Transcript
  • PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYUOleh:Pn. Sarimah binti AhmadJabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka*

  • Catatkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam lagu ini*

  • *SEMAK

  • Bentuk KataKata TunggalKata TerbitanKata MajmukKata Ganda*

  • PEMBENTUKAN KATAPROSES PENGIMBUHANPROSES PEMAJMUKANPROSES PENGGANDAANPROSES PENGAKRONIMAN

    *

  • PROSES PEMAJMUKANproses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentudieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

    *

  • *

    Jenis kelompokContoh kata majmukRangkai kata bebasbiru lautmerah mudaperdana menteriterima kasihtengah harinaib canselorkapal terbangprogram tentatifpenolong pendaftarIstilah khususgaris pusatsegi tigahak milikreka bentukkertas kerjakanta tanganbatu kapurkemas kiniatur caraMaksud kiasanbuah hatimakan anginringan tulanganak emasmanis mulutbulan madukaki bangkubuaya daratmata keranjang

  • KATA MAJMUK YANGTELAH MANTAP*

    antarabangsaberitahubumiputeraolahragamataharisetiausahasuruhanjayatandatangantanggungjawabjawatankuasakakitanganwarganegarasukarelakerjasamapesuruhjaya

  • Terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam kata tertentu tetapi lazimnya dieja bercantum. (TD ms. 74)Contoh:

    peribadi, dinihari, peribahasa, hari bulandaripada, kepadasukacita, dukacitaapabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhalbagaimana, kenapa

    Kekecualiaan*

  • PENGIMBUHAN KATA MAJMUK*

    Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahajacampur adukbercampur adukambil alihmengambil alihtemu bualditemu bualdaya serapdaya serapan

    Kata majmuk yang menerima imbuhan apitancampur adukmencampuradukanambil alihpengambilalihansatu padumenyatupadukanurus niagadiurusniagakan

  • PENGGANDAAN*

  • PROSES PENGGANDAANpenuhseparaberentak*

  • PENGGANDAAN PENUH (MENYELURUH) kesemua kata dasar itu diulang tanpa perubahan CONTOH:*

    bungabunga-bungarajinrajin-rajin

    makanmakan-makanketuaKetua-ketua

  • PENGGANDAAN SEPARA KATA DASARproses menggandakan sebahagian kata dasar sahajaKata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. dilakukan di hadapan atau di belakang kata dasar.Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.

    *

  • Contoh:*

    lakilalakilelaki

    rambutrarambutrerambut

    sikusisikusesiku

  • PENGGANDAAN SEPARA KATA BERIMBUHANhanya menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekaliBentuk gandaan itu boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasarContoh:

    *

    berlariberlari-larimencarimencari-caribantubantu-membantutolongtolong-menolong

  • PENGGANDAAN BERENTAKproses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar ituSeluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubahAda tiga jenis penggandaan berentak: i. penggandaan berentak pengulangan vokalii. pengulangan konsonan iii. bebas.

    *

  • *

    Jenis penggandaan berentakContohpengulangan vokalsayur-mayurkuih-muihlauk-paukpengulangan konsonangunung-ganangbolak-balikkayu-kayanberentak bebaslintang-pukanganak-pinakhuru-hara

  • PENGGANDAAN KATA MAJMUKmelibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya:

    *

    alat tulisalat-alat tuliskapal terbangkapal-kapal terbang

  • PENGGANDAAN KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAPpenggandaan melibatkan seluruh kataContohnya:

    *

    setiausahasetiausaha-setiausahajawatankuasajawatankuasa-jawatankuasa

  • MAKNA KATA GANDA*

    MaknaContoh kata gandaPerbuatan berulangbertalu-talu, menarik-narik, terangguk-anggukperbuatan yang berpanjanganberangan-angan, teringat-ingat, tertunggu-tungguperbuatan bersungguh-sungguhbercerai-berai, bertungkus-lumus, mengharu-birukan

  • PROSES PENGAKRONIMANsatu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata. Contohnya:Bernama Berita Nasional Malaysiakugiran - kumpulan gitar rancak

    *

  • CARA PENULISAN KATA AKRONIM*

    CaraContohGabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar jika kata nama khas. LUTH Lembaga Urusan Tabung Haji MAS - Malaysia Airline System ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia

  • CARA PENULISAN KATA AKRONIM*

    Cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas; oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar Proton - Perusahaan Otomobil Nasional Mara - Majlis Amanah Rakyat Intan - Institut Tadbir Awam Negara

  • CARA PENULISAN KATA AKRONIM*

    Gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. tabika taman bimbingan kanak-kanak purata pukul rata pawagam panggung wayang gambar

  • PROSES PENGIMBUHANAWALANAKHIRANAPITANSISIPAN

    *

  • IMBUHAN AWALAN*

    imbuhancontohperkataanAwalanme-ber-ter-se-pe-pra-juru-anti-pra-mewarnaberjuangterbaiksebaikpelakonprasejarahjuruterbangantipengganasprasekolah

