Download - Pembahagian Tafsir

Transcript

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 1/26

 

  PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang Tafsir bi al-MaÊthur.Perbincangan akan tertumpu kepada definisi dan pengertian Tafsir bi al-MaÊthurdan huraiannya yang mencakupi status dan hukumnya. Seterusnya perbahasanditeruskan dengan memfokuskan kepada perbincangan tentang Tafsir bi al-RaÊyidari sudut, pengertian, definisi, hukum dan statusnya. Penekanan juga diberikankepada perbincangan mengenai Tafsir Sufi, Tafsir Isyari dan Gharaibu al-Tafsir . 

BAHAGIAN-BAHAGIAN TAFSIR

Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang maksud ayat al-Quran mengikutkemampuan akal manusia supaya menepati dengan kehendak Allah S.W.TUlama tafsir menggunakan seluruh kemampuan dan pengetahuan yang adauntuk menjelaskan maksud al-Quran dan cuba membuat kesimpulan yangpaling tepat terhadap maksud-maksud ayat al-Quran.

Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliranyang wujud dalam perkembangan tafsir Al-Quran iaitu:

TTooppiik k  22  Pembahagian

Tafsir

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1.  Menjelaskan definisi dan pengertian Tafsir bi al-MaÊthur;

2.  Menjelaskan definisi dan pengertian Tafsir bi al-RaÊyi; dan

3.  Membincangkan dengan lebih terperinci mengenai Tafsir Sufi danTafsir Is ari.

HASIL PEMBELAJARAN

2.1

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 2/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR18

Pertama : Tafsir bi al-MaÊthur  atau juga dikenali dengan Tafsir Bi al-Riwayah  dan Tafsir Bi al-Naqli.

Kedua : Tafsir Bi al-RaÊyi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau Tafsir bi-alÊaql..

Ketiga : Tafsir Sufi  atau Al-Tafsir Al-Isyari  yang dipelopori oleh golongansufi.

Rajah 2.1: Pembahagian tafsir

2.1.1 Tafsir Bi al-Ma’thur

Tafsir bi al-MaÊthur  ialah tafsir yang merujuk kepada al-Quran, As-Sunnah danpendapat para sahabat dan tabiÊin untuk menjelaskan atau menghuraikanmaksud ayat Al-Quran. Sehubungan dengan itu, tafsir daripada jenis ini hanya

  berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri, atau mentafsirkan al-Quran berpandukan hadis kerana fungsihadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan isi kandungan al-Quran,atau riwayat para sahabat yang menafsirkan al-Quran memandangkan golonganpara sahabat merupakan golongan yang paling mengetahui tentang al-Quran al-Karim.

Dengan merujuk kepada koleksi tafsir yang ada di perpustakaan, cubasenaraikan tiga kitab tafsir yang anda fikirkan ia adalah dari kategoritafsir bi al-maÊthur dan nyatakan alasan anda.

AKTIVITI 2.1 

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 3/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   19

Tafsir bi al-MaÊthur berkembang melalui dua cara iaitu:

•  Pertama: Secara Lisan. Ia juga disebut sebagai periwayatan.

•  Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin ).

Rajah 2.2: Perkembangan tafsir bi al-MaÊthur

Tafsir bi al-MaÊthur memerlukan kepada beberapa syarat. Antaranya ialah:

•  Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah.

•  Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, juga mengenai kata-katapara sahabat dan tabiÊen.

•  Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah.

•  Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan nasikh mansukh. 

•  Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat.

Adakah anda setuju dengan pendapat di atas? Sila bincang bersamarakan sekelas anda.

AKTIVITI 2.2 

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 4/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR20

Rajah 2.3: Syarat-syarat tafsir bi al-MaÊthur

2.1.2 Sumber Tafsir bi al-Ma’thur

Tafsir bil MaÊthur bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-Qurandengan al-Quran, tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah s.a.w, pendapat danijtihad para Sahabat dan pendapat TabiÊin.

Rajah 2.4: Sumber tafsir bi al-MaÊthur

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 5/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   21

(a) Pertama: Tafsir al-Quran dengan al-QuranBentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia. Hal inikerana tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah selain

daripada Allah. Justeru, Ibnu Kathir telah menyatakan bahawa sekiranyaada orang bertanya tentang kaedah yang terbaik untuk mentafsir, maka

 jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.

Mentafsirkan al-Quran dengan ayat al-Quran dapat dilihat dari pelbagaisudut. Antaranya ialah: (Sila rujuk Dr Fauzi Deraman dan Mustafa Abdullah, Pengantar Usul Tafsir, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2001, halaman 64-72 ).

(i)  Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas

Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telahditafsirkan dengan lebih jelas dan lengkap pada ayat yang lain.Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Fatihah:

Å 7  Î=≈ t ΒÏ Θö θ t ƒÉ⎥⎪ Ïe$! $ #∩⊆∪ 

Maksudnya: „Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).‰  

Perkataan (نيدلا موي) ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah al-Infitar ayat 17-19:

 !$ t Β u  ρy   7 1u  ‘÷Šr &$ t ΒãΠö θ t ƒÈ⎦⎪ Ïd‰ 9 $ #∩⊇∠∪ §Ν  èO !$ t Βy   7 1u  ‘÷Š r &$ t ΒãΠö θ t ƒÉ⎥⎪ Ïe$! $ #∩⊇∇∪ t Πö θ t ƒŸωà 7  Î= ôϑ s  ?Ó § ø t Ρ < § ø u Ζ Ïj9$  \↔ ø‹ x  © ( ã  øΒF{ $ #u  ρ 7‹ Í× t Βö θ t ƒ°!∩⊇®∪ 

Maksudnya: „Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui 

kedahsyatan hari Pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah ‰.

