Transcript

940519-12-5097

SINOPSIS

Kajian yang bertajuk Kegiatan Ekonomi Rumpai Laut syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd di Semporna, Sabah ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penanaman rumpai laut antara spesies rumpai laut. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak berhampiran dengan lokasi kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden, Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian dan Bahagian C pilihan cadangan. Pada bahagian B, Terdapat empat tema persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu, tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan oleh Syarikat OMNI-GEL, cara layanan staf atau pekerja terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan, dan ciri-ciri syarikat tersebut dipilih. Data yang diperoleh dianalisis dan dinyatakan dalam bentuk statistik. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden berpuas hati tentang pengusaha Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di Semporna tentang penggunaan barangan rumpai laut. Akhir sekali, beberapa cadangan untuk meningkatkan populariti pengusaha rumpai laut turut dikemukakan agar dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan barangan rumpai laut oleh pengusaha yang terlibat.

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1Sinopsis1

2Kandungan2

3Penghargaan3

4Pengenalan4 - 5

5Objektif kajian6

6Lokasi kajian7 8

7Kaedah kajian9 13

8Dapatan kajian14 - 34

9Rumusan35 36

10Rujukan37

11Lampiran38 - 41

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat- sahabat baginda. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya kerja kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Jutaan apresiasi buat Cikgu Rosefah binti Awang, selaku Guru Pengajian Am ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada bonda yang tercinta, Indah binti Maharaja Lambai di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak putus-putus buat saya. Bondalah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan cemerlang. Ucapan apresiasi juga diberikan khas buat para guru Pengajian Am yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu sepanjang pengajian saya di SMK Datuk Panglima Abdullah serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat Pra-Universiti, terima kasih atas sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ribuan terima kasih diucapkan atas segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.

PENGENALAN

Menurut Alfred Marshall (1890), ekonomi adalah satu pengkajian yang melibatkan kegiatan perniagaan yang dijalankan di dalam kehidupan yang biasa. Manakala menurut Lionel Robbins (1932) pula, ekonomi didefinisikan sebagai Sains Pengkajian terhadap sifat kelakuan manusia yang berhubung-kait pada suatu keperluan dengan sumber keperluan untuk tujuan yang berbeza. Paul A. Samuelson (1948) juga menjelaskan bahawa ekonomi adalah bagaimana seseorang manusia menggunakan daya sumber dan langkah untuk menghasilkan komoditi dan mengedarkannya untuk kegunaan yang berbeza.

Perniagaan rumpai laut di Daerah Semporna telah membawa kepada satu fenomena yang mendorong para usahawan tempatan untuk bergiat aktif dalam kegiatan perniagaan rumpai laut. Hal ini kerana perniagaan yang melibatkan penjualan rumpai laut memberikan keuntungan yang maksimum ekoran permintaan yang tinggi dalam pasaran sama ada domestik mahupun antarabangsa. Faktor yang demikian mendorong kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan hasil rumpai laut ke peringkat yang lebih tinggi. Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd merupakan syarikat pembekal dan pemprosesan rumpai laut tempatan yang mendominasi dan memonopoli produk primer rumpai laut ini di Semporna. Kawasan pemprosesan sumber primer yang banyak dijalankan oleh syarikat ini ialah di Pulau Sebangkat dan Pulau Bum-Bum, Semporna. Namun begitu, kajian ini lebih tertumpu di kawasan Pulau Bum-Bum.

Menurut ensiklopedia bebas, Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut. Ia terdiri dari beberapa kelompok alga daripada pelbagai selular, iaitu alga merah, alga hijau, dan alga perang. Rumpai laut dikenali secara umum sebagai tumbuhan, tetapi pakar biologi tidak beranggapan demikian. Dalam biologi semua tumbuhan sebenar adalah daripada alam tumbuhan. Para ahli psikologi lebih gemar menggunakan terma "alga marin" daripada "rumpai laut". Oleh itu, Kajian ini merangkumi tentang aspek kegunaan rumpai laut dan jelas memberi manfaat dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti inovasi produk daripada rumpai laut seperti alat penjagaan kesihatan dan makanan berkhasiat. Hal ini kerana rumpai laut yang mengandungi banyak khasiat membolehkan ianya mampu dikomersialkan ke pasaran antarabangsa pada masa hadapan.

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, saya dapat;1. Mengkaji persepsi mengenai tahap kepuasan pelanggan, cara layanan staf dan pekerja terhadap pelanggan, keadaan geografi syarikat dan tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri syarikat tersebut dipilih oleh pelanggan.

2. Mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti Syarikat ini untuk terus berkembang.

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan ditempat pemprosesan rumpai laut Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. iaitu di Pulau Bum-Bum, Semporna. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 30 km dari PekanSemporna (arah utara)dan memakan masa dalam anggaran 40 minit untuk sampai ke destinasi dengan menaiki bot dan kenderaan van.Pulau Bum-Bumjuga agak sukar untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan lautan dan daratan yang terhad. Hal ini demikian kerana,Pulau Bum Bum terletak di sebuah pulau yang terpencil. Dianggarkan populasinya adalah dalam kitaran 3000 orang tempatan yang bertempat di Pulau Bum-Bum. Manakala kedudukan kawasan Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. ini terletak kira-kira 10 km dari Pekan Semporna (arah selatan).

Sejarah Pulau Bum-BumPulau Bum-Bum mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau ini terletak berdekatan dengankawasan yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti marin dan pertanian akuakultur. Kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk masyarakatnya di sekeliling. Sebagai contoh, adanya pusat pendidikan seperti,SMK Berpusat Bum-Bum Terdapat juga beberapa jenis sekolah rendah di sekitar Pulau Bum-Bum. Antaranya ialah, SK Terusan Tengah, SK Balimbang, SK Bum-Bum dan sebagainya. Pusat pendidikan ini dapat membantu para pelajar menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.

Pekerjaan utama penduduk di kawasaniniadalah lebih tertumpu dalam sektor perikanan pinggir pantai, iaitu kegiatan menangkap ikan yang berorientasikan pengeluaran dalam skala yang sedikit. Menggunakan kaedah teknologi tradisonal untuk menangkap hasil laut seperti, pukat tunda, tangkul, pukat tarik, jala, pompang, bubu, pancing, kelong dan bot berenjin kecil. KampungGusung Melantaadalah kampung yang berdekatan mempunyai tanah subur iaitu tanah pamah yang rata dan ini menggalakkan sebahagian penduduk untuk terlibat dalam aktiviti pertanian. Mereka juga mengusahakan tanaman akuakultur rumpai laut dan bergiat aktif dalam aktiviti ini. Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai nelayan di Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd.

KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan sesuatu kajian itu pastinya akan melibatkan kaedah dan prosedur tertentu yang perlu dilakukan secara saintifik dan teratur untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Antara aspek-aspek yang digunakan dalam kaedah kajian ini ialah seperti berikut;

a) Perspektif Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji mengedarkan 30 borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang paling sesuai untuk menilai persepsi dan tahap kepuasan pelanggan terhadap barangan serta layanan yang diberikan oleh pengusaha. Maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif, iaitu kuantiti yang menggunakan kekerapan, angka, dan skor. Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian khusus, pemerhatian ikut-serta, temu bual, lawatan ke tapak kajian dan sebagainya dengan mengambil kira batasan masa, tenaga, dan kewangan.

b) Skop Kajian

Skop kajian ini hanya memfokuskan kepada kegiatan ekonomi rumpai laut daripada pengusaha industri rumpai laut di pekan Semporna iaitu Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. mengikut empat tema persoalan kajian iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap perkhidmatan yang disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan kedudukan lokasi syarikat dan ciri-ciri syarikat tersebut dipilih.

Rajah 1. Menunjukkan Carta Alir Proses Kajian

c) Instrumen Kajian

Bagi kaedah ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang sesuai dan merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Pengkaji mengedarkan 30 borang soal selidik kepada responden yang berstatus pekerja, pelanggan atau pengguna dan orang awam. Borang soal selidik yang disediakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Pada Bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat dan demografi responden. Pada Bahagian B pula responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan. Empat tema soalan yang diutarakan dalam kajian ini, iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan serta ciri-ciri syarikat tersebut dipilih. Keempat-empat tema persoalan tersebut menggunakan nilai skala seperti Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju, dan Sangat Tidak Setuju. Seterusnya, pada Bahagian C, responden diminta untuk mengemukakan cadangan sama ada berbentuk khusus ataupun umum.

Kandungan Borang Soal Selidik

Bahagian APenyataan mengenai maklumat diri dan demografi responden seperti Umur, Jantina, Status (diklasifikasikan kepada tiga sahaja, iaitu, Pekerja, Pelanggan atau pengguna, Orang Awam). Responden dikehendaki menandakan (/) pada ruang yang disediakan.