  • IMBUHAN AKHIRAN*

    imbuhancontohperkataanAkhiran-i-an-man-kan-wan-isme-atakhirisenyumanbudimantinggikanhartawannasionalismehadirat

  • IMBUHAN APITAN*

    imbuhancontohperkataanapitanke--anpe--anme--kandi--kanmenge--kanme--kanmem--ikemajuanperasaanmemainkandibiarkanmengepinkanmemainkanmempercayai

  • IMBUHAN SISIPAN*

    imbuhancontohperkataansisipan-er--el--em-serabuttelunjuksemerbak

  • IMBUHAN KATA NAMAAWALAN

    peN-pe-peR-ke-juru-AKHIRAN

    -an

    APITAN

    peN-...-anpe-...-anpeR-...-anke-...-an

    SISIPAN

    -el--em--er-

    *

  • IMBUHAN KATA KERJAAWALAN

    meN-beR-teR-di-mempeR-dipeR-AKHIRAN

    -kan- i

    APITAN

    meN-...-kanbeR-...-anbeR-...-andi--kanmeN-...-idi--imempeR-..-kanmempeR--ike--andipeR--kandipeR--iSISIPAN

    -el--em--er-

    *

  • IMBUHAN KATA ADJEKTIFAWALAN

    ter-se-

    APITAN

    ke-...-an

    SISIPAN

    -el--em--er--in-*

  • Kekeliruan*

  • MENCINTAI DAN MENCANGKUL

    *Oleh sebab Suraya sangat menyintai suaminya, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.

    2. *Pak Kamal sedang menyangkul tanah di kebun sayurnya.

    *

  • Huraian

    Berpandukan aturan penerbitan kata kerja dengan imbuhan meN-..., kata dasar yang bermula dengan huruf c akan dikekalkan hurufnyacontohnya, mencantas, mencuba, mencari, dan mencegah. Bagi ayat di atas, kesalahan berlaku apabila huruf c digantikan dengan ny sehingga menerbitkan bentuk yang tidak tepat. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Oleh sebab Suraya sangat mencintai suaminya, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.2. Pak Kamal sedang mencangkul tanah di kebun sayurnya.*

  • PENGEMBALA ATAU PENGGEMBALA

    *Pengembala itu sedang melihat kambingnya meragut rumput.

    2. *Budak lelaki itu mengembala lembu di sebuah ladang.

    *

  • Huraian

    Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf g, apabila diimbuhkan dengan awalan peN-... dan meN-... huruf g tersebut tidak digugurkan, contohnya, pengganas, penggali, menggamit, dan menggulai. Oleh sebab itu, ayat di atas perlu dibetulkan seperti ayat di bawah:

    Penggembala itu sedang melihat kambingnya meragut rumput.

    2. Budak lelaki itu menggembala lembu di sebuah ladang.

    *

  • MEMBERITAHU DAN MEMBERITAHUKAN

    *Gadis itu memberitahu perkara itu kepada ibunya.

    *Pelajar yang memberitahukan gurunya hal itu telah dipanggil.

    *

  • Dalam bahasa Melayu, terdapat kedua-dua perkataan tersebut, iaitu memberitahu dan memberitahukan. Kedua-duanya merupakan kata kerja transitif dan memerlukan objek atau penyambutnya. Ayat-ayat di atas tidak tepat kerana kesalahan objek yang mengikuti kata kerja transitif tersebut. Selepas memberitahu, objeknya mestilah sesuatu yang bernyawa untuk menjawab persoalan siapa, manakala selepas memberitahukan, objeknya mestilah sesuatu perkara yang dapat menjawab persoalan apa.

    Ayat-ayat tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut: Gadis itu memberitahukan perkara itu kepada ibunya.2. Pelajar yang memberitahu gurunya tentang hal itu telah dipanggil *

  • MENEMUI DAN MENEMUKAN

    *Samad telah menemui kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.

    *Samad akan menemukan kawan lamanya di pusat beli-belah.

    *Kad pengenalan Samad yang hilang telah ditemuinya di dalam bilik tidur.

    *Kawan lama Samad akan ditemukannya di pusat beli-belah.

    *

  • Huraian:

    Ayat-ayat di atas salah kerana kata kerja menemui bermaksud bertemu dengan sementara menemukan pula bermaksud berjumpa dengan sesuatu yang dicari. Samad telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.

    Samad akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah.

    Kad pengenalan Samad yang hilang telah ditemukannya di dalam bilik tidur.

    Kawan lama Samad akan ditemuinya di pusat beli-belah.*

  • MEMAGAR, MEMAGARI DAN MEMAGARKAN

    Pak Yusuf memagar buluh di sekeliling rumahnya.

