Transcript
Page 1: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EZZAH’ AFIFAH BINTI NASRUDIN

FBMK 2015 9

PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM BAHASA MELAYU

Page 2: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

1

PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA DARI

SUDUT MORFOLOGI DALAM BAHASA MELAYU

Oleh

EZZAH „AFIFAH BINTI NASRUDIN

Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia sebagai

Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master Sastera.

Januari 2015

Page 3: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

2

HAK CIPTA

Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa

had, logo, ikon, gambar, dan semua karya seni lain, adalah bahan hak

cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya.

Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini

dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak

cipta. Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan

kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra

Malaysia.

Hak cipta © Universiti Putra Malaysia

Page 4: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

3

Abstract thesis submitted to Senates of Universiti Putra Malaysia in

Fulfillment of the requirements for the degree of Master of Arts

FORMATION OF WORDS DERIVED, COMPOUND, AND

DOUBLE IN TERMS OF MORPHOLOGY IN MALAY

LANGUAGE

By

EZZAH‟AFIFAH BINTI NASRUDIN

January 2015

Chairman : Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh, PhD

Faculty : Modern Language and Communication.

Formation of the Malay Language structure refers to the construction of root words

through a specific process which is augmentation, compounding, and doubling up till

the transformation from the point of spelling, meaning, and function reference. This

transformation gives an impact to the whole Malay language users, including

students.Among the impacts are confusion in the change of the spelling, meaning, and

function. This phenomenon often occurs in teaching and learning situations, when

communicating, and writing activities are at work. Thus, the objective of this study is

to examine the form of derivative, compound, and double words in the Malay

language, analyze the meaning of the Malay word descent, and describes the functions

of the derivative words in the Malay language.

This study uses a functional approach (Halliday theory) in expressing the form,

meaning and function of language used when writing. Function of language structure

found in the poetry anthology "Menyirat Cinta Haqiqi" work of Kemala was interpreted

based on semantic aspects by means of content analysis, descriptive nature of

qualitative and quantitative research. Data analysis techniques using punctuation

marks.

Results from the analysis of the formation of derivative, compound, and double words

in terms of morphology in Malay language in poetry anthology is through the

identifiable form, meaning, and function of the derivative words. Formation of

derivative words is more demonstrated the augmentation process, in addition to

compounding and multiplication to form many of the verb than the noun and adjective.

Page 5: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

4

Structure and meaning in language also discussed clearly and eclectic fact and know

the language of the two main dimensions, namely the form and meaning. The

formation of derivative, compound, and double not only concentrate on the double

meaning, but also applied to functions by every word that changed it. Among the main

functions augmentation, compounding, and doubling to forming new words, changing

the lexicon, change the meaning of words without changing the basic classess of basic

words.

Page 6: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

5

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra

Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Sarjana Sastera

PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA DARI

SUDUT MORFOLOGI DALAM BAHASA MELAYU

Oleh:

EZZAH‟AFIFAH BINTI NASRUDIN

Januari 2015

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh, PhD

Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi

Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda bahasa Melayu merujuk kepada

pembinaan kata dasar melalui proses tertentu, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, dan

penggandaan sehingga berlaku transformasi dari sudut ejaan, makna, fungsi dan

sebutan. Transformasi ini memberikan satu impak kepada seluruh pengguna bahasa

Melayu, termasuk golongan pelajar. Antara impaknya termasuklah kekeliruan

perubahan ejaan dan makna, serta fungsinya. Fenomena ini kerap berlaku dalam situasi

pengajaran dan pembelajaran, ketika berkomunikasi, dan aktiviti penghasilan karya.

Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kata turunan, majmuk, dan ganda

dalam bahasa Melayu, iaitu dari sudut bentuk, makna dan fungsinya.

Kajian ini menggunakan pendekatan fungsian (teori Halliday) dalam mengungkapkan

bentuk, makna serta fungsi bahasa yang digunakan ketika menulis. Fungsi struktur

bahasa yang terdapat dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” karya Kemala

diinterpretasikan berdasarkan aspek semantik menerusi kaedah analisis kandungan,

jenis penelitian deskriptif kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpulkan dengan kaedah

catat dan dokumentasi. Kesemua puisi karya Kemala yang terkandung dalam antologi

puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” dianalisis supaya dapat diperoleh penggunaan kata

turunan, majmuk, dan ganda yang meluas. Teknik analisis data yang digunakan ialah

kaedah baca markah.

Hasil daripada analisis pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda dari sudut

morfologi dalam bahasa Melayu dalam antologi puisi tersebut, dapat dikenal pasti

bentuk, makna, dan fungsi kata turunan, majmuk, dan ganda itu.