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 6/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR22

Contoh yang lain ialah firman Allah:

 4 ô M  ¯ = Ï m é&…

Ν ä 3 s 9 èπ y  ϑŠ Íκ u  5É Ο≈ y  è ÷ΡF{ $ #ω Î)$ t Β4‘  n = ÷F ãƒöΝ ä 3 ø‹  n = t æ…

Maksudnya: ‰⁄Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu ⁄‰ (al-Maidah: 1)

Dalam ayat ini, al-Quran menyatakan secara ringkas bahawa Allahmenghalalkan binatang ternakan kecuali binatang tertentu yangdiharamkan memakannya dengan menyatakan pengecualian iaitu

م „ ـ كـيلع ى ـ لـتي ا ـ مـ الإ‰ bermaksud ‰kecuali binatang yang akan

dibacakan kepada kamu‰. Binatang tersebut disebut secara terperincidi dalam ayat yang lain iaitu firman Allah s.w.t:

ô M t ΒÌh  ã mãΝ ä 3 ø‹  n = t æ èπ t G øŠ y  ϑ ø9 $ #ãΠ¤$! $ #u  ρãΝ øt   m  :u  ρÍ  ƒÌ “ Ψ Ï ƒ  ø : $ # !$ t Β u  ρ≅ Ïδ é& Î ö  t ó Ï9«! $ #Ïμ  Î/ èπ s ) ÏΖ y  ‚ ÷Ζ ßϑ ø9 $ #u  ρäοs Œ θ  è%ö θ y  ϑ ø9 $ #u  ρ èπ t ƒÏjŠ u  t  I ßϑ ø9 $ #u  ρ èπ y  s ‹ ÏÜ Ζ9 $ #u  ρ !$ t Β u  ρŸ≅ x   . r &ßì  ç7 ¡¡ 9 $ #ω Î)$ t Β

÷Λ ä ⎢ øŠ © . s Œ$ t Β u  ρy  x  Î/ èŒ’  n  ? t ãÉ = ÝÁ ‘Ζ9 $ # 

Maksudnya: „Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging binatang) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala ⁄‰(al-Maidah: 3)

Selain itu, ayat tersebut juga terdapat tafsirannya dalam ayat 145surah al-AnÊam, ayat 115 surah al-Nahl dan ayat 173 surah al-

Baqarah.

(ii)  Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentukmenyeluruh (mujmal)Dimaksudkan dengan ayat yang berbentuk menyeluruh ialah sesuatuyang tidak jelas dalilnya. Contohnya ialah firman Allah dalam surahal-Baqarah ayat 187:

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 7/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   23

(# θ  è= ä . u  ρ(# θ  ç/ u  õ ° $ #u  ρ4©  ®  L y   mt ⎦  ⎫ t 7  o  K t ƒãΝ ä 3 s 9äÝ ø‹ s  ƒ  ø : $ #â Ù u ‹ ö/F{ $ #z   ⎯ ÏΒÅÝ ø‹ s  ƒ  ø : $ #ÏŠu  θ ó™F{ $ #z   ⎯ ÏΒ

Ì  ôf x   ø9 $ # (  

Maksudnya: „dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar‰.

Perkataan (رجفلا) yang bermaksud ÂfajarÊ telah menerangkan maksud

perkataan Âbenang putihÊ dan Âbenang hitamÊ.

(iii)  Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umumContohnya ialah firman Allah:

â™ !#t   y  è ’± 9 $ #u  ρãΝ ßγ ãè  Î7  ®  K t ƒt β…ã ρ$ t ó ø9 $ #∩⊄⊄⊆∪ó Ο s 9r &t   s  ?öΝ ßγ  ¯ Ρr &’  Î ûÈe≅ à2 7Š# u  ρt βθ ßϑ‹  Îγ t ƒ∩⊄⊄∈∪ 

öΝ  åκ  Ξr & u  ρšχθ ä9θ à) t ƒ$ t ΒŸωšχθ  è= y  è ø t ƒ∩⊄⊄∉∪ 

Maksudnya: „Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat 

 tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka 

merayau-rayau dengan tidak tentu hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? ‰. (al-SyuaraÊ:224-226)

Ayat umum di atas telah dikhususkan dengan pengecualian terhadappenyair-penyair yang beriman seperti firman Allah dalam surah al-SyuaraÊ ayat 227:

ω Î)t ⎦⎪ Ï% © ! $ #(# θ ãΖ t Β#u ™(# θ  è= Ïϑ t ãu  ρÏ M  ≈ y  s  Î=≈ ¢Á 9 $ #(# ρã  x   . s Œu  ρ ©! $ ##Z   ÏV x   . (# ρã  |  Á t F Ρ $ #u  ρ. ⎯ ÏΒω ÷è t /$ t Β(# θ ßϑ  Î= àß 3 Þ Ο  n = ÷è u ‹ y  ™u  ρt ⎦⎪ Ï% © ! $ #(#þ θ ßϑ  n = s ß£“r & 5 =  n = s )Ζ ãΒt βθ  ç7  Î= s )Ζ t ƒ∩⊄⊄∠∪ 

Maksudnya: „Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (daripada kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang 

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 8/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR24

kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali‰.

(iv)  Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu ayat yangmutlakContohnya ialah berhubung dengan hukum darah yang diharamkandi dalam Islam. Terdapat tiga ayat al-Quran yang menunjukkan darahitu secara mutlak iaitu ayat 173 surah al-Baqarah, ayat 3 surah al-MaÊidah dan ayat 115 surah al-Nahl. Firman Allah:

$ y  ϑ  ¯ Ρ Î)t Π§  y   mãΝ à6 ø‹  n = t æs π t G øŠ y  ϑ ø9 $ #t Π¤$! $ #u  ρz  Ν ós s 9u  ρÍ  ƒÌ “ Ψ Ï‚ ø9 $ # !$ t Βu  ρ≅ Ïδ é&Ïμ  Î/ Î ö  t ó Ï9«! $ # (  Maksudnya: „Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang- binatang yang disembelih tidak kerana Allah ⁄‰. (al-Baqarah: 173).

