Transcript
Page 1: Pegawai Sains Genetik

[email protected]

Kerjaya Pegawai Sains Genetik

1. Tugas

1.1 Menganalisis kromosom dan data dari teknik FISH (Flourescence In-Situ Hybridyzation).

1.2 Menginterpretasi dan membuat laporan penuh keputusan ujian.1.3 Melakukan validasi terhadap laporan keputusan ujian sebelum

diberikan kepada doktor yang merawat.1.4 Melakukan kerja-kerja teknikal ujian Sitogenetik dan Molekular

Sitogenetik.1.5 Memantau kawalan kualiti terhadap ujian yang dijalankan1.6 Melakukan penyelidikan1.7 Merancang dan membentuk ujian-ujian genetik yang baru.1.8 Pakar runding dalam ujian-ujian genetik dan kerja-kerja teknikal

dalam prosedur ujian.1.9 Membuat penilaian terhadap peralatan untuk ujian genetik1.10 Menyelia seksyen Sitogenetik dan Molekular Sitogenetik.1.11 Memberi latihan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS1.12 Ketua Kumpulan Allied Health Professional (Pegawai Sains

Genetik)1.13 Pengubal Soalan dalam Penilaian Tahap Kecekapan (Pegawai

Sains Genetik)

2. Kelayakan

Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian Dalam Program Sel dan Molekular (Bidang Genetik).

3. Kehidupan dalam seharian

Kehidupan dalam seharian adalah seperti sediakala. Cuma perbezaan mungkin ilmu pengetahuan dalam bidang genetik ini menjadikan diri lebih berhati-hati terhadap punca-punca yang boleh menyebabkan kecacatan genetik secara de novo. Dimana punca-punca seperti bahan kimia dalam pemakanan, sinaran cahaya (sinar-X,ultra unggu dan sebagainya), bahan-bahan radiasi yang wujud di persekitaran dan pengambilan ubat-ubatan semasa mengandung yang tidak terkawal adalah merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan bahan genetik iaitu kromosom atau DNA berlaku mutasi dan secara tidak langsung akan menyebabkan proses pembentukan protein berubah dan akibatnya berlaku kecacatan genetik.

Page 2: Pegawai Sains Genetik

Selain daripada itu ilmu yang ada, dapat membantu saudara , jiran atau kenalan berkenaan pengetahuan tentang penyakit keturunan dan cara untuk mengelakkan daripada penyakit itu berulang ke generasi berikutnya.

4. Cabaran

Bidang genetik di Malaysia adalah suatu bidang yang baru jika dibandingkan dengan negara luar yang telah membangun. Ujian-ujian genetik yang menggunakan teknologi yang canggih adalah begitu sedikit. Ujian-ujian genetik ini adalah amat diperlukan dewasa ini kerana ujian ini merupakan satu ujian yang bertindak sebagai pencegah dari berulangnya penyakit genetik yang mana penyakit ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk proses perawatannya.

Pengwujudan ujian-ujian genetik yang tinggi seperti ujian ujian Molekular Genetik pula memerlukan kos yang tinggi bagi mendapatkan peralatan yang berteknologi canggih. Manakala pengoptimaan prosedur ujian yang mencapai pempiawaian (standard) memerlukan jangkamasa yang amat panjang dan proses pengoptimaannya pula adalah bukan satu proses yang mudah kerana ianya memerlukan kecekapan, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini.

Menjadi satu tanggungjawab untuk memenuhi permintaan dari pakar-pakar klinikal dimana ujian-ujian genetik ini adalah amat diperlukan untuk mengesahkan pengdiagnosisan terhadap pesakit yang telah dibuat dan untuk tindakan susulan yang diperlukan. Akibat kekurangan tenaga mahir dan peruntukan kewangan, banyak ujian-ujian genetik tinggi tidak dapat diwujudkan.

5. Pengalaman pahit & manis

Pengalaman manis ialah telah di nobat dalam Anugerah Pekerja Cemerlang tahun 2004.

Pengalaman pahit ialah apabila sepasang suami isteri (kawin campur antara cina dan Jepun) bercerai apabila mengetahui laporan keputusan untuk ujian Sitogenetik bagi isterinya iaitu pembawa kepada keabnormalan kromosom iaitu ’balanced translocation’ dimana kromosom yang abnormal ini telah diwarisi oleh anak mereka yang dilahirkan cacat.

6. Organisasi yang berkaitan

6.1 Human Genetic Society of Australasia.6.2 Persatuan Genetik Malaysia.6.3 Allied Health Profession Society6.4 The American Sociaty of Human Genetic


Top Related