Pembentukan kata turunan lebih memperlihatkan penggunaan proses pengimbuhan, di

samping pemajmukan dan penggandaan sehingga membentuk banyak golongan kata

kerja berbanding dengan golongan kata nama dan kata adjektif.

Page 7: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

6

Struktur dan makna dalam bahasa juga membicarakan secara jelas serta eklektik akan

hakikat dan selok bahasa daripada dua dimensi utama, iaitu bentuk dan maknanya.

Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda bukan sahaja tertumpu pada

pembentukan makna kepelbagaian, tetapi turut diterapkan fungsi yang didukung oleh

setiap perkataan yang berubah itu. Antara fungsi utama dalam pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan, iaitu membentuk perkataan baharu, mengubah

golongan kata, mengubah makna kata dasar tanpa mengubah golongan kata dasar.

Page 8: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

7

PENGHARGAAN

Dengan nama AllahS.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulilah, pada kesempatan ini, saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Ilahi

kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya, akhirnya dapatlah saya

menyempurnakan penyelidikan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Seterusnya, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Prof.

Madya Dr. Che Ibrahim bin Hj. Salleh selaku Pengerusi Penyelia atas segala dorongan,

kesabaran dalam memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sepanjang proses

penyediaan projek penyelidikan ini dijalankan.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga dan

teman-teman seperjuangan yang telah banyak membantu serta menyumbang masa dan

tenaga serta memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyempurnakan

penyelidikan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

EZZAH „AFIFAH BINTI NASRUDIN

GS30160

Master Sastera Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Januari 2015.

Page 9: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

8

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima

sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Sarjana Sastera. Ahli Jawatankuasa

Penyeliaan adalah seperti yang berikut:

Che Ibrahim Salleh, PhD Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Abdul Rashid Daing Melebek, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

_______________________________

BUJANG BIN KIM HUAT, PhD

Profesor dan Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh:

Page 10: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

9

Perakuan pelajar Siswazah

Saya memperakui bahawa:

Tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli ;

Setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas ;

Tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak

dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi

lain ;

Hak milik intelek dan hakcipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra

Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan)

2012 ;

Kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan

(dalam bentuk bertulis, cetakan, atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul,

prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah,

modul pembelajaran, atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-

Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012 ;

Tiada plagiat atau pemalsuan/ fabrikasi data dalam tesis ini, dan integrity ilmiah

telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian

Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra

Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis telah diimbaskan dengan perisian pengesanan

plagiat.

Tandatangan: _____________ Tarikh: _____________

Nama dan No. Matrik: _____________________________________

Page 11: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

10

Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

Dengan ini, diperakukan bahawa:

Penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah dibawa seliaan kami;

Tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah

Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah

dipatuhi.