Darah yang telah disebut secara mutlak dalam ayat ini dikaitkandengan darah yang mengalir (al-masfuh ) dalam ayat yang lain.Firman Allah:

≅  è% Hω߉ 

É`r &

’  Î û

 !$ t Βz  © Ç

 r ρ é&

¥’  n  < Î)$ 

 ·Β§   p t  

 è Χ4’  n  ? t ã

 5 Ο Ïã$ s Û

ÿ… çμ ßϑ y  è 

ôÜ t ƒ Hω Î

)βr &

šχθ ä 3 t ƒ  ºπ t G øŠ t Β÷ ρr &$  YΒ y  Š%  ·n θ à ó¡ Β÷ ρr &z  Ν ós s 9 9  ƒÍ ” ∴ Å z… çμ  ¯ Ρ Î* s ùê[ ô _Í ‘÷ ρ r &$ ) ó¡ Ïù≅ Ïδ é& Î ö  t ó Ï9«! $ #Ïμ  Î/ 4  

Maksudnya: „Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau 

benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi  

 kerana sesungguhnya ia adalah kotor  atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah ⁄". (al-AnÊam: 145).

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 9/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   25

(v)  Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakhContohnya ialah firman Allah:

t ⎦⎪ Ï% © ! $ #u  ρšχö θ ©ùu  θ t G ãƒöΝ à6Ψ ÏΒt βρâ ‘ x  ‹ t ƒ u  ρ%  [ ≡ u  ρø — r &Z𠧋 Ï¹u  ρ Ο  Îγ Å _≡ u  ρø — X{$  ·è  ≈ t G Β’  n  < Î)ÉΑö θ y  ⇔ ø9 $ #u  ö  x  î 8l#t   ÷ z Î) 4 ÷β Î* s ùz   ⎯ ô _t   y   zŸξ s ùy  y$  o Ψ ã _öΝ à6 ø‹  n = t æ’  Î û$ t Βš∅ù= y  è s ùþ’  Î û

∅ Îγ Å¡ à Ρr & ⎯ ÏΒ 7 ∃ρã  ÷è Β 3  ª! $ #u  ρî “ ƒÍ • t ã × Λ⎧ Å6 y   m∩⊄⊆⊃∪ 

Maksudnya: „Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri 

mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (Wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri- isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ‰. (al-Baqarah : 240).

Ayat di atas menyatakan tentang edah wanita yang kematian suami

iaitu setahun lamanya. Kemudian ayat ini dimansukh atau digantidengan ayat lain yang menyatakan bahawa edahnya ialah empat

 bulan sepuluh hari, sebagaimana firman Allah:

t ⎦⎪ Ï% © ! $ #u  ρt βö θ ©ùu  θ t F ãƒöΝ ä 3Ζ ÏΒt βρâ ‘ x  ‹ t ƒ u  ρ%  [ ≡ u  ρø —r &z   ⎯ óÁ  −/ u  t  I t ƒ£ ⎯  Îγ Å¡ à Ρr '  Î/s π y  è t /ö ‘ r & 9   åκ ô −r &#Z ô ³ t ãu  ρ (  

Maksudnya: „Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri- isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan sepuluh hari ⁄‰. (al-Baqarah : 234).

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 10/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR26

(vi)  Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara perkara yang dilihatsecara zahirnya bertentangan di antara satu sama lainContohnya ialah ayat-ayat yang menyatakan tentang penciptaan Nabi

Adam yang pada zahirnya seolah bertentangan. Ayat-ayat tersebutadalah seperti yang berikut:

χ Î)Ÿ≅ s V t Β4© |   ¤ Š Ïãy  ‰ Ζ Ïã«! $ #È≅ s V y  ϑ x   . t Πy  Š#u ™ ( … çμ s )  n = y   z ⎯ ÏΒ 5 >#t    è ?¢ Ο  èOt Α$ s %… çμ s 9 ⎯ ä . ãβθ ä 3 u ‹ s ù∩∈®∪ 

Maksudnya: „Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi 

Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah dia ‰. (Ali Imran: 59)

Dinyatakan di dalam ayat di atas bahawa Nabi Adam diciptakan

daripada tanah (بارت). Manakala dalam ayat yang lain pula,

dinyatakan bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah yang

 bercampur air (نيط) seperti dalam ayat berikut:

t Α$ s %$ t Βy   7 y  è u Ζ t Βωr &y  ‰ àf ó¡  n  @øŒ Î)y   7  è ?ó  s  Δr & ( t Α$ s % O $ t Ρr & ×  ö  y   z çμ ÷Ζ ÏiΒ© Í _ t F ø)  n = y   z ⎯ ÏΒ 9 ‘$  ¯ Ρ… çμ t G ø)  n = y   zu  ρ ⎯ ÏΒ& ⎦⎫ ÏÛ 

Maksudnya: „Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) 

 jadikan daku daripada api sedang dia Engkau jadikan daripada tanah (yang bercampur air) ." (al-AÊraf: 12)

Seterusnya, Allah menjelaskan bahawa Nabi Adam diciptakan

daripada tanah hitam yang liat (ءامح) yang boleh dibentuk,

sebagaimana firman Allah:

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 11/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   27

øŒ Î)u  ρt Α$ s %y   7 •/u  ‘Ïπ s  3 Í×  ¯ ≈  n = y  ϑ ù= Ï9’  Î o  Τ Î)7 ,  Î=≈ y   z# \  t ±  o  0 ⎯ ÏiΒ 9≅≈ |  Á ù= |  ¹ô ⎯ ÏiΒ :* y  ϑ y   m 5βθ ãΖ ó¡ Β∩⊄∇∪ 

