Transcript

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2006

ASAS RUJUKAN MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA

JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK

LAMPIRAN I

1

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menyampaikan semua ketetapan dan

keputusan MPFN dan seterusnya memberi panduan kepada ahli-ahli

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) untuk melaksanakan tugas-

tugasnya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

2. LATAR BELAKANG

2.1 MPFN ditubuhkan mengikut Seksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar

dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129). Majlis ini merupakan Majlis

tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan

desa di negara ini. Ia diwujudkan bagi menyelaras semua dasar dan

aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa bagi memastikan

penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan

lestari.

2.2 Mesyuarat MPFN kali pertama yang bersidang pada 23 Jun 2003 dan

dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri telah memutuskan untuk

menerimapakai ‘ASAS RUJUKAN MAJLIS PERANCANG FIZIKAL

NEGARA’.

2.3 Dalam menjalankan tugas-tugas Majlis, Ketua Pengarah hendaklah

menjadi Setiausaha kepada Majlis di bawah peruntukan Seksyen

2B(2)(d) Akta 172. Menurut seksyen 2B(1)(d), Setiausaha Majlis

hendaklah membuat laporan kepada dan menasihati Majlis mengenai:

2.3.1 perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan

perancangan bandar dan desa dalam pemeliharaan,

penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negara;

2.3.2 apa-apa pindaan yang difikirkan wajar kepada mana-mana

undang-undang yang menyentuh perancangan bandar dan

desa; dan

2.3.3 apa-apa perkara yang dirujuk oleh Majlis kepadanya.

2

3. MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA

3.1 Keahlian Majlis

3.1.1 Seksyen 2A(1) memperuntukkan MPFN adalah terdiri

daripada: -

i. seorang Pengerusi iaitu Perdana Menteri;

ii. seorang Timbalan Pengerusi iaitu Timbalan Perdana

Menteri;

iii. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan

bandar dan desa;

iv. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan

kerajaan tempatan, jika dia bukan juga Menteri yang

dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi

perancangan bandar dan desa;

v. Menteri Kewangan;

vi. Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;

vii. Menteri Besar atau Ketua Menteri setiap Negeri;

viii. Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah

Persekutuan; dan

ix. tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang hendaklah

dilantik oleh Pengerusi.

3.1.2 Tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi bolehlah termasuk:

i. Menteri Kerja Raya;

ii. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi;

iii. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;

3

iv. Menteri Pengangkutan;

v. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

vi. Ketua Setiausaha Negara; dan

vii. Peguam Negara.

3.2 Tugas Majlis

3.2.1 Seksyen 2A(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

(Akta 172) memperuntukkan bahawa tugas-tugas utama Majlis

ialah:

i. untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka

dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai

suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok

persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian

suatu pemajuan yang mampan di dalam negara;

ii. untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang

berhubung dengan perancangan bandar dan desa yang

dikehendaki di bawah Akta 172; dan

iii. untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan

kepada Majlis di bawah Akta 172.

3.2.2 Tugas-tugas lain Majlis mengikut peruntukan Akta 172 adalah

seperti berikut:

i. seksyen 2A(3) - Majlis boleh dari semasa ke semasa

memberi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan

Desa arahan-arahan yang selaras dengan peruntukan-

peruntukan Akta ini, dan Ketua Pengarah Perancangan

Bandar dan Desa hendaklah menguatkuasakan arahan-

arahan itu; dan

ii. seksyen 2A(4) - Majlis boleh melaksanakan apa-apa

tugas lain yang bersampingan dengan atau berbangkit

4

daripada apa-apa tugas yang dinyatakan dalam

subseksyen (2) dan melakukan segala perkara yang

perlu atau suai manfaat bagi menjalankan tugas-

tugasnya di bawah Akta ini.

3.2.3 Kedudukan Majlis dalam struktur perancangan bandar dan

desa adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.

4. PANDUAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG MEMERLUKAN PERTIMBANGAN DAN TINDAKAN MAJLIS

4.1 Perkara-perkara dasar

Ia meliputi, di antara lain, dasar berkaitan perancangan bandar dan

desa dan dasar-dasar berkenaan memperelokkan persekitaran dari

segi fizikal, iaitu:

4.1.1 dasar baru dan perubahan dasar;

RAJAH 1 : Kedudukan Majlis

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa selaku Setiausaha MPFN

Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri selaku ahli dan Setiausaha JPN

Pihak berkuasa Perancang Tempatan

(PBPT)

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

NOTA:- Pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah

pihakberkuasa perancang tempatan sesuatu kawasan.

Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri ialah pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan di luar PBT.

PERSEKUTUAN

NEGERI

5

4.1.2 dasar penting yang melibatkan beberapa Kementerian yang

memerlukan penyelarasan termasuk dasar-dasar yang

mungkin bercanggah atau bertindih;

4.1.3 perkara-perkara yang mungkin menghalang pelaksanaan

dasar-dasar; dan

4.1.4 perkara-perkara yang berkaitan perancangan bandar dan

desa yang menyentuh kepentingan negara.

4.2 Perkara-perkara yang berkaitan Rancangan Fizikal Negara (RFN)

Ini meliputi:

4.2.1 arahan kepada Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan

Desa untuk menyediakan RFN;

4.2.2 menentukan kandungan RFN;

4.2.3 arahan untuk berunding dengan mana-mana pihak berkuasa

atau badan lain semasa menyediakan RFN;

4.2.4 arahan untuk mengkaji semula RFN; dan

4.2.5 laporan kepada Majlis secara berkala tentang pelaksanaan

RFN.

4.3 Perkara-perkara yang berkaitan Rancangan Struktur Negeri (RSN)

Ia meliputi:

4.3.1 arahan untuk membuat pemeriksaan baru keseluruh Negeri;

4.3.2 menetapkan perkara-perkara yang hendak diperiksa;

4.3.3 arahan untuk membuat pemeriksaan baru ke atas

sebahagian Negeri sahaja;

4.3.4 menetapkan tempoh untuk menyedia dan menyampaikan

laporan pemeriksaan kepada JPN;

6

4.3.5 perundingan dengan Negeri bagi mendapatkan nasihat dan

arahan Majlis dalam menimbangkan draf RSN;

4.3.6 membuat keputusan terhadap draf RSN apabila

Jawatankuasa tidak meluluskan draf RSN tersebut dalam

tempoh enam bulan; dan

4.3.7 arahan kepada Pengarah Negeri semasa merumus

cadangan-cadangan pengubahan rancangan struktur.

4.4 Perkara-perkara yang berkaitan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)

Ia meliputi:

4.4.1 penubuhan JPW yang melibatkan kawasan yang terletak di

dalam dua Negeri atau lebih, selepas berunding dengan

Pihak Berkuasa Negeri (PBN) yang berkenaan; dan

4.4.2 mendapatkan laporan dan maklumat yang berhubung

dengan aktiviti-aktiviti JPW.

4.5 Perkara-perkara yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri

4.5.1 Perkara-perkara berkaitan perancangan bandar dan desa

yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri. Ini termasuk permohonan

kebenaran merancang di bawah Seksyen 22(2A) Akta 172,

yang mana JPN hendaklah meminta Majlis memberikan

nasihatnya.

4.6 Perkara-perkara yang dikemukakan oleh sesebuah jawatankuasa

4.6.1 Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini termasuklah Majlis

atau Jawatankuasa yang ditubuhkan secara pentadbiran

atau di bawah undang-undang, dan juga laporan-laporan dari

Jawatankuasa Teknikal atau Pasukan-pasukan Petugas.