Tandatangan: __________________

Nama Pengerusi

Jawatankuasa Che Ibrahim Salleh, PhD

Penyeliaan

Tandatangan: __________________

Nama Pengerusi

Jawatankuasa Abdul Rashid Daing Melebik, PhD

Penyeliaan

Page 12: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

11

JADUAL KANDUNGAN

Muka Surat

ABSTRACT i

ABSTRAK iii

PENGHARGAAN v

PENGESAHAN vi

PERAKUAN viii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB

1 PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian 1

Penyataan Masalah 4

Objektif Kajian 6

Kepentingan Kajian 6

Batasan Kajian 7

Definisi Operasional 8

2 SOROTAN LITERATUR

Pengenalan 10

Kajian Tempatan 10

Kajian Luar Negara 16

Perkaitan antara Kajian Terdahulu dengan Kajian ini 19

Kesimpulan 19

3 METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian 21

Kerangka Teori 21

Kerangka Konsepsi 24

Kaedah Kajian 25

Persampelan 25

Pemboleh ubah Kajian 27

Alat Kajian 27

Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian 28

Tatacara Kajian 29

Page 13: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

12

Penganalisisan Data 29

Kerangka Analisis 30

Kesimpulan 31

4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan 32

Bentuk Kata Turunan, Majmuk, dan Ganda Bahasa Melayu 32

Makna Kata Turunan, Majmuk, dan Ganda Bahasa Melayu 49

Fungsi Kata Turunan, Majmuk, dan Ganda, Bahasa Melayu 65

Kesimpulan 72

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan 73

Cadangan 75

BIBLIOGRAFI 77

BIODATA PELAJAR 80

SENARAI PENERBITAN 81

Page 14: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

13

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

1: Kata turunan “morfem tanam”. 3

2: Contoh Kata Turunan, Majmuk, dan Ganda melalui Proses Pengimbuhan,

Pemajmukan, dan Penggandaan 9

3: Kata Nama Terbitan (KNT) 11

4: Kata Kerja Terbitan (KKT) 12

5: Perubahan Morfologi Bahasa Melayu Kamus Dewan Tiga Edisi 15

6: Kriteria Distribusi 17

7: Penggolongan Kata Adjektif : Pendekatan Ontologi 18

8: Kerangka Konsepsi 24

9: Awalan kata nama dengan alomorf, contoh kata dasar, kata turunan dalam

antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 32

10: Sisipan kata nama dengan alomorf, contoh kata dasar, dan kata turunan

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 33

11: Akhiran kata nama dengan alomorf, contoh kata dasar, dan kata turunan

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 34

12: Apitan kata nama dengan alomorf, contoh kata dasar, dan kata turunan

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 34

13: Awalan kata kerja dengan alomorf, contoh kata dasar, dan kata turunan

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 37

14: Akhiran kata kerja dengan alomorf, contoh kata dasar, dan kata turunan

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 38

15: Bentuk apitan kata kerja dengan alomorf, contoh kata dasar, dan kata

turunan dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 39

16: Bentuk awalan kata adjektif dengan alomorf, contoh kata dasar, dan kata

turunan dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 41

17: Bentuk kata nama majmuk biasa, contoh kata dasar, kata majmuk dalam

antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 42

18: Bentuk kata nama majmuk kiasan, contoh kata dasar, dan kata majmuk

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 42

19: Bentuk kata kerja majmuk yang menerima imbuhan, contoh kata dasar,

dan kata majmuk dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 43

20: Bentuk kata adjektif majmuk kiasan, contoh kata dasar, dan kata majmuk

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 43

21: Bentuk penggandaan penuh kata nama, contoh kata dasar, dan kata ganda

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 44

22: Bentuk penggandaan separa kata nama terbitan, contoh kata dasar, dan kata

ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 44

23: Bentuk penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal, contoh

kata dasar, dan kata ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi”45

24: Bentuk penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan, contoh

kata dasar, dan kata ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 45

25: Bentuk penggandaan penuh kata kerja, contoh kata dasar, dan kata ganda

Page 15: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

14

dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 46

26: Bentuk penggandaan separa kata kerja imbuhan berawalan, contoh kata

dasar, dan kata ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 46

27: Bentuk penggandaan berentak pengulangan konsonan, contoh kata dasar,

dan kata ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 47

28: Bentuk penggandaan berentak kata kerja pengulangan bebas, contoh kata

dasar, dan kata ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 47

29: Bentuk penggandaan penuh kata adjektif, contoh kata dasar, dan kata

turunan dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 48

30: Bentuk penggandaan separa kata adjektif imbuhan berawalan, contoh

kata dasar, dan kata ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 48

31: Bentuk penggandaan berentak kata adjektif pengulangan bebas, contoh kata

dasar, dan kata ganda dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” 49

Page 16: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

15

SENARAI SINGKATAN

BM Bahasa Melayu

KN Kata Nama

KK Kata Kerja

KA Kata Adjektif

KD Kata Dasar

KNT Kata Nama Terbitan

KKT Kata Kerja Terbitan

MCH Menyirat Cinta Haqiqi

RBK Rajah Binaan Kata

T Tambahan

Page 17: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

16

BAB 1

PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian

Morfologi sebagai cabang bidang tatabahasa berkembang selari dengan

keperluan masyarakat penggunanya. Perhatian yang sangat

menggalakkan dan perubahan sikap masyarakat terhadap tatabahasa ini

merupakan petanda baik ke arah usaha pembentukan kata bahasa

Melayu (BM). Morfologi ialah bidang tatabahasa yang mengkaji aspek

struktur dan bentuk serta pembentukan kata dan penggolongan kata.

Bidang pembentukan kata merupakan subsistem dalam sistem bahasa.

Dalam konteks bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai

proses kepada cara kata-kata dibentuk atau proses yang dialami oleh

sesuatu kata dalam penghasilannya.

Nik Safiah Karim et. al (2013) mentakrifkan morfologi sebagai bidang

bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata dalam

bahasa Melayu. Dari segi etimologi, kata morfologi itu berasal daripada

bahasa Yunani “morphe” yang membawa maksud “bentuk” atau “form”

dalam bahasa Inggeris. Dengan demikian, morfologi secara amnya

membawa maksud kajian tentang struktur dan bentuk atau pembentukan.