Maksudnya: „Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental 

 yang berubah warna dan baunya ‰. (al-Hijr: 28)

Seterusnya, Nabi Adam juga dijadikan daripada tanah kering (لاصلص)sehingga terbentuknya satu lembaga, seperti firman Allah:

š Y 

 n = y  {

z   ⎯≈ |  ¡  ΣM} $ # ⎯ 

ÏΒ

 9≅≈ |  Á 

ù= |  ¹

Í ‘$ 

¤‚ x   

ø9 $ % x   . ∩⊇⊆∪ 

Maksudnya: „Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar ‰. (al-Rahman: 14)

  Justeru, daripada beberapa ayat al-Quran di atas yangmembincangkan tentang penciptaan Adam a.s, dapat disimpulkan

 bahawa kejadian Adam adalah menerusi beberapa peringkat iaitu:

•  Bermula daripada tanah (بارت).

•  Kemudian diikuti dengan tanah yang bercampur air (نيط).

•  Peringkat ketiga adalah daripada tanah hitam yang liat yang

 boleh dibentuk (ءامح).

•  Seterusnya peringkat terbentuknya kejadian Adam ialah (لاصلص)iaitu tanah kering seperti tembikar.

•  Bentuk terakhir ialah ditiupkan roh.

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 12/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR28

Rajah 2.5: Kejadian Nabi Adam

(b) Kedua: Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling layak untuk mentafsiral-Quran. Hal ini adalah kerana al-Quran itu sendiri telah diturunkankepada Nabi Muhammad s.a.w, justeru Nabilah orang yang palingmemahami al-Quran. Sehubungan dengan itu, para sahabat apabila

menghadapi sebarang kemusykilan mengenai al-Quran akan terus merujukkepada Nabi s.a.w bagi memahami ayat tersebut.

Melalui perbincangan denga rakan-rakan anda senaraikan perbezaan-perbezaan antara al-Sunnah dan al-Hadith?

AKTIVITI 2.3 

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 13/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   29

Contoh Tafsir Al-Quran dengan al-Sunnah (al-hadith):

Contoh 1:

Firman Allah s.w.t:

t ⎦⎪ Ï% © ! $ #(# θ ãΖ t Β#u ™ó Ο s 9u  ρ(#þ θ Ý¡  Î6 ù= t ƒ Ο ßγ u Ζ≈ y  ϑƒ Î) A Ο ù= Ýà  Î/y   7 Í×  ¯ ≈ s 9' ρ é&ãΝ ßγ s 9ß ⎯ øΒF{ $ #Ν  èδu  ρt βρ߉ t G ôγ •Β∩∇⊄∪ 

Maksudnya: „Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah petunjuk .‰ (al-AnÊam: 82)

Maksud Âzulm Ê (kezaliman) di dalam ayat di atas bukanlah merujuk kepadasebarang kezaliman, akan tetapi ia ditafsirkan sebagai perbuatan yangsyirik berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w yang menyatakan sedemikian.

Contoh 2:

Firman Allah s.w.t:

¨Β r ' s ù

ô ⎯ t Βš† 

 Î A ρ

 é&…

 çμ t 7  ≈ t G 

Ï . 

Ïμ 

ÏΨŠ 

Ïϑ u ‹  Î/∩∠∪ t  ∃

ö θ |  ¡ s ù

Ü = y  ™$  p t  

ä † $ 

 \/$ |  ¡ 

Ï m#

Z   

Å¡  o  „ ∩∇∪ 

Ü =  Î= s )Ζ t ƒ u  ρ#’  n  < Î)Ï&  Î # ÷δ r &# Y ‘ ρ ç ô £ t Β∩®∪ 

Maksudnya: „Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita .‰ (al-Insyiqaq: 7, 8, 9)

Perkataan „al-Hisab al-Yasir ‰ di dalam ayat di atas ditafsirkan dengan „al- 

ÂArdhu ‰ iaitu pembentangan dan peringatan terhadap amalan yangdilakukan semasa di dunia kepada orang mukmin di padang mahsyar.Pengertian ini adalah berdasarkan kepada jawapan Nabi s.a.w terhadapsoalan Saidatina ÂAisyah yang bertanya tentang maksud sabda Nabi s.a.w

بذع  باسحلا  شقون  نم, Maksudnya: „ Sesiapa yang disoal selidik dalam

perbicaraan di akhirat akan diazab di dalam neraka‰. Saidatina bertanya: „Tidakkah Allah berfirman dalam al-Quran (dengan merujuk kepada ayat diatas iaitu surah al-Insyiqaq ayat 7-9)‰. Lalu, Rasulullah s.a.w menjawab:

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 14/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR30

„Yang dimaksudkan dengan demikian itu (Hisab Yasir) ialahpembentangan amalan bukan soal selidik dalam perbicaraan‰.

(c) Ketiga: Tafsir al-Quran dengan Pendapat dan Ijtihad SahabatMemandangkan para sahabat merupakan golongan yang sentiasa bersamaRasulullah dan mendapat penerangan tentang al-Quran secara langsungdaripada Nabi s.a.w, maka sewajaranya pandangan serta ijtihad merekamengenai tafsiran al-Quran diterima. Contohnya ialah firman Allah:

ó Ο s 9u  ρr &t   t ƒt ⎦⎪ Ï% © ! $ #(#ÿ ρã  x   x   . βr &Ï N≡ u  θ≈ y  ϑ ¡¡ 9 $ #u  Úö ‘F{ $ #u  ρ$ t F t Ρ% Ÿ2$ Z) ø ? u  ‘$ y  ϑ ßγ≈  o Ψ ø) t F x   s ù ( 

$  o Ψ ù= y  è y   _u  ρz   ⎯ ÏΒÏ™ !$ y  ϑ ø9 $ #≅ ä . >™ó© x   « @c© y   r ( Ÿξ s ùr &t βθ ãΖ ÏΒ÷ σ ãƒ∩⊂⊃∪ 

Maksudnya: „Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai satu yang padu), lalu Kami pecahkan antara keduanya? Dan Kami 

  jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?‰ (al-AnbiyaÊ: 30)

Ibnu ÂAbbas menafsirkan „langit yang padu‰ ialah langit yang tiada hujan,manakala „bumi yang padu‰ ialah bumi yang tiada tumbuhan. Manakala

„lalu Allah pecahkan keduanya‰ ditafsirkan sebagai turunnya hujan dantumbuhnya tumbuhan.

