Transcript

PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN /KEMALANGAN NYARIS KEJADIAN MERBAHAYA, KERACUNAN DAN

PENYAKIT PEKERJAAN TAFSIRAN :

Kemalangan : Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut.

Kejadian Merbahaya : Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja.

Kemalangan Nyaris : Apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpontensi untuk menyebabkan

kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta

Keracunan Pekerjaan : Keracunan atau penyakit yang berbangkit daripada atau berkaitan dan Penyakit Pekerjaan dengan kerja

(Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-Peraturan, Akta 514, 2006)

* SEBARANG KEMALANGAN / KEMALANGAN NYARIS KEJADIAN MERBAHAYA, KERACUNAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN PERLU DILAPORKAN DENGAN KADAR SEGERA KEPADA : PUAN NORHANUN BT ZAHID (BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI, PTJ HAL EHWAL KORPORAT – OSH) DITALIAN : 0192009284/ 0379492948

CONTOH JENIS-JENIS KEMALANGAN KECEDERAAN TUBUH a. Kehilangan sebahagian anggota badan yang melibatkan kecacatan kekal seperti kehilangan tangan,kaki,mata dan lain-lain. b. Apa-apa kecederaan seperti jatuh, ditimpa objek, luka akibat peralatan tajam, luka terbakar dan lain-lain yang berhubungan

dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan kepada staf dan orang yang menduduki premis PPUM dan dimasukkan ke dalam hospital dengan serta-merta selama lebih daripada 24 jam.

KERUNTUHAN BANGUNAN ATAU STRUKTUR Kejadian runtuhan atau keretakan yang boleh memberikan kesan bahaya kepada staf dan orang awam. LITAR PINTAS & RENJATAN ELEKTRIK Litar pintas yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada kesihatan atau kecederaan yang serius kepada staf dan orang awam Renjatan Elektrik adalah Kejadian yang mana-mana orang yang mengalami renjatan elektrik atau luka terbakar daripada mana-mana litar, kelengkapan atau pepasangan elektrik yang memerlukan pertolongan cemas atau rawatan perubatan. PELEPASAN BAHAN Pembebasan atau pelepasan bahan yang tidak terkawal seperti bahan kimia, bahan klinikal, bahan biologikal, bahan gas, bahan radioaktif dan bahan sitotoksik kepada persekitaran yang mendatangkan kerosakan kepada kesihatan atau kecederaan yang serius kepada mana-mana orang. LETUPAN, KEBAKARAN ATAU KEGAGALAN STRUKTUR Apa-apa letupan atau kebakaran yang berlaku di mana-mana tempat kerja yang berpunca daripada penyalaan bahan terproses, barangan sampingan atau barangan siapnya yang mengakibatkan pemberhentian atau penggantungan kerja biasa ditempat itu selama lebih daripada 24 jam. PELEPASAN GAS Apa-apa letusan keluar gas yang kuat bersama-sama bahan pepejal secara tidak sengaja. KERACUNAN Apa-apa keracunan yang melibatkan penggunaan bahan kimia , makanan dan sebagainya JANGKITAN Kerja yang melibatkan patogen atau jangkitan dan seterusnya menyebabkan bahaya kepada kesihatan manusia. PENDEDAHAN KEPADA KONTIMINASI BAHAN RADIOAKTIF Apa-apa yang melibatkan bahan radioaktif.

Tarikh kemaskini: 23 Jun 2010

Diluluskan : Y.Bhg.Profesor Dato’ Dr.Ikram Shah bin Ismail Pengarah PPUM / Merangkap Pengerusi JKKP

Top Related