Dalam kajian tersebut, yang diteliti hanyalah unsur dan proses yang

membentuk perkataan, serta bentuk perkataan yang terhasil. Proses

tersebut ialah proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.

Dengan yang demikian, BM dapat digolongkan ke dalam jenis bahasa

aglutinatif. Hal ini kerana kebanyakan perkataannya dibentuk

berdasarkan proses pengimbuhan, iaitu proses mencantumkan kata dasar

dengan imbuhan sehingga dapat menghasilkan perkataan baharu.

Sebagai contohnya, daripada kata dasar sesuai dapat diterbitkan pelbagai

perkataan baharu dengan melekatkan (agglutinate) imbuhan pada kata

dasar tersebut. Bentuk-bentuk perkataan yang terhasil itu termasuklah

bersesuaian, menyesuaikan, disesuaikan, penyesuaian, kesesuaian,

sesuaikan. Bentuk perkataan yang diterbitkan itu dikenali sebagai

Page 18: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

17

derivatif yang bermaksud perkataan bersesuaian, menyesuaikan,

disesuaikan, penyesuaian, kesesuaian, sesuaikan itu merupakan derivatif

bagi kata dasar sesuai. Apabila terciptanya perkataan baharu, maka

berlakulah perubahan makna pada setiap perkataan yang diterbitkan itu.

Oleh sebab kebanyakan perkataan BM diterbitkan melalui pengimbuhan

yang menghasilkan derivatif daripada satu kata dasar, maka BM dapat

dikategorikan sebagai bahasa yang bersifat derivatif. Bahagian imbuhan

Melayu telah lama dianggap sebagai satu aspek mustahak dalam

tatabahasa bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam buku teks

BM, misalnya buku Kursus Bahasa Kebangsaan (1963) yang diterbitkan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahasa Malaysia Kini (1970) yang

dikarang oleh Asmah Haji Omar, yang membincangkan dan

menganalisis buku tatabahasa bahasa Melayu seperti Simple Malay

Grammar (edisi pertama 1929) oleh R.OWindstedt, Practical Malay

Grammar (1899) oleh W.G. Shellabear, Pelita Bahasa Melayu (1965)

oleh Za‟ba, Tatabahasa Baru Melayu-Indonesia (1963) oleh S. Takdir

Alisjahbana, dan An Introduction to Malay Grammar (1968) oleh

Asmah Haji Omar dan Rama Subbiah.

Selain itu, pembentukan kata BM juga diperoleh melalui proses

pemajmukan. Bagi proses ini, dua kata dasar atau lebih akan

digabungkan sehingga menjadi bentuk kata majmuk yang membawa

makna khusus. Sebagai contoh, kata dasar diri dapat diperturunkan

menjadi kata majmuk seperti harga diri, cermin diri, dan sebagainya.

Seterusnya, perkataan BM juga terbentuk melalui proses penggandaan.

Dalam proses tersebut, kata dasar mengalami penggandaan penuh atau

penggandaan pada bahagian tertentu. Bentuk perkataan yang terhasil ini

dikenali sebagai kata ganda. Antara contoh kata ganda termasuklah

wangi-wangi, sayur-sayuran, lelaki, usik-mengusik dan terang-

benderang.

Penggunaan kata turunan, majmuk, dan ganda yang begitu meluas dalam

pembentukan kata adalah suatu ciri tersendiri BM yang telah lama

dikenali oleh para cendekia BM dalam negara dan juga mancanegara.

Dalam konteks ini, Tassilo Adam dalam pengenalannya kepada

Grammar of the Malay Language (1948: 113) mengatakan:

Page 19: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

18

The Malay Language is widely different from

flexion language like the Indo-European

group… Malay words are built up of roots

and affixes. The root often needs to be

defined by affixes, as it only expresses the

raw element of an idea.

Seperti yang ditegaskan oleh Tassilo Adam, daya membina

kata pada kata turunan ini digambarkan seperti yang berikut:

Rajah 1: Kata turunan “morfem tanam”

Contoh di atas menunjukkan bahawa banyak kata turunan yang dibentuk

dengan menambahkan awalan atau akhiran atau kedua-duanya pada

suatu kata dasar dan dapat berfungsi sebagai kata nama (KN), kata kerja

TANAM

penanaman tertanam

ditanami Penanam

menanamkan

menanami ditanamkan

tertanamkan

Page 20: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

19

(KK), dan kata adjektif (KA). Hasil daripada daya menggandakan kata

ini dapat menambah bilangan kosa kata bahasa Melayu asas. Namun

begitu, perkara yang lebih penting adalah untuk menerangkan makna

asal, kerana pembentukan kata turunan itu dapat menghalusi malahan

mengubah makna asal kata dasar berkenaan.

