa makna yang amat besar kepada mereka yang faham. Menelusuri kehidupan awal beliau, Usman Awang hidup dalam keadaan

yang miskin. Ayahnya cuma ne-layan yang sesekali akan men-cari rotan ketika musim tengku-juh melanda. Ibunya pula telah meninggal dunia sewaktu beliau masih anak kecil lagi. Ini mem-buatkan beliau sempat meng-habiskan pelajaran di Darjah Enam sahaja. Tidak lama selepas Jepun menjajah Malaya, Usman Awang menjadi buruh paksa di Singapura selama 6 bulan tetapi berjaya melepaskan diri balik ke Segamat. Beliau juga pernah

menjadi ‘office boy’ di PejabatTaliair Segamat. Seterusnya, be-liau bekerja pula sebagai ang-gota polis namun Usman Awang sebenarnya lebih selesa dengan mata pena berbanding senjata berpeluru. Maka dengan itu, beliau meninggalkan pekerjaan tersebut dan berhijrah ke Sin-gapura untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan Dari situ, Usman Awang mula berkar-ya dalam bentuk sajak.

Berbalik kepada sajak ‘Nasib Bu-ruh’ tadi, beliau cuba untuk me-nerangkan keperitan hidup para pekerja yang ditindas oleh maji-kannya, dan hanya bergantung kepada gaji yang cuma cukup-cukup makan buat anak-anak dan isteri. Bak kata pepatah, ‘kais pagi makan pagi, kais petang ma-kan petang’, begitulah nasib buruh yang akhirnya terpaksa terus mengabdikan diri pada pekerjaan dan majikan yang menekan. Mereka sudah susah-susah bekerja, mengharungi panas dan hujan, tetapi tetap sahaja ditindas. Tiada siapa yang menghiraukan mereka, kecuali-lah mereka sendiri. Sajak-sajak sebegini benar-benar meny-entuh perasaan kita, lagi-lagi sekiranya ia sama dengan apa

yang kita alami sekarang. Ia me-nyedarkan kita tentang keadi-lan, dan pemerkosaan hak-hak pekerja. Kepedulian terhadap nasib kaum buruh menerusi puisi-puisi serta seumpamanya ini harus kita hargai. Ia adalah semangat bagi kita untuk be-rani melawan ketidakadilan dan kezaliman yang diberikan oleh mereka-mereka yang hanya ma-hukan keuntungan semata-mata

tanpa memikirkan kebajikan kita. Sesekali, puisi ini harus didengarkan serta semoga kita juga akan mula mengangkat mata pena dan menulis bait-bait tentang kenyataan hidup sang pekerja. Mudah-mudahan mak-in ramai yang bangun berdiri berjuang.

Kaum buruh, bersatulah!

Ulasan Puisi Nasib Buruh Sharifah

Bangun awal sebelum senja,Mandi-manda bergegas ke kerja,

Akur menurut arahan majikan,Rajin memikul beban yang disediakan,

Mengumpul harta bagi yang berada,Walaupun maksudnya merompak yang tiada,

Keperitan hidup tidak dihiraukan,Asal ada kuli walaupun yang disederhanakan,

Kepenatan petang dirasa di badan,Kepenatan pagi dirasa di hati,

Satu-satunya risau pekerja,Dapatkah suap anak dan keluarga,

Mungkinkah hari esok akan bahagia,Walaupun hari ini tidak memiliki apa-apa.

Yang kaya semakin kaya,Yang miskin semakin merana,

Itulah hakikat system yang dipilih,Sistem yang mengampu pada golongan elit,

Kaya sungguh Negara saya,Kekayaan yang tak melimpah ke rakyat jelata,

Itulah hakikat system yang dipilih,Rakyat yang rajin sering disisih,

Segelintir yang kecil mengawal jentera kapi-talisma,

Rakyat biasa menjadi buah caturnya dan hamba,

Itulah hakikat system yang dipilih,Perhambaan terhadap manusia yang disisih,

Apa perbezaan awak dan saya,Perbezaan warna hanya dimata,

Saya dan awak hamba sama hamba,Hamba kepada golongan berada,

Perbezaan kaum hanya dimata,Persaudaraan kelas adalah satu-satunya yang

nyata,

Bersatulah pekerja tanpa mengira bangsa dan agama,

Untuk menuntut sistem yang saksama.

Bersatulah Pekerja! Yuva

Sajak Nasib Buruh (1950) – Usman Awang

Melarat di sepanjang jalan hidupTidak kira, tubuh perit dipanggang suria

Tidak hirau, dingin hujan menyiram mukaTerus bekerja… terus pula menderita.

Di rumah anak-anak dan isteri muram durjaApa untuk dimakan segalanya tiada

Pakaian compang-campingNamun…hidup diteruskan juga

Page 12: Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu

Pendidikan• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti

untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada univer-siti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kre-atif untuk pembanggunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiyaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendid-ikan, guru dan pensyarah untuk mempertahan-kan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pen-didikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan• Menyokong perjuangan anak muda dan warga

pekerja untuk hak pekerjaan.• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan

yang adil untuk semua.• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau pengham-

baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini-mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kon-trak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang men-gancam penutupan, di bawah kawalan demokra-tik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun peruma-han, penganggutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam-purtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kera-jaan dengan faedah yang rendah harus diperlu-askan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam per-cuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi• Mempertahankan hak untuk membantah dan

berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan se-mua bentuk diskriminasi.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

di setiap daerah.

• Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak

muda di seluruh dunia.• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan

Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hor-mati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memus-nahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu-aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper-gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak Muda

Adakah anda mempunyai berita tentang pekerja untuk kami ?

Adakah anda ingin berkerjasama dengan kami?Adakah anda ingin tahu dengan lebih mendalam

tentang organisasi kami ?Hubungi kami di

[email protected]

01112859623 ( yuva )

http://www.facebook.com/solidaritipekerja

Menyelamatkan mangsa kilang runtuh di Bangladesh Laporan di halaman 8... NUBE meneruskan momentum perjuangan Laporan di halaman 2...

ISU KE - 3 JULAI - SEPTEMBER HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3


Top Related