(d) Keempat: Tafsir al-Quran dengan Pendapat TabiÊinPara ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melalui pendapatTabiÊin. Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasukdalam kategori Tafsir bi al-MaÊthur. Manakala sebahagian ulama yang lainmenyatakan bahawa pendapat TabiÊin termasuk dalam kategori Tafsir bi al-RaÊyi.

Contoh tafsir al-Quran menurut pendapat TabiÊin ialah firman Allah:

ô‰  ç6 ôã $ #u  ρy   7  −/ u  ‘4©  ®  L y   my   7 u ‹ Ï ?ù' t ƒÚ⎥⎫ É) u ‹ ø9 $ #∩®®∪ 

Maksudnya: „Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu(perkara yang tetap) yakin‰. (al-Hijr: 99)

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 15/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   31

Mujahid seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Munzir danIbn Abi Hatim dalam mentafsirkan „al-yaqin‰ pada ayat di atas telahmenyatakan bahawa ia bermaksud „al-maut‰ (kematian).

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan berikut. Selamat Mencuba!

TAFSIR BI AL-RA’YI

Tafsir bi al-RaÊyi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihadmencari sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim.

Ahli tafsir bi al-RaÊyi menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai tanpa terikat

kepada penjelasan para sahabat atau tabiÊin. Mereka berpandukan kepada ilmupengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang berkaitan denganasas-asas agama yang lain seperti usul fiqh, ilmu hadis dan sebagainya. Tafsir bial-RaÊyi terbahagi kepada dua iaitu: mahmud dan mazmum.

Rajah 2.6: Pembahagian tafsir bi al-RaÊyi

SEMAK KENDIRI 2.1 

1.    Jelaskan perbezaan pendapat sahabat dan tabiÊin dalampentafsiran al-Quran.

2.  Senaraikan sumber-sumber tafsir bi al-MaÊthur.

2.2

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 16/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR32

Tafsir bi al-RaÊyi berkembang pada zaman Bani ÂAbbasiyah seiring dengan  berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu. Tafsir ini menggalakkanperanan ijtihad berbanding dengan penggunaan tafsir bi al-MaÊthur. Dengan

  bantuan ilmu-ilmu bahasa Arab, ilmu qiraah, ilmu-ilmu al-QurÊan, hadis danilmu Ulum hadis, usul fiqh dan ilmu-ilmu lain, seorang ahli tafsir akanmenggunakan kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat danmengembangkannya lagi dengan bantuan perkembangan ilmu-ilmupengetahuan yang ada.

Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi ÂUlum al-Quran   bahawa terdapat empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran ahlitafsir dalam mentafsir ayat al-Quran al-Karim iaitu:

•  Pertama: Dinaqalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap waspadaterhadap hadis dhaÊif dan maudhu.

•  Kedua: Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullahs.a.w. dan tabiÊin.

•  Ketiga: Berpegang dengan bahasa Arab secara total kerana al-Quranditurunkan dalam bahasa Arab yang fasih.

•  Keempat: Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan Arabyang disokong oleh asas-asas syariat Islam.

Tafsir Mazmum: Tafsir Mazmum bermaksud tafsir yang buruk dan kejiiaitu tafsir yang tidak berdasarkan ilmu, sebaliknya mengikuti hawanafsu, tanpa merujuk kepada kaedah-kaedah bahasa atau syariÊah ataumenafsirkan ayat al-Quran berasaskan aliran pemikiran (mazhab) yangsesat dan bidÊah.

Tafsir Mahmud: Tafsir Mahmud bermaksud tafsir yang baik dan terpujiiaitu tafsir yang bertepatan dengan syarak, tidak terdapat unsur-unsur

penyelewengan, dan ianya selari dengan tatabahasa Arab dan kaedahsyarak.

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 17/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   33

2.2.1 Bidang Ilmu yang Wajib Dikuasai oleh SeorangAhli Tafsir

Seorang ahli tafsir wajib menguasai dengan mendalam beberapa bidang ilmuseperti gambar rajah berikut:

Rajah 2.7: Bidang ilmu yang wajib dikuasai oleh seorang ahli tafsir

Imam al-Suyuti telah menyatakan di dalam Kitab al-Itqan  bahawa ilmu yangtersebut di atas adalah merupakan alat yang perlu dimiliki oleh seorang ahli

tafsir. Sesiapa yang mentafsir ayat al-Quran tanpa menggunakan ilmu alattersebut, dia mentafsir dengan fikiran yang terdedah kepada hawa nafsu yangdiharamkan. (Al-Itqan.jilid 2.hal.181) 

Contoh Tafsir bi al- RaÊyi dalam Tafsir al-Jalalain, firman Allah s.w.t:

t  ,  n = y  {z   ⎯≈ |  ¡  ΣM} $ #ô ⎯ ÏΒ @ ,  n = t ã∩⊄∪ 

Maksudnya: „Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku‰. (SurahAl-ÂAlaq: 2)

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 18/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR34

Kata nama Âalaq di dalam ayat di atas diberi maksud dengan bentuk jamakdaripada lafaz mufrad Âalaqah yang bererti segumpal darah beku.