Menurut Darwis Harahap (1994:17), keperluan maknalah yang

menyebabkan berlakunya pembinaan kata sama ada dengan cara

pengimbuhan, pengulangan atau pemaduan. Oleh yang demikian, aspek

makna harus diambil kira kerana tanpa usul makna sesuatu ujaran atau

tulisan tidak akan bererti. Oleh itu, penyelidikan wajar dilakukan untuk

mengenal pasti kata turunan BM melalui tiga proses pembentukan

sehingga mengubah makna yang asal menjadi makna yang baharu dan

memaparkan fungsi perkataan yang diterbitkan.

Pernyataan Masalah

BM bersifat hidup, berkembang dan dinamis sehingga menyebabkan

berlakunya perubahan. Perubahan yang sememangnya berlaku dalam

BM ini bertujuan untuk memantapkannya dari segi tatabahasa. Justeru,

beberapa perubahan telah dilakukan kerana ahli-ahli bahasa menyedari

bahawa beberapa aspek bahasa yang digunakan kini ternyata kurang

menepati tatabahasa BM dan perlu diatasi (Nawi Ismail, 2000).

Namun, setiap perubahan yang berlaku ini telah menimbulkan

permasalahan kekeliruan kepada para pengguna bahasa. Antaranya

termasuklah perubahan morfologi dari segi struktur, bentuk, dan proses

(Abdul Ghalib Yunus, 1994). Generasi baharu yang terlibat dalam

bidang tatabahasa mempunyai pandangan dan pegangan berdasarkan

dukungan budaya bahasa yang berbeza-beza.

Kekeliruan tentang perubahan ejaan dan makna setelah mengalami

proses kata turunan, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan

dalam kalangan pelajar dan seluruh pengguna bahasa Melayu masih

berlaku dan menjadi masalah. Pengguna bahasa sering mengalami

keadaan yang tidak pasti dan kekeliruan akibat daripada penguasaan

bahasa yang tidak memuaskan, di samping perubahan yang berlaku

dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2003).

Page 21: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

20

Fenomena seperti ini terus berlaku terutama sekali semasa mereka

menjalankan aktiviti penulisan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kekeliruan, ketidakpastian, kelemahan, dan kesalahan bahasa terus

berlaku dalam kalangan pengguna, sama ada dalam kalangan pelajar

mahupun para guru (Abdul Ghalib Yunos, 2002). Contoh yang berikut

dirasakan dapat menggambarkan fenomena yang berlaku dan bertujuan

untuk menyokong pernyataan ini:

Kesalahan Pembetulan

ₓ merbahaya

ₓ mempastikan

ₓ Pesisiran

ₓ Pembentukkan

ₓ Menasihatkan

berbahaya

memastikan

Persisiran

Pembentukan

Menasihati

Dalam hal penggunaan kata yang mengalami proses pengimbuhan,

masih agak nyata kekeliruan tentang penggunaan variasi awalan “me-”

dan “pe-” iaitu sama ada “me-”, “mem-”, “men-”, “meng-”, “menge-”

ataupun “pe-”, “pem-”, „pen-”, “peng-”, “penge-”. Maka berterusan isu

kekeliruan adakah bentuk yang betul “memastikan” atau

“mempastikan”, “pesisiran” atau “persisiran”. Selain itu, terdapat juga

contoh seperti “berbahaya” atau “berbahaya”. Apabila dijelaskan

bahawa bentuk kata yang betul setelah menerima imbuhan, ialah

“berbahaya”, bukan “merbahaya” (tiada awalan “mer-” yang

diimbuhkan pada kata “bahaya”), masih ramai pengguna bahasa yang

ragu dan tidak faham akan alasannya.