7

4.7 Perkara-perkara berkaitan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

4.7.1 Cadangan untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976 (Akta 172) hendaklah terlebih dahulu dibentang

di Majlis ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk

mendapatkan nasihat Majlis;

4.7.2 Cadangan untuk meminda mana-mana undang-undang lain

yang menyentuh perancangan bandar dan desa juga

hendaklah dibawa ke hadapan Majlis untuk mendapatkan

nasihat; dan

4.7.3 Kaedah-kaedah yang disediakan di bawah Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Majlis

hendaklah dibentang di mesyuarat Majlis.

4.8 Garis Panduan, Piawaian dan Peraturan Perancangan

4.8.1 Garis panduan, piawaian dan peraturan yang berkaitan

perancangan bandar yang disediakan bagi tujuan

keseragaman di antara Negeri-negeri hendaklah dibentang

di mesyuarat Majlis.

4.9 Perkara-perkara yang diarah oleh Pengerusi ataupun Majlis

4.9.1 Apa-apa perkara yang diarah oleh Pengerusi ataupun Majlis

untuk mendapatkan pertimbangan atau pandangan Majlis

boleh dikemukakan untuk dibentang di mesyuarat Majlis.

5. PELAKSANAAN

5.1 Urus setia MPFN

5.1.1 Berdasarkan Seksyen 2B(2), Akta 172 Ketua Pengarah

Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menjadi

Setiausaha kepada Majlis dan dengan itu Jabatan

8

Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) bertindak sebagai urus

setia Majlis.

5.1.2 Tugas Urus setia adalah: -

i. menguruskan perjalanan mesyuarat Majlis;

ii. membawa kertas yang telah dikemukakan kepadanya

untuk dibentang ke mesyuarat Majlis;

iii. membuat pelaporan kepada mesyuarat Majlis perkara-

perkara yang disebut di para 3.2;

iv. menyampaikan keputusan-keputusan mesyuarat kepada

semua agensi-agensi yang berkenaan untuk tindakan

selanjutnya;

v. memantau pelaksanaan dasar-dasar dan keputusan

Majlis; dan

vi. membuat pelaporan pelaksanaan dasar-dasar dan

keputusan Majlis kepada mesyuarat Majlis.

5.2 Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara (JK MPFN)

5.2.1 Majlis boleh menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja untuk

membincang dan membuat pengesyoran terhadap satu-satu

perkara sebelum perkara itu dipertimbang dan diputuskan oleh

Majlis.

5.2.2 Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi ahli

Jawatankuasa ini. Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan

Desa adalah Setiausaha kepada Jawatankuasa ini.

5.2.3 JK MPFN telah ditubuhkan berdasarkan keputusan Mesyuarat

MPFN yang pertama pada 23 Jun 2003. Peranan

Jawatankuasa Kerja ini adalah untuk membantu Majlis

menyelaras dan meneliti semua perkara di bawah bidang tanggungjawab Majlis. Oleh itu, ahli jawatankuasa hendaklah

9

membincangkan dan membuat pengesyoran terhadap sesuatu

perkara berkenaan sebelum dibawa untuk pertimbangan dan

keputusan oleh Majlis.

5.2.4 Jawatankuasa Kerja yang diwujudkan di mana Ketua

Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

dilantik sebagai Pengerusi, manakala Ketua Pengarah Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa sebagai Setiausaha. Ahli-ahli

lain adalah terdiri daripada Ketua-ketua Setiausaha

Kementerian yang menganggotai Majlis dan semua

Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung

Malaysia. Ahli-ahli ini telahpun dilantik secara rasmi dalam

Mesyuarat Jawatankuasa kerja MPFN Bilangan 1 pada 24 Mac

2004.

5.3 Tatacara Mesyuarat

5.3.1 Kekerapan Mesyuarat

i. Seksyen 2A(5), Akta 172 memperuntukkan Majlis

hendaklah bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan

dalam sesuatu tahun dan hendaklah, sebagai

tambahan, bermesyuarat jika dan apabila Pengerusi

memanggil mesyuarat. Dalam keadaan di mana

Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat,

Timbalan Pengerusi bolehlah mengambil alih.