    Pak Yusuf memagari rumahnya dengan buluh.

    Buluh memagarkan rumah Pak Yusuf.

    *

  • Huraian:Ketiga-tiga ayat di atas salah penggunaan imbuhannya memagar bermaksud memasang pagarmemagari bermaksud berada di sekeliling sebagai pagar pada memagarkan bermaksud menggunakan sesuatu sebagai pagar.

    *

  • Oleh itu, ayat-ayat di atas boleh diperbetul seperti yang di bawah:

    Pak Yusuf memagarkan buluh di sekeliling rumahnya.

    Pak Yusuf memagar rumahnya dengan buluh.

    Buluh memagari rumah Pak Yusuf.

    *

  • MENAMAKAN DAN MENAMAI

    Encik Wong menamakan anaknya John.

    Encik Wong menamai John kepada anaknya.

    *

  • Huraian:Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan imbuhannya kerana menamakan bermaksud memberikan sesuatu nama kepada seseorang sementara menamai bermaksud memberi seseorang suatu nama.

    Encik Wong menamai anaknya John.Encik Wong menamakan John kepada anaknya.

    *

  • PeN--an atau peR--an

    KNT ---- peR--an --- berasal daripada bentuk kata kerja berawalan beR- KNT ---- peN- -an ---berasal daripada bentuk kata kerja berimbuhan meN--i/-kan

    Contoh:perlumbaan ----- berlumba (melumba)perbualan ----- berbual (membual)pergaduhan ----- bergaduh (menggaduh)perhentian ----- berhenti (menghenti)penarikan ----- menarik (bertarik)pelaksanaan ----- melaksanakan (berlaksana) penyampaian ----- menyampaikan (bersampaikan) pemeriksaan ----- memeriksa (berperiksa)penantian ----- menanti (bernanti)pelantikan ----- melantik (berlantik)pelucutan ----- melucut (berlucut*

  • Penglibatan dan PelibatanPenglihatan dan Pelihatan

    Penglibatan sukarelawan Malaysia dalam kerja mencari dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Jawa Tengah telah mendapat pujian penduduk tempatan.

    Pelibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar semakin meningkat dari setahun ke setahun.

    Penglihatan datuk saya semakin baik setelah menjalani pembedahan selaput mata.

    Pada pelihatan saya, beliau merupakan calon yang paling layak untuk menyandang jawatan itu.

    *

  • HuraianKedua-dua bentuk imbuhan peN--an di atas adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan secara bertukar ganti dalam ayat.

    Perkataan penglibatan dan penglihatan merupakan bentuk yang mantap dan digunakan secara meluas

    Perkataan pelibatan danpelihatan dianggap betul dari segi rumus tatabahasa walaupun jarang-jarang digunakan. *

  • Perlantikan atau Pelantikan

    Encik Muhammad telah menerima surat perlantikan sebagai pengurus syarikat perabot itu.

    Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar semalam.

    Perlaksanaan program pembangunan luar bandar telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.

    Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.*

  • Huraian

    Imbuhan beR- akan membentuk kata nama terbitan peR--an. Contohnya, perkataan bergaduh boleh menerima imbuhan peR--an menjadi pergaduhan. Manakala imbuhan meN- akan membentuk kata nama terbitan peN--an.

    Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan, perletakan, perlaksanaan, dan perlucutan.

    Hal ini demikian kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlaksana, dan berlucut.*

  • PEMBALAKAN ATAU PEMBALAKKAN

    Sektor pembalakkan merupakan satu sektor penting di negara ini.

    2. Kebanyakkan ahli sukan di negara ini kurang menguasai aspek sains sukan.

    3. Ibu bapa saya sering mengalakan saya agar belajar bersungguh-sunguh.

    4. Ayah dimasakan oleh ibu rendang daging.

    *

  • Huraian :

    Masalah yang timbul dalam ayat yang dikemukakan di atas ialah penggunaan k atau kk. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kita perlu memahami pembentukan kata terbitannya. Dalam ayat 1, pembalakan terhasil apabila apitan peN--an diapitkan dengan kata dasar balak. Sementara itu, dalam ayat 2, kata dasar banyak diapitkan dengan apitan ke--an. Dalam ayat 3, kata dasar galak menerima apitan meN--kan Dalam ayat 4, kata dasar masak menerima apitan di--kan seperti ayat-ayat yang berikut:*

  • semua kata dasar yang menerima apitan peN--an atau ke--an akan membentuk kata nama terbitan.

    kata dasar yang menerima apitan meN--kan atau di--kan akan membentuk kata kerja terbitan.

    penggunaan pembalakkan dan kebanyakkan menyalahi ejaan yang tepat.

    Perkataan itu perlu ditukarkan kepada pembalakan , kebanyakan , menggalakkan atau dimasakkan. *

  • SEKIAN*


Top Related