Ketiadaan atau kurang sedarnya sesetengah pengguna bahasa tentang

konsep D-M sehingga menyebabkan timbul perbalahan dari aspek

sebutan. Hukum D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan

ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan dan mengemudiankan

kata sifat yang menerangkan. Kesalahan yang biasa berlaku, disebabkan

segelintir pengguna bahasa yang bersikap keinggerisan, maka timbul

kekeliruan antara susunan kata nama majmuk BM dengan kata nama

majmuk BI. Antara kesalahan yang sering berlaku, ialah:

Page 22: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

21

Kesalahan Pembetulan

ₓ goreng pisang

ₓ lain-lain perkara

pisang goreng

perkara-perkara lain

Isu yang hingga kini masih menyelubungi minda pengguna bahasa, iaitu

kekeliruan makna dengan betul sehingga masih ada yang tidak dapat

membezakan makna “mengirimkan” daripada “mengirimi” ,

“menghadiahkan” daripada “menghadiahi” dan contoh-contoh lain yang

sejenis dengannya. Selain itu, masih nyata kekeliruan bilakah akhiran “-

kan” perlu atau tidak perlu digunakan dalam contoh seperti “isikan

borang ini” atau “isi borang ini”, “tuliskan ringkasan karangan”, atau

“tulis ringkasan karangan”.

Demikian juga, apabila ditekankan fungsi perkataan yang berubah

setelah mengalami proses tertentu. Ramai pengguna bahasa yang terus

keliru dengan perubahan fungsi seperti KD “satu” berubah menjadi

bentuk “persatuan” dan berfungsi sebagai KN, juga boleh menjadi fungsi

KK apabila bentuk KD tersebut berubah seperti “mempersatukan”.

Berdasarkan contoh di atas, pengguna bahasa Melayu pada hampir

seluruh peringkat akan berasa keliru dan tidak pasti semasa

menggunakan perkataan yang mengalami pengimbuhan seperti ini.

Selain itu, banyak pengguna yang dapat mengeja perkataan demikian

dengan betul tetapi kurang pasti punca perubahan ejaan dan

pengimbuhan itu berlaku (Abdul Ghalib Yunus, 2002).

Menurut Arbak Othman (1985), pengajaran tatabahasa sebaik-baiknya

dikendalikan untuk memahamkan para pelajar akan perkara-perkara

seperti:

i. bentuk unsur-unsur tatabahasa

ii. makna unsur-unsur tatabahasa

iii. fungsi unsur-unsur tertentu tatabahasa

iv. pola-pola sebutan aspek tertentu tatabahasa

Page 23: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

22

Oleh hal yang demikian, wajarlah dilakukan kajian terhadap

(pembentukan kata turunan dalam bahasa Melayu) yang lebih

memfokuskan penulisan kreatif. Hal ini kerana, kajian ini merupakan

penerapan ilmu linguistik ke dalam bidang kesusasteraan Melayu. Nik

Safiah Karim (1986), mengatakan bahawa bidang penyelidikan secara

saintifik, terutama dalam kaitannya dengan sastera adalah satu bidang

baharu.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Mengenal pasti bentuk kata yang terhasil melalui proses

pembentukan kata turunan, kata majmuk, dan kata ganda

bahasa Melayu;

ii. Menganalisis perubahan makna kata turunan, kata

majmuk, dan kata ganda bahasa Melayu; dan

iii. Menghuraikan fungsi kata turunan, kata majmuk, dan

kata ganda bahasa Melayu.

Kepentingan Kajian

Untuk menghayati keindahan puisi Melayu, penulis hendaklah mengkaji

bentuk dan isi puisi yang mempesonakan. Tetapi untuk menghasilkan

sebuah karya hebat, penulis perlu mahir dalam BM, iaitu menguasai

struktur dan fungsi pembentukan kata. Sememangnya tidak dapat

dinafikan bahawa pembentukan kata merupakan aspek penting BM dan

juga sebahagian utama sukatan pelajaran atau kurikulum standard BM

pada semua peringkat. Pembentukan kata BM bukan sahaja diutamakan

dalam buku teks BM di sekolah ataupun dalam buku tatabahasa bahasa

Melayu, baik yang baru diterbitkan mahupun yang lama, tetapi

pembentukan kata ialah salah satu perkara pokok dalam semua kursus

BM.

Pentingnya kata turunan, majmuk, dan ganda Melayu dalam BM

berpunca bukan sahaja daripada daya membina kata tetapi kekerapan

Page 24: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

23

penggunaannya yang amat tinggi dalam pelbagai jenis ayat. Hal ini jelas

apabila suatu idea yang hendak dilahirkan itu bersifat kompleks, maka

keperluan penggunaan kata turunan itu semakin luas kerana ingin

menzahirkan makna yang dihajati. Umpamanya puisi “Menyirat Cinta

Haqiqi” yang terkandung dalam antologi puisi Menyirat Cinta Haqiqi:

Menatang tamadun

Sejuta tahun

PenyairkuMenyirat

Cinta Haqiqi.

Di teluk-teluk Laut Melayu

Penyairku

Menggenggam

Satu Rindu.