5.3.2 Persediaan Mesyuarat

i. Dokumen-dokumen untuk mesyuarat Majlis akan

diedarkan dengan tangan oleh pihak Urus setia Majlis

terus kepada ahli-ahli Majlis seminggu sebelum

mesyuarat.

ii. Kehadiran semua ahli hendaklah dimaklumkan terlebih

dahulu kepada urus setia.

10

5.3.3 Agenda Mesyuarat

Agenda mesyuarat ditetapkan seperti berikut:-

i. Ucapan Pengerusi;

ii. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu;

iii. Perkara-Perkara Berbangkit;

iv. Pembentangan Kertas Majlis;

v. Pengesahan syor MPFN terhadap permohonan

perancangan di bawah Seksyen 22(2A), Akta 172;

vi. Hal-Hal Lain; dan

vii. Penangguhan Mesyuarat.

5.3.4 Penyediaan Kertas Majlis

i. Kertas Majlis adalah kertas yang telah disetujuterima

oleh Setiausaha untuk dibentang di mesyuarat Majlis.

Kertas Majlis bolehlah merupakan kertas makluman

sahaja ataupun mengandungi perkara-perkara yang

memerlukan pertimbangan dan keputusan Majlis.

5.3.4.1 Isi Kandungan Kertas Majlis

i. Tajuk hendaklah ringkas dan dapat

menerangkan perkara yang dibentangkan.

Sekiranya sesuatu perkara itu pernah

dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri, maka

tajuk yang sama hendaklah digunakan.

ii. Tujuan kertas hendaklah dinyatakan samada

untuk memberi makluman atau mendapatkan

persetujuan.

iii. Latar belakang hendaklah mengandungi

maklumat-maklumat penting untuk menjelaskan

secara ringkas tetapi padat perkara-perkara

yang dikemukakan. Fakta-fakta mengenai

sesuatu perkara hendaklah dimasukkan ke

11

dalam latar belakang tetapi tidak perlu diberi

penilaian ke atasnya. Di antara lain, latar

belakang hendaklah mengandungi:

a. rujukan kepada keputusan yang lepas

sama ada keputusan Jemaah Menteri,

Majlis atau Jawatankuasa-jawatankuasa

yang lain;

b. rujukan kepada peruntukan

perundangan yang berkenaan, jika ada,

mengenai perkara yang dikemukakan;

dan

c. sejarah ringkas sesuatu perkara.

iv. Perkara-perkara yang memerlukan pertimbangan hendaklah dinyatakan

selengkapnya dan disokong dengan hujah-

hujah yang kukuh. Perlu ditekankan:

a. sebab-sebab sesuatu syor wajar

diluluskan;

b. faedah dan kebaikan yang akan

diperolehi sama ada dari segi

pentadbiran, ekonomi, sosial dan

sebagainya; dan

c. masalah-masalah yang dapat diatasi

dengan lulusnya satu syor itu.

v. Implikasi dari segi fizikal ataupun kewangan

hendaklah dinyatakan sekiranya ada.

vi. Kesimpulan/Penutup hendaklah menggulung

atau merumus perkara yang dicadangkan atau

dimaklumkan.

12

viii. Syor dikemukakan sekiranya memerlukan

pertimbangan Majlis.

5.3.4.2 Format Kertas Majlis

i. Taraf Kertas Majlis dari peringkat drafnya

adalah SULIT dan oleh itu hendaklah dipastikan

kawalan dan keselamatannya mengikut

ARAHAN KESELAMATAN Kerajaan.

ii. Ukuran kertas ialah bersaiz A4 dan ditaip

mengikut jarak satu setengah dengan hurufnya

menggunakan font Arial bersaiz 14.

iii. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan dalam

semua kertas dan lampirannya. Jika keadaan

memerlukan terjemahan dalam Bahasa Inggeris

bolehlah digunakan. Ejaan yang digunakan

hendaklah mengikut ejaan baru.

iv. Istilah teknikal atau perkataan yang mungkin

menimbulkan kekeliruan hendaklah dijelaskan

sewajarnya. Istilah itu boleh dijelaskan:

a. dengan memasukkan penjelasan

mengenainya dalam kurungan selepas

istilah digunakan; atau

b. dengan mengadakan nota kaki; atau

c. dengan mewujudkan satu lampiran

mengenai penjelasan istilah.