Contoh tafsir mazmum ialah seperti berikut:Contoh pertama, firman Allah:

t Πö θ t ƒ(# θ ããô‰ t Ρ≅ à2¤ ¨$ t Ρ é&÷Λ Ï ι Ïϑ≈ t Β Î*  Î/ (  Maksudnya: „(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imam (pemimpin) mereka‰. ( Surah Al-IsraÊ: 71 ) 

Terdapat pentafsiran yang salah terhadap ayat di atas dengan mentafsirkan

perkataan „Imam‰ dengan maksud „ummahat‰ iaitu ibu-ibu yang memberipengertian „(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengannama ibu-ibu mereka‰. Golongan yang mentafsirkan sedemikian menyangka

  bahawa perkataan „imam‰ di dalam ayat tersebut adalah kata jamak bagi katanama mufrad ÂummÊ sedangkan sebenarnya kata jamak bagi kata mufrad„umm‰ ialah „ummahat‰. Pentafsiran seperti ini ditolak sama sekali kerana tidakmengikut kaedah bahasa Arab yang tepat dan bertentangan dengan prinsip asassyariat Islam. Pentafsiran yang betul ialah perkataan „imam‰ memberi maksudpemimpin iaitu Nabi yang menjadi pemimpin kepada sesuatu umat.

Contoh kedua, firman Allah:

 ⎯ t Β u  ρšχ% x   . ’  Î ûÿÍνÉ‹  ≈ y  δ4‘ y  ϑ ôãr &u  θ ßγ s ù’  Î ûÍοt   Å zFψ $ #4‘ y  ϑ ôãr &‘≅ |  Êr & u  ρWξ‹  Î6 y  ™∩∠⊄∪ 

Maksudnya: „Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya‰ .(Al-IsraÊ: 72)

Terdapat golongan yang mentafsir perkataan ÂAÊmaÊ di dalam ayat di atas

dengan maksud „orang yang buta mata kepalanya‰  yang memberi maksudorang yang buta matanya di dunia, maka dia juga akan buta di akhirat dan akandiseksa di dalam neraka; sedangkan maksud ÂAÊmaÊ di dalam ayat di atas ialah

 bukan buta mata iaitu Âama al-basar tetapi ÂÊAma al-qalbÊ iaitu buta mata hati.

2.2.2 Status dan Hukum Tafsir bi al-Ra’yi

Secara umumnya dalam menentukan status dan hukum bi al-RaÊyi terdapat duagolongan ulama yang bertentangan pendapat:

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 19/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   35

•  Pertama: Tidak diharuskan sama sekali mentafsir al-Quran bi al-RaÊyisekalipun ahli tafsir tersebut seorang yang pakar dalam bahasa Arab, fiqh,usul fiqh dan sebagainya. Bagi golongan ini hanya tafsir bi al-MaÊthur sahaja

yang diterima.

•  Kedua: Diharuskan mentafsir bi al-RaÊyi sekiranya memenuhi syarat-syarat(seperti yang disebutkan sebelum ini) yang ditetapkan oleh para ulama.

Untuk menguji kefahaman anda, jawab latihan berikut. Selamat Menjawab!

TAFSIR ISYARI/SUFI

Menurut ahli sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin. Yangzahir adalah yang segera mudah difahami oleh akal fikiran, sedangkan yang

 batin adalah yang merupakan isyarat-isyarat yang tersembunyi di sebaliknya ituyang hanya dapat diketahui oleh ahlinya.

Menurut al-Zahabi, tafsir Sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-

Quran dengan tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat,disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahlitasawuf dan pentakwilan ini mempunyai titik pertemuan dengan maksud zahirayat.

Contoh bentuk penafsiran secara Isyari antara lain adalah pada ayat:

Ÿξ s ù(# θ  è= y  è øg  r  B¬!# YŠ#y  ‰ Ρr &öΝ  çF Ρr & u  ρšχθ ßϑ  n = ÷è s  ?∩⊄⊄∪ 

SEMAK KENDIRI 2.2 

1.  Nyatakan pembahagian tafsir bi al-RaÊyi.

2.  Berikan contoh tafsir bi al-RaÊyi yang ditegah.

2.3

Adakah wujud perbezaan di antara tafsir Isyari dan tafsir Sufi? Sila bincang dengan rakan-rakan sekelas anda.

AKTIVITI 2.4 

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 20/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR36

Maksudnya „⁄ maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu,  padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)‰. (al-Baqarah: 22).

Al-Tastary mentafsirkan perkataan (ادادنأ) yang bermaksud ÂsekutuÊ sebagai Ânafsu

amarah yang jelekÊ. Jadi maksud (ادادنأ) di sini bukan hanya merujuk kepada

patung-patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja, akan tetapi nafsu amarah yangsering dijadikan Tuhan oleh manusia juga merupakan apa yang dimaksudkandaripada ayat tersebut, karena manusia selalu menyekutukan Tuhannya denganselalu menjadi hamba bagi nafsu amarahnya.

Mentafsirkan ayat-ayat al-QurÊan dengan melihat isyarat yang ada di dalamnyatelah banyak dilakukan oleh para sahabat Nabi, diantaranya pentafsiran Isyari

sahabat iaitu ketika turunnya ayat daripada surah al-Nasr yang berbunyi:

#s Œ Î)u ™ !$ y   _ã  óÁ t Ρ«! $ #ßx ÷G x   ø9 $ #u  ρ∩⊇∪ |   M ÷ƒ r &u  ‘ u  ρ}   ¨$ Ψ9 $ #šχθ  è= ä{ô‰ t ƒ’  Î ûÇ ⎯ƒÏŠ«! $ #%  [ #u  θ øù r &∩⊄∪ 

ôx  Î m 7 |  ¡ s ùω ôϑ  p t  ¿ 2y   7  Î n / u  ‘ çνö  Ï øó t G ó™ $ #u  ρ 4 … çμ  ¯ Ρ Î)t β% Ÿ2$  R /#§ θ s  ?∩⊂∪ 

Maksudnya: „Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Wahai Muhammad berjaya menguasai Makkah), Dan engkau melihat 

manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat ‰. (al-Nasr: 1-3).

