Transcript
Page 1: Pemberitahuan - Insentif Penutupan Syarikat Di Bawah ...site.prolegend.com.my/clients/prolegend/Downloads/SSM_PN_2015_-P... · PEMBERITAHUAN BERKENAAN INSENTIF PENUTUPAN SYARIKAT

PEMBERITAHUAN BERKENAAN INSENTIF PENUTUPAN SYARIKAT

DI BAWAH SEKSYEN 308 AKTA SYARIKAT 1965

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan semula

Insentif Penutupan Syarikat Di Bawah Seksyen 308 Akta Syarikat 1965.

Insentif ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 hingga 30

September 2015 dan terhad kepada semua syarikat-syarikat dorman

atau tidak aktif yang diperbadankan pada tahun 2010 hingga tahun

2014.

Di dalam tempoh Insentif ini juga, pihak syarikat yang membuat

permohonan untuk menutup syarikat akan menikmati insentif tambahan

iaitu SSM akan mengenakan kadar ‘flat rate’ untuk setiap satu surat

kompaun yang tertangguh seperti berikut:

• Syarikat : RM100.00

• Pengarah syarikat : RM100.00 setiap pengarah syarikat

Bagi menikmati Insentif ini, syarikat dan/atau pengarah-pengarah

syarikat boleh hadir di mana-mana kaunter Suruhanjaya Syarikat

Malaysia di seluruh Negara bagi membuat permohonan penutupan

syarikat di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.

PENDAFTAR SYARIKAT/PERNIAGAAN

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Top Related