Bahagian BMempunyai empat tema persoalan yang berbeza. Persoalan ini dijawab dengan menggunakan nilai skala yang disediakan mengikut tahap penyataan. Empat tema soalan yang diutarakan dalam kajian ini, iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan kedudukan lokasi syarikat dan tempat pemprosesan serta ciri-ciri syarikat tersebut dipilih.1. Sangat Setuju2. Setuju3. Tidak Setuju4. Sangat Tidak SetujuBahagian CBahagian ini meminta responden untuk mengemukakan cadangan bagi meningkatkan populariti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Syarikat.d) Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji terlebih dahulu mengenal pasti sumber data yang digunakan sama ada bersifat primer atau sekunder sebelum menjelaskan kaedah yang digunakan untuk memperoleh data. Kemudian pengkaji menjelaskan kaedah yang digunakan untuk memperoleh data seperti daripada analisis dokumen atau penerbitan badan tertentu, pemerhatian lapangan, menggunakan borang soal selidik, rujukan internet, pemerhatian pengkaji, temu bual bersemuka, temu bual menerusi telefon dan sebagainya.

e) Kaedah Menganalisis Data

Setelah borang soal selidik telah diedarkan kepada responden, pengkaji mengumpul data yang diperoleh mengikut kadar pilihan nilai skala yang terbanyak. Kemudian, pengkaji menganalisis data yang diperoleh menggunakan cara kuantitatif dan kualitatif. Analisis ini juga disertakan dengan komen responden mengenai tahap kepuasan mereka hasil daripada kaedah temu bual yang dilakukan.

d) Kaedah Tambahan1. Kaedah PemerhatianMelalui kaedah pemerhatian, Pengkaji telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti menunjukkan suasana dan persekitaran kajian. Walhal demikian, kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksi daripada pelanggan pengusaha ini. Selain itu, kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak pengusaha. Melalui kaedah pemerhatian selama dua hari berturut- turut ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. mempunyai pelanggan yang ramai dari masyarakat Semporna. Kebanyakan Pelanggan terdiri daripada pakar kosmetik, salun dan bahagian farmasi membeli barangan di Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd.

2. Kaedah Temu BualPengkaji telah menemu bual 10 orang yang terdiri daripada pengusaha, pekerja, pelanggan, dan orang awam yang berada di sekitar kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tambahan.

DAPATAN KAJIANa) Persepsi pelanggan mengenai tahap kepuasan pelanggan, cara layanan staf dan pekerja terhadap pelanggan, keadaan geografi syarikat dan tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri syarikat tersebut dipilih oleh pelanggan.

Melalui kaedah borang soal selidikBahagian ADengan menggunakan fomula;Mencari Kadar Peratus ( % )Peratus (%) = Jumlah Responden x Jumlah keseluruhan Responden

Jadual 1 : Taburan Responden Soal Selidik Mengikut JantinaJumlah Responden Mengikut Jenis Jantina

Jenis JantinaBilangan (orang)Peratus (%)

Lelaki1343.3

Perempuan1756.6

JUMLAH30100

Rajah 2 : Peratus Responden Soal Selidik Mengikut JantinaHasil kajian pengkaji mendapati bahawa kumpulan jantina responden adalah berbeza mengikut demografi responden. Bilangan Responden lelaki adalah sebanyak 13 orang dengan peratus 43.3 %. Manakala bilangan perempuan pula berjumlah 17 (56.6%) daripada 30(100%) orang secara keseluruhannya. Oleh itu, jelaslah bahawa responden perempuan merupakan responden yang ramai menerima borang soal selidik secara keseluruhannya dengan bilangan seramai 17 orang (56.6 %).

Jadual 2 : Taburan Responden Soal Selidik Mengikut UmurJumlah Responden Mengikut Umur

Umur (tahun)Bilangan (orang)Peratus (%)

16 ke bawah00.00

17-202273.33

21-30516.67

31-4013.33

41-5026.66

51 ke atas00.00

JUMLAH30100

Rajah 3 : Peratus Responden Soal Selidik Mengikut Umur

Carta pai dan jadual menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan umur. Hasil kajian ialah, tiada responden yang berumur 16 tahun ke bawah menilai borang soal kaji selidik. Manakala responden yang berumur 17-20 tahun mempunyai bilangan seramai 22 orang dengan peratus sebanyak 73.33 % yang menerima borang soal kaji selidik. Responden yang berumur 21-30 tahun mempunyai bilangan seramai 5 orang dengan 16.67 % dan responden yang berumur 31-40 tahun pula mempunyai bilangan seramai seorang (3.33%). Manakala responden yang berumur 41-50 tahun mempunyai bilangan seramai 2 orang dengan peratusan sebanyak 6.66 % dan tiada responden yang berumur 50 tahun ke atas bagi menilai borang soal kaji selidik. Kesimpulannya, responden yang berumur 17-20 tahun dengan peratusan sebanyak 73.33% merupakan majoriti keseluruhannya mendominasi dalam penilaian borang soal selidik tersebut. Manakala responden yang berumur 31-40 tahun (3.33%) merupakan responden yang jarang sekali menerima penilaian borang soal selidik tersebut.