Di antara para sahabat, ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut denganmengatakan bahawa ayat tersebut memerintahkan kepada mereka untuk

  bersyukur kepada Allah dan meminta keampunannya. Akan tetapi berbezadengan Ibn Abbas yang mengatakan bahawa ayat tersebut adalah sebagai tandahampirnya ajal Rasulullah s.a.w.

2.3.1 Syarat Penerimaan Tafsir Sufi/Isyari

Semua tafsir Isyari tidak boleh diterima begitu sahaja, akan tetapi ia hendaklahmemenuhi syarat-syarat yang tidak boleh ditinggalkan oleh para mufassir.Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut:

•  Pentafsiran Isyari/Sufi ini tidak bercanggah dengan makna ayat yang zahir.

•  Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syarak yang benar.

•  Tidak bertentangan dengan syariat dan akal.

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 21/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   37

•  Hendaklah dimulakan dengan penafsiran terhadap makna zahir terlebihdahulu, dan kemudian barulah didatangkan kemungkinan adanya maknalain selain makna zahir.

•  Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing.

•  Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa tafsir Sufi/Isyari sahajayang tepat.

Rajah 2.8: Syarat penerimaan tafsir Sufi/Isyari

Tidak bertentangan

dengansyariat dan

akal

Dimulakandengan

penafsiranmakna zahir

terlebihdahulu

Tidak bolehmendakwa

 bahawa tafsirIsyari sahajayang tepat

Pentakwilanyang dibuattidak terlalu

asing

Perludisokongdengan

 bukti-buktisyarak yang

 benar

Tidak bercanggah

denganmakna yang

zahir

SyaratPenerimaanTafsir Sufi/

Isyari

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 22/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR38

GHARAIB AL-TAFSIR

Sekiranya anda membuka al-Quran dan membaca ayat 51 surah al-Nahl, apa

yang anda dapat fahami daripada ayat tersebut? Firman Allah:

*t Α$ s %u  ρ ª! $ #Ÿω(#ÿ ρä‹ Ï‚  −G s  ?È⎦ ÷ ⎫ y  γ≈ s 9 Î)È⎦ ÷ ⎫ u Ζ øO $ # ( $ y  ϑ  ¯ Ρ Î)u  θ  èδ × μ≈ s 9 Î)Ó‰ Ïn≡ u  ρ ( }  ‘≈  −ƒ Î* s ùÈβθ  ç6 y  δö ‘ $ $ s ù∩∈⊇∪ 

Maksudnya: „Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana Sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar ‰. (al-Nahl: 51).

Selesai sahaja anda membaca ayat ini, tiba-tiba anda terdengar ada orang yang

mentafsirkan maksud ayat 51 surah al-Nahl itu sebagai: "  Janganlah kamu menerima kepimpinan dua pemimpin (yakni Abu Bakar dan Umar) kerana sesungguhnya pemimpin itu hanyalah pemimpin yang satu (yakni Ali)" , makaapa pendapat anda terhadap tafsiran tersebut?

Sudah tentu anda akan merasakan bahawa pentafsiran itu merupakan suatuyang tersasar dan menyeleweng daripada kehendak ayat al-Quran yangsebenarnya. Maka inilah yang dikatakan sebagai Gharaib al-Tafsir iaitu „tafsiranyang pelik dan menyeleweng‰.

Imam as-Suyuti (w. 911H) dalam kitabnya al-Itqan  telah mengatakan bahawaImam al-Karamani telah menulis sebuah kitab dalam dua jilid besar yang diberinama al-'Ajaaib wa al-Gharaaib (Keanehan dan Kejanggalan), dan di dalam kitabtersebut beliau telah membicarakan tentang pelbagai macam penyelewengantafsiran al-Quran yang dibuat oleh aliran-aliran sesat yang pernah wujud dalamsejarah Islam sehingga pada zaman beliau sendiri.

Tafsiran-tafsiran berkenaan sepatutnya tidak layak untuk diperkatakan apatahlagi untuk dijadikan sandaran ilmu dan pegangan akidah kerana ia adalahpendapat orang sesat tetapi al-Karamani menuliskannya dengan tujuan

mengingatkan akan wujudnya penyelewengan terbabit. Untuk itu beliau berkata:"Saya sengaja menuliskannya (pelbagai tafsiran menyeleweng terbabit) agarumat mengetahui bahawa ada di antara orang yang mengaku berilmusebenarnya mereka adalah bodoh. Kami nukilkan sebahagiannya dan jugamenukilkan pendapat golongan Batiniyah agar umat Islam selalu waspada akankebatilan-kebatilan yang telah menjalar dalam tubuh mereka yang disebabkanoleh ketaksuban dan mengikuti hawa nafsu". (Lihat al-Sabuni, at-Tibyan fi 'Ulum al-Quran, 181 ).

2.4

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 23/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   39

Contoh Gharaib al-Tafsir atau Tafsir yang menyeleweng:

Firman Allah dalam surah al-Syura ayat 1-2:

$ Ο  m∩⊇∪ ý , û¡ ÿã∩⊄∪ 

Golongan yang sesat dan menyeleweng telah mentafsirkan ayat al-Quran di atassebagai berikut:

•  (ح) حرب علي ومعاوية = Peperangan di antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyah.