(Menyirat Cinta Haqiqi, MCH: 80)

Rangkap di atas dapat menunjukkan kekerapan kewujudan kata turunan

dan ganda yang memperoleh sebanyak tujuh patah kata daripada lapan

belas patah perkataan. Contoh ini adalah untuk menggambarkan bahawa

pentingnya kajian ini sebagai panduan yang memberi manfaat bukan

sahaja kepada penulis malah dapat memberikan keberkesanan kepada

pengajaran guru dan pembelajaran murid. Para pengguna bahasa juga

perlu mengetahui fungsi dan makna yang didukung oleh setiap kata

turunan dalam sesuatu perkataan itu kerana kecekapan dalam

penggunaan kata turunan itu adalah satu syarat dalam penguasaan BM.

Oleh itu, penyelidikan ini cuba meninjau makna kata turunan, majmuk,

dan ganda yang terdapat dalam bahan kajian, iaitu puisi yang dihasilkan

oleh penulis Kemala. Hal ini demikian, kerana makna setiap kata

turunan, kata majmuk, dan kata ganda itu bukan hanya terbatas kepada

makna tersurat, tetapi banyak menampilkan makna tersirat. Melalui

kajian ini, diharap dapat diperjelaskan penggunaan kata turunan, kata

majmuk, dan kata ganda dan kesannya dalam penciptaan puisi tersebut.

Batasan Kajian

Page 25: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

24

Penyelidikan ini menumpukan perhatian terhadap morfologi BM, yang

mengkhusus dalam aspek kata turunan, majmuk, dan ganda BM. Skop

kajian ini ialah mengenal pasti bentuk kata turunan, majmuk, dan ganda,

menganalisis perubahan makna kata turunan, majmuk, dan ganda, serta

menghuraikan fungsi kata turunan, majmuk, dan ganda.

Bidang morfologi di atas yang dikaji ialah:

i. bentuk, makna, dan fungsi kata turunan, majmuk, dan ganda

dalam antologi puisi Menyirat Cinta Haqiqi.

ii. Proses pembentukan kata mengikut antologi puisi Menyirat

Cinta Haqiqi.

iii. teori yang digunakan dalam penyelidikan ini, ialah teori

fungsional Halliday.

iv. kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini, iaitu kaedah

analisis kandungan.

v. Bahan utama yang digunakan ialah sebuah buku antologi

puisi Menyirat Cinta Haqiqi, karya Kemala yang terkandung

sebanyak 49 buah puisi karya beliau, dan antologi puisi yang

diterbitkan pada tahun 2012 ini merupakan puisi terkini

mengikut zaman.

Definisi Operasional

Pembentukan kata

Pembentukan kata ialah cara kata itu dibina dan dibentuk sehingga

menghasilkan kelainan makna dan fungsi daripada asal. Dalam BM, kata

imbuhan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses

pembentukan kata. Sebagai contoh, proses pengimbuhan dapat

menghasilkan kata seperti berkawan, terjunam, penyair, pedalaman dan

disarankan. Proses pemajmukan dapat mencipta perkataan seperti buku

tulis, gambar rajah, kertas kerja, batu kapur dan kaki ayam.

Manakala perkataan yang terbentuk hasil daripada proses penggandaan

pula seperti bahan-bahan, bukit-bukau, lelaki, bersalam-salaman dan

bantu-membantu.

Page 26: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

25

Kata Turunan, Majmuk, dan Ganda BM

Kata turunan, majmuk, dan ganda ialah perkataan yang asalnya daripada

kata dasar, terbentuk menjadi perkataan yang lain melalui proses

tertentu, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan, sekali gus

merubah makna dan fungsi yang lain. Kata turunan, majmuk, dan ganda

juga boleh disifatkan sebagai kata jadian. Kelompok kata turunan,

majmuk, dan ganda dapat dilihat berdasarkan contoh yang berikut:

Rajah 2: Contoh Kata Turunan, Majmuk, dan Ganda setelah

melalui Proses Pengimbuhan, Pemajmukan, dan Penggandaan.

Page 27: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

106

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghalib Yunus. (1994). “Apitan yang Sering Mengelirukan”.

Pelita Bahasa. Jld. 5, Bil.4. Hal. 260-268.

Abdul Ghalib Yunus. (2002). “Mengenal Kata”. Pelita Bahasa. Jld.

14, Bil 11. Hal. 18-19.