5.3.5 Cara Mengemukakan Kertas Majlis

i. Kertas Majlis hendaklah dikemukakan dalam bentuk hard-copy dan soft-copy dan lampiran-lampiran, jika

ada, hendaklah dikemukakan dalam 40 salinan.

13

ii. Kertas Majlis hendaklah dikemukakan pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh Urus setia Majlis.

5.3.6 Penghantaran Minit Mesyuarat

i. Minit Mesyuarat Majlis yang belum disahkan dan

minit mesyuarat lepas yang telah disah dan dicetak

akan dihantar kepada ahli-ahli Majlis selewat-lewatnya

dua minggu dari hari Mesyuarat.

ii. Cabutan Minit Mesyuarat Majlis yang belum disahkan

akan disampaikan kepada agensi-agensi yang

berkenaan pada waktu yang sama.

iii. Salinan-salinan cabutan minit mesyuarat Majlis boleh

dibuat oleh agensi pelaksana tertakluk kepada syarat-

syarat tersebut:

a. Agensi pelaksana yang berkenaan hendaklah

bertanggungjawab untuk mengenalpasti

Jabatan, Bahagian dan Pegawai di bawahnya

yang perlu meneliti cabutan minit untuk tindakan

selanjutnya. Salinan cabutan minit hendaklah

diberi atas prinsip ‘PERLU MENGETAHUI SAHAJA’;

b. Agensi pelaksana yang berkenaan hendaklah

memastikan supaya bilangan salinan cabutan

minit yang dibuat dihadkan kepada bilangan

yang diperlukan sahaja; dan

c. Satu senarai pembahagian salinan seperti

yang ditetapkan dalam ARAHAN

KESELAMATAN Kerajaan hendaklah direkod

dan disimpan oleh agensi pelaksana tersebut.

5.3.7 Maklumbalas Mesyuarat

i. Tempoh untuk mengemukakan laporan maklumbalas

kepada Urus Setia Majlis bagi menerangkan kemajuan

14

pelaksanaan sesuatu keputusan ialah selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh keputusan mesyuarat

Majlis itu.

ii. Laporan maklumbalas hendaklah dikemukakan dalam

bentuk yang akan ditetapkan oleh urus setia.

5.3.8 Rekod Keputusan Majlis

i. Satu sistem rekod untuk memudahkan kerja-kerja

mencari sesuatu keputusan Majlis dan mengesan

pelaksanaannya hendaklah diwujudkan di pejabat Urus

setia Majlis.

6. PEMUSNAHAN DOKUMEN

6.1 Agensi yang berkenaan adalah bertanggungjawab untuk

memusnahkan dokumen-dokumen mengikut peraturan dalam

ARAHAN KESELAMATAN Kerajaan.

7. PENUTUP

7.1 Memandangkan MPFN telah bersetuju untuk menerimapakai ‘ASAS

RUJUKAN MPFN’, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia selaku Setiausaha Majlis berharap mendapat

kerjasama dan perhatian daripada semua ahli-ahli Majlis dan agensi-

agensi berkaitan melalui pekeliling ini bagi memastikan kelicinan

mesyuarat yang dijalankan dan keberkesanan Majlis dalam

memainkan peranannya meningkatkan mutu perancangan bandar dan

desa.

8. TARIKH KUATKUASA

8.1 Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta.

Sekian, terima kasih.

16

Edaran kepada Y. Bhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Semua Y.B./Y.B.M. Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia Semua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri


Top Related