Jadual 3 : Taburan Responden Soal Selidik Mengikut StatusJumlah Responden Mengikut Status

StatusBilangan (orang)Peratus (%)

Pelanggan1550.00

Orang Awam1033.33

Pekerja,Staf516.67

JUMLAH30100

Rajah 4 : Peratus Responden Soal Selidik Mengikut Status

Hasil kajian pengkaji mendapati bahawa status responden adalah berbeza mengikut demografi responden. Bilangan responden yang berstatus sebagai pelanggan adalah sebanyak 15 orang dengan peratus 50.0%. Manakala bilangan responden yang berstatus orang awam pula berjumlah 10 (33.33%) daripada 30 orang (100%) secara keseluruhannya. Bilangan responden yang berstatus pekerja dan staf pula adalah berjumlah seramai 5 orang (16.67%). Oleh itu, jelaslah bahawa responden yang berstatus pelanggan merupakan responden yang ramai menerima borang soal selidik secara keseluruhannya dengan bilangan seramai 15 orang (50%).

Bahagian B

Dalam bahagian ini diklasifikasikan kepada beberapa tema persoalan yang berbeza. Empat tema soalan yang diutarakan dalam kajian ini, iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan kedudukan lokasi syarikat dan tempat pemprosesan serta ciri-ciri syarikat tersebut dipilih.Tahap skala1. Sangat Setuju2. Setuju3. Tidak Setuju4. Sangat Tidak Setuju

1) Tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakanTahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan

BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak setuju

%%%%

1.Kualiti rumpai laut adalah memuaskan.2066.66826.6626.6600.00

2.Harga yang ditawarkan adalah berpatutan2376.66413.33310.0000.00

3.Kuantiti barangan yang diberikan adalah berpatutan2066.66516.66516.0000.00

Mengenai kualiti barangan rumpai laut yang disediakan oleh Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd, Seramai 20 orang (66.66%) daripada 30 orang yang memilih Sangat setuju mengenai kualiti barangan rumpai laut yang disediakan oleh Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd adalah memuaskan. Seterusnya, seramai 8 orang (26.66%) adalah setuju dengan penyataan tersebut. Dan selebihnya, seramai 2 orang(6.66%) yang tidak bersetuju mengenai kualiti barangan Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd.Mengenai harga yang ditawarkan pula, rata-rata responden lebih berpuas hati dengan penyataan tersebut. Seramai 23 orang (76.66%) Sangat Bersetuju dan 4 orang (13.33%) yang bersetuju mengenai harga yang ditawarkan oleh pengusaha Syarikat ini adalah berpatutan. Namun begitu, terdapat segelintir pelanggan yang masih tidak berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan oleh pengusaha, seperti yang dinyatakan oleh salah seorang responden.

Pada pendapat ku, tidak wajarlah pengusaha menawarkan harga sebegitu, kami kan orang susah, jadi biar semua orang di daerah kita, semporna ini,dapat nikmati barangan itu bersama ah. Tidak kira miskinkah tau kayakah, yang penting kita nikmati bersama.( temubual pada 23 Mac 2013 ).Seterusnya, ramai responden yang berpuas hati tentang kuantiti yang diagihkan kepada pelanggan mengikut harga yang berpatutan dengan menyatakan Sangat Setuju dengan sikap adil dalam mengagihkan barangan oleh pengusaha Syarikat ini. Seramai 20 orang daripada 30 orang dengan peratusan 66.66 % menyatakan Sangat Setuju dengan penyataan ini. Seterusnya, seramai 5 orang menyatakan Setuju dengan penyataan yang demikian dengan peratusan 16.66 %. Manakala yang selebihnya menyatakan Tidak Setuju terhadap penyataan tersebut dengan bilangan seramai 5 orang dengan peratus 16.66 % atas alasan pengusaha tidak bersikap adil.

2) Cara layanan staf terhadap pelanggan atau penggunacara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna

BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak setuju

%%%%

1.Pekerja memberikan layanan yang mesra kepada anda1033.331860.0026.6600.00

2.Pekerja mempunyai tatasusila yang beradab semasa membuat urusan penjualan2066.66826.6626.6600.00