Abdullah Hassan. (1997). Bentuk Dan Makna Imbuhan Kata Kerja

Me(N) Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah

Menengah. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Ahmad Kamal Abdullah. (2012). Menyirat Cinta Haqiqi.Kuala

Lumpur: Insandi Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi dan Hamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar

Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1993). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan

Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1986). Isu-Isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Bloomfield, Leonard. (1962).Language. New York: HenryHilt

Bodgan, R.C. & Biklen, S.K. (1996). Qualitative Research For

Education: An Introduction To Theory And Methods. Boston:

Allyn and Bacon.

Carmines, E.G, & Zeller, R.A. (1991). Reliability and Validity

Assessment. Newbury Park, CA: Sage Publications.

Darwis Harahap Mohamad. (1994). Sejarah Pertumbuhan Bahasa

Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Page 28: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

107

Darwis Harahap Mohamad. (1996). Perubahan Makna dan Bentuk.

Jurnal Dewan Bahasa. 39(7): Hal. 633-640.

Halliday, M.A.K. (1967). “Journal Of Linguistic 3”. London:

Edward Arnold.

Harimurti Kridalaksana. (1981).”Tradisi dan Inovasi dalam

Penyelidikan Bahasa Melayu”. Jurnal Linguistik Malaysia, 1:1

hlm. 1-6

Hashim Haji Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Guntur Tarigan. (1988). Pengajaran Morfologi. Jakarta:

Angkasa Bandung.

Jacob L. Mey. (1994). Concise encyclopedia of pragmaticss.

Oxford: Elsevier Science.

James S. Magnusson. (2004). Actions and Affordances in Syntactic

Ambiguity Resolution. New York. Columbia University.

Jos Daniel Parera. (1994). Morfologi Bahasa Edisi Kedua. Jakarta:

PT Gramedia Pustaka Utama.

Kenneth L. Pike. (1977). Grammatical analysis. Dallas: Summer

Institute of Linguistics and University of Texas at Arlington.

Koh Boh Boon. (1982). Mengajar Imbuhan Melayu. Kuala Lumpur:

Utusan Publication& Distrubators Sdn. Bhd.

Lincoln, Y.S & Guba, E.G. (1985). Naturalistic Inquiry. Beverly

Hills: Sage Publication.

Marsden, William. (1812). A Grammer of The Malayan Language

With an Introductionand Praxis. London: Coxand Baylis.

Merriam, S.B. (1998). Qualitivation Research and Case Study

Applications In Education. California: Jossey-Bass.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan.

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Yunus Sharum dan Zaitul Azma Z.H., Mohd Rohaizat A.W.,

dan Mat Rofa 1 (2010). Formal Properties and Characteritics of

Malay Rhythmic Reduplication. Dlm Procedia Social and

Page 29: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

108

Behavioral Sciences, Volume 8, pp: 750-76(DOI: 10.1016/j.sbspro.

2010.12.104)

Mohd Yunus Sharum dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2011).

“Golongan dan Rumus Kata Gandaan Berima”. Jurnal Bahasa,

Jilid 11, Bil. 1 Jun 2011.

Nawi Ismail. (2003). “Perubahan dan Kekeliruan Penggunaan

Bahasa Melayu”.Pelita Bahasa. Oktober, 2000, Jilid 12 Bil. 5.

Nik Safiah Karim et. al (1986). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al (2013). Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Aina Dani. (2000). Kaedah Penyelidikan dalam Bahasa

Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Patton, M.Q. (1999). “Enhancing The Quality And Creadibility Of

Qualitative Analysis”. HSR: Heart Services Research. 34 (5) Part

II. pp. 1189-1208.

Raymon Firth. (1973). Symbolism. New York. Cornell University

Press.

Richards. (1985). Longman Dictionary of Applied Linguistics.

London: Longman Ltd.

Richards J.C, Rodgers. (2001). Approaches And Methods In

Language Teaching (2nd Ed.). England: Cambridge University

Press.

Sergei Nirenburg and Victor Raskin. (2007). Ontological Semantics

(Language,Speech, and Communication). New York: MIT press

Tassilo Adam. (1948). Grammar of the Malay Language. London;

Arnold

Teo Kok Seong. (1997). “Perubahan Bahasa”. Pelita Bahasa. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (2001). Seminar Persidangan Bahasa, Sastera dan

Budaya Melayu di IDEAL,UPM. “Perubahan Morfologi Dalam

Kamus Tiga Edisi”.

Page 30: PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA …psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943/1/FBMK 2015 9RR.pdf · universiti putra malaysia ezzah’ afifah binti nasrudin fbmk 2015 9 pembentukan

© COPYRIG

HT UPM

109

Zaharani Ahmad. (2007). Pembentukan Kata Ganda Separa Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Top Related