•  .Penguasaan bani Marwan (م)

•  .Penguasaan bani Abbasiah (ع)

•  (س) Penguasaan kerajaan Sufyaniyyah.

•  (ق) القدوة بملاهدي = Mencontohi Imam Mahdi.

Contoh Kedua:

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 179:

öΝ ä 3 s 9u  ρ’  Î ûÄ É$ |  Á É) ø9 $ # × ο4 θ u Š y   m’ Í <' ρ é'  ¯ ≈ t ƒÉ =  ≈ t 6 ø9F{ $ #öΝ à6  ¯ = y  è s 9t βθ à)  −G s  ?∩⊇∠®∪ 

Maksudnya: „Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa ‰.

Golongan yang menyeleweng telah mentafsirkan perkataan „Qisas‰ itu sebagaikisah-kisah di dalam al-Quran. Tafsiran ini jelas batil dan salah, sama ada darisudut bahasa mahu pun syarak. Hanya orang jahil sahaja yang mentafsirkan

sedemikian.

Contoh Ketiga:

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286:

$ u Ζ  −/ u  ‘Ÿωu  ρ$  o Ψ ù= Ïdϑ y  s  è ?$ t ΒŸωs π s %$ s Û$  o Ψ s 9Ïμ  Î/ (  

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 24/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR40

Maksudnya: „(Mereka berdoa dengan berkata): ⁄⁄Wahai Tuhan kami!   Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang Kami tidak terdaya memikulnya ⁄‰. 

Golongan yang menyeleweng telah mentafsirkan sesuatu yang tidak terdayauntuk dipikul dan ditanggung ialah perasaan ÂasyikÊ dan cinta. Tafsiranseumpama ini jelas menunjukkan bahawa ia tafsiran yang batil danmenyeleweng.

Kesimpulannya ialah Gharaib Tafsir ialah tafsiran yang sesat, batil danmenyeleweng. Justeru, tafsiran yang diterima hanyalah tafsir bi al-MaÊthur, tafsir

 bi al-RaÊyi dan tafsir Isyari sebagaimana yang telah dibincangkan.

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan berikut. Selamat Mencuba!

Untuk memudahkan kefahaman semasa belajar, dapatkan doa belajar danamalkan. InsyaAllah ada keberkatannya.

1.  Apakah beza di antara Tafsir Isyari dan Tafsir Sufi?

2.  Apakah maksud Gharaib Tafsir?

SEMAK KENDIRI 2.3 

1. Nyatakan maksud Tafsir bi al-MaÊthur.

2. Jelaskan pembahagian Tafsir bi al-RaÊyi.

3. Terangkan jenis pentafsiran al-Quran yang terbaik.

4. Berikan satu contoh pentafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri.

5. Huraikan syarat-syarat yang perlu ada bagi memastikan tafsirIsyari diterima. 

SEMAK KENDIRI 2.3 

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 25/26

TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR   41

•  Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliranyang wujud dalam perkembangan tafsir Al-Quran iaitu:

−  Pertama: Tafsir bi al-MaÊthur  atau juga dikenali dengan Tafsir bi al- Riwayah dan Tafsir bi al-Naqli. 

−  Kedua: Tafsir bi al-RaÊyi  atau dikenali juga dengan Tafsir bi al-Dirayah dan Tafsir bi al-Aqli..

−  Ketiga: Tafsir Sufi  atau al-Tafsir al-Isyari yang dipelopori oleh golongansufi.

•  Tafsir bi al-MaÊthur  ialah tafsir yang merujuk kepada al-Quran, as-Sunnahdan pendapat para sahabat untuk menjelaskan atau menghuraikan maksudayat al-Quran.

•  Tafsir bi al-RaÊyi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihadmencari sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim.

•  Tafsir Sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dengantidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat, disebabkanterdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawuf 

dan pentakwilan ini mempunyai titik pertemuan dengan maksud zahir ayat.

•  Gharaib Tafsir ialah tafsiran yang sesat, batil dan menyeleweng.

Al-Tafsir al-Isyari  

Gharaib Tafsir

Tafsir bi al-Aqli  

Tafsir bi al-Dirayah 

Tafsir bi al-MaÊthur  

Tafsir bi al-Naqli  

Tafsir bi al-RaÊyi  

Tafsir bi al-Riwayah  

Tafsir Sufi  

5/14/2018 Pembahagian Tafsir - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/pembahagian-tafsir 26/26

  TOPIK 2 PEMBAHAGIAN TAFSIR42

Dr Fauzi Deraman & Mustaffa Abdullah. (2001). Pengantar Usul Tafsir , AkademiPengajian Islam UM & Intel Multimedia and Publication.

Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah. (1996). al-Tafsir wa al-TaÊwil fi al-Quran , Dar al-NafaÊis, Jordan.

MannaÊ Qattan. (1992). Mabahith fi ÂUlum al-Quran , Maktabah al-MaÊarif Li al-Nasyr wa al-TauziÊ, Riyadh.

Al-Sabuni, Muhammad ÂAli. (1985). al-Tibyan fi ÂUlum al-Quran , ÂAlam al-Kutub, Beirut.

Al-Suyuti, Jalaluddin Abd al-Rahman Bin Abi Bakr. (1979). al-Itqan fi ÂUlum al- Quran , Maktabah Mustafa al-Baby al-Halaby, Mesir.

Al-Zahabi, Muhammad Husayn. (1989). al-Tafsir wa al-Mufassirun , MaktabahWahbah, Kaherah.

Al-Zarqani, Muhammad ÂAbdul ÂAzim, (t.th), Manahil al-ÂUrfan fi ÂUlum al- Quran , Dar al-Fikr, Beirut.

Al-Zarkasyi. (1972). al-Burhan fi ÂUlum al-Quran , Ibrahim Isa al-Baby al-Halaby,

Mesir.


Top Related