3.Adil dalam mengagihkan kuantiti barangan826.661033.331240.000.00

Mengenai penyataan pekerja memberikan layanan yang mesra kepada anda, Seramai 10 orang (33.33%) daripada 30 orang yang memilih Sangat setuju mengenai layanan yang mesra kepada responden oleh pekerja staf Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd adalah memuaskan. Seterusnya, seramai 18 orang (60.00%) adalah setuju dengan penyataan tersebut. Dan selebihnya, seramai 2 (6.66%) orang yang tidak bersetuju tentang layanan yang diberikan kepada responden daripada pekerja staf Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd.Mengenai penyataan Pekerja mempunyai tatasusila yang beradab semasa membuat urusan penjualan pula, rata-rata responden lebih berpuas hati dengan penyataan tersebut. Seramai 20 orang (66.66%) Sangat Bersetuju dan 8 orang yang bersetuju mengenai tatasusila dan peradaban pekerja adalah memuaskan hati pelanggan. Namun begitu, terdapat segelintir pelanggan yang masih tidak berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan oleh pengusaha. Seramai 2 orang dengan peratusan 6.66% tidak bersetuju dengan penyataan tersebutSeterusnya, mengenai keadilan pengusaha dalam mengagihkan sumber pula, majoritinya responden kurang berpuas hati dengan menyatakan penilaian tidak setuju. Seramai 12 orang dengan peratus 40.0 % tidak bersetuju terhadap penyataan tersebut. Seramai 8 orang (26.66%) sangat setuju dengan penyataan tersebut dan 10 orang memilih untuk bersetuju.

3) keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan

keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan

BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak setuju

%%%%

1.Kawasan Syarikat adalah strategik dengan tempat pemprosesan1033.331860.0026.6600.00

2.Dengan kemudahan perhubungan yang ada, pelanggan dapat menjalankan urusan jual beli dengan mudah1550.001446.713.3300.00

3.Syarikat mempunyai kemudahan telekomunikasi yang memudahkan pelanggan berhubung.2066.661033.330.000.0000.00

Dalam kajian terhadap penyataan ini, hasil mendapati peratusan paling tinggi terhadap soalan mengenai kawasan Syarikat adalah strategik dengan tempat pemprosesan ialah 60.00 % iaitu seramai 18 orang responden atau pelanggan yang menyatakan jawapan Setuju, dan diikuti 10 orang responden dengan kadar peratusan (33.33%) menyatakan jawapan Sangat Setuju. Selebihnya, seramai 2 orang (6.67%) menyatakan Tidak Setuju.

Selain itu, mengenai kemudahan perhubungan yang dimiliki Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. majoriti responden sangat bersetuju terhadap penyataan tersebut, iaitu seramai 15 orang dengan kadar peratusan (50.0%). Bagi penilaian Setuju terhadap penyataan ini, peratusan sebanyak 46.7% seramai 14 orang pelanggan. Seterusnya, seramai seorang dengan kadar peratusan hanya 3.33% memilih untuk tidak bersetuju. Oleh itu, rata-rata responden berpuas hati terhadap kemudahan perhubungan yang dmili oleh syarikat ini.

Dengan kemudahan telekomunikasi yang disediakan, pelanggan mendapat manfaat daripada perkhidmatan tersebut. Majoritinya, responden lebih berpuas hati kerana seramai 20 orang dengan kadar peratusan sebanyak 66.66% memilih skala Sangat Setuju terhadap penyataan tersebut. Manakala selebihnya hanya bersetuju dengan kadar peratusan sebanyak 33.33% seramai 10 hanya memilih untuk Bersetuju.

4) ciri-ciri syarikat tersebut dipilihciri-ciri syarikat tersebut dipilih

BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak setuju

%%%%

1.Bergiat lama dalam perniagaan rumpai laut merupakan faktor yang mendorong pelanggan memilih Syarikat tersebut.1756.71343.3300.0000.00

2.Berpotensi di pasaran antarabangsa.1550.001550.000.0000.00

3.Syarikat ini memonopoli perniagaan rumpai laut di Semporna.2066.661033.3300.0000.00

Mengenai penyataan Bergiat lama dalam perniagaan rumpai laut merupakan faktor yang mendorong pelanggan memilih Syarikat tersebut., Seramai 17 orang (56.7%) daripada 30 orang yang memilih Sangat setuju mengenai penyataan tersebut kepada responden. Seterusnya, seramai 13 orang (43.33%) adalah setuju dengan penyataan tersebut. Oleh itu, melalui analisis kajian ini pengkaji mendapati responden sangat bersetuju mengenai faktor Syarikat ini dipilih adalah kerana bergiat aktif dalam industri rumpai laut.Mengenai penyataan Berpotensi di pasaran antarabangsa. pula, rata-rata responden lebih berpuas hati dengan penyataan tersebut. Seramai 15 orang (50.00%) Sangat Bersetuju dan juga 15 orang (50.0%) yang bersetuju mengenai penyataan tersebut.

Seterusnya, mengenai penyataan Syarikat ini memonopoli perniagaan rumpai laut di Semporna. pula, majoritinya responden bersetuju dengan menyatakan penilaian Sangat Setuju. Seramai 20 orang dengan peratus 66.66% sangat bersetuju terhadap penyataan tersebut. Manakala selebihnya pula memilih bersetuju. Seramai 10 orang dengan kadar peratusan sebanyak 33.33%. Jelaslah bahawa responden bersetuju mengenai Syarikat ini memonopoli perniagaan rumpai laut di daerah Semporna.b)

Melalui kaedah temu bual

Dalam kaedah temu bual, pengkaji mengemukakan soalan meminta persepsi daripada responden atau pelanggan iaitu adakah anda berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan oleh pembekal rumpai laut selepas berlaku peningkatan harga?. Hal ini bertujuan meminta pendapat daripada responden untuk memberi persepsi mengenai harga yang ditawarkan oleh pengusaha Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. di daerah Semporna. Hanya lebih kurang 9 orang pelanggan sahaja yang memberikan respon daripada 15 orang yang ditemu ramah. Responden juga menyatakan pendapat yang positf dan negatif terhadap soalan meminta persepsi daripada pelanggan. Sebagai contoh, responden menyatakan, harga barangan mestilah bersesuaian mengikut keadaan semasa di daerah semporna.

Pada pendapat ku, tidak wajarlah pengusaha menawarkan harga sebegitu, kami kan orang susah, jadi biar semua orang di daerah kita, semporna ini,dapat nikmati barangan itu bersama ah. Tidak kira miskinkah tau kayakah, yang penting kita nikmati bersama.( temubual pada 23 Mac 2013 ).

Selain itu, pengkaji mengemukakan soalan yang kedua, iaitu, adakah anda berpuas hati dengan kualiti barangan rumpai laut yang dikeluarkan oleh Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di Semporna?. Soalan yang dikemukan bertujuan mengkaji persepsi responden mengenai kualiti barangan yang disediakan. Hasil kajian mendapati kira-kira 13 orang daripada 15 orang yang menyatakan persepsi positif yang berbeza. Manakala yang selebihnya, menyatakan komen yang negatif mengenai kualiti barangan yang disediakan.

Manakala soalan yang ketiga pula, yang menyentuh perkara mengenai layanan staf dan pekerja di Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. iaitu apa pendapat encik/cik mengenai layanan staf pekerja di Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd itu?. Hasil temu bual mendapati responden yang memberikan persepsi dan cadangan bahawa pengusaha perlu mengikuti kursus kaedah untuk menguruskan perniagaan sekaligus dapat menjadi role model kepada staf-staf lain agar dapat menggalakkan pekerja untuk lebih komited serta meningkatkan mutu dan kualiti perniagaan rumpai laut, sekaligus mengurangkan ketidakpuashatian pelanggan terhadap layanan staf di syarikat berkenaan.

Seterusnya, pengkaji mengemukakan soalan yang keempat yang menyentuh mengenai keadilan pengusaha dalam mengagihkan kuantiti barangan mengikut harga yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati seramai 15 orang berpuas hati dengan sikap adil pengusaha dalam mengagihkan barangan mengikut harga yang telah ditetapkan.

b) Cadangan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti syarikat ini untuk terus berkembang.

Melalui analisis Borang Soal SelidikBahagian C

PerkaraKadar peratus yang SetujuKadar peratus yang tidak setuju

Kemudahan infrastuktur perlu dinaiktaraf.83%17%

Lokasi syarikat perlu dipindah ke tempat yang lebih strategik.87%13%

Menggunakan kaedah Mesra Pelanggan apabila menjalankan urusniaga.100%0%

Menggunakan kemudahan internet untuk memperluaskan pasaran supaya pelanggan dapat berhubung dengan pihak syarikat dengan lebih mudah.100%0%

Sumber : Hasil Soal SelidikMenurut analisis yang dilakukan, majoriti pelanggan atau orang awam di daerah ini bersetuju jika kemudahan infrastruktur syarikat ini di naik taraf. Bilangan mereka yang bersetuju adalah seramai 83%. Perkara ini meliputi penggunaan mesin pengira yang lebih canggih, ruang menunggu yang selesa perlu disediakan dan ruang syarikat ini perlu diluaskan lagi. Namun demikian, seramai 17% pelanggan atau orang awam pula tidak bersetuju jika Syarikat ini di naik taraf kerana selebihnya berpendapat bahawa kemudahan yang pengusaha sediakan adalah cukup memuaskan.

Seterusnya, seramai 87% responden yang terdiri daripada orang awam, pekerja dan pelanggan juga bersetuju jika lokasi syarikat ini dipindah ke tempat yang lebih strategik. Hal ini kerana, Lokasi syarikat dengan tempat pemprosesan barangan adalah jauh sekali gus kesukaran untuk berhubung dan memindahkan barangan yang telah diproses ke syarikat tersebut dihadapi oleh sesetengah pekerja syarikat ini. Malah, pelanggan juga akan turut sama mengalami banyak kesulitan. Namun, seramai 13% pelanggan pula tidak bersetuju jika lokasi syarikat ini dipindahkan.

Analisis juga mendapati seramai 100% pelanggan bersetuju bahawa pekerja syarikat ini perlu menggunakan khidmat Mesra Pelanggan. Perkara ini boleh memudahkan urusan pelanggan kerana tidak perlu lagi timbul konflik mencurigai layanan staf jika hendak melakukan urusan jual beli.

Seterusnya, pengkaji juga mendapati seramai 100% responden yang memiliki status yang berbeza seperti pelanggan, pekerja dan orang awam bersetuju jika syarikat ini menggunakan kemudahan internet untuk memperluaskan pasaran. Hal yang demikian bertujuan untuk memudahkan pelanggan yang bukan sahaja merupakan orang tempatan malah pelanggan dari luar negara mudah untuk berhubung dengan pihak syarikat.

Melalui Kaedah Temu bual

Dalam kaedah temu bual, soalan meminta cadangan daripada responden atau pelanggan iaitu Apakah cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti barangan yang ditawarkan oleh pengusaha syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di Semporna, Sabah ?. Hal ini bertujuan untuk meminta pendapat daripada responden untuk memberi cadangan dalam meningkatkan lagi mutu dan kualiti barangan yang ditawarkan oleh pengusaha. Hanya lebih kurang 9 orang pelanggan sahaja yang memberikan respon daripada 30 borang soal selidik yang diedarkan. Responden juga menyatakan pendapat yang positf dan negatif terhadap soalan meminta cadangan daripada pelanggan. Sebagai contoh, responden menyatakan, layanan staf perlu mesra, baik, tidak sombong dan sebagainya, sekaligus meningkatkan lagi keselesaan perkhidmatan pengangkutan bas ekspres.

Selain itu, terdapat juga responden yang memberikan cadangan bahawa pengusaha juga perlu mengikuti kursus cara untuk menguruskan perniagaan sekaligus dapat menjadi rol model kepada staf-staf dan pihak pengusaha syarikat berkenaan agar dapat menggalakkan pekerja untuk lebih komited serta meningkatkan mutu dan kualiti layanan staf sekaligus mengurangkan ketidakpuashatian pelanggan terhadap layanan yang diberikan oleh pihak syarikat.

Di samping itu, ada juga responden yang memberi cadangan bahawa pengusaha syarikat OMNI-GEL perlu mempertingkatkan prasarana kawasan syarikat tersebut agar dapat meningkatkan keselesaan pelanggan misalnya menyediakan ruang menunggu yang lebih luas. Oleh itu, responden yang memberikan cadangan ini sangat wajar diambil kira oleh setiap pengusaha syarikat berkenaan supaya urusan jual beli dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi keselesaan kepada pelanggan dengan lebih baik.

HASIL PERBINCANGAN

Apakah langkah yang sesuai bagi mengurangkan masalah ketidakpuashatian pelanggan terhadap barangan yang disediakan dan pengurusan oleh pengusaha Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di daerah Semporna?

Antara langkah bagi menangani masalah ini ialah dengan menaik taraf penggunaan teknologi pemprosesan. Dalam hal ini, pihak pengusaha perlu menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih bagi memastikan kualiti dan mutu sumber alam seperti rumpai laut akan terjaga. Penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak berkenaan untuk membuat penambahbaikan dalam menjamin kualiti barangan dan kepuasan pengguna terhadap barangan yang disediakan. Selain itu, pihak pengusaha seharusnya membuat penilaian semula ke atas pekerja syarikat tersebut sama ada mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Selain itu, pengusaha syarikat OMNI-GEL seharusnya membuat perancangan dengan teliti terhadap prosedur keselamatan pengguna produk syarikat tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan kepuasan pengguna semakin meningkat. Selain itu, ia dapat menjadi garis panduan kepada syarikat-syarikat yang lain untuk memperbaiki sistem pengurusan serta mutu barangan mereka.Seterusnya, pihak pengusaha perlu menaik taraf kemudahan prasarana yang sedia ada bagi meningkatkan keselesaan pengguna dalam melakukan urusan jual beli mereka. Hal yang demikian kerana selain daripada kualiti barangan, soal keselesaan pelanggan dan staf juga perlu dititikberatkan dan diambil tahu oleh pihak pengusaha agar melancarkan dan memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan segera.

Oleh itu, pihak pengusaha syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd dalam memastikan kepuasan pengguna barangan mereka perlulah memainkan peranan penting agar masalah ketidakpuashatian pelanggan terhadap barangan yang disediakan sekali gus meningkatkan kualiti dan mutu pengurusan syarikat dengan lebih berkesan.

RUMUSANSecara keseluruhannya, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi mengenai tahap kepuasan pelanggan, cara layanan staf dan pekerja terhadap pelanggan, keadaan geografi syarikat dan tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd dipilih oleh pelanggan. Objektif yang lain juga termasuklah mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti Syarikat ini untuk terus berkembang. Oleh itu, pelbagai kaedah telah dijalankan sepanjang kajian ini berlangsung. Antaranya adalah kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah soal selidik.

Melalui analisis borang soal selidik bahagian b, persoalan yang pertama iaitu Tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan menunjukkan bahawa kurang sambutan daripada pelanggan dengan memperoleh peratusan yang tertinggi sebanyak 76.66%. Seterusnya, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna pula menunjukkan responden berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pengusaha dengan memperoleh peratusan yang tertinggi sebanyak 66%. Bagi persoalan yang ketiga iaitu, keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan, masing-masing memperoleh peratusan sebanyak 66.66%.

Seterusnya pada objektif yang kedua pula, iaitu mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti syarikat ini untuk terus berkembang dilaksanakan melalui kaedah borang soal selidik pada bahagian c dan kaedah temu bual bersama responden. Melalui borang soal selidik, pengkaji mendapati responden lebih berpuas hati dengan cadangan yang dikemukakan melalui borang soal selidik dengan kadar peratusan tertinggi sebanyak 100%. Melalui kaedah temu bual pula, hasil kajian mendapati responden memberikan komen yang positif dengan mencadangkan beberapa langkah termasuklah kemudahan prasarana kawasan syarikat tersebut.

Konklusinya, secara perspektifnya, objektif penyelidikan mengenai persepsi mengenai tahap kepuasan pelanggan, cara layanan staf dan pekerja terhadap pelanggan, keadaan geografi syarikat dan tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd dipilih oleh pelanggan dan cadangan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti syarikat ini untuk terus berkembang adalah tercapai dengan jayanya.

RUJUKAN

James Cochran,_____. Dewees: The Island and Its People_______

http://kabilahabdhassan.blogspot.com/2011/03/kepentingan-rumpai-laut.html

http://nuaipentastick.blogspot.com/2013/03/pbs-pam-contoh-pbs-pam-faktor-faktor.html

http://zarmarinecollagen.blogspot.com/2012/08/kajian-mengenai-rumpai-laut.html

Enca Apin @ John Enca, 1995, Kaedah Penanaman Rumpai Laut, Bahagian Pengembangan & Latihan, Jabatan Perikanan Sabah.

LAMPIRAN

1) Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK

SOALAN KAJI SELIDIK( sila tanda [ ] pada ruang jawapan )BAHAGIAN A (maklumat diri)

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Umur :16 ke bawah 21-30 41-5017-20 31-40 51 keatas

3. Status :Pekerja Pelanggan Orang Awam

BAHAGIAN Ba) Tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan (Penyataan untuk pelanggan dan orang awam sahaja)1. Kualiti rumpai laut adalah memuaskan: Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

2. Harga yang ditawarkan adalah berpatutanSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

3. Kuantiti barangan yang diberikan adalah berpatutanSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

b) cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna(Penyataan untuk pelanggan)1. Pekerja memberikan layanan yang mesra kepada andaSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju2. Pekerja mempunyai tatasusila yang beradab semasa membuat urusan penjualanSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

3. Adil dalam mengagihkan kuantiti baranganSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

c) keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan(Penyataan terbuka kepada semua)1. Kawasan Syarikat adalah strategik dengan tempat pemprosesanSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

2. Dengan kemudahan perhubungan yang ada, pelanggan dapat menjalankan urusan jual beli dengan mudahSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

3. Syarikat mempunyai kemudahan telekomunikasi yang memudahkan pelanggan berhubung.Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

d) ciri-ciri syarikat tersebut dipilih(Penyataan terbuka kepada semua)1. Bergiat lama dalam perniagaan rumpai laut merupakan faktor yang mendorong pelanggan memilih Syarikat tersebut.Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

2. Berpotensi dalam persaingan pasaran antarabangsa.Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

3. Syarikat ini memonopoli perniagaan rumpai laut di Semporna.Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

BAHAGIAN C

Cadangan:

1. Kemudahan infrastuktur perlu dinaiktaraf.

2. Lokasi syarikat perlu dipindah ke tempat yang lebih strategik.

3. Menggunakan kaedah Mesra Pelanggan apabila menjalankan urusniaga.

4. Menggunakan kemudahan internet untuk memperluaskan pasaran supayapelanggan dapat berhubung dengan pihak syarikat dengan lebih mudah.

2) Surat Sokongan Pengetua

3) Gambar Pemprosesan Rumpai